Sesekali Ainul memandang ke ruang tamu melalui pintu
yang menghubungkan ruang tamu dan taman mini. Ikram ni pergi ambil mangga lebih
di dapur ke atau pergi tanam pokok mangga? Lambat betul.
Beberapa buah mangga sudah siap di potong. Tinggal
tunggu Ikram lagi sebab katanya gantung kalau setakat makan beberapa biji
mangga saja.
“Amboi cik kak! Makan tak nak bagi-bagi orang sini
ke?” kedengaran satu suara dari balik pagar.
“Siapa tu?” tanya Ainul. Matanya melilau mencari
keliling.
“Saya…si polan bin si polan le… tak kan tak kenal
kot?” tanya suara itu lagi.
“Si polan? Peliknya nama awak?” Terkeluar dua
garisan di dahi Ainul memikirkan nama tersebut. Sudahlah tidak pernah dengar
pelik bebenor nama itu. Polan? Kenapa tidak Polar terus? Comel juga bunyinya.
“Sedapnya mangga awak ni? Nak sikit boleh tak?”
tanyanya lagi lantas tukar topik.
“Encik Polan awak dekat mana ni? Kenapa saya tak
nampak awak pun?” tanya Ainul. Dia berdiri mencari kelibat suara tersebut.
Hanya suara lelaki saja yang dia di dengar.
“Saya? Saya di sebelah tembok ni. Sebab ada bidadari
syurga di sebelah sana?”
“Hah?” terpingga-pingga Ainul dengan jawapan Encik
Polan. Sudahlah dia pun sebenarnya tidak faham sangat kata-kata lelaki
tersebut.
“Encik Polan nak apa juga ni?” Ainul berdiri sambil
mengengam pisau yang diguna untuk mengupas kulit buah tadi. Mana pula Ikram ni…
tidak muncul-muncul pula.
“Wah! Awak janganlah pegang pisau tu macam tu. Bahayalah…”
Tegurnya.
“Baik encik keluar sekarang atau saya telefon polis!
Encik jangan hendak bergurau. Saya tak kenal langsung siapa encik.” Alahai
Ainul. Jujur betul budak ni. Sudahlah senang-senang kena tipu dengan nama
polan.
‘Lurus mengalahkan pembaris!’ gumam suara lelaki
tersebut.
“Apa awak kata?”
“Tiada apa-apa? err… Ainul! awak tak nak bagi saya
ke mangga tu. Enak je saya tengok.” Masih lagi enggan menunjukkan rupa
sebenarnya.
“Encik Polan tahu nama saya?” Sudah! Bertambah
binggung Ainul dengan Encik Polan ni. Siapa jugak manusia ni. Kalau Ikram
mustahillah. Ainul kecam sangat suara Ikram mahupun Iqbal. Lagipun mustahillah
Abang Iqbal yang tengah gembira bagai nak rak sebab hendak kawin tu mengatal
pulak. Itu buang tabiat sudah namanya.
“Sayakan kenal awak… tak kan awak tak kenal saya
kot?”
“Saya betul minta maaf dengan Encik Polan. Tapi saya
tak kenal langsung siapa awak! Awak jangan cuba buat benda bukan-bukan dekat
sini. Kalau tak saya jerit nanti!” ugut Ainul. Suaranya keras semacam.
“Baiklah…saya keluar.. awak letak dulu pisau tu.
Bahayalah. Nanti luka kena awak. Tak cantik dah bidadari ni.”
“Saya tak peduli… awak jangan cuba main-main dengan
saya.”
Ainul mendekati bunyi semak di tepi pagar rumah
sebelah. Dadanya berdebar menanti kelibat Encik Polan keluar.
Dup…dap…dup..dap…
“Ainul! abang
dah jumpa buah tu. Jom makan!” jerit Ikram sambil melulu ke taman mini dengan
lima biji buah.
“Argh!!” Terkejut Ainul dengan sergahan Ikram.
Terlempar pisau di tangannya. Dia berpaling menghadap Ikram. Macam hendak buat
jamuan buah mangga sudah lagak Ikram. Punyalah banyak dibawa olehnya padahal
makan untuk dua orang saja.
“Abang Am…” Ainul menunjukkan jarinya ke bibir.
Tanda senyap. Orang tengah feel seram
ala-ala wayang triller boleh pula kena serang saja macam tu.
Dia berpaling semula mencari suara lelaki Encik
Polan tadi. Seraya kepalanya berpusing 180 darjah. Seraut wajah seseorang sudah
terang tang-tang depan mukanya.
“Argh!!!!” kalau tadi suara Ikram yang mengejutkan
Ainul, sekarang ni muka entah makluk dari planet mana pula tiba-tiba muncul
depan mukanya.
