Alhamdulillah akhirnya sampai juga mereka ke Dream World Resort Kundasang menjadi pilihan untuk perjumpaan tahunan. Sekali sekala merehatkan otak dari bandar.
Semuanya Aizat yang urus. Iqbal dan
Ikram satu pun tidak membantu. Aizat tidak merungut. Lagipun apa guna kawan
kalau tidak tahu bertolak ansur biarpun dia tahu sama ada Iqbal atau Ikram
memang liat hendak uruskan sesuatu majlis atau atur cara. Tapi dengan keyakinan
tahap maksima Aizat yakin waktu majlis mereka dua juga antara yang paling
rancak berhibur.
Pasal urusan ambil anak angkat itu sudah
hampir selesai. Pulang saja dari majlis reunion ni, Ikram dan Ainul akan ambil
Yayah berpindah ke rumah mereka. Hanya tinggal dua tiga kali lagi berurusan
memandangkan prosedur yang terpaksa diturut.
“Sukalah orang tu sebab dapat berbulan
madu kali kedua.” perli Ikram.
Iqbal yang sedar disindir oleh Ikram
membiarkan saja. Siapa suruh tak nak berkasih sayang dengan bini sendiri!
“Kau pun boleh. Kalah pengantin baru
lagi kalau nak. Dia yang jual mahal sangat. Ada bini tapi kuat berjoli.” Balas
Iqbal.
“Ish! Kau ni… mulut tu jaga sikit. Nanti
Ainul dengar aku juga yang kena. Diamlah.”
Aizat sekadar senyum sambil melayan
kameranya. Mereka bertiga duduk di restoran yang berhadapan dengan gunung.
Ainul dan Afrina tidak menyertai mereka. Ainul mabuk dalam perjalanan tadi. Sebab
tidak biasa dengan jalan yang macam ular. Entah berapa banyak plastik Ainul
muntah tadi. Sampai pucat muka isterinya. Afrina pulak sudah penat dan ingin
berehat saja.
Kawan-kawan yang lain pun berehat
setelah sampai tadi. Esok mereka akan mendaki gunung bagi sesiapa yang
berminat. Kalau tak nak boleh rehatkan diri di sekitar kawasan sejuk itu.
“Kau ni Ijat. Dari kecil sampai besar
tua bangka ni pun masih berbinikan kamera ni. Aku pulak yang bosan tengok kau
berkepit saja dengan kamera ni.” Iqbal berleter. Bila dia frust menonggeng dulu sebab kena tinggalkan tunangnya. Ikram dan
Aizat yang cuba carikan calon sebagai ganti.
Tapi bila masuk bab kahwin, dua-dua
hancur. Dia juga yang merasa keindahan selepas kahwin. Seorang dengan bini yang
macam tiada bini, seorang pulak tidak pandai cari bini.
“Bukan kamera aku tapi Ainul. Dia minta
tolong tengokkan tadi sebab ada setting tertukar.”
Iqbal pandang Ikram. Ikram pulak pandang
Aizat. Aizat pandang Ikram dan Iqbal yang memandangnya pelik. Pening kepalanya…
“Korang apasal?”
“Tiada! Aku rasa Ainul tu makin rapat
pulak dengan kau. Selalu sangat aku tengok kau berkepit dengan budak tu.” Komen
Iqbal macam Ikram tiada duduk bersama mereka. Lupakah dia yang Ikram tu laki
Ainul.
“Ainul minta tolong aku pasal kamera ni.
Dia kata tak biasa pakai jenama ni sebab kemeranya dulu jenama lain. Aku pun
tak sangka yang dia pun minat dengan lensa. Ada geng boleh bawak borak. Nak
ajak korang hampeh!”
“Kau tak marah ke Am?” tanya Iqbal pada
Ikram pula.
“Aku? tak kisah. Sebab benda alah ni la aku
mengamuk sakan dengan dia hari tu. Tak hingin aku hadap kamera ni. Baik dia
tanya terus dengan Ijat. Ijat, apa aturcara kita nanti?”
“Malam ni kita rehat. Esok daki gunung
macam yang dirancang. Siapa tak nak pandai-pandailah bawak diri di tempat ni.
Lepas tu malam kita buat jamuan dan esoknya balik!”
“Tiada yang mencabar lagi ke? Ringkas
sangatlah…” Iqbal tidak berpuas hati dengan rancangan Aizat.
Ikram mengambil beg kamera atas meja
lalu dilempar tepat ke muka Iqbal.
