Saffiyah menundukkan
pandangannya ke atas lantai. Lantai pondok bas itu di pandang walaupun kotor
bukan kepalang. Hatinya berdegup laju walaupun dia cuba mengawalnya. Segala
bait kata dari Tiffah langsung tidak singgah ke telinganya. Penat saja si kawan
berceloteh di sebelah tapi langsung tidak berbekas di telinganya. Fikiran dan
hati Saffiyah tengah berlawan antara satu sama lain. Perlawanan street fighter pun kalah.
Matanya menyorot pada
seseorang jejeka yang sedang ralit bercerita dengan kawan-kawannya di sebelah
hujung pondok. Kelihatan lesung pipi yang dalam pada wajah yang seakan-akan
cina itu. Tatkala Saffiyah ralit memerhati wajahnya tiba-tiba mata mereka
bertembung. Sedari dirinya kantoi oleh lelaki itu, Saffiyah segera mengalihkan
pandangannya. Kebetulan pula bas sudah pun sampai. Tanpa berlengah dia terus
masuk ke dalam bas.
“Astaghfirullahalazim”
tangannya diletak pada dadanya. Masih terasa debaran di dadanya. Kuat dan
kencang. “Ya Allah lindungilah hatiku.” Matanya ditutup rapat. Sungguh itulah
satu perasaan yang sukar digambarkan. ‘Civil engineering’ itu saja yang
Saffiyah dapat tangkap di baju salah seorang kawan lelaki itu. Bermakna dia
juga salah seorang pelajar di universiti ini.
Saffiyah menyandar
belakangnya pada dinding tempat kegemarannya. Bahagian rujukan pada
perpustakaan ini memang bahagian paling kurang orang singgah sebab ia hanya
untuk rujukan dan tidak boleh di pinjam. Tempat yang tersisih inilah tempat
yang paling best untuk dijadikan tempat lepak.
Niat utama untuk ke
perpustakaan ni bukanlah belajar semata-mata. Sekali pandang, orang akan ingat
Saffiyah memang ulat buku, ‘penjaga’ perpustakaan dan sebagainya. Tapi
sebenarnya memang sukar untuk mencari gadis itu di dalam perpustakaan kerana
tempat lepaknya yang agak terlindung dan merupakan bukan tempat popular di
kalangan pelajar.
Sama ada duduk tidur
sambil menikmati keenakaan penghawa dingin, berehat sambil baca buku ataupun
menggunakan perkhidmatan percuma perpustakaan yang paling disukai setiap
pelajar iaitu wi-fi percuma. Dia akan duduk tidur sambil cucuk telinga dengar
lagu.
Mata Saffiyah dipejam.
Lirik lagu Nirwana bertajuk cukup-cukup sudah dihayati dengan sepenuh hati.
Ingatannya seraut wajah lelaki itu menjadi tatapannya. Dia menarik nafas
dalam-dalam. Sungguh perasaan itu tidak hilang. Perasaan rindu? Sayang? Dia
sendiri pun tidak tahu bagaimana perasaan cinta itu hendak diungkapkan. Bila
matanya tertutup ingatannya pada wajah itu tidak hilang.
Hatinya cukup
diperkuatkan untuk mengelak cinta dari kaum Adam. Walaupun ramai yang ingin
mendekati tapi dengan berhati-hati dia menolak dengan cara lembut. Teringat
kisah juruterbang ketika dia hendak pulang semula ke Sarawak beberapa hari yang
lalu. Lucu pun ada geli hati pun ada. Bukan apa? Boleh pula juruterbang tu
kirim salam kat dia sedangkan dia tidak tahu apa-apa.
Telefonnya yang
bergetar mengejutkan Saffiyah dari lamunan. Sengaja di biarkan dalam mode
bergetar agar tidak menganggu pelajar lain. Saffiyah segera menekan butang
hijau pada telefonnya tanpa lihat nama si pemanggil.
“Assalamualaikum.” Ujar
gadis ayu itu.
Habis sahaja Saffiyah
memberi salam. Talian segera dimatikan. Saffiyah memandang nombor tersebut. Ah!
Nombor ini lagi. Tekanan gadis itu dengan si pemanggil yang tidak pernah serik.
Kalau banyak sangat kredit baik pergi buat kerja amal, derma pada anak yatim
ke? Dapat juga pahala bersedekah.
Saffiyah berdengus.
Menanti. Dalam beberapa saat satu nombor akan mendail lagi. Memang itulah kerja
si pemanggil menggunakan dua nombor selepas tu, bila selasai saja Saffiyah
mendail mesti orang itu akan memberhentikan talian secara tiba-tiba.
“Owh mak kau terkejut…”
latah Saffiyah terpacul bila telefonnya kembali bergetar.
Tengok! Nombor lain
lagi. Tapi kedua-dua nombor ini sudah melekat di kepalanya. Segera butang hijau
di tekan. Jangan layan sangat manusia tiada kerja cari kerja ni!
Saffiyah mendengus.
“Sakit hati betul!”
omelnya sendirian.
“Jangan marah-marah
nanti kang berkedut muka tu baru tau.” tegur seseorang. Saffiyah yang duduk di
atas lantai mendongakkan kepalanya. Tergamam seketika. Melihat jejaka berbaju
melayu pink itu buatnya terkejut. Saffiyah kemudiannya memandang sekeliling.
Dia ni cakap dengan aku ke?
Lelaki yang berada di
perhentian bas hari tu! Alahai! Cukuplah muka awak tu yang jambu kenapalah
hendak meng-jambu-kan diri anda lagi dengan baju melayu merah jambu itu. Sempat
lagi hati Saffiyah merepek.
“Saya cakap dengan awak
la.” katanya dengan Saffiyah.
Saffiyah memandang
semula lelaki itu. Jari telunjuknya dihala ke muka. “Saya?” ajuknya dengan
kening terangkat ala-ala kakak Ziana Zain kita. Kita? Perasaan la pulak!
Lelaki ‘jambu’ itu
mengangguk lalu duduk mencangkung di hadapan Saffiyah.
Lelaki ‘jambu’? hahaha!
Malanglah wahai lelaki itu. Memang geng Saffiyah yang suka usha mamat comel
kemudian mengelarkan mereka dengan pelbagai jenis gelaran. Contohnya si hidung
sebab hidungnya mancung, si bandung sebab waktu usha tu mamat tu, dia tengah
beli bandung ataupun Domo untuk mamat Art and Design yang suka pakai beg domo
dan baju domo. Bukan gatal ataupun ada hati nak ngorat anak teruna orang. Saja
usha tengok muka. Pergi tegur? Haraplah! Tengok dari jauh saja mampu!
