“Kenapa ni Ainul? Abang Am rasa abang makin tidak
kenal siapa Ainul sebenarnya!” keluh Ikram. Ainul sudah bersedia untuk
menerangkan kepada Ikram.
Mereka berdua duduk di tepi kolam renang. Kaki
sengaja dimasukkan ke dalam air kolam. Tenang sungguh mereka rasa walaupun hati
masing-masing bagai dilanda ribut taufan.
Usai makan,
mandi, solat dan rehat barulah Ainul memanggil Ikram untuk berbincang. Sengaja
mencari waktu dan tempat yang sesuai. Puan Noraini dan Encik Ahmadi pun sudah
masuk tidur. Mertuanya memang selalu masuk awal pun.
“Kenapa? Selama ni abang kenal sangat ke dekat
Ainul?” Ainul cuba berlawak. Tapi nyata memang tidak berkesan. Ikram masih lagi
tidak berkutik.
Mulut Ainul muncung ke hadapan.
“Ainul sebenarnya sayangkan budak tu…” Dia memulakan
perbicaraan.
“And
then?” Satu sikap Ikram yang Ainul cukup kenal selain kuat menyakat,
cerewet dan bermulut lancang ialah suka mengesa orang. Apa dia mahu tahu atau
dapat kena jelaskan secara terperinci!
“Ainul nak ambil Yayah sebagai anak
angkat… percayalah! Ainul baru rancang saja. Ainul belum berurusan dengan
mahkamah lagi. Ainul ingatkan nak minta kebenaran dulu dari Abang Am.”
“Tapi yang tak cakap-cakap pun sampai
terkantoi sendiri dengan abang tu kenapa?” nada Ikram masih lagi tegas.
“Ainul nak tunggu abang balik baru
bagitahu pasal benda ni. Kebelakangan ni Ainul nampak Abang Am tekanan dengan
kerja. Lagipun…”
“Lagipun apa?” Ikram mengesa lagi. Ainul
tidak suka sikap Ikram yang suka mengesa. Orang belum habis cakap sudah di gesa
untuk sambung. Pantang bercakap ada koma sikit. Kena terus saja redah macam highway!
“Lagipun Yayah tu dalam kemurungan. Ibu
bapanya meninggal sebab selamatkan dia. Ainul baru saja dapat pujuk dia. Selama
ni Yayah tak ingin dekat dengan sesiapa termasuk kak Zarra sejak dia di hantar
ke rumah anak yatim tu.” jelas Ainul.
“Ainul rasa Yayah tu cermin bagi Ainul
dulu… abang Am tahu kan macam mana Ainul selepas kejadian dulu tu. Ainul
murung. Enggan bercakap dengan sesiapa. Bezanya Ainul masih lagi ada keluarga
abang tapi Yayah tiada bang. Satu pun keluarganya tiada di dunia ni lagi.”
Ikram senyap. Memikirkan situasi Yayah
dan Ainul.
“Abang ingat tak apa abang cakap dekat
Ainul dulu?” soal Ainul pada Ikram.
Perlahan-lahan kepala Ikram mengangguk.
“Abang kata Ainul Mardhiah seorang bidadari yang setia, cekal dan tabah. Begitu
juga Abang Am punya Nur Ainul Mardhiah.”
“Ainul pegang kata-kata abang sampai
sekarang. Ainul sebenarnya dapat pujuk Yayah pun berkat dari Abang. Nama
sebenar Yayah ialah Dhia Adawaiyah maksudnya Sinaran penawar. Ainul yakinkan
dia yang Yayah ada Ainul sebagai penawarnya. Hadir untuk beri sinar baru buat
dia sebagai penawar.”
“Ainul yakin dengan hasrat Ainul nak
ambil Yayah? Ainul tahu kan tanggungjawab Ainul besar untuk didik budak tu
macam anak sendiri.” Ikram mula serius kembali. Setiap keputusan kadang-kadang
tidak boleh di ikut gerak hati tapi juga pertimbangan yang sewajarnya.
“Insyallah Ainul yakin pasal ni..”
“Baiklah! Nanti Abang Am bantu Ainul
urusan mengambil anak angkat tu. Abang ada kawan peguam. Nanti kita minta
tolong dia bantu mana yang patut.” Ujar Ikram.
“Abang Am setuju?” ekspresi Ainul
berubah. Tiada lagi kegusaran di hatinya. Walaupun Ikram tidak cakap ya tapi
jawapan Ikram sudah cukup melegakan hatinya. Ingatkan Ikram bakal tentang
habis-habisan.
“Sukanya dia…” jeling Ikram manja. Dia
pun tidak suka perkara berlarutan sampai bermasam muka.
“Mestilah! Tak sabar rasanya nak rasa
jaga anak kecil dalam rumah ni. Mesti meriahkan bang?” Ainul sudah memasang
angan-angan. Mendodoi, membelai anak kecil ialah impian semua wanita. Apatah
lagi anak sendiri.