“Tak tahu bersyukur Ijat yang buat. Dari
kau asyik berkepit dengan Rina tu pulak kenapa? Bila kau nak setiausaha aku tu
kerja balik?”
“Minggu depanlah. Aku sebenarnya tak nak
dia kerja. Kesian sebab dia kena kerja lepas tu nak layan aku dekat rumah lagi.
Tapi takkan aku nak halang kot. Itu bukan suami namanya tapi diktator. Aku pun
suka cara dia yang suka berdikari.”
“Betul…betul…betul.. aku sokong kau
seratus peratus. Lagi baik bini layan kita di rumah saja. Tengok aku! makan
minum, gosok atau basuh baju semua Ainul yang sediakan.” Ikram mendebik dada.
“Yang tu bukan bini namanya tapi orang
gaji!” Tempik Aizat dan Iqbal serentak.
Ikram hanya ketawa suka hati. Tidak
perlu mengiyakan pun dia sudah tahu. Cara dia bercakap macam sesiapa jadi bini
dia kena layan macam hamba pulak.
“Bilalah kau perasan pasal perasaan kau
pada Ainul. Kahwin sudah berapa lama tapi cinta depan mata pun tidak nampak.
Padahal orang lain pun nampak perasaan yang tergambar di wajah kau wahai
Ikram.” Gumam Iqbal sendirian.
Ketika Ikram masuk ke dalam bilik. Ainul
masih berbungkus di atas katil. Perlahan
langkahnya mendekati Ainul. Macam hantu bungkus pula gaya Ainul ni. Satu
badan dari kepala sampai kaki dibungkus. Ingatkan sudah tidur, rupa-rupanya
masih sedar. Sengaja dia masuk bilik lewat sikit. Bahaya kalau berdua-duaan
dengan Ainul.
Teringat cerita panas yang membuatkan
dia tidak teragak-agak bawa Ainul bercuti ke perjumpaan tahunan mereka. Siapa
lagi yang suka menyebarkan gosip panas kalau bukan Tipah Radio. Panas
mengalahkan hot.fm.
Sampai hati wanita pemberita CNN free itu canang satu perumahan yang
Ainul mengatal dengan kawan suami sendiri. Tidak habis-habis nak kacau hidup
orang. Terpaksalah dia bawa Ainul dari menadah mulut orang lain.
“Kenapa ni? Ainul tak sihat ke?” Ikram
memegang dahi Ainul. Kepala Ainul sekadar digeleng. Berat kepalanya hendak
mengangkat untuk menjawab soalan Ikram.
“Ainul tak apa-apa? bibir Ainul pun
sudah ungu ni.” Muka Ainul pucat semacam. Bibirnya merekah dan sudah mulai
bertukar warna.
Ikram duduk di tepi katil. Tangannya
diletakkan di dahi Ainul. Tidak panas tapi sejuk.
“Sejuukkk…” bergetar suara Ainul yang
kesejukan. Penghawa dingin sudah pun di matikan tapi dia masih lagi kesejukan.
“Ainul ni… sejuk pun tak tahan. Kita
bukannya di kutub utara pun sampai kesejukan.” Buat susah hati saja tingkah
Ainul ni. Ikram melepaskan nafas lega. Kemudian dia memandang Ainul kembali.
“Sejuk sangat ke?” soalnya melihat tubuh
Ainul yang jelas mengigil. Dia mengetap bibir. Bukan jawapan yang di bagi tapi
satu jelingan.
‘Kalau tak sejuk. Tiadalah Ainul
mengigil kesejukan macam ni abang oi.’ Jawab Ainul dalam hati. Satu kelemahan
Ainul ialah tidak tahan sejuk. Kalau musim sejuk di Taiwan di sudah berbungkus
dengan baju sejuk.
“Maaf…maaf! Janganlah emo sangat. Mari
abang tolong.” Kedua belah tangan Ikram digosok untuk mendapatkan haba panas.
Kemudian dia menarik keluar tangan Ainul lalu di pegang agar gadis itu merasa
panas.
Beberapa kali dia mengulangi perkara
yang sama.
“Sejuk betul tangan Ainul ni. Tengok
jari tu dah warna ungu.” Sempat Ikram beri komen ketika mengosok tangan Ainul.
Tangan Ikram beralih ke cuping telinga
Ainul pula. Beberapa kali dia meniup sambil mengosok tangan. Haba panas dapat
diserap melalui cara sedemikian. Sejuk pun dapat surut bila tangan yang panas
di letakkan di cuping telinga.
Keadaan mereka yang terlalu hampir
menyesakkan Ikram. Dia pula yang terasa membahang satu badan. Jantungnya
mengepam semakin laju. Mata mereka bertatap seketika.
