Wednesday, May 2, 2012

Secantik Ainul Mardhiah bab 27

Keesokkan harinya, perkara yang sama berulang kembali. Bila Ikram duduk di sebelah Ainul. Gadis itu terus kenyang. Hanya janji akan cuba selesaikan masalah ini saja yang mampu diutarakan kepada ibu bapanya selepas dipandang tajam oleh mereka.
Ikram menziarahi kawan baiknya merangkap jiran sebelah. Aizat dapat cuti sakit oleh doktor. Sempat dia memohon maaf pada Puan Aleesa kerana membelasah anaknya. Mujurlah Puan Aleesa memahami malah mendoakan kebahagian Ainul dan Ikram berkekalan.
Perkara yang Ikram tidak dapat tahan ialah bila mama Aleesa memohon lagi agar memujuk Aizat untuk cari jodoh. Aizat mana pernah bercinta!
‘Tahu jodohkan orang saja kerjanya, tapi diri sendiri tetap solo memanjang. Mama takut Ijat tu jadi bujang terlajak. Dia langsung tiada tanda-tanda hendak bercinta dari dulu sampai sekarang.’ Teringat Ikram tentang kegusaran Puan Aleesa.
Sorry Ijat… aku minta maaf. Sakit tak?” Ikram memegang pipi Ijat yang malang menjadi habuan buku limanya. Teruk juga dia belasah Aizat.
“Taklah Am. Aku rasa macam makan spegeti saja. Perrggghhh… Sedap hingga menjilat jari… pararappappa… I’m lovin it.” Sindir Aizat. Dalam sakit-sakit pun sempat juga Aizat melawak lagu tema Mc Donald. Dia menolak tangan Ikram yang hendak memegang pipinya yang lebam.
Badan Ikram kembali ditegakkan. Dia memandang Aizat yang terbaring di atas katil bujangnya.  Sudah macam panda buruk kawannya seorang ni. Lebam sebelah mata sampai tidak boleh terbuka. Itupun ada hati lagi nak bergurau.
Kalau masuk maharajalawak sudah tentu menang. Ish…ish…ish…
Satu minggu pensyarah ni cuti sakit! Siapa suruh. Orang tumbuk tak nak balas. Rela sahaja kena tumbuk. ‘Haha… kesian juga aku tengok kawanku seorang ni.’ bisik hati Ikram.
“Hehe…. Sorry la. Kau pun satu! Yang kacau bini orang apasal?” Dia menolak bahu lelaki tersebut.
“Kalau aku tak buat macam tu. Sampai bila-bila pun kau tu tak sedar yang kau suka bini sendiri. Buat kenalah betul-betul.” Tersengih-tersengih Aizat. Dia mengerang kesakitan sebab terlampau banyak bergerak.
“Assalamualaikum…” Satu suara yang memberi salam menarik perhatian mereka. Perhatian mereka beralih ke arah Iqbal yang sedang  berdiri di pintu bilik Aizat.
“Ni lagi satu belum kena habuan. Batu api konon! Aku rasa macam nak cekik saja leher kau.” Ikram  berdiri lalu mendekati Iqbal.
“Apa ke jaddahnya pulak dengan aku… aku ni cuma watak kecil saja tau! ni baru kawan! Tiada lagi bermasam muka. Aku tak suka. Hahaha…!!” Ketawa Iqbal. Dia berlari ke arah bertentangan dari Ikram. Cukuplah muka Aizat yang sudah lebam-lebam dikerjakan oleh Ikram. Dia tidak sudi!!
“Kawan konon! Aku tak suka dengan rancangan kamu ni. Tengok apa jadi dengan Aizat. Tak pasal-pasal kena belasah oleh aku. Bini kau mana Iqbal?”
“Afrina?” soal Iqbal. Dia duduk bersila di tepi Aizat di atas katil kawannya. Pipi Aizat menjadi permainannya. Disentuh pipi Aizat yang lebam. Sesekali Aizat menolak tapi dia tetap bermain juga. Suka kacau kawannya yang menjadi mastermind selama ini.
