Fazley memandang
kakaknya yang sedang khusyuk menghadap komputer. Tidak lain tidak bukan mesti
tengah hadap Adobe Photoshop Indesign lagi tu.
“Akak ni… tiap-tiap
hari hadap benda sama. Tak bosan ke? Waktu cuti begini cubalah bawa bersosial
sikit. Ini tak 24 jam bersamaan 7 hari seminggu akak duduk hadap kerja… kerja…
kerja…”
“Kau jangan kacau kakak
boleh tak. Kakak tengah sibuk ni…” Fazura leka memandang komputer ribanya. Design kad kahwin perlu disiapkan ikut
waktu. Lepas tu tunjuk pada pelangan baru boleh pergi cetak. Kalau pelangan
tidak puas hati kena buat baru lagi. Paling baik pun repair mana yang patut saja. Tapi setakat ini pelangan tiadalah
secerewet begitu. Semuanya berpuas hati dengan rekaan Fazura.
“Alah akak ni. Sentiasa
sibuk… boring betul hidup. Lepas tu kami pun kena tolong jugak.” Omel Fazley
sambil mengemas meja ruang tamu yang bertaburan dengan span, bunga yang tidak
diguna serta pelbagai lagi bahan yang diguna untuk buat hantaran kahwin ni.
Musim cuti sekolah
memang mereka langsung tidak suka. Kalau remaja lain sudah tengok lepak
hari-hari dengan geng. Tapi mereka kena tolong kakaknya yang sibuk dengan
perniagaannya waktu begini. Maklumlah, waktu cuti sekolah ialah musim orang
kahwin!
Tapi itu kisah dulu,
waktu kakaknya tiada pembantu lagi. Ketika Fazura masih memilih untuk berniaga online pada mulanya dengan mereka kad
kahwin, poster, banner dan sebagainya secara online. Hantaran kahwin pula Fazura hanya ambil tempahan di kawasan
tertentu yang berdekatan sahaja.
Malah kakaknya ada
ambil upah untuk tangkap gambar kahwin dan edit
untuk tambahan. Itulah kelebihan photoshop! Gambar ambil di rumah pun boleh
jadi seperti berada ditengah-tengah sawah pagi atau tepi pantai!
Kenapalah kakaknya ni
macam ni? Cuti semester break macam ni terpaksa hadap semua benda alah ni.
Kalau waktu kuliah bermula pula kehidupan penuh dengan assignment, test and bla…bla…bla yang memboringkan! Nak juga spend cuti semester sebulan lebih ni
dengan kawan-kawan. Lepak la apa lagi!
“Diamlah… buat aje la
kerja tu.” arah Fazura. Geram betul dengan Fazley ni. Pemalas betul. Tengok
Fiqrie tu! mana ada mengomel. Dia buat saja apa yang Fazura suruh. Fazley ni
dari dulu sampai sekarang liat.
“Tapi betul juga tukan
bang? Akak ni ada boyfriend ke? Tak
pernah pun dating.” Kata Fiqrie. Kerjanya terganggu sedikit
dengan kata-kata Fazley. Lupa nak cakap! Fiqrie ni selalu betulkan saja apa
Fazley cakap!
“Akak ada boyfriend? Adik! Agak-agaklah. Cuba
fikir sikit. Lepas kerja, akak pergi kedainya buat design itu ni… malam dekat pukul tujuh malam baru balik. Sabtu ahad
pulak bertapa dalam kedai ni… mana ada kehidupan!” lancar Fazley mengomel.
“Hah! betullah… akak
tak takut jadi anak dara tua ke?” soal Fiqrie.
Fazura memandang tajam
ke dua adiknya. Belum sempat dia bagi ‘sound’ speaker sony kepada ke dua
adiknya itu. Salam dari pintu menarik perhatian mereka. Firdaus sudah balik
dari kerja. Sampai saja rumah dia buka tali leher, lempar briefcase ke sofa dua lalu terus baring atas sofa tiga yang agak
panjang. Setiap hari balik memang macam tu!
“Sedapnya kau terus
baring. Pergi angkat briefcase tu masuk bilik! Kalau nak baring. Baring dalam
bilik.” Arah Fazura pada Firdaus yang 2x5 tahap pemalasnya macam Fazley.
Kemudian dia sambung kerja yang tergendala.
“Hesy! Akak ni.
