Saturday, October 29, 2011

Tembok Cinta part 3




Fiera diam tanpa sepatah kata. Kelakuan Dr. Mohd. Taufiq bin Abdullah yang senyap semacam sejak tadi mengusarkan hatinya. Dia tahu bahawa Taufiq mungkin terasa hati apabila dia cerita pasal berkahwin dengan lelaki bernama Adam Danial. Habis sahaja makan Taufiq terus mengarah dia menolong untuk kemas kotak bekas makanan tanpa sebarang bantahan. Fiera paling benci dengan  sikap Taufiq yang kuat mengarah dan kena ikut kehendak hati lelaki itu sahaja sehinggakan Fiera mengelar Taufiq Mr.Hitler Celup.

Gadis itu membuang pandangnya ke luar tingkap kereta kesayangan Taufiq. Dulu dia yang bangkang seratus peratus bila Taufiq bercadang hendak beli kereta BMW Z4 sebab tiada gunanya kerana hanya muat dua orang sahaja tapi Taufiq berkeras juga hendak membeli. Akhir sekali Fiera mengalah kerana tiada guna lawan lelaki itu lagipun Taufiq guna duit dia sendiri juga.

“Rasa sayang hei rasa sayang-sayang hei. Lihat nona sini rasa sayang. Sayang hei..!” Fiera cuba menarik perhatian Taufiq. Habis rosak lagu rakyat diubah namun riak wajah Taufiq langsung tidak berubah. Kelat, pahit, masam malah masin pun ada!

Fiera mencebik. Geram pula dengan air muka Taufiq yang langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Dia memasang earphone ke telinga lalu menekan lagu kegemarannya yang sudah dimaksukkan ke dalam telefon bimbitnya. “Tak nak layan aku sudah! Aku pun tak hingin!” bebel Fiera.

‘Nak lawan merajuk sangat? Amek kau…!’ desisnya. Tiba-tiba earphone yang tersumbat dicuping telinganya direntap kasar. Mujurlah tidak tercabut sekali telinga Zaffiera. Tajam mata gadis itu memandang tangan kiri Taufiq yang meyimpan earphone ke dalam laci dashboard kereta.

“Buat apa nak pekakkan telinga kalau radio kereta sudah terpasang.” Sindir Fiq. Tenang sahaja dia meneruskan pemanduannya tanpa memohon maaf.

“Hah! Ingatkan ada orang bisu seribu bahasa.” Balas Fiera balik.  Dia memaling badannya menghadap tingkap kereta. “Tingkap gerobak ni lagi cantik dari tuan dia.” Omel Fiera.

“Nurul Zaffiera…” panggil Taufiq. Anak matanya menjeling Fiera yang merajuk dengan kelakuannya. Sebenarnya kata-kata Fiera berbekas dihatinya. Bagaimana kalau Fiera jatuh hati dengan Adam Danial? Bagaimana pula kalau mereka sampai ke jinjang pelamin? Taufiq tidak sangup membayangkan semua itu sedangkan cintanya sendiri tidak terluah. Mengenali gadis bernama Nurul Zaffiera sejak dia mula mengenali ABC dan 123 sudah cukup membuatkan dia memahami perangai Fiera yang tidak suka dengan topik berkaitan dengan CINTA kecuali cerita cinta dari koleksi novel dan DVDnya.

 Taufiq kenal dengan Fiera sejak sekolah rendah hingga menengah walaupun mereka berlainan kelas ketika tingkatan satu hingga tiga tapi mengenali Fiera sejak berusia 7 tahun banyak mengajar dia tentang  gadis periang itu. Fiera akan menolak sesiapa sahaja yang menyapa pintu hatinya secara mentah-mentah tanpa memberi peluang..

“Ya?” sahut Fiera. Kejap mengelamun kejap marah. Agaknya Dr. Taufiq patut ditukar ke hospital Sakit Jiwa tapi bukan sebagai doktor tapi pesakit.

“Fiera…” panggil lelaki itu lagi.

“Apa jugak!” jerit Fiera. Bengang dengan perangai Taufiq yang mengada-gada.

“Aku…” Taufiq berkira-kira hendak menyoal Fiera. Tapi dia sendiri ragu-ragu dengan soalan yang hendak diutarakan. Nak soal takut tapi kalau tidak soal dia sendiri pula tidak puas hati dengan persoalan demi persoalan yang semakin sarat di kepalanya.

Zaffiera mencebik. Dia pula yang tertanya-tanya dengan kelakuan Taufiq yang seperti sedang menyusun ayat untuk memberitahunya sesuatu. Hatinya berdegup kencang. Berdebar-debar jantungnya menanti kata-kata yang bakal terpacul dari mulut lelaki itu.

“Fiera…” panggil Taufiq sekali lagi. Sempat matanya memaling seketika ke arah Fiera yang setia menanti setiap bait-bait yang terkeluar dari mulutnya.

Fiera semakin cuak dengan Taufiq. Kalau diikutkan hati sudah lama dia lempang muka Taufiq biar jadi lembik macam sambal tempoyak. Paling baik pun ketuk kepala Taufiq pakai tukul agar skru-skru kepala lelaki itu berkeadaan baik semula.

Gadis itu enggan menyahut panggilan tersebut. Entah sampai bila mereka akan berkeadaan begitu. Seorang memanggil seorang menyahut.

“Fiera.” Tangan kiri Taufiq menarik lengan baju kurung  beberapa kali. Dia mengeluh. Sekarang gadis itu pula yang merajuk. Salah dia juga kerana berkelekuan sedemikian.

“Aku nak tanya kau ni. Kalau betul umi nak kau jadi menantu umi macam mana? Opah pun memang sudah anggap kau keluarga mereka apatah lagi umi yang sayang sangat dengan kau. Manalah tau kot-kot umi nak kau kahwin dengan si Adam Danial tu.” akhirnya keluar juga kata-kata tersebut dari mulut Taufiq. Mengenangkan ahli keluarga Anis Damia memang sayangkan Fiera terutamanya umi Anis malahan opah doktor tersebut yang berada di Temerloh juga sudah jatuh hati dengan keayuan Fiera ketika mereka berdua  mengikut keluarga Anis bercuti di kampung dahulu.

“Aku tak nak Taufiq. Biarlah aku kahwin dengan orang yang sayang dekat aku dan aku sendiri sayang orang itu. Lagipun buat masa ni aku tak nak fikir semua ni. Ada benda yang lagi penting aku patut fikir dari fikir pasal jodoh. Bagi aku kalau jodoh aku sudah sampai aku akan kahwin tanpa ragu-ragu…” jawab Fiera. Tidak mungkin dia akan memberitahu sebab sebenar dengan Taufiq yang dia masih mencari ahli keluarganya yang sebenar. Dia teringin sangat untuk berjumpa dengan ibu kandungnya.

“Tapi Fiera cinta tidak akan bergolek. Ia perlu dicari…”

“Kau cakap senang Taufiq. Kau sendiri pun belum ada awek. Lagipun aku tidak ada perasaan tu lagi.” Ujar Fiera. Perasaan dibuai rasa sayang dan cinta. Perasaan yang sentiasa berada di awang-awangan ketika bersama si dia. Itulah perasaan cinta yang sering diutarakan oleh rakan-rakannya sejak dulu lagi. Namun dia tidak pernah langsung merasakan perasaan tersebut.