“Maafkan abang Am sebab tak dapat bagi
Ainul anak…” sayu saja Ikram bercakap. Terasa juga dia bila Ainul gembira
hendak memilik anak.
“Takpe... Kita jaga Yayah sama-sama ya.
Tentu dia rapat dengan abang Am nanti.”
Ikram hanya diam. “Abang marah ke?”
Kepala Ikram digeleng sebagai jawapan.
“Err… abang nak bagi Ainul ni.” Satu beg
kertas yang disorok di sebelahnya dikeluarkan.
“Apa ni?” soal Ainul tatkala hadiah
tersebut sudah bertukar tangan. Dia mengeluarkan sebuah buku dan sebuah
selendang sutera cina berwarna biru.
“Abang tak tahu Ainul suka apa. Abang
cuma terfikir yang Ainul suka membaca buku ilmiah. Selendang tu abang pilih
warna biru sebab Ainul suka biru laut.”
“Tak sangka Abang Am belikan Ainul
hadiah. Ainul suka sangat. Terima kasih.” Terharu Ainul dengan kesungguhan
Ikram mencari barang kegemarannya.
Hadapan buku berwarna merah hati itu di
gosok lembut. “Cinta, Meraihkan Kasih di
Langit Syurga.” Tajuk buku tersebut di baca kemudian dia mengambil selendang
berwana biru laut tersebut.
Lembut dan cantik. Pandai Ikram pilih. Itu
salah satu kelebihan Ikram. Walaupun cerewet dalam penampilan tapi setiap yang
dipakai atau dipilih lelaki tersebut sempurna tanpa sebarang cacat cela.
Penampilan mengambarkan peribadi seseorang!
“Mari abang pakaikan Ainul.” selendang
tersebut dilebarkan. Ikram mendamparkan selendang tersebut di belakang Ainul.
“Lembut…” puji Ainul. Badanya
diselimutkan mengunakan selendang yang dibeli oleh Ikram.
“Lembut macam Ainul. Itulah yang abang
Am fikir bila nampak selendang ni.” Ikhlas Ikram memuji. Ainul memang lembut.
Selembut sutera. Wajah ceria Ainul dapat hadiah malam dipandang walaupun
samar-samar.
Ikram tersenyum puas. Itulah wajah yang
dia hendak lihat. Wajah cerianya sebagaimana janjinya dahulu untuk menjaga dan
membahagiakan Ainul. Janji setelah berjaya membuatkan Ainul keluar dari
kemurungannya akibat kematian ibu bapa.
Pasal benda ni jugalah Ikram faham niat
Ainul hendak ambil budak bernama Yayah tu. Memikirkan budak tersebut tidak
semena Ikram terketawa.
“Haih! Tidak pasal-pasal abang dapat
anak. Tak sangka pulak.” Kata sambil tergelak kuat. Lucu pula bila bayangkan
dia, Ainul dan Yayah berjalan beriringan. mesti orang fikirkan mereka kahwin di
usia muda.
“Abang Am dah tukar fikiran ke?” kalut
Ainul tiba-tiba. Mana boleh! Bahaya ni. Sudahlah Ikram suka tukar-tukar fikiran
ikut mood.
“Kalau abang kata abang nak anak
betul-betul boleh?” bisik Ikram lembut menyapa cuping telinga Ainul. Jelas
terpancar muka terkejut Ainul yang sudah kemerahan.
“Apa abang Am cakap ni? Tak fahamlah.”
“Nak abang bagi faham? Benda senang aje
ni. Ainul nak abang tunjukkan dekat Ainul? Terus buat demo supaya Ainul faham.”
soal Ikram balik. Masih lagi bernada mengoda adiknya.
“Apa abang Am fikir Ainul lurus sangat
ke nak fikir benda lain. Dari abang terus mengusik baik Ainul masuk bilik. Huh!”
Ainul mencebik. Kepala Ikram yang semakin dekat di tolak lembut.
Bukannya dia tidak faham perangai Ikram. Tapi
dia juga perempuan biasa. Hati mana yang tidak terusik dengan suara garau
Ikram. Lebih-lebih lagi suami sendiri! Dia mengeluarkan kakinya dari dalam
kolam renang. Seluar yang dilipat sedikit agar tidak basah tadi diturunkan
semula sampai buku lalinya.
“Orang nak masuklah.” Langkah Ainul
terhenti bila Ikram memegang tangannya bila hendak berdiri.
“Alah! Takkan merajuk lagi kot. Orang
gurau sajalah. Marilah temankan abang bual lagi.”
“Abang Am pun masuklah tidur. Tadi Ainul
perasan abang balik-balik menguap dah.” Ainul tahu mesti Ikram mengantuk dan
penat. Dia sendiri pun pernah merasa bila ulang-alik dan sibuk buat kerja dulu.
