Raihana mengeluh berat.
Sisa air mata yang masi membasahi pipinya dikesat. Merah padam muka gadis itu
selepas melepaskan tangisannya. Sekarang Raihana dengan rasminya single and
available. Mengingatkan kejadian tadi air matanya mengalir lagi. Sedih, kecewa
dan malu pun ada. Bukan sedikit tapi banyak. Selepas ini tidak tahu lagi macam
mana nak tunjuk muka dengan semua orang. Hubungan pertunangan mereka bukan
setahun atau sebulan saja tapi sudah 26 tahun!
26 tahun bukan suatu
waktu yang singkat. Sejak dia di lahirkan di dunia ini Nur Raihana telah di
tunangkan kepada Hazwan yang ketika itu berumur dua tahun. Sejak kecil lagi
mereka sudah ditekankan tentang hubunga mereka.
Bertapa nekadnya
Raihana menyimpan perasaannya hanya untuk Abang Wan tapi hari ini dia tahu
bertapa jengkelnya abang sepupunya itu terhadap dirinya. Tengok rupa teman
wanita abang Wan tadi itu pun sudah buat Raihana hilang semangat. Omputih cakap
wanita Sophisticated, elegant atau pun cosmopolitan dan modern
serta semua perkataan yang seangkatan dengannya. Itulah yang patut digambarkan
dengan teman wanita abang Wan yakni tunangnya itu.
Kalau hendak
dibandingkan dengan Raihana bukan lagi seperti enggang dan pipit Tapi mungkin
boleh dibandingkan seperti Cheese dan
belacan! Seorang moden tapi seorang pula traditional.
Memang pro dan kontra dengan penampilannya. Dengar nama saja pun sudah cukup
buat orang ternganga dengan liur meleleh. Tengku Ana Farhana Natalia binti
Tengku apa Raihana sendiri pun tidak seberapa ingat. Sebab nama awek BEKAS
tunangnya itu panjang gila! Ditekankan
lagi BEKAS tunang. Raihana kembali sedih mengingatkan perkataan bekas itu.
Satu keluhan berat
dilepaskan. Permandangan padang bola yang luas menjadi tatapannya. Secara
logiknya bukan semua orang mampu lepaskan kesedihan depan tasik, kolam, taman
atau tepi pantaikan? Raihana mana ada masa nak pergi tempat semua tu. Pandang
bola pun hujung perumahan ni pun jadilah. Tengah malam buta macam sekarang ni
mata ada orang! Kalau ada pun mungkin hantu jepun sedang berkawat… hehe…
Copp!
Segala ingatan Raihana
pasal kejadian tengah hari dan petang tadi lesap begitu saja. Matanya
dikecilkan untuk melihat benda alah didepan matanya.
‘Air kotak jenama…erk?
Ribena?’ gumamnya dalam hati. Segera kepala dipusingkan ke belakang.
Kelihatan seorang lelaki sedang memandangnya
tersengih.
Raihana kembalikan
pandangannya ke hadapan semula. “Awak buat apa sini?” tanyanya tanpa nada.
“Bagi awak ni. Awakkan
suka minum ni. Ambil la. Saya bagi free…”
katanya sambil mengambil tempat disebelah Raihana.
“Tak nak la.” Raihana
menelan air liur. Tahan hati… tahan! Ah! Selama ni mana dia pernah tahan tolak
air kegemarannya tu biarpun dari lelaki kerek, jahat dan kejam seperti Adib ni.
Tapi minuman satu juga la salah satu punca utama dia bertukar status hari ini.
“Alah! Takkan pasal
Along… Ribena tak nak minum ni lagi. Comel apa!” kata Adib selamba. Adib
sebenarnya adik kandung Hazwan yang sebaya dengan Raihana.
“Yiee… nama kita
Raihana la bukan Ribena!” tegur Raihana. Tension betul dengan mamat seorang ni.
Dari kecil sampai besar selalu panggil namanya dengan panggilan Ribena.
“Baiklah Ribena… nak ke
tak nak ni?” kata lelaki itu selamba seraya menyoalnya semula. Dengan lagak
selamba Adib mengoyakkan plastic straw dan terus cucuk ke lubang yang
disediakan. Perlahan-lahan dia mendekatkan straw ke mulut sambil melirik kea
rah Raihana.
“Betul tak nak?”
tanyanya perlahan.
