Tiga kata yang paling
ditunggu oleh wanita bukanlah ‘aku cinta kamu…’ atau wo ai ni serta tiga kata
lain yang seantero dengannya. Tiga kata yang paling berharga yang ditunggu oleh
setiap wanita ialah ‘Aku terima nikahnya…’ ataupun paling tahap sederhananya
pun ‘Will you marry me?’.
Aku sudah pernah dengar
lafaz tiga kata yang membawa beribu maksud pada setiap gadis. Tapi terbaliknya
aku tidak pernah dengar ungkapan aku cinta kamu dari kaum Adam yang sudahpun
melafazkan aku terima nikahnya.
“Qurratul’ain…!!”
jeritan sudah bergema di auditorium dengan panggilan dari Mdm Raina. Pensyarah
‘KESAYANGAN’ semua pelajar jurusan undang-undang di sini. Sampai bold dan Caps Lock cik writer buat perkataan kesayangan tu. Hah! korang
faham-fahamlah sendiri maksud kesayangan tu yaa…kita sambung cerita…
Habis berterbangan
semua lamunan aku pasal suami yang entah iya atau tidak. Kalau ikutkan
undang-undang sah aku boleh terang tang-tang minta fasakh.
Aku mengeluh lagi
memikirkan si dia…semalam aku ternampak dia lagi, tapi bukan di iklan-iklan
seperti biasa tapi di depan mata sedang ‘bercengkerama’ dengan seorang
perempuan tanpa segan silu bezanya dengan wayang P.Ramlee, dia bukanlah
bercengkerama di bawah bulan purnama tapi di bawah silauan lampu pendaflor di
perpustakaan.
“Qurratul’ain binti
Kamil…!!” roll call kedua dari Mdm
Raina sekali lagi mengejutkan aku. Alamak! Mampuslah aku kali ni…aku
menghantuk-hantuk kepala di meja. Mengkhayal lagi.
Dalam masih berkeadaan
menghempaskan muka ke meja. Tangan aku angkat juga…
Perlahan-lahan aku
mengangkat muka. Semua orang tengah pandang tepat pada bola mataku. Cuma Mdm
Raina punya bola mata saja yang ada sinaran bola-bola api. Tidak lama lagi jadi
macam rambut Dragonball dah madam aku
ni. Terpacak-pacak dan berapi-api…
“Hah! sampai ke mana
sudah kamu Qurratul’ain?” Pensyarah aku ni suka benar sebut nama aku
panjang-panjang! Masalah betul. Pensyarah lain senang saja panggil aku Ain.
Pelik betullah…
“Tak jauh madam masih
dalam dewan ni juga… sewilayah dengannya.” gumamku sendiri.
“Apa kamu jawab?”
tanyanya balik. Hish! Telinga apa juga yang dia ni guna. Kalau telinga gajah
aku nampak elok saja saiz telinganya. Tak pun besar gedabak.
“Saya kata saya tiada
apa-apa juga mdm cuma demam saja..” kelentong Ain. Macamlah orang yang dekat
dengannya tidak dapat bezakan antara dewan dan demam.
Puan Raina tidak banyak
soal. Pensyarah garang itu hanya meneruskan kuliahnya. Kalau layan pelajar
seorang ni memang memenatkan otaknya.
“Kau ni apasal? Berani
sangat mengkhayal waktu Madam Raina.”
Bebel Yana. Kawan karib Ain sejak hari pertama kuliah.
Ain sekadar tersengih.
“Sudah-sudah! Jangan nak tunjuk muka buruk kau
tu sini. Jom kita jumpa kakak senior tu. Dia janji nak bagi nota tu hari ni
dekat pusat pelajar.” Ajak Yana. Kalau tidak diajak kawannya seorang ni sudah
tentu Ain akan menghabiskan waktunya di perpustakaan saja hingga perpustakaan
tutup. Keluar pun kalau pergi sembayang. Kalau tidak alamatnya bertapa dalam
perpustakaanlah gamaknya.
“Kau sajalah… aku mana
biasa dengan senior-senior ni.” Ain memang tidak suka bergaul rapat dengan
orang lain. Lebih suka bersendirian.
Yana mengeluh. “Kejap
aje… aku seganlah kalau pergi seorang. Akak tu sms aku tadi. Dia da ada dekat pusat perlajar dengan
kawan-kawannya.”