Beristighfar Ikram seketika terpandang
bibir Ainul. Bibir comel tu yang buat dia lemah. Muka yang semakin kemerahan
menandakan Ainul sudah kembali merasakan haba panas.
Segera Ikram duduk tegak. Liurnya
ditelan pahit. Kalau lama sikit bahaya! Ikram tidak dapat jamin kalau tercium
Ainul lagi. Ciuman di dahi pada malam lepas pun sudah buat dia huru-hara dan
terpaksa berlagak macho.
Mujurlah Ainul tidak ungkit-ungkit pasal
good night kiss dari Ikram tu. Kalau
tidak entah apa lagi yang dia hemdak kelentong Ainul! Takkan nak bagi good night kiss lagi kot?
“Abang jerang air dulu, biar Ainul minum
panas.” Mujurlah ada Nescafe 3in1 dan teh disediakan berserta gula dan creamer. Tidak perlulah order lagi.
Suis ditekan sambil menanti air yang
dijerang panas. Satu selendang Ainul yang tergantung di tarik lalu dia
melangkah mendekati Ainul semula. Ikram mengambil tempat di tepi katil. Baju
sejuk yang tersarung kemas ditubuhnya dibuka lalu memapah Ainul duduk.
“Dah tahu tak tahan sejuk kenapa tak
bawak baju sejuk?” soal Ikram. Matanya perasan tadi yang Ainul tidak mengenakan
sebarang baju sejuk.
“Dah sedia tadi tapi tertinggal atas
katil.”
“Cuai betul. Pakai ni.” Baju sejuk
disarungkan di tubuh kecil Ainul. Selendang tadi dililit kemas di bahagian
lehernya.
“Siap. Sambunglah baring. Air sudah
mendidih tu. Abang buatkan teh panas dulu.” Perintah Ikram. Dia kembali ke meja
solek. Uncang teh direndam dalam gelas kaca. Teh Sabah yang di sediakan di setiap bilik sebenarnya
antara langkah pihak resort dalam
mempromosikan jenama tempatan di mata pelancong dalam atau luar negeri.
Ikram naik di atas katil lalu
menyerahkan cawan kepada Ainul. Kemas dia duduk bersila di atas katil
bersebelahan Ainul yang sudah menyandarkan badannya di kepala katil.
“Jaga-jaga panas tu. Tiup dulu. Nanti
tidak pasal-pasal melecur pula bibir tu.” nasihat penaja dibagi percuma untuk
Ainul.
“Sedap…” ujar Ainul selepas beberapa
kali menghirup teh yang disediakan oleh Ikram. Kedua belah tangannya memegang
cawan tersebut agar tapak tangannya mendapat haba panas.
“Sedapkan? Teh Sabah. Warna dia berbeza
dengan the jenama lain. Teh ni warnanya lagi pekat sebab teh ni organik dan
bebas dari racun seranga. 100% asli. Tiada perwarna ataupun bahan pengawet.”
Terang Ikram.
“Wikipedia atau google search?” soal
Ainul sarkastik. Sudah terkena yang pertama kali pasal tulip buatkan dia payah
hendak percaya Ikram. Punyalah percaya bulat-bulat tapi percuma saja dia kena
kelentong.
“Abang memang tahulah. I’m pure Sabahan tau. Jangan main-main.”
Ikram mendebik dada.
Tiada jawapan dari bibir mungil Ainul. Hanya
keningnya saja terangkat sambil anak matanya memandang Ikram di tepi.
“Okay fine. Bukan wiki atau pak cik Google tapi abang pernah tengok Iklan
Teh Sabah ni dengan tv.” Mengaku kalah juga Ikram. Memang pun dia tidak tahu
pasal Teh Sabah sebelum ni, yang dia tahu ialah wujudnya satu jenama iaitu Teh
Sabah yang dikeluarkan dari Sabah sebelum tengok iklan di tv tu.
Ainul tersenyum kemenangan. Hidungnya
dirapatkan dengan di hujung cawan. “Aromanya pun wangi. Ada bau herba. Tak
macam teh biasa.” Komennya.
Ikram tiba-tiba tergelak lucu memandang
cara Ainul.
“Ainul ni macam orang cina zaman dinasti la
pulak!” Macam orang cina dulu dalam wayang atau drama cina saja lagak
spontannya. Kalau tengok drama cina dulu kala, mereka suka merasa minum sambil
komen rasa minuman tersebut. Begitulah bayangan Ikram pada isterinya. Klasik!
