Tuesday, April 24, 2012

Cerpen : Cinta Luh Mahfuz (PROLOG Novel Bukan Orang Ketiga)



Annur tekun menulis cerpen terbarunya.  Selaku penulis bebas sepertinya memang sentiasa melekat dengan sebiji pen dan kertas. Tapi oleh kerana takut serabut akhirnya dia sanggup compile kertas A4 menjadi buku.
Buku Contengan Tangan tertera dengan tulisan tangan Annur di muka hadapan buku tersebut. Kalikatur serta lukisan grafik hasil tangannya menjadi hiasan. Dari cerpen, sisipan babak novel, lukisan kalikatur dan portrait gambar-gambar bercampur aduk dalam nota buatan sendiri ciptaannya.
Macam diari pun ada, bezanya buku ni makin lama makin tebal. Habis kertas, akan ditebuk lagi kertas A4 kosong sebagai muka surat baru.
Butang suara pemain MP3 dikuatkan lagi. Biar pekak telingan. Duduk seorang diri di lapangan terbang yang besar tahap gaban ni membosankan. Hendak bercakap pun entah dengan siapa.
“Nasib badanlah…” siap suruh berkeras juga nak balik awal. Kawannya yang lain semua balik esok. Annur pula semangat. Habis saja kertas terakhir kelmarin, besoknya sudah balik. Yang lain masih lagi tinggal sehari dua. Lepas tekanan, nak bersuka ria dan tidak mahu kelam kabut balik konon. Lagipun semester akhir sudah! Maknanya mereka susah untuk bertemu lagi.
Sebuah beg bagasi yang bersaiz kecil terjatuh di kaki Annur. Bagasi orang yang duduk di sebelahnya terjatuh. Secara spontan Annur membantu untuk mendirikan semula.
Annur memangang orang disebelahnya. Satu senyuman manis yang diberi tiba-tiba mati. Tindakan reflect setelah memandang wajah si dia.
Mata mereka bertembung seketika.
“Terima kasih.” Ujar lelaki itu. Lantas Annur mengalihkan pandangannya. Baru tersedar dari angan.
“Sama-sama.” Jawabnya pendek. Dadanya berombak kencang. Boleh jadi ribut taufan, puting beliung, angin monsun semua ada!
Tangan Annur kembali menyambung cerpen yang terhenti tadi. Tapi fikirannya sudah jauh melayang. Tidak jauh pun tapi pasal lelaki yang duduk disebelahnya. Tentang projek Berani Mati yang dibuat bulan lepas. Peristiwa sebulan yang lalu kembali di kotak fikiran Annur.