“Lagilah aku tak nak
Yana. Bukan kau tak kenal aku.” sudah tiga semester. Inilah perangai Ain yang
Yana faham sangat. Ain sebenarnya peramah tapi entah kenapa dia tidak pandai
hendak memulakan pergaulan.
“Takpe. Kau temankan
saja. Biar aku sorang saja yang pergi ambil dekat akak tu.” Yana memberi
cadangan.
“Baiklah… Tapi kejap
saja tau.”
Ain menutup mukanya
sedikit menggunakan fail di tangan. Menyesalkan betul dia temankan Yana jumpa
kakak senior tu. Rupa-rupanya ‘suaminya’ pun senior mereka. Ain berharap agar
Shafiq tidak perasan kemunculannya di sini.
“Yana. Kawan kau ni
siapa? Pemalu sangat ke sampai tutup separuh muka dia tutup fail dari tadi. Tak
bernafas nanti adik oi.” soal seorang senior lelaki. Ramai betul Yana kenal
senior-senior mereka ni. Rancak
bercerita sampai dia pun dibiarkan.
“Oh! Ain…hehe… Ain sinilah…” panggil Yana. Semua
mata pandang Ain yang tercegat tidak jauh dari mereka. Mata Ain sempat
menangkap Shafiq yang turut memandangnya. Dahi Shafiq berkerut.
Ain berdoa sangat dalam
hati agar tiada yang minta dia alihkan fail ini. Nanti tidak pasal-pasal
suaminya terkejut kewujudannya di sini. Dia melangkah beberapa langkah
mendekati sekumpulan pelajar tersebut.
“Kenalkan Qurratul’
Ain. Kawan Yana…” ah sudah! bila Yana sudah sebut nama panjang Ain, mata Shafiq
sudah tajam merenung mata Ain.
“Tak payahlah malu
Ain.” Pujuk salah seorang kakak senior. Failnya diturunkan sehingga muka Ain
jelas kelihatan.
Rasa hendak pitam
Shafiq memandang adik sepupu merangkap isterinya tu. Sekarang pula jadi
juniornya?
“Hei Fiq. Tak payah lah
tunjuk sangat riak terkejut you tu. Tahulah budak Ain ni comel.” Sindir kakak
senior tadi. Muka Ain merah membahang.
Kalaulah kakak-kakak ni
tahu status mereka berdua. Mahu ke tidak mungkin terdiam jugak mereka semula. Siapa
boleh percaya seorang model muda yang semakin menjadi perhatian sebenarnya
sudah berkahwin.
“Mana ada. Dia ni adik
sepupu aku. itu aje. Sebab tu aku terkejut dia ada di sini. Tak sangka pulakkan
Ain.” Ujar Shafiq selamba. Sangkaan Ain meleset. Ingatkan Shafiq akan
berpura-pura tidak kenal dia tapi yang terjadi sebaliknya pulak.
“Errr… ya.” angguk Ain.
Kaki yang tepat
berhenti di hadapannya dipandang. Bacaan Ain juga terhenti. Kepalanya perlahan
di dongakkan ke atas. Shafiq! sungguh dia tidak tahu macam mana Shafiq boleh
tahu tempatnya di perpustakaan ni sedangkan dia sudah pilih tempat yang paling
terlindung.
“Abang Fiq?”
Shafiq duduk berhadapan
Ain. Dia menyandar di rak buku. “Berapa lama dah Ain ada sini? Kenapa tak beritahu
abang? Kenapa tidak balik rumah mak?” soal Shafiq bertalu-talu.
“Err…” Ain hilang
idea. Selama ni siapa yang tinggalkan
siapa? Lepas lafaz akad saja Shafiq sudah biarkan dia tali tidak bergantung.
Ain betul-betul tidak mahu mengingatkan kenangan pahit itu.
Shafiq! Sudah lama dia
tidak bersua dengan lelaki ini. Shafiq tidak setuju dengan wasiat agar dia
kahwin dengan adik sepupunya. Selepas diugut oleh mak dan ayah Shafiq dia
terpaksa juga menurut tapi siapa sangka. Lepas saja nikah, Shafiq tinggalkan
saja mereka begitu tanpa menghiraukan perasaan Ain dan pulang semula ke Kuala
Lumpur.
