Thursday, April 26, 2012

Secantik Ainul Mardhiah bab 26





Melangkah saja masuk ruang tamu Iqbal, Ikram sudah dikejutkan apabila bagasinya sudah tersedia di tepi sofa.
‘Nak menghalau akukah laki bini ni?’ gumamnya sendirian lagi.
“Hah! Dah balik? Jomlah kita minum petang. Aku tengah bantu Rina masakkan cengkodok di dapur ni.” Tegur Iqbal sambil berjalan keluar dari pintu dapur. Siap pakai apron lagi tu. Memang suami mithali kawannya seorang ni.
“Inikan beg aku?” Ikram tidak menjawab sebaliknya menyoal Iqbal kembali.
“A’ah beg kau. Nantilah aku cerita… jom kita minum dulu.”
Ikram mengangguk tanpa banyak soal. Mereka melangkah ke meja makan untuk santapan petang. Tiada pun yang hendak terburu-buru.
Seorang bagi signal kepada seorang. Kemudian berbalas balik. Bertambah bingung Ikram. Malas betul hendak fikirkan perihal laki bini depan ni.
“Korang cakap sajalah.” Tanyanya setelah mereka siap minum petang. Ikram sendiri yang perasaan dengan tingkah pelik Iqbal dan Afrina. Kalau ikut perang boleh jadi pengintip kedua-duanya ni sebab tak payah pakai mulut bercakap. Hanya perlu jeling-jeling saja.
“Cakaplah…” siku Iqbal ditolak oleh lengan Afrina.
“Beginilah Ikram… kau baliklah rumah. aku yakin Zarra ada jumpa kau tadi terangkan semuanya. Memang itupun tugas yang diberi untuk dia. Ibu dan ayah kau di rumah pun tengah tunggu untuk cakap pasal benda ni.” Terang Iqbal.
“Watak aku cuma yakinkan kau pasal hubungan Ainul dan Aizat saja. Jadi batu api!” Sambungnya lagi.
“Jadi apa yang Zarra cakap tu betullah?” soal Ikram. Mudah betul dia terjerat dengan rancangan kawan baiknya seorang tu.
“Kami buat ni demi kau dan Ainul. Percayalah! Supaya kau sedar dalam hati kau tu ada perasaan pada Ainul. Kau cemburukan waktu Aizat dekat dengan Ainul?” Iqbal menyoal perasaan Ikram.
Perlahan Ikram mengangguk. Tiada lagi perlu disangkal. Selepas Zarra keluar ofisnya tadi. Kepala Ikram sudah mula berfikir. Hatinya tidak pernah ingin melupakan Ainul. jantungnya pula sentiasa berdegup tatkala mereka berdekatan. Manakala, Ikram sentiasa rasa bahagia bersama Ainul.
“Cemburu itu tandanya cinta. Ingat itu tandanya rindu. Bos tak rindukan Ainul ke? Bos baliklah… kalau pun tak percaya kata kak Zarra tapi cuba percayakan kata-kaa ibu bos sendiri.” getus Afrina.
“Betul tu Am. Fikirlah pasal kebahagian. Buanglah ego kau tu. Tak salah kita cintakan isteri sendiri. Mungkin susah hendak mengaku tapi daripada terseksa baik lagi kau terus terang pasal perasaan kau tu.” Balas Iqbal pula untuk menyokong hujah isterinya.
“Nak tahu tak?” Ikram tersenyum meleret.
“Apa?” Serentak suami isteri itu menyoal kembali. Ikram ni buat babak suspen ketika mereka tengah memberi ‘Kuliah’ pula.
“Kamu dua ni kan… boleh ganti pengacara ‘Semanis Kurma’tu. Ada bakat jadi kaunselor berjaya. Siapa nama suami isteri tu? adoi…!!” belum habis Ikram cakap kepalanya sudah kena luku oleh Iqbal. Orang serius dia main-main pulak.