“Jauhnya awak
mengelamun. Tahulah saya handsome.”
Lelaki itu kejutkan Saffiyah dari lamunannya.
“Perasan!” cebik
Saffiyah. Tapi awak memang handsome pun adoi! Sambungnya dalam hati.
Selamba saja lelaki itu
senyum.
“Err… awak nak duduk
sini?” soal Saffiyah sambil memandang lelaki itu.
Lelaki itu kemudiannya
mengeleng. “Saya nak duduk dengan awak.”
“Apa awak cakap?” tanya
Saffiyah kembali.
“Err… saya kata nak
duduk dengan awak.” katanya kembali.
“Hah?” Dahi Saffiyah
berkerut mendengar kata-kata lelaki itu. Sayang sungguh! Lelaki jambu ini psiko
rupanya. Gila!
“Saya suka tengok
kening awak berkerut macam tu. Comel! Saya selalu tengok awak study atau tidur di sini.”
“Apa?!!” Saffiyah
terjerit kecil. Belajar tu boleh terima. Tapi tidur tu… erm? Ada air liur meleleh tak? Malunya!
“Sssyyhhh…” lelaki itu meletakkan jarinya ke bibir beri tanda
senyap.
“Sebenarnya dah lama
nak tegur awak tapi tak tahu macam mana nak tegur. Saya sebenarnya nak kenal
dengan awak.” sambung lelaki itu.
“Tapi hari ni awak
berani pulak tegur?”
“Erk? Sebab saya ada
keberanian hari ni.”
“Tapi saya tak kenal
awak?” tanya Saffiyah lagi.
“Saya pun. Sebab tu
saya nak kenal dengan awak.”
“Tapi kenapa awak nak
kenal dengan saya?”
“Sebab saya suka awak!”
“Apa?!!” sekali lagi
Saffiyah terjerit. Tapi dengan nada yang masih dapat di kawal agar tidak
didengar oleh pelajar lain.
“Ssshh…” kata lelaki itu.
“Awak tu yang tak habis
buat lawak. Kalau saya kena serang sakit jantung kat sini. Siapa susah? Saya
jugakan.” rungut Saffiyah tenang tapi jantungnya seolah-olah hendak terkeluar
atas kekuatan debaran dadanya.
“Saya serius saya
cintakan awak. Saya nak tegur awak masa kat bus stop hari tu. Tapi awak pun
macam tak sudi aje tengok saya.”
Saya tengok awaklah!
Tapi curi-curi ajelah.
“Dah la. Tak payah lah
nak buat lawak pula sini. Saya mana kenal awak.” celah Saffiyah sambil pandang
mata lelaki itu. Mata mereka bertembung seketika. Kemudian Saffiyah segera
menjatuhkan pandangannya.
“Saya tahu awak pun
rasa apa yang saya rasa.”
“Mungkin. Tapi mungkin
tidak. Sebab saya tak nak tengok muka awak ialah takut terjatuh cinta kat awak.
Saya jaga hati saya hanya untuk bakal suami saya. Saya jenis yang suka direct to point. Kalau awak nak jual
minyak urut ke atau what so ever
bukan sini tempatnya.” Memang itulah jawapan Saffiyah setiap kali ada lelaki
yang ingin menjadi teman lelakinya.
Setiap orang ada
prinsip masing-masing. Prinsip Saffiyah dalam bercinta biarlah sekali dalam
seumur hidup dan hatinya akan sentiasa di jaga untuk bakal suaminya sahaja.
Walaupun dia juga gila-gila cuci mata usha muka mamat handsome tapi untuk
berkasih belum tiba masanya lagi.
“Tapi untuk berkawan
tidak salah kan?” tanya lelaki itu.
“Asal awak tidak ungkit
pasal ni lagi barulah saya setuju. Deal?”
“Deal!”
Iman Raihan. Serius
Saffiyah suka nama mamat jambu tu? Teringat pertama kali dia beritahu namanya.
Satu perkara yang terlintas dikepala Saffiyah waktu tu ialah lagu kumpulan Raihan-
Iman Mutiara. Alahai… lagu berbunyi begini…iman adalah mutiara, di dalam hati
manusia… kalau nak tau lebih sila google lirik lagu tu dekat internet. Nanti
Pak cik Google tolong carikan.
Punyalah Raihan gelak
habis bila Saffiyah secara spontan cakap pasal lagu tu.
Lagi satu selama lebih
dua bulan mereka berkawan. Saffiyah hanya berjumpa dengan Raihan di
perpustakaan saja. Itupun Raihan yang pergi cari. Saffiyah mana ada cerita
dekat member-membernya pasal mamat jambu a.k.a Iman Raihan ni. Raihan pula
tidak tahulah kalau ada cerita dengan kawan-kawannya. Persahabatan mereka hanya
antara mereka berdua sahaja.
Memandangkan Raihan
budak ijazah manakala Saffiyah budak diploma. Waktu Saffiyah ada kuliah. Raihan
pula sedap-sedap menyibukkan diri dalam universiti pada waktu cuti semester.
Niatnya datang kampus hanya untuk jumpa Saffiyah saja.
“Owh Cik Nur Suffiyah.”
“Ya saya… Encik Iman
Raihan. Ada apa yang boleh saya bantu?” tanya Saffiyah setelah dikejutkan dari
lamunannya.
“Fikir pasal siapa?
Pasal Raihan eh?”
“Perasan. Mana adalah!”
celah gadis itu.
“Saffiyah… ” panggil
Raihan.
“Erm?”
“Saffiyah…” panggil
Raihan lagi.
“Erm?” jawab Saffiyah sambil kuhsyuk hadap computer ribanya.
“Yiee… Awak! Tengoklah dekat saya dulu.” panggil Raihan lalu menutup
Komputer riba Saffiyah.
“Awak ni! Saya ada
assignment nak buat la.”
“Kejap aje la…”
“Ya baiklah. Apa dia
wahai encik Iman Raihan?”
“Hah! Kan bagus macam
ni.”
Saffiyah mencebik.
“Tayang mulut mancung
tu. Macamlah comel! Cium karang baru tau.” Raihan memberi amaran. Budak ni! Dia
tau tak kita dah gila bayang kat dia. Boleh pula buat muka macam tu lagi. Sakit
hati!
Segera Saffiyah
menerkup mulutnya. Matanya dibesarkan tanda marah.
Tergelak kecil Raihan
dengan aksi comel si kawan.
“Awak ni! Sakit hati betul. Cepatlah cakap.” arah
Saffiyah.
“Okay… okay saya cakap.
Sebenarnya saya nak bawa awak jumpa seseorang.”