“Yiee…. Bak sini!”
Raihana merampas air kotak Ribena tersebut dari Adib. Geram betul mamat seorang
ni! Suka buat orang terliur.
Adib tersenyum puas. Sekali
lagi umpannya mengena. Raihana mana boleh mengelak dengan Ribena kegemarannya
tu.
“Kalau pasal along tu.
Ribena tak payahlah fikir panjang. Alah! Kau dengan along mana padan. Umpama
kotak Ribena berdiri sebelah tin Pepsi!” kata Adib sarkastik dan tajam seperti
biasa.
Raihana memandang tajam
mata Adib walaupun samar-samar. Kotak Ribena dan tin Pepsi! Huh! Metafora
sangat.
“Diamlah. Siapa
bagitahu awak saya sini? Kacau betullah lalat ni. Mulut busuk macam longkang!”
omelnya.
“Mak Ngah yang suruh
aku datang sini tengok kau. Abang Hazwan tak balik-balik rumah lagi sejak
petang tadi tu. Papa aku kata kalau dia berani pijak rumah lagi. Papa aku kejar
dia dengan parang.” Adib memang membiasakan diri dengan aku kau walaupun
Raihana dari kecil membiasakan dirinya memanggil orang dengan bersaya awak.
“Pak Long tak patut
juga marah abang Wan sampai macam tu sekali. Dah kita tak layak dengan abang
Wan…” kata Raihana dengan nada perlahan.
“Sedar diri juga kau
eh? Kenapa selama ni kau tak pandai sedar-sedar? Dah kena malu macam tu sekali
baru sedar diri…” kata Adib tajam.
“Awak ni tak tahu ke
kita sedang sedih. Kita dah bertahun tunang dengan abang awak tau. Bukan
setahun dua… hujung bulan ni dah nak nikah dah pun. Tapi baru sekarang abang
Wan kata tak nak. Mana kita nak tunjuk muka. Awak faham tak?” kata Raihana
panjang lebar. Semua persiapan hampir 89% siap. Kad kahwin pun dah siap cetak.
Alih-alih bakal pengantin bawa balik teman wanita baru. Siap ada title lagi! Siapa tidak tersentap.
“Baru tunang. Orang dah
berpuluh tahun siap anak bertangga-tangga pun boleh cerai.” Balasnya.
“Malas la nak cakap
dekat awak ni. Tak pandai faham bahasa. Nak balik la.” Kata Raihana seraya
berdiri mengibas seluar tracknya.
“Ribena! Perkahwinan tu
akan diteruskan juga. Aku ganti along nanti…” jerit Adib pada Raihana yang
sudah beberapa langkah ke hadapan dari tempat mereka tadi.
“Apa awak kata tadi?”
Tanya Raihana kembali.
“Perkahwinan hujung
bulan ni. Aku yang akan pegang tangan tok kadi nanti… dah pergi balik. Aku pun
nak balik rumah tidur. Huagh!! Mengantuknya…” katanya sambil menguap besar lalu
melintasi Raihana yang tegak berdiri kaku. Terkejut kot sebab bakal suaminya
orang yang ialah aku. Hahahha… gelak Adib dalam hati.
“Mak kita tak nak
kahwin dengan Adib…” rayu Raihana pada Puan Farrah. Maknya sudah hati dengan
keputusan sebulat suara semua ahli keluarga. Paluan kompang semakin kuat
menandakan pengantin lelaki sudah datang.
Pakaian pengantin
nampak cantik dan berseri. Tapi Raihana langsung tidak minat untuk melihat
semua itu. Hatinya masih lagi tertutup untuk Hazwan walaupun lelaki itu sudah
hilang entah ke mana sejak petang hari itu. Petang yang membuatkan seluruh
keluarganya naik angin dengan kata-kata abang sepupu merangkap tunangnya itu.
Tiba-tiba Raihana
teringat semula babak pada petang dimana semua ahli keluarga biasa berkumpul
untuk bergurau senda setiap hari sabtu.
“Abang Wan… kita
bawakan udang bakar buat abang. Ambil la.” Raihana mengunjurkan pinggan berisi
udang bakar yang baru saja siap masak. Muka kemerahan Raihana yang sebiji
dengan udang bakar yang dibakar olehnya langsung tidak dipedulikan.
Hazwan mengangkat
keningnya. “Tak perlu. Abang tak lapar.” Katanya sambil memandang sekeliling.
