Saturday, April 21, 2012

Tembok Cinta bab 13



Adam keluar dari pejabatnya. Bilik Fiera menjadi sasaran. Memang benar Fiera PA dan penasihatnya tapi Adam mahu Fiera ada bilik sendiri. lagipun tidak baik biarkan Fiera ambil tugas setiausaha saja sedangkan sebelum ni jawatan Fiera boleh tahan tinggi.
“Lydia, Fiera mana?” Adam menyoal Lydia yang baru balik dari pantri. Lydia dan Fiera boleh tahan rapat. Mustahil Lydia tidak tahu apa-apa.
“Fiera? Dia mana?” tanya Lydia balik.  ‘Amoi ni… kita tanya dia dia tanya balik pula.’ Ngomel Adam dalam hati.
“Kalau saya tahu dia ada, tiadalah saya tanya kamu Lydia.” Kata Adam.
“Mana saya tahu bos. Selalunya diakan dengan bos.” Lydia menjongket bahu. Baru juga dia perasan kenapa pejabat ni senyap semacam. Rupa-rupanya mak cik kecoh tu tiada.
“Bos cari Fiera ke?” tanya Shira yang kebetulan lalu. Rambut depannya di tolak ke telinga. Dengan ala-ala manja gitu.
Lydia sudah mencebik. Minah gatal ni, dengan anak bos pun ada hati. Sedarlah sikit! Gaya yang entah apa-apa tu.
“A’ah… tahu Fiera mana? Dari tadi saya cari dia tapi bayang pun tiada.’
“Fiera ambil E.L tadi bos. Saya dengar dia ambil nak ke hospital ambil M.C hari ni. Ermm… ada apa-apa yang saya boleh bantu bos?” tawar Shira. Bukannya dia kecoh sangat pasal Fiera tapi kebetulan terdengar tadi perbualan Fiera dengan kak Habshah.
Dengan rela hati Shira untuk membantu Adam.
“Tak tahulah saya bos. Jangan-jangan Fiera tu menipu saja. Malam semalam saya nampak dia keluar makan dengan kawan doktor dia tu. Ketawa tak ingat dunia sampai saya ada di situ pun dia tak perasan.” Cucuk Shira. Sengaja hendak buruk-burukkan Fiera.
“Mentang-mentanglah kawan dia doktor. Senang-senang saja ambil M.C. Kelmarin bukan main sihat walafiat lagi saya tengok!” sambungnya lagi. Tidak berkenan betul Shira dengan Fiera. dari mula masuk sampai sekarang, hanya Fiera saja jadi tumpuan di situ.
Kalau sekali pandang memang wajah Fiera dan dia langsung jauh berbeza. Dia kacukan arab lagi cantik dari Fiera tapi gadis itu juga yang jadi tumpuan. Jawatan pun sekajap saja naik pangkat.
Adam memikirkan kata-kata Shira. Ada benarnya juga. Sudah tentu kawan doktor yang dimaksudkan ialah Taufiq. Macam mana lagi hendak pisahkan mereka berdua tu. Macam belangkas. Mana ada Taufiq mesti ada Fiera.
Tapi macam mana pula kalau Fiera betul-betul sakit? Tetiba Adam gusar mengenangkan Fiera yang tinggal bersendirian di rumah.
“Shira, kau jangan nak buat cerita pulak. Kalau ya pun dia keluar dengan Taufiq tak semestinya dia tak sakit tau. Lagipun apa salahnya kalau dia ambil cuti. Annual dia berlambak lagi kot! Tak macam kau tu. Asyik cuti, cuti, cuti saja!” Lydia memang tidak puas hati dengan minah seorang ni.
Pada pandangan Lydia, Shira ni dengki dengan kejayaan kawannya. Setiap masalah Fiera biar sekecil zahra pun tetap di cungkil.
“Sudah! Jangan nak kecoh sini. Lydia kamu boleh balik tempat kamu, Shira buatkan saya kopi.” Arah Adam. Malas hendak tadah telinga kalau orang perempuan sudah bising-bising.
Shira senyum kemenangan. Selalunya kerja buat kopi untuk Adam ialah Fiera. Hari ini biar dia yang layan si putera walaupun bukan bidang tugasnya. Buat kopi pun bukan kerja Fiera tapi Adam sendiri yang sengaja supaya dapat jumpa Fiera.
Alih-alih ketagih Adam minum kopi. Mahu atau tidak terpaksalah suruh Shira.