“Siapa? Awek awak ke?”
tanya Saffiyah dengan muka bersinar-sinar.
“Kalau awek saya tu…
awak la! Sebenarnya saya nak bawa awak jumpa adik saya la.” kata Raihan dengan
nada serius.
“Adik awak?”
Raihan senyum lalu
mengangguk.
“Tapi adik awak nak ke
jumpa saya ni?” tanya Saffiyah lagi.
“Insya-Allah dia nak.”
“Tapi… jap saya fikir
dulu.” Saffiyah berfikir sejenak. Berdua hati sebenarnya. Antara ya atau tidak.
Manalah tahu adik Raihan tidak suka dengannya. Ceh! Buat apa aku fikir sakitkan
kepala. Macamlah nak jadi kakak ipar sampai kena risau semua tu.
“Alright!” Saffiyah mengangguk setuju.
“Really? Kalau macam tu jom la!” ajak Raihan. Buku-buku dan nota
Saffiyah yang bertaburan atas lantai dikemas.
“Eh… eh! Sekarang tak
boleh la. Kerja saya dah berlambak.”
“Tapi lagi dua minggu
lebih baru hantar kan?”
“Dari mana awak tahu?”
soal Saffiyah.
“Saffiyah… Saffiyah.
Dari tadi saya dok hadap tengok awak buat kerja tu. Saya nampaklah submission date tu hah! Tahulah awak tu
anugerah dekan. Tapi awal gila kot.”
“Iya la tu. Tak macam
awak. Tak payah study pun dean list. Kita ni kena study hard baru boleh dapat tau.” Balas
Saffiyah enggan mengalah.
“Apa-apa je la. Jom!
Mari saya bantu awak… habis berselerak tempat ni. Macamlah library ni dia yang punya. Berhambur!” Raihan membantu mengemas
buku-buku dan nota Saffiyah.
“Ini rumah ke atau
istana?” soal Saffiyah sambil memandang rumah Raihan yang besar.
“Penjara.” jawab Raihan
singkat.
“Apa?”
“Tiada apa-apalah.
Jom!” ajak Raihan.
Saffiyah masih lagi
tidak berganjak. Tali pinggang keledar masih lagi terpasang. Dia berdua hati.
Mana boleh berdua-duaan. Kang kena tangkap basah siapa susah? Bukan mereka
berdua saja. Kena fikir pasal maruah keluarga. Bila sebut maruah keluarga.
Kepala kena terus ingat mak dan ayah. Ingat tu!
“Awak ni… awak ingat
saya nak apa-apakan awak ke? Ada adik dan pengasuh saya la kat dalam.” ujar
Raihan sambil bergeleng. Dia dapat mengesan riak risau pada gadis itu.
“Ye ke? Langkah
berjaga-jaga…” jawab Saffiyah tersengih-sengih.
“Tapi lepas nikah boleh
kan?” usik Raihan tersengih.
“Apa!”
“Awak ni… usik sikit
dah keluar perkataan ‘apa’ dan muka berkerut awak tu. Dah la takde soalan lain
lagi selain apa. Banyak tau MASD 2B selain apa.” Kata Raihan.
“MASD apa?” tanya
Saffiyah lagi.
Automatik Raihan
tersenyum. Saffiyah dan apanya memang sukar dipisahkan. “MASD 2B. MASD tu ialah
mengapa, apa, siapa dimana. 2B tu pulak bagaimana dan bila.”
“Owh…. Hehehe…” Saffiyah mengangguk-anggukkan
kepalanya.
“Dah… jom masuk. Mak
cik Lin dah tunggu kita dari tadi tu.” ajak Raihan.
Sekali lagi Saffiyah
tergamam memandang ruang tamu rumah Raihan yang nampak sungguh mewah dengan
perhiasan-perhiasan antik dan kristal.
“Mak cik Lin. Piya
mana?” tanya Raihan pada pengasuhnya yang sedang menghidang minuman untuk
mereka. Wanita itu memandang seketika pada Saffiyah. Satu senyuman manis
dihadiahkan untuk wanita itu dari Saffiyah agar tidak dianggap hidung tinggi
pada wanita yang agak berusia.
“Piya ada kat atas.
Main gitar macam biasa. Nak mak cik panggilkan ke?” jawab Mak cik Lin.
“Takpelah mak cik.
Nanti saya pergi panggil sendiri.”
“Baiklah. Kalau macam
tu mak cik ke dapur dulu la. Saffiyah minum dulu yaa…” Mak cik Lin menjemput
Saffiyah lalu tersenyum.
Satu anggukan sebagai
balasan dari Saffiyah. “Terima kasih mak cik.”
“Awak tunggu sini kejap
ye. Saya nak panggil Piya kejap.” ujar Raihan setelah pengasuhnya menghilangkan
diri.
“Awak jangan lama
sangat ye. Saya segan.”
“Buat apa nak segan.
Kan ni bakal rumah awak juga.” usik Raihan sambil tersenyum. Saja niat nak
mengusik Saffiyah.
“Hesy awak ni!”
“Tunggu saya tau. Kejap
aje.” kata Raihan sebelum naik ke tingkat atas.
“Saffiyah kenalkan ni
adik saya. Piya mari sini sayang…” Raihan membawa adik perempuannya yang
berumur 12 tahun itu mendekati Saffiyah.
Saffiyah sekadar
memberi senyuman pada adik Raihan. Tangannya dihulurkan pada gadis itu untuk
mendekatinya. “Hai awak. Nama saya Saffiyah…” katanya mesra.
Piya langsung tidak
senyum. Sebaliknya memandang pelik pada Raihan dengan muka masam seolah-olah
meminta penjelasan.
“Nama korang sama…” kata
Raihan ringkas pada adiknya.
Kini Saffiyah pula
memandang pelik.
“Err… nama korang
berdua sama. Saffiyah adik Raihan dan Saffiyah bakal isteri Raihan…” jelas
Raihan sambil tersenyum. Tapi nada suara beberapa patah perkataan yang akhir
itu sengaja diperlahannya tapi masih mampu didengar oleh ke dua gadis itu.
Tiba-tiba adik Raihan
mengeleng kepalanya laju. Muka gadis itu merah lalu berlari menariki anak
tangga semula.
“Piya… Piya…” Raihan
menjerit memanggil adiknya.
“Saffiyah awak tunggu
sini kejap ye.” Arah Raihan lalu berlari mengejar adiknya.
“Err… saya nak ikut.” Kata Saffiyah yang tetiba terpinga-pinga
melihat aksi adik Raihan secara tiba-tiba tadi.
Raihan tidak
menghalang. Sebaliknya mereka berlari menaiki tingkat atas untuk mengejar adik
Raihan.