Membebel macam nenek kebayan!” rungut Firdaus yang kepenatan. Kerja dalam aircond tapi lagaknya macam baru habis
angkat 10 guni beras!
“Abang…” panggil Fazley
dengan nada perlahan.
“Apa hal?”
“Abang takde ke bos
yang boleh dijodohkan untuk akak tu. Makin naik taraf umur untuk mendapat
kelayakan ANDARTU. Makin garang!” cadang Fazley.
“Betul… betul… betul!
Macam kak Ros dalam upin ipin tu. Garang!” sampuk Fiqrie.
Firdaus menjeling pada
adik bongsunya. Kalau Kakak Fazura mereka macam kak Ros dalam kartun tu. Fiqrie
ni pulak macam Ipin. Betulkan saja cakap Fazley!
“Tak kuasa abang nak
aturkan dengan bos abang. Nanti tak pasal-pasal abang kena pecat kalau akak
baling kasut tinggi dia tu dekat bos abang….”
“Lah… habis tu…??”
keluh Fiqrie.
Mereka bertiga senyap
seketika.
“Hah! Abang Ley tiada
ke pensyarah yang sepadan dengan akak? Yang handsome,
yang muda, yang penting pandai cari extra
income macam kakak tu. Hehehe…” sambung Fiqire semula. Walaupun
Fazura kerja sebagai graphic designer tapi dia ada buka kedai sendiri
untuk pendapatan tambahan.
“Hesy tak nak la Abang
Ley. Kalau abang Daus takut kena pecat. Abang yang belum pegang sijil Diploma
tu lagilah takut. Nanti tidak pasal abang punya pointer rendah.” Jawab Fazley.
“Hermmm….” Keluh mereka
bertiga serentak. Macam mana nak carikan calon untuk kakak mereka ni.
“Ya Allah budak bertuah
ni. Aku suruh buat kerja. Yang kamu termenung tu apasal?” jerkah Fiera.
“Akak… akak…” panggil
Fiqrie dengan nada manja.
“Apa?!”
“Kalau akak nak suami?
Apa kriterianya?” tanya Fiqrie. Tiba-tiba pula terfikir perkara ni. Kalau nak
cari calon mesti tahu kriterianya dulu untuk sesi penapisan. Mana boleh main
redah saja.
“Akak? Entah!” jawab
Fazura.
“Kalau akak korang…
cari aje nama yang ada pangkal MF macam nama korang bertiga. Akak korang kan
suka nama lelaki mula dari MF.” Celah Mak yang baru keluar dari dapur. Erm… aroma cengkodok mengalahkan minyak
wangi Enchaunter. Hahaha… sedap
hingga menusuk hidung!
“Iya tak iya jugak….”
Balas Firdaus. Teringat cerita mak mereka. waktu kecil nama Mohd. Firdaus
memang diberikan oleh mak mereka. Tapi Mohammad Fazley dan Mohammad Fiqrie pula
Fazura yang bagi. Kena MF jugak! Tapi waktu Fazley dan Fiqrie dulu tidak boleh
guna singkatan sudah seperti Daus. Jadi kenalah panjang. Yang penting MF!
“Korang nak buat apa?”
Soal Fazura. Keningnya terangkat sendiri.
“Cari jodoh untuk akak!
Kita kena la tahu…”
“What!!” jerit Fazura memintas kata-kata Fiqrie.
“Hesy adik ni!” kalau
nak cari jodoh tak payahlah bagitahu kakak. Memanglah dia tolak bulat-bulat.
Apalah!
“Jangan nak buang
tabiat. Ada kerja cari kerja lain. Orang suruh buat kerja liat nak mampus!”
omel Fazura.
“Yiee… akak ni. Sebab
tu kitaorang nak carikan suami. Akak ni makin andartu makin garang nak mampus!”
Firdaus mencelah.
“Amboi mulut. Ada jugak
nak dicilikan…” ugut Fazura.
“Biarlah mereka tu .
Mak pun dah tengok kamu ni bukannya ada hati nak bersosial dengan orang lain.
Teman lelaki pun tiada. Kawan-kawan kamu semuanya dah beranak pinak…” mak pula
mula topik. Ermm… elok sangatlah tu…
Firdaus, Fazley dan
Fiqrie tersenyum puas. Ada penyokong hebat! Sayang mak!!
“Eleh… sukalah tu.” cebik Fazura.