Nama itu menjadi pilihan Annur lagi. Setiap kali melayari laman sesawang Facebook dia mesti melihat profile lelaki itu. Mereka tidak pernah bersua. Apatah lagi mutual friends di facebook langsung tiada.
Setahun yang lalu, Annur kerap berblog sehingga terjumpa blog lelaki ini. Segala intipati blog menarik perhatian Annur. Entah bila Annur menerima lelaki itu sebagai kawannya di Facebook pun dia tidak tahu. Lagipun bila kali Annur masuk blog lelaki itu telah pun dikosongkan. Segala entrinya dipadam.
Siapa percaya kalau Annur tidak pernah berchat dan komen status dengan lelaki itu. Tapi itulah realitinya. Hanya butang LiKE saja yang berani ditekan. Nak komen? Haraplah…
Bukan saja entri blognya menjadi kegemaran Annur tapi status Facebook lelaki itu yang selalu berkongsi kata-kata motivasi dan hadis menarik perhatian Annur yang suka mengumpul kata-kata motivasi.
Apa lagi! Mulalah system kau like status aku dan aku like status kau. Membalas komen tidak pernah langsung. Annur pun memang suka menghambur di New Feed dengan kata-kata dan hadis yang dijumpanya.
Itulah yang dia yakin. Mungkin minat mereka sama dalam mengumpul kata-kata motivasi?
Huzaimy! Pemilik nama yang dirasa cukup unik itu di pandang kosong. Hari ini mungkin hari terakhir Annur mamandang wajah yang telah mencuri hatinya dalam diam. Lelaki yang jauh di sana tapi terlalu dekat di hati.
Memang Annur sudah memecah tradisi. Orang yang tidak pernah bercinta sudah menjadi stalker tegar bagi jejaka itu. Tidak ada seorang pun mutual friends mereka.
“Hanya kau dan aku!” cewah! Mulalah dia berkata-kata lagi.
Hari ini dalam sejarah. Hatinya sebulat suara hendak menghantar private message kepada jejaka itu. Selama ini private message itu tidak berguna langsung. Statusnya pun sentiasa offline macam mana hendak berchat dengan orang lain. Padahal hampir setiap jam dia online.
Kalau hendak bercerita pun dengan kawan yang dia kenal saja. Itupun lagi suka komen saja di dinding muka buku. Perigi mencari timba! Itulah kritikan yang diberi untuk diri sendiri. Sedar diri juga Annur sebenarnya.
Once and for all… lepas hantar pesanan dia akan terus unfriend dan block lelaki ini. Takut orang ni balak orang beb. Itu satu hal! Kalau tunangan orang lagi da. Nasib baik yang Annur yakin lelaki ini bukan suami orang dengan sebab dia selalu diusik di wallnya. Pervert la katakan… semua dia tahu…
Annur tahu memang kerja gila yang dia buat sekarang ni. Tapi atas nasihat pembaca blognya setelah membaca puisi luahan hatinya. Annur bertambah yakin. 
Mulalah tangan Annur menaip…
Assalamualakum awak,
Maaf mungkin saya menganggu! (memang menganggu pun.) Saya ni orang gila yang sukakan awak. Entah kenapa…perasaan tu tiba-tiba saja hadir dalam hati ni hah! mungkin awak akan terkejut.!! Tentu terkejut kan? Saya lagi la tidak sangka… selama ni saya mengelak dari bercinta… apa lagi buat kerja gila begini.
 Saya mengaku mungkin saya ni seperti perigi mencari timba. Saya sukakan awak biarpun kita tak pernah bersua, bercerita ataupun sekadar berchat. Saya cuba elak perasaan tu tapi dia degil sangat. Pelikkan? Saya rasa cinta ni pelik! Pelik sangat…
Tahu tak? Sampai saya sanggup berdoa dan buat solat hajat supaya saya lupakan awak! Betul! Awak mungkin tidak percaya…tapi itulah realitinya. Tapi saya nak juga mengaku yang saya ada doa andai nama awak dan nama saya tertulis di Luh Mahfuz, InsyaAllah ada jodoh buat kita. Tapi sekiranya tiada, saya memohon agar hati ini suci buat suami saya. Pemilik nama yang tertulis di Luf Mahfuz. J
Panjang lebar saya tulis, harap awak tidak salah sangka yang saya salah hantar pesanan ni. Memang benar luahan perasaan ini buat awak Encik Huzaimy. Jangan risau! Lepas ni saya tidak akan lagi tengok FB awak.  L
Usai saja saya hantar pesanan ini saya akan terus unfriend dan block awak. Apapun tanggapan awak pada saya, Saya nak juga kata cinta saya untuk awak hadir tanpa dipinta. Sekian terima kasih dari hati ini…
(p/s : Saya sebenarnya ingatkan nak jadi macam Saiditina Khadijah, berani meluahkan perasaannya. Tapi saya tiada ‘Maisarah’ untuk menyampaikan hasrat saya…)
Dari hati yang mencintai,
Annur.
Seperti yang dikatakan. Annur kotakan juga janjinya untuk unfriend dan block lelaki itu. Dia malu, sangatlah malu dengan tindakannya. Tapi sekali semuanya terluah hati Annur terasa lapang sekali.



