Thursday, May 24, 2012

Tembok Cinta bab 15




Deruman kereta Taufiq menarik perhatian Puan Fatimah yang sedang leka masak cucur udang di dapur. Dia segera menuju pintu utama mendengar suara Fiera memekik memberi salam.
Apa punya anak dara cucunya seorang ni. Tiada disiplin langsung! Nak kena habuan bagi ‘pembelajaran’ sikit untuk me‘muslimah’kan anak gadis seorang ni.
“Oi!! Fiera… hang dok memekik bagi salam ingat aku pekak ke apa?” omelnya sambil berlenggang kangkung ke pintu.
Tanpa disedari. Fiera terus menerpa wanita tua itu. Terkunjur Puan Fatimah kerana terkejut apabila dipeluk secara tiba-tiba sedemikian.
“Assalamualaikum Opah!” ujar Taufiq yang menaiki tangga sambil menjinjing dua biji beg.
“Waalaikumsalam. Hah! korang naiklah. Mesti penat bawa keretakan?” balas Puan Fatimah sambil meleraikan pelukan Fiera.
“Tak penat juga Opah. Fiera rindu opah sangat-sangat.” Mereka berjalan berseiringan ke ruang tamu.
“Memanglah tak penat sebab aku yang jadi hamba merangkap driver!” komplen Taufiq. Padahal memang dia sendiri jugak dengan rela hati buat. Sebab tidak sanggup nak mati awal bila suruh Fiera yang bawa kereta. Ingatnya highway tu litar sepang? Bawa mengalahkan Micheal Schumacher.
“Ni Fiera dah kenapa macam model Yusop Tayop ni?” soal Puan Fatimah sambil menarik mask Fiera.
Di belakang Taufiq sudah ketawa mengekek. Menyindirlah tu!
“Bukan Yusop Tayoplah opah tapi Yusuf Taiyub. Tai…yub!” Taufiq membetulkan sebutan wanita itu.
“Tak kisahlah. Janji ada bunyi pun cukup. Kenapa berbungkus dah ni?” Tukas wanita itu.
“Alergik opah. Entah makan apa? badan pun dah tumbuh merah-merah.” Rengek Fiera.
“Tak apalah. Nanti opah tolong tengokkan macam mana. Kamu dua pergilah mandi dan rehat. Opah nak tengok cucur udang tu. Nanti hangus pulak.”
“Cucur udang?” segar balik mata Fiera dengar perkataan udang. Makanan faveret tu…
“Kau jangan mimpi nak makan udang! Nanti gatal lagi.” Ah! Sudah doktor Taufiq sudah memberi khidmat nasihat free. Fiera buat mimik muka. Tanda tidak puas hati. Ni kes nak bahan sendirilah tu!
Taufiq tidak mengendahkan Fiera. Beg pakaian mereka diangkat. Entah berapa kilo beg pakaian Fiera ni. Macam nak menetap di rumah opah pulak!
“Betul cakap Taufiq tu Fiera. Kawal nafsu makan tu. Nanti ada pulak yang merengek satu malam sebab tidak dapat tidur.” Amaran wanita itu.
Fiera sekadar mengangguk. Dia mana pernah membantah kata-kata Puan Fatimah. Kalau dengan Taufiq tu jangan cakap! Dia sentiasa menjadi pembangkang terhebat dipasaran…
“Opah! Fiq letak beg model Yusop Tayop kita ni dalam biliknya.” jerit Taufiq sambil memasukkan beg dalam bilik yang Fiera selalu guna. Memandangkan ada 2 bilik kosong dalam rumah Opah. Kedua-dua bilik diguna khas untuk mereka sekiranya singgah bermalam di rumah itu.
“Ya letak aje la. Hah! Fiera pergilah bersiap.”
“Baiklah.”