Fazura masuk ke ruang
tamu setelah menunaikan solat isyak. Seperti biasa, Buletin Utama menjadi
pilihan seisi keluarga untuk mengetahui berita dan informasi terbaru. Setiap
malam jangan mimpi tukar channel! Kalau tidak sudah tentu dapat ‘ceramah’ free oleh mak dan ayah.
Sesekali anak mata
Fazura menyorot pada adik lelakinya tiga orang ni. Kusyuk sangat hadap computer
riba dan entah apa saja yang mereka tulis tu. sesekali terdengar mereka
bergaduh berlawan mulut. Itu tidak okey, ini tidak patut. Yang ni kena reject! Entah apa-apa saja. Banyak betul
ragam.
Kaki Fazura mendekati
mereka bertiga perlahan-lahan. Khusyuk sampai tidak sedar yang dia mendekati
mereka bertiga tu.
“Hah!” sergah Fazura.
Kertas di atas meja dirampas lalu dibaca sekilas.
MF Holdings.
Misi : mencari
calon MF untuk kakak.
Visi : dapat
menjadi adik-adik ipar kepada calon MF. Dan terlepas dari kakak Fazura yang
GARANG tu.
Senarai nama MF yang ada!
1. Mohd Fahmi (cikgu sekolah rendah
Fazley)
2. Mansur Fareed (Classmate Fiqrie)
3. Mohammad Faisal (Anak mak cik Yana
jiran sebelah)
4. Marjan Fauzan (Mamat kerja di kedai Mapley hujung simpang)
5. Muaz Fauzi (Kawan Fazley budak Engineering tu!)
7. Maula Furqan (Anak mak Bedah jiran
depan rumah lama.)
8. Mohd. Fuad (Mamat jual cendol di
bazar puasa tahun lepas.)
9. Musyrif Faiz (Taiko sekolah lama
Firdaus.)
10. Malik Fadlan (Bekas manager lama Firdaus.)
“Apasal semuanya MF?
Faisal pun tersenarai. Amboi anak mak cik Yana tu baru 10 tahun pun tercalon!
Korang ni perli akak ke apa?” komen Fazura. FM pun kena reject? Kena MF jugak.
Biar betul adik-adik aku ni?
Firdaus merampas balik
kertas putih itu. Dicari nama anak mak cik Yana seperti disebut oleh Fazura
tadi.
“Siapa yang calonkan
nama Faisal ni?” soalnya tajam. Dia tidak berkenan betul dengan budak cengeng
yang nakal tu. Nasib anak jiran sebelah rumah. Kalau adik sendiri. Mahu dicubit-cubit
sampai bengkak. Nakalnya Ya Ampun!!
Fazley dan Fiqrie
pandang satu sama lain. “Adik…” jawab Fazley.
“Eh! Bukan adik.
Abang!! Adik rapat dengan budak tu pun tidak. Abangkan yang friendly dengan semua orang… abang yang
tulis!” bangkang Fiqrie.
Fazura mengelengkan
kepalanya. Haiyaa… adik-adik aku banyak ragam!
“Sudah… sudah… korang
ni tak kan nak serius sangat kot?” soal
Fazura.
“Eh! Mestilah serius.
Ayah pun sokong. Esok pagi ayah bagi senarai anak kawan-kawan dia yang ada
pangkal nama MF.” Balas Firdaus.
“Tolonglah! Korang
ingat akak ni desperate sangat nak
berlaki ke apa?”
“Memang pun.” Jawab
mereka bertiga serentak tapi dengan nada perlahan.
Fazura berdecit.
Macamlah dia tidak dengar! Kalau sudah tiga suara itu bergabung. Layan lagu
Beribu Sesalan nyanyian tiga suara artis terkenal itu pun boleh kalah.
Percayalah!
“Akak ni biar betul?
Orang ambil cuti untuk pergi bercuti tenangkan fikiran. Akak pula tiap-tiap
tahun macam ni. Kumpul cuti untuk musim kahwin. Kalau akak yang kahwin takpe
jugak. Ini! Dia pulak kumpul cuti untuk jadi photographer dan mak andam. What
the world is going on here!” rungut Fazley. Dia sendiri pun apa punya
malang! Cuti semester begini kena tolong
si kakak!
“Kau pergi tolong akak
ambil kotak macam ni di belakang stor.” Arah Fazura. Tidak peduli langsung
dengan omelan si adik. Sekarang dia sibuk sangat. Jangan layan sangat dengan
mulut murai Fazley ni. Memang liat sangat nak buat kerja. Tapi minta sponsor nombor satu pulak!