Annur mengeluh berat mengenangkan peristiwa sebulan yang lalu.  Biarlah ia berlalu… yang penting kepulangannya beberapa jam lagi.
Kertasnya dipandang semula. Erk? Apa sudah jadi. Portrait lelaki itu pula yang terlakar. Gila! Annur memang gila. Teringatkan peristiwa itu sampai Annur boleh melukis gambar lelaki itu. Angau punya pasal. Sebab itulah kawan-kawannya selalu ingatkan dia…
‘Cinta pertama bahaya! Apatah lagi orang macam kau yang tidak pernah bercinta ni.’ Memang masin betul mulut kawan-kawannya.
Mata Annur melirik ke tepi. Bukan sekali tapi berkali-kali. Lelaki itu hanya senyum sambil menatap Ipadnya. Sama ada anak orang berada ataupun bekerjaya. Memang bekerjaya pun. Budak ni pilot tau.
‘Ah! Tidak boleh jadi ni… tengok lesung pipi di wajahnya pun boleh buat aku pengsan dalam beberapa saat lagi. Tidak pasal-pasal dia kena buat CPR. Haha… kalau pandai. Kalau tak? Alamatnya goal dia di situ.’
Adakah orang mati sebab pengsan tengok lesung pipi orang? Rasa-rasanya Annurlah orang pertama.
‘Kalau pandai boleh jugak…hehe…’ sambungnya lagi.
‘Ya Allah gatal kau Nur!’ marah hatinya. Memang Annur tengah berlawan dengan perasaannya sendiri.
“Tidak boleh jadi!” Annur duduk tegak. Kalut dia kemas barang. Pen dan bukunya di sisip saja dalam poket belakang beg lap top.
Annur hendak pergi dari situ. Bahaya! Makin lama makin tidak betul dengupan jantungnya. Mc Donald kembali menjadi sasaran utama. Apa lagi kalau bukan ais krim coklat kegemarannya. Chocotop la apa lagi. Coklat pengubat hati.
Oleh kerana terlalu kalut. Annur tidak perasaan notanya tercicir di kerusi tadi. Kelam kabut sangat hendak pergi dari situ. Lelaki ni pun satu. Punyalah banyak kerusi situ juga dia duduk. Punyalah banyak lapangan terbang di Malaysia ni, di sini juga dia datang.Mungkin Huzaimy bercuti. Pakaiannya yang biasa saja tidak menandakan dia sedang bekerja.
Lagipun sudah sebulan dia unfriend dan block lelaki ini. Nekad tidak mahu lagi jenguk Facebook Huzaimy punya pasal. Jadi segala aktiviti langsung tidak diketahui.



Semasa menunggu di Lift, Annur bertembung dengan seorang wanita separuh abad. Pada penilaiannya wanita itu cantik sangat dan menarik perhatiannya. Annur berbalas senyuman dengannya.  Wanita itu keluar dari perut lift bersama seorang lelaki yang hampir sebaya dengannya. Mungkin juga suaminya.
‘Bestnya kalau begini… tua-tua pun romantik!’ desis hati Annur sambil memerhati saja mereka pergi sehinggalah lift tertutup rapat.
Usai membeli burger dan ais krim. Annur mengambil tempat di Mc Donald saja. Takut bertembung lagi dengan lelaki itu. Komputer ribanya dibuka. Apa lagi kalau bukan Facebook menjadi sasaran. Annur saling balas membalas komen dengan kawan-kawannya di alam Maya selama menanti beberapa jam lagi sebelum berlepas.