“Ya ka? Hahaha… tak perasan pun. Ainul dah biasa kalau duduk minum dengan
arwah atuk dan nenek suka komen pasal rasa teh dan sejarahnya.”
“Maksud Ainul latar belakang teh tu?” Terkejut
Ikram dengan anggukan Ainul. Masih wujud rupanya orang begini. Minum teh sambil
berceritakan pasal teh yang diminum macam drama cina zaman Dinasti.
“Arwah atukkan meminat teh. Arwah suka
minum the tapi serbuknya di bancuh sendiri tanpa uncang. Bukan saja teh.
Ginsing, akar-akar kayu atau sarang burung memang kegemarannya.”
“Boring….
Tak payah cakap pasal benda ni lah.” Ikram menguap. Dia baring di sisi Ainul. Selimut
Ainul ditarik sedikit menyelimut dirinya sendiri.
Ainul tidak marah Ikram mencelah.
Gayanya mungkin kurang ajar sebab mencelah tapi dia faham Ikram berbuat
sedemikian agar dia lupa pada kisah sedih.
“Abang pun rehatlah… penat tu sebab
memandu tadi. Ainul lagi menyusahkan abang sebab muntah dalam kereta tadi. Dah
la kena pasang penghawa dingin sebab hujan.” Hendak singgah di bahu jalan untuk
mengeluarkan segala muntahnya pun tidak boleh sebab Ikram tidak benarkan. Takut
tambah teruk bila kena hujan. Terpaksalah Ainul muntah di dalam plastik.
Ainul memusingkan badannya.
“Tidur sudah rupanya.” Tersenyum dia
memandang Ikram yang sudah terlena. Waktu sampai tadi punyalah payah Ikram
hendak satu bilik dengannya. Bukan Ainul yang merayu-rayu tidak mahu sebilik
tapi Ikram.
Kalau bukan Aizat kata bagi mengelak
salah faham dari kawan-kawan yang lain belum tentu Ikram mahu sebilik.
Mati-matian dia mahu tempah bilik lain atau sebilik dengan Aizat.
Tangan Ikram meraba-raba katil yang terasa luas. Matanya masih tertutup
rapat. Ingatanya kembali mengingatkan dia yang tertidur di atas katil semalam. Lepas subuh tadi dia
terus sambung tidur. Waktu tu pun Ainul masih lagi ada tertidur sebab tidak
dapat solat.
Selimut ditarik. Sejuk embun pagi memang
menyengat sampai ke tulang! Perlahan-lahan dia mula terbuai mimpi semula. Bunyi
telefonnya mengejutkan Ikram sekali lagi.
“Siapa pulak telefon pagi buta ni. Kacau
betullah! Hello.” jawab Ikram.
Nadanya tinggi menandakan dia tidak suka menerima panggilan pagi awal pagi
terutamanya waktu cuti. Kacau feel bercuti
betullah.
“Hoi! Bangunlah!! Suara serak-serak
basah tu confirm masih berguling atas
katil. Jam sudah pukul 9 ni!!” bebel Iqbal mengalahkan ibu Ikram.
“Apa kau ni masih awallah…”
“Tidur mengalahkan monyet! Bini kau dan
Aizat dating dekat gerai-gerai ni.
Siap pegang…”
“Pegang apa? tangan? Muka? Bibir?” tukas
Ikram. Semua tu aku punya seorang saja terutamanya bibir!! Sambungnya dalam
hati.
“Hah! ingatkan tak tau jeles. Aku belum
habis cakap pun kau sudah potong. Aku cuma nampak Ainul pegang bunga mawar.
Sambil jalan-jalan dengan Aizat...”
Tutt…tutt…tutt
Iqbal pandang skrin telefon. Dia belum
habis cakap Ikram sudah matikan panggilan. Dia cuba mendail semula namun Ikram
sudah pun mematikan panggilannya.
“Kenapa bang?” tanya Afrina yang duduk
ditepi suaminya.
“Ikram ni. Kita belum habis cakap dia
dah matikan panggilan. Siap off handphone
lagi.”
“Takpe bang. Rina yakin yang bos tu
tengah kelam kabut bersiap cari Ainul.” Afrina cuba menyakinkan suaminya.
“Abang tak pandai nak batu api kawan
sendiri. Abang cuma nak Ikram sedar yang dia cintakan Ainul. Itu saja.” Keluh
Iqbal. Dia merapatkan pelukannya dipinggang Afrina. Beberapa pelangan turut
menjamu selera di coffee house tersebut.