“Aduh malasnya… abang
Bad dan kak Tina mana?” tanya Fazley. Badrul dan Tina ialah pembantu Fazura
bahagian mak andam. Manakala, kakak Habsah dan kakak Rania pulak tukang ubah
bunga di kedai bunga Fazura yang bersebelahan saja dengan butik mak andam ni.
Tiba-tiba loceng pintu
kedai berbunyi menandakan ada seseorang datang berkunjung. Kelihatan seorang
lelaki lengkap bersut sedang melangkah masuk.
“Assalamualaikum dan
selamat datang ke kedai kami.” Kata Fazura yang sedang duduk dikaunter.
“Waalaikumsalam… erk ni
kedai apa sebenarnya?” tanya lelaki itu.
Fazley dan Fazura
memandang satu sama lain. “Huh?” bingung seketika mereka.
“Oh! Sorry. Tadi saya ingatkan ni kedai
bunga. Tapi sekali masuk lain pula dalamnya.” Kata lelaki itu.
Fazura memandang tajam
pada Fazley. “Kau dah buka pintu depan kedai sebelah ke?” tanyanya tajam.
“Alah… orang tak payah
buka kedai sebelah pun boleh masuk ikut dalam sini.” Jawab Fazley. Memang
Fazura ada sediakan internal door
dalam kedai ni. Dinding yang memisahkan kedua kedainya pun dinding kaca. Senang
sikit nak tengok.
Fazura berdecit. Ada
saja jawapan budak seorang ni.
“Maafkan saya encik. Err.. kedai bunga sebelah
tu pun saya punya. Encik boleh masuk ikut sini. Mari saya tunjukkan.” Dengan
sorang Fazura menunjukkan pintu yang terbuka luas. Saiz internal door itu agak luas dan mempunyai saiz umpama dua pintu
yang bergabung. Bezanya Fazura mengenakan sliding
door.
“Abang tak nak buat
tempahan untuk perkahwinan. Hari ni kedai kami buat pakej istimewa. Lengkap dan
sempurna. Dari pakaian, barang hantaran, pelamin, bunga dan bakal isteri!” kata
Fazley tiba-tiba. Tengok rupa lelaki ni macam anak orang kaya. Harap-haraplah
pangkal nama MF.
Sebenarnya mereka bertiga sudah bertaruh.
Antara mereka bertiga mesti mengemukakan calon MF masing-masing. Siapa calon MF
yang menjadi pilihan akak mereka akan menang. Hadiahnya lumayan… sebulan
cucikan baju pemenang! Jadi bermakna kalau ada dua bulan untuk dua orang yang
kalah. Contohnya kalau Fazley menang. Sebulan Firdaus kena cuci, sebulan
kemudian pula giliran Fiqrie.
Terkekek Fazley
mengingatkan pertaruhan mereka yang dicadangkan olehnya.
“Wah lumayan… siapa
bakal isteri tu.” jawab lelaki itu sambil tersenyum.
“Dia gadis bertudung
biru. Matanya cantik sungguh ayu…” kata Fazley berkias.
Lelaki itu memandang
gadis yang berada di kaunter itu. Ermm…
Memang ayu!
Fazura pula sekadar
mengelengkan kepalanya. Kerja tadi disambung semula. Lelaki itu pun tengah
layan Fazley bercerita. Kalau dia nak pilih bunga di kedai sebelah pun ada
Fazley jugak layan.
“Ayu…” kata lelaki itu.
“Memang ayu… nak ke tak
nak? Tawaran terhad tau. Lagipun kena ada sesi penapisan nanti.” Balas Fazley.
“Lah… kena ada sesi
penapisan ke?”
“Eh! Mestilah ada.
Sebab kalau encik terpilih. Pakej perkahwinan itu akan ditanggung free!”
Lelaki itu tertawa
kecil. “Awak ni berani sangat dengan bos awak ye?”
“Eh! Kalau saya
pekerja. Dah lama saya letak jawatan. Tak sanggup. Saya adik dia la…” jawab
Fazley.
“Patutlah… kakak awak
cantik.” Katanya sambil mengerling Fazura. Ada orang tangkap cintan la pulak…
“Tapi garang!” pintas
Fazley. Fazura tidak lagi melayan mereka. Dia berjalan ke kedai sebelah. Untuk
tukar sign di pintu. Tanda close ditukar kepada open. Dia membuka satu keping kertas
yang dilekat pada pintu.