Seolah-olah sedang menanti kemunculan seseorang. Raihana sudah dapat menganggak.
Tengah hari tadi dia sudah paw-paw kena kutuk oleh teman wanita Hazwan sewaktu
perjumpaan tidak sengaja antara Raihana dan Hazwan yang sedang dating dengan teman wanitanya.
Satu senyuman tercalit
pada wajah Hazwan. Raihana terpanar. Selama ni dia langsung tidak pernah
dihadiahkan dengan senyuman semanis itu dari lelaki bernama Hazwan ini. Dia
membalasnya dengan satu senyuman manis.
Tiba-tiba Hazwan
menolak Raihana ke tepi untuk member ruang kepadanya untuk lalu. Raihana yang
terpinga-pinga hanya mampu melihat Hazwan mendekati Tengku Ana. Kedua pipi
wanita itu dicium tanpa segan silu dengan ahli keluarga yang hadir. Selamba
sahaja lagak abang sepupunya berbuat sedemikian sedangkan semua ahli keluarga
sudah tercenggang dengan kelakuan mereka berdua.
“Love is pain.” Bisik Adib ke telinga Raihana
dengan satu senyuman jahat. Raihana memandang sepupunya yang tersenyum sambil
turut menyaksikan permandangan ‘terindah’ di hadapan semua orang.
“Along!” jerit mama
mereka.
“Apa along buat ni? Tak
malu ke dengan semua orang?” kata wanita itu lagi.
“Ma… hari ni along nak
tunjukkan dekat semua orang bakal isteri along. Mama this is Ana. Tengku Ana Farhana Natalia. My future wife… Ana this is
my mother.” kata Hazwan memperkenalkan teman wanitanya.
Jika tadi semua orang
tercengang dengan drama ‘Hershey Kisses’
mereka berdua. Sekarang mulut semua orang lalat sebesar alam pun boleh masuk.
Terngangga!
“Along tahu tak apa
along kata tu? Along sedar tak…” soal mama Hazwan.
“Along sedar ma. Inilah
wanita yang along nak kahwin.” Balasnya.
“Habis tu Raihana macam
mana? Along tahukan along tu tunang Raihana. Kenapa along buat macam ni.”
“Ma… along tak pernah
minta pun nak bertunang dengan Raihana. Raihana tu adik along bukan tunang.”
Balas Hazwan dengan nada angkuh.
Pang!!
“Papa tak pernah ajar
anak-anak papa tidak hormat dengan mama sendiri!” marah Papa Hazwan. Percuma
anak kesayangannya mendapat tamparan percuma.
“Papa please la. Korang semua sedar taka pa
yang berlaku sekarang ni. Korang nak Along kahwin dengan budak
berumur 26 tahun yang tak cukup tahun tu? Tolong la pa… Raihana bukan pilihan
along… Sedar tak. Wanita umur Raihana sekarang ni
mungkin taman pokok bungga tapi dia pulak tanam apa? yang Along nampak. Hanya
pokok Rosselle aje banyak untuk buat air Ribena...
along nak wanita pa, bukan kanak-kanak...”
“Kita orang langsung
tak padan! Along dah boring dengan
semua ni. Setiap kali keluar. Mesti dengan kanak-kanak Ribena tu. Agak-agaklah…
along nak nikah seorang wanita bukannya seorang 26 tahun perempuan yang stuck dengan pemikiran budak 6 tahun.
Along nak nikah dengan seorang wanita yang boleh jadi tempat along bermanja.
Bukannya… dengan wanita yang hendak dimanjakan all the time macam Raihana tu!” luah Hazwan dengan nada tidak puas
hati.
“Papa tak akan pernah restu hubungan kamu
berdua. Along mesti juga kahwin dengan Raihana! Kalau tak…” ugut papa Hazwan.
“Kalau tak? Kalau tak,
apa pa?! nak ugut along pulak? Along dah besar pa. Cukuplah selama ni along
jadi babysitter untuk Raihana. No more babysitting! Along dah muak
dengan semua ni. Kalau papa nak ugut pasal harta or syarikat tak payahlah pa.
along pun ada syarikat sendiri. Abah bagi aje la syarikat tu dekat Adib. Dia
pun sekadar guru sekolah menengah je. Lagipun selama ni papa dan mama being unfair dengan kami dua beradik.