‘Ambik kau kena belasah oleh Ikram… aku sudah warning awal-awal tak nak dengar. haha…’ gelaknya dalam hati.
“Iyalah… berapa banyak bini kau ada. Yang kau kacau pipi Aizat tu apasal?”
“Hish! Dengar dek bini aku perang dunia ke empat terus. Cukuplah kau dengan Aizat perang dunia ke tiga… dia ada dekat bawah bercerita dengan mama Leesa. Ainul?” soal Iqbal balik.
“Pasal korang punya plan la ni! Tegur aku pun dia tak nak.” Geram Ikram. Sekarang Ainul pula yang marahkan dia.
“Siapa suruh kau cakap macam tu dengan dia. Mestilah dia marah. Kalau aku pun marah jugak tau. Tak pasal-pasal kena maki depan rumah. Mana dia nak letak muka Am. Ramai jiran kita tengok wayang free yang kau tuduh isteri kau dengan aku.” Nasihat Aizat.
Mulut Ikram ni bahaya. Cakap main lepas tanpa fikirkan perasaan orang lain.
Time tukan aku tengah marah. Mana aku tau apa-apa. Nasib ibu aku ceritakan rancangan korang ni. Aku dan Ainul je tak tahu. Baik punya kawan dengan mak bapak aku korang bersubahat! Zarra tu pun satu.” geramnya.
Tergelak Iqbal dan Aizat. Sakit-sakit pun ada hati gelakkan orang.
“Habis tu kau nak buat macam mana dengan Ainul? Am… Am… kasanova konon. Cubalah kau goda bini kau tu. Gunakan segala kebolehan kau la pikat bini kau. Gambatte!
“Betul tu. Cuba pikat hati bini kau. Bebal juga kawan kau ni Iqbal!” Sambung Aizat. Mereka menepuk tangan satu sama lain. Tanda hi-5.
“Gelaklah. Aku belasah korang lagi baru tau. Banyaklah korang punya goda. Ingat aku ni apa main goda-goda? Macam gay. Huh!” Ugutnya.
“Alah yang kau goda tu bini kau sendiri jugak. Kalau bini aku barulah aku naik angin. Hahaha…” gelak Iqbal gembira.
“Tu hah! mama kau suruh aku nasihatkan kau pulak. Jangan sibuk sangat jadi telangkai orang. Ingat jodoh kau sendiri jugak. Sampai bila nak membujang? Mama takut kau jadi bujang terlajak.” Bebel Ikram.
“Baguslah tu saham pun makin naik.”
“A’ah! Aku pun bingung dengan kau ni Jat? Suka sangat membujang. Cuba kau kahwin? Merasa jugak nikmat alam perkahwinan macam aku. Bukan macam si beruk satu ni. Hanya tau sia-siakan bini sendiri.” sokong Aizat tapi tetap juga tidak mahu henti menyindir Ikram.  
Masalah Ikram dan Ainul ialah masalah komunikasi antara satu sama lain. Seorang mulut terlebih lancang dan seorang lagi pula terbalik, susah sangat hendak muka mulut. Macam ada selongok emas saja dalam mulut Ainul. Kalau buka mulut macamlah boleh bertaburan emas tu keluar dari mulutnya.
“Bab aku dah nak selesai. Tinggal sesi minta maaf saja. Kau baik diam! Kita masuk bab bujang terlajak seorang ni dulu.”
“Tak payahlah korang nak berdebat pasal aku. Cukup waktu, dalam tahun ni atau tahun depan kamu nampak kad kahwin dari aku.” tukas Aizat. Pasal isu perkahwinannya biarlah jadi rahsia. Nanti bila sudah selesai semuanya biar dia sendiri maklumkan siapa bakal isteri dia.