Ketika Fiera keluar dari bilik. Suara yang dia sangat kenal sudah bergema satu dapur. Siapalah lagi kalau pak cik peguam tu datang!
‘Amboi! Sedapnya mereka dua pulun cucur udang opah.’ Desis hati Fiera. Kerusi di hadapan Taufiq diambil.
Telan air liur basi sajalah… haiyaa… bertambah kecur liur Fiera tengok cucur udang opah yang masih berasap.
“Eh! Fiera apasal kau jadi model muslimah dah ni?” tanya Ammar terkejut.
Riak muka Taufiq pun berubah. Apasal minah ni pakai balik kain bikin tutup mukanya?
“Mulut aku bengkak. Alergik!” jawab Fiera.
“Fiq. Plastik mask tu kau letak dekat mana? Aku tak jumpa pun. Dalam kereta kau pun tiada.” Jawab Fiera. Bukan main berkilat lagi kereta Taufiq. Mungkin dia sudah cuci ‘isteri’nya itu. Bersih dan berkilat!
“Alamat aku dah terbuang dalam tong sampahlah waktu cuci kereta tadi. Ingatkan plastik sampah.” Taufiq menepuk dahi. Habislah kena marah lagi.
Bulat mata Fiera memandang Taufiq. Tak kan nak dia pakai selendang macam ni tutup mulut dia kot. Agak-agaklah…!! Mask yang dia pakai tadi pun dah dibuang. Ingatkan boleh ganti baru.
“Kau jangan buat lawak dengan aku.”
“Betul Fiera. Aku tak tipu. Kalau kau tak percaya pergilah selongkar tong sampah tu balik.”
“Habis tu tak kan nak aku pakai macam ni aje.” Fiera mengeluh.
“Cantik apa? macam model kurma tu.” celah Ammar. Kepalanya digoyang menari tarian arab.
Tajam mata Fiera memandang Ammar yang kusyuk makan cucur udang sambil memberi komen. Taufiq sekadar terketawa lucu tengok tarian Ammar. Kalau masuk sehati berdansa. Menangis koreografer tengok! Hancur tarian dikerjakan.
“Kau diam!” Fiera berdiri. Lalu keluar dari ruang tamu.
“Lah marahkah?” seriau Ammar dengan Fiera ni. Apa kes angin satu badan?
“Taklah. Mana ada marah. Aku tengah sakan bergembira ni nampak?” sarkastik jawapan Fiera bagi. Ambik kau! Siapa suruh buat aku angin lagi.
Tanpa sebarang pamitan Fiera terus keluar dari dapur. Layan blues bawah pokok mangga lagi bagus! Sasaran Fiera ialah buah mangga dan jambu depan rumah opah. Sedap!
“Assalamulaikum!” satu suara kanak-kanank yang kedengaran sedang memberi salam mempercepatkan langkah Fiera.
“Waalaikumsalam…” Langkah Fiera terhenti dipintu rumah. Tengok kereta yang terpakir pun Fiera sudah tahu siapa pemiliknya. Adam! Aduh! Bala apa yang datang?
“Apasal kak Fiera pakai macam model arab tu? Dah buang tabiat ke apa?” komen Airi cucu jiran sebelah rumah Opah. Budak ni tingkatan 4 ni memang cari pasal dengan Fiera. 44 kali kali orang cakap dia macam model memang termakbullah kata mereka ni.
Jangan hairan kalau Fiera tetiba jadi model arab!
“Diamlah.” Balas Fiera. Kalau layan Airi yang terlebih ‘tingkatan’ ni boleh datang sakit kepala Fiera. Baru tingkatan 4 tapi mulut mengalahkan pelajar terlebih mangkuk tingkat! Lu pikirlah sendiri!
“Kak Fiera. Abang ni sesat tadi. Katanya nak cari rumah Opah.” Kata Airi sambil menunjuk lelaki yang berdiri dibelakangnya.
Ermm… iya la. Dia ni cucu Opah. Kau baliklah.”
Aseleh… akak ni macam nak halau kita pulak. Tak kan takde buah tangan dari KL kot!” Airi mencari kesempatan. Selalunya kalau Fiera dan Taufiq balik. Buah tangan untuk dia dan adik perempuannya mesti ada punya.
“Tu hah buah jambu di pokok tu. Kalau kau nak akak boleh jugak! Ambil guna tangan akak ni hah. Jadilah buah tangan untuk kau dari akak.” Fiera loyar buruk dengan Airi. Adam yang terdengar pun terketawa kecil. Layan jugak Fiera dengan budak ni walaupun  tidak seberapa sudi!
Wajah Fiera yang tengah berceloteh dengan Airi dipandang. Cantik alis mata gadis yang menutup separuh mukannya itu.
“Alah akak ni ada genetik Haji Bakhil  ke? Apasal tangkai jering sangat.” Sayu suara Airi merajuk. Jangan harap Fiera pujuk. Tidak termakan pun drama Airi tu.