Papa dan mama tidak pernah pun pedulikan pasal Adib… apa perkembangan Adib, achievement Adib or what so ever… ” kata
Hazwan panjang lebar lagi.
Raihana yang mendengar
kata-kata itu turut mengiyakan dalam hati. Memang Pak long dan Mak Longnya
sering melebihkan anak sulung mereka berbanding Adib. Dia melirikkan matanya
pada Adib yang sekadar memandang kosong. Mamat Aisberg ni memang begini! Tiada perasan pun. Sah! Memang manusia
kurang kasih sayang!
“Dah la pa. Entah-entah
Adib yang selama ni dapat best student pun
papa tak pernah tahu. Dua kali dia reject
scholarship untuk sambung belajar ke luar negara pun mungkin papa tak
pernah nak ambil tahu. Tahu tak kenapa? Sebab papa unfair dengan kami dua
adik-beradik. Papa tak benarkan Adib sambung degree luar negara walaupun
keputusannya jauh lebih baik dari Along. But
thankfully…”
“Sekurang-kurangnya
along dapat lepaskan diri dari Raihana dan semua orang. Dan Along dapat jumpa
Ana dari sana. Apa-apa pun yang berlaku. Along akan tetap kahwin dengan Ana. Full
stop!”
Pang!! Papa Hazwan yang
sedang menahan marah tidak dapat lagi menahan tangannya untuk melayang sekali
lagi ke muka anak kesayangannya.
“Setelah apa yang papa
beri pada along. Ini yang papa dapat? Baiklah! Sekarang Along pilih. Perempuan
ni atau keluarga along!” kata Papa Hazwan tegas.
“Maafkan along pa.
Halalkan makan minum along. Tapi… along tak boleh hidup tanpa Ana. Along nak
minta putus tunang dengan Raihana.” Kata Hazwan sambil meletakkan cincin
pertunangannya di atas meja berdekatan.
“Fine! Sekarang ni Along bukan lagi darah daging papa! Keluar dari
rumah ni…!!!” halau papa Hazwan sambil menahan marahnya.
Hazwan menarik tangan
Tengku Ana yang senyap saja dari tadi. Sejak hari tu hebohla satu taman. Hazwan
dan Raihana sudah putus tunang. Ada juga tambahan ‘perencah’ dalam cerita serta
gosip kononnya Hazwan sudah berkahwin dengan tengku Ana sejak di luar negara
lagi. Dan juga kononnya Raihana sebenarnya telah ditebuk tupai. Sebab tu Hazwan
memilih wanita lain.
Raihana mengeluh berat.
Dia yang jadi mangsa keadaan pun kena sekali dengan gosip tidak sah yang
disebarkan oleh wartawan CNN tidak rasmi tu.
“Ana… salam tangan Adib
tu!” satu arahan yang didengar mengejutkan Raihanah dari lamunannya.
Wajah Adib yang senyum
sambil mengenakan baju melayu berwarna ungu itu dipandang. Raihana menunjukkan
muka blurr. Langsung tidak faham apa yang sedang berlaku. Banyak betul kereta
api yang terlepas…!!
“Ana… salam tangan
suami kamu tu.” Arah mak Raihana.
‘Suami…?
Astaghfirullahalazim macam mana aku boleh lupa majlis kahwin aku dengan Adib
sekarang ni! Suami? Alamak! Dia suami aku dah ke?’ soalnya dalam hati. Dia
memandang wajah Adib yang tersenyum sekali lagi.
Tersedar dia sedang
diperhatikan oleh semua orang. Dengan segera Raihana menyambut salam tangan
Adib lalu dicium. Satu kucupan hangat terasa di dahinya. Semua tukang gambar
dan tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang menangkap gambar saat pembatalan
air sembayang itu.
Satu perasan terasa
seolah-olah meresap dalam badan Raihana. Perasaan yang langsung tidak dapat
digambarkan. Tenang, damai dan yang peliknya perasaan itu membahagiakan!
Oh! Hati sedang
terjatuh cinta…
Hampir sebulan usia
perkahwinan mereka. Tapi keadaan masih seperti biasa. Hanya Adib saja yang
pelik. Kalau dulu dia membahasakan dengan aku kau dalam perbualan mereka. Tapi
kini tidak lagi. Adib yang sentiasa bermulut tajam seperti pisau kini manis
seperti terlebih minum air gula!