“ Mungkin permata di depan mata kau tidak nampak lagi.” Kata lelaki itu. Fiera mengerut dahinya. Tidak faham dengan kata-kata Taufiq yang tersingkap 1001 maksud yang terselindung.

“Maksud kau?”

“Suatu hari kau faham juga Fiera. Bila kau sudah tahu perasaan tu nanti baru kau tahu maksud kata-kata aku. Tak payah kau nak soal lagi.” Jelas Taufiq. Dia menghantar Fiera ke pejabat gadis itu sebelum balik semula ke hospital. Fiera masih lagi bingung dengan kata-kata Taufiq tapi mungkin benar kata lelaki itu. Biar masa yang menentukan. Mungkin kalau dia tahu perasaan itu dia akan memahami sendiri maksud tersebut.


…                                …                                …                                …


Sejurus pintu rumah tersebut terbuka luas. Gadis itu membuka kasutnya lalu meletakkan kasut tumit tinggi itu ke atas rak kasut. Beg tangan dan fail dilempar ke atas sofa. Fikirannya hanya satu. Sofa empuk yang selesa untuk membaringkan badannya yang sudah lesu. Penat menyediakan beberapa kertas kerja untuk bos baru yang akan mengambil alih syarikat tersebut.

Fiera merebahkan badannya ke atas sofa hitam panjang. Seolah-olah tubuhnya terbuai lena. Matanya yang hampir sahaja tertutup secara spontan apabila kusyen lembut berbentuk hati dilempar ke muka gadis itu.

“Eh minah! Jangan ada hati nak tidur sini. Kalau iya pun pergilah mandi dulu biar badan kau tu segar sikit. Ini tak sampai je terus landing dekat sini. Macam nangka busuk pun ada.” Omel Anis. Dia tahu pekerjaan Zaffiera memang memenatkan apa lagi sejak naik pangkat tapi tidak pernah pun sebutir keluhan dari Fiera erti kepenatan.

“Yalah…” Fiera duduk menyandar di sofa tersebut. Dia mengurut tengkuknya sambil memandang ke arah Anis yang duduk di sofa sambil menekan alat kawalan jauh bagi melihat rancangan television yang menarik. Satu persatu siaran tv ditekan akhirnya Anis menekan Animax. Sememangnya memang sudah menjadi kegemaran mereka berdua menonton kartun-kartun animasi jepun dari siaran tersebut.

Fiera mengeluh. Kawan dan teman serumahnya ini bakal melangsungkan perkahwinannya dan Iqbal dua minggu lagi. Mulai hari ahad ini dia dan Anis akan tinggal di rumah ibu bapa Anis untuk persedian perkahwinan gadis itu.

“Anis. Lepas kau kahwin aku bercadang nak pindah.” Fiera mengutarakan cadangannya. Rumah yang dikediami oleh meraka berdua ialah rumah hadiah dari ibu bapa Anis kepada anak mereka. Sudah tentu Anis dan Iqbal bercadang hendak tinggal di rumah sendiri selepas melansungkan majlis mereka.
“Tak payahlah kau pindah Fiera. Aku dan Iqbal bercadang untuk terus tinggal di rumah bakal mertua aku. Kami kesiankan mak dia. Iqbal anak tunggal. Memang tanggungjawab dia jaga mak dia sejak arwah ayah dia meninggal.Tak kan kami nak tinggalkan mak dia sorang dekat rumah dengan orang gaji.” Ujar Anis. Sejak ayah Iqbal meninggal dunia secara mengejut kerana serangan strok badan ibunya sentiasa lemah dan murung akibat tidak dapat menerima kenyataan tentang peningalan suaminya.

“ Lagipun aku tak kisah kau jadi jagar rumah ni.” Sambung Anis. Gadis itu meyeringai apabila melihat mulut Fiera yang muncung sedepa digelar jagar.

“Kau jual rumah ni dengan aku. Sekurang-kurangnya bagi la aku bayar sewa rumah Anis. Segan aku duduk sini percuma sejak dulu lagi.” Tiba-tiba Fiera terfikir untuk memiliki rumah tersebut. Kalau Anis enggan pun dia lebih rela membayar sewa rumah daripada terus tinggal di situ percuma.

“Aku tak nak kau bayar sewa rumah. Umi pun kata hari tu yang kau tak perlu bayar. Kalau kau nak rumah ni kau belilah. Nanti kita minta tolong peguam kesayangan kau tu tolong uruskan semuanya. Aku pun sayang rumah ni tapi daripada tiada orang tinggal baik kau aje yang ambil.” Sempat lagi Anis mengusik teman serumahnya. Peguam kesayangan yang dimaksudkan ialah Peguan Ammar Haikal merangkap model yang terkenal.

“Tidak kuasa aku nak layan si Ammar tu. please la… Tak nak aku kena serang oleh awek-awek dia. Lagipun satu Malaysia ni bukan dia sahaja peguam. Banyak lagi peguam di dunia ni.” Fiera mencebik. Bukan dia benci Ammar jauh sekali memandang rendah kawannya itu. Tapi perangai Ammar yang sering tukar wanita malah sikap Ammar yang terlebih ambil berat tentang diri Fiera mengalahkan jaga bini sendiri walaupun mereka berdua tiada sebarang ikatan selain kawan biasa.

“hah! Tu dok ingat dia la tu.” sergah Anis. Sekali lagi bantal di tangannya dilempar ke arah Fiera. Niat Fiera untuk membalas balik gagal apabila telefonnya berdering. Terkocoh-kocoh dia mencari telefonnya yang sudah menjerit minta diangkat.

Fiera mengeluh apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon. Baru saja umpat pasal mamat ni sudah menelefon. Seolah-olah tahu yang dia menjadi topik mereka berdua petang itu.

“Muka kelat semacam tu mesti peguam kasanova tu telefon kau lagi. Angkatlah sebelum telinga aku pekak dengar lagu telefon kau tu.” Teka Anis. Setiap kali Ammar telefon mesti air muka Fiera berubah menjadi buruk macam beruk. Kadang-kadang kawannya sangup matikan telefon asalkan tidak menyambut panggilan dari Ammar. Kata gadis itu jikalau bukan si Ammar tu kawan sekelasnya sejak sekolah menengah sudah tentu dia tidak layan.

“Hish! Malas aku mamat ni…” Fiera ingin menjawab telefon tersebut sambil berdiri menaiki tangga. Dia memberi signal kepada Anis mengunakan jari telunjuk bahawa dia ingin naik ke tingkat atas. Anis hanya mengangguk faham. Dia sendiri juga hendak bersiap untuk mandi.

“Hello sayang.” Kata lelaki itu dicorong telefon sebaik sahaja panggilannya berjaya.

“Assalamualaikum Encik Ammar Haikal…” sindir Fiera. Tak menyempat betul bagi salam macam ikut budaya barat. Dia menghempapkan tubuhnya ke atas katil saiz queen di bilik tidur.

“Waalaikumsalam cinta. Baru sampai rumah kah? Penat tak kerja?” soal Ammar. Hanya tuhan saja tahu betapa rindunya hatinya terhadap Fiera. Dengar suara pun jadilah. Asalkan terubat rindunya.

“Ermm… rumah. Penatlah. Kau di mana ni? JB ?” Fiera berpura-pura pekak dengan panggilan cinta dan sayang oleh Ammar. Telinganya sudah jenuh dengan pangilan-pangilan sedemikian oleh lelaki bernama Ammar Haikal sejak dulu.