Saffiyah memandang
wajah kusut Raihan yang mengurut dahinya. Hatinya turut sayu mendengar kisah
Raihan dan adiknya. Siapa sangka Raihan yang sentiasa senyum dengannya
rupa-rupanya mempunyai satu tanggungjawab yang besar untuk menjaga adik
perempuannya.
Adik Raihan bisu dan
enggan bercakap setelah trauma dalam kemalangan di mana Piya menyaksikan
kemalangan jalan raya kedua ibu bapanya. Dalam kemalangan itu hanya Piya
seorang saja terselamat. Raihan pada ketika itu tidak mengikut keluarganya
kerana ada kelas tambahan. Bila Piya puas menangis dalam kemalangan itu, dia
tiba-tiba sahaja menjadi senyap dan sehingga tidak mahu bercakap sepatah pun.
Menurut doktor, gadis
itu mungkin dalam keadaan trauma kerana tidak dapat terima kenyataan dan
mungkin dia terlalu lama menangis dalam keadaan tragis itu sehingga tidak
sanggup hendak bercakap. Sehingga kini, Piya masih lagi enggan bersuara sepatah
kata pun.
“Maafkan saya. Mesti awak rasa lainkan. Saya
tak sangka Piya akan berkurung macam ni.”
“Takpa. Saya faham.
Tapi tak apa ke Piya masih berkurung dalam bilik tu?” soal Saffiyah sambil
memandang tangga atas. Adik Raihan masih lagi berkurung dalam bilik. Sudah puas
mereka pujuk untuk keluar tapi adiknya masih lagi berkeras enggan memberi kerja
sama.
“Selama ni Piya memang
tidak mahu bergaul dengan orang luar selain saya dan mak cik Lin. Piya tak suka
keluar rumah kecuali benda penting. Sebab dia akan bergegar ketakutan bila naik
kenderaan.” Jjlas Raihan.
“Err… awak. Apa kata saya pergi pujuk dia. Awak takde kunci spare?” Ulas Saffiyah tiba-tiba.
“Kunci tu ada. Tapi
bila Piya berkurung dan tak nak diganggu. Dia akan baling barang pada pintu
bila tak nak dikacau.” terang Raihan.
Saffiyah mengangguk.
Patutlah Raihan hanya memujuk tanpa membuka pintu tadi.“Tak apa. It’s okay. Kalau dia baling pun saya
sambut aje. Kalau kena pun paling teruk masuk wad aje kan. Hehehe…”
Raihan memandang wajah
Saffiyah yang buat lawak itu kegeraman. Orang risaukan keselamatannya boleh
pula dia buat lawak macam tu.
“Tak apa. Insya-Allah
tiada apa-apa. Saya janji…”
“Kalau saya kata tak
boleh awak memang nak juga pergikan?” soal Raihan.
“Tahu takpe.” Tersenyum-senyum Saffiyah dengan tekaan
Raihan.
Memang betul pun!
Saffiyah mana ada adik beradik memandangkan dia anak tunggal sebab tu dia
sayangkan budak-budak. Saffiyah melarang Raihan untuk ikut dia pujuk Piya.
Katanya dia hendak memujuk gadis itu dengan cara tersendiri. Pada mulanya
memang Raihan membantah takut Saffiyah diapa-apakan tapi Saffiyah tetap dengan
pendiriannya.
Saffiyah menarik nafas
panjang sambil memasukkan kunci ke lubang. Perlahan-lahan tombol pintu bilik
Piya dipulas. Dia menolak daun pintu sedikit. Tangan kanannya yang memegang
satu patung ‘Smiling Pasta’ yang kecil memasuki pintu. Hanya tangannya yang
memegang patung tu saja nampak. Saffiyah memang suka bawa patung kecil itu ke
mana saja. Sebenarnya patung tu bekas handphone chainnya yang rosak.
“Assalamualaikum awak!
” ujar Saffiyah sambil mengerakkan patung itu sedikit.
“Awak… awak! Nama kita
samalah… nama saya Piya juga. Awak nampak tak huruf P besar pada baju saya?”
ujar Saffiyah sambil mengerakkan patung tersebut.
Piya yang pada mulanya
hendak membaling barang membekukan dirinya sambil memandang patung tersebut.
“Err… awak? Awak tengah buat apa tu? Saya datang nak jumpa awak…
boleh?” tanya Saffiyah.
“Caya Cebenainya nak tatang dekat. Tapi caya malu… err… kalau awak
benaikan. Awak keyuwaikan ya bunyi. Ketuk kat meja ke? Dinding ke. Eh! Ketuk
kat cimen tak bunyi apa-apa. Cowie… erm… awak ketuk kat apa-apa ajelah. Janji
ada bunyi. Kalau ada… nanti caya macuk. Boyeh ya… caya nak cangat jumpa awak!”
pujuk Saffiyah dengan seolah-olah budak kecil yang pelat berkata-kata.
Senyap. Saffiyah
menelan air liur. Takut adik Raihan enggan memberi kerjasama. Beberapa minit
kemudian. Terdengar seolah-olah seseorang mengetuk sesuatu pada kayu. Saffiyah
tersenyum lalu perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik.
“Assalamualaikum…”
katanya sambil melangkah masuk.
Pandangan Piya tanpa
riak membuatkan hati Saffiyah berdentam dentum bagai nak rak. Air liur basi
ditelan. Dia buntu untuk memulakan sesuatu langkah.
“Err… Piya.” Panggil Saffiya sambil mendekati gadis itu.
Suasana bilk hening
seketika. Saffiyah buntu untuk memulakan bicara sedangkan adik Raihan masih
lagi menyepi dan berpaling daripadanya.
“Cantik bilik ni kan?
Comel! Er… Piya suka benda comel tak?
Akak pun suka benda-benda comel macam ni.” kata Saffiyah sambil memandang
sekitar dalam bilik gadis itu.
Senyap.
“Piya… nak yang ni
tak?” pujuk Saffiyah. Patung tadi
dihulurkan pada gadis itu. Piya sekadar memandang kosong patung tersebut.
Lama-kelamaan dia memandang tajam anak mata Saffiyah dan kemudian barulah menyambut
huluran patung tersebut.
Satu hembusan nafas
lega dikeluarkan. Lega! Itu tanda permulaan yang baik antara Saffiyah dan
Saffiyah kecil.
Saffiyah tersenyum bila
terpandang Piya bermain dengan anak patung itu. Comel!
Hampir setiap minggu
Saffiyah meluangkan masa bersama Piya kecil. Raihan menyatakan bahawa Piya
telah menunjukkan beberapa reaksi positif pada kehidupannya. Gadis itu sudah
mula berani keluar rumah bersiar-siar di halaman. Dan yang paling menakjubkan
ialah Piya sedang berusaha untuk bercakap semula.