Setiap hari Raihana
akan dihadiahkan sekeping nota sebelum pergi ke pejabat ketika bersalam dengan
Adib di pintu rumah. Sekeping nota ringkas dengan kata-kata manis dan air kotak
Ribena untuk Raihana. Hati wanitanya semakin hari semakin tersentuh dengan cara
Adib.
Raihana akur, Adib
seorang yang penyabar. Walaupun dia tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya
sebagai isteri dalam erti yang sah tapi Adib tidak pernah merunggut ataupun
berkata-kata pedas seperti dulu lagi. Lelaki itu pun langsung tidak pernah
menimbulkan isu tersebut.
Yang penting ialah
perubahan papa dan mama mertuanya. Mereka sedar bahawa perhatian mereka sebelum
ini hanya pada Hazwan saja. Seluruh harta mereka telah ditukarkan nama kepada
nama Adib. Tapi suaminya menolak harta tersebut malah dia memohon untuk
dermakan saja harta itu pada anak yatim. Dia sudah cukup dengan apa yang ada.
Adib hendakkan kehidupan yang biasa saja.
Raihana tersenyum
sambil memandang kotak Ribena dan nota ringkas yang diterimanya pagi tadi. Hari
ini genap sebulan mereka sah suami isteri.
Raihana ingin melakukan satu kejutan untuk Adib.
“Senyum nampak! Ingat
Cikgu Adib di sekolah tu ke?” usik Wawa. Teman sekerja Raihana.
Raihana hanya tersenyum
kembali.
“Bos approve ke tak?” Tanya Wawa.
Satu anggukan diberikan
untuk Wawa. Itu yang buat Raihana gembira. Nasib baik bos mereka benarkan dia
kerja setengah hari saja hari ni. Nak keluar beli barang untuk Adib!
“Suka la tu…” usik Wawa
lagi. Kemudian dia kembali menyambung kerjanya memeriksa invois yang untuk
bulan ni. Kerja sebagai akauntan memang kadang kala memenatkan. Kena deal dengan semua perkara!
Jika tadi Raihana
semangat gila hendak beli barang. Sekarang dia sudah kepenatan tapi satu hadiah
untuk Adib pun dia tidak tahu. Sudahlah Adib kata sms dia akan balik lewat hari
ni sebab ada aktiviti luar di sekolah. Raihana mengeluh berat. Baru sekarang dia
sedar betapa teruknya dia sebagai seorang isteri. Apa suami suka, warna
kegemaran atau makanan pun dia tidak tahu. Padahal tiada alasan lain yang dia
patut buat. Sebab Adib ialah sepupunya. Kalau pasal Hazwan tahulah. Semua benda
dia tahu pasal lelaki tu.
Penat berjalan. Raihana
singgah ke Mc Donald. Semangat nak beli barang tadi sampai tengah hari pun
boleh buat lepas pandang saja. Alih-alih satu benda tidak dapat beli. Perut
pula merana kelaparan.
Langkah Raihana
terhenti berdekatan kaunter. Kelibat pasangan yang sedang bergelak ketawa itu
diperhati. Hati Raihana tiba-tiba berasa panas. Mesra kemain nampak! Terasa satu arus elektrik naik ke dalam badannya
memberi kekuatan pada Raihana untuk mendekati mereka.
“Assalamualaikum
cikgu.” Tegur Raihana.
Pasangan itu mendongak
memandang Raihana yang tegak berdiri di tengah mereka. Adib yang sedang galak
bergelak ketawa tadi ternyata terkejut dengan kemunculan Raihana.
“Raihana?” kata Adib
terkejut.
“Ada aktiviti luar
sekolah ke cikgu?” tanya Raihana penuh ‘bermakna’ sekali lagi.
“Err…” kata Adib.
“Tak apalah cikgu. Saya
nak balik dah. Ingatkan nak cari hadiah untuk suami saya tadi. Tapi nampaknya
tak perlulah. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Kata Raihana sambil
senyum manis pada wanita yang duduk berhadapan dengan Adib itu. Sekali lagi
pilihan lelaki yang dicintainya mesti seorang wanita yang sophisticated dan seantero dengannya. Oh! Raihana terlupa. Dua
lelaki ini ialah adik beradik. Mesti cita rasa pun sama kan?