“Aku dekat KL ni. Ada urusan sikit seminggu di sini. Nak jumpa esok boleh tak? Aku jemput kau di pejabat tepat pukul dua macam biasa.” Soal Ammar sekali tetapkan masa makan sekali. Dia sebenarnya bukan hendak meminta kebenaran keluar makan tapi lebih kepada menetapkan masa makan yang seolah-olah sudah dirancang.

“Aku sibuk esok. Lagipun aku keluar makan dengan Taufiq jadi tak payahlah kau jemput aku.”  Maaflah aku Taufiq. Terpaksa jual nama kau kejap. Sambung Fiera dalam hati. Lagipun Taufiq sentiasa bagi green light untuk dia guna namanya bagi mengelak dari Ammar yang tidak faham bahasa.

“Eloklah aku pun sudah lama tak jumpa dia. Esok aku jemput kau yaa… bye sayang!” Belum sempat Fiera mencelah Ammar sudah menamatkan panggilan mereka.

“Arghh! Sakitnya hati aku…!” jerit Fiera. Akhirnya dia menuju ke bilik mandi. Baik lagi dia mandi dari fikir semua kerja gila Ammar.

*Alahai...watak ADam belum kluar2 lagi..sowie...Jangan lupa tinggalkn komen n tekan LIKE yawr..!


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Friday, October 28, 2011

secantik Ainul Mardhiah part 5

Bunyi telefon yang telah disetkan untuk alarm subuh berdering .Terkejutkan Ikram dari tidurnya. Mata yang pedih digosok perlahan kemudian lembut tangannya mengurut bahu yang sakit. Belakangnya pun sedikit sakitsebab tidur di atas lantai yang keras.
Mata Ikram terbuka luas apabila terlihat keadaan sekeliling. Dia terduduk apabila merasa bahawa dia bukan tidur di bilik sendiri.
“Ini kan bilik…” serabut fikirannya mengingatkan apa yang terjadi. Tiba-tiba dia teringat sesuatu apabila terpandang Ainul yang tidur terduduk menyandar dinding.
Ikram mengetap bibir. Tangannya mengetuk kepala. ‘Orang lain yang sakit aku pula yang pengsan! Tidak boleh harap. Hugh! Malunya…’ Ikram menerkup muka lalu digoncongkan badan beberapa kali.
“Eh! Apa aku buat ni?” Seakan baru tersedar dengan tingkahnya yang agak ‘awww’. Ikram membetulkan duduknya. Tegak dan macho walaupun sedikit tahap kemachoan luntur bila pengsan semalam!
“Aku lurus macam highway! Betul tu… lurus…” Ikram bermonolog. Menyakinkan diri bahawa dia bukan jenis lelaki lembut. Pandang Ikram kemudiannya beralih pada Ainul yang tertidur lena. Perlahan dia mendekati Ainul. Wajah gadis itu ditenung lama.
‘Tenang saja dia tidur… macam Snow White! Wah… nak kena kiss dengan putera raja ke dik?’ Tersenyum sendiri Ikram memikirkan cerita dongeng tersebut. Terbayang seketika dia si putera raja yang tampan dan bergaya.
Ikram kemudiannya membetulkan pembaringan Ainul. Gadis itu langsung tidak sedarkan diri tatkala dia memegang bahu Ainul.  Posisi tidur Ainul dibetulkan.
Sejurus itu, Ikram menarik selimut Ainul ke paras dada apabila Ainul mengerang kesejukan. Sekali lagi wajah ayu Ainul dipandang. Tangan Ikram didekatkan ke pipi tetapi hatinya berat untuk menyentuh pipi yang selembut bayi itu.  
Satu keluhan dilepaskan. Dia keluar dari bilik Ainul. Hati kata tidak! Jangan sesekali terjatuh cinta pada si adik!