Syukur Alhamdulillah.
Satu keajaiban bila gadis yang setelah sekian lama enggan bercakap nekad untuk
berubah semula. Tiada lagi Piya yang suka menyendiri atau terperuk dalam bilik.
Tapi Saffiyah dan
Raihan kena mengikut syarat Piya yakni Saffiyah kena berjanji untuk berjumpa
dengan Piya setiap minggu sekiranya ada kelapangan. Saffiyah tidak menolak
malah dengan senang hati menurut kata gadis itu. Dia sendiri pun anak tunggal
dan tidak pernah rasa kehidupan adik beradik.
“Ada orang tu makin
lama makin selalu menghilangkan diri." sindir Yani berkias. Air bandungnya
dihirup perlahan.
Saffiyah hanya
tersenyum. Perasaan sangatlah dia orang yang dimaksudkan. Aktiviti ‘cuci mata,
tilik dan komen’ mereka di kafe pun semakin berkurang. Pasal Raihan pun mereka
masih lagi tidak tahu. Saffiyah dan Raihan pun jarang bertelefon atau bersms.
Sebaliknya hanya chatting di Facebook saja.
Saffiyah tersenyum
sedikit apabila teringkatkan Raihan. Bukan apa! Memang hobi mamat tu jadi pengeLIKE tegarnya di facebook. Semua status
dan gambar-gambar Saffiyah lelaki itu like. Bila Saffiyah tegur, jawapan Raihan
sama saja. “Sebab saya nak awak tahu yang saya LIKE awak selalu. Jadi bila awak
tengok notification awak, awak akan
sentiasa ingat yang saya LIKE dan suka awak.”
“A’ah. No life langsung.” Sokong Tiffah.
“Saffiyah!!!” jerit
Damia tiba-tiba. Bergema satu kafe
dengan suara si kawan. Padahal duduk pun sebelah Saffiyah saja pun.
“Hoi! Damia!” tegur
mereka bertiga serentak. Merah padam muka mereka yang lain bila ada
pandangan-pandangan pelik yang memandang mereka.
“Apasal dengan kau ni
Mia?” tanya Saffiyah.
“Cuba baca ni.” Damia
menghulurkan telefonnya pada Saffiyah.
Terbeliak mata Saffiyah
membaca status yang diletakkan pada dinding Facebooknya. Mahu tercekik cucur
udang yang baru saja ditelan tadi.
“Status ni status
semalam kan? Apasal kita rajin sangat buat assignment
semalam? Perghh!! Beratus-ratus orang
LIKE status ni.” Kata Damia. Peraturan mereka jika waktu buat assignment atau kerja. Seorang pun tidak
dibenarkan bermesej atau melayari laman sosial tidak kiralah Facebook, skype,
twitter, blog, tumblr dan sebagainya.
“Status apa?” tanya
Tiffah kecoh. Yani pula sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Wah! Sweetnya…” kata Yani tiba-tiba. Tiffah segera
mendekati Yani lalu membaca status yang dimaksudkan oleh Damia tadi.
Assalamualaikum awak,
Syukur Alhamdulillah, tak sangka awak boleh approve friends request saya. Selama ni
sayalah orang yang selalu telefon awak. Mungkin nombor saya tu awak dah block
sebab tu saya tak boleh telefon awak lagi. Mungkin awak marahkan saya atau
benggang ke apa kan? Saya jadi bisu bila terdengar suara awak. Saya tak tahu
nak mulakan sebarang bicara, sebab tu saya hanya tunggu awak cakap aje.
Saya CINTAKAN Awak. Saya nak semua orang tahu yang saya
cinta dan sayangkan awak. Setelah berbulan-bulan akhirnya barulah saya dapat track awak latar belakang awak dan di
mana awak sekarang. Syukur Alhamdulillah. Sejak saya nampak awak di kapal hari
tu. Hati saya tidak pernah lupakan awak. Betul! Saya tak tipu. Saya jatuh cinta
pada awak. Mungkin inilah perasaan cinta pandang pertama. Saya akan buat awak
jatuh cinta pada saya. <3
Yang ikhlas mencintai awak,
Encik Pilot.
“View profile dia wei. Cepat…” arah Yani pada Tiffah.
“Profile dia private la.
Tak boleh nak view. Profile picture dia ni ke? Handsomenya.
Nama dia Nazeem Haiy la. ” kata Tiffah.
“Wah! Nekad pilot tu
nak dekat kau Saf.” kata Damia. Damia la orang yang cadangkan agar Saffiyah
block nombor yang suka kacau dia tu. Malah menyuruh Saffiyah berhati-hati.
“Nasib kaulah Saf.
Untungnya jadi muka cantik macam kau ni. Tak payah cari lelaki tapi lelaki yang
terkejar-kerjarkan kau.”
“Mengarutlah. Tahu tak?
Cantik atau hodoh itu lama-lama akan jadi tua juga. Yang penting hati kita kena
cantik. Kalau muka cantik tapi perangai tuuttt… apa guna.” tegur Saffiyah.
Tidak suka dengan rungutan si kawan.
“Tapi kau tu dah la
cantik, alim pula tu. Mana lelaki tak terpikat.”
“Dah la. Aku tak suka
dengar semua tu… semua ciptaan Allah cantik dan sempurna.” Tukas Saffiyah.
“Habis tu Saf. Kau nak
buat apa dengan mamat Pilot ni?” tanya Yani pula.
“Entahlah Yani. Aku pun
tak tahu. Kawan-kawan aku dan sepupu-sepupu aku yang kepochi-kepochi tu pun dah
like. Maknanya dah tersebar dah ke
mulut mereka tu. Tu yang aku tak suka!” dan
seorang lagi. Raihan dah baca ke? Sambung Saffiyah dalam hati. Tadi
Saffiyah sempat melihat senarai nama orang yang like status tersebut. Tiada pun
nama Raihan tersenarai dalam senarai nama orang yang tekan butang like pada
status itu.
Damia memandang Tiffah
yang tetiba menjadi senyap. Dia menoleh ke belakang. Tepat pada pandangan
Tiffah kemudian berpaling semula memandang si kawan. “Tiffah kau ni apasal? dah
kena rasuk jin gatal ke?”
“Tengok mamat tu. Comel
kot!” jawab Tiffah. Mulutnya dimuncungkan ke hadapan sedikit pada jejaka yang
dimaksudkan.
Perlahan-lahan Damia
dan Saffiyah menoleh ke belakang. Yani pula membetulkan cermin matanya agar
jelas memandang orang yang dimaksudkan.