“Sila ikut pintu
sebelah. Pintu ini telah ditutup.” Bacanya. Bertuah punya adik!
“Cantik bunga-bunga sini.”
Kata seseorang dari belakang. Fazura segera memalingkan kepalanya. Lelaki tadi!
“Encik nak pilih bunga
apa? kedai kami juga menyediakan khidmat untuk membuat gubahan bunga.” Kata
Fazura.
“Kalau saya nak bunga
yang tengah bercakap tu boleh?” sakat lelaki itu.
“Bunga ni tak boleh!”
jawab Fazura tegas.
“Tapi saya telah
melepasi sesi penapisan adik awak. Maknanya saya layaklah kan?” usik lelaki itu
lagi.
“MF?” tanya Fazura.
Lelaki itu mengangguk
dengan sengihan panjang. Handsome!
Puji Fazura. Macam kamal Adli… hehehe…
“Awak baru lepas
penapisan mereka tapi bukan sesi penilaian saya!” jawab Fazura.
“Lah! Ada sesi
penilaian lagi…”
“Mestilah! Takkan
senang begitu aje nak kahwin. Kalau awak ni Taiko ke? Ketua kongsi gelap ke
atau penjenayah dikehendaki kan cari naya namanya.” Kata Fazura selamba.
“Muka handsome macam ni pun kena cop
penjenayah ke? Malangnya… huhu…”
Fazura menjengket bahu.
Dia melintasi leleki itu untuk mengemas bunga-bunga itu.
“Saya sebenarnya nak
tengok bunga… awak boleh tolong pilihkan tak? Banyak sangat. Saya pun tak tahu
nak pilih yang mana satu.” Kata lelaki itu sambil menggaru belakang kepalanya.
“Untuk isteri ke atau
kekasih?” soal Fazura sarkastik. Satu senyuman diberi kepada lelaki yang kini
berada disebelahnya.
“Kalau yang tu saya rasa
kena tanya awaklah. Kan awak ni bakal isteri dan kekasih saya. Hehehe…”
Fazura mencebik. Tidak
habis-habis.
“Err… sebenarnya saya nak bagi dekat mama. Mama sakit sekarang.
Terlantar di hospital. Nak bagi semangat sikit dekat mama saya.” Dia mengerling
jam ditangan. Alamak! Cerita punya cerita. Dia sudah terlewat. Sudah tentu
kakaknya membebel lagi.
“Kalau macam tu awak
bagi carnation ni. Ia lambang kasih sayang, penghormatan dan kesihatan.” Ujar
Fazura sambil menarik satu tangkai bunga carnation
berwarna pink.
“Eh! Bunga pun ada
lambang ka? Dari mana awak tahu?” tanya lelaki itu.
“Encik! Saya kan tauke
kedai bunga. Mestilah saya tahu…” Fazura buat muka bosan. Budak kecil Faisal tu
kalau ditanya soalan macam ni pun dia tahu jawab.
“Betul jugak. Err… nak bunga
nilah. Awak tolong gubahkan cantik-cantik ye. Saya nak 10 tangkai. 5 putih, 5
pink!” kata lelaki itu.
Terkejut Fazura. Mak
aih! Banyaklah… takpe! Janji duit masuk. Hehehe…
“Kejap ye…” Fazura
menarik beberapa tangkai bunga carnation. Dia kemudiannya leka mengubah
bunga-bunga itu. Lelaki itu pula sekadar temenung dan menunggu Fazura membuat
kerjanya sambil merenung jauh wajah gadis ayu itu.
Cantik! Cantik macam
orangnya. Puji hati lelaki itu pada gubahan Fazura yang hampir siap.
Fiqrie mengerling jam
ditangannya. Lambat balik lagi. Jam berapalah abangnya nak datang jemput ni?
Jam sudah menunjukkan pukul 2. Sudah hampir sejam dia menanti Fazley datang
jemput. Tapi batang hidung mancung abangnya tu pun tak muncul-muncul lagi.
“Hai Fiq. Tak balik
lagi?” tanya Fareed. Rakan sekelas Fiqrie yang tercalon dalam senarai MF untuk
kakaknya. Tapi kena reject jugak.
Sebab masih tergolong budak bawah umur macam dia. Baru tingkatan enam atas!
“Belum. Abang Ley
lambat lagi. Kau?” tanya Fiqrie balik.