“Bos ni kopinya…” Punyalah lama Adam tunggu Shira buat kopi. Apa tidaknya, Sempat lagi Shira betulkan rambut dan skirt mininya. Muka tu ditambah lagi dengan solekan supaya menarik perhatian Adam.
Adam menutup fail kerja. Mata saja melekat di fail dari tadi tapi kepala dan mindanya sudah sampai ke rumah Fiera. Risau dengan gadis itu. Kalau sakit siapa nak jaga?
Air kopi yang di buat oleh Shira diteguk perlahan. Berubah kelat terus muka Adam. Lagi kelat dari air kopi buatan Shira. Ni nak bagi aku mampus ke apa? nasib baik tidak terus tersembur. Habis basah kertas kerjanya nanti.
“Shira! Awak nak bunuh saya ke apa? Saya yang lelaki pun tahu beza garam dan gula. Sudahlah awak letak kopi hampir lima sudu kot. Masin nak mampus lagi tu.” kritik Adam. Tidak pernah dia rasa minuman sedemikian.
Pahit dan masin. Sungguh! Gabungan yang tidak sesuai! Kalau masam-masam manis tu boleh lagi diterima akal.
Mata Shira panas apabila kena herdik. Manalah dia tahu buat kopi. Kalau setakat 3 in 1 bolehlah. Tapi mana ada lagi stok pek kopi segera di pantri. Terpaksalah dia buat sendiri.
“Sudahlah… hilang selera saya. Awak bawalah air awak tu.” Adam menyandar di kerusinya. Kemudian di pusingkan membelakangi Shira.
Bayangan Fiera tidak dapat dielak dari fikirannya. Macam-macam ada. Risau, khuatir, dan gusar semua ada. Dan yang paling penting dia rindukan Fiera. gelak tawa, gurauan dan suara Fiera semuanya dia rindu. Seraut wajah itu mampu mengetarkan nalurinya.
“Adam rindu…rindu sangat dengan Fiera.” sehari tidak nampak boleh demam. Inikan pula tiga hari. Jumaat, sabtu dan ahad. Kalau tunggu isnin depan nanti memang boleh jadi demam kus-kus menahan rindu.
Tidak boleh jadi, Adam berdiri mencapai gugusan kunci kereta dan telefon bimbitnya. Rumah Fiera akan menjadi destinasinya. Sekadar untuk mengetahui kondisi gadis itu. Kalau parah bawa terus pergi klinik atau hospital.