Ain marah, geram, dan
sakit hati. Semuanya ada! Malam itu juga Ain melarikan diri. Waktu lepas akad
nikah saja dia ditinggalkan. Satu kampung canang macam-macam cerita. Ain serba
salah. Mak Long dan Pak Longnya baik sangat dengannya.
“Ain!” keras Shafiq
mengejutkan Ain.
“Ain tak lari ke
mana-mana. Malam tu Ain ambil penerbangan ke Pulau Pinang. Ain hanya pergi
mendaftar ke matrikulasi sana.” Kebetulan! Memang itulah terjadi. Ain memang
hendak sambung mendaftar ke sana. Walaupun tempoh dua hari untuk pendaftaran
pelajar baru Ain pergi awal dan tumpang rumah kawannya.
“Dari Johor ke Penang?
Malam tu juga? Ain tahu yang Ain buat kerja gila? Mak dan ayah risau selepas
baca surat yang Ain tinggalkan.”
“Risau untuk apa? sebab
Ain ni anak yatim? Tiada orang nak jagakan Ain. Oh! Ya Ain lupa something. Orang yang diamanahkan untuk
jaga Ain telah tinggalkan selepas lafaz akad nikah kami. Gitu?” sindir Ain. Dia
sendiri tidak tahu kenapa dia boleh jadi sentimental. Bukan senang untuk
lupakan peristiwa itu.
“Tapi Ain tahu yang
abang tak inginkan perkahwinan ni.” Keluh Shafiq.
“Sudahlah bang. Kalau
tak nak lepaskan saja Ain. Ain sendiri pun keliru dengan status Ain sekarang.
Masih lagi isteri Shafiq bin Azhar atau apa?”
“Abang tidak akan
ceraikan Ain. Sampai bila-bila! Abang pegang janji itu pada mak.” Tegas Shafiq
lalu meninggalkan Ain terpinga-pinga.
“Ain. Abang Shafiq kau
tunggu dekat bawah.” Panggil Yana yang baru saja masuk ke dalam bilik mereka.
Ain mengeluh. Shafiq
semakin mengawal pergerakannya di kampus. Tambah lagi bila seorang senior
lelaki yang ingin mendekatinya. Yana cerita senior tu pun rakan sekelas Shafiq.
“Ain…Abang kau dah
tekan hon tu. Dari dia tarik perhatian semua perempuan di hostel ni baik kau
turun sekarang.” Nasihat Yana apabila mendengar bunyi bingit hon kereta Shafiq.
Kepala Ain menjenguk ke
luar tingkap. Dia memberi signal agar Shafiq senyap dan minta dia berhenti
menekan hon. Ain bergegeas turun ke bawah.
“Kenapa tak on telefon? Abang telefon tak
angkat-angkat.!!” Tengking Shafiq.
“Kita nak ke mana?” Ain
sudah semakin lali dengan tengkingan suaminya. Daripada melatah dan lawan cakap
baik lagi dia tukar topik. Nanti dosa dapat, kena marah pun dapat. Jangan cepat
melatah! Sabar itu penting.
“Balik rumah!” Shafiq
menjawab.
“Maaf Ain tiada rumah.”
Selama ini pun Ain tidak pernah balik-balik rumah ke kampung. Setiap kali cuti
dia akan menyewa di luar.
“Kita balik rumah. Mak
dan ayah tengah tunggu Ain.” Jelas Shafiq lagi.
Suasana kereta semakin
hening. Tiada lagi bertekak atau sindir-menyindir. Kedua-duanya layan perasaan.
Ain bingung. Sampai bila mereka harus begini.
Setiba di rumah banglo
keluarga Shafiq, Ain terus dipeluk oleh Mak Long merangkap mak mertuanya.
Tangan wanita itu di cium lembut.
“Ain… mana Ain
menghilang nak? Risau mak bila Ain bawa diri macam tu. Ain sihat? Ain
bahagia.” Puan Fauziah memeluk sambil
mengusap lembut badan Ain.
Tersentuh hati Ain
mendengar soalan dari Mak Longnya. Hatinya berdetik rasa bersalah kerana
membuatkan wanita itu gusar dengan pemergiannya dahulu. Air matanya sedikit
demi sedikit menitis.