Ainul meletakkan telefonnya ke atas riba. Tudung yang sedikit rosak ditiup angin segera dibetulkan. Dia mengeluh berat. Sukar betul untuk buka mulut depan mak cik dan pak ciknya. Memberitahu keputusan untuk pulang semula ke Taiwan masih lagi tertangguh. Bilalah baru dapat kuasa keyakinan diri bercakap ni! Kalau waktu mensyuarat atau perbentangan senang saja dia bercakap. Tapi part yang macam ni payah sikit.
 Tadi Ainul meminta pendapat Rui Zhe tentang perihal ini. Minta tips sebenarnya! Tapi alih-alih Rui Zhe cakap kalau susah bagi dia saja yang cakap. Padahal siapa yang nak balik ni? Diakah atau Rui Zhe?
Ainul perlu balik untuk menguruskan syarikat atuknya yang kini di bantu oleh Ricky Yan. Hotel tersebut sudah ditukar milik ke atas namanya sejak 2 tahun lalu sebagai pemilik tunggal. Ikram punya bahagian hotel di Malaysia hanya diurus oleh pembantunya saja. Sebab tanggungjawab Ikram besar! Syarikat ayahnya pun kena urus jugak.
“Mengeluh nampak!” sergah Ikram dari belakang. Dia sudah lama berada di belakang Ainul.
Sejak gadis itu bercerita dengan seorang lelaki bergelar Rui Zhe. Hati Ikram tertanya-tanya siapakah lelaki yang berborak dengan adiknya. Lelaki disebalik telefon itu mampu memujuk Ainul yang hampir sahaja menangis kerana takut melukakan hati ibu bapa Ikram. Sudahlah mereka mesra semacam saja…
Ikram menapak sedikit demi sedikit. Dia duduk lalu menghadap wajah Ainul di hadapannya.
“Ainul… Abang nak minta maaf pasal semalam. Tidak pasal-pasal abang Am pulak yang pengsan.” Perlahan Ikram memohon maaf. Kalau ada bantal busuk mahu jugak dia bersorok sekarang ni sambil minta maaf! Malunya…
Puas dia memikirkan cara untuk meminta maaf dengan Ainul. Waktu mesyuarat pun boleh terbayang orang yang sedang membentang kertas kerja dengan wajah Ainul. Haru mesyuarat dikerjakan bila Ikram tiba-tiba minta maaf dengan nada kuat. Dalam pejabat pun asyik terfikir benda ini saja. Setiausahanya pun boleh dilihat rupa Ainul.
Bagi mengelak sebarang kejadian memalukan diri sendiri terpaksalah Ikram balik awal.
Ainul senyum sebaris.
 Tidak terdetik langsung dihati Ainul untuk memarahi Ikram. Tubuh Ikram tersembam di badannya memang berat, kena lagi menahan sakit. Tapi Ikram bukannya sengaja pun. Takkan la nak marah tidak tentu pasal pula...
“Ainul tak marah pun dengan Abang Am. Tapi boleh Ainul tanya sesuatu?” Ainul terfikir juga bagaimana Ikram boleh fobia sehinggakan Puan Noraini kata jika Ikram ternampak darah boleh terus pengsan.
“Tanyalah. Pasal apa?” Ikram menjadi penasaran pula apabila Ainul memandangnya lain. Mereka bertentang mata. Excited pula si Ikram ni! Macam tunggu soalan teka teki yang hendak dijawab. Sampai mata pun bersinar menunggu soalan yang keluar.
“Kenapa Abang Am boleh fobia darah sampai pengsan?” soal Ainul lancar. Lurus tanpa koma!
Merona muka Ikram apabila disoal sedemikian. Malu! Muka saja macho tapi takut darah.  Dia terus mengalihkan pandangannya. Bukan saja muka merah. Siap dengan telinga sekali kemerahan! Muka Ikram ibarat udang bakar pun ada...
“Maafkan Ainul. Ainul tak patut soal perkara ni.” Serba salah pula dia apabila Ikram hanya berdiam diri. Tapi hati Ainul tidak tenang apabila tidak menyoal Ikram puncanya. Entah mengapa dia rasa mungkin Ikram juga pernah menghadapi sesuatu yang perit sepertinya.
“Abang Am sendiri tidak tahu jawapannya Ainul. Tak payahlah Ainul serba salah. Sebenarnya Abang Am tak tahu bagaimana dan sejak bila abang mulai fobia seperti ini.” jawab Ikram. Hatinya turut tertanya-tanya kenapa dia fobia dengan darah. Kalau nak cakap insiden tidak juga. Tapi memang dah tidak tahan tengah benda alah tu. Apa boleh buat…
“Mungkin spontan aje fobia tu tergolek-golek datang melekat dekat Abang Am. Mungkin fobia tu dah tangkap cinta dengan abang kut.” seloroh Ainul. Saja nak ceriakan suasana yang semakin tegang.
Terhambur ketawa Ikram memikirkan bagaimana fobianya datang bergolek secara spontan seperti kata Ainul. Walaupun ketawa dalam paksa tapi asal cukup masuk kelab Ainul yang cuba memeriahkan suasana.
“Ermm… betul juga tukan? Mungkin sebab Abang Am ni hansem tulah pasal!” riak balasan Ikram. Selamba badak mendabik dada. Tidak sedar diri betul!!
Ikram tergelak lagi. Bukan kerana ayatnya tapi kerana wajah Ainul yang comel mencebik. Hidung adiknya dicuit lembut. “Buat muka ya…” romantic suara Ikram terpacul.
Ainul terduduk tegak dengan tingkah Ikram yang spontan. Buntang mata Ainul. Ikram yang menyedari ketelanjurannya pun segera melarikan tangannya. “Sorry…
It’s okay...
Mereka tiba-tiba menjadi senyap. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Ikram lebih kepada untuk mengetahui hubungan Ainul dengan lelaki cina yang bercakap dengannya di corong telefon tadi.
“Err… Abang Am… Ainul nak balik.” Ainul perlu memberitahu juga keluarga itu tentang hasratnya untuk pulang semula ke Taiwan. Lagipun dia hanya bawa sedikit sahaja baju kurung dan baju basahan dalam kepulangannya ke Sabah untuk kenduri arwah. Ainul langsung tidak bercadang untuk tinggal di situ. Mana tahu Ikram boleh tolong dia nanti.
Ikram mengeluh berat.
Sebolehnya dia ingin Ainul terus tinggal bersama mereka di situ. Kalau setakat nak urus hotel yang memang sudah tersergam indah di mata Asia tiada gunanya juga.
“Abang tak tahu nak cakap apa lagi. Itu hak Ainul untuk nak balik atau tak. Abang Am tak boleh halang Ainul nak balik tapi siapa yang hendak temankan Ainul di rumah besar tu. Abang akan benarkan jika Ainul ada teman tinggal sana. Selagi Ainul tiada kawan perempuan yang boleh dipercayai tinggal situ abang Am tidak boleh benarkan Ainul berseorangan sana.”
Hanya itu sahaja alasan yang terlintas di fikirannya sekarang. Mujurlah dahulu dia salah seorang wakil debat sekolah jadi berguna juga critical thinking disaat dia buntu mencari alasan yang bernas.
“Tadi kawan Ainul bagitahu yang dia cadangkan adik perempuan dia tinggal dengan Ainul. Insyaallah balik ni dia temankan Ainul lagipun adik perempuan dia kawan baik Ainul.” jelas Ainul lagi. Tadi Rui Zhe juga beritahu agar Xiao Wei tinggal bersamanya kerana takut sesuatu menimpa Ainul sekirannya tinggal berseorangan di rumah besar tersebut.
“Kawan Ainul ke atau ‘kawan’ lelaki Ainul.” usik Ikram. Tetapi dalam hatinya berharap agar hubungan Ainul dengan lelaki tadi itu hanya setakat kawan dan tidak lebih dari itu.
“Kawan lelaki. Tapi Ainul anggap dia macam Abang Am juga. Tak lebih dari seorang abang dan adiknya. Lagipun dia sentiasa jaga Ainul dari kecil hingga sekarang. Atuk dan nenek pun kenal dengan dia sebab jiran sebelah rumah aje.”  Terang Ainul. suaranya agak ditekankan. Tidak suka bila Ikram menembak begitu saja.
‘Ikhlas ke aku berkata sedemikian? Betulkah tiada sekelumit rasa cinta terselit terhadap keprihatinan Rui Zhe selama ini?’ Tiba-tiba otak Ainul terasa gusar dengan persoalan yang muncul di benaknya.
“Sudahlah… jangan risau abang tahu yang Ainul takut nak cakap dengan ibu dan ayah abang kan?” soal Ikram. Tidak payah terdengar perbualan Ainul tadi pun. Ikram memang sudah dapat menganggak. Dari tadi asyik kira jari pun sudah tahu! Memang tidak senang duduk si Ainul ni selagi tidak balik-balik Taiwan.
Laju Ainul mengangguk. Sekurang-kurangnya Ikram dapat membantunya nanti untuk menjelaskan hal tersebut.
“Tidak mengapalah. Nanti Abang Am tolong fahamkan ibu dan ayah. Ainul jangan risau.” Ikram menenangkan adik saudaranya. Dia cuba senyum walaupun payah. Nampaknya kehidupannya akan sunyi lagi tanpa gelak tawa di rumah. Sekejap betul masa berlalu.
Kalau ada mesin masa, Ikram sangat berharap masa berhenti sekarang. Biar saat ini saja… saat  dia boleh bersama Ainul tapi perpisahan lagi.
“Owh ya! Abang nak tunjuk Ainul sesuatu. Jom ikut abang.” Ikram berdiri mengajak Ainul untuk mengikutnya.
Gadis kacukan itu terpinga-pinga mengikut Ikram dari belakang memasuki rumah. “Kita nak  ke mana?” soal Ainul yang cuba mempercepatkan langkahnya untuk beriringan dengan Ikram.
Laju betul langkah Ikram ni. Tahulah kaki dia dua kali panjang dari Ainul. Janganlah berjalan macam nak ikut Olimpik London!
“Ainul sudah habis tawaf rumah ni tak?  Abang Am nak ajak Ainul masuk satu tempat ni.” Ikram menuju ke sebuah bilik berdekatan bilik tetamu di tingkat bawah. Dia memulas tombol pintu lalu menekan suis lampu. Sudah lama Ikram tidak memasuk bilik itu untuk lepas tekanan.
Sekali sekala perlu jugak lepas gian! Bergila tidak tentu hala dalam bilik yang dulunya menjadi tempat lepak dia dan kawan-kawannya.
“Abang pandai main alat muzik?” soal Ainul dengan riak tidak percaya. Terlihat satu set drum dan piano yang agak besar dalam bilik tersebut. Ada juga dua buah gitar dan violin tersimpan rapi. Bersih dan berkilat!
“Abang minat sangat. Dulu hidup abang dengan semua ni dengan kawan-kawan abang . Tapi sejak meningkat dewasa semua pun sibuk bekerja sampai susah sangat nak bergila dalam ni.” jelas Ikram. Dia mendekatkan diri dengan piano berwarna putih yang terletak di berhadapan dengan set drum dan piano.
“Ainul nak dengar lagu apa? Abang sudah lama tak asah bakat yang terpendam ni. Beethoven dan Choppin pun menangis tengok. Hehehee… Abang Am main khas untuk Ainul ni. ” Ikram duduk di kerusi lalu membuka penutup piano putih tersebut.
Punat hitam putih digosok dari tengah ke hujung mengunakan kedua tangannya.
“Lagu apa erk? Ainul tak tahu sangat pasal muzik ni.” Ainul mendongak dagu. Dia sememangnya tidak terdedah dengan muzik. Arwah neneknya melarang agar dia tidak mudah terleka dengan pelajaran.