“Kalau kau nak tangkai nanti akak cari mana-mana bomoh. Minta tangkai yang belum kena mandrem. Alah! Akak balik ni pun emergency sakit. Alah kau ni! Baru sekali balik tanpa buah tangan pun dah merajuk. Tak macholah wei!”
“Sakit apa kak? Alah… kita tak merajuk pun. Ini Airi yang hansem la…” Kerek pulak jawapan cucu jiran opah ni.
“Badan cekeding macam cicak. Ada hati nak puji diri sendiri.”
“Alah akak ni tiada bakat jadi motivasi, sepatutkannya akak bagilah kata-kata motivasi. Ini tak! Dibaginya kata-kata merundum perasaan.” Kata Airi. Eh! Kerek betul kata-kata budak ni.
Fiera mencebik walaupun dengan muka tertutup. “Tiada maknanya. Kalau kau nak akak jadi motivator akak dah lama cakap. Balik rumah belajar bagus-bagus. Lepas tu belajar tinggi-tinggi, besar nanti balas budi mak bapak dulu baru pasang nawaitu nak kahwin!”
Hah! ambik kau…!! Sekali Nurul Zaffiera jadi pakar motivasi memang menangis orang dikerjakan.
“Alah akak ni. Orang taulah. Eh! Kak nak buah tak? Esok orang tolong ambilkan kelapa muda. Tapi balik dari sekolahlah. Esok ada kelas tambahan.” Cadang Airi.
“Boleh jugak. Kau telefon akak kalau dah nak pergi panjat. Nanti akak suruh abang Fiq dan abang Am pergi tolong kau panjat. Tak payah nak susah-susah. Dua ekor beruk tu boleh tolong kita panjat.”
“Alah. Baru nak dating dengan akak! Kacaulah abang Fiq dan abang Am ni.” Selamba Airi menjawab. Buntang mata Adam. Eh! Tak cukup Taufiq dan Ammar. Budak kecil ni pun minat jugak dengan Fiera. Bertambahlah kroni musuhnya!
Fiera berdecit. “Banyaklah kau punya dating. Habis si Qaira kau nak buang mana?” Teringat Fiera bila Airi kantoi dating dengan Qaira anak penghulu kampung. Habis satu kampung Airi dikejar oleh neneknya dengan parang. Umur tidak cukup angka! ada hati dating dengan anak dara orang.
Hahaha… lelakikan boleh pasang empat. Betul tak bang?” Kening Airi menjongket-jongket meminta sokongan Adam.
Adam sekadar tersengih. Terhibur dengan telatah Airi yang agak nakal.
“Sudahlah… esok jangan lupa tau!”
Ermm… akak ni! Baru nak beramah mesra dengan abang ni. Jangan-jangan abang ni boyfriend akak kut? Hailah… melepaslah abang Am dan abang Fiq.” teka Airi.
Fiera membuntang matanya. Terbeliak macam kuntilanak!
“Kalau kau tak nak kena lempang dengan selipar jepun opah yang made in China ni baik kau blah sekarang. Nanti ada jugak budak tidak pergi sekolah esok…”
“Huish! Akak jarang garang sangat. Nanti  abang ni tak nak. Jadi anak dara tualah alamatnya…” kata Airi lantas berlari laju turun anak tangga. Macam lipas kudung berlari balik rumah sebelah. Takut jugak kalau angin Fiera meletop. Ada kali kedua Airi marathon satu kampung lepas kena kejar oleh neneknya.
Adam melepaskan ketawanya. Cakap saja macho. Sekali kena sebiji oleh Fiera baru Airi tahu penangan akak Fieranya.
Selipar jepun opah dijatuhkan semula ke lantai. Fiera gertak saja pun. Marah-marah sayang. Alah! Sekadar Airi tu. Rasanya kalau Taufiq yang cakap lagi dahsyat. Itulah dia kebal dengan lelaki bermulut lancang ni.
Fiera mengalihkan pandangannya pada Adam. “Ada barang nak tolong angkat tak?”
“Hah! oh! Tolong angkat yang ni aje.” Adam menghulurkan buah-buahan yang dibawa sebagai buah tangan.
Erm… ya la… naiklah dulu. Taufiq dan Ammar ada di dapur tengah minum. Pergilah join sekali. Fiera nak cari opah dulu.” Fiera berkira-kira hendak masuk semula ke dalam rumah. Nanti baru cari opah.
“Fiera…” panggil Adam lembut.
Segera Fiera berpaling. Mereka bertentangan.
“Suka tengok awak macam tu. Cantik!” Ikhlas Adam memuji.
Fiera yang mulanya terkebil-kebil bertukar malu apabila dipujikan sedemikian. Aww… Kembang semangkuklah pulak!
Erk! Thanks…” kata Fiera. Laju dia masuk ke dapur hantar buah tadi. Ah!! Peras santan dah…



