Melangkah
saja masuk ruang tamu Iqbal, Ikram sudah dikejutkan apabila bagasinya sudah
tersedia di tepi sofa.
‘Nak
menghalau akukah laki bini ni?’ gumamnya sendirian lagi.
“Hah!
Dah balik? Jomlah kita minum petang. Aku tengah bantu Rina masakkan cengkodok
di dapur ni.” Tegur Iqbal sambil berjalan keluar dari pintu dapur. Siap pakai
apron lagi tu. Memang suami mithali kawannya seorang ni.
“Inikan
beg aku?” Ikram tidak menjawab sebaliknya menyoal Iqbal kembali.
“A’ah
beg kau. Nantilah aku cerita… jom kita minum dulu.”
Ikram
mengangguk tanpa banyak soal. Mereka melangkah ke meja makan untuk santapan
petang. Tiada pun yang hendak terburu-buru.
Seorang
bagi signal kepada seorang. Kemudian berbalas balik. Bertambah bingung Ikram.
Malas betul hendak fikirkan perihal laki bini depan ni.
“Korang
cakap sajalah.” Tanyanya setelah mereka siap minum petang. Ikram sendiri yang
perasaan dengan tingkah pelik Iqbal dan Afrina. Kalau ikut perang boleh jadi
pengintip kedua-duanya ni sebab tak payah pakai mulut bercakap. Hanya perlu
jeling-jeling saja.
“Cakaplah…”
siku Iqbal ditolak oleh lengan Afrina.
“Beginilah
Ikram… kau baliklah rumah. aku yakin Zarra ada jumpa kau tadi terangkan
semuanya. Memang itupun tugas yang diberi untuk dia. Ibu dan ayah kau di rumah
pun tengah tunggu untuk cakap pasal benda ni.” Terang Iqbal.
“Watak
aku cuma yakinkan kau pasal hubungan Ainul dan Aizat saja. Jadi batu api!”
Sambungnya lagi.
“Jadi
apa yang Zarra cakap tu betullah?” soal Ikram. Mudah betul dia terjerat dengan
rancangan kawan baiknya seorang tu.
“Kami
buat ni demi kau dan Ainul. Percayalah! Supaya kau sedar dalam hati kau tu ada
perasaan pada Ainul. Kau cemburukan waktu Aizat dekat dengan Ainul?” Iqbal
menyoal perasaan Ikram.
Perlahan
Ikram mengangguk. Tiada lagi perlu disangkal. Selepas Zarra keluar ofisnya
tadi. Kepala Ikram sudah mula berfikir. Hatinya tidak pernah ingin melupakan
Ainul. jantungnya pula sentiasa berdegup tatkala mereka berdekatan. Manakala,
Ikram sentiasa rasa bahagia bersama Ainul.
“Cemburu
itu tandanya cinta. Ingat itu tandanya rindu. Bos tak rindukan Ainul ke? Bos
baliklah… kalau pun tak percaya kata kak Zarra tapi cuba percayakan kata-kaa
ibu bos sendiri.” getus Afrina.
“Betul
tu Am. Fikirlah pasal kebahagian. Buanglah ego kau tu. Tak salah kita cintakan
isteri sendiri. Mungkin susah hendak mengaku tapi daripada terseksa baik lagi kau
terus terang pasal perasaan kau tu.” Balas Iqbal pula untuk menyokong hujah
isterinya.
“Nak
tahu tak?” Ikram tersenyum meleret.
“Apa?”
Serentak suami isteri itu menyoal kembali. Ikram ni buat babak suspen ketika
mereka tengah memberi ‘Kuliah’ pula.
“Kamu
dua ni kan… boleh ganti pengacara ‘Semanis Kurma’tu. Ada bakat jadi kaunselor
berjaya. Siapa nama suami isteri tu? adoi…!!” belum habis Ikram cakap kepalanya
sudah kena luku oleh Iqbal. Orang serius dia main-main pulak.
“Bos
tolonglah serius. Kesian dekat Ainul tu. Tadi ibu ada telefon yang Ainul
pura-pura kuat sedangkan semalam Yayah kata uminya menangis semalaman.” Afrina
turut memanggil ibu Ikram ibu memandangkan suaminya berbuat sedemikian.
“Nasib
baik Yayah ada temankan uminya. Kalau harapkan kau. Huh! Mulut saja laser.
Cakap tak guna otak dulu.” sindir Iqbal pula.
“Habis
tu aku, korang tak nak kesiankan? Kamu anggap aku ni macam game ke apa?”
