Langkah Puan Noraini terhenti memandang
Ainul berlari masuk ke dalam rumah. Dia yang tercegat di situ hanya dilintas
saja. Dia mencari Yayah yang mengikut Ainul ke rumah Aizat tadi namun tiada.
Begitu juga Ikram.
Beberapa minit kemudian Ikram pula masih
dengan keadaan tidak terurus.
“Hah! yang ni kenapa pulak? Tadi keluar
baju tu kemas mengalahkan model, ini ibu tengok macam bangkai basi yang
bankrap.” Tegur Puan Noraini ketika Ikram memasuki rumah.
“Nothing.
Ikram penat nak balik bilik.” Lemah suara Ikram menjawab ibunya.
“Yayah mana? Tadi Ainul kata dia pergi
rumah sebelah dengan Yayah. Takde pulak budak tu ikut balik.” Hairan betul
dengan semua orang yang tidak bermaya tiba-tiba. Rasa geram pun ada dengan
Ikram yang macam mahu tidak mahu menjawab.
“Yayah? Kami belum ambil budak tu lagi. Macam
mana pula Ainul kata Yayah temankan dia pergi rumah sebelah.” Ikram semakin
bersangka buruk. Ainul tipu ibunya dengan alasan Yayah menemani padahal dia
langsung tidak nampak kelibat Yayah tadi.
“Tadi Ainul dan Aizat
yang pergi jemput budak tu.”
Ainul dan Aizat. Sekali
lagi Ikram mendengar nama itu. Sakit hatinya kembali. “Am tak tahu!” tegas
jawabnya seraya naik ke tingkat atas.
Puan Noraini terdiam
apabila anaknya bercakap dengan nada sedemikian. Tidak tinggi tapi ternyata
ketegasan bahawa dia sedang marah. Bukannya dia pekak tidak dengar orang
menjerit marah-marah tadi.
Malah dia tahu itu
anaknya sudah tentu terperangkap dalam rancangan Aizat. Bukan dia tidak bagi
amaran pada Aizat tentang kesannya. Lagipun Aizat faham benar kalau Ikram naik
angin tapi lelaki itu masih juga tegas untuk meneruskannya.
Wanita itu keluar rumah
lalu menuju ke rumah sebelah untuk ambil cucu angkatnya yang tidak
pulang-pulang lagi. Macam manalah reaksi Yayah jika ternampak adegan ayah
angkatnya mengamuk. Entah takut atau trauma balik budak tu!
“Aku minta maaf sebab
menyusahkan kau lagi... ” Kepala Ikram ditunduk sedikit memohon maaf. Segan dia
menumpang di rumah Iqbal sejak kawannya seorang ni sudah mendirikan rumah
tangga.
“Tidak apalah. Kitakan
kawan. Macam kau tak biasa tinggal rumah aku.” Iqbal meyakinkan kawannya.
Afrina yang datang sambil menatang dulang dari dapur di pandang sekilas. Tenang
saja isterinya seolah-olah tidak tahu masalah Ikram.
Usai menuang air Afrina
meletakkan gelas di hadapan Ikram. Dia mengambil tempat di sisi suaminya.
“Maaf Rina. Terpaksa
menyusahkan korang berdua. Malam buta pulak ni.” Mohonnya lagi. Kini pada
Afrina pula. Sudah tentu mereka berdua terkejut dengan kehadirannya secara
tiba-tiba pada larut malam begini.
“Tidak mengapa bos. Kami
pun belum tidur lagi.” Sewaktu Ikram tiba di rumah mereka Afrina dan Iqbal
masih lagi menonton wayang. Tiada lagi tempat lain yang terlintas di fikiran
Ikram selain rumah Iqbal. Sekurang-kurangnya ada juga tempat dia mengadu
masalah.
“Kau rehat dululah Ikram.
Tunggu esok-esoklah baru cerita. Kasi tenang dulu fikiran tu.” Cadang Ikram.
Afrina pun sudah siap menyediakan bilik tetamu untuk bosnya.
Ikram sekadar
mengangguk. Perlahan langkahnya menuju ke bilik tetamu. Bilik yang suatu masa
dahulu yang selalu menjadi biliknya ketika lari dari rumah apabila terpaksa
kahwin dengan Ainul.
“Bang… Rina tak sedap
hatilah. Sampai bila kena buat macam ni.” Afrina meluahkan tidak senang melihat
Ikram yang lemah.
