Wednesday, April 4, 2012

Secantik Ainul Mardhiah bab 21





Kali ini memang sudah entah ke berapa kali sudah Ikram menolak pelawaan Ryssa. Model tu pun sudah merajuk sakan gamaknya. Ah! Siapa suruh nak mengatal dengan laki orang.
Ikram bukannya tidak mahu jumpa dengan kekasih separuh gelapnya tu. Tapi kalau memang sibuk nak buat macam mana pula?
Nasib baik Ikram ada mesyuarat tentang perihal aktiviti tahunan hotelnya dapat juga jumpa skandal-skandal dalam beberapa hari. Kalau tidak memang malas sangatlah jawapan Ikram hendak berususan semua ni. Ini pun kerana hotel dari wasiat tu.
Kalau ikutkan hati Ikram baik jualkan saja semua syernya sebagai pengerusi hotel tu. Setakat syarikat ayahnya pun boleh cukup ke anak cucu. Tapi wasiat tu memberi amanah kepadanya untuk urus syarikat.
Ikram mengeluh. Banyak betul kerjanya. Tidak habis-habis. Lepas satu perkara, satu lagi dia kena layan. Hari-hari dating dengan dokumen yang berlambak.
Kelibat kereta Aizat yang keluar dari perkarangan rumahnya di pandang. Tapi bukan Aizat atau kereta yang di zoom. Mata Ikram tepat melihat Ainul yang duduk di tempat pemandu.
Selalu sangat sudah Ainul tumpang dengan Aizat untuk ke rumah anak yatim tu. memang lari dari rancangan awal.
 Ingatkan kalau Ainul tiada di rumah boleh juga dapat pisahkan mereka berdua tu. Tapi sebaliknya pulak yang terjadi, keinginan untuk menghantar dan mengambil Ainul terpaksa digantikan oleh Aizat.
Baru sekali saja dia dapat hantar Ainul. Itupun pada hari pertama. Tetiba saja kerjanya berlambak. Pak Mad pun cun sibuk macam dia. Tidak dapat hantar dan ambil Ainul sebab kononnya Encik Ahmadi pun sibuk.
Akhirnya dia terpaksa setuju saja dengan rancangan ibunya agar Ainul menumpang dengan Aizat.
“Ijat ni pun satu. Jadi pensyarah tu macam releks saja. Selalu sangat budak ni keluar. Mentang-mentanglah tengah urus untuk reunion nanti.”
Pasal perjumpaan atau reunion tu sebenarnya kerja Aizat, Iqbal dan Ikram tapi memandangkan Aizat sedang berbulan madu selepas majlis pernikahannya minggu lepas. Manakala, Ikram pula sibuk jadi semuanya Aizat yang buat.
Tempat reunion mereka setiap tahun bergilir-gilir. Reunion diadakan setiap tahun bergilir-gilir. Kena pulak giliran mereka bertiga pada tahun ni. Maka antara mahu atau tidak terpaksa juga buat.
“Huaghh… mengantuklah pulak.” Ikram menguap besar. Dari layan perasaan baik sambung tidur balik.
Flight pun ada empat jam lagi.” Ujarnya. Dia awal bangun pun sebab nak hantar Ainul konon tapi Aizat sudah memainkan peranan. Alang-alang nak jalan konon. Pigidah!!
“Tidur saja kerja kamu. Tahu tak makin kuat tidur makin gelaplah hati kamu tu.” kata Puan Noraini tiba-tiba. Entah sejak bila dan bagaimana boleh ada di sebelah Ikram pun dia tidak sedar. Sama ada Ikram yang mengelamun terlebih jauh atau Puan Noraini ni tiba-tiba saja menjelma.
“Apalah ibu ni... cakap bukan-bukan pulak.”
“Ibu bukan cakap kosang Hafiz Ikram. Apa ibu cakap ni semuanya untuk kamu juga. Nanti Ainul tu lari dekat Ijat putih mata kamu.”
“Tak mungkinlah. Ijat tu kawan Am la bu. Mustahil dia nak khianati Am sendiri.”
“Ijat tu memang kawan kamu Am. Tapi hati Ijat miliknya. Tidak boleh tolak perasan tu kalau datang bergolek tak kiralah bini kau ke, mak engkau ke atau adik kau!” Tu dia… Puan Noraini sudah bagi kuliah pagi dia dengan ceramah berintikan cili api.
“Ibu please la… Am tak nak mulakan semua ni. Am malaslah asyik-asyik cakap benda yang sama. Dah la! Am nak masuk bilik. Ngantuk! Nanti kena outstation lagi..haish!” keluh Ikram. Awal pagi sudah kena cuci.
“Laipun bu, Am tahu Ijat macam mana! Ijat tak akan buat perkara bukan-bukan.” Sambungnya seraya menaiki tangga.



