“Budak-budak ni… sudah tua bangka pun layan kartun.
Cubalah Korang fikir aktiviti nak buat. Adakah tekan lagi Disney Channel tu.”
Omel Puan Fatimah melintasi ruang tamu.
“Boringlah opah. Bukan ada rancangan best. Tengok
kartun la. Best apa! kita sokong
kartun tempatan. Boboiboy!” jawab Ammar.
“Erm...
Elok sangatlah tu. Sorang ambil satu. Cukup untuk korang tiga. Sudahlah opah
nak keluar pergi rumah Mak Bedah.”
“Buat apa?” tanya Adam.
“Anyam ketupat la tu….” jawab Taufiq sambil
mengekek.
“Owh… Ahli
mesyuarat tingkap…” kata Adam dan Ammar serentak. Terangguk-angguk kepala
mereka berdua dengan sengihan panjang.
“Otak kamu tiga ahli mesyuarat tingkap. Aku nak
pergi tengok menantu dia yang baru habis bersalin tu. Tunggu korang punya anak.
Alamatnya berkulat aku menunggu. Dari dulu asyik tengok anak menantu orang saja
lahir. Harapkan korang? Huh! Basi!” bebel Puan Fatimah panjang lebar. Ambik
kau!
“Ish… ish…
ish… tu la kau Adam. Tak pandai-pandai nak kahwin! Kesian opah dah basi.
Cucu apalah kau ni…” usik Ammar.
“Kalau aku yang kahwin ada jugak yang merana nanti.
Opah tanyalah bakal isteri Adam tu. Bila-bila masa pun Adam on nak pegang tangan tok kadi.” Balas Adam
selamba.
Taufiq dan Ammar berdecit. Kurang asam! Marah mereka dalam hati.
“Eh! Cakap pasal Fiera. Dia mana?” tanya Taufiq.
“Baru perasan ke?” balas Puan Fatimah sarkastik. Tiga-tiga
buat muka blurr. Tak tahu la tu!
“Dia ada di belakang. Cuci tangga.” Sambung Puan
Fatimah.
“Apa?!!!” jerit mereka bertiga.
“Dia kan sakit. Yiee…
kita bawak dia sini suruh berehat! Lain pula dia buat.” Marah Taufiq.
“Dia dah sihat tu. Tadi opah tengok mulut dia dah
okay. Bintik merah tu saja tinggal. Opah pergi dulu… Assalamualaikum.”
Ketika Puan Fatimah turun tangga rumah. Bunyi bising
orang berlari di ruang tamu mengegarkan rumahnya. Baru nak kecoh berebut cari
Fiera. Kalau ini rupa perangai mereka
bertiga. Aku pun tak hingin berlakikan mereka!
“Tak lama roboh la rumah aku tu…!!” jeritnya Puan
Fatimah dari bawah.
Taufiq pegang berus. Adam pegang baldi. Manakala
Ammar pula sudah duduk di tengah-tengah anak tangga. Bangkang Fiera buat kerja!
Tapi yang Ammar duduk atas tangga yang basah tu atas kerelaan sendiri ya…
Taufiq dan Adam tak paksa pun!
Fiera berpeluk tubuh. Tangannya disilangkan di dada.
Satu keluhan dihembuskan. Sebab inilah dia buat kerja senyap-senyap sementara
mereka bertiga khusyuk tengok kartun tadi.
“Korang nak sangat buat kerja kan?” soal Fiera.
Mereka bertiga mengangguk serentak.
“Baiklah. Tunggu sini kejap! Lepas ni siapa mengomel
siaplah!” Fiera naik atas rumah. Ammar mengensot sedikit untuk memberi ruang
Fiera agar menaiki tangga.
Beberapa minit kemudian. Fiera sekali lagi datang ke
tangga. Banyak sedap mereka lepak ditangga sambil bercerita kosong. Tunggu kamu!