Setiba di bilik, beberapa keping kertas A4  dan sebatang pen dalam laci dikeluarkan. Ikram melompat atas katil. Selesa dia menyandar di dinding sambil melunjurkan kaki.
Sebuah fail atas meja lampu sebelah katil di ambil untuk mengeraskan kertas A4. Ikram mula melakar sesuatu pada kertas-kertas tersebut. Satu hal minta maaf dengan Aizat sudah selesai. Tinggal minta maaf dengan Ainul saja. Perkara yang paling susah pula macam mana dia hendak lafazkan tiga kata ‘Abang Cintakan Ainul’ dengan isterinya sendiri.
“Tujuh Hari Projek Mengoda Isteri…” baca Ikram sambil senyum meleret. Boleh pulak dia itu cakap Iqbal goda bini sendiri. Tadi bukan main lagi membangkang. Macam gay konon. Tapi diambil pakai juga idea tu.
“Satu, minta maaf dengan Ainul. Kedua, ceraikan semua kekasih gelap dan tunjuk pada Ainul buktinya. Ketiga, bagi hadiah…ermm bagi hadiah ni yang paling payah. Nak bagi hadiah apa? okay bagi hadiah ni cancel! Kita guna cara Hafiz Ikram. Lebih romantik dan menggoda.. hahaha…” Cadangan ketiga dipangkah tidak setuju.
Bergema bilik tidur Ikram dengan ketawa sendiri. Seram ketawa sendiri-sendiri seperti orang kena rasuk jin gila.
“Hah! Satu lagi. Yayah kena pindah bilik baru. Senang sikit nak buat kerja. Tidak aku segan gila dengan budak kecil tu.” Ikram baru teringat perihal Yayah. Kalau hendak pujuk Ainul senang sikit tanpa Yayah. Tiadalah alasan Ainul hendak mengelak.
Telefon bimbit Ikram di capai. Langkah untuk hari ni iyalah sms semua awek dia dan keluar dengan Yayah untuk shopping. Kalau Ainul tak nak join pun tak kisah. Hari ni hari tanpa Ainul. Hanya father and daughter!
“Maafkan saya, saya Hafiz Ikram telah berikrar akan bertaubat… Saya minta maaf kepada semua yang pernah terkena oleh saya. Saya yang dulu hanya tahu bersuka ria dan mainkan perasaan dengan anda semua. Saya akan delete semua nombor anda di sini. Ikhlas maaf dari saya : Hafiz Ikram yang bertaubat.” Panjang lebar Ikram menaip pesanan ringkas lalu di hantar kepada semua bekas kekasihnya.
Satu nafas lega apabila dia telah melepaskan satu perkara buruknya. Tahu juga Ikram yang perangainya buruk.
Berderet-deret mesej Ikram dibalas. Tidak kurang juga telefonnya yang tidak berhenti berdering. Terus butang untuk matikan telefon ditekan. Sakit telinga!
Kalau kes macam ni boleh sampai seminggu Ikram terpaksa off handphone. Nasib baik satu lagi telefon tidak diguna untuk menghubungi kekasih-kekasihnya. Kalau tidak haru orang cari dia nanti.
Ikram turun dari katil bersedia untuk menunaikan solat zohor. Takut nanti lambat pula balik rumah. Sejak masalah menimpa dirinya kebelakangan ni. Berjela-jela doa Ikram memohon pada yang Esa. Lepas solat barulah dia ajak Yayah keluar jalan-jalan.