“Abang pun tak
tahulah…” Keluhnya. Sebenarnya Iqbal dan Afrina menanti Ainul. Mereka mengagak
Ainul yang akan keluar rumah tapi terbalik pulak. Lari dari rancangan asal.
Oleh itulah mereka belum tidur lagi.
Selepas mendapat arahan
dari mastermind mereka iaitu Aizat.
Satu bilik tetamu disediakan untuk Ainul. Ingatkan isteri yang lari tapi suami.
Teka Aizat, Ainul yang akan keluar dari rumah tapi sebaliknya yang terjadi
pulak!
Awal Ikram bangun pagi
bersarapan dengan Iqbal dan Afrina. Tidurnya sering terjaga sehingga azan dari
surau berdekatan menandakan subuh sudah menjelang. Siapa boleh tidur lena
sedangkan otak tengah serabut.
Sungguh dia berbesar hati kerana Iqbal sudi
mengambil cuti untuk mendengar luahannya. Tapi dia tidak boleh duduk diam saja.
Makin dia terperuk di rumah Iqbal makin serabut fikirannya. Bayangan semalam
kerap menjelma seolah-olah mentertawakan Ikram yang terlalu lemah.
Usai sarapan pagi,
Ikram mengambil keputusan untuk datang kerja walaupun dibangkang Iqbal. Katanya
tidak guna Ikram ke kerja kalau satu perkara pun tidak boleh siap ketika hati
tidak tenang.
“Terima kasih Iq tapi
aku tidak boleh duduk diam. Aku asyik terbayang perkara kelmarin.
Sekurang-kurangnya kalau aku kerja benda tu dapat hilang seketika. Aku tidak
mahu fikir apa-apa sekarang.” Ujar Ikram
yang sudah siap berbaju kerja.
“Aku tak halang kalau
itu yang kau nak. Tapi satu saja. Sampai bila kau nak biarkan perkara ini sepi
tanpa berita?”
Ikram hanya tersenyum
sinis. Tiada jawapan untuk persoalan itu. Dia sendiri tidak cukup kuat untuk
mengambil sebarang tindakan. Takut tersilap langkah!
Tengkuk Ikram diurut
perlahan. Penat bekerja tanpa henti dari pagi. Ambil rehat seketika. Seumur
hidupnya tidak pernah Ikram tekun bekerja. Berkerja sepanjang masa tanpa henti.
Penat tapi berbaloi.
Sekurang-kurangnya masalah dapat dilupakan seketika, malah aktiviti
berpeleseran dapat dilupakan. Duit pula jimat sebab tidak payah mengeluarkan
belanja untuk skandal-skandalnya.
Ikram menuju ke pantri.
Dia masih lagi membuat kerja tanpa setiausaha. Bukannya dia tidak memerlukan
pembantu. Tapi dalam kerja Ikram sukakan kesempurnaan dan belum ada sesiapa
lagi yang dapat mengantikan Afrina.
Dua hari lagi barulah
Afrina bekerja semula. Biarlah dia dan Iqbal berehat. Sudah terlalu lama Iqbal
tidak merasa kebahagian seperti sekarang. Pek Nescafe 3 in 1 dibuka. Minum
segelas sekadar menghilangkan rasa mengantuk.
Telefon Ikram
berdering. “Assalamualaikum bu.” Salam diberi tatkala Ikram melihat gambar
ibunya pada skrin telefon.
“Waalaikumsalam Am… Ya
Allah budak bertuah ni! Apa lagi masalah kamu cetus ni Ikram. Seorang membawa
diri. Seorang terperuk 24 jam dalam bilik. Hah! yang seorang tu pulak sudah
lebam sana sini.” Tersenyum Ikram mendengar bebelan ibunya. Ibu kalau sudah
mulai membebel machine gun pun kalah.
“Am tak nak cakap
apa-apa bu. Tengoklah nanti. Am sibuk. Nanti Am telefon ibu balik yaa. Sayang
ibu. Bye!”
Titt… terus butang
hijau ditekan. Tidak ingin emosi terganggu lagi. Air panas yang telah mendidih
dituang ke dalam mug. Tanpa berlengah lagi Ikram terus masuk ofis untuk sambung
kerja. Lupakan segala masalah!
Langkah Ikram terhenti
ketika terlihat seorang perempuan bertudung sedang selesa duduk di dalam
pejabatnya. Ainulkah? Wanita yang sedang membelakanginya itu tidak mengesan ke
hadiran Ikram.
Deheman Ikram
membuatkan wanita tersebut berdiri sejurus berpaling menghadap Ikram.