Ainul hilang keseimbangan. Boleh silap langkah terus
tersembam. Mujurlah Encik Polan sambut tangannya. Kalau tidak sah-sah Ainul
cium lantai.
Ikram yang terpandang sesi pengambaraan tidak sah
itu terkaku. Matanya tidak berkelip-kelip beberapa minit. Terkejut ada tidak
percaya pun ada! Yang selebihnya tidak suka sebab dia jeles! Cemburu dengan
adegan tanpa pengarah tersebut. Huh!
“Mohammad Aizat anak Pak Cik Fuad!!” jerit Ikram.
Dia mendekati Aizat dan Ainul.
Aizat tersenyum memandang Ainul yang turut terkejut.
Perlahan-lahan dia melepaskan tangannya yang sempat menankap Ainul dari
terjatuh tadi.
“Hai Hafiz Ikram anak Pak Cik Ahmadi.” Jawab Aizat
semula. Tengok air muka Ikram yang keruh
bukan kepalang tu dia sudah dapat mengagak perasaan Ikram tika ini. Cemburulah
tu… Am.. Am…
“Main-main pulak..” Ikram mencebik. Kurang asam betullah pensyarah
seorang ni.
“Eleh! Padahal dia yang mulakan dulu! Ibu mana? Nak
jumpa.” Aizat enggan menyerah kalah.
“Itulah engkau! Datang tak beri salam. Ibu aku
keluarlah. Tiada di rumah. Kau bila balik sini? Balik pun senyap-senyap.
Haish!”
“Itu pun nak merungut. Apalah kau ni Am. Takkanlah
nak aku canang satu Malaya kalau aku nak balik rumah sendiri.”
Makin lama makin rancak Ikram dan Aizat bercerita.
Ainul pun sampai tidak dipedulikan.
Entah apa yang diborak Ikram dan Aizat dia sendiri
pun tidak dapat tangkap. Sudahlah dua-dua guna bahasa rojak sampai susah hendak
faham satu-satu ayat. Daripada tadah
telinga baik dia pergi sediakan minuman untuk tetamu mereka.
Nama tetamu yang datang tu pun dia tidak kenal.
Sudah tu Ainul masih lagi keliru dengan nama sebenarnya… Si Polan atau Mohammad
Aizat jiran sebelah rumah, anak Puan Aleesa dan Encik Fuad. Ainul yang lurus
pun adoi…
“Ini bini kau ke Am?” Aizat meneguk air bandung yang
dibuat oleh Ainul. mangga yang sudah di kupas menjadi santapan mereka bertiga.
Nasib Aizatlah datang langkah kanan. Dapat juga
merasa mangga petang-petang begini. Manis pula tu.
“A’ah! Ainul inilah Aizat. Panggil saja Ijat.” Jawab
Ikram acuh tak acuh.
“Assalamualaikum abang Ijat.” Ainul memulakan
perbicaraan.
Mencerlung mata Ikram tengok Ainul. Belum apa-apa
sudah panggil abang. Tak Suka!! Padahal Iqbal tidak pula dia kisah kalau Ainul
panggil abang Iqbal. Mengada-ngada betul si Ikram ni.
Aizat senyum sarkastik memandang kawanya seorang ni.
Senyum tak perlu kata apa-apa.
Kening Ikram di angkat memberi signal pada Aizat.
‘Apa?’
Aizat menjongket bahu. Dia senyum lagi. Bagai dicincang-cincang
hati Ikram dengan perangai Aizat ni. Bikin sakit hati betul.
“Ainul suka tinggal sini?” Aizat mendongak dagu
memandang Ainul yang duduk di
hadapannya. Ikram pula yang ganti jadi macam tunggul duduk di tengah-tengah
mereka berdua.
“Suka… Cuma ada orang tu aje kuat merajuk… nama
abang Aizat sebenarnya apa? Aizat atau Polan?” Ainul masih lagi dengan
kekeliruan melanda dirinya. Aizat sudah ketawa terbahak-bahak.
“Luculah Ainul ni. Nama abang Aizat. Yang tadi tu
gurau sajalah…bla…bla..bla..” Makin lama
makin rancak Ainul dan Aizat berceloteh satu sama lain.
Ikram hanya layan saja mangganya. Mangga yang manis
pun jadi tidak masam-masam manis. Mencelah pun last-last dia sendiri juga terdiam.
Macam transparent
Ikram di situ. Langsung tidak dipeduli. Dia memandang Ainul yang bercerita
itu ini dengan Aizat. Raut wajah Ainul
diteliti.
‘Cantik Ainul ni… mukanya sudahlah putih, licin
pulak tu. Erm… bibir? Comel loteh. Kecik
aje.’ Pujinya dalam diam. Terserlah lesung pipinya walaupun hanya ada di
sebelah. Bidadari syurgalah katakan…
Tersenyum sendiri Ikram observed muka bininya. Macam seorang professor sedang buat
experiment saja.