“Nak buat kerja sangat kan?” tanya Fiera balik.
“Erm…”
“Tak nak bagi aku buat kan?”
“Erm…”
angguk mereka bertiga.
Fiera menunjukkan tapak tangannya ke arah tiga orang
lelaki itu. “Lepas ni siapa merunggut buat kerja dan mengalah. Kena belanja
makan semua orang dalam tempoh setahun!” Amarannya.
“Sorang
ambil satu…” sambung Fiera. Terdapat tiga keping kertas yang telah dilipat di
tapak tangannya.
Tiga orang jejak itu mengambil seorang sekeping
kertas putih yang dilipat kecil itu.
“Sekarang buka!” arah Fiera. Ceh! Macam Lady boss pulak gayanya. Hehehe…
Ternyata jelas riak terkejut pada muka tiga orang
lelaki itu. Taufiq pandang Ammar, Ammar pandang Adam pula. Kemudian Adam
pandang Taufiq balik. Lantas ketiga-tiga mereka memandang Fiera yang tersenyum
puas.
“Siapa dapat tingkap dan singki?” Soal Fiera.
Perlahan Adam mengangkat tangan. “Good! Adam cuci SEMUA tingkap di rumah
opah ni dan singki dan mop lantai sampai BERKILAT.” Kata Fiera.
Ammar mengekek mengetawakan Adam yang sudah kelat
mendengar perkataan ‘semua’ dan ‘berkilat’ yang ditekankan oleh Fiera.
“Sekarang siapa dapat langsir, sarung kusyen, sarung
bantal dan tilam?” tanya Fiera balik.
Dengan tahap confident
yang tinggi Ammar mengangkat tangan. Rasanya ini kerja mudah saja. Buka semua
kemudian sumbat dalam mesin basuh!
Taufiq dan Adam menjeling Ammar yang melonjak kegembiraan.
Fiera pula membalas senyuman Ammar. Gembira sakan
nampak!
“Kau buka semua langsir, sarung kusyen, sarung
bantal dan tilam yang ada di rumah ni. Lepas tu basuh guna tangan sampai bersih!”
Zapp!! Terdiam Ammar mendengar ayat terakhir dari
Fiera itu. “Erk? Kau ada salah cakap
ke? Basuh guna tangan?” tanyanya ragu-ragu.
“Tak betul la
apa aku cakap. Opah mana ada mesin basuh. So Encik Ammar Haikal sila cuci guna
tangan. Faham!” kata Fiera.
Gila. Seksa. Sadis. Parah. Terkejut dan terkezut!!! Dengan
ayat itu. Mahu kecut tangannya yang lembut itu basuh guna tangan. Gila!
Tertawa Adam dan Taufiq memandang muka pucat Ammar.
Fiera kemudiannya berdehem. Menarik perhatian mereka
bertiga semula.
“Sekarang siapa dapat tugasan terakhir?” soal Fiera
pada mereka bertiga.
Adam dan Ammar tayang muka blurr. Sudah terang
tang-tang mereka berdua sudah dapat tugasan ‘Keseksaan’ dari Fiera. bermakna
Taufiq la orang yang dapat tugasan terakhir!
“Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu, bala
apa pulak untuk aku.” pantun tiga rangkap tidak jadi dari Taufiq.
“Eh? Kau ke? Owh… Taufiq akan dapat kerja paling
mudah antara korang semua. Double T. ”
kata Fiera.
“Cis… Sudah clean
and clear memang aku saja tinggal.” Balas Taufiq. Memang crystal clear Fiera hendak kenakan
mereka bertiga. Kekejaman berlaku di sini. Huargh! Tidak sudi Taufiq buat
tugasannya.
“Taufiq akan cuci tangga mengantikan aku…” kata
Fiera perlahan-lahan.
Kening Ammar dan Adam terjongket. Berteka teki pula
si Fiera ni. Suspen pula jadinya.