Satu saja ekspresi
diwajah Ikram sekarang. Terkejut dengan kehadiran Zarra Najwa ke pejabatnya!
“Apa kau nak?” soalnya
sambil menuju ke kerusi. Terus punggung dihenyek tanpa pedulikan wanita
dihadapannya.
Tepat anak mata Ikram
memaandang perempuan yang satu ini. Sejujurnya tidak pernah dia hilangkan sikap
pesimisnya pada Zarra walaupun wanita ini sudah bertudung.
Tanpa meminta kebenaran
Zarra duduk dikerusi hadapan Ikram. Dia tersenyum sinis sebelum menjawab soalan
Ikram. “Aku tak sangka lelaki sehebat kau boleh kalah dengan Aizat? Your best
friend!”
“Aku tanya, kau nak apa? Please out of my sight! Sakit mata aku
tengok muka kau.”
Senyuman Zarra sekali
lagi membuatkan hati Ikram bertambah sakit. “Ikram… Ikram… Ikram… masih lagi
tidak matang seperti dulu.” Katanya sambil mengelengkan kepala.
“Kau ingat kau tu baik
macam bidadari? Tolonglah Zarra… sedarlah diri tu sikit.” Balas Ikram dengan
sindiran.
“Aku tak kata aku baik
macam bidadari. Iyalah! Engkaukan dah tinggal dengan bidadari syurga. Aku sedar
diri aku dengan Ainul berjuta perbezaan. Aku datang sini saja nak beri
peringatan kepada engkau.”
“Tak kisahlah. By the way, kau serang Aizat dan Ainul
ada bukti yang kukuh? Cukupkah apa yang sekadar kau lihat dari biji mata kau tu?
Cerita-cerita yang orang canang sana sini tu betulkah tidak?” Zarra cuba
berteka teki.
“Kalau tak ada angin,
masakan pokok akan bergoyang.” Jawab Ikram ringkas.
“Cuba tanya sama pokok
apa sebab goyang? Mungkin pokok akan jawab, orang yang goyang instead of angin…”
“Apa yang kau nak
sampaikan?”
“Salam terakhir!” gurau
Zarra dengan tajuk lagu arwah Sudirman.
“Serius aku tiada masa
hendak layan kau sekarang Zarra. Keluar atau aku panggil pengawal.” Ikram
mengugut dengan mengangkat ganggang telefon.
“Pasal Pak Guard tu kau tak payahlah nak kecoh
sangat Hafiz Ikram.” Senyuman menleret di bibir Zarra sambil mnengangkat
tangannya yang memegang wayang telefon yang telah dipotong.
Bangga Zarra kerana
dapat mengenakan Ikram ni. Huh! Bodoh
sombong!
Ganggang telefon
dihentak kuat. “Kau nak apa sebenarnya?”
“Aku ringkaskan cerita
sajalah. Mesti kau fikir watak antagonis lagi untuk aku kan? Jangan risau. Aku
dah kena sesi transformasi oleh arwah suamiku. Dengar sini baik-baik.”
“Semua ni rancangan
Aizat. Semua orang tahu termasuk ibu dan ayah kau kecuali kau dan Ainul saja
yang tidak perasan. Aizat mastermind semua
yang terjadi! Kau rasa dia tu bodoh sangat ke tak nak lawan kau walaupun kena
tumbuk bertubi-tubi?”
“Maksud kau?”
“Semuanya… untuk kamu berdualah
pandai! Itupun tak tahu nak guna otak ke?” sindir Zarra. Geram pula dengan
Ikram yang lambat pick up ni!
“Kau bodoh Ikram!”
sambungnya lagi.
Tajam mata Ikram bila
dikata sedemikian. Mulut Zarra ni boleh tahan juga!
“Kenapa? terasa?
Iyalah. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Kau bodoh menilai cinta
Ainul! Ego saja lebih. Tidak mahu mengaku cintakan Ainul konon! Kalau aku sudah
lama aku lari ikut lelaki lain. Berderet lelaki yang inginkan isteri macam
Ainul.”
“Kau jangan nak
panaskan keadaan. Kalau betul apa yang kau cakap! Kenapa Aizat tak terangkan
sendiri.” Ikram masih lagi tidak percaya dengan keterangan Zarra.
“Kenapa Aizat tak
terangkan sendiri. Budak tadika pun boleh jawab Encik Ikram oi. Senang saja.