“Bos tolonglah serius. Kesian dekat Ainul tu. Tadi ibu ada telefon yang Ainul pura-pura kuat sedangkan semalam Yayah kata uminya menangis semalaman.” Afrina turut memanggil ibu Ikram ibu memandangkan suaminya berbuat sedemikian.
“Nasib baik Yayah ada temankan uminya. Kalau harapkan kau. Huh! Mulut saja laser. Cakap tak guna otak dulu.” sindir Iqbal pula.
“Habis tu aku, korang tak nak kesiankan? Kamu anggap aku ni macam game ke apa?”
“Nak kesiankan kau buat apa? kau juga yang ego sangat. Tak cinta konon. Sekali kena uji sikit dah naik angin. Itupun Aizat sudah nak stop kan rancangan ni. Kalau tak adalah orang yang frust menonggeng sebab bini kena rembat..” tembak Iqbal lagi.
‘Alang-alang menceluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.
 Alang-alang brainwash Ikram, biar sampai tersedar dari angan.’ Desis Iqbal dalam hati. Maju Iqbal sekarang. Siap bagi pantun dua kerat!
“Yelah! Aku baliklah ni…” Ikram akhirnya mengalah juga.
“Balik rumah tu jangan lupa pujuk Ainul. Dia tak salah apa-apa pun. Yang penting luahkan perasaan kau tu. Itupun susah! Kau pujuklah dia guna cara sendiri. Kami tak nak bagitahu pasal rancangan ni. Kau pula jangan nak gatal mulut ceritakan rancangan ni.” Iqbal masih lagi bagi pesanan penaja.
“Aku tahulah… membebel macam mak nenek. Terima kasih tumpangkan aku. Assalamualaikum.”



“Umi… umi…” panggil Yayah.
“Ya sayang.” Kata Ainul sambil melipat kain di atas katil.
“Semalam umi menangis? Yayah terbangun semalam terdengar suara umi.”
 Ainul berhenti melipat kain. Yayah yang sedang memegang telinga patung beruangnya dipandang lembut. Terharu dengan perhatian anak itu kepadanya. Kalaulah Ikram sedemikian…
“Umi tak menangis sayang…” pujuk Ainul. Dahi Yayah dicium. Hatinya sedih tapi dikuatkan juga untuk menjaga dan mengembirakan kanak-kanak ini. Siapa tidak marah jika dihina. Dimana lagi Ainul hendak letak muka selepas ni?
Sedangkan tadi ketika dia hendak keluar menyidai baju pun sudah terasa ada mata-mata yang memandangnya sinis. Sudah tentu tersebar satu taman pasal kelmarin. Berlaku depan rumah pula tu.  Sudahnya Ainul hanya terperuk di dalam rumah sahaja. Kesian Yayah kerana tidak dapat bermain diluar kerana menemaninya.
“Umi…” panggil  Yayah. Tidak berpuas hati dengan jawapan Ainul.
“Insyaallah sayang. Umi akan cuba kuat. Allah tidak akan memberi ujian kepada hambanya ujian yang diluar kemampuan kita...” jelas Ainul walaupun dia tidak pasti Yayah kecil itu memahami kata-katanya.
Dahi Yayah berkerut untuk memahami setiap butir kata tapi dia masih lagi gagal untuk memahaminya. Ainul sekadar tersenyum. “Mari sini duduk dekat umi…” katanya sambil menepuk tilam.
Yayah mengensot mendekati uminya.
“Yayah tak faham maksud umi.” Ainul menyoal. Kepala Yayah dikusap dengan penuh kasih sayang. Kanak-kanak itu mengangguk bagi menjawab persoalannya.
“Umi ada satu kisah… kisah pasal seorang sahabat Rasulullah. Namanya Bilal bin Rabah. Bilal ni asalnya hanya seorang hamba Umayah bin Khalaf. Pada satu hari, Umayah dapat tahu Bilal masuk islam tanpa pengetahuannya. Umayah marah sangat sebab dia benci sangat dengan agama Islam. Kemudian, dia pun seksa Bilal…” Ainul berhenti seketika.