“Apa mimpi pulak korang semua datang rumah opah ni? Dah macam berjanji pun ada! Tiada angin tiada ribut tiba-tiba datang serbu.” Kata Puan Fatimah mengambil tempat di sebelah Adam. Hendak bantu Fiera basuh pinggan tapi gadis itu menolak.
Perangai Fiera memang begitu. Kalau dia ada dikampung. Satu kerja pun Puan Fatimah tidak boleh buat. Semuanya Fiera sapu bersih. Tunggu esok pagi. Confirm! Tangga pun dicuci anak gadis itu.
 Hanya Ammar tengah releks menonton ESPN dengan Taufiq. Adam pulak sibuk dengan komputern ribanya. Tengah curhat (curahan hati) dengan kawan baiknya Haris di Facebook. Minta pendapat dan khidmat nasihat sementelah ada kesempatan untuk bersama Fiera (Tidak lupa jugak sisipan cerita pasal Ammar dan Taufiq yang turut serta!).
“Tiadalah opah. Kebetulan aje tu.” balas Taufiq.
Tengok gaya dua orang ni. Macam tahu-tahu saja dia dan Fiera nak balik kampung. Owh ya! Terlupa sebab mussabab kemunculan Ammar pun adalah kerana Fiera terlepas cakap. Maknanya yang escort mereka ialah Adam. Entah dari mana pulak mamat ni dalam maklumat.
 Suspicious betul! Jangan-jangan Adam pasang spy dekat Fiera kut? (Lagu James bond sedang mengeluarkan bunyi dikepala Taufiq. Jeng… Jeng… Jeng…)
 Pinggan berisi buah yang dibawa oleh Adam tadi diletak atas meja ruang tamu. Tersusun cantik buah epal dan oren yang dipotong kemas untuk pencuci mulut mereka.
‘Rajin Fiera buat kerja.’ Puji Adam, Ammar dan Taufiq dalam hati masing-masing.
Fiera sekadar duduk atas lantai berdekatan dengan Ammar. “Am. Mana surat tu? kata nak bagi aku sign. Apa-apa pun thanks ya…”
Selepas tandatangan dan beberapa urusan. Sah la rumah itu milik Fiera. Satu pun Fiera tidak mengurus kecuali tandatangan saja. Yang lain semua Ammar yang buat. Dah tu FOC pulak. Free of Charge!
Your welcome. Nanti belanjar aku makan tau.”
“Bisa diurus dong.” Gurau Fiera.
“Fiera dah makan ubat?” celah Adam. Tidak suka dengan Fiera dan Ammar yang rancak bercerita. Dia saja buat-buat sibuk berchatting dengan Haris tapi matanya kerap menjeling pada Fiera dan Ammar.
“Belum!” jawab Fiera sepatah. Matanya beralih pada skrin televisyen. Haiyaa… lelaki dan bola! Pasangan yang sukar berlepas selain kereta.
“Pergilah makan. Nanti kau lupa. Lepas tu kalau bengkak balik jangan menangis bagai nak rak telefon aku awal subuh.” Ngomel Taufiq. Dia pun tidak seberapa berkenan lihat Ammar yang rancak bercerita dengan Fiera.
Mata Fiera menjeling tanda tidak puas hati. Suka betul mengungkit mamat seorang ni.
“Pergilah makan ubat tu Fiera. Kau ni pun satu. Dah mulut bengkak semacam. Malas lagi makan ubat.” Paksa Ammar pulak.
Ini yang buat Fiera lemah sendi tulang ni!  Kalau ubat tu ada kecil tidak apa jugak. Ni sebesar penadol. Dia rasa ubat ni macam lagi besar kot.
“Ye la…” Lemah kaki Fiera menghala ke dapur semula. Doktor Taufiq memainkan peranan mengekori Fiera ke dapur. Tahu sangat masalah si kawan dengan ubat.
Sementara Fiera mengisi air ke dalam gelas. Taufiq mengeluarkan ubat-ubat Fiera lalu diletak atas saban. Potong belah empat. Yang sederhana besar dipotong dua saja.
“Banyaknya…” komen Fiera. Yang sepatut ditelan 3 biji tapi jadinya punyalah banyak!!
“Alah bukan banyak pun. Tutup mata.” Arah Taufiq.
Fiera menutup matanya seperti yang disuruh.
“Buka mulut.” Arah Taufiq lagi. Fiera tidak banyak songeh. Masih lagi menurut.
Taufiq memasukkan beberapa biji ubat ke dalam mulut Fiera. “Done. Telan sekarang.”
Gulp! Sekali telan. Habis licin segelas air tadi oleh Fiera. Huagh!! Dia paling benci ubat!
“Sabarlah. Ada satu jenis lagi tinggal. Tadi aku masukkan sekali dua jenis yang aku belah dua.”
Tinggal yang saiz paling besar yang dibelah empat saja lagi. Fiera mengisi semula gelas yang sudah kosong. Kemudian mereka melakukan perkara yang sama lagi.
“Dah. Lepas ni kau sapu pula red spot di badan kau tu. Kemudian teruslah tidur. Kalau kau nak aku sapukan boleh jugak!”
Fiera berdecit. Tidak suka ayat terakhir Taufiq tu. Ada jugak nak kena sebijik ni.
Cheese cake betul… dah la. Aku nak masuk tidur jugak ni. Assalamualaikum!” salam dari Fiera sekadar dijawab dalam hati saja oleh Taufiq. dia pun berlalu masuk semula ke ruang tamu. Malam ni ada perlawanan bola!
Anak mata Ammar dan Adam yang balik-balik menjeling dapur menarik perhatian Puan Fatimah. Tanpa sedar dia mengariskan senyuman. Siapa pun pilihan Fiera. Dia tahu antara ketiga jejaka ini memang mencintai gadis itu sepenuh hati.