Annur masuk ke dalam kapal terbang. Nasibnya baik kerana dapat tempat duduk tepi tingkap. Memang dia suka sangat duduk di tepi tingkap kerana dapat melihat keindahan alam semula jadi dari atas.
Annur menanti orang yang bakal duduk ditepinya. Dua kerusi itu masih lagi kosong. Lebih hebat lagi sebaris ni kosong. Kalau nasib bakal-bakal dia seorang saja duduk situ. Naik MAS memang seat banyak kosong.
“Eh! Mak cik tadi tu la…” gumam Annur sendirian. Belakang makcik itu lelaki tua tadi. Annur memandang lagi orang yang masuk. Dan di belakang pak cik tu pulak lelaki yang langsung dia tidak mahu tunjuk muka! Huzaimy…
Segera Annur menyembunyikan mukannya. Pandanganya hanya terus ke luar tingkap. Annur sempat juga perasan yang mak cik dan suaminya itu mengambil tempat disebelahnya. Dan Huzaimy terus saja berjalan ke belakang.
Nafas lega dihembus. Lega bukan Huzaimy yang duduk di sebelahnya. Annur menoleh ke belakang. Mencari Huzaimy. Sekali pandang! Tepat anak mata mereka bertembung lagi.
‘Mak aih! Jauhnya… belakang aku saja pun adoi!!’ Annur lantas berpaling. Tangannya di dada. Cuba untuk menahan debaran di dada. Ya Allah lindungilah hatiku…
Apabila mak cik disebelahnya senyum manis kepada Annur. Hatinya sedikit tenang.
“Mak cik bercuti?” tanya Annur ramah. Annur memang peramah. Tapi dengan orang tua. Kalau orang muda memang susah sikit nak buka mulut. Yang dia tahu hanya senyum tak perlu kata apa-apa. Pandang mata orang pun selalu saja takut.
“A’ah. Jalan-jalan dengan suami dan anak mak cik. Anak ni pun bercuti?” balas mak cik itu ramah. Annur apa lagi. Kena dengan orang peramah memang dengan ramahnya mereka bercerita. Sedar tidak sedar sampai kapal terbang mendarat pun barulah mereka tahu yang sudah sampai ke destinasi.



“Annur!” panggilan nama Annur membuatkan dia terhenti dari terus melangkah. Nasib baik dia dengar. Kalau tidak memang laju saja kakinya berjalan. Biasalah sudah jejak negeri tercinta! Tinggal jejak rumah saja lagi.
Annur menoleh. Kelihatan mak cik Ain. Mak cik yang rancak bercerita dengannya dalam kapal terbang tadi. Annur senyum sambil menarik bagasikan menuju ke tempat wanita itu berdiri. Hatinya berdebar lagi. Kenapa Huzaimy sedang bercerita dengan suami mak cik Ain?
Kakinya dikuat saja mendekati mereka.
“Mak cik panggil saya?” tanya Annur.
“A’ah… Tadi Annur kata balik ikut teksi kan? Kalau Annur tak terburu-buru. Mak cik nak ajak makan dulu. Kita makan di sini saja.” Usul Mak cik Ain. Annur rasa macam hendak meraung saja menolak pelawaan tersebut. Tapi bila terpandang wajah mak cik itu yang mengharap sangat membuatkan dia serba salah.
Akhirnya mengangguk juga dia tanda setuju.
Sebuah restoran Thai menjadi pilihan Huzaimy. Tahu pula dia kewujudan restoran ni sedangkan Annur yang asal negeri ni pun tidak tahu.
Tengok saja perhiasaan dalaman restoran Annur sudah dapat mengagak bahawa ini restoran first class! Ini nasib orang bawa kalau tidak alamatnya memang restora makan segera saja jadi pilihan Annur. Sedap, cepat dan jimat! Yang penting perut kenyang, duit berbaloi.
Annur duduk bersebelahan Mak cik Ain. Manakala, Huzaimy bersebelahan dengan suami mak cik Ain. Secara tidak langsung menjadikan dia dan Huzaimy duduk berhadapan. Sungguh! Ikutkan hati mahu saja Annur terbang sejauh yang mungkin. Makin dia menjauh dari lelaki ni, makin dekat pula jadinya.
“Annur nak apa? pesan saja.”
“Milo panas..”Annur sendiri tidak tahu hendak pilih apa. Semuanya nampak pedas. Perut Annur ni alah dengan benda pedas. Sos cili pun tidak tahan inikan pula makanan pedas.
“Tak nak makan?” tanya mak cik Ain ramah.
Annur mengeleng. “Tak naklah mak cik. Kenyang!” kenyanglah sangat. Sebelum balik nanti. Annur nak beli burger lagi. Laparnya…huhu… tapi mustahil la dia hendak makan pedas. Nanti mereka tidak dapat bezakan muka Ainul yang sebiji merah macam cili gara-gara kepedasan.
Memang benar jangkaan Annur bahawa Huzaimy sebenarnya anak mak cik Ain. Kecilnya dunia ni… mereka sambung berbual lagi. Kini pak cik Hadi turut mencelah. Huzaimy sekadar mencelah sekali sekali.
Annur sendiri tidak lagi rancak seperti tadi. Takut Huzaimy perasan dirinya. Harap-harap tidaklah. Apabila hari menginjak petang. Annur meminta diri untuk pulang.
Makin lama dia semakin serba salah dan kekok. Lagipun dia tidak sabar untuk berjumpa dengan mak dan abah tersayang! Rindu…
Laju dia meneruskan langkahnya setelah meminta diri. Annur berhenti di satu tempat agak terlindung. Air matanya yang ditahan mengalir deras juga akhirnya. Tidak sangka begitu kuat kesan cintanya pada Huzaimy.
“Ya Allah engkau lindungilah hatiku, lebihkan la cintaku kepadamu dari cintaku pada lelaki itu Ya allah.” Annur cuba bertenang walaupun air matanya tetap gugur.



