Taufiq sekadar menelan liur melihat mereka yang lain
sedang enak makan sarapan yang disediakan oleh Fiera. Salah satu makanan
kegemarannya pula tu. Sekali lagi air liur basi yang hampir meleleh keluar dari
mulut ditelan walaupun pahit.
Sabar sajalah. Taufiq mana biasa sarapan pagi dengan
sesuatu yang berat. Paling banyak pun yang biasa dia makan roti bakar dengan
jem. Cawan kopinya di angkat lalu perlahan didekatkan dengan mulut.
“Fiera, nak lagi!” kata Adam lalu mengunjurkan
pinggannya yang sudah licin dan berkilat. Berselera sungguh mereka semua ni
menjamu selera kecuali Taufiq. Adam memandang Taufiq yang duduk bertentangannya
dengannya.
“Kau tak nak ke?” soal Adam.
Taufiq sekadar mengeleng. Dia menambah air kopi yang
sudah sedikit. Tidak dapat merasa nasi lemak buatan Fiera. Air kopi buatan
gadis itu pun jadilah. Huhuhu…
“Taufiq tak nak makan sekali ke? Nanti lapar dalam
perjalanan tu.” Kata opah.
“Taufiq tak boleh sarapan pagi dengan makan berat
opah. Nanti ada yang parah sebab sakit perut.” Tukas Fiera pula.
Tersengih-sengih dia memandang Taufiq. Ada cerita disebalik ‘sakit perut’ itu
membuatkan dia tersenyum kambing memandang si kawan.
Satu signal tajam tanda tidak mahu mengenangkan
kenangan ‘pahit’ itu diberi kepada Fiera. Jangan ingatkan daku! Jerit hati
Taufiq. Cukuplah! Dia sudah taubat pasal perkara ni. Pisang tidak akan berbuah
dua kali!
“Oh ya… opah terlupa pula. Fiera jangan lupa
bungkuskan untuk Taufiq ya. Makan dalam perjalanan nanti.” Balas opah.
“Roger and out!”
kata Fiera bersemangat.
“Baiklah. Korang sambunglah makan. Opah nak
kebelakang dulu. Nak bagi makan ayam dan itik dulu.”
Mereka berempat mengangguk setuju. Puan Fatimah
bangun menyuci tangan disingki kemudian terus keluar dari pintu belakang.
Memang rutin hariannya memberi makanan kepada haiwan-haiwan ternakannya.
“Rugi la kau Fiq. Nasi ni sedap tambah lagi makan
panas-panas. Perggh! Memang sedap.” Ulas Ammar yang senyap saja dari tadi. Dia
menghabiskan suapan terakhir lalu menyerahkan kepada Fiera untuk menambah nasi
untuknya. Memandangkan gadis itu duduk berdekatan dengan mangkuk nasi.
“Ini dah kali ketiga kau tambah. Itu perut ke atau
tong?” soal Taufiq. Matanya menyorot pada pinggan yang bertukar tangan
dihadapannya.
“Tangki kot. Hahaha…” kata Ammar sambil tergelak
kuat. Perut kenyang, hati banyak senang ma! Esok Ammar mesti ke gim. Alamatnya
berat badannya mesti naik. Dapat rasa masakan Fiera buat selera makannya di
kampung dua tiga hari ni naik mendadak. Kalau dia kahwin dengan Fiera mesti
badannya yang ada six pack bertukar
kepada enam tayar pancit. Boroi!
Taufiq berdecit. Makan tidak ingat dunia. Wahai
Ammar, makan tu ingatlah-ingatlah orang belakang yang belum makan ni. Huhuhu… aku pun nak rasa juga.
“Aku nak makan jugaklah!” kata Taufiq bersemangat.
Geram pun ada! Melihat Adam juga yang tengah menambah untuk kali ketiga pula
membuatkan hatinya berkobar-kobar hendak merasa makanan Fiera.
Dua orang manusia ini seperti tiada tanda-tanda
hendak berhenti makan saja. Entah perut versi vakum apa yang ada dalam perut
mereka ni. Macam setahun tidak pernah jumpa nasi lemak. Kalau Adam yang baru
balik dari luar negara tu bolehlah dia percaya.