“Sudahlah tu. Kita
masuk ke dalam dulu. Tak baik kalau orang luar tengok.” Nasihat ayah Shafiq.
Shafiq hanya berdiam diri. Tidak langsung
berkutik.
Ain berbual panjang
dengan Puan Fauziah. Memandangkan hari sudah semakin gelap. Mak mertuanya
meminta Ain bermalam saja di rumah mereka. Serba salah Ain untuk menolak.
Lagipun siapa hendak hantar dia kalau bukan Shafiq. Tapi Shafiq pula sudah
hilang entah ke mana.
Kewujudan Ain di rumah
itu seolah-olah halimunan saja. Waktu makan hanya mak dan ayah mertuanya saja
yang bercerita dengannya. Shafiq hanya diam. Habis makan pula terus terperuk di
bilik sebelum keluar rumah.
“Ain… Ain jangan ambil
hati dengan perangai Shafiq ya sayang. Nanti tahulah mak pujuk dia. Dia masih
sayangkan Ain juga tu.” pujuk Puan Fauziah. Wanita itu seolah-olah faham dengan
isi hati Ain.
Sayang Shafiq padanya
sebagai adik sudah pudar… sayang Shafiq padanya sebagai isteri pulak tidak
pernah wujud. Ain tidak mahu memasang angan yang sukar di capai. Dia sentiasa
mengingatkan diri sendiri pada hal itu.
“Mak… kalau jodoh Ain
dan abang Fiq tak panjang … mak jangan buang Ain dari keluarga. Ain tiada
sesiapa selain keluarga ni.” Rintih Ain.
“Hish! Apa pula cakap
macam tu. Ain… kita akan sentiasa keluarga sampai bila-bila…” pelukan hangat
dari Puan Fauziah menyentuh hati Ain.
Kedengaran Shafiq
berdehem. Ain dan Puan Fauziah memandang ke arah suara itu. Perlahan langjah
Shafiq mendekati mereka berdua. “Ain dah nak balik? Abang hantarkan…”
“Tak payahlah Shafiq.
Ain tidur sini saja malam ni. Lagipun esok ahad. Kelas pun tiada. Tak baik kamu
hantar dia lewat malam.” Jawab Puan Fauziah bagi pihak Ain. Dia tahu Ain dah
Shafiq tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
“Baiklah… Fiq masuk
bilik tidurlah kalau macam tu.” Shafiq salam tangan Puan Fauziah sebelum naik.
Kelibat Ain yang berada di situ tidak dihiraukan.
Ain menuju ke rak
bahagian fakulti undang-undang. Antara rak paling selalu dikunjunginya. Rak
buku Fakulti perundangan paling hujung dan agak terlindung dari meja yang lain.
Setiba di bahagian
tersebut. Ain terkejut dengan ‘drama’ yang disaksikannya. Sungguh!
Seburuk-buruk Shafiq dia tidak pernah menyangka bahawa Shafiq berani
bercumbu-cumbuan dengan gadis bukan mahramnya.
Shafiq turut terkejut.
Siapa sangka Ain akan datang pada saat genting begini. Dia menolak gadis yang
menciumnya.
“Ain… abang boleh
terangkan.” Dia cuba mendekati Qurratul’ Ain yang masih terpinga-pinga. Bahu
Ain digoncangkan sedikit untuk mengejutkannya.
“Maaf ganggu abang. Ain
cuma nak hantar buku ni saja. Ain pergi dulu. Assalamualaikum.” Buku ditangan
di letak di rak. Kemudian Ain berlari meninggalkan Shafiq.
“Ain tunggu…Ain…”
panggil Shafiq. Tapi masih dalam nada perlahan. Takut menganggu pelajar lain.
Tangisan Ain semakin
kuat. Orang yang melihatnya pelik hanya di biarkan saja. Dia sudah tidak
peduli. Hatinya lagi sakit untuk menahan lagi. Bila dia sudah cuba menerima
kenyataan, perangai Shafiq pula meruntum hatinya. Sakit! Itulah yang dirasanya
sekarang ni.
“Ain! Qurratul’ Ain…!!”
jeritan Shafiq memberhentikan langkah Ain. Dia memaling menghadap Shafiq yang
mendekatinya.