Huzaimy berlari keluar. Alasan saja meminta diri ke tandas. Selebihnya dia ingin mencari Annur. Dia sudah cuba untuk memulakan perbualan dari tadi tapi gagal. Sebenarnya Huzaimy turut mempunyai perasaan yang sama terhadap gadis itu.
Alasan membawa ibu bapanya pergi bercuti ke negeri dibawah bayu ini mempunyai agenda tersendiri. Sengaja dia bawa ibu bapanya singgah ke kuching dulu dua malam sebelum meneruskan pernerbangan mereka.
Huzaimy telah merancang sebaik yang mungkin agar ibunya dan Annur bertembung. Tapi tidak sangka pula ibunya boleh tertarik dengan perwatakan gadis itu. Dia turut ingin meluahkan segala perasaannya pada Annur tentang perasaannya. Bukan senang dia buat semua ini.
“Annur…” Kepala Annur mendongak apabila terdengar suara memanggil namanya. Dia cepat mengesat air mata apabila terpandang susuk tubuh Huzaimy.
“Iya encik? Ada apa?” tanya Annur. Cuba untuk mengelak rasa gugupnya.
“Sebenarnya saya nak cakap dengan awak pasal mesej awak tu…” Perlahan Huzaimy memulakan topic mereka.
“Oh! Encik ingat rupanya… err.. bab yang tu saya minta maaf. Harap encik lupakan sajalah.”
“Tapi saya tidak boleh lupakan!” tukas Huzaimy.
“Annur saya pun hendak balas mesej awak tu… Awak dengar apa yang saya cakap ni. InsyaAllah saya cintakan awak juga Annur. Perasaan saya pada awak sama. Tapi saya belum cukup keberanian untuk menegur awak sebagai mana awak. Saya kagum dengan awak Annur…” jelas Huzaimy.
Syukur Alhamdulillah. Perasaannya pada gadis ini sama. Huzaimy panjatkan doa pada yang Maha Esa. Mungkin orang tidak fahami mereka. tapi itu yang terjadi. Letaklah Annur di kutub utara dan dia di kutub selatan. Jika ada jodoh buat mereka, mereka tetap akan bersama jua.
“Tapi encik. Saya rasa encik hanya rasa kagum saya dengan keberanian saya. Saya tidak rasa… semua ni tidak logik tahu tak? Mustahil encik pun rasa apa yang saya rasa!” ujar Annur tersedu-sedan.
Kalau diguna akal fikiran logik memang perkara ini tidak logik! Mustahil lelaki yang langsung tidak pernah bersua dengannya juga secara kebetulan mempunyai perasaan yang sama.
“Hahaha… Saya pun rasa macam tidak logik je… tapi perkara yang saya buat sekarang ni lagilah tidak logik.” Tergelak Huzaimy memikirkan kata-kata Annur.
“Perkara apa yang tidak logik selain kerja gila yang saya buat hari tu?” berkerut dahi Annur memikirkan perkara yang disebut oleh Huzaimy.
“Saya tak tahu nak mula dari mana. Hahaha…” Huzaimy gelak lagi. Malu untuk menceritakan kepada Annur. Belakang rambutnya dikusap.
“Jadi awak terima saya?” tanya Huzaimy lagi.
“Maksud awak bercinta?” soal Annur balik. Kalau bercinta tu perkara sensitive buat dia. Macam alah sudah! Annur mana mahu bercinta…
“Tak!” jawab Huzaimy pendek.
Lagilah muka Annur kemerahan. Malu beb! Perasan betul dia ni.