“Am! Am…!!!” Aizat menjerit di telinga Ikram. Pekak
badak si Ikram ni. Tengok bini macam sudah seratus tahun tidak pernah nampak.
“Hah? ya..ya.. aku tahu dia cantik.” Gugup Ikram
sampai tergagap sendiri.
“Cantik? Hah! iya la Am… Aku tahu bini kau ni
cantik. Tapi kalau nak mengkhayal sekali pun dengarlah apa aku cakap ni
betul-betul.”
“Kau nak apa jugak?”
“Malam ni aku datang lagi rumah kau. Aku nak
baliklah… aku datang ni sebab nak jumpa ibu. Rindulah dengan masakan ibu.”
‘Eleh… pigidah!!
Itu ibu aku bukan ibu kau!’ jawab Ikram dalam hati. Memang dari kecil mereka
bertiga tidak memanggil pak cik atau mak cik sebaliknya panggilan ibu atau mama
pada ibu mereka masing-masing.
Ikram mengangguk saja. Siapalah dia tak nak bagi
Aizat datang. Aizat tu tidak payah tanya pun memang sudah buat rumahnya rumah
sendiri. Begitu juga Iqbal. Masuk main redah saja.
“Abang Am..” Ainul duduk di sebelah Ikram. Dari tadi
dia cari waktu yang sesuai untuk bercakap dengan Ikram pasal hal ni. Kalau boleh
biar waktu Ikram senang hati, tidaklah ditolak rancanganya.
Mata Ikram melirik pada Aizat yang bercerita dengan
ibu dan ayahnya. Niatnya memang hendak tengok televisyen tapi hati dan
fikirannya menerawang fikir benda lain.
Aizat bercerita tidak pula mahu ajak dia sekali.
Hendak bermanja konon dengan ibu dan ayah Ikram.
‘Sudah buang tabiat budak ni… tadi rancak bercerita
dengan bini aku sekarang dengan ibu ayah aku pulak!’
“Abang Am…” Tangan Ainul di hayun di hadapan Ikram.
Jauhnya mengelamun. Ganti penyakit mengelamun Ainul sudah si Ikram ni. Atau ini
sindrom penyakit berjangkit?
“Ya?”
“Ainul sebenarnya nak cakap sesuatu dengan abang ni…”
“Cakap sajalah…” Dia memandang Ainul di tepi
kemudian beralih semula ke kaca televisyen.
Ainul membetulkan duduknya agar berhadapan dengan
Ikram. Bismillah…
“Ainul nak jumpa kak Zarra…”
Tidak sampai seminit kepala Ikram terus pusing
menghadap Ainul di tepi. Dengar saja lima huruf satu perkataan ZARRA sudah buat
dia bereaksi sedemikian.
“Abang tak bagi!” jawabnya. Belum pun sempat Ainul
habiskan ayatnya.
“Tapi…”
“No!”
“Tapi Ainul…”
“No means no!”
arahnya keras. Tajam matanya merenung Ainul.
Nanti entah apa lagi si Zarra Najwa tu cucuk si Ainul
yang lurus bendul ni.
“Abang Am…”
“Ain…” Mulut Ikram diterkup oleh Ainul. Dia ingin
habiskan dulu ayatnya barulah Ikram mencelah. Ini tidak baru sepatah dua sudah
potong cakap orang.
“Sssh… tunggu Ainul habis cakap dulu.” Dia
meletakkan jarinya di mulutnya suruh senyap.
Mata Ikram memandang bibir tersebut. Senyumannya dibibir
terbentuk memandang tingkah comel Ainul. Memang gatal Ikram ni. Nasib baik
senyumanya tidak nampak sebab mulutnya masih diterkup oleh Ainul.
“Ainul dah janji dengan kak Zarra nak lawat kak
Zarra lagi… please! Ainul janji Ainul
ke sana saja. Ainul tak merayau-rayau. Ainul tak akan buatkan abang Am risau
lagi. Boleh?”
Barulah Ainul mengalihkan tangannya kemudian dia
mengangkat lagi angkat sumpah. Dia buat muka baby face. Nak pujuk semua boleh jadi…ingat Ikram saja pandai buat
muka?
Satu keluhan dihembus.
“Ainul nak
buat apa juga dekat sana tu?” tanya Ikram.
“Ainul nak jumpa kak Zarra. Lagipun Ainul nak jumpa
kanak-kanak dekat sana. Ainul rindu sangat dekat mereka.” Terutamanya Dhia...
sambung Ainul dalam hati. Hal hendak ambil Dhia sebagai anak angkat tu
dibiarkan sepi dahulu.