“Apa abang nak? Abang
tak lepaskan Ain… Tapi abang seksa perasaan Ain. Ain cuba maafkan abang demi
mak dan ayah tapi bila Ain berjaya apa yang Ain dapat? Dapat makan hati
berulamkan jantung dengan perangai abang!!” Ain berhenti bercakap. Air mata
yang mengalir dikesat. Dia tidak peduli orang ramai yang memerhatikan mereka.
Nafas di tarik sebelum
meneruskan luahannya.
“Abang Fiq… dalam dunia
ni ada tiga kata yang paling sukar di dengar dengan hati. Satu, aku cinta kamu!
Kedua, aku terima nikahnya… dan yang ketiga…”
“Aku ceraikan dia…
Abang Fiq, Ain pernah dengar ayat yang kedua dari mulut abang. Tapi Selama Ain
jadi isteri abang Ain tidak pernah dengan ayat yang pertama. Mungkin juga tidak
akan pernah dengar… tapi Ain kini yakin... Ain nak dengar yang ketiga.”
“Tidak Ain! Abang tidak
sesekali lafaz yang ketiga tu.” tukas Shafiq. Kepalanya digeleng.
“Sudah!! Ain akan
tuntut yang ketiga dari mahkamah. Ain sudah tidak tahan lagi bang! Maafkan Ain…
Assalamualaikum dan jangan kejar Ain lagi.” Ain meninggalkan Shafiq sekali
lagi. Dia tidak lagi mampu menoleh belakang.
Hati Ain sakit. Dia
tahu bergegar tiang Araish apabila isteri menuntut cerai. Tapi inilah yang
terbaik untuk mereka. Ain sedar! Tiada Jodoh antara Ain dan Shafiq.
“Abang akan buktikan
Ain…!! Abang akan buktikan pada semua Ain isteri abang…” Jerit Shafiq. Dia
nekad. Sesuatu perlu dilakukan untuk menerangkan segalanya. Dia tidak bersalah.
Kejadian tadi bukan kehendaknya.
Shafiq meninggalkan
tempat itu. Dia perasan yang ramai orang terkejut dengan kenyataannya tadi.
Lepas ini biar semua orang tahu statusnya kini. Shafiq tidak lagi mahu
berselindung.
Kotak tisu yang kedua
dibuka. Yana hanya memerhati kawannya yang tidak berhenti menangis
teresak-esak. “Sudahlah tu Ain. Tak guna kau menangis bagai nak rak sekarang
ni.” Pujuknya. Nasib baik cuti pertengah semester bermula waktu Shafiq dan Ain
‘berperang’. Sekurang-kurangnya cerita meraka berlawan mulut kelmarin hanya
akan hangat selepas kuliah bermula.
Ain pun mengikut Yana
pulang ke rumah keluarganya. Kalau tinggal di hostel takut makin meranalah
jawabnya.
“Aku pun tak tahu Yana…
air mata ni macam paip bocor pun ada. Mengalir saja kerjanya. Aku tidak sedih
Yana tapi aku malu, sakit hati bila abang Fiq tidak pernah fikirkan perasaan
aku.” Sempat lagi Ain melawak walaupun tengah bersedih.
“Sudahlah tu Ain. Yang
lepas tu biarlah lepas. Kau jangan fikir lagi pasal Shafiq.” Pujuk Yana.
“Kak Ain!! Kak Yana…!!”
ketukan bertalu-talu di pintu bilik Yana mengejutkan mereka. Hana menerpah
masuk ke dalam bilik apabila ketukannya tidak dipedulikan. Hana ialah adik
bongsu Yana.
“Kak Ain!! Nama dan
gambar Kak Ain masuk tv. Shafiq sekarang tengah confess di tv akak Ain sebenarnya isteri sah Shafiq. Live lagi tu. Betul ke?” tanya Hana
terkejut. Ain dan Yana berpandangan. Mereka berlarian ke ruang tamu untuk
melihat agenda Shafiq tanpa menjawab soalan Yana.
“Ain… kalau Ain tengok
rancangan ni tolonglah dengar penjelasan abang… Apa yang berlaku kelmarin bukan
kehendak abang. Percayalah… Abang tidak buat perkara begitu. Ain salah
faham...” Air mata Shafiq mengalir ketika berkata-kata sedemikian.
