“Doktor Taufiq kata awak sakit?” tanyanya ramah.
Fiera ingatkan bagi warning ke apa.
Rupa-rupanya tanya pasal tu saja ataupun sekadar mukadimmah saja? Fiera mulai
cuak. Fobia sudah dia bab-bab kena ‘serang’ ni.
‘Kalau kau nak serang bukan aku tapi awek sebenar
Taufiq!!’ Fiera sekadar menjawab dalam hati. Nanti tidak pasal-pasal dia kena
cop cemburu buta. Cemburukan Taufiq? eh! Takda makna…
“Alhamdulillah. Taufiq kata allergi je. Tak parah
sangat pun. Dua tiga hari surutlah bengkak ni.”
“Oh! Syukurlah.” Doa Husna sambil semyum pada Fiera.
sekilas wajah itu dipandang. Walaupun hanya mata saja yang nampak tapi ternyata
Fiera memang ada aura tersendiri. Lagipun kalau dibandingkan antara dia dan
Fiera memang jauh berbeza.
Suasana kembali senyap.
Keadaan yang terlalu senyap sehinggakan bunyi
penghawa dingin pun boleh kedengaran. Fiera rimas berkeadaan sebegini. Mulutnya
kalau tidak kecoh boleh tambah sakit.
“Err… Fiera…”
“Eh! Ya saya?” tanya Fiera cepat. Dia pulak yang
rasa macam persalah. Cukuplah dia rasa bersalah sebab terpaksa lukakan hati
wanita ini. Semua Taufiq punya pasallah ni.
Air mata Husna tiba-tiba mengalir. Makin lama makin
rancak. Fiera gugup. Apa kes ni? Tiba-tiba pulak awek ni menangis. Makin kuat
pulak tu.
“Awak…awak janganlah nangis! Husna… aduh! Jangan
macam ni.” Pujuk Fiera. dia teragak-agak mendekati jururawat itu. Bahunya digosok
lembut. Tangisan Husna tidak berhenti.
“Husna janganlah nangis macam ni. Aduh! Risau saya. Mana
Taufiq ni?” dalam hati Fiera sudah sumpah marah dengan Taufiq yang pandai
sangat rancang semua ni.
Kedengaran nama Taufiq disebut oleh Fiera. tangisan
Husna semakin kuat sehingga bergema pejabat doktor Taufiq yang menghilang entah
ke mana.
“Husna tolonglah saya. Awak janganlah menangis macam
ni. Nanti orang ingatkan saya buli awak pula. Tolonglah berhenti.” Fiera makin
gusar dengan Husna yang semakin galak menangis. Tambahan lagi bila dengar nama
Taufiq. Aduh! Gawat!
“Maafkan saya…” mohon Husna dalam keadaan
teresak-esak. Celak di matanya semakin luntur sehingga matanya hitam.
‘Kalau orang nampak budak ni confirm mereka fikir
aku tumbuk mukanya. Sugul macam walking dead sudah budak ni.’ Sempat lagi Fiera
membebel dalam hati. Sebenarnya lebih kepada mengutuk.
Mata Husna bukan saja menghitam gara-gara celaknya
yang luntur tapi juga lebam. Mungkin juga bantai menangis samalam sampai mata
pun jadi macam mata panda.
“Maafkan saya Fiera. Saya rasa bersalah sangat.” Rayu
Husna. Fiera lansung tidak dapat fikir apa salah Husna padanya.
“Husna, awak tak perlulah nak minta maaf dengan
saya. Awak bukannya ada salah apa-apa pun.”
“Ada Fiera. saya bersalah sangat sebab selama ni
saya berusaha mengoda doktor Taufiq. Puas dia tolak saya tapi saya tetap macam
perigi mencari timba. Saya kejar Doktor Taufiq walaupun saya tahu dia rimas.”
Fiera membiarkan saja Husna terus becakap. Gadis itu
menarik nafas sebelum mula bercerita semula.