“Aku tunggu adik aku
tadi. Dia ada hal dengan cikgu dia.” Kata Fareed sambil menunjuk Hafiza yang
melangkah mendekati mereka. Dia hendak mengambil tempat di sebelah Fiqrie tapi
kenderaan abangnya berhenti tepat-tepat di depan pondok bas itu. Sampai pun!
“Abang aku dah datang
tu. Kau tak nak tumpang? Jalan rumah kita pun sehala jugak.” soal Fareed.
“Tak nak la aku…” tolak
Fiqrie.
“Eleh! Malu… malu
kucing pulak. Kejap! Aku tanya abang aku dulu kalau dia tak ke mana-mana…
bolehlah kau tumpang balik.” Belum sempat Fiqrie hendak membalas. Fareed sudah
pun berlari lalu bertanyakan abangnya. Dia menjerit memanggil Fiqrie.
Dengan perlahan Fiqrie
mendekati kereta itu. Kalau driver
mereka tidak apa jugak. Memang Fiqrie selalu tumpang kalau kakak atau abangnya
tidak sempat ambil. Tapi Fiqrie mana kenal dengan abang Fareed yang baru balik
dari luar negara tu.
“Kakak!!” jerit
Firdaus. Briefcasenya dilempar pada sofa. Terkocoh-kocoh Firdaus melangkah
masuk ke dalam rumah. Mendengar keadaan riuh di dapur menarik perhatiannya.
Sudah tentu mereka tengah minum petang sekarang ni!
“Kakak!!” jerit Firdaus
lagi.
“Apahal kau ni daus.
Baru balik dah melalak macam apa aje.” Omel Fazura.
Firdaus mengibas-gibas
mukanya yang kepanasan. Panas dan penat! “Daus dah jumpa MF!” kata lelaki itu semangat.
“Ermm…” Fazura menghirup nescafe tanpa sebarang riak terkejut pun.
“Alah abang lambat! Ley
dah ada jugak…” ujar Fazley
“Adik dan ayah pun dah
ada calon MF! Abang saja yang lambat…” kata Fiqrie pulak.
“Tapi abang punya calon
terbaik! Bos baru abang… Korang?” balas Firdaus tidak mahu kalah.
“Abang Ley kawan baru
yang datang beli bunga kedai akak tadi, Fiqe pula Fareed punya abang! Handsome… MF pilihan ayah pula anak
kawannya. Kesemuanya calon MF kami.” Terang Fiqrie.
Firdaus yang baru saja
minum air tersedak mendengar. Mak aih! Semua sudah ada calon masing-masing!
“Habis tu akak pilih yang mana?” tanyanya.
“Satu pun tak…” Mak
menjawab bagi pihak Fazura.
“Pulak! Apa kata akak
cuba blind date dengan mereka.
Manalah tersangkut. Tak kan seorang pun tiada kot.” Habislah kalau begini!
Sambung Firdaus dalam hati.
“Tak nak!” jawab
Fazura.
“Mak…” kata Firdaus,
Fazley dan Fiqrie serentak. Minta tolong kuasa beto mak!
“Alah Fazura. Kamu
pergi aje la. Bukannya nak terus pergi nikah pun.” Kata mak.
Fazura mengeluh. Wajah
setiap mereka yang penuh harapan dipandang. Ini yang lemah lutut ni. “Baiklah…
tapi akak tak nak buang masa! Minggu depan hari sabtu set! Akak akan jumpa
kesemua sekali. Seminit lambat akak reject!”
“Takkan nak date sekali semua kot?” rungut Fiqrie.
“Buat ikut cakap akak atau
langsung tak payah!” kata Fazura muktamad. Dia berdiri lalu masuk ke dalam
ruang tamu. Tengok tv lagi best!
Mereka memandang satu
sama lain. Hailah! Terpaksalah ikut jugak.
Bukan selalu Fazura terima cadangan begini.
Fazura membuka pek
biskut kering Jacob. Sekeping biskut dikeluarkan lalu dicelup dalam Nescafe
3in1 yang masih panas. Bunyi loceng pintu kedai menarik perhatiannya. Dia yang
baru sahaja dia nak bagi ucapan selamat datang terbantut.
Tak payah bagi pun tak
apa! lelaki ni lagi. Tiap-tiap hari datang tak bosan ke apa? Fazura memang
sudah dapat mengagak. Dalam empat hari ni, setiap kali pukul 1 lelaki ni mesti
terconggok dikedainya.