jangan lupa komen tau!

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

7 comments:

  1. Akhirnya muncul juga...
    TAUFIQ VS AMIR VS ADAM
    : ? +FIERA
    Tak sabar nak tunggu kisah selanjutnya...

    ReplyDelete
  2. waaa~~~
    saya opilih taufiq vs Fiera..^^
    sbb :
    1.taufiq kwn fiera dr kechik
    2.fiera lebih selesa cri taufiq dulu drpd adam n ammar
    3.taufiq lebih handsome n macho banding dua lagi tu..(erm..pesaing btul~~=.=')...taufiq kan doktor..huhu..
    4.taufiq lebih fhm fiera than others..:) ini paling susah nak cari..
    5.pilihan paling tepaT tuk calon suami..^^
    6.saya dah jatuh hati pd taufiq..(erk..ade kaitan ke?haha..)

    so..please..biaq la taufiq n fiera..(wat kelip2 mata..dgn wajah paling comey..tarik simpati..muahaha..^^) boley kan?

    arisa91

    ReplyDelete
  3. tengkiu tinggalkan komen... ^^
    hehehe.... antara tiga orng tu.. memang Taufiq watak utama....
    eh! betul ka?
    hehehe... agak2nya taufiq la watak utama tu... ^^

    ReplyDelete
  4. uiseh... pedas nya kata2 fiera....boleh kena serangan jantung lau x biasa... tapi sweet sangat... nampak part ne macam realiti jak... part paling best bila fiera ngan anak jiran sebelah....fuiyoooo...best... part paling romantik bila dengan encik doktor yang caring 2..wah sweet sangat2... siap tolong suap2 g...... as a summary...hahahahahah...BEST sangat 2... tahniah... part ne nampak unik <3

    ReplyDelete
  5. awak..btul ke taufiq watak utama?
    hehe.. kalo yups~~
    syg awak la writer..hehe.. really..
    lots of thanks..^^

    arisa91

    ReplyDelete
  6. @Anonymous hehe... ur welcome...
    memang Taufiq dan Fiera watak utama... ^^

    ReplyDelete
  7. salam..u oll..hihi...
    kindly be my follower..
    shilaulala.blogsport.com
    tq..muah!!!

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)