Ain hanya menanti
luahan Shafiq yang seterusnya.
“Ain, abang sedar
selama ini abang tidak pernah melaksanakan tanggungjawab abang sebagai suami…
abang minta maaf. Ain ada cakap dekat abang pasal tiga kata itu. Aku cinta
kamu, aku terima nikahnya dan yang
terakhir aku ceraikan dia… Abang dah cakap yang kedua…sekarang Abang mahu Ain
dengar… ”
Shafiq menarik nafas.
“Saya Shafiq bin Amsyar
bersaksikan semua orang ingin melafaskan bahawa saya… saya cintakan isteri saya
iaitu Qurratul’ Ain binti Kamal selamanya.” Luah Shafiq.
“Ain… abang cintakan
Ain selamanya. Tolonglah beri peluang pada abang kali ini. Pulanglah Ain… abang
akan menanti Ain. Itu sahaja dari saya… terima kasih pada semua yang sudi
hadir.”
Ain hanya melihat
Shafiq yang keluar dari pintu dewan dan dikerumuni oleh wartawan. Separuh
hatinya ingin percayakan kata-kata Shafiq tapi separuh lagi menolak.
Shafiq duduk dibuaian.
Keadaannya tidak teratur. Serabut. Hendak keluar rumah dia sering dikejar
wartawan. “Mana Ain… pulanglah Ain.” Gumamnya sedirian. Mukanya diraup kasar.
Menyesal dengan tindakannya sebelum ini.
“Kalau Ain pulang…
abang akan terima Ain?” kedengaran suara Ain yang menjawab soalannya.
Shafiq duduk berdiri
apabila terlihat Ain yang mendekatinya.
“Abang… kalau Ain
datang kembali adakah abang akan terima Ain?” air mata Ain mengalir. Dia
memeluk Shafiq yang berdiri.
Shafiq mengemaskan
pelukan Ain. “Abang cintakan Ain.” Bisiknya di telinga Ain.
Ain bersyukur ke hadrat
ilahi. Kini dia sudah mengetahui segalanya. Shafiq tidak lagi berahsia walau
sekelumit rahsia pun darinya. Shafiq beritahu bahawa dia sememangnya mencintai
Ain dari kecil tapi hubungan mereka sebagai sepupu menidakkan statusnya.
Shafiq takut Ain hanya
menganggapnya sebagai abang sahaja. Apabila mereka di minta untuk berkahwin
Shafiq menolak kerana takut dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya
sebagai suami kerana dia baru memulakan kariernya dan masih lagi belajar.
Tambahan lagi usia mereka yang terlalu muda.
Berjumpa dengan Ain
buat kali kedua membuatkan Shafiq sedar bahawa ada jodoh antara mereka berdua.
Berpisah dalam tempoh yang lama tapi jodoh juga yang temukan mereka semula.
Shafiq mengambil masa untuk berpisah dengan semua perempuan yang mendekatinnya
barulah meluahkan perasaannya pada Ain.
Tapi hari itu gadis
tersebut enggan melepaskan Shafiq. Dia memaksa agar Shafiq menerimanya walaupun
Shafiq sebenarnya tidak pernah pun mendekati mana-mana perempuan. Hanya mereka
saja yang terkejar-kejarkan Shafiq.
“Ain pun cintakan
abang…” Shafiq yang tertidur di ribanya dipandang. Rambut Shafiq yang sedikit
panjang dikusap lembut.
Tiga kata yang
berharga,
Bukan ‘made in China’,
Tapi ‘Aku terima
nikahnya’
Sekali lafaz berubahlah
segalanya….
TAMAT.
menyentuh hati..mmg sukar untuk mmbaca hati org..
ReplyDeleteapa lagi bila tiga kata itu x dilafazkan..
jika cinta,katakan..agar x hati yg keliru lgi..jika
x sudi pun berterus teranglah..supaya x hati yg terus terluka..
best writter..teruskan berkarya..
terbaikkkk
ReplyDeletehuhu.. nk ngis rase bce cerpen faz nii
terbaik la faz <3 <3 <3
ReplyDeletebest..
ReplyDeleteterima kasih semua...^^
ReplyDeleteuuuuu,terharuuu baca cerpen nihhh....good work!!!
ReplyDelete