“Nak
kesiankan kau buat apa? kau juga yang ego sangat. Tak cinta konon. Sekali kena
uji sikit dah naik angin. Itupun Aizat sudah nak stop kan rancangan ni. Kalau
tak adalah orang yang frust menonggeng sebab bini kena rembat..” tembak Iqbal
lagi.
‘Alang-alang
menceluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang brainwash Ikram, biar sampai tersedar dari angan.’ Desis Iqbal
dalam hati. Maju Iqbal sekarang. Siap bagi pantun dua kerat!
“Yelah!
Aku baliklah ni…” Ikram akhirnya mengalah juga.
“Balik
rumah tu jangan lupa pujuk Ainul. Dia tak salah apa-apa pun. Yang penting
luahkan perasaan kau tu. Itupun susah! Kau pujuklah dia guna cara sendiri. Kami
tak nak bagitahu pasal rancangan ni. Kau pula jangan nak gatal mulut ceritakan
rancangan ni.” Iqbal masih lagi bagi pesanan penaja.
“Aku
tahulah… membebel macam mak nenek. Terima kasih tumpangkan aku.
Assalamualaikum.”
“Umi…
umi…” panggil Yayah.
“Ya
sayang.” Kata Ainul sambil melipat kain di atas katil.
“Semalam
umi menangis? Yayah terbangun semalam terdengar suara umi.”
Ainul berhenti melipat kain. Yayah yang sedang
memegang telinga patung beruangnya dipandang lembut. Terharu dengan perhatian
anak itu kepadanya. Kalaulah Ikram sedemikian…
“Umi
tak menangis sayang…” pujuk Ainul. Dahi Yayah dicium. Hatinya sedih tapi
dikuatkan juga untuk menjaga dan mengembirakan kanak-kanak ini. Siapa tidak
marah jika dihina. Dimana lagi Ainul hendak letak muka selepas ni?
Sedangkan
tadi ketika dia hendak keluar menyidai baju pun sudah terasa ada mata-mata yang
memandangnya sinis. Sudah tentu tersebar satu taman pasal kelmarin. Berlaku
depan rumah pula tu. Sudahnya Ainul
hanya terperuk di dalam rumah sahaja. Kesian Yayah kerana tidak dapat bermain
diluar kerana menemaninya.
“Umi…”
panggil Yayah. Tidak berpuas hati dengan
jawapan Ainul.
“Insyaallah
sayang. Umi akan cuba kuat. Allah tidak akan memberi ujian kepada hambanya
ujian yang diluar kemampuan kita...” jelas Ainul walaupun dia tidak pasti Yayah
kecil itu memahami kata-katanya.
Dahi
Yayah berkerut untuk memahami setiap butir kata tapi dia masih lagi gagal untuk
memahaminya. Ainul sekadar tersenyum. “Mari sini duduk dekat umi…” katanya
sambil menepuk tilam.
Yayah
mengensot mendekati uminya.
“Yayah
tak faham maksud umi.” Ainul menyoal. Kepala Yayah dikusap dengan penuh kasih
sayang. Kanak-kanak itu mengangguk bagi menjawab persoalannya.
“Umi
ada satu kisah… kisah pasal seorang sahabat Rasulullah. Namanya Bilal bin Rabah.
Bilal ni asalnya hanya seorang hamba Umayah bin Khalaf. Pada satu hari, Umayah
dapat tahu Bilal masuk islam tanpa pengetahuannya. Umayah marah sangat sebab
dia benci sangat dengan agama Islam. Kemudian, dia pun seksa Bilal…” Ainul
berhenti seketika.
“Bilal
dipukul, dilempar batu-batu malah yang paling teruk dia dibaringkan di atas
pasir yang sangat panas dan ditindih dengan batu yang besar yang sangat panas
supaya dia tinggalkan agama islam. Yayah rasa dia tinggalkan islam tak?” soal
Ainul.
Yayah
mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Bilal
bertahan…sakit macam mana pun dia diseksa oleh tuannya. Bilal tidak ingin keluar
malah dia yakin sangat dengan kekuasaan Allah. Dia hanya cakap ‘Ahad,ahad’
bermaksud Yang Esa,yang Esa sebab dia yakin bahawa Allah ada untuk disisi kita.”
“Kesian
Bilal kan umi. Sampai hati Umayah seksa dia.”
“Walau
bagaimanapun seksaan yang ditanggung…Bilal tetap teguh kerana dalam surah Al
Baqarah ayat 286 ada menyatakan bahawa Allah tidak akan membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Itu kata Allah…” balas Ainul.
“Jadi
kita kena sentiasa berdoa kepada Allah kan umi?”
“Pandai
anak umi, kita perlu yakin dengan ujian Allah. Kita berdoa agar dipermudahkan
dalam ujiannya yaa sayang. Insyaallah Allah maha pengasih.”