“Tarik tangan abang!” Ikram buat muka
comel. Tangannya melepaskan lengan Ainul
kemudian ditunjukkan kepada Ainul agar gadis itu membantu dia untuk berdiri.
Tangan Ikram ditepis. “Pemalas!” sempat
lagi Ainul membebel sebelum menarik tangan Ikram. Badan Ikram yang jauh lagi
berat darinya membuatkan Ainul hilang keseimbangan. Ikram cepat mencapai badan
Ainul dari terjatuh.
“Nasib baik tak terjatuh tadi.” Ikram
melepaskan rasa syukurnya. Mujur Ikram sempat menarik Ainul hingga tersembam di
dadanya dari terjatuh.
Lama meraka berkeadaan sedemikian. Dada
Ainul berombak kencang. Masih lagi terkejut.
Cupp! Dahi Ainul di cium lantas dia
tersedar dari lamunan.
“Malam-malam nak beromantik pulak kita.
Hahaha! Good night kiss dari Abang Am
yang terhangat di pasaran ni. Abang masuk dulu… Assalamualakum. Mimpi
indah-indah saja tau.” Usik Ikram. Dia meninggalkan Ainul yang masih terkaku.
Dadanya sendiri berdegup kencang.
Tangan Ikram menampar-nampar bibirnya.
Gatal betul bibir ni…
Dahi Ainul di pegang lembut. Hatinya
berbunga. Entah kenapa dia merelakan dirinya dikucup oleh Ikram. Tapi Ainul
sedar. Minat Ikram bukan dia tapi perempuan yang berpakaian mengikut arus
pemodenan. Semuanya up-to-date.
Hanya keluhan saja keluar dari mulut
Ainul fikirkan benda tersebut. Susah betul bila kita letak hati pada orang yang
tidak cintakan diri kita. Saat dia diijabkabulkan hati Ainul hanya pada
seseorang iaitu Hafiz Ikram yang tidak pernah sesekali pun pandang cintanya.
Tinggal cinta tidak terluah saja yang
terpaksa ditanggung. Ainul sering berdoa agar Ikram pandang dia sebagai seorang
isteri dan bukan sekadar adik yang perlukan kasih sayang.
best! suka dengan cerita ni? tapi bila diorang nak jatuh cinta? macam lambat snagat :(
ReplyDeletea'ah...bila nk berbaik n falling in love nih..menanti sgt nih...
ReplyDeletekeras sgt ke hati ikram nih,,,..
smbung lg..asap..=)
thanks..good work..keep it up..
dh lme tnggu SAM..br ad entry..yup,, ble lg dorg nk jatuh centa?xsabo tggu..
ReplyDeletetol2..da lme tggu entri baru..
ReplyDeletexsabo ng tggu ikram jatuh cinta ngn ainul...
best, cuma harap cepat skit la dorg brbaik. tq
ReplyDeletesalam faz...
ReplyDeletesorry lama tak menjengah sebab tak sempat... ini ada masa saya sambung baca semula...
makin menarik...
bila Ikram nak jatuh cinta ni?
kesian Ainul dah menanti... harap dengan kehadiran yayah nanti akan lebih mengeratkan Ikram dan Ainul... buat diorang rasa nak jadi ibu bapa pada anak sendiri ke? hihihi...
good job Faz... ^--^
Bkn xnk komen..tp xtaw nk komen pe....
ReplyDeletesetiap kali masuk entry baru memang gerenti bace...tapi tulah jari nie susah sangat nak taip komen...time x bagi komen rase mcm bersalah je dkt penulis,time nak bagi komen pulak takut tersalah taip pulah...so untuk mengelakkn dua perkara ni jadi cara yg paling mudah adalah mengeLIKE...so sis jgn salah faham pulak...
ReplyDeletekarya sis memang SUPERB & SANTAI...kadang2 takut tetinggal entry baru saye check setiap hari blog sis nie...
Okeylah sis Nurfazila Suhaide mesti puas nak bace komen nie....terpanjang pulak jgn marah ye sis...
best
ReplyDeletetpi bila dia orng nk jtuh cinta ea...
mcm lmbt plot nye..:)
x sabar nk tgok ikmal tu jtuh cinta pada ainul...
ReplyDeletekesian juga dgn Ainul ye... ada suami
ReplyDeletecuma anggap dia spt adik saje
bukannya isteri. bila agaknya Ikram
akan sedar dia juga cintakan Ainul..
adakah bila dh terlambat baru nk
sedar yg dia cintakan Ainul? jgn
lambat-lambat nanti Ainul dikebas
org...hehehe Cepatlah sambung n3
baru tgh best.
ainul....goda la abg ikram tu..u can do it...
ReplyDelete