Mata Saffiyah
terbeliak. Segera dia berpaling menutup mukanya. Raihan! Macam mana lelaki itu
boleh ada sekarang ni. Harap-haraplah Raihan tidak nampak dia.
“Eh! Mamat tu ke sini
la…” kata Damia.
Jantung Saffiyah rasa
hendak tersembul keluar mendengar kata-kata Damia. Ikutkan hati, mahu saja dia
bersembunyi bawah meja kafe ni asalkan Raihan tidak nampak kewujudannya di
situ. Saffiyah hanya tunduk menguis nasi gorengnya.
Raihan berhenti tepat
di sebelah Saffiyah. Air liur pahit ditelan. Perlahan-lahan Saffiyah mengangkat
muka. Kecut jantung Saffiyah memandang muka Raihan yang merah mengalahkan buah
tomato kegemarannya.
“Maafkan saya. Boleh saya
pinjam kawan awak sekejap.” tanya Raihan sambil memaksa senyumannya kepada
kawan-kawan Saffiyah. Damia, Yani dan Tiffah yang masih terpinga-pinga dan
terkejut hanya mampu mengangguk setuju.
Tanpa menunggu lama,
Raihan terus menarik tangan Saffiyah pergi dari kafe. Saffiyah hanya mampu mengejar langkah Raihan
yang laju. Terasa sakit pergelangan tangannya yang digengam erat oleh lelaki
itu.
“Kenapa awak tak cakap
dengan saya pasal lelaki tu?” jerkah Raihan bila mereka berada di tempat letak
kereta.
“Awak ni kenapa?” tanya
Saffiyah dengan nada yang sama. Bahunya sedikit terangkat mendengar jerkahan
dari lelaki itu. Angin betul!
“Awak nak anggap saya
ni tunggul ke Saffiyah? Suka sangat mempermainkan hati orang! Awak tak nak
orang tahu pasal saya. Tapi lelaki tu…”
“Raihan!! Saya tak tahu
apa yang awak fikirkan pasal saya sekarang ni. Saya tak kenal pun siapa lelaki
tu. Saya tak pernah halang awak nak cakap dengan sesiapa pun pasal kita. Itu
hak awak. Saya bukannya jenis nak kecoh dengan semua orang dengan siapa saya
berkawan atau apa. Lagipun awak dah janji yang tak akan cakap pasal semua ni.
Awak lupa ke? Kita hanya kawan…” jelas Saffiyah panjang lebar.
“Saya tak pernah pun
pasang harapan pada awak Raihan. Saya dah cakap dari mula kita kenal lagi.” sambung
Saffiyah.
Raihan meraup mukanya.
Rambut yang sedikit kusut diselak ke belakang. “Maafkan Raihan. Saya tak
bermaksud pun nak tuduh awak bukan-bukan…” katanya dengan nada perlahan.
Saffiyah menarik nafas
untuk bertenang. Dia bersandar pada kereta Raihan sambil memandang lelaki itu.
“It’s okay.”
“Err… Piya nak jumpa awak. Kelas awak hari ni dah habis kan? Sekejap
aje tak apa kan? Kelmarin dia tanya pasal awak lagi.” kata Raihan.
“Baiklah… Saya pun dah
dua minggu tak jumpa dia. Asyik sibuk dengan test dan assignment aje.”
“Awak masuk ke dalam
dulu. Saya nak ambil barang dalam bonet belakang. Piya ada dalam bilik bacaan.
Awak jumpa dia kat sanalah.” kata Raihan.
Saffiyah sekadar
mengangguk lalu keluar dari perut kereta tanpa sepatah kata. Dia pun manusia
biasa juga. Hati Saffiyah masih lagi terasa dan tersentap dengan jerkahan
Raihan tadi. Terkejut dengan tindak-tanduk lelaki itu.
Pintu kereta ditutup.
Saffiyah terus melangkah masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik bacaan.
Tempat di mana Piya kecil suka menghabiskan masanya dengan membaca buku.
Saffiyah mencari-cari
kelibat Piya kecil di dalam bilik bacaan namun sahutannya langsung tidak
dibalas. Tiba-tiba Saffiyah terdengar pintu bilik bacaan di tutup rapat.
Saffiyah memandang Raihan yang melangkah masuk.
“Piya mana?” tanya
Saffiyah tapi Raihan langsung tidak menjawab. Sebaliknya, pintu bilik dikunci.
Hati Saffiyah tiba-tiba
tidak senang hati. Dia memandang Raihan yang senyap sambil memandangnya tajam.
Kaki Saffiyah berundur ke belakang sedikit. Dia betul-betul takut dengan Raihan
sekarang ini.
“Raihan… apa awak nak
buat ni? Piya mana?” tanya Saffiyah lagi.
“Raihan….” panggil
Saffiyah lagi.
“Raihan please… apa awak nak buat ni… jangan
dekat dengan saya..” rayu Saffiyah.
“Saffiyah… awak tahu
yang saya cintakan awak… bila saya nak dekat dengan awak. Awak tolak... bila
lelaki tu dekat dengan awak. Awak boleh buat bodoh aje.” kata Raihan.
“Saya cintakan awak
Saffiyah. Tapi lelaki tu nekad nak dapatkan awak. Saya yang dah depan mata pun
awak boleh tolak mentah-mentah…” sambungnya lagi.
“Raihan tolonglah
sedar… ” kata Saffiyah sambil berundur ke belakang.
“Saya tak akan biarkan
sesiapa lagi merampas orang kesayangan saya lagi. Sebelum dia dapatkan awak.
Awak mesti jadi milik saya dahulu.” kata lelaki itu lagi.
“Raihan… tolonglah
sedar.” Air mata Saffiyah mula bercucuran. Rayuannya langsung tidak
dipedulikan.
Raihan tidak pedulikan
tangisan Saffiyah. Dia semakin melangkah mendekati gadis itu. Tudung dan
bajunya Saffiyah ditarik kasar. Raihan tidak lagi dalam keadaan sedar. Segara
rayuan Saffiyah ditolak.
“Iman Raihan!!” jerit
Saffiyah.
“Raihan bawa mengucap
Raihan. Ya Allah!” jerit gadis itu lagi. Tiba-tiba Raihan kaku. Dia memandang
Saffiyah dengan riak terkejut.
“Saffiyah… ma…afkan
sa…ya.” Kata lelaki itu.
Pang!
Satu tamparan diberi oleh Saffiyah. Tangannya
bergetar lalu segera berlari membuka pintu bilik tersebut sementara Raihan
masih lagi kaku terkejut.