“Mari duduk sini. Abang Am mainkan satu lagu buat Ainul.” Ikram mengensot ke tepi sedikit memberi ruang untuk Ainul duduk di kerusi. Ainul mengambil tempat bersebelahan dengan Ikram.
“Dengar baik-baik bila pakar sedang memainkan peranan depan piano ni..” Ikram mula memainkan lagu kegemarannya. Dia berharap agar sayu lagu tersebut dapat dirasa oleh Ainul. Tekun dia menekan butang putih dan hitam untuk memainkan lagu itu sebaik mungkin.
Selesai memainkan lagu korea tersebut Ikram pusing menghadap Ainul yang sejak tadi diam apabila dia memainkan lagu korea dari kumpulan Beast- When the Door Close. Bait maksud lagu tersebut sungguh mendalam bagi Ikram. Dia memang meminati kumpulan tersebut.
Lagu itu pun memang ditujukan kepada Ainul. Lagu yang mengambarkan perasaan ketika gadis itu meninggalkannya dulu. Dan mungkin beberapa hari lagi…
Ikram tidak kisah digelar keanak-anakan atau tidak matang sebab meminati lagu dan wayang korea walaupun usia menginjak 28 tahun. Bagi lelaki itu yang penting ialah minat seseorang untuk lepaskan tekanan dan kepuasan hati. Tengok saja Iqbal, lepas bergila dengan permainan videonya sampai level terakhir dan menang baru dapat puas dan lepaskan tekanan.
“Eh! Menangis pulak adik abang Am ni…hahaha…” Tergelak Ikram melihat wajah Ainul yang kemerahan menahan air mata. Anak matanya yang sudah berkaca-kaca memang tidak pandai hendak menipu. Tahan sangat Ainul punya mata. Sudah berkaca-kaca pun masih belum mahu tumpah lagi.
“Kenapa lagu ni sedih?” soal Ainul. Matanya yang berair diseka mengunakan hujung tudung.
“Ainul tahu lagu ni?” soal Ikram. Dia berdiri mengambil kotak tisu yang disimpan untuk mengelap pianonya dalam sebuah almari di bilik muzik tersebut.
Ainul mengeleng sebaik sahaja Ikram duduk semula disebelahnya. Dia sendiri tidak tahu pasal lagu ni boleh saja tiba-tiba menangis. Belum lagi baca lirik lagu!
“Sudahlah buruk betul rupa Ainul tau tak.” Ikram menyeringai. Dia menarik tisu dari kotak lalu menghulurkan ke arah adik sepupunya. Feeling habis la pulak! Terror jugak aku main sampai Ainul jadi macam ni…hahaha… getus hati Ikram.
“Kenapa abang main lagu sedih? ” Ainul mencebik. Dia paling sensitif dengan perkara-perkara sedih sehinggakan tengok wayang boleh sampai mengalir-galir air mata. Inikan pulak mainkan lagu berirama sedih. Depan-depan pulak tu!! siapa yang tidak tersentuh.
“Tadi Ainul tak tahu lagu apa nak main jadi abang Am main lagu kegemaran abang Am. Tak sangka sampai menangis air mata Nur kasih pulak dekat sini. Hahaha…!!” ketawa Ikram terburai akhir. Macam-macam perangai betullah.
Ikram berharap sangat agar Ainul merasa sayunya lagu tersebut tanpa mengetahui liriknya. Sama ada Ainul tersentuh atau tidak. Ikram memang lebih sukakan versi piano kerana setiap punat ditekan memainkan irama yang menyentuh hati. Sebab itulah Ikram lebih minat piano dari alat muzik lain.
“Itu lagu apa?” soal Ainul.
“Rahsia! Mana boleh bagitahu.” Ikram tersenyum puas setelah meluahkan perasaannya seperti biasa melalui lagu-lagu yang dimainkan. Seperti kebiasaannya dia akan berdepan dengan piano tersebut sekiranya bosan atau meluahkan perasaanya.
“Kedekutnya… Entah saham apa yang turun kalau abang Am bagitahu.” Ainul hendak keluar bilik itu. Kalau tak nak bagitahu tak payah. Dia cuma terasa sesuatu ketika mendengarnya. Seperti lagu itu ditujukan kepadanya. Sambil berjalan Ainul meletakkan tangan di dada. Menahan debaran yang semakin kencang.
Hairan bin Ajaib! Dia benar-benar tersentuh dengan lagu tadi.
Ikram berlari kecil mengejar Ainul yang hendak keluar dari bilik muzik. Cuba menghalangnya keluar. Baru saja kejap dating pun dah nak blah. Feel baru nak ambil. Tadi boleh pula Ainul bergayut berjam-jam dengan apek tu.
Ketika berdiri berhadapan dengan Ainul. Mereka bertentangan mata lagi. Tersenyum riang Ikram memandang Ainul di depan. Nak bagi ‘persoalan’ kejap dengan adiknya.
“Lagu ni lagu artis Korea tu saja yang abang boleh bagitahu. Tajuk dan liriknya dalam bahasa melayu abang bagitahu lain kali okay?” Ikram berkata kemudian berpaling ke pintu. Terkejut Ikram terpandang wajah ibunya betul-betul dekat dengan mukanya. Air liur basi ditelan. 
“Ah! Ibu…!!” Ikram terjerit kecil.. Fuh! Semangat… Semangat… janganlah kau terbang. Perlahan-lahan dia mengurut dadanya Kaki Ikram terundur sedikit ke belakang. Terkejut dengan kehadiran ibunya.
“Puas ibu cari kamu berdua. Rupa-rupanya dekat sini. Satu rumah ibu pusing cari korang berdua tau!” bebel Puan Noraini. Penat dia mencari Ikram dan Ainul keliling rumah. Rupa-rupanya mereka berdua tengah sedap duduk bawah aircond dalam bilik muzik Ikram.
“Tenang ibu. Sejukkan hati. Damaikan jiwa.” Usik Ikram memandang wajah ibunya yang kelat. Dikipas pipi si ibu yang kemerahan.
“Mari ikut ibu. Ada orang yang nak jumpa dengan kita semua. Ainul ikut sekali. Cepat. Dari tadi orang tu tunggu kamu dua.” Puan Noraini sudah mula mengarah. Tidak suka bila tetamu dibiar lama.  
Adat menerima tetamu harus menjadi keutamaan.
Selendang dibetulkan agar nampak rapi. Puan Noraini memang sentiasa anggun walaupun agak berusia. Penampilannya sebagai orang kenamaan kena dijaga. Bukan itu saja, hati tua suaminya juga perlu dijaga sebab wanita sekarang semakin pelik. Makin tua yang nak mampus makin ramai yang gila terutamanya yang berduit. Lagilah orang terhegeh-hegeh.
“Siapa ibu?” soal Ikram. Dia tertanya-tanya kenapa pula orang hendak berjumpa dengan mereka sekeluarga. Kalau hendak mengucap takziah sekalipun tak perlulah sampai hendak tunggu dia dan Ainul.
“Ikut sahajalah Am. Nanti kamu dua tahu juga.” Puan Noraini berjalan di hadapan manakala Ainul dan Ikram yang sudah sarat dengan tanda tanya tentang siapa yang hadir hanya mengekori wanita tersebut dari belakang.
 Ainul hanya menjongket bahu apabila Ikram memandangnya. Dia sendiri tidak tahu siapa yang hadir.
“Encik Hafiz Ikram dan Cik Nur Ainul Mardhiah?” soal salah seorang lelaki berkot hitam apabila terpandang Ikram dan Ainul yang sudah duduk di sofa.
Mereka berdua mengangguk sebaik sahaja nama mereka disebut oleh lelaki tersebut. Dua orang lelaki linkungan 30an itu dipandang dengan penuh tanda tanya.
 “Saya Kamal Idham dan ini kawan saya Mohd. Firuz. Kami berdua ialah peguam arwah Encik Hadi Lee dan Puan Norizan iaitu arwah datuk dan nenek encik dan cik berdua. Kami datang mengikut permintaan arwah untuk datang bertemu dengan semua waris beliau selepas seminggu mendiang meninggal dunia.” Jelas lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Kamal Idham tersebut bagi merungkai segala persoalan yang terbuku difikiran mereka berdua.
 “Macam ceritakan? Lepas orang meninggal, ken abaca wasiat kemudian anak-anak kena jodoh. Kemudian berebut harta?” bisik Ikram ke telinga Ainul. saja nak bagi suspen dengan Ainul. Kepala otak Ikram ni memang banyak terpedaya dengan cerita dan novel. Ingat ini apa, lepas baca wasiat kena jodoh. Ish… ish… ish…
Terkebil-kebil Ainul memandang Ikram disebelah. “Huish! Betul ke? Tak naklah…” Lurus pulak Ainul menjawab. Tidak sedar diri dikelentong bulat-bulat oleh Ikram.
Ikram ketawa terbahak-bahak. Lupa statusnya sekarang berada di mana. Apa punya manusialah si Ainul ni? Tidak pernah tengok movie ke apa? (Padahal dia yang terlebih kena kesan wayang!)
Kedengaran suara Kamal Idham berdehem. Serta merta tawa Ikram hilang. Dia membetulkan duduk. Ah!! Malunya…
“Sebelum saya meneruskan saya ingin memastikan semua ahli keluarga arwah iaitu Encik Ahmadi, Puan Noraini, Encik Hafiz Ikram dan Cik Nur Ainul Mardhiah telah berada dihadapan saya.” Kamal Idham membaca senarai nama tersebut dengan berhati-hati. Dia telah diberi kepercayaan oleh arwah untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam peribadi.
Setelah pasti tentang mereka, Mohd. Fairuz mengeluarkan beberapa sampul surat dari dalam briefcasenya lalu menghulurkan kepada Kamal Idham.
Lelaki itu membaca nama yang tertera di hadapan sampul surat tersebut lalu menghulurkan kepada Ainul dan Ikram satu keping sampul surat setiap seorang. “Surat ini adalah surat yang saya patut serahkan kepada encik Ikram dan Cik Ainul sendiri.” ujar peguam tersebut.
“Dengan lafaz bismillah saya akan membaca wasiat arwah Encik Hadi Lee dan Puan Hasnidah kepada ahli keluarganya.” Kamal Idham memulakan pembacaannya.
“Assalamualaikum semua. Datuk dan Nenek menulis wasiat ini sebagai peringatan kepada kamu semua dan kami harap agar kamu semua tidak terkejut dengan permintaan terakhir kami. Segala harta sudah pun ditukar hak milik seperti dahulu mengikut bahagian masing-masing. Oleh itu, tiada sebarang kekeliruan lagi...”
Kamal berhenti seketika melihat kedua cucu arwah yang tenang mendengar kata-katanya. Sudah tentu kedua orang cucu itu faham. Pasal pembahagian harta memang sudah termaktub dari dulu. Tiada kompromi dan tidak akan ditukar lagi.
Dia meneruskan semula pembacaan wasiat itu.
“Akhir sekali kami ingin memohon permintaan terakhir buat kamu semua. Mungkin permintaan ini sesuatu yang mengejutkan tapi percayalah atuk dan nenek buat ini untuk kebaikan semua pihak….” Kamal Idham berhenti sekali lagi bagi melihat respon semua ahli keluarga yang agak terkejut dengan kata-katanya yang terakhir.
Lelaki tersebut berharap agar seluruh ahli keluarga ini mampu menerima permintaan terakhir kedua-dua arwah tersebut. Dia sendiri tahu bahawa tentu sukar untuk ahli keluarga ini menerima kenyataan tentang permintaan arwah terutamanya cucu mereka iaitu Hafiz Ikram dan Nur Ainul Madhiah.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Thursday, October 27, 2011