“Bilal dipukul, dilempar batu-batu malah yang paling teruk dia dibaringkan di atas pasir yang sangat panas dan ditindih dengan batu yang besar yang sangat panas supaya dia tinggalkan agama islam. Yayah rasa dia tinggalkan islam tak?” soal Ainul.
Yayah mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Bilal bertahan…sakit macam mana pun dia diseksa oleh tuannya. Bilal tidak ingin keluar malah dia yakin sangat dengan kekuasaan Allah. Dia hanya cakap ‘Ahad,ahad’ bermaksud Yang Esa,yang Esa sebab dia yakin bahawa Allah ada untuk disisi kita.”
“Kesian Bilal kan umi. Sampai hati Umayah seksa dia.”
“Walau bagaimanapun seksaan yang ditanggung…Bilal tetap teguh kerana dalam surah Al Baqarah ayat 286 ada menyatakan bahawa Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Itu kata Allah…” balas Ainul.
“Jadi kita kena sentiasa berdoa kepada Allah kan umi?”
“Pandai anak umi, kita perlu yakin dengan ujian Allah. Kita berdoa agar dipermudahkan dalam ujiannya yaa sayang. Insyaallah Allah maha pengasih.”
“Yayah doakan semoga umi kuat dengan ujian Allah seperti Bilal... amin.” Yayah meraup mukanya setelah menadah tangan mendoakan kekuatan untuk Ainul.
“Terima kasih sayang.” Ainul menarik Yayah ke dalam pelukannya. Terharu dengan kesungguhan kanak-kanak itu.
Bunyi ketukan pintu mengejutkan mereka berdua. Perlahan pintu bilik terkuak. Puan Noraini senyum lalu masuk ke dalam bilik menantunya.
“Yayah main dengan umi?” soalnya sambil mendekati mereka.
Yayah mengangguk. “Nenek nak cakap sikit dengan umi. Yayah temankan atuk minum di bawah dulu yaa sayang... Nek Bibah ada masakkan kuih untuk kita. Kejap lagi nenek dan umi turun.” Pujuk Puan Noraini.
Sekali lagi Yayah mengangguk tanpa menyoal lebih. Dia memang rapat dengan Puan Noraini dan Encik Ahmadi yang bergelar nenek dan datuknya.
“Ainul tak apa-apa?” tanya Puan Noraini ketika susuk tubuh Yayah sudah keluar dari bilik.
“Insyaallah tiada apa-apa bu.” Jawabnya.
“Syukur Alhamdulillah. Ainul… tadi Ikram ada telefon ibu. Katanya dia hendak pulang semula ke rumah. Dia dalam perjalanan balik sekarang.” Puan Noraini memulakan perbicaraan. Bukan main terkejut lagi mereka awal pagi tadi apabila kereta Ikram langsung tidak kelihatan. Hanya pesanan ringkas menyatakan bahawa dia hendak keluar rumah beberapa hari saja.
“Mungkin permintaan ibu agak melampau. Tapi apa pun kesilapan Ikram ibu mohon agar Ainul maafkan Ikram.” Pintanya. Sebagai seorang ibu, harapannya agar rumah tangga Ikram tidak berpecah belah.
“Abang tuduh Ainul bu… Abang kata Ainul lagi kotor dari seorang pelacur. Hancur berkecai hati Ainul. Hina sangat ke Ainul ni sampai Abang tuduh Ainul dengan abang Ijat?” air matanya mulai bergenang tatkala mengingat hinaan tersebut. Dia cuba lupakan tapi tetap sukar.
“Ibu faham sayang… Tapi Ikram juga manusia biasa. Tiada manusia yang sempurna.” Pujuknya bagi pihak Ikram.
“Insyaallah Ainul cuba. Tapi Ainul tak janji dapat lupakan dalam masa