“Saya tahu awak tidak mahu bercinta. Seperti yang awak kata cinta awak untuk suami awak saja… Sebab tu saya nak…” Huzaimy berhenti seketika. Teringat dengan mesej Annur yang sekali lagi membuatkan dia kagum dengan gadis itu.
“Saya nak kahwin dengan awak!”
What? Boleh ulang balik tak? Saya rasa saya kurang jelas kot.” Kahwin! Gila… bercakap pun tidak sampai sejam.
“Saya kata saya nak kahwin dengan awak. Mungkin terlalu awal tapi saya tidak mahu tunang lama-lama sebab saya tahu awak tak suka. Saya tahu awak cuma hendakkan hubungan yang sah saja. Saya tahu awak hanya ingin bercinta selepas kahwin. Jadi tolonglah terima saya…” pinta Huzaimy.
“Astaghfirullah… awak tahu tak awak tengah buat apa? kita bercakap pun tak sampai sejam. Berjumpa face to face pun tak sampai 24 jam tau! lagipun awak bukannya tahu saya nak bercinta lepas atau sebelum kahwin pun. Mana ada saya bagitahu awak!”
“Awak tak perlu cakap sebab hati awak sudah beritahu awak. Hati awak ada dengan saya Annur. Ada dekat sini… Awak tak perlu cakap tapi saya tahu apa yang ada dalam hati awak.” Huzaimy meletakkan tangannya di dada.
“Tapi saya ni gila-gila encik! Saya tak matang… apa mak bapak saya cakap nanti. Baru saja habis belajar dah nak kahwin! Sijil ijazah tu saya belum ambil lagi tau…”
“Err… yang tu…” tidak pula Huzaimy terfikir pasal tu.
“Hah! baru awak terfikirkan? Awak tak tahu saya ni nak gembirakan mak dan abah saya dulu tau. Saya sanggup hendak menolak cinta awak untuk mak dan abah saya. Lagipun awak tak terfikirkan ke apa yang mak dan abah saya fikir bila perkara ni berlaku secara tiba-tiba.” lebar penjelasan Annur menerangkan pada Huzaimy. Berharap agar lelaki itu memahaminya.
“Mak dan abah saya tahu tau yang saya tak pernah bercinta. Mereka faham sangat dengan perangai saya yang tidak semua ni.”
“Kalau pasal mak dan abah Annur biar kami saja yang urus.” Kedengaran suara ayah Huzaimy bersuara.
“Betul tu Annur… biar kami saja jelaskan dengan mereka!” ujar mak cik Ain sambil tersenyum. Mereka mendekati Annur dan Huzaimy.
“Huzaimy ni hah! ingat dia saja pandai. Kami pun sudah patut berhenti berlakon.” Sambung mak cik Ain lagi.
Annur dan Huzaimy pandang satu sama lain. Tidak faham apa yang sedang berlaku.
“Sebenarnya ibu dan ayah dah tahu pasal ni. Hanis yang cerita dekat ibu. Abang dia selalu guna facebook dia untuk stalk seorang awek. Ibu pun dah pernah tengok gambar Annur yang dimuat turun oleh Hanis.” Terangnya sekali lagi.
“Yang tu nanti saya cerita dekat awak…” tersengih-sengih Huzaimy bercakap pada Annur. Malu dengan rancangannya sendiri.
“Ibu pun tak nak cerita lebih-lebih. Yang selebihnya biar Huzaimy yang cerita dengan Annur nanti. Biar kami saja terangkan pada mak dan abah Annur.”