Wanita umpama Coklat




Hati wanita umpama coklat…
selalu disentuh cairlah dia…

Air mata wanita umpama coklat…
hangat disentuh makin cepatlah dia gugur..

Rupa paras wanita umpama coklat.
Sekali pandang… manis saja…

Kasih sayang suci seorang wanita umpama coklat…
Tetap terasa walau cebisan terakhir..

Cinta seorang wanita umpama coklat…
Selalu terasa buatkan kita ketagih untuk mendapatkannya.

Pandangan seorang wanita umpama coklat.
Sekali pandang sedap, dua kali pandang kita ingin mengetahui rasanya…

Pakaian seorang perempuan umpama bungkusan coklat.
Elok pemakaian eloklah hatinya,
Rosak ‘bungkusan’ tersebut maka rosaklah hati wanita itu.


 (>,<)v dari buah fikiran pengemar Coklat…
Nurfazila Suhaide



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Wednesday, October 26, 2011

Tembok Cinta part 2

Ketukan ditingkap mengejutkan Fiera. Wajah Taufiq yang merona kemerahan menahan matahari terik sedang memberi isyarat agar Zaffiera membuka kunci kereta. Terkulat-kulat gadis itu membuka kunci kereta. Bila dia mengunci pintu pun tidak dia tidak pasti.

Taufiq membuka pintu kereta di bahagian pemandu sebaik sahaja kunci alarm terbuka. Terkejut Fiera memandang wajah Taufiq yang mengetap bibir menahan marah. Orang habis sembayang sejuk aje rupa tapi mamat sorang ni macam baru habis kena bedal pun ada.

“Apasal kau mengelamun jauh ni! Kalau kau lambat buka pintu hangus aku terbakar kepanasan di sini tau tak!” jerkah Taufiq. Mukanya kemerahan menahan panas tengah hari terik menanti Fiera membuka pintu dari tadi.