“Kemudian cuci tandas dan bilik mandi rumah sampai
bersih!” laju sahaja arahan dari gadis itu.
Ketawa dua jejaka itu terburai. Walaupun tahap
keseksaan mereka parah tapi tidaklah separah Taufiq yang terpaksa berdepan
dengan ‘kewangian’ tandas.
“Ada bantahan?” tanya Fiera
Ammar dan Adam mengangguk laju. Taufiq pula hanya
diam tidak berkutik. Tanda protes!
“Good!
Taufiq?”
“Ya...!!” jawab Taufiq dengan nada keras. Buat tanpa
rela ye... aku baru saja habis mandi… huhuhu…
“Eh! Dah nak raya ke bang?” tanpa salam Airi terus
masuk dalam rumah opah. Tahan sajalah dengan budak seorang ni.
Kerusi yang tidak bersarung di duduk. “Kak Fiera
mana?” tanya Airi pada Ammar yang sudah terbongkang atas lantai. Penat!
“Dapur tengah masak.”
“Opah pulak mana?” tanya Airi lagi.
“Jalan.” Jawab Ammar sepatah. Yiee… budak seorang ni! Tak nampak ke aku yang sudah kepenatan ni?
“Rajinnya abang Adam lap tingkap. Tak lama nak raya
ke?” ejek Airi pula pada Adam yang kusyuk lap tingkap ruang tamu. Satu persatu
cermin tingkap dilap lelaki itu. Rumah opah pun sudah terang benderang tanpa
langsir. Airi juga perasan yang tangga rumah bersih dan langsir serta kain-kain
yang bergantung di ampaian tadi.
Mimpi apa pula mamat-mamat di rumah opah ni. Kena rasuk
jin rajin mungkin!
“Ermm…”
kata Adam tanpa menghiraukan Airi. Tanda jangan kacau aku! ini cermin yang
terakhir. Rasa macam nak putus urat tangannya mengelap semua cermin tingkap
rumah opah ni.
Airi tidak membalas. Tahu Adam tidak mahu dikacau
sekarang ini. Dia bangun lalu menuju ke dapur. Kerusi meja ditarik lalu dia
bertukar tempat ke situ pula. “Akak masak apa? wanginya…”
“Sambal tumis ikan bilis.” Jawab Fiera sambil tekun
mengacau periuknya. Memang dia sudah agak Airi yang datang. Terdengar suara
Airi pun sampai ke dapur!
Airi tidak membalas. Dulang atas meja dibuka. Wah! Sayang
kak Fiera. ini yang sedap ni. Masak asam pedas…
“Busuknya… abang Fiq ni dari membuang ke berperang
dalam tandas tu?” komen Airi melihat Taufiq yang keluar dari tandas. Lengan bajunya
dilipatkan. Seluarnya pula sebelah terlipat sebelah pula sudah terturun. Macam kalah
judi pun ada!
“Diamlah.” Tegur Taufiq.
“Minta air.” Taufiq mendekati Fiera. Dia berdiri
tepi singki sementara menanti Fiera mengisi air mineral ke dalam gelas.
“Macam bos-bos!” leter Airi. Tapi langsung tidak
dipedulikan oleh Fiera dan Taufiq. Layan budak kepochi ni memang cari maut tadah telinga!
Gelas dihalakan kepada Taufiq.
“Tolonglah aku. Tangan aku busuklah…”
Fiera mencebik. Tapi gelas ditangannya didekatkan
juga pada mulut Taufiq. Kesian juga dengan si kawan seorang ni. Berkotor dalam
tandas tu cuci lumut di dinding dan lantai.
“Romantica de
amour la pulak.” komen Airi memandang aksi Taufiq dan Fiera. Macam suami
isteri! Cewah!!