“Yayah nak ke mana tu?” soal Ainul melihat Yayah yang siap pakai baju baru.
“Ayah suruh tukar baju baru. Katanya nak bawa jalan-jalan.” Jawabnya.
“Ayah?” dahi Ainul berkerut dengan jawapan Yayah. Ikram hendak bawa Yayah keluar tanpa bertanya kepadanya.
 Apa muslihat lelaki itu? Inilah baru pertama kali Ikram bawa Yayah keluar jalan-jalan. Takut turun standard kalau bawa anak kecil keluar konon. Mana sudah standard yang dipertahankan selama ini pergi?
“Kejap. Umi tanya ayah dulu.” Ainul keluar dari bilik. Baru sekejap saja dia menghilangkan dari ke dapur. Ada sudah yang dirancang oleh Ikram tanpa pengetahuannya.
Pintu bilik sebelah diketuk. Tersembul kepala lelaki itu sedikit sambil senyum manis. Comel saja lagak Ikram ni dimata Ainul. Dia terlupa seketika dengan soalan yang hendak ditanya tadi. Terleka dengan mata kuyu lelaki itu.
Ikram berdehem. Senyumannya meleret melihat Ainul yang gugup. Kantoi renung wajahnya yang kacak. Huh! Sempat lagi Ikram angkat bakul.
“Ainul nak tanya betul ke Yayah kata abang Am nak keluar dengan dia?” soal Ainul. Dia mengalihkan pandangannya ke tepi. Takut pengsan kalau terus bertentang mata dengan Ikram.
“Ya. betullah tu. Suruh Yayah tunggu abang di bawah. Kejap lagi abang turun.” Jawab Ikram sambil tutup pintu.
“Eh! Kejap. Auch!” Ainul cuba untuk menahan pintu bilik tapi Ikram terlebih awal menutup. Sudahnya Ainul terpaksa menahan sakit tersepit pintu kereta.
Ainul mengerang kesakitan. Kuat pula Ikram tutup pintu. Tangan kanan yang tersepit di pegang kuat. Kemerah-merahan tangannya yang tersepit.
“Apasal cuai sangat ni? Tengok abang!” tangan Ainul di tarik. Ikram membelek tangan Ainul yang kemerah-merahan.
Terharu. Itu yang dapat digambarkan wajah Ainul dengan perhatian Ikram. Hatinya sayu.
 Cinta itu untuk dua orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Begitu juga cinta! Cintanya seorang tidak sempurna kerana langsung tidak berbalas. Yang dia dapat hanya herdikan dan makian saja dari Ikram.
Tiada langsung kepercayaan yang diberikan kepada Ainul. Biar secebis pun  alasan untuk mempertahankan maruahnya langsung tidak sempat di katakan.
‘Lagi kotor dari pelacur!’ ayat itu kembali bergema ditelinga Ainul. Tangannya terus ditarik kasar.
“Tangan Ainul kotor. Tidak layak untuk abang Am sentuh… Maaf! Ainul nak tolong siapkan Yayah dulu. Nanti Ainul suruh Yayah tunggu abang Am di bawah.” Ainul meninggalkan Ikram terpinga-pinga.
Ikram mengeluh. Bukan dia tidak erti maksud tersirat kata-kata Ainul. Sampai bila mereka harus begini? Sindir-menyindir antara satu sama lain. Sungguh! Ikram menyesal dengan mulutnya yang lancang. Kalau tidak sudah tentu mereka bahagia tanpa bermasam muka seperti selalu.
Rumah pun semakin sunyi. Hanya gelak tawa si anak kecil saja menceriakan suasana. Tapi kalau Ikram hendak masuk port bergaul bersama, suasana tetiba hening. Suram dan sunyi. Macam malaikat lalu pun ada.