Saffiyah masih lagi
bergegar ketakutan. Tangannya bergetar tapi dia kuatkan juga langkahnya berlari
dari rumah Raihan. Sungguh! Dia langsung tidak dapat terima reaksi Raihan tadi.
Nasib baik Saffiyah sempat menjaga dirinya
sebelum maruahnya sebagai wanita tercemar. Dia tidak rela jika dirogol oleh
lelaki itu.
Dia terus melangkah dan
melangkah walaupun hilang arah. Saffiyah tidak tahu hendak ke mana. Fikirannya
buntu. Satu sahaja yang berlegar dikepalanya kini. Lari dari seseorang bernama
Iman Raihan!
Langkah Saffiyah
terhenti apabila terdengar bunyi hon kereta yang kuat. Kakinya terhenti dari
terus melangkah. Sebuah kereta Honda civic dipandang sedang laju mendekatinya
tapi kaki Saffiyah seolah-olah melekat di jalan tersebut.
Gedebukk!
Badan gadis itu terus
tersungkur sebelum pemandu sempat menekan brek kereta. Pandangan Saffiyah
menjadi kabur sebelum sempat dia menutup mata.
Raihan berlari masuk ke
dalam pintu hospital. Berita tadi betul-betul mengejutkan. Semuanya salahnya.
Dia terus berlari ke bilik yang dimaksudkan oleh Damia tadi. Mujurlah Raihan
tergerak hati untuk mencari Saffiyah setelah tiga hari kejadian hari itu
berlaku.
Kaki Raihan terhenti
pada pintu wad Saffiyah. Perlahan tombol pintu gadis itu dibuka.
“Assalamualaikum.”
Raihan memberi salam.
“Waalaikumsalam.” jawab
semua orang yang berada di bilik tersebut. Ada seorang doktor dan sepasang
suami isteri serta rakan-rakan karib Saffiyah.
Sekujur tubuh Saffiyah
yang hanya baring di atas katil dipandang. Kepala dan tangan gadis itu
berbalut. Saffiyah memandang Raihan tanpa sebarang riak.
“Err… doktor boleh saya tahu keadaan Saffiyah?” tanya Raihan setelah
bersalaman dengan ibu bapa Saffiyah.
Kedengaran doktor itu
mengeluh berat. “Saffiyah mengalami trauma. Keadaannya masih belum stabil.
Malah sejak dia sedar semalam. Saffiyah masih lagi enggan bersuara. Menurut
orang yang melanggarnya. Keadaan Saffiyah kusut masai dan tidak terurus. Kami
syak sesuatu telah berlaku sebelum dia kemalangan.” jelas doktor itu.
“Kami telah membuat
ujian. Mujurlah tiada sebarang kesan menandakan dia telah kena rogol. Cuma
tiada yang tahu keadaan sebelum dia kena langgar.”
Raihan menukar
pandangannya pada Saffiyah semula. Gadis itu sekadar memandang wajahnya sahaja.
Akhirnya dia hanya senyap tanpa mendedahkan segala yang berlaku pada hari itu.
Tujuh tahun kemudian…
Sejak peristiwa itu,
Saffiyah terus berhenti belajar. Hampir dua tahun juga diambil untuk
mengembalikan Saffiyah yang ceria semula. Bezanya Saffiyah sehingga kini masih enggan
mengeluarkan suaranya. Kini SAffiyah telah berjaya membuka kedai patung dan
barang-barang D.I.Y. Kedainya menjual
barang-barang yang comel dan kebanyakannya ialah Kawaii.
Saffiyah tidak lagi
mempedulikan dunia luar. Baginya tiada lagi benda yang menarik perhatiannya.
Dia hanya buat benda-benda yang dia suka sahaja. Berniaga dan melancong. Dua
bulan sekali Saffiyah akan melancong sama ada dalam atau luar negara.
“Kak Saffiyah ni
comellah…” kata Raina. Salah seorang kanak-kanak di rumah asuhan kanak-kanak
yang selalu Saffiyah lawat. Selalunya Saffiyah akan ke rumah asuhan tersebut
untuk membantu mak ciknya membuat kerja-kerja. Dia juga selalu memberi
hadiah-hadiah comel pada kanak-kanak di tempat tersebut.
Satu senyuman diberikan
kanak-kanak itu. Kanak-kanak berumur tiga tahun lebih itu memang petah
berkata-kata. “Kak Saffiyah… esok hari terakhir Raina di sini. Mama dan papa
kata kami dah nak pindah.” Sayu kanak-kanak itu bercerita.
Dahi Saffiyah berkerut.
Maknanya Raina tidak lagi berada disitu. Hatinya turut merasa sayu. Raina ialah
satu-satunya budak yang paling rapat dengannya.
“Mama dan Papa Rainakan nak kerja. Raina
kenalah ikut mereka.” kata Mak Cik Wawa tiba-tiba. Saffiyah memandang mak
ciknya untuk meminta penjelasan.
“Mak dan ayah budak ni
kena transfer ke Penang. Esok hari
terakhir Raina bersama kita.” kata Mak cik Wawa lagi.
Saffiyah mengangguk
faham. Dia senyum untuk memujuk Raina agar jangan bersedih.
Patung teddy besar di
keluarkan dari dalam keretanya. Memandangkan hari ini hari terakhir Raina di
rumah asuhan kanak-kanak itu. Saffiyah telah mencadangkan agar membuat satu
jamuan kecil-kecilan. Dia juga menyuruh mak ciknya menjemput ibu bapa
kanak-kanak tersebut. Saffiyah bercadang untuk sponsor semua makanan untuk
jamuan tersebut.
Langkah Saffiyah
tiba-tiba terhenti sebaik sahaja berada di pintu rumah asuhan tersebut. Melihat
wajah yang sedang memetik gitar di tengah-tengah kanak-kanak itu membuatkan
seluruh badannya bergetar. Anak patung yang dipeluk tadi terlepas dari
tangannya.
Semua pandangan melekat
pada Saffiyah yang kaku. Tiba-tiba matanya berlaga pada jejaka itu. Raihan
terus berdiri apabila terpandang sekujur tubuh yang sangat dirinduinya sedang
berdiri di hadapan. Terkejut! Tidak sangka hari ini mereka akan bertemu semula.
Sungguh Raihan merindui seraut wajah itu. Sejak Saffiyah tiba-tiba berhenti
belajar tanpa dikesan. Mereka tidak lagi bertemu.
“Kak Saffiyah?”
kedengaran suara seseorang sedang menyebut nama Saffiyah. Piya yang baru sahaja
hendak melangkah masuk dari dapur bersama dengan Mak cik Wawa benar-benar
terkejut dengan kemunculan Saffiyah di situ.