Bab 24
Dari jauh Ikram sudah nampak kelibat
Ainul dan Aizat. Siap berposing lagi
ambil gambar pakai kamera Ainul. Kamera Aizat tidak pulak bergerak dari
lehernya. Ainul ni pun satu, kita ajak dia pergi sini untuk elak dari mulut
orang tapi tak pandai-pandai pula faham.
Terdetik di hati Ikram melihat kemesraan
yang ditunjukkan oleh Aizat pada isterinya. Benarkah Aizat turut menyimpan
perasaan seperti Adam Mikael seperti yang kerap didengar sejak kebelakangan
ini. Ibu dan ayah, Tipah Radio malah Iqbal pun turut memberi amaran.
“Kau janganlah cuba cari pasal dengan
aku pulak Jat.” Gumam Ikram sendirian. Tidak terfikir dia bila Aizat turut
mencintai Ainul.
Minta di jauhkan. Dia melintas jalan
yang agak sesak. Ramai pengunjung walaupun awal pagi. Kebanyakannya pemborong
yang mengambil sayur atau buah yang masih segar.
Tubuh Ainul mengeras apabila satu tangan
hinggap di bahunya.
“Pagi
my dear!” tegur Ikram. Selamba saja
dia meletak tangannya. Aizat yang terlihat pun turut terkejut. Kata tak sayang
tapi gatal melebih-lebih. Tahu saja Ikram nak cop Ainul tu sebenarnya
isterinya.
“Pagi…” Klik Aizat sempat menangkap
gambar Ainul dan Ikram menggunakan kameranya. Sengaja Dia menggunakan kamera
sendiri. Kalau guna kamera Ainul nanti kena delete
pulak.
“Apa abang Am ni. Malulah…” bisik Ainul
di telinga Ikram sambil menurunkan tangan Ikram perlahan. Perasan juga dia
orang yang memandangnya sinis.
“Ijat, aku nak bawa Ainul pergi
Kundasang Memorial Park dan taman bunga ros. Kau nak ikut?” ajak Ikram.
“Taklah… aku nak pergi urus dengan pihak
resort pasal jamuan kita. Ni pun jumpa Ainul sebab nak bagi balik kamera ni
saja pun.” Ikram sudah melompat-lompat dalam hati bila Aizat menolak
pelawaannya.
Memang dia tidak mahu pun Aizat kacau
daun!
“Maaf bang… sebenarnya Ainul nak cakap
sesuatu.” Ikram berhentikan langkahnya. Dia yang sedang menilik gambar di
kamera menukar pandangannya. Mereka dalam perjalanan pulang semula ke resort.
Puas sudah seharian berjalan.
Ronda tempat ni tak perlulah guna
kenderaan. Setakat kawasan berhampiran saja elok lagi jalan kaki. Udara pun
bukannya panas terik hendak meronda bawah penghawa dingin saja. Tengok
orang-orang tua sini pun selamba saja pikul bakul berat-berat jalan kaki
walaupun jauh.
“Ainul nak apa?”
“Jangan peluk atau cium dahi Ainul boleh
tak?” pinta Ainul dengan nada perlahan. Dia menunduk memandang jari. Tidak
berani langsung hadap Ikram.
“Maksud Ainul, Ainul tak rela ke semua
ni?”
“Bukan macam tu…” Segan Ainul hendak
jelaskan perkara sebenar. Dia bukan tidak rela tapi takut terlalu selesa nanti bila
merana hati sendiri juga terseksa. Bila Ikram melayannya lembut tapi hanya
sekadar sayang sebagai abang saja tiada gunanya.
Biarlah dia setia menanti untuk suami
sebenarnya. Cinta suci Ainul hanya untuk suaminya. Itu salah satu nasihat neneknya.
‘Biar lama menanti, janji maruah dijaga dan cinta terpelihara untuk suami saja.’
Kak Zarra pun ada pesan perkara yang
sama.
“Abang faham… Dah jom balik.” Ikram
menepis. Tidak lagi segembira tadi. ada nada merajuk dan berkecil hati dengan
kata-kata isterinya. Semua kegembiraan Ikram ditarik dengan permintaan Ainul.
Percutian yang disangka menarik untuk
mendekatkan diri masing-masing bertukar hambar. Setiap tutur kata terbatas.
Satu soalan ditanya, satu jugalah yang Ikram jawab. Bukan itu saja, Ikram pun
tidak sudi sekatil dengan Ainul. Dia lagi rela tidur duduk di atas kerusi dari
sekatil dengan Ainul.