Sekejap berjalan ke kiri, sekejap ke kanan. Penat berjalan dia kembali duduk. Risau dan gusar. Hari semakin gelap tapi kelibat dua beranak tu belum lagi balik. Teringat kata Ikram sebelum jalan tadi.
“Abang jalan dengan Yayah aje. Ainul tak payah la nak ikut. Just father and daughter. Tak payahlah risau sangat, abang bukannya kejam sangat nak buli budak-budak. Kami cuma jalan-jalan cari makan.” Kata Ikram.
“Kenapa kamu ni Ainul? kejap ke kiri kejap ke kanan. Penat-penat duduk, kemudian berdiri balik. Tak penatkah? Ibu yang tengok ni pun sudah rasa penat.” Ujar Puan Noraini yang turut duduk di ruang tamu bersama Ainul.
Suaminya hanya berdiam diri saja dari tadi melayan astro Awani. Kalau tiada surat khabarnya, memang berita di tv saja jadi santapan.
“Ainul risau. Abang Am dan Yayah belum balik-balik lagi dari tadi. Ainul dah cuba telefon tapi abang Am tak angkat. Lepas tu dia off handphone pula.”
“Tak payahlah kamu pusingkan kepala fikirkan mereka berdua tu. ibu yakin Ikram jaga Yayah sebaiknya. Ikram tu mulut saja lebih tapi suka dengan budak-budak. Sebab tu perangai pun tidak ubah macam budak terlebih umur.” Puan Noraini menenangkan Ainul. Risau juga dengan kepala angin Ikram tapi dia yakin dengan sikap Ikram yang sukakan benda comel dan anak kecil.
“Betul kata ibu kamu tu Ainul. Tidak perlulah beratkan fikiran kamu tu. Ayah percaya adalah projek si Ikram nak buat dengan budak Yayah tu. Kalau tak, tiadanya beriya-iya nak bawa budak tu keluar. Dia tu dari kecil memang sukakan budak kecil.” Sokong Encik Ahmadi pula. Dari kecil sampai besar itulah yang Ikram paling suka. Benda comel atau budak kecil sebab dia anak tunggal. Mana pernah rasa hidup berkongsi.
Ainul hendak mencelah tapi bunyi kereta Ikram yang masuk ke halaman rumah menhentikan langkahnya. Dia terus menuju ke pintu utama menanti Yayah dan Ikram keluar dari kereta.
Beberapa minit kemudian sebuah lori masuk memakirkan kereta di sebelah kereta Ikram. Terdapat sebuah katil kanak-kanak, set almari dan meja solek remaja serta meja belajar. Shopping sakan nampak!
“Umi!!” jerit Yayah sambil berlari mendekati Ainul. Ikram tidak mempedulikan mereka. Sebaliknya sibuk bercakap itu ini dengan pemandu lori. Dua orang lelaki dari kerusi penumpang lori tersebut turun lalu menurunkan perabot di belakang lori.
“Ke mana Yayah jalan? Best tak?” Baju Yayah pun sudah bertukar warna. Kalau tadi berseluar jeans dan t-shirt biasa. Kini bergaun warna pink sambil peluk patung Garfield. Ini mesti kerja Ikram. Siapa lagi yang mempunyai cita rasa tinggi selain suaminya.
Best sangat. Ayah bawa Yayah jalan-jalan!” ceria suara Yayah menjawab soalan uminya.
“Ainul, Yayah ke tepi sikit. Orang nak bawa masuk perabot tu ke dalam.” Jerit Ikram yang berdiri berdekatan lori. Walaupun tidak tahu apa-apa Ainul tetap menolak Yayah sedikit ke tepi untuk memberi laluan.
“Kejap yaa… saya nak tunjuk jalan ke bilik tu dulu” Ikram berlari anak membawa orang yang mengangkat katil tersebut ke dalam rumah.
Ketika melintasi ruang tamu, Puan Noraini dan Encik Ahmadi turut terkejut dengan kemunculan Ikram yang sibuk menunjuk arah jalan pada orang yang angkat perabot.
Setelah siap memunggah barang ke bilik hadapan bilik Ikram. Bukannya dia tolong angkat perabot pun tapi jadi mandur tidak berbayar. Hanya beberapa beg plastik mengisi pakaian, bantal peluk, dan permaian untuk bilik baru Yayah saja di angkat.
Perhiasan bilik seperti karpet, sticker dan lain-lain juga ada. Esok dia akan mulakan aktiviti menghias bilik Yayah bersama Ainul. Marah atau tidak Ainul kena juga tolong sebab itu saja cara nak dekat dengan Ainul. Tiada alasan!
 Dia kemudiannya turun ke bawah untuk bersama yang lain. Ikram duduk bersebelahan dengan Yayah yang sedang sibuk bercerita itu ini pasal perjalanan mereka berdua. Secara tidak langsung mereka duduk seperti keluarga bahagia. Yayah duduk ditengah-tengah antara umi dan ayahnya.
“Am nak buat apa dengan perabot baru?” soal Puan Noraini.
“Sediakan bilik baru untuk Yayah.” Jawab Ikram ringkas tapi menarik perhatian Ainul.
‘Tadi sengaja buat-buat tak perasan! Sebut saja untuk Yayah terus hadap kita.’ Guman Ikram dalam hati. Kalau pasal Yayah, semuanya Ainul kisah tapi kalau Ikram sebutlah seratus kali sekali pun belum tentu Ainul nak pandang.
“Abang Am tak bagitahu Ainul pun pasal nak Yayah pindah bilik baru? Lagipun Ainul selesa tidur dengan Yayah.” Kata Ainul berani. Ikram ni suka buat sesuatu ikut sedap saja tanpa menanyakan pendapat orang lain. Mana boleh macam tu!
“Masalah sampai bila Yayah nak tidur dengan Ainul? lama-kelamaan kena juga ada bilik tidur sendiri. Abang tak nak dengar lebih-lebih, She’s my daughter too… abang nak yang terbaik untuk dia.”
“Tapi…”
“Tiada tapi-tapi. Esok kita bantu kemaskan bilik tu. Abang dah beli semua keperluan.” Tukas Ikram.  Sengaja nadanya tegas. Kononnya masih dengan mood marah dengan Ainul. Entah siapa yang marah siapa sekarang ni.
Mata Puan Noraini yang memandang anaknya tajam sengaja tidak diendahkan. Bukannya Ikram tidak perasan tapi pura-pura tidak faham. Ikram ada cara sendiri untuk dekat dengan Ainul. Dan esok adalah pemulaannya… jeng… jeng… jeng…
“Kita?” kening Ainul terangkat. Perasan dengan perkatan ‘kita’ dalam kata Ikram tadi. Dia yang lebih-lebih nak buat tapi menyuruh orang juga.
Kalau ada tanya minta tolong tidak apa juga. Boleh dipertimbangkan tapi terus menyuruh tanpa tanya kalau-kalau Ainul ada aktiviti lain. Paling tidak pun tanyalah kalau nak tolong atau tidak!
“Yup. Kita. Esok pukul 10 macam tu kita mulakan kerja. Awal mula awal la habis nanti.” Awal juga Yayah masuk bilik baru…sambung Ikram dalam hati. Dia berdiri untuk berlalu dari ruang tamu. Kalau lama di situ alamatnya kena menjawab lebih-lebih. Takut nanti hilang idea nak menjawab.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