Biar satu persatu dia pujuk Ikram. Nanti tidak
pasal-pasal mati terkejut Ikram kena stroke sebab dapat anak express. Mood
Ikram ni macam angin moonsun. Berubah-ubah!
“Kalau boleh biarlah Ainul bantu kak Zarra dekat
sana… kak Zarra pun kurang sukarelawan nak tolong jaga anak-anak yatim tu.
Ainul pun bukannya ada kerja sangat pun…”
“Abang Am tak tahu nak cakap apa lagi.”
“Bolehlah yaa… ibu dan ayah pun dah setuju. Tinggal
tunggu kebenaran dari abang Am saja.”
‘Surat sokongan’ dari mertuanya sudah dapat. Tinggal
minta kebenaran Ikram saja. Itu yang
penting. Kalau tidak dapat pun boleh minta talian hayat dari mertuanya untuk
pujuk Ikram.
“Ainul nak kerja sana? Masalahnya Ainul tahan ke
jaga budak semua ni? Ainul mana biasa buat kerja-kerja macam ni?” Ikram masih
lagi dengan keputusannya.
Takut nanti Ainul kena perdaya oleh Zarra macam mana?
Kan susah nanti. Zarra tu boleh tahan licik macam Ryssa.
Perbezaan Zarra dan Ryssa ialah Zarra hanya taksub
dengan cintanya. Soal duit tu dia tidaklah kisah sangat sebab Zarra pun anak
orang senang.
Si Ryssa pula
kategori licik pisau cukur bank negara. Semua dia nak sapu tak kiralah tua,
kurus, gemuk atau yang sudah lengkap kuota bini empat pun dilayan asalkan ada
fulus. Jadi skandal pun tidak kisah.
“Orang kata kalau senyap tu tanda setuju…” Ainul
cuba manipulasi Ikram.
“Baiklah…. Tapi dengan satu syarat!” Satu syarat
tapi jarinya di angkat dua macam tanda peace.
Ainul menjatuhkan satu jari Ikram agar menandakan
satu. Tapi Ikram sengaja keraskan jarinya. Sebenarnya dua syaratnya pun adoi!
“Abang nak biar Abang Am yang hantar dan ambil
Ainul. Kalau abang tiada atau sibuk Pak Mad akan ganti. Kalau kami dua pulak
tiada atau sibuk Ainul tidak boleh pergi.”
Ainul menggangguk laju.
“Hah! lagi satu…”
“Tadi kata satu syarat saja.” Rungut Ainul. Main
teknik kotorlah Ikram ni.
“Cium dulu baru abang bagi green light!” Ini sebenarnya agenda sebenar Ikram. Nak mengatal!
Pipinya dihalakan menanti untuk dicium oleh Ainul.
Buntang mata Ainul. Biar betul!
“Abang Am janganlah buat syarat macam ni…”
“Baiklah… No
kiss bermakna….”
“Baiklah…kiss!”
pintas Ainul. Tengok tu. Otak Ikram dan mood manusia ni macam angin moosun.
Sekejap-sekejap saja boleh berubah.
Ikram tersenyum puas. Pipinya di dekatkan kembali.
Sengaja Ikram tutup matanya. Nak ambil feel
lebih konon.
Satu…dua… tiga…
Cupp! Satu kucupan singgah di pipi Ikram.
Cepat-cepat Ikram buka matanya. Tidak sangka pula
Ainul betul-betul buat. Dia main-main saja pun.
Sekali Ikram buka matanya tepat menghala pada anak
mata Aizat. Macam Joker pulak sudah
Aizat dengan senyuman lebarnya tu.
Lama-kelamaan baru Ikram dapat berfikir. Yang cium
dia tu bukan Ainul tapi Aizat.
“Euwww….” Ikram mengelap pipinya kasar. Geli-gelaman
dia kena cium oleh Aizat.
Mereka semua sudah bantai gelak. Ainul yang di tepi
pun ketawa berhabisan sudah. Apa lagi ibu dan ayah Ikram memang gelak
berhabisan.
Ikram mengelap pipinya guna baju. Kemudian ganti
pula lap mukanya di sofa mereka. Memang geli-gelaman bercampur geram.
“Hahaha….nak mengatal pun tak kira tempat!” bebel
Aizat.
“Ibu ayah… Ijat balik dulu. Insyaallah nanti Aizat
datang lagi datang lagi yaa.. Ainul. Abang Ijat balik dulu yaa…” sambung Aizat
lagi.
Aizat mengenyit mata pada Ikram. Masih lagi mahu
mengusik kawan karibnya seorang ni.
“Sewel…gila siot kau Ijat… geli aku!! Yuks…” marah
Ikram.
lol, kacau lah ijat ni...
ReplyDeletebru je bajet yg ainul cium ikram..hihi
best sangat
ReplyDeletelucu betullah ijat dan ikram
ReplyDelete