Tiada lagi kegembiraan yang terpamer di
wajah Ikram. Mereka pulang dengan suasana suram. Dia lebih suka berdiam diri
sehinggakan Aizat dan lain-lain perasan dengan sikap ke dua suami isteri itu.
Tok…tok…tok…
Ikram sekadar membiarkan Iqbal masuk ke
pejabatnya. Kerjanya berlambak hendak melayan Iqbal lebih-lebih. Bukannya
lelaki tu tidak biasa. Pejabat Ikram ni boleh jadi pejabat ke duanya sudah.
“Kau ni apasal? Monyok saja. Aku perasan
sejak kita dekat Kundasang tu lagi. Ni mesti ada kes lagi ni?”
“Tiadalah..”
“Mesti ada punya..!! mulut kau ni tak
pandai diam tau. Bila senyap tetiba mesti ada punya. Baik kau cerita.” Tukas
Iqbal. Fail kawannya ditutup. Selagi Ikram tidak cerita sepatah pun dia tidak
mahu kawannya ni jadi patung bergerak.
Badan saja bergerak tapi mulut bisu.
Macam ada lombong emas saja dalam mulutnya. Berat betul buka mulut.
“Entahlah… aku pun tak tahu nak mula
dari mana.”
“Kau mula saja dari klimaks cepat sikit
nak ending.” Lawak Iqbal tidak
menjadi. Ikram tambah geram adalah. Ada pulak nak berklimaks. Dia ingat ini
apa? novel ke wayang?
“Amboi! Kau ingat aku nak ikut
pertandingan bercerita ke apa? nak ikut plot segala. Pasal Ainul.”
“Hah! aku dah agak pun. Sengaja nak
suspen saja. Kan aku dah cakap Ainul dan Ijat tu ada something fishy tau. Manalah tau mereka tu lovebird!” Iqbal cuba memanaskan keadaan.
“Tolonglah! Ijat tu kawan baik kita.
Ainul tu adik aku. Mustahil mereka buat benda tak elok.” Tegas nada suara
Ikram. Berapa kali dia perlu tegaskan tentang Aizat dan Ainul. Kenapa mesti
semua orang suka cakap benda yang sama!
“Aku tak cakap mereka ada buat benda tak
elok. Tapi kau tak terfikir bila mereka dua saling jatuh cinta. Sedar sikit Am.
Ainul isteri kau biarpun dia adik sepupu kau.”
“Habis tu kau nak aku buat macam mana?
Sudahlah Iq. Aku bosan dengar benda yang sama. Lepas ni aku tak nak dengar
apa-apa kaitan antara Ijat dan Ainul. Aku percayakan mereka.” Marah Ikram.
“Sudahlah! Aku nak kemas ni. Nak balik
rumah. Aku nak bawa Ainul jemput Yayah nanti. Sekarang ni budak tu sudah sah
jadi anak angkat aku.” sambungnya lagi. Ikram melenturkan suaranya. Tidak lagi
dengan nada marah tadi.
“Aku dengar budak tu panggil Ijat papa. Ermm… merasalah aku makan nasi minyak
Ijat tak lama lagi. Okay! Fine. Aku stop.” Iqbal menunjukkan ke dua belah
tapak tangannya ke hadapan tanda berhenti bila Ikram sudah pandang semacam
tatkala perihal Ainul dan Ijat dijadikan topik lagi.
“Aku balik dululah. Ingat pesan aku Am.
Cinta tu subjektif dan satu anugerah! Kita tak boleh hendak mengukur dan
menilai ikut perpekstif sendiri. Semua orang berhak jatuh cinta. Begitu juga
cinta Aizat.” Tergiang-giang pesanan Iqbal di telinga Ikram.
Tiada sesiapa pun boleh menidakkan cinta
itu bila ia bersemi. Cinta itu satu anugerah yang indah. Relakah Ikram jika
Ainul bersama Aizat? Tanya sama hati. Kerana biar seribu satu alasan dari akal
ia masih tidak mampu menolak perasaan dalam hati.
Fail di atas meja di kemas. Sejak Afrina
bercuti semuanya dia kena buat sendiri. Lebih baik dia balik dari terus melayan
perasaan. Kata-kata Iqbal ni bahaya betul. Sekali diluah melekat betul
dikepalanya. Gam gajah pun kalah! Penuh dengan isi tersurat dan tersirat.
“Assalamualaikum ibu.” Ikram menyalam
tangan ibunya. Tak sangka yang dia terlewat untuk sampai rumah sebab ada
kemalangan jalan ketika dalam perjalanan tadi. Bila hendak telefon Ainul pun
tak dapat sebab kredit tinggal sejemput. Hanya boleh minta sms pada Ainul yang
dia lambat untuk sampai rumah saja.