“Eh! Iya ka? Sorry. Yang kau awal sangat habis sembayang apasal?” soal Fiera tanpa riak bersalah.

“Sekejap kau cakap? Aku pergi ambil air wuduk dan sembayang hampir sepuluh minit. Aku tercegat sini pula dah dekat dua puluh minit kau tau tak? Entah apa saja yang dia fikir! Dah kau turun.” Taufiq mengarah gadis itu turun dari tempat duduk pemandu. Semput juga nyawanya membebel dari tadi. Entah apa yang difikir gadis itu sehingga jauh mengelamun.

“Tak kan aku lambat buka pintu kau nak halau aku kot?” soal Fiera. Lain pula difikirnya apabila Taufiq mengarah gadis itu turun dari kereta hanya semata-mata terlewat bukakan kunci kereta.

“A’ah. Aku nak halau kau… halau dari tempat duduk pemandu ni. Biar aku pula yang pandu. Taubat aku nak suruh kau pandu. Duduk sana.” Taufiq menunjuk ke arah sebelah kerusi pemandu.

Fiera tersenyum. Sangkaannya amarah Taufiq kerana lambat membuka kereta meleset. Rupa-rupanya nak jadikan dia co-pilot. “Okey! Aku tahu kau sayang aku! Hehe…ingatkan tadi mengamuk” ujar Zaffiera. gembira kerana dia sendiri malas hendak memandu terutamanya asyik kena bebel tentang cara pemanduannya oleh Taufiq.

“Cepatlah panas siot ni tau tak!” Taufiq mengundur ke belakang agar memberi ruang kepada Fiera untuk berlalu sebelum memasuki ke dalam perut kereta. Dia memutar kunci untuk memulakan perjalanan. Pintu atap kereta yang dicipta khas untuk dua orang sahaja itu di buka.

“Tadi kata panas! Apasal kau buka atap pula. Baik pasang aircond.” Berkerut dahi Fiera memandang kelakuan Taufiq.

“Alahai… puteri lilin sorang ni. Nanti kita jalan sejuklah. Dapat air-cond free dan semula jadi.” Ujar Taufiq. Dia memusing stereng kereta untuk keluar dari simpang. Apabila lampu hijau dia meluncur laju keluar dari simpang.

“Wah! Sejuknya…” Fiera memegang hujung tudungnya yang berterbangan di tiup angin. Melebar senyumannya apabila angin menyapa mukannya.

“Tadi kau mengelamun apa sampai terpaksa naik transit ke kutub utara.” Sindir Taufiq.

“Aku fikir pasal kau.” Terangkat kening Taufiq mendengar kata-kata Fiera. Hatinya bergolak keriangan apabila Fiera memikirkan pasal dirinya. Senyumannya cuba ditahan.

“ Fiq. Aku rasa kau patut bagitahu Anis pasal kau sebenarnya.” Ujar Fiera. Dia menghadap Taufiq yang tekun memandu.

“aik? Bagitahu pasal apa pulak? Bagitahu mak cik sorang tu aku ni sebenarnya E.T yang sesat di bumi. Aku punya kapal angkasa nyaris-nyaris kemalangan gara-gara kau pandu tadi?” seloroh Taufiq. Fiera sedar yang disebalik gurauan itu terselit sindiran terhadapnya yang suka memandu laju.

‘Siapa suruh kau beli kereta sport! Sudah tahu aku suka kereta macam ni.’ Desis Fiera.

“Tak! Aku suruh kau bagitahu dia yang kau tu jelmaan Hitler zaman kini. Diktator nak mampus mengalahkan Hitler.” Balas Fiera. Zaffiera memang benci dengan perangai Taufiq yang sememangnya suka mengarah sesuka hatinya sejak dulu lagi sehingganya mengelar lelaki itu sebagai jelmaan Hitler. Dia memang suka mengelar orang lain dengan gelaran pelik.

“Kalau yang tu kau jangan risau. Aku yakin dia pun tahu pasal tu.” selamba Taufiq memanaskan keadaan. Fiera merenung Taufiq di sebelahnya. Rambut lelaki itu kusut sedikit ditiup angin.

“Aku serius okey. Bila kau nak bagitahu Anis yang kita sebenarnya kenal sebelum dari dekat UM dulu?” geram dengan kata-kata Taufiq yang tidak pernah ambil peduli tentang perkara serius.

“hrmm… perempuan perkara tidak penting pun kau orang anggap penting. Buat kusut fikiran kau tu saja.” Kata Taufiq.

“Fiq. aku yang berkurun kenal kau dari kecil pun tahu marah sebab kau rahsiakan nama Tyler tu. Ni kan pulak si Anis tu! Cuba kau guna otak kau yang bajet pandai sangat tu.” Fiera menyilang tangannya di dada.

Dulu hidup mati semula Taufiq benar-benar meyakinkan dia antara dia dan Tyler orang yang berlainan pada pertama kali berjumpa ketika menuntut di Universiti Malaya dahulu. Kalau bukan terserempak dengan Tiffany adik bongsu lelaki itu di KLCC ketika dia dan Taufiq makan tengah hari tiga bulan yang lalu bulat-bulat Fiera ingatkan Taufiq bukan Tyler. Sakit hati Fiera mengenangkan situasi tersebut. Sebulan lebih dia mogok dengan Taufiq sehinggakan Anis berasa pelik dengan hubungan dia dan Taufiq.

“Anis tu kawan baik kita Fiq. Kau tak jujur dengan persahabatan kita. Apa salahnya kalau dulu kau bukan muslim. Kau juga seorang manusia.” Sambung Fiera.

“Iyalah mak nenek. Esok sebelum subuh aku bagitahu dia okey. Sekarang kita makan. Nanti sakit lagi perut kau baru tau.” Cebik Taufiq. Berdesing telinganya mendengar bebelan Zaffiera yang mengalahkan ceramah motivasi. Ada bakat jadi kaunselor.

“Makan mana?” soal Fiera. Dia sendiri bosan dengan tajuk yang sering menjadi perbualan dia dan Taufiq kebelakangan ini.

“Kedai atuk aku. Kedai Fuyoo Codap.” Seloroh Taufiq. Dia senyum meleret melihat kedutan di muka Fiera. Bingung gadis itu memikirkan kedai yang hendak di tuju.

“Atuk kau ada kedai ka?” soalnya lurus. Memang sah! Minah seorang ni lurus bendul.
“KFC… kedai atuk-atuk aku!” jawab Taufiq.

“ceh! KFC je?” Fiera mencebik. Sebenarnya dia tidak kisah sama ada KFC atau restoran mewah tetapi tiap-tiap hari makan ayam dia sendiri pun tahu cuak.

“Tadi kata KFC pun jadi la. Sekarang kita dah tercongok depan kedai atuk aku ni. Nak makan atau tak?” Taufiq memberi dua pilihan.

“Okey! KFC pun jadi lah. Kita makan sini atau Take Away?” soal Fiera. Dia mengalah. Takut Taufiq mengubah fikirannya yang memang sedia sewel sedikit tu.

“Take Away. Aku bawa kau pergi satu tempat makan. Kau nak makan apa?” Soal Taufiq. Tali pinggang dibuka. Matanya bertentangan dengan Fiera menanti permintaan gadis putih tersebut. Mukanya sudah kemerahan terkena cahaya matahari.