“Ikram… you ni. Datang sini nak jumpa I atau nak mengelamun kenangkan bini you dekat rumah tu?” ngomel Ryssa. Sudahlah makin payah nak jumpa Ikram, bila jumpa begini pulak jadinya.
“I penatlah Ryssa. Kebelakangan ni I sibuk sangat. Macam tak cukup nafas aje. Siap satu urus satu… tak pandai habis-habis. Rasa macam nak give up saja semua ni.” Ikram mengeluh berat. Badannya disandar malas pada kerusi ekslusif di restoran ala-ala Victorian style.
Ikram memicit kepalanya yang penat. Penat fikir pasal kerja, Ainul dan Aizat punya hal pun masih berlegar-legar di kepalanya. Kerat sepuluh jarilah kalau kata-kata ibunya kelmarin pasal perasaan Aizat pada Ainul tidak berbekas di hatinya.
Boleh jadi serabut kepala otak bila terfikirkan Aizat cintakan Ainul.
Tempat sebelah Ikram diambil. Rysaa membantu Ikram memicit kepala lelaki tersebut. Ikram hanya membiarkannya saja. Matanya tertutup. Terasa sedikit lega dari urutan Rysaa.
Rysaa tersenyum sinis. Ah! Lelaki biar bini berderet-deret sampai cukup kuota pun belum tentu tolak layanan perempuan seksi.
Makin lebar senyuman Ryssa bila Ikram menyandarkan kepalanya di bahu Ryssa. Kini dia benar-benar yakin tentang Ikram sebenarnya. Bagilah sepuluh ustazah pilihan, yang versi model antarabangsa juga buaya darat ni pilih.
“Tidurlah sayang… biar I temankan you.” Lembut Ryssa memujuk. Masih lagi setia mengurut dan memicit bahu Ikram.
Sungguh dalam hati Ryssa lagi bagus kalau ada paparazzi dalam restoran ni tengah ambil gambar mereka. Lagi dia suka! Tidak perlu skandal-skandal macam ni. Biar Ikram jadi miliknya sepenuhnya.
Ikram terus terlena. Tidak lagi fikir benda lain. Berat betul rasa kepalanya kali ni. Banyak fikiran. Terpaksa tinggalkan Ainul selama empat hari demi tanggungjawabnya pada kerja. Empat hari tu macam-macam boleh berlaku antara Aizat dan Ainul.



Buku Cinta, Meraihkan Kasih di Langit Syurga dibuka. Puas? Rasanya Ikram masih belum puas menatap buku tersebut sebagai hadiah. Walaupun sebuah selendang lembut telah terlipat kemas di dalam beg kertas yang dihadiahkan semasa beli buku ilmiah ini.
Kalau awek-awek materialistik tahulah dia nak belikan apa. Tapi bajet macam Ainul ni manalah dia tahu.
Tetiba saja Ikram tergerak hati hendak belikan ole-ole untuk Ainul. Selalunya balik dari outstation, Ikram mesti balik dengan tangan kosong saja. Kalau ada pun dokumen saja diusung bawa balik rumah.
Satu kejutan hendak diberikan kepada Ainul hari ni. Biar Ikram yang jemput Ainul dari rumah anak yatim tersebut. Pesanan ringkas kepada Aizat pun sudah di hantar bahawa Ikram akan datang jemput Ainul nanti.
“Ya Allah engkau bukalah hatiku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.” Doa Ikram kemudian meraup mukanya.