11 comments:

  1. la da smpai saat nye ye..lpas nie gerenti saya rindu kat ainul n ikram...
    huargh..sedih la nk lpas kn..da biasa baca...sob..sob..sob..
    good luck..kalau adpe2 psl crta update kat fb tau...hehe :)

    ReplyDelete
  2. kalau ad ape2 info pasal certa update kt fb.. tau hehe ...........*

    ReplyDelete
  3. @nurul arina okay! nanti kalau da apa2 faz update d fb yaa... ^^

    ReplyDelete
  4. Ha last update ke?????
    Ala...nanti mesti rindu nak baca kisah Ikram & Ainul lagi...
    Harap sangat story ni dapat dinovelkan...

    ReplyDelete
  5. Laa.. dah last update rupanya...
    anyway, good luck untuk Faz... harap dapat siapkan manuskrip ni dengan baik... insya-Allah mudah-mudahan berjaya ke versi cetak... adakah Ainul akan maafkan Ikram? Apa akan jadi lepas ni? menantikan... thank you Faz untuk entry ni... ^__^

    ReplyDelete
  6. baru bca citer ni sbnyrnya.. nk tnya yayah tu mmg ank dyorg brdua k?..

    ReplyDelete
  7. @NurAtiZa terima kasih.. ^^ amin. doakan yaa...

    ReplyDelete
  8. @Afifah Yusof terima kasih fifah... ^^ insyaallah happy ending.

    ReplyDelete
  9. @Anonymous Yayah tu sebenarnya anak angkat mereka saja... ^^

    ReplyDelete
  10. wahhh . dah nak jadi novel ? tahniah kak Nurfazila ! Hee :D

    story akk bestt gilakk ! sedihh nyaaa :'(

    ReplyDelete
  11. Dh terbit ke ctr ni??? Kalu dh under terbitan ap??

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)