Friday, May 18, 2012

Bintang Pilihan Jihan





Kisah Nur Jihan. Bekas pengurus Luthfi , seorang artis yang terkenal. Setianya dia menjadi ‘hamba’ artis itu bersebab! Bukan kerana minat seorang peminat pada pujaan hati. tapi rasa cinta seorang gadis pada lelaki.

Cinta Jihan tidak pernah berbalas.  Luthfi seorang artis yang suka berfoya-foya! Tidak pernah serius. Dan menganggap dunia hiburannya hanya sekadar dunia untuk berhibur!

Siapa tahan? Lepas luahkan perasaan. Jihan terus kena maki kaw-kaw oleh Luthfi. Gadis tomboy mana layak untuk artis terkenal? Memang dia tomboy, kasar tapi dia buat demikian untuk dekat dengan Luthfi.
Jihan membawa diri mengelilingi dunia seorang diri. Dia menjadi perantau yang suka hidup bebas seperti burung.  Memang itupun hidup Jihan selama ini. Hidup yang tidak terikat dengan peraturan keluarga. Hidup tidak tetap.

Satu hari Jihan terperangkap. Terkena jerat oleh tuan punya sangkar! Demi mengikat Jihan agar tidak terbang jauh dari keluarga lagi, dia dijodohkan kepada Najmi.

Jihan : Siapa Najmi? Lari dari Luthfi bermakna lari dari dunia hiburan. Langsung tidak ambil tahu pasal dunia ini lagi. Tidak sedar yang dia pun dijodohkan dengan seorang yang berpengaruh dalam dunia hiburan. Nasib oh nasib! Tersangkut juga Jihan dengan dunia hiburan.

Najmi : Dia seorang bintang. Bukan kerana maksud nama Najmi ialah bintang tapi Najmi memang seorang bintang! Juga artis terkenal. Mahukah dia jadi suami si tomboy Jihan? Atau kena ubah penampilan gadis itu dulu baru layak? Tapi macam mana pula kalau cinta berputik  pada pandangan pertama?

Luthfi : Dunia hiburan ni bukannya besar sangat. Pusing kiri, pusing kanan situ-situ jugak. Apa perasaan Luthfi bila bertemu dengan Jihan semula? Terkejut? Rindu? Lama tidak berjumpa macam mana hendak menyapa? Tapi apa hubungan Najmi dan Jihan. Ah! Memang dia rindu pada Jihan. Jihan yang cool, Jihan yang comel, Jihan yang tahan dengan karenahnya. Dalam diam sebenarnya cinta berputik.

Apa pulak hubungan Lutfi dan Najmi? mengucap Jihan memikirkan hubungan dua orang lelaki itu. 
Siapa bintang pilihan Jihan? Luthfi yang telah lama bertakhta dan hanya tinggal digilap agar bergemerlapan semula atau Najmi, si bintang yang akan bersinar dalam kehidupannya? Dan siapa pula Chef Aqil.

“Long time no kiss?”  Wah! Cantik mukadimah Aqil bila terjumpa dengan Jihan. Sampai terbeliak mata Luthfi dan Najmi. Apa dalam fikiran mereka tentang hubungan Aqil dan Jihan.?  Apa rahsia Jihan? skandal Luthfi dan peminat Najmi dapatkah menerima bahawa idola mereka mencintai seorang tomboy?

Ini cerita dalam dunia bintang! Tapi siapa bintang dihati Jihan? Hanya Jihan yang tahu! maka tersingkaplah cerita Jihan, Najmi dan Luthfi.


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

6 comments:

  1. Kecewa...ingatkan ada entry baru...
    Samalah kita juga ya...
    Penagih coklat...tiap bulan memang ada stok...#^_^
    Saya doakan semoga Secantik Ainul Mardihah akak dicetak tidak lama lagi....^_^)Y

    ReplyDelete
  2. comel orangnya, penulis kita ni :) hehe eh, awk pkai mcm mna ya shawl tu? nampak kemas n cun ;D hehe ajar sy leh? nak try pkai cm tu jugk lah. awk pkai shawl jenis ap ? klu leh wk lah tutor.hihi >_<

    ReplyDelete
  3. Brapa umur awak ek??.. :):)

    -from Brunei-
    Khamilah

    ReplyDelete
  4. smoga terus berjaya dlm bidnag penulisan ye dik...=)

    awk ade bakat utk jadi penulsi yg terknalm teruskan usaha ye...=)

    ReplyDelete
  5. makasih suma... ^^
    umur? umur saya 19 tahun 2 bulan...hehe...

    nak tutorial cara pakai shawl tu?
    huhu... nanti saya cuba erk!! tapi x janji lagi...g pun tu design sendiri... sengaja nak buat design kepelikan sendiri..haha...

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)