“Wanginya Nescafe tu…”
kata Fawwaz sambil mengambil tempat di berhadapan dengan Fazura di kaunter...
“Saya tahu awak tak nak
keluar makan. Jadi hari ni saya bawakan makanan untuk awak!” kata Fawwaz sambil
menaikkan tiga bungkus nasi.
“Ipar mana?” tanyanya.
“Fazley sibuk. Kuliah
dah nak mula.” Kata Fazura. Belum apa-apa lagi dah panggil Fazley dengan
panggilan Ipar. Ini kerja adiknya itu la. Kata Fazley kata-kata itu doa. Lebih
44 kali Fawwaz panggil macam tu mungkin kata-katanya boleh jadi kenyataan. Ehehehe…
Fazura pun malas nak
tegur lagi. Bukannya makan saman pun!
“Awak! Awak tolong
buatkan Nescafe ye…” kata Fawwaz.
Fazura memandang lelaki
itu. Dia mengeluh berat… “Nah… saya dah buat!” dia menolak segelas mug kepada
lelaki itu. Sebelum kena ceramah free dari Fawwaz tentang isu customer always right dan customer first baik dia sediakan
awal-awal Nescafe tu… tiga hari tadah telinga pun sudah cukup! Bukan itu saja…
bab adab-adab tetamu pun masuk dalam ceramah lelaki itu.
Kalau dia ni restoran
makanan lain cerita la. Ini kedai bunga dan kedai Mak Andamnya pun adoi!
“Terima kasih! Oh! Ya…
mama saya suka sangat dengan bunga gubahan awak tu. Dia kata terima kasih.”
“Sama-sama… mak awak
dah sihat?” tanya Fazura.
“Sebenarnya dah nak
pulih. Dua tiga hari lagi keluar hospital. Cuma hari tu sebenarnya hari jadi
dia…” terang Fawwaz. Dia menghulurkan satu bungkusan kepada Fazura.
“Syukur Alhamdulillah.
Sampaikan ucapan happy belated birthday
pada mama awak.” Ucap Fazura.
“Bukan mama kita ke?”
sakat lelaki itu dengan sengihan lebar.
Muka Fazura yang putih
itu bertukar merah. Matanya dibesarkan. Comel!
“Hahaha… suka tengok muka awak marah. Comel! Macam Hello Kitty!” puji Fawwaz.
“Sudahlah! Makan nasi
tu…” arah Fazura.
Mereka menadah tangan
membaca doa makan. Kemudian masing-masing menjamu selera sambil bercerita
tentang cerita masing-masing.
Fazura merenung jauh
jus oren yang terletak elok di atas meja. Teringkat kata-kata Fawwaz semalam.
“Awak! Saya tak dapat
nak datang esok. Fazley ada kata dekat saya pasal blind date tu. Tapi esok ada clash
dengan blind date yang dibuat oleh parents saya. Waktunya sama, jadi saya
terpaksa pilih antara satu. Maafkan saya…” kata lelaki itu.
Fazura menutup matanya
seketika. ‘Kenapa dengan kau ni? Kau baru kenal lelaki tu seminggu lebih aje.
Jangan pasang hati dengan lelaki macam tu!’ kata suara hatinya.
‘Tapi…’ satu suara lagi
hendak mengeluarkan kata-kata keramat itu. Tapi seolah berat untuk dikeluarkan.
Ya! Fawwaz berjaya memiliki hatinya. Tapi mungkin pertemuan jodoh lelaki itu
pada hari ini akan menjadi jodohnya. Siapa tahu! lagipu itu pertemuan jodoh
yang diaturkan oleh ibu bapanya. Restu ibu bapa itu satu doa!
Fazura segera
mengelengkan kepalanya. Menghilangkan semua anasir-anasir dalam kepalanya. “Mohammad
Fawwaz! Tolonglah datang… Kalau awak datang. Awaklah MF pilihan saya!” keluhnya
lantas mengaku perasaannya sendiri.
Dia mengeluh lagi. Jam
tangannya dikerling. 5 minit lagi lambat siaplah pilihan yang lain ni. Semua
kena reject! Fazura paling benci
menunggu orang. Air digelas dihirup…
“Assalamualaikum…” Satu
suara yang memberi salam menarik perhatian Fazura. Dia memalingkan kepala ke
belakang.
“Waalaikumsalam.”