Zaffiera masih lagi berfikir makanan apa yang cukup untuk mengisi perutnya yang lapar. Manakala, Taufiq menekan butang untuk menutup atap kereta lalu memasang penghawa dingin. Dia turut merasa terik matahari.

“Okey waiter! Ambil list aku yaa… aku nak dua dinner plate, 2 cheezy wedges dan 1 zinger. Tapi kau tak payah minta air sebab aku nak beli air mineral saja nanti.”

“amboi! Perut kah atau tong dalam badan kau Fiera? Makan macam tak ingat dunia.” Sindir Taufiq. Dia keluar untuk membeli makanan.

“Jangan lupa kentang goring jugak!” jerit Fiera dari dalam kereta. Taufiq memaling menghadap gadis kecil itu. Tersembul kepalanya dari tingkap kereta kesayanganya. Fiera tersengih-sengih apabila Taufiq mengeleng kepalanya.

“Tak padan dengan badan kecil! Tapi perut liat sangat. Kuat makan!” desis Taufiq ketika menuju ke pintu masuk kedai makan tersebut.


…                    …                    …                    …


Taufiq menghentikan keretanya di suatu tempat lapang. Keindahan alam terserlah dari atas bukit tersebut. Sejuk dan damai dari kesibukan kota yang cukup menyesakkan minda. Fiera keluar dari perut kereta lalu menuju ke tempat duduk penumpang belakang untuk mengambil makanan mereka manakala Taufiq membuka boot belakang kereta untuk mengeluarkan kain alas.

Lelaki kacukan itu mengibarkan kain alas di atas tanah berhadapan dengan pemandangan kota raya di bawah bukit tersebut.

“Dari mana kau tahu tempat ni Taufiq?” soal Fiera. Kesibukan lelaki itu sebagai seorang doktor  tidak pernah  menghalang Taufiq untuk bersuka ria. Ada sahaja tempat baru yang dia ajak Fiera makan.

“Kawan sekerja aku yang bagitahu tempat ni baik punya.” Jawab Taufiq. Dia membantu Fiera mengeluarkan kotak makanan mereka. Tanpa dipelawa masing-masing menjamu selera mereaka sambil mendengar lagu nyanyian Kenny G kegemaran Taufiq yang dipasang dari radio kereta.

Telefon Fiera berdering menyanyian lagu Back to you nyanyian kumpulan Beast dari Korea itu. Terkocoh-kocoh dia mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Pakai handbag macam pakai guni besar gedabak. Macam mana tak Lost and Found dalam tu.” sindir Taufiq. Dia sendiri hairan apa sahaja yang dimuatkan dalam beg tangan wanita zaman kini yang suka pakai beg tangan besar-besar.

Fiera menjeling. Bukan nak tolong tapi menyindir. Desisnya. Akhirnya telefon Blackberry pink miliknya yang berjaya dicapai. Dia segera menekan punat telefon apabila nama dan gambar umi tertera diskrin telefon.

“Assalamualaikum umi.” Ujar Fiera sebaik sahaja berada di talian.

“Fiera mana ni? Umi telefon ofis Lydia kata keluar makan dengan Fiq.” kata umi Anis. Puan Hamidah menyuruh Fiera memanggilnya umi. Dia memang sudah terpikat dengan keayuan gadis tersebut sejak pertama kali mereka bertemu apabila Fiera menyelamat dia dari peragut.

“Fiera makan dengan Fiq la ni umi. Ada apa?” soal Fiera.

“Takda. Umi nak tanya Fiera ni. Esok lepas cuba baju pengantin Anis, Fiera jadi kah tidur rumah umi?” soal wanita tersebut. Fiera memikirkan jadualnya esok. Sebenarnya dia memang selalu berkunjung ke rumah teman baiknya walaupun baru sekali dua bermalam di rumah tersebut ketika kenduri untuk membantu mana yang patut.

“Insyaallah kalau tiada halangan Fiera tidur sana.” Fiera mengangkat keningnya apabila melihat Taufiq meneguk air mineralnya dengan selamba apabila minum tin lelaki tersebut habis.

“Okeylah! Umi nak letak telefon ni. Umi pun tengah beli barang dapur juga sikit-sikt sebab abang Anis pun pulang esok. Assalamualaikum.” Tersedak Fiera mendengar kata-kata terakhir wanita tersebut. Abang Anis? Maksudnya Adam Danial balik? Kembar tidak seiras Anis yang sedang menuntut diluar negara.

Walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan Adam atau melihat foto lelaki tersebut tetapi dia tahu serba sedikit pasal kembar Anis yang kononnya merajuk dengan umi dan pak cik Fuad sehingga sangup membawa diri ke luar negara. Adam kononnya tidak rapat dengan keluarga mereka kerana dianak angkatnya leh mak ciknya di Sabah. Tetapi apabila abang sulung mereka Akhil Danish meninggal dunia Adam terpaksa pulang ke pangkuan keluar untuk mengambil alih urusan syarikat.

“Apasal kau ni kepoh betul! Gelojoh sangatlah.” Taufiq mengurut belakang Fiera perlahan.

“Titi macam mana ni?” Fiera membuat mimik muka kesian menghadap rakannya. Menyesal dia bersetuju dengan cadangan umi untuk bermalam di rumah keluarga tersebut. Dia sebenarnya takut untuk menerima pandangan Adam terhadapnya sekiranya lelaki tersebut menerimanya sebagai adik angkat atau berangapan keakraban dia dengan keluarga tersebut semata-mata kerana harta.

“Apa?” soal Taufiq. Wajah kesian Fiera dihadap dengan riak tidak puas hati. Geram apabila Fiera memanggilnya Titi.

“Kembar Anis balik esok! Aku takut nak jumpa dia. Tak sedap hati. Menyesal aku setuju nak bermalam sana.” Ujar Zaffiera. Mulutnya muncung sedepa.

Tiba-tiba dia terdengar Taufiq yang sudah ketawa terbahak-bahak.

“Cik Nurul Zaffiera. Kembar Anis tu manusia jugak bukannya raksasa. Yang kau takut sangat tu apasal?” soal Taufiq. Ketawanya masih lagi bersisa. Lucu dengan kerisauan Fiera yang tidak bertempat. Dia sendiri tahu tentang kisah kembar lelaki Anis itu.

“hah! Ketawa sangat… kalau budak lelaki tu terpikat dengan aku baru putih mata! Merasa jugak aku jadi orang kaya. Lepas tu aku beli lori seratus tayar langgar kereta kau ni. Baru tau!” Marah Fiera apabila Taufiq ketawakan dia yang tidak sedap hati dengan kepulangan Adam Danial.

Ingatannya kepada lelaki yang dikenali tujuh tahun lalu yang tidak pernah berhenti menyapa pintu hatinya ketika tingkatan lima hingga habis SPM sehingga dia sendiri rimas dengan renungan lelaki tersebut. Nama lelaki tersebut juga Adam walaupun dia sendiri tidak tahu nama sebenar lelaki tersebut.

“Makanlah!”  sepatah kata Taufiq membantut ingatan Fiera terhadap Adam. Perasaan cemburnunya menjalar disegenap hatinya apabila Fiera bercerita pasal hubungan besama lelaki lain.

Fiera perasan wajah Taufiq berubah kelat. Dia meneguk air mineralnya yang tinggal sedikit lalu menyambung makanannya.


---> tunggu kemunculan lelaki kedua pulak yaaa... ADAM DANiAL...Dalam part 3

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!