Siapa sangka! Kepulangan Annur membawa keluarga Huzaimy telah disambut baik dengan mak dan abahnya. Jenuh juga ibu dan ayah Huzaimy menerangkan kepada mak dan abah Annur. Mujurlah mereka memahami.
Kedatangan mereka justeru meminang Annur. Sebuah cincin yang dibawa oleh mak cik Noraini sebagai tanda Annur telah dipinang orang. Dua minggu tempoh diberi untuk menguruskan pertunangan mereka. maklumlah Huzaimy orang Johor malah Annur pula tinggal di Sabah.
Mereka tidak ingin tergesa-gesa. Kena juga ikut adat. Usia pertunangan mereka juga tidak lama. Hanya sebulan saja diberi. Hanya ikut adat, seperti yang mereka faham Annur tidak suka berhubung tanpa dengan lelaki yang bukan halal buatnya.
Tangan Annur dipegang lembut oleh Huzaimy. Mereka membalas senyuman. “Abang… boleh tak cerita dengan Annur pasal rancangan abang dengan Hanis tu?” Tanya Annur. Selama ni mereka tidak pun pernah berkesempatan untuk bercerita lama.
 Hanya berkomunikasi seperti biasa. Awak like status saya dan saya like status awak. Berbalas mesej pun jarang. Sebab Annur memang malas hendak menaip mesej. Masanya banyak terluang kepada menaip cerita atau mengurus perihal perkahwinan mereka.
“Hehe… pasal tu erk? Abang ingatkan Annur dah lupa. Sebenarnya lepas Annur block abang. Abang cuba buat satu facebook baru. Tapi memandangkan jantina lelaki dan tiada mutual friends. Berpuluh abang buat Annur langsung tidak mahu terima.” Memang Annur tidak menerima kawan lelaki baru di FB selain kawan yang dia kenal. Huzaimy tu kira nasib terlepas sebab kawan blogger.
“Bila abang terfikir mungkin Annur terima perempuan saja. Abang curi-curilah guna facebook Hanis. Tak sangka pula boleh di terima terus. Sebab tu la abang tahu Annur balik bila dan flight jam berapa bila abang terbaca komen Annur dengan kawan-kawan Annur...”
“Terbaca?”  kening Annur terangkat sedikit.
“Hehe… lebih kepada membacalah dan sengaja nak cari. Lepas tu abang terus rancang kononnya nak bawa ibu dan ayah jalan-jalan. Tak sangka pula Hanis tahu abang curi-curi guna Facebook dia. Lagipun adik abang tu pemalas nak logout. Kalau dia habis online. Dia biar saja Komputer riba dia hidup. FB tu on saja 24 jam. Apa lagi abang gunalah…”
“Ibu kata ibu perasaan waktu penerbangan kita sama sebab tu ibu tahu. Lagipun pandai Hanis curi-curi ambil gambar Annur dan report dekat ibu..” sambung Huzaimy lagi.
Annur mengangguk setuju sambil tersenyum.
“Annur sebenarnya nak tunjuk dekat abang sesuatu tau. Tapi buku tu dah hilang. Dalam tu Annur ada lukis gambar abang. Puas Annur cari bukunya tapi tidak juga jumpa-jumpa.” Annur teringkat gambar Huzaimy dan puisi-pusinya yang diluahkan untuk lelaki itu.
Huzaimy berdiri lalu mengambil buku Annur yang tersimpan rapi dalam begnya. Kemudian kembali duduk di birai katil bersama isterinya.
“Ni! Annur tercicir semasa di airport hari tu. Abang lupa nak bagi balik. Lagipun abang suka baca puisi-puisi dan cerita dalam ni. Dan yang paling abang suka ada lukisan potret gambar kita yang Annur lukiskan ni. Tak sangka Annur pandai lukis. Cantik!”
Huzaimy kemudiannya membuka satu halaman yang menarik perhatiannya walaupun berkali-kali membacanya.