Fazura memalingkan semula kepalanya menghadap meja. “Kata tak nak datang…”
ujarnya perlahan. Mata Fazura menyorot pada Fawwaz yang melangkah duduk di
sebuah kerusi berhadapan dengan Fazura.
“Saya kan dah cakap nak
datang blind date yang oleh parents saya.” Kata lelaki itu tenang.
“Habis tu awak buat apa
dekat sini?” soal Fazura sarkastik. Lelaki ni suka sangat bagi harapan dengan
orang!
“Saya tengah attend la ni….” Katanya dengan seyuman
manis. Fawwaz! Awak jangan senyum macam tu. Nanti saya terus pilih awak serta
merta.
Dahi Fazura berkerut.
Tidak faham! “Maksud awak?”
Fawaaz senyum lagi. Dia
mengeluarkan beberapa keping gambar dan resume dari sampul surat coklat yang
dibawa. Satu persatu resume dan gambar ditunjukkan kepada gadis itu…
“Saya datang ni calonMF
dari adik saya, Fareed iaitu calon dari Fiqrie. Calon MF dari Firdaus. Saya
punya accountant. dan juga calon MF dari Fazley. Tapi saya datang sebagai calon
MF mama dan papa saya merangkap calon MF ayah awak.…”
Fazura tersenyum sinis.
“Awak jangan buat lawak boleh tak? Tak kan awak ialah kesemua calon MF tu.”
“Terpulang awak nak
cakap apa… saya pun terkejut bila terpandang semua gambar sama. Nampak sangat
jodoh kita kan? Hehehe…”
“Perasan!” balas
Fazura.
“Lagipun saya tahu…
saya calon pilihan MF awak tu…” kata Fawwaz lagi.
“Siapa cakap! Saya tak
lepas nak bagi penilaian pun.”
“Awak yang cakap
tadikan… nak saya ulang semula kata-kata awak tadi tu ke? Hehehe… saya dengar dengan jelas setiap kata-kata awak tadi tau.”
“Awak…!!” tekan Fazura…
matanya dibesarkan. Muka Fazura sudah bertukar warna lagi. Entah merah sebab
malu kantoi mengaku tadi tu atau merah sebab marahkan Fawwaz.
Fawwaz terketawa senang
hati. “Hahahaha… comel la awak gelak
macam tu.” gelaknya. Suka betul tengok muka comel Fazura ketika marah. Syukur
Alhamdulillah! Setelah mendengar pengakuan Fazura tadi. Fawwaz kini yakin dia
bukan bertepuk sebelah tangan.
“Kalau awak lewat 5
minit lagi. Saya reject tau!” rajuk
Fazura.
“Saya dah lama ada
dekat sini tau. Awak saja tak perasan. Hahaha…”
Fazura hanya mencebik.
Sebutir cincin
dikeluarkan dari kotak. Fawwaz mencapai tangan Fazura. “Saya tahu awak cintakan
saya. Dan saya mengaku saya sayang dan cintakan awak. Terima kasih kerana pilih
saya…” katanya sambil menyarung cincin itu ke jari Fazura.
“Sama-sama… saya
cintakan awak Fawwaz…”
Setelah sebulan
bertunang. Akhirnya Fazura kini sah menjadi isteri kepada MF pilihannya. Pada
budak MF tiga orang tu… seorang pun tiada yang menang dan tiada yang kalah.
Sebab calon ketiga-tiganya ialah orang yang sama! Tapi itu tidak pentinglah….
Yang pentingnya kakak mereka telah selamat dinikahkan dengan calon MF
pilihannya…
TAMAT
hehe. nnt adik2 mf yang carikan calon untuk kakak faz mereka pula.
ReplyDeletemmg jdoh la rpe2 nyew clon2 org yg sme je
ReplyDeleteklakar bab tiga3 plih calon yg same tu. :D
ReplyDeleteap pun mmg best !
whoh. cute la adek bradek neh...haha
ReplyDelete1st time baca blog awak...sgt2 suka dgn cerita dan temanya. awak ada tutorial tak macam mana nak buat blog template mcm awak?
ReplyDeleteCute lah story ni...
ReplyDeleteSemuanya MF...hahaha #^_^
dalam dunia realiti ada x???
ReplyDeletenk jgakkkkk....
hahaha...nsb bek sm..kalu berbeza, pening la c fazura...hehehe
ReplyDeletecomel sgt cerpen ni...huhuhu
ReplyDeletesuka