Tapi bila kes
Ammar sekali balam tidak ingat dunia ni siapa tidak tergoda kan?
“Kau betul Fiq. Nanti sakit perut lagi?” tanya Fiera
dengan nada tidak yakin.
“Tandaskan ada.” Jawab Taufiq pendek. Dia berdiri
lalu ke cabinet untuk mengambil pinggan kemudian diserahkan kepada Fiera.
“Betul ni?” tanya Fiera. Macamlah dia tidak boleh
simpankan untuk Taufiq. Malah siap saja masak tadi, Fiera memang sudah asingkan
nasi lemak untuk Taufiq ke dalam bekas makanan.
“Betullah. Cepatlah!” gesa Taufiq. Tiada lain lagi
dalam kepala otaknya selain hendak makan nasi lemak kegemaran kalbu.
Keras kepala betul! Pening Fiera melayan kerenah
mereka bertiga ni. Mengalahkan budak kecil. Tadi sebelum duduk sarapan pun
berebut nak duduk sebelahnya. Nasib baik opah tolong cover line... kalau tidak
pening Fiera dikerjakan.
Nasi lemak yang masih panas dengan ketulan-ketulan
asap dicedok lalu di letak ke pinggan Taufiq.
“Tambah
lagilah. Sikitnya…” keluh lelaki itu.
Fiera mengetap bibir menahan geram. “Kalau sakit
perut nanti aku tak tanggung. Lepas tu jangan merungut itu ini pulak!”
“Erm… ya la. Lembab la kau ni. Bak sini aku ambil
sendiri.” Taufiq mengambil mangkuk nasi tadi lalu mencedok sendiri nasi
untuknya. Tinggi nasi atas pinggan Taufiq mengalahkan tinggi Gunung Tahan! Tahan
sajalah dengan perangai mamat ni.
Beg bagasi Fiera masih lagi di pegang. Kereta mana
yang patut dia tumpang balik. Adam dan Ammar sedang tekun menanti berdekatan
dengan kereta masing-masing. Berharap Fiera akan ikut kereta mereka.
Taufiq? Erm! Jangan harap. Agaknya masih lagi tengah
buang saham ikan bilis dalam tandas. Siapa suruh tidak mahu dengar cakap orang.
Sudah tegah jangan makan nak jugak makan sarapan dengan berat. Sekarang
tanggunglah dalam tandas tu. Tidak sampai setengah jam lepas sarapan pagi tadi,
perut Taufiq sudah mulai sakit.
Agaknya segala small
intestine dan big intestine dalam
perutnya bertukar kepada Roller Coster!
Memulas sakit. Sudah tahu tidak boleh sarapan pagi berdegil jugak nak makan.
Sekarang siapa yang susah? Diri sendiri jugak…
Fiera sengaja melambatkan langkahnya berjalan
beriringan dengan opah turun tangga. Hatinya serba salah hendak ikut kereta
mana balik. Semua mempelawakan diri sendiri untuk tukar profesion pekerjaan
mereka sebagai pemandu Fiera.
Melihat Ammar berlari anak mendekati Fiera dan opah,
Adam segera mempercepatkan langkah menyayaingi langkah lelaki itu. Menyedari
langkahnya cuba disaingi, Ammar melihat Adam kegeraman sambil mempercepatkan
langkahnya. Mereka bertentang mata sambil cuba berlumba antara satu sama lain
mendekati Fiera dan opah.
Bila kedua-duanya serentak berhenti di hadapan
Fiera. Satu suara sumbang dari atas rumah sudah berteriak memanggil nama gadis
pujaan hati mereka. Siapa lagi yang mempunyai suara sumbang mengalahkan katak
panggil hujan itu kalau bukan pesaing yang paling susah iaitu doktor Taufiq
kita kan?
“Fiera!!!” jeritan Taufiq sekali lagi menarik
perhatian mereka yang berada di bawah.
“Fiera pergi tengok Taufiq tu kenapa? Tinggalkan
saja beg kamu tu sini.” arah opah sambil memegang bahu gadis itu.
Fiera memandang dulu wajah wanita itu sementara
waktu sebelum mengangguk dan naik semula ke atas. Hatinya berbuku-buku memberi
sumpah seranah pada doktor pujaan hati ni. Ops! Terlepas cakaplah pulak.