Kereta Toyota Camry hitam yang terparkir di halaman rumah anak yatim Zarra dipandang. Macam kereta Aizat saja. Tengok nombor plat pun sebiji.
‘Budak ni tak baca mesej aku ke?’ soal Ikram dalam hati. Dia terus mematikan keretanya di sebelah kereta Aizat.
Beg kertas hadiah buku tersebut dan plastik buah-buahan sebagai buah tangan untuk anak-anak yatim diambil dari kerusi belakang. Untuk Zarra? Haraplah… sikap prejudis terhadap Zarra memang susah nak hilang.
Dari lapangan terbang naik teksi balik rumah ambil kereta terus saja Ikram meneruskan perjalanan ke sini. Walaupun penat tapi dia masih lagi mahu lihat ekspresi Ainul bila dapat hadiah nanti. Mesti comelkan. Berapa hari tidak tatap muka Ainul Ikram rasa boleh demam dah. Demam rindu kut?
Masuk saja ke dalam kawasan rumah tersebut. Mata Ikram sudah disajikan dengan santapan petang yang sungguh tidak menyelerakan tekaknya.
Pada mata orang lain yang tidak mengenali Ainul dan Aizat sudah tentu mengagak mereka ni tidak ubah seperti sebuah keluarga bahagia.
Seorang kanak-kanak perempuan duduk di riba Aizat sambil makan ais-krim manakala Ainul pula bermain-main dengan budak tersebut. Aizat hanya senyum ‘bahagia’ melihat Ainul bermain dengan budak perempuan yang duduk di ribanya.
“Eh! Abang Am.” Tegur Ainul. Terkejut melihat Ikram yang berada berdekatan dengan pintu.
Ikram mendekati mereka. Riak mukanya tidak berubah. Statik saja. Hilang sudah  keceriaan dan kegembiraannya hendak buat kejutan tadi.
“Hai Am. Monyok aje. Apa kes?” tegur Aizat seraya bertanya tentang Ikram.
Muka Aizat yang ala-ala lelaki melayu terakhir versi muka tidak bersalah itu di pandang. Riak bahagia dengan senyuman yang tidak lekang di wajah Aizat menjadi tatapannya.
 Geram sebenarnya. Innocent betul muka Aizat ni. Rasa macam nak langgar saja Aizat dengan lori sampah. Biar masam dan kelat semacam.
“Aku penat kut.” Sebuah kerusi plastik di ambil lalu Ikram mengambil tempat disebelah Ainul.
“Nah! Abang Am belikan buah untuk budak-budak sini. Ainul tolong simpankan.” Ikram menyerahkan plastik berisi buah-buah kepada Ainul.
Tanpa banyak soal Ainul hanya mengambil saja plastik lalu meninggalkan mereka setelah meminta ruang untuk beredar.
“Kau ada dapat mesej dari aku ke?” soal Ikram.
“Alah! Kau ada sms aku ke tadi?” Aizat sengaja berpura-pura tidak tahu langsung.
“Telefon aku tinggal dekat rumah pagi tadi. Kenapa? Pentingkah?”soalnya lagi. Keruhan di dahi Aizat membuatkan Ikram tidak sampai hati hendak marah.
‘Tak guna nak marah. Bukan salah Aizat pun kalau dia tidak tahu.’ Ikram cuba sedapkan hatinya.
“Awal balik?”
“Saja nak bagi surprise konon.” Jawab Ikram lemah. Beg kertas berisi hadiah Ainul di letak atas meja.
“Maaflah Am. Tak pasal-pasal plan kau rosak.”
“Takpe. Lagipun nanti aku boleh bagi dekat rumah. Kau dah tau tempat ni siapa punya?” Soal Ikram. Entah soalan apa yang dia bagi dekat Aizat. Mestilah Aizat tahu sebab tiap-tiap hari datang rumah anak yatim ni.
“Tahu… rumah anak yatim ni Zarra yang punya.”
“Kau rasa dia macam mana? Aku selama ni pun belum sempat tengok perempuan tu. Takut saja aku dia hasut Ainul. Kau bukannya tak tahu Zarra tu macam mana?” Risau Ikram masih lagi berbekas.
“Aku nampak mereka dua okay aje. Lagipun Zarra tukan dah bertudung. Aku tengok dia pun tak ubah macam bidadari kau.”
“Aku masih risaulah Aizat. Entah kenapa…”
“Sudahlah… tu mereka datang. Nanti tidak pasal-pasal ada yang berperang di sini. Lagipun aku rasa si Ainul tu belum tahu lagi kan. Kau diam-diam sajalah.” Aizat memuncungkan mulutnya menunjuk Ainul dan Zarra yang mendekati mereka dengan air sebagai santapan mereka.
“Kak Zarra ni lah suami Ainul. Kenalkan…” Ainul memperkenalkan Ikram dengan Zarra.
Dalam hati Ikram senang sangat bila Ainul memperkenalkan dirinya sebagai suami dan bukan abang supupu.
“Assalamualaikum Am.” Zarra menundukan kepalanya sedikit.
“Waalaikumsalam.” Jawab Ikram pendek. Sekadar membalas salam Zarra. Beri salam itu sunat tapi kita wajib membalasnya!
“Akak kenal Abang Am?” tanya Ainul. Ainul duduk di sebelah Ikram manakala Zarra mengambil tempat di kerusi sebelah Aizat.
“Kami semua kawan dari sekolah.” Jelas Aizat bagi pihak Zarra.
Ainul sekadar mengangguk.
Keadaan tiba-tiba hening. Semua kelu untuk berbicara. Hanya keriuhan kanak-kanak yang bermain saja di dengar.
Budak perempuan yang duduk di riba Aizat pun senyap saja. Aizat sempat memandang meja. Eh! Kepelikan berlaku secara tiba-tiba. Tadi dia nampak Ikram letak hadiah untuk Ainul tu di atas meja.
Tetiba saja lenyap. Ikram ni pakai magis ke apa? mata Aizat terpandang tangan Ikram yang di sorok di bawah meja sambil memegang hadiah tersebut.
Satu senyuman tergaris di bibirnya.
“Yayah sayang… kenapa senyap ni?” tanya Aizat. Ubun-ubunnya di gosok perlahan.
“Siapa budak ni Aizat? Comel.” Puji Ikram.
“Anak angkat Ainul.”
Mata Ikram terus pandang Ainul untuk meminta penjelasan. “Anak angkat siapa?” soalnya sekali lagi. Kali ini jelas dan tegas.
Pandangan Ikram beralih semula pada Aizat. Aizat tahu pasal hal ini sedangkan dia tidak tahu? Sah memang ada yang berlaku waktu dia tiada atau Ainul memang sudah lama rahsiakan pasal budak ni.
“Ainul la… Takkan kau tak tahu kot?” soal Aizat pelik. Dia terlepas cakapkah?
“Ainul boleh terangkan…” Ainul segera mencelah.
“Abang nak setiap inci tanpa satu pun tinggal.” Kata Ikram tegas. Keluar dah aura-aura marah Ikram. Ainul pun sendiri tidak berani hendak menatap muka Ikram bila Ikram naik darah.
“Kita balik. Abang tunggu di kereta. Ijat aku balik dulu.” Ikram sekadar merenung tajam mata Zarra sebelum tinggalkan mereka. Ini mesti perempuan ni yang hasut Ainul!
“Papa… papa, uncle tu marah dekat umi ke?” telinga Ikram sempat menakap suara budak perempuan tu bertanya pada Aizat. Main papa umi pulak budak seorang ni! Aizat pun satu, lawan tauke nampak. Sepatutnya dia yang dipanggil papa sebab dia suami Ainul. Bukannya Mohammad Aizat.
“Tak sayang… uncle tak marah dekat umi. Umi balik dulu ya sayang. Kak Zarra, Abang Ijat Ainul balik dulu. Yayah jaga diri yaa…” Dahi Yayah dicium kemudian Ainul bergegas mendapatkan Ikram.