Raihana meninggalkan
pasangan itu dengan perasaan geram. Sakit hati betul. Adib lagi hipokrit dari
Hazwan! Sekurang-kurangnya Hazwan memang ketara tidak suka padanya secara
terang-terangan. Tapi Adib pula mulai membelai hatinya sejak mereka sah suami
isteri. Uh! Lelaki sama aje! Marah Raihana. Dia teruskan langkahnya.
Tiba-tiba tangan
Raihana ditarik dari belakang. Dia terkunjur sedikit ke badan manusia yang
menariknya itu. Badannya tersembam di badan Adib. Mata mereka bertentangan
seketika. Tapi teringatkan kisah tadi segera Raihana menegakkan badannya. Tidak
guna jatuh hati pada lelaki seperti ini!
“Ye saya? Awak ada
apa-apa nak cakap lagi? Kalau tak saya nak cepat!” kata Raihana dengan nada
tidak puas hati.
Adib sekadar memandang
tepat ke arah mata Raihana. Perlahan wajahnya tercalit satu senyuman. Seolah
sedang menahan lucu saja.
“Sayang jealous ke ni?” soalnya. Sejak kahwin
memang Adib suka memanggil Raihana sayang dan membahasakan dirinya abang.
Abang? Huh! Perasan…
“Malam sikit. Buang
karan aje saya sayang dekat awak okay. Saya nak balik!” Marah Raihana. Dia
berjalan meninggalkan Raihana.
“Sayang…” panggil Adib
sambil berlari lalu menarik lengan Raihana sekali lagi. Sudah buat drama
hindustan pulak mereka ni.
“Awak nak apa? Pergilah
sambung aktiviti luar sekolah awak tu. Maaf kalau saya kacau daun tadi. But just leave me alone!” kata Raihana.
Air matanya mulai jatuh menitik. Sakitnya hati lagi sakit berbanding dia putus
tunang dengan Hazwan dulu. Lagi pedih dan perit!
“Ribena…” panggil Adib
lagi.
Raihana menghentikan
langkahnya. Dia berpaling memandang Adib. “Adib! Thanks for all the things that you’ve done for me. Thanks for make me
falling in love with you. Tapi awak… saya nak kata sini. We’re done! Saya tahu awak pun mesti dah
penat berlakonkan? Awak tahu tak Adib… awak lagi kejam dari abang Wan… sejauh
mana pun kelakuan Abang Wan dulu. Dia tidak pernah buat saya jatuh cinta pada
dia. Tapi awak! Awak pasang harapan pada saya Adib! Terima kasih!”
“Lepas ni tak payahlah
awak susah payah berlakon. I’m done.
Jangan kejar saya lagi. Dan nak tahu? Nama saya Raihana bukan Ribena!” Sambung
Raihana lagi lalu berlari meninggalkan Adib. Air matanya jatuh lagi. Ah! Jualan
murah betul air matanya ni.
Adib yang terkaku mula
berfikir kata-kata Raihana. Apa dia kata tadi? Dia cintakan aku ke? Ada cctv
tak kat mall ni? Nak dengar balik apa dia kata. Kata Adib dalam hati. Dia
mecalitkan satu senyuman di wajahnya.
“Raihana.” Kata Adib
sambil berlari mencari isterinya semula.
“Raihana!!” jerit Adib
sambil memanggil isterinya. Tiba-tiba senyumannya hilang memandang orang ramai
yang sedang berkerumun di tengah jalan raya. Hatinya tiba-tiba tidak sedap
namun ditolak jauh-jauh ke Pluto. Perlahan langkahnya mendekati di sebalik
orang ramai itu dan mencelah untuk melihat apa yang sedang berlaku.
“Sayang!” kata Adib
dengan riak terkejut lalu mendekati Raihana yang sudah terbaring di atas jalan
raya dengan darah yang tidak berhenti mengalir. Kepala isterinya diletakkan
atas bahu. Kedengaran seseorang sedang menghubungi ambulans.
“Sayang jangan
tinggalkan abang…” kata Adib. Air mata lelakinya jatuh memandang isteri yang
sudah berkelumuran darah.
“Abang…” kata Raihana
dengan nada perlahan. Pandangannya sudah semakin kabur.
“Sayang… sayang jangan
tutup mata. Please… jangan tinggalkan abang…” mohon Adib sambil memeluk
Raihana.