“Waalaikumsalam. Lambat kamu balik Am.
Kata nak balik awal?” soal Puan Noraini.
“Ada accident
tadi bu. Sebab tu jalan sesak. Ainul mana?” Ikram rindu dengar suara Ainul. Beberapa
hari asyik mengelak tapi sukar juga dia lupakan Ainul. Kenapalah susah sangat
dia hendak terima yang dia sebenarnya cintakan gadis itu.
“Ainul ada di rumah sebelah. Katanya
Aizat nak beri sesuatu.”
Kening Ikram terangkat. “Aizat tak kerja
ke bu?” soalnya.
“Ibu tak tahulah.” Jawab ibunya sepatah.
“Tak mengapalah bu. Kalau macam tu Ikram
pergi sebelah dulu.” Ikram keluar semula dari pintu utama. Selipar biasa di
sarung di kaki. Pergi rumah sebelah saja pun, tak payah nak pakai kasut.
Ainul memerhati cara Iqbal menyuci
gambar. Beberapa keping gambar digantung untuk menjatuhkan airnya. Iqbal lebih
suka menyuci gambar secara menual daripada print
menggunakan printer saja.
“Mana nak cari developer, stop bath dan fixer
ni?” soal Ainul. Dia memandang bahan yang digunakan untuk menunjukkan gambar
pada foto. Ingatkan kerja ni senang rupa-rupanya memerlukan kesabaran dan minat
yang tinggi.
Kepingan gambar yang digantung dalam
proses pengeringan dipandang. Proses terakhir ialah proses pengeringan di mana
gambar akan dikeringkan dari air bilasan.
“Abang Ijat minta tolong kawan belikan.
Tak pasti jugak dia dapat dari mana.” Terang Aizat.
Ainul mengangguk.
“Lamakah nak tunggu gambar ni
betul-betul kering? Tiada cara lain nak keringkan selain jemur pada tali ni?”
soal Ainul lagi. Teruja dia melihat gambar-gambar yang tergantung.
“Sebenarnya ada tiga teknik. Antaranya
guna hair dryer tapi abang lagi suka
guna teknik ni. Biar air tu menitis sendiri.”
Aizat ingin mencapai tutup botol stop bath. Tapi dengan tidak sengaja dia
terlepas tutup botol tersebut lalu terjatuh ke lantai. Serentak Ainul dan Aizat
untuk mengambil tutup botol itu tetapi tangan Aizat terpegang tangan Ainul. Ketika
tangan mereka berlaga untuk mengambil tutup botol, Mereka bertentang mata
seketika.
Seraya itu kelibat Ikram muncul di muka
pintu. Buntang matanya melihat aksi di hadapannya.
“Ijat!!” jerit Ikram. Tiba-tiba Ikram
teringatkan permintaan Ainul agar tidak menyentuhnya. Tidak mahu disentuh konon
sedangkan lelaki lain sentuh tidak pula dia marah.
“Am?”
“Abang Am?”
Serentak
Aizat dan Ainul menjawab. Mereka turut terkejut dengan kemunculan Ikram secara
tiba-tiba.
Ikram berjalan laju mendekati mereka
lalu menghadiahkan satu tumbukan di muka Aizat. Patutlah dia bagi salam tadi
tiada seorang pun yang menjawab. Rupa-rupanya mereka berdua sedang berdrama di
bilik foto Iqbal.
Tangan Ainul ditarik keluar dari bilik
tersebut.
“Apa ni abang Am?” marah Ainul. Sedaya
upaya dia cuba melepaskan gengaman Ikram tapi gagal.
“Apa? Eh! Ainul selama ni abang tadah
telinga bila orang cakap bukan-bukan. Abang percayakan Ainul macam orang bodoh!
Inikah yang Ainul nak buktikan dulu?!!” jerkah Ikram.
Aizat berlari keluar mendengar
tengkingan Ikram di halaman rumahnya. “Am kau salah faham!” Dia mendekati
Ikram.
Satu tumbukan lagi singgah di muka
Aizat. Tersungkur lelaki itu dengan tumbukan kawannya. Ikram semakin berang.
Mukanya sudah kemerah-merahan menahan marah.
“Salah faham? Hoi! Ijat. Aku rasa bodoh
selama ni mempertahankan kau dari mulut orang lain. Aku anggap kau kawan baik
aku rupa-rupanya kau tikam aku dari belakang!!” Leher baju Aizat ditarik.