Aizat tersenyum selepas Ainul dan Ikram meninggalkan mereka.
“Yang kau tersengih-sengih tu kenapa Ijat? Dah buang tabiat? Aku takut si Ikram tu marah Ainul. Macam kau tak tahu Ikram tu macam mana.” Zarra sudah cukup kena brainwash depan orang ramai. Jangan sampai Ainul pun kena marah depan-depan macam dia dulu sudah!
“Sebab aku tahulah aku rasa macam nak bantai gelak saja tadi. Lepas ni makin senang kerja aku.”
“Kerja apa? kau jangan nak buat kerja gila. Ainul tu bini kawan kau sendiri.” Zarra mulai curiga dengan Aizat yang seolah-olah tumbuh tanduk sedikit demi sedikit selepas Ainul dan Ikram pergi
“Alah! Kalau aku dapat Ainul yang untung kau jugak! Boleh ambil Ikram jadi laki!” gelak Aizat. Sekadar hendak bergurau saja. Manalah tahu Zarra masih simpan perasan dekat Ikram.
“Kau jangan cari pasal Ijat. Aku setia dekat arwah suami aku.” giliran Zarra pulak angin satu badan. Aizat yang dia kenal berbeza dengan Aizat di hadapannya sekarang ni. Tidak sama langsung.
“Hahaha…. Chill la sayang. Nanti aku cerita dekat kau. Lagipun aku tahulah berdosa runtuhkan masjid orang walaupun masjid Ikram ni tak seberapa lengkap.”
Zarra mengucap dalam hati. Zarra sudah mulai kalut bila Aizat panggil dia sayang. Hati perempuan memang senang terusik. Padahal baru saja dia keluarkan kenyataan dia setia dekat arwah suaminya. Hati perempuan ni sensitif tau!
“Nanti aku cerita dekat engkau. Lepas ni aku harap sangat kau boleh tolong aku.”
“Tolong apa?” Zarra menjeling Aizat. Susah betul hendak baca fikiran orang ni. Dari dulu sampai sekarang memang Aizat seorang yang sukar di dekat. Mulutnya tidaklah selancang Ikram tapi Aizat jenis yang sediakan payung sebelum hujan! Sentiasa saja ada perancangan rapi.
“Adalah.” Aizat senyum sekilas. Kemudian dia sambung bermain dengan Dhia.
Baru saja Ainul dapat lembutkan hati budak ni. Berkat usaha Ainul untuk mendekati Yayah  akhirnya berhasil juga. Malah mereka berdua makin rapat sehinggalah Ainul merancang untuk mengambil Yayah sebagai anak angkat.
Harap-harap Ikram benarkan Ainul menjaga Dhia Adawiyah!

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

0 tukang komen:

Post a Comment

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)