“Abang…. I love…you…” kata Raihana sebelum
menutup matanya. Pandangannya yang kabur tadi sudah bertukar gelap.
Adib menutup bukunya.
Raihana yang masih terbaring di atas katil dipandang. Perlahan rambut isterinya
dipegang lalu diulas dan dibelai lembut. Satu kucupan diberi pada dahi Raihana.
“Sayang… cepat bangun ye. I miss you so
much.” Ujarnya.
Sudah hampir dua tahun
Raihana koma dan terbaring kaku sejak kejadian langgar lari dua tahun lagi.
Menurut saksi, sebuah kereta telah merempuh Raihana lalu meninggalkan mangsa
kerana ketakutan. Sampai sekarang mereka tidak dapat menangkap pesalah itu.
Tapi bagi Adib walaupun mereka berjaya menangkap orang yang bertanggungjawab
itu. Nyawa isterinya bukannya boleh digantikan dengan nyawa pesalah itu.
Mujur abangnya sudi
menderma darah kepada Raihana yang pada ketika itu kekurangan darah. Hanya Adib
dan Hazwan sahaja yang boleh menderma kerana ibu bapa mereka dan Raihana tidak
boleh menderma atas faktor umur dan kesihatan.
“Sayang… sayang tahu
tak. Along dah boleh balik rumah dah. Dah tiga bulan lebih along kahwin dengan
tengku dia tu. Nak tahu tak? Semalam along kata doktor dah sahkan kak Ana
mengandung 2 minggu lebih. Sayang! Mana aci. Kita yang kahwin dulu. Tapi mereka
yang dapat anak dulu. Sayang bangun ye… abang rindukan sayang. Please darling… I miss you so much.”
Kata Adib seperti biasa.
Cinta itu mungkin tidak
memerlukan satu saat ataupun seumur hidup untuk menanam rasa cinta. Ia akan
hadir tanpa dipinta. Tapi yang peliknya cinta yang hadir payah untuk dilupakan.
Tidak kiralah sesaat ataupun seumur hidup. Mencintai itu tidak memerlukan masa
tapi menghilangkan perasaan itu memang susah dan payah untuk dihilangkan.
Keluarga mereka pula
mula memahami kehendak Hazwan. Cinta mana boleh dipaksa. Kalau tiada cinta
antara mereka tidak guna dipaksa. Kalau Hazwan cintakan Tengku Ana. Biar
restukan saja hubungan mereka.
Tidak kira berapa lama
lagi Raihana terus terbaring. Insyallah Adib akan setia menanti.
“Papa!” panggil Rayyan
yang berumur dua tahun lebih itu sambil berlari masuk ke dalam wad. Adib yang
sedang kusyuk memeriksa buku latihan murid-muridnya menghentikan langkah lalu
tersenyum pada Rayyan.
“Baby Rayyan… mari sini duduk sebelah papa.” Panggil Adib sambil
menepuk sofa disebelahnya.
“How’s your day? Awesome?” tanya Adib.
“Owescom…” kata Rayyan
pelat sambil menayangkan giginya yang mulai tumbuh.
“Rayyan jadi good boy tak hari ni?” tanya Adib lagi
sambil membelai anak kecil itu.
Anak kecil itu
tersenyum sambil mengangguk laju.
“Rayyan mari sini dekat
dengan ayah. Papa Adib penat tu.” Panggil Hazwan.
“Takpelah along.” Adib
terus membelai anak saudaranya.
“Sudah empat tahun
Raihana terbaring… cepatnya masa berlalu.” ujar Hazwan perlahan.
Selama empat tahun ini
jugalah Adib berumahkan hospital. Menemani Raihana sebaik sahaja habis
menghabiskan tanggungjawabnya di sekolah. Balik dari mengajar Adib hanya balik
rumah untuk mandi dan bersiap untuk bermalam di hospital bagi menemani Raihana.
Manakala dia akan kembali semula ke rumah untuk bersiap ke sekolah mengajar
semula. Begitulah rutin harian Adib. Setiap sabtu ahad pula Adib hanya terus
menemani Raihana 24 jam dan langsung tidak berenggang.
“Adib rindukan Raihana
along…” luah Adib.
“Sabarlah Adib.