“Semalam saya terkejut bila Doktor Taufiq kenalkan
awak pada kami semua. Saya tidak dapat terima kenyataan. Saya masih anggap semua
ni rancangan Doktor Taufiq untuk mengelak dari saya.”
Air mata
Husna mengalir lagi. Jelas terpancar yang gadis itu terseksa dengan cintanya.
“Saya maki awak semalam bila sampai di rumah. Saya
ingatkan awak yang hancurkan hati saya. Saya tidak dapat terima semuanya. Tadi
saya datang lewat. Allah tunjukkan pada saya yang Doktor Taufiq tidak tipu.
Saya nampak apa yang terjadi di kereta Doktor Taufiq.”
Muka Fiera membahang. Apa yang Husna fikir ni. Janganlah
dia fikir yang Taufiq dan Fiera buat benda yang tidak baik. Malu dia mendengar kata-kata Husna.
“Bab mana yang awak nampak. Scene yang macam mana?” mahu saja Fiera menyoal Husna sedemikian. Tapi
dari pada menambahkan luka pada gadis itu jadi baik tak payah.
“Tak… tak! Saya tak marahkan awak. Jangan risau! Saya
jamin yang saya tak marahkan awak langsung. Awak tak payah risau.” Fiera
memberi jaminan.
“Lagipun saya tahu cinta itu kadang-kadang
complicated dan boleh buat orang rasa terseksa. Rasa cinta tu kalau hadir mana
kita boleh reject terus dari hati kita kan? Percayalah cinta itu satu anugerah.
Mungkin jodoh awak bukan Taufiq tapi mungkin lelaki yang jauh dari Taufiq.” sambung
Fiera lagi.
‘Wah! Lepas ni boleh aku rancang letak jawatan jadi PA
Adam. Tukar bidang jadi DOKTOR CINTA pulak. Mengalahkan kaunselor berjaya pulak
aku ni. huhu… ’
“Terima kasih Fiera. Saya doakan awak bahagia dengan
Taufiq. Kawan?” Husna menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
“Kawan!” Fiera menyambut salam Husna. Mereka berpelukan
tanda berdamai.
“Fieraaa….!!! Kau tak apa-apa? aku dengar….” Sergah Taufiq
tiba-tiba. Pintu dikuak besar.
Tercungap-cungap Taufiq sebab berlari tadi bila
terdengar orang sedang bergosip mengatakan Husna serang Fiera di pejabatnya.
Buntang mata Taufiq pandang Husna dan Fiera
berpelukan. Jari di bibir Fiera menyuruh Taufiq senyap.
“Saya dah agak doktor akan datang selamatkan Fiera.
Takpa! Lepas ni saya tak akan kacau
doktor lagi. Saya doakan Doktor dan Fiera bahagia.” Ucap Husna selepas mereka
meleraikan pelukan. Terseksa dia bila berkata-kata sedemikian.
“Terima kasih Husna. Saya doakan semoga awak akan
berjumpa dengan jodoh awak.” Doa Taufiq. hatinya cukup tenang dan damai bila
Husna mendoakan kebahagiannya dengan Fiera. Sekurang-kurangnya Husna dapat
menerima hakikat yang dia tidak cintakan gadis itu.
“Thanks. Err… Fiera, doktor. Saya minta diri dulu.”
Fiera dan Taufiq mengangguk. Mereka meninggalkan
Husna dengan lirikan mata saja. Taufiq mendekati Fiera. Dia mengambil tempat di
sebelah kawannya.
“Lega aku. Ingatkan tadi tarik-tarik rambut ke atau
main tampar-tampar. Kalau aku tahu baik tak payah berkejar lari ke sini. Macam kena
kejar hantu pulak lari lintang pungkang.” Rungut Taufiq. Dia menyandar di
kerusi. Penat berlari belum lagi hilang.