Cinta dalam diam,
luahan katanya tidak pernah diluah.
Sakitnya hati tidak terkata,
menguris jiwa hamba,
hanya mampu meluahkan dalam tinta.
Coretan cerita sebagai pengantar suara,
yang sentiasa bisu tanpa berita.
hendak diluah takut merana,
akhirnya sentiasa senyap tanpa sebarang madah…
Lantas contengan pena memainkan peranannya,
melakar seribu satu makna,
tentang ceritera cinta si penglipurlara,
meluahkan segala yang terbuku di dada.
Mengharapkan kasih pada si dia,
tapi takut untuk meluah.
Nanti di kata perigi mencari timba,
nanti haru sekampunglah jawabnya.

Kekadang ingin menjadi seperti Khadijah,
di mana nabi disunting menjadi suaminya,
sebagaimana Maisarah menjadi wakilnya.
Tapi dengan cara berbeza.
contengan pena jadi hantaran hamba,
contengan yang meluahkan isi tersirat kepadanya.
Tidak mengharap si dia membaca,
kerna yakin itu bukan hobinya.
Dia terlalu jauh di mata,
walaupun sentiasa dekat di hati hamba...

Hanya doa untuk jauhi si dia,
takut jodoh bukan milik kita...
hati ingin melupakannya,
jiwa ingin menghilangkannya.
Jika jodoh ada pada kita.
aku berdoa, bersyukur ke hadratNya...
hanya mampu ku pohon pada yang Esa,
kerna jodoh itu rahsia-Nya.
Andai nama kita tertulis di Luh Mahfuz,
Insya Allah ada Jodoh buat kita…
khlas dari hati…
Annur kepada Huzaimy…

Air mata Annur mengalir. Luahan hati ini ditulis pada hari dia meluahkan perasaannya. Bila hatinya merindui Huzaimy.
“Terima kasih kerana mencintai abang…”

                                                           ~Tamat~

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

9 comments:

  1. anda sangat berbakat.sya suka baca cerpen awak.
    penggunaan ayat juga sangat mudah difahami..
    teruskan berkarya..

    ReplyDelete
  2. bule tmbh x kotak reaction tu? reaction utk 'best' xda laa, cmna nk tick.. ;D

    [hawa]

    ReplyDelete
  3. @Anonymous hihie....makasih... ^^
    nanti faz tambah yaa...

    ReplyDelete
  4. best .. ayat yg sng nk faham ... :D .. boleh x sya nk link cerpen awk yang first2 dlu ... nk bce :D boleh eh ,... tringin ,.,. :D

    ReplyDelete
  5. You have so many ideas in mind.. Keep it up!!:):):)

    -from Brunei-
    Khami192@hotmail.com
    --[Khamilah]--

    ReplyDelete
  6. simple je cite ni tp best. heheh. paling suka nota kaki annur utk huzaimy dlm PM tu. kata2 yg ada makna. hehe.

    ReplyDelete
  7. berair mata kita :') . Jalan cerita yang hampir sama dengan jalan cerita hidup saya :) . Great job . Keep it up !

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)