“Yayah
doakan semoga umi kuat dengan ujian Allah seperti Bilal... amin.” Yayah meraup
mukanya setelah menadah tangan mendoakan kekuatan untuk Ainul.
“Terima
kasih sayang.” Ainul menarik Yayah ke dalam pelukannya. Terharu dengan
kesungguhan kanak-kanak itu.
Bunyi
ketukan pintu mengejutkan mereka berdua. Perlahan pintu bilik terkuak. Puan
Noraini senyum lalu masuk ke dalam bilik menantunya.
“Yayah
main dengan umi?” soalnya sambil mendekati mereka.
Yayah
mengangguk. “Nenek nak cakap sikit dengan umi. Yayah temankan atuk minum di
bawah dulu yaa sayang... Nek Bibah ada masakkan kuih untuk kita. Kejap lagi
nenek dan umi turun.” Pujuk Puan Noraini.
Sekali
lagi Yayah mengangguk tanpa menyoal lebih. Dia memang rapat dengan Puan Noraini
dan Encik Ahmadi yang bergelar nenek dan datuknya.
“Ainul
tak apa-apa?” tanya Puan Noraini ketika susuk tubuh Yayah sudah keluar dari
bilik.
“Insyaallah
tiada apa-apa bu.” Jawabnya.
“Syukur
Alhamdulillah. Ainul… tadi Ikram ada telefon ibu. Katanya dia hendak pulang
semula ke rumah. Dia dalam perjalanan balik sekarang.” Puan Noraini memulakan
perbicaraan. Bukan main terkejut lagi mereka awal pagi tadi apabila kereta
Ikram langsung tidak kelihatan. Hanya pesanan ringkas menyatakan bahawa dia
hendak keluar rumah beberapa hari saja.
“Mungkin
permintaan ibu agak melampau. Tapi apa pun kesilapan Ikram ibu mohon agar Ainul
maafkan Ikram.” Pintanya. Sebagai seorang ibu, harapannya agar rumah tangga
Ikram tidak berpecah belah.
“Abang
tuduh Ainul bu… Abang kata Ainul lagi kotor dari seorang pelacur. Hancur
berkecai hati Ainul. Hina sangat ke Ainul ni sampai Abang tuduh Ainul dengan
abang Ijat?” air matanya mulai bergenang tatkala mengingat hinaan tersebut. Dia
cuba lupakan tapi tetap sukar.
“Ibu
faham sayang… Tapi Ikram juga manusia biasa. Tiada manusia yang sempurna.”
Pujuknya bagi pihak Ikram.
“Insyaallah
Ainul cuba. Tapi Ainul tak janji dapat lupakan dalam masa terdekat. Sedangkan
Ainul sendiri tidak berani tunjuk muka dengan orang luar.” Itu janji Ainul.
mungkin dia akan cuba. Memaafkan seseorang yang menghina kita itu terlalu sukar
tapi hati kita akan tenang dari terus memendam dendam.
“Terima
kasih sayang… Sudahlah. Kita lupakan dulu perkara ni. Mari turun minum dengan
ayah dan Yayah.” Ajak Puan Noraini.
Ainul mengangguk setuju. Sarat kepalanya memikirkan perihal ini. Maafkan?
Mampukah dia sedangkan selama ini Ainul tidak pernah diherdik biar sekalipun
oleh sesiapa. Siapa yang berani hendak maki hamun cucu orang yang berpengaruh
seperti datuknya.
Minum
petang mereka terhenti ketika Ikram dengan selambanya masuk ke dapur lalu duduk
di sisi Ainul. Semua orang memandang Ikram pelik. Siap mencium pipi Yayah lagi!
Beberapa
kali mata Ainul berkelip memandang Ikram selamba menikmati cenkodok panas.
Perhatiannya terhenti apabila tersedar dari khayal. Ingatkan marah sampai tidak
mahu balik rumah. Tidak sampai satu hari sudah nampak batang hidung balik.
Salam
yang diberi oleh Ikram hanya mampu di jawab dalam hati saja. “Ibu, ayah Ainul
sudah kenyang. Ainul naik atas dulu. Assalamualaikum.” Katanya sambil berdiri
mengangkat pinggan. Nama Ikram langsung tidak terkeluar dari mulutnya.
“Yayah, habis makan nanti naik atas yaa
sayang. Umi naik sediakan air untuk mandi.” Pesannya lagi pada anak kecil itu.
“Apa
kamu rasa? Mulut tu lain kali sambung dulu dengan otak baru keluarkan suara.