Hehehe… mana ada pujaanlah! Tersemat di dada aje. Banyaklah tersematnya cik
Fiera oi! Tu balak orang tu. Kata hatinya.
Monyok mulut Adam dan Ammar. Kurang asam gelugor cap
doktor Taufiq betul! Pandai betul cari timing. Baru nak ajak Fiera balik naik
kereta mereka. Hendak menghalang Fiera dari naik semula pula tidak bagus juga.
Sebab opah sendiri yang suruh tengokkan Taufiq tu.
“Menyusahkan betul la doktor seorang ni! Dah tegur
jangan sarapan denga makanan berat-berat tak nak dengar. Sudahlah dia makan tak
ingat dunia tadi. Nasi mengalahkan gunung Everest. Kalau takut kempunan pun,
agak-agaklah! Ini makan macam seratus tahun tak pernah jumpa nasi!” omel Fiera
sambil menuju ke pintu dapur.
Kelihatan Taufiq sedang duduk mencangkung sambil
memegang perutnya di tepi pintu tandas. “Kau okey ke?” soal Fiera. Risau juga
kalau nasi lemaknya ada campuran benda yang tidak sepatunya dicampur atau tak.
Tapi Ammar dan Adam okey saja. Maknanya memang perut Taufiq saja bermasalah.
“Kau jangan tanya soalan menaikkan darah aku boleh
tak? Kau tak nampak ke aku sakit perut sekarang ni?” balas Taufiq sambil
memulas perutnya yang sakit.
“Angin pulak mamat ni? Releks la bro. Siapa suruh
cari pasal sendiri. Orang dah tegur tak nak dengar. Rasalah sendiri!” balas
Fiera dengan nada keras walaupun perlahan. Ingat angin kau saja ka? Angin aku
tak payah ambil kira?
“Sorrylah
emosi aku tidak terkawal. Perut aku sakit gila...” rintih Taufiq. Ketara
garisan-garisan kedutan di dahinya menahan sakit.
“Itulah kau. Dah sakit, gila lagi tu.” Fiera mengejek kata-kata Taufiq.
Sakit gila? Erm...!
Sila memperbetulkan bahasa melayu anda wahai Encik Taufiq agar tidak ditelan
zaman. Okay! Ayat itu kedengaran agak
skema di situ. Fine! Hehehe….
Satu jelingan tajam diberikan dari Taufiq.
“Okay… sorry,
sorry. Habis tu boleh drive ke
balik ni?”
“Boleh kot…” jawab Taufiq. Dia cuba untuk berdiri
tapi masih lagi membongkok sambil memegang perut yang terasa seperti usus-usus
dalam perutnya sedang buat breakdance.
“Boleh kot… boleh kot. Rupa macam ni ada hati nak drive lagi. Biar aku yang pandu kereta
kau.”
“Tapikan Fiera….” Taufiq buat muka satu sen berkarat
tidak laku. Bawah bibirnya digigit.
“Apa? Cakap pun sekerat-kerat!”
“Aku belum kemas baju lagilah. Ingatkan nak kemas
lepas sarapan tadi. Tapi perut ni pulak meragam…” jelas Taufiq.
“Habis tu? Tak kan nak aku kemaskan kot?
Agak-agaklah…”
“Kau kemaskan? Hah!Elok juga tu. Perut aku sakit
baliklah. Please…” pujuk Taufiq.
Kakinya dirapatkan umpama sedang menahan niat yang terbuku di hati.
Tanpa menunggu jawapan dari Fiera. Taufiq terus
berlari masuk semula ke dalam tandas. “Fiera! Tolong ya. Terima kasih daun
keladi!” jeritnya.
“Hesy! Betul-betul la mamat seorang ni. Menyusahkan
betul” runggut Fiera sambil masuk ke ruang tamu untuk menuju ke bilik Taufiq.
Manusia seorang ni anggap Fiera apa agaknya? Isteri atau hamba untuk
diperlakukan sedemikian dengan mengarahnya mengemas pakaiannya.
Akhirnya kereta milik Taufiq sampai juga tepat di
hadapan rumah lelaki itu. Terasa sungguh panjang betul hari ni untuk
menghabiskan tempoh 24 jam sehari. Perjalanan yang selama ini terasa tidak
pernah jauh sangat untuk pulang balik kampong opah seolah-olah bertukar jauh.