Beberapa kali muka lelaki itu menjadi mangsa tumbukan Ikram.
“Abang Am sudahlah… abang!!” Ainul
menarik tangan baju suaminya. Kesian dia memandang Aizat yang sudah lembik
dikerjakan oleh Ikram.
Satu senyuman sinis muncul di wajah Aizat.
“Bila masa aku tikam kau kalau kau sendiri nak tak cintakan dia?” jawabnya.
Kata-kata sarkastik Aizat membuatkan
Ikram bertambah panas. Muka Aizat ditumbuk bertalu-talu sehinggakan darah
mengalir dari hidung dan mulutnya.
“Abang Am sudahlah… Sudahlah!” Tangisan
Ainul tidak diendah. Kudratnya tidak kuat untuk melawan kekuatan Ikram dari
terus membelasah Aizat. Aizat ni pun satu! Bukannya tahu melawan tapi sekadar
membiarkan saja. Malah siap membalas dengan kata-kata pula.
Ikram berhenti menumbuk Ikram. Entah
kenapa dia berasa tercabar apabila Ainul membela Aizat berbanding dirinya.
“Jom balik!! Kalau bukan kerana mak
bapak kau. Sekarang juga aku bunuh kau Ijat!” Sekali lagi tangan Ainul ditarik
kuat. Terheret tubuhnya apabila ditarik kasar. Ainul cuba melawan kuat dia
menepis gengaman Ikram.
“Ainul nak apa? Balik buat maksiat
dengan jantan tu? Inikah yang Ainul nak buktikan sangat. Jangan-jangan di
Taiwan pun Ainul bergatal dengan lelaki lain. Lagi kotor dari pelacur. Depan
saja baik tapi sebenarnya…” Tengking Ikram.
Pang!!! Satu tamparan hinggap di pipi
Ikram.
Bergetar tubuh Ainul menahan marah
mendengar makian Ikram. Tidak sangup lagi dia mendengar caci maki dari Ikram.
Cukup dia rasa terhina bila dituduh bergatal dengan lelaki lain. Bila Ikram
menghina dia lagi kotor dari pelacur. Sesiapa pun tidak boleh terima langsung!
“Abang sedar tak apa abang buat? Abang
hina Ainul!!” jeritnya sekuat hati. Dia berlari masuk ke dalam rumah.
Terkaku Ikram mendengar jeritan Ainul.
Barulah dia sedar yang dia menghina saudara sendiri. Tapi bila teringatkan
babak tadi hatinya tiba-tiba saja jadi panas. Dia lagi rasa terhina dengan
perbuatan isteri dan kawan baiknya.
“Apa tengok-tengok?” Penduduk taman yang
terdengar pergaduhan mereka dipandang tajam. Suka sangat jaga tepi kain orang!
“Argghh!!” jeritnya sekuat hati. Hatinya
diulit rasa cemburu dengan kemesraan mereka. Terasa dia diperbodohkan saja
selama ini kerana mati-matian mempertahankan maruah mereka dari mulut orang
lain.
eeiiii
ReplyDeletegram ngan ikram!
xbaik bt ainul mcm tu, tau!!
grrr...
dorg ni masalah komunikasi sungguh la... kalo bterus terang dari awal kan senang, ainul pun sama naik, bdosa tahu tak mnidak hak suami, xkan nk pegang2 pun x boleh... kan dh mnjeremus ke arah konflik. aish..... tq cik writer
ReplyDeletex tau nak cakap apa dah...
ReplyDeletekasihan dekat Ainul,tapi salah Ainul sendiri jugak...
kak faz tau ke care nak cuci gmbr mcm ijat bt tu?
ReplyDeletetlg ajar^^ blink2~
sekali sekala takkan nak letak watak perempuan baik mcm angel kn? kena ada perpektif lain sebelum bab lain kan?
ReplyDeletetq semua....^^
@Syafi Najihah hohoe...akak pun tak pandai...bukan main payah lagi nak cari maklumat pasal teknik ni...baru dapat...just letak sikit2 info jerk cuz nak letak info banyak takut panjang lebar juga cerita ni alamatnya....ada 5 step semuanya..
ReplyDeletetahu pulak cemburu ikram ni!
ReplyDeleteHuh! Berbahang aje rasa ni... Tapi, memang salah Ikram pun... kalau cinta katakan cinta... jangan buat Ainul tertanya2... lebih baik berbincang jangan main percaya aje apa yang nampak dengan mata kasar...
ReplyDeletesorry Faz, teremo pula... hihihi... anyway, good job sis... ^__^