“Kau diam!” kata Fiera dan Taufiq serentak. Mereka memandang
Airi tajam. Terdiam juga Airi akhirnya. Lantak koranglah…
“Ambilkan aku tuala dalam bilik ya. Aku kotor ni. Nanti
kotor balik lantai ruang tamu tu.” kata Taufiq. Nanti mengamuk pula Adam yang
sudah mop lantai tu.
“Erm… kau
letak mana?” tanya Fiera.
“Ada aku sangkut di depan almari bilik. Tuala warna
biru tu.” jawab Taufiq.
“Iyalah… tunggu situ. Aku pergi ambil dulu.” Fiera
matikan api di gas kemudian masuk ke dalam ruang tamu. Sempat kepalanya
digelengkan bila melintasi Ammar yang terbongkang tidur atas lantai.
Adam pula sudah duduk bersandarkan dinding. Kepenatan!
Biar lelaki-lelaki ni sedar kepenatan tugas seorang wanita di rumah.
“Macam suami isteri. Akak! Kita makan dulu ye. Lapar!”
Kata Airi bila memandang Fiera sudah kembali dengan tuala Taufiq. Rajin pula
dia bantu Fiera mencedok sambal ikan bilis di kuali.
“Diamlah. Kau ni dah solat zohor.”
“Belum.” Jawab Airi selamba. Wanginya masakan kakak
Fiera ni.
“Pergi ambil air wudhuk dulu sebelum abang Fiq mandi.
Lepas tu guna sejadah abang Fiq dalam bilik. Sembayang dulu baru makan! Lepas tu
kejutkan abang Ammar dan Adam. Suruh sembayang!” arah Fiera.
“Erm… ya
la.. Akak ni garang macam singa!” kata Airi.
“Akak jadi ke plan
petang ni?” tanya Airi.
“Jadilah. Tapi rasanya kita berdua saja. Diorang tiga
ni macam dah tak larat nak berdiri aje.” Jawab Fiera.
“Plan apa
pulak?” tanya Ammar. Budak seorang ni potong line betul. Setiap kali Fiera balik kampung mesti nak berkepit
dengan Fiera saja.
“Boleh! Lagi bagus. Kita dating berdua saja kan? Kami nak pergi minum air kepala muda petang
ni. Fresh dari pokok! Kan kak?” kata
Airi. Saja nak mengusik tiga orang lelaki yang syok dengan Fiera ni.
“Nak ikut!” kata Taufiq, Adam dan Ammar serentak.
Taufiq dan Ammar yang sedang khusyuk makan pun menjawab.
“Tadi mengeluh penat…” ujar Fiera.
“Tak penat!” kata mereka bertiga serentak lagi. Kemudian
mereka berdecit. Kenapa serentak pula mereka bercakap ni?
“Mana-mana korang saja la… Airi nak tambah lagi tak?”
tanya Fiera terpandang nasi Airi yang sudah tinggal sedikit.
“Nak… nak… akak masak sedaplah… hingga menjilat
jari!” kata Airi sambil menghulurkan pinggannya pada Fiera.
Taufiq, Ammar dan Adam menjeling tajam pada budak
seorang ni. Bengang!
Tiga botol minyak urut dihulurkan pada Taufiq, Ammar
dan Adam. Seorang satu biar tiada yang berebut. Tiga-tiga mengambil seorang
satu lalu mengurut lutut dan tangan masing-masing.
“Yang korang datang rajin sangat buat kerja rumah ni
kenapa? Dah buang tabiat? Lepas tu boleh pula pergi derma air kelapa dekat
rumah jiran-jiran.” tanya Puan Fatimah. Fiera buat muka tidak tahu. Dia melayan
cerita di televisyen saja.
“Alah opah! Bukan selalu. Buat kerja rumah tu pun exercise kan…” jawab Ammar.
“Betul… betul…” sokong Taufiq. Adam pula leka mengurut
tangannya. Rasa macam nak patah tulangnya.
Hari ini memang masuk dalam sejarah. Cucu-cucu opah
buat derma dirumah-rumah jiran. Tidak ramai ada tiga rumah saja termasuk rumah
nenek Airi.