“Cengkodok basi! Apasal kau bawa aku balik?” marah Fiera. Baru tersedar dari tidurnya. Penat berceloteh dengan Taufiq sejak keluar hospital tadi.
“Dah sakit. Balik rumahlah.”
“Janganlah… aku rasakan rumah ni macam penjara saja tau! Sorang-sorang boleh gila aku.” rungut Fiera. Kalau ada Anis tidak mengapa juga tapi ni duduk seorang diri. Bosan nak mampus.
“Aku temankan kau lah. Susah apa!” Jawab Taufiq selamba. Sengaja hendak menguji Fiera.
“Otak kau tu dah tak betul ke apa? Mahunya kita kena tangkap basah. Kau nak jawab dengan mak bapak aku? Taufiq… please! Kau balik rumah pun belum tentu ada benda nak buatkan?” Fiera enggan balik. Masuk dalam rumah pun belum tentu ada perkara yang dia nak buat. Kerja semua tinggal di pejabat.
Hendak balik pejabat. Bolehnya kena soal siasat dengan Adam. Huh! Tak suka betul. Rimas dan lemas dengan sikap Adam tu. Sikap ambil beratnya over betul. Tidak kiralah ada orang bersama mereka atau tidak. Malu juga setiap kali jadi tumpuan rakan sekerja yang lain.
Di pejabat pun telinganya pun belum pekak lagi dengar gosip pasal dia dan Adam.
Taufiq berpeluk tubuh. Degil betul Fiera ni. Orang sakit tapi tidak pandai duduk diam. Pujukan Fiera masih dalam pertimbangan.
“Kalau aku cakap tak nak, kau nak buat apa?”
“Kalau tak nak terpaksalah aku balik pejabat. Ataupun telefon Ammar ke?” Fikiran Fiera teringkatkan Ammar. Bukannya nak jumpa untuk dating pun. Tak kuasa dia nak layan Ammar tu. Semuanya pasal urusan pembelian rumah. Kalau tidak haraplah nak tadah telinga dengar Ammar bermulut manis. Tidak habis-habis mengayat.
“Tak perlu! Aku bawak…” cemburu Taufiq membuak-buak. Balik pejabat pasti akan terjumpa Adam. Tapi telefon Ammar sudah tentu Ammar sanggup memandu dari Johor ke KL. Ammar tu kalau Fiera semuanya sentiasa ready on time.
Buat apa hendak serahkan Fiera dengan manusia dua ekor tu sedangkan dia boleh bersama Fiera. Tak patut, tak patut.
So? Kita nak ke mana Fiq…?” gembira Fiera di bawa jalan. Dari meringkuk dalam rumah baik keluar. Selalu sangat Fiera keluar dengan Taufiq kebelakangan ni. Melepaskan rindulah katakan.
“Rindu kepala otak kau Fiera.”gumannya sendiri menjawab isi hatinya.
“Apa kau cakap Fiera?” Soal Taufiq kembali. Telinganya menangkap mulut Fiera yang terkumat kamit cakap sesuatu tapi tidak jelas.
“Tiada apa-apa? kita nak ke mana Fiq?”
“Kita balik rumah opah nak?” cadang Taufiq. Agak lama juga mereka tidak balik rumah nenek Taufiq. Jumpa pun waktu kahwin Anis dan Faizul dulu. Kalau waktu dulu, hampir setiap minggu mereka balik kampung jumpa opah.
Fiera diam memikirkannya ulasan Taufiq. Dia memang tiada masalah. Jauh tu bukan hal besar. Bukan pertama kali Fiera dan Taufiq tinggal bermalam rumah opah tapi masalahnya ialah Adam.
Apa Fiera nak jawab dengan Adam nanti. Ah! Macam Adam tu laki aku saja…
“Baiklah aku setuju. Dua malam macam biasa apa macam? Ahad balik?” soalnya. Fiera tiada masalah waktu tapi Taufiq tidak menentu. Mahunya tiba-tiba dapat emergency call. Boleh meroyan Fiera di kampung kebosanan. Eh! Opah kan ada….haha… mengada-ngada betul Fiera ni.
“Kejap aku tengok daily planner dulu…” Taufiq mengeluarkan telefon bimbitnya. Banyaklah Planner dia… nota kuliah dulu waktu belajar pun malas nak buat. Ini kan nak ada planner sendiri.
“Kau jangan nak buang tabiat. Planner konon! On ke tidak ni?”
On la..kau naik atas kemas baju. Nanti kita singgah rumah aku pula ambil baju. Lepas tu terus balik rumah Opah. Nanti lambat pulak kita sampai.”
“Yelah… yelah… tunggu aku tau! kau telefon opah dulu bagitahu kita nak datang. Nanti mengomel pulak opah.” Fiera buka pintu pagar rumah lalu masuk ke dalam.
Sementara menanti Fiera, Taufiq berbual dengan opah di talian. Bertanya khabar dengan memberitahu niat mereka untuk balik kampung opah. Gembira wanita tua itu menanti kedatangan mereka.


Adam memukul stereng kereta. Marah melihat Fiera yang keluar dari rumah sambil mengangkat beg pakaian. Dia turut perasan yang muka Fiera ditutup dengan mask hospital. Sebenarnya dia marahkan diri sendiri. kalau dia datang lebih awal tadi sudah tentu dia dapat menemani Fiera.
Bakul yang berisi buah-buahan tadi dipandang sepi. Nak buat apa dengan buah ni? Tadi gembira betul dia singgah beli buah tangan untuk Fiera tapi tidak sempat juga nak bagi gadis itu.
Kereta Adam hanya mampu berhenti beberapa rumah saja dari rumah Fiera saja tadi. Langsung tidak singgah menjenguk.
“Fiera…kenapa mesti Fiera?” tanya Adam sendirian. Kenapa dalam banyak-banyak gadis. Fiera juga yang menjadi pilihannya. Bukan setahun dua malah dia sanggup tolak gadis-gadis lain untuk setia menanti gadis itu.
Kenapa Fiera tidak pernah sukakan dia sedangkan dia mati-matian mencintai gadis itu. Bawalah diri sejauh mana pun, hatinya tidak pernah melupakan Fiera.


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

2 comments:

  1. kesian kat Adam,cinta x bersambut...

    ReplyDelete
  2. Waduh! kesian dengan Adam... huhuhu... hope Fiera dapat buat keputusan yang betul... :)

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)