Kau rasa lepas kau belasah Aizat larat ke dia nak berdiri lagi? Aizat dah agak
yang kau akan belasah dia cukup-cukup sebab tu dia suruh aku yang terangkan.”
“Oh ya… pasal kelmarin.
Aku nyaris terlupa. Dalam bilik foto Aizat tu bukan mereka berdua saja ada.
Tapi aku dan Yayah pun ada dalam rumah tu. Bila kau kata dengan mak cik Aini
yang kau nak pergi rumah Aizat. Mak cik terus telefon aku.”
Zarra berhenti seketika
untuk menarik nafas. Besar betul kerja Aizat suruh dia ni. Beritahu hal sebenar
dengan manusia yang keras kepala macam Ikram bukan kerja mudah. Siap hari bulan
bukannya dia mengaku salah tapi tidak pasal-pasal kena tuduh itu ini pulak.
Tiada bantahan dari
Ikram. Dia hanya senyap dan terus menanti sambungan penerangan dari Zarra
Najwa.
“Lepas mak cik telefon
aku… aku pura-pura minta Yayah temankan keluar. Jenuh juga mulut aku bagi
alasan sebab Ainul tak nak berdua-duaan dengan Aizat dalam bilik tu. Bila aku
beralasan kukuh antara mahu atau tidak dia terpaksa setuju. Mereka berbual,
Aizat pura-pura jatuhkan penutup botol dekat Ainul. Mereka terduduk ambil benda
tu sama-sama…”
“And tadaaa!! Watak utama Hafiz Ikram bin Ahmadi datang dan salah
sangka pun berlaku. Rancangan berjaya... dan lepas tu kau tahu apa yang
terjadi. Salah faham all that things.
Belasah orang tanpa mengetahui hal sebenar. Emm...
lagipun itu memang cara kau. Suka sangat tuduh tanpa siasat.”
“Cerita yang bagus
Zarra. Sangat tersusun rapi dengan plot yang menarik. Tapi kau ingat aku
percaya?” soal Ikram sarkastik.
“Aku tahu. Kau tengah generate otak kau yang berkarat tu
sekarang. Kau sebenarnya bukan tidak percaya apa yang aku cakap. Iyalah… pada
kau aku tidak ubah macam watak antagonis. Jahat! Tapi aku yakin… kau bukan
tidak percaya tapi tidak sangka semua ni hanya satu rancangan. Lagipun apa aku
dapat kalau aku datang sini buang masa semata-mata untuk membebel.” Yakin Zarra
menjawab soalan Ikram dengan tenang.
Terdiam Ikram. Masih
lagi kurang yakin walaupun semua yang dijelaskan oleh Zarra ada benarnya.
“Sudahlah Ikram. Ainul
cintakan kau. Aku bukannya cakap kosong. Tapi dia sendiri yang luahkan dekat
aku. Dia cintakan kau sebab kau suaminya. Pasal yang Ainul tak bagi kau sentuh
dia lagi sebab dia takut kecewa. Kau layan dia mesra tapi kau tak pernah
sekalipun mengaku yang hati kau ada dia...”
“Daripada biarkan kau
buai perasaannya, baik dia buat keputusan sedemikian. Aku pun setuju. Dan aku
juga yang suruh dia cakap macam tu.” selamba Zarra sambung tanpa riak bersalah.
“Engkau?” Ikram
terkejut.
“Yup… aku yang suruh.
Memandangkan dia selalu kongsi rahsianya dengan aku so it’s part of our plan la.. Aku nasihat dia macam tu.... bukan
betul-betul pun. Sebab tu aku datang sini nak jelaskan semuanya tanpa ada
sepatah pun tertinggal…”
“Aku balik dulu. Kau
fikirlah sendiri. Mengaku perasaan kau pada dia dan bahagia atau terus jadi
macam ni! Assalamualaikum.” Ucap Zarra lalu meninggalkan Ikram. Tugasnya sudah
selesai.
Selebihnya terserah
pada Ikram sendiri hendak percaya atau tidak.
ikrammmm,,
ReplyDeletepkir baik2 ape yg zarra najwa bgtau!
yes...arap2 hepi ending y tersgt hepi..hehhe
ReplyDeletenak lagi.......
ReplyDeletebest sesangat..
rmai yg bkomplot yea..insaf la ikram jgn ego jew bek ngaku n mntak maaf ngn ainul..stia la pd yg 1 pd ainul je
ReplyDeleteHailah Ikram ni ego,dah sayang cakaplah sayang,jangan sampai melepas dahlah... :-[
ReplyDelete