“Piya tak sangka dapat
berjumpa dengan kakak lagi.” kata Piya ketika dia dan Saffiyah duduk di taman.
“Piya dah tahu keadaan
kakak. Kak… dulu kakak pernah kembalikan suara Piya. Piya harap kakak juga akak
cuba mengembalikan suara kakak. Piya tak tahu apa yang jadi pada abang Raihan
dan kakak. Tapi kak… semua orang melakukan kesilapan. Piya tahu, akak juga
cintakan abang sebagaimana abang cintakan kakak…” Kata Piya lagi.
Saffiyah sekadar
tersenyum nipis. Dia memegang pipi Piya. Kadang-kadang Saffiyah juga merindui
telatah Piya yang dulu. Cuma dia tidak boleh berjanji apa-apa pada Piya.
Piya kecil juga ada
menceritakan tentang cinta pertama Raihan. Katanya Raihan pernah dipermainkan
oleh bekas kekasihnya dan terus menutup pintu hatinya sehinggalah Raihan
bertemu dengan Saffiyah. Sebab itulah Piya marah bila Raihan memperkenalkan
Saffiyah dahulu. Piya tidak mahu Raihan dikecewakan sekali lagi.
Satu lagi jambangan
bunga yang diterima. Bunga tanpa nama pengirim itu menyesakkan fikiran
Saffiyah. Setiap hari dia akan menerima jambangan bunga yang diletakkan di
hadapan kedainya. Saffiyah membelek jambangan bunga tersebut. Pandangannya
meliar ke sekeliling kedai. Ah hah! Akhirnya Saffiyah perasaan satu mata yang
memandangnya dari sebalik tiang. Siaplah kau!
Tanpa menunggu lama,
Saffiyah terus berjalan ke arah manusia itu. Entah malang apa yang menimpa
ketika dia hendak mendekati orang tersebut, Saffiyah terpijak kain baju
kurungnya. Matanya terus terpejam. Satu sahaja difikirannya kini. Sama ada
ter‘cium’ lantai atau terbaring atas lantai simen itu.
Tiba-tiba Saffiyah
terasa tangannya sempat ditarik sebelum terjatuh. Perlahan-lahan Saffiyah
membuka matanya. Alangkah terkejutnya apabila jarak muka Saffiyah terlalu dekat
dengan muka Raihan. Dia segera menjarakkan dirinya dari lelaki itu. Saffiyah
masih belum ada keberanian untuk bertemu dengan lelaki itu. Saffiyah memberi
semula jambangan bunga tersebut. Kemudian dia terus berlari meninggalkan
Raihan. Dia memegang dadanya yang berdegup kencang.
“Saffiyah… tunggu saya…” jerit Raihan.
Saffiyah menutup
telinganya dan terus berjalan. Lelaki ini tidak pandai serik-serik. Setiap hari
Raihan akan pergi mencarinya. Setiap hari juga la Saffiyah terpaksa melarikan
diri dari Raihan. Teringkat pesanan ringkas yang dibacanya semalam.
Saya
akan cuba mengembalikan suara awak semula… -Raihan
“Saffiyah…” jerit
Raihan lagi.
Langkah Saffiyah
terhenti. Dia memandang tepat pada anak mata Raihan.
“Awak…” kata Saffiyah.
Raihan tersenyum
mendengar suara Saffiyah yang tiba-tiba mengeluarkan suara.
“Awak cuba tengok
kanak-kanak yang sedang makan keropok Mamee tu. Nampak tak mereka hancurkan
keropok tu sebelum makan?” kata Saffiyah. Raihan mengalihkan pandangannya pada
kanak-kanak yang dimaksudkan.
“Mungkin awak mampu
membuatkan saya bersuara semula. Tapi awak tengok keropok yang budak-budak tu
hancurkan. Begitulah hati saya... sekali awak hancurkan. Tidak mungkin akan
bercantum semula.”
“Awak… tidak pernah
bercinta tidak bermakna saya tidak pernah jatuh cinta. Awaklah orang pertama
yang berjaya ketuk hati saya. Tapi awak juga yang hancurkan hati saya. Awak…
sekali hati saya hancur. Tidak mungkin saya akan terima awak semula.”
“Awak tahu tak? Pada
hari awak lawat saya di hospital tu. Saya menanti kata maaf dari awak. Awak
tunggu awak jelaskan pada ibu bapa saya. Tapi awak mengambil keputusan untuk
senyap saja. Awak tahu tak? Saya simpan secebis harapan pada awak. Saya
ingatkan kalau awak cintakan saya, awak akan bertanggungjawab dengan apa yang
awak lakukan tapi sebaliknya.”
Saffiyah cuba menahan
air matanya yang gugur. Tapi akhirnya setitik demi setitik jatuh.
“Pasal pilot tu saya memang tidak kenal. Ada
satu hari, pilot tu datang merisik
dan meminang saya ke rumah. Walaupun ibu bapa saya telah menerangkan status
saya. Dia sanggup untuk bertanggungjawab ke atas saya….
Awak nak tahu? Saya tulis
surat bagi dekat dia yang cinta tidak semestinya memiliki. Saya tak nak rasa
cinta atas belas kasihan atau tanggungjawab tapi cinta yang ikhlas. Dan saya
tahu lelaki tu sepatutnya mendapat wanita yang jauh lebih baik dari saya… ”
sambung Saffiyah. Dia mengesat air matanya.
Raihan hendak mencelah
tapi Saffiyah menaikkan tanganya sebagai isyarat biarkan dia habiskan kata-katanya.
“Awak… cukuplah! Awak
dah berjaya mengembalikan suara saya. Tolonglah jangan cari saya lagi… saya
merayu pada awak. Tolonglah jauhkan diri dari saya sekiranya awak masih
cintakan saya… Assalamualaikum.” kata Saffiyah kemudian terus melangkah meninggalkan
Raihan.
Raihan terdiam.
Perlahan-lahan air matanya gugur. Dia hanya mampu memandang Saffiyah yang terus
melangkah meninggalkan dirinya.
Maafkan Raihan…
TAMAT.
desss. sambung pulak. tegah syiok bace.. huhu...
ReplyDeletepssst, cover sangat cun!
Ni yang geram ni...
ReplyDeleteBaru baca sekerat...-_-#
Apapun best...#^_^
Cepat sikit sambung...
like! :)
ReplyDeletesapa plak pemanggil misteri tu.. ntah2 piya yg kol.. :)
~mizz acu~
Cepat sambung. Excited nk baca. Hehehe
ReplyDeleteterima kasih sebab sudi tinggalkan komen. =)
ReplyDeletewuuu.da habis ke?
ReplyDeletesad ending,..
tp ada moral.
best!