Insyaallah kita doakan untuk Raihana.” Pujuk Hazwan. Dia sedar akan cinta Adib
pada Raihana sejak dahulu lagi. Bagi Hazwan, Raihana untuk Adib. Bukan dirinya…
dia hanya sayangkan Raihana seperti seorang adik sahaja. Tapi Adib menyintai
adik sepupunya itu sepenuh hati.
Adib sekadar senyum
pada abangnya. Pandangannya kembali dikalihkan pada Raihana yang nyenyak
terbaring atas katil.
Selepas sejam bersama.
Hazwan dan isterinya meminta diri untuk pulang. Rayyan pun sudah mulai merengek
hendak tidur.
Adib kembali menyambung
kerjanya. Dia memejamkan matanya seketika. Cuba mengembalikan semangatnya.
‘Raihana… kembalilah pada abang…’
“Abang…” kedengaran
satu suara memanggil Adib. Segera matanya dibuka luas. Terpandang Raihana yang
perlahan-lahan mengerakkan badannya. Kelopak mata Raihana perlahan-lahan
terbuka.
“Ya Allah. Syukur
alhamdulillah…” Adib memanjatkan syukur. Akhirnya isterinya kembali melihat
dunia.
“Abang… bila Raihana
boleh balik?” tanya Raihana. Sudah tiga hari dia tersedar dari koma. Parut di
badannya pun sudah semakin menghilang. Terkejut juga dia bila suaminya kata dia
koma selama empat tahun.
“Tadi abang dah tanya
doktor. Kalau keputusan kesihatan sayang yang keluar hari ni tu memuaskan.
Sayang dah boleh balik esok.” Jelas Adib sambil minum minuman kegemarannya.
Raihana tersenyum lucu
memandang mulut suaminya comot dengan susu Dutch Lady.
“Raihana baru perasan.
Abang ni suka minum susu setiap malam kan?” kata Raihana.
Kening Adib terangkat
sedikit. “Baru tahu ke? Ye la… kita tahu kita ni siapa…” katanya seperti
berjauh hati.
“Maaf… sebab Raihana
tak tahu apa-apa pasal abang… lepas tu boleh pula tuduh abang bukan-bukan.”
Balas Raihana.
Adib sudah pun cerita
pasal kawan perempuan punca marah Raihana itu dulu. Rupa-rupanya itu kawan
sejawat Adib. Mereka keluar untuk mengurus pasal perkhemahan pelajar dan pergi
mencari untuk sponsor. Mereka penat berjalan kemudiannya ambil keputusan untuk
berehat dan makan tengah hari.Dan yang tidak boleh tahan. Sebenarnya cikgu
wanita itu sudah pun berkahwin dan dah anak dua waktu itu.
“It’s okey. Benda yang dah lepas kita ambil sebagai pengajaran.
Lepas ni Raihana patut tahu. Cinta abang hanya untuk Raihana seorang saja.
Kalau Ribena tidak layak berdiri sebelah Pepsi. Ribena boleh berdiri sebelah
susu Dutch Lady! Sepadan apa… hehe..” kata Adib.
“Insyaallah abang…
semoga cinta kita berkekalan dunia dan akhirat.”
“Abang rindukan
Raihana…” luah Adib sambil mengucup dahi isterinya. Semoga mereka hidup bahagia
selama. Amin.
TAMAT
wahh,setia gle adib tuhhh...saggup tunggu raihana yg koma slama 4 thun!!
ReplyDeletewewitt.. nice setory mory.. hikhik... thumbs. ! ^_^
ReplyDeleteMsa baca part yg Raihana kena langgar, meleleh air mata. Sedih! Hehe
ReplyDeletesweetnya, memang tacing citer ni
ReplyDeletetahniah writer, saya terharu dengan watak Adib
such a gentleman he is, bukan senang nak jumpa lelaki yang setia sampai 4 tahun dia sanggup tunggu :)
suke ayat ni:
ReplyDeletekalau ribena tidak layak berdiri seblah pepsi. ribena boleh berdiri sebelah susu dutch lady..
hehe.. osem!!
dh lama gler xminum pepsi.. pasni mmg akk sepakkan aje tin kosong jenama tu!
ReplyDeletekita minum susu!!!
best giler dik..
terima kasih sebab sudi tinggalkan komen... ^^
ReplyDeletehehehe...sweet jer cite ni..tmbh2 tang ayat 'umpama kotak ribena berdiri sebelah tin pepsi'..klaka hahahahaha
ReplyDelete