“Yang kau lari tu apasal? Bukannya aku nak mampus
pun kalau budak tu datang. Apalah!!”
“Yelah… aku tahu. Aku saja yang risaukan kau. Orang sakit
kena serang oleh peminat aku. Aku yang terkocoh-kocoh lari sini sebab risaukan
engkau tidak pula kena kesian.” Taufiq seolah-olah berjauh hati dengan
kata-kata Fiera.
“Jangan nak buang tabiat. Yang kau tinggalkan aku
sini sorang-sorang apasal? Sejuk tau. Remote penghawa dingin pejabat kau ni pun
aku tak jumpa. Sejukk!!” Fiera mengosok kedua belah tanganya untuk mendapat
haba panas.
Taufiq perasan sesuatu pada tapak tangan Fiera.
pantas tangan gadis itu di tangkap. Lengan baju Fiera di tarik sedikit ke atas.
“Hei! Taufiq kau nak buat apa ah!” Bentak Fiera. Terkejut
dengan tindakan drastik Taufiq.
“Apasal kau tak beritahu aku pasal red spot ni? Tengok!
Dah makin banyak.” Tangan Fiera yang berbintik-bintik merah di tunjuk pada tuan
punya badan.
“Eh! Aku tak sedar pulak benda ni makin banyak.”
“Apa kau ni Fiera. Banda sendiri sakit pun tak tahu.” Keluh
Taufiq. Bilalah Fiera ni risaukan pasal kesihatan diri sendiri.
“Jom!” sambung Taufiq sepatah. Dia sudah bersedia
untuk berdiri. Bajunya sedikit kusut dibetulkan.
“Pergi mana?”
“Ambil ubatlah sayang oi! Nanti makin merebak pulak
bintik-bintik merah tu. lepas ni kau makan jangan main bantai saja. Tengok juga
benda tu boleh ke tak boleh di makan.” Taufiq mulai membebel tentang permakanan
Fiera.
“Yelah… yelah Doktor Taufiq yang handsome. Abang sayang…
Jom ambil ubat. Tak payah nak bising sini. Tak lama makin melarat sampai ke
telinga aku pulak sakit dengar kau membebel tak sudah.” Omel Fiera sambil
memuncungkan mulutnya. Proteslah tu.
Taufiq tergammam mendengar suara Fiera yang
memanggilnya abang sayang. Kalau selalu macam ni dia tak kisah walaupun niat
mereka hanya bergurau. Manalah tahu kot-kot jadi doa dan termakbul. Hati juga banyak senang ma...
Fiera yang
comel! Comel bukan saja pada erti paras rupa tapi juga pada tingkah laku yang
secara tidak sengaja dan selamba badak membuatkan dirinya comel. Itulah yang
membuatkan Taufiq menyukai gadis periang ini.
Fiera tidak perlu berlagak ayu, baik hati atau lemah
lembut. Dia cukup sempurna dengan tingkahnya yang bersahaja dan comel di mata
Taufiq. Sifat semula jadi Fiera yang membuatkan gadis itu lain daripada yang
lain. Kerana semula jadi itulah keunikan dan kecantikan seseorang.
Saya tak dapat la nak update TC ni panjang lebar...kalau taip panjang nanti lambat pulak...korang baca...baca yang sudah saya taip la yaaa...hehe....ngee~~
Sian nye lh dkt Husna tu...
ReplyDeleteTaufiq nie pun satu,cube lah ckp terus terang dkt Husna yg die x suke Husna kejar2 die,nie tidak tunjuk hubungan palsu plak.
Sis apekate kite tbalikkn perasaan Taufiq pada Husna...biar Taufiq rasa sunyi bila Husna x kejar Taufiq lagi...
@NurAtiZa Taufiq dah sukakan Fiera...huhu apa boleh buat. cara lelaki lain. tak faham perasaan pompuan. pengalamn dari realiti faz amek buat sini... ^^
ReplyDelete