Ini tidak! cakap ikut sedap mulut saja.” Sembur Puan Noraini. Anak bertuah.
Mereka laki bini pun tidaklah bercakap main lepas macam Ikram. Entah ikut genetik
siapa anak mereka ni. Tak tahulah…
“Ibu
ni…” balik saja terus kena sembur. Hari ni telinganya kena cuci sampai tiada road block. Licin dan berkilat lubang
telinga Ikram. Semua berkomplot hendak tembak dia. Kalau ada seranga masuk
sudah tentu tergelincir sebab licin sangat tanpa tahi telinga!
“Ibu
ni… ibu ni… terlajak perahu boleh diundur, terlajak mulut? Ingat mulut tu boleh reverse balik ke?” marah Puan Noraini
lagi dengan sikap anaknya.
“Wah!
Kelaaassss ibu... reverse gitu! Am
tak reverse bu. Am terus break tapi kali ni break tak makan. Hikkkkkk…..” gurau Ikram. Siap dengan gaya orang
tarik handbreak lagi!
“Terus
accident. Hehe…” Sambungnya perlahan.
Tersengih panjang Yayah. Lucu dengan tingkah ayahnya yang comel. Sejak mereka
selalu berjumpa untuk urusan anak angkat Ikram sudah mengelarkan dirinya
sebagai ayah Yayah. Tidak mahu kalah dengan Aizat.
“Comel
anak ayah senyum… umi marah dekat ayah lagi ke?” bisik Ikram ke telinga Yayah.
Anak kecil itu mengangkat bahu tidak tahu.
Sudah
tentulah sebab Yayah tidak tahu apa-apa. waktu kejadian kelmarin, Zarra telah
menyembunyikan kanak-kanak tersebut supaya tidak nampak perkara yang sepatutnya
berlaku antara papa, umi dan ayahnya.
“Tapi
semalam umi nangis.” Lapor Yayah.
Ikram
terus terdiam. Mulutnya ditutup rapat lalu dikembang kempis beberapa kali. Cuba
untuk memerah otak buat sesuatu.
“Itulah
yang kamu dapat. Bagi menangiskan bini kamu…” Puan Noraini kembali berleter.
“Aini
sudahlah tu.” tegur Encik Ahmadi. Isterinya ni kalau terus berleter bukan saja
telinga Ikram yang bocor tapi dengan telinga-telinganya sekali.
“Tapi
bang…”
“Biarlah
mereka selesaikan hal rumah tangga mereka. Budak dua ni dah besar panjang.”
Lembut Encik Ahmadi memujuk isterinya. Dia tahu ibu bapa mana yang tidak
risaukan tentang anak sendiri. Tambahan lagi anak mereka ni tidak tahu erti
matang.
“Yes! Nasib baik ada ayah backup…” Gembira Ikram.
Sekurang-kurangnya ada juga yang menyebelahi dia. Seharian kena bom atom dari semua orang. Biarpun seorang yang menyebelahi Ikram pun sudah memadai.
“Bila
masa ayah backup kamu? Kamu kena
selesaikan masalah ni secepat yang mungkin. Kemudian selesaikan SEMUA teman
wanita kamu. Faham! Ini arahan bukan permintaan.” Tegas nada Encik Ahmadi
mengingatkan Ikram. Perkataan ‘Semua’ sengaja ditekankan supaya tiada satupun
tertinggal.
“Roger and out! Okay la. Am nak out dulu. Assalamualaikum.” Kerusi
ditolak. Ikram keluar dari dapur menuju ke tingkat atas.
“Nak
ke mana pulak tu?” soal Puan Noraini. Kita penat-penat berleter tapi dia buat
macam masuk kiri keluar kanan saja.
“Am
nak settle semuanya la! Nak masuk
bilik dulu. Tak payah panggil Am makan malam. Am dah kenyang makan di rumah
Iqbal tadi. Lagipun esok tak kerja. Malas!” jerit Ikram yang sudah berada di
ruang tamu.
Semua
urusan pejabat yang memerlukannya sudah siap dikerjakan oleh Ikram sampai kerja
yang sepatutnya dibuat oleh orang bawahannya pun dia buat. Rajin tiba-tiba
sebab tidak mahu layan perasaan.
cepat pujuk bini yg tga mrajuk 2,,harap2 terpujuk la yer..
ReplyDeletesesi pujuk-memujuk...
ReplyDeletejual mahl sikit Ainul..nk tngk sjauh mne skill Ikrm..huhuu..
_ara-
cepat2 smbung nk mcm mn ikram pujuk ainul...
ReplyDeletemsti sweet kn...
nk lagi..nk lagi...
pnjang skit n3 nnt k...
thanks...