Ceritanya bermula begini…
Bila tiga-tiga jejak idaman Malaya itu berebut
hendak jadi hero panjat pokok kepala dengan selamba badaknya Airi cakap. “Dari
korang berebut panjat pokok kelapa tu baik sorang panjat satu pokok. Kan senang!”
Fiera pun dengan senang hatinya menerima cadangan
Airi. Dia sendiri tunjukkan pokok kelapa untuk dipanjat lelaki-lelaki itu. Siap
suruh mereka jatuhkan semua kelapa muda ketiga-tiga pokok itu dan tolong
kupaskan. Kemudian bagi dekat jiran-jiran. Buat amal jariah!
Yang buat mereka tiga kegeraman pula. Releks kemain
lagi Airi duduk minum air kelapa dengan Fiera sedangkan mereka bertungkus
lumus. Sakit hati betul dengan budak seorang tu.
“Sudahlah… esok dah nak balik. Lepas urut tu masuk
tidur. Jangan berjaga malam lagi. Opah pun dah nak tidur ni.” Kata Puan
Fatimah sambil berdiri masuk ke dalam
bilik.
“Erm…”
jawab mereka bertiga.
Fiera pun sudah berdiri. Hendak masuk bilik tidur.
“Eh! Kau pulak nak ke mana?” tanya Taufiq.
“Tidurlah… esok pagi aku kena masakkan bekal untuk
kita semua balik nanti. Opah yang suruh! Selamat malam dan terima kasih atas
kerajinan korang semua hari ni ye... sebab dapat mengurangkan kerja opah di
rumah ni dan amal jariah menderma hari ni. Malam!” kata Fiera sambil tersenyum
manis.
“Malam…” jawab mereka bertiga serentak. Angau sekejap
dengan senyuman Fiera tadi. Haiyaa…
malam ni tidur bertemankan senyuman itu sajalah… tidak payah pakai ubat urut
gamat yang dibeli dari Langkawi ni pun tak apa! senyuman Fiera pun sudah cukup
menghilangkan rasa penat hari ini.
terima kasih baca. ada komen tak?
oh! yaa... jangan lupa cari fan page saya d FB yaa... saya rajin update teaser sana... cari Nurfazila Serenity. ^^
oh! yaa... jangan lupa cari fan page saya d FB yaa... saya rajin update teaser sana... cari Nurfazila Serenity. ^^
best sgt sgt sgt !
ReplyDeletefunny abes :D
ReplyDeletesmbung cpt2 taw,
this n3 ok la.. hehe..
ReplyDeletethanks ye.. especially bila ada part sweet fiera n taufiq.. ^^ suke sngt2~~
^^ tp pada sy entry lps paling the bomb la.. huhu.. unik..all the best erk.. :) harap cite ni akan dipublish kan..;-)
arisa91
Hahaha nakal eh si fira 2 n kesiankat jejaka 3 owg 2...Thumb up 2 u writer 4this story
ReplyDeleteMemang gelak tak ingat...#^_^
ReplyDeleteTiga-tiga sekali kena buli dengan Fiera...
terima kasih korang sebab rajin tinggalkan komen.. ^^
ReplyDeletebestnye jd Fira,,lady boss..
ReplyDeletewriter plezzzz sambung crita ne n publish ....plezzzzzzzzz.... crita ne best sangat2...plezzzzz siap kan jadi novel lengkap.....
ReplyDeletebest crita tembok cinta ne... unik.... romantik ....kelakar.....gelak sakan baca.... hope writer akan teruskan sampai jadi novel lengkap... crita ne ada kelainan tersendiri.... x kering gusi gelak sambil baca..... crita ne nampak macam realiti....penyampaian witer sangat2 baik... pembaca dapat membayang kan crita yang ingin disampaikan.... tahniah writer
ReplyDelete