Fiera memandang Taufiq yang sudah duduk tegak.
“Terima kasih hantar aku. Hehehe…” kata lelaki itu tersengih-sengih.
“Kau apahal? Tadi bukan main parah lagi.” Tanya
Fiera. Tadi punyalah banyak Taufiq ragam itu ini dalam kereta. Mentang-mentanglah
sakit konon, nak itulah, inilah! Angin betul!
“Sebenarnya aku dah lama okay pun. Malas nak drive.” Katanya selamba. Tali pinggang
dibuka kemudian Taufiq tersenyum lebar memandang Fiera.
“Otak-otak basi betul mamat ni. Sudahlah banyak
ragam. Boleh pulak kau pura-pura dekat aku. Betuah punya manusia.” Kata Fiera
kegeraman. Serius Fiera memang tengah geram. Dari rumah opah sampai Adam dan
Ammar terpaksa dengan rela hati tidak mahu benarkan Fiera ikut Taufiq hinnga
peristiwa dalam kereta.
Berasap kepala Fiera mengingatkan peristiwa tengah jalan tadi. Makan hati betul melayan
‘doktor’ yang tengah sakit ni. Itu nak, ini tak ngam. Banyak betul tidak
berkenan dengan hatinya.
Taufiq tersengih-sengih.
“Tersengih-sengih! Betul-betul sakit baru tau.”
Gumam Fiera.
“Tadi tu aku memang dah baik sebenarnya. Tapi
memandangkan dua peminat setia kau tu tengah berebut nak jadi pemandu. Baik aku
yang ganti…” kata Taufiq berkias.
Memandangkan memang tengah sakitkan, baik teuskan
lakonon. Seronok juga nampak muka ketidakpuas hatian dua orang lelaki itu dengan
keputusan Fiera mengantikan Taufiq memandu balik. Mesti Ammar dan Adam tengah
makan hati berulamkan jantung! Mati-matian memperlawakan diri. Tapi Fiera
terpaksa pandu kereta Taufiq yang kononnya sakit perut dengan parahnya.
Tambah lagi dia boleh bermanja dan balik dengan
Fiera dalam jalan balik memudahkannya mendekatkan diri dengan Fiera dengan
caranya sendiri. Taufiq memang pandai mencari kesempatan dalam kesempitan perut
yang meragam.
“Diamlah!” tukas Fiera.
“Aku nak balik rumah dah ni. Kau hantar aku ke?”
Percuma dia pusing hantar Taufiq dan balik semula ke rumah sendiri. Alih-alih,
Taufiq sudah baik dari sakit perutnya.
“Aku malas nak drive. Kau bawalah balik. Nanti
pandai-pandailah aku ambil balik kereta aku esok pagi di rumah kau.”
“Erm… iyalah.” Angguk Fiera.
“Kau jaga baik-baik kereta aku ni tau. Rosak sikit
aje siap kau.” Ugut Taufiq. Pintu kereta penumpang hadapan di buka. Kaki kiri
Taufiq berada di luar.
“Macamlah aku takut. Jangan risaulah intan payung
berlian, jed, silver kau ni. Aku jaga elok-elok kereta ni.” Yakin Fiera memberi
warranty pada Taufiq padahal bawa kereta macam dalam Litar Sepang.
Ikutkan hati Taufiq nak bagi ‘ceramah’ panjang lebar
lagi agar menjaga keretanya sebaik yang mungkin. Tapi sebelum Fiera geram dan
ubah fikiran suruh dia hantarkan balik baik dia senyap saja.
“Jaga diri. Assalamualaikum.” Kata Taufiq sambil
mengusung begnya keluar dari bonet belakang. Tangannya diangkat melambai Fiera.
Fiera sekadar senyum sambil memutar stereng. Sempat
tanganya di lambai sebelum pulang semula ke rumah.
Alahai Taufiq ni macam2 kerenah...
ReplyDeletePening Fiera melayan manusia 3 orang ni...#^_^
Apapun tetap best... :D
-Nur Ati Za-
nak lagi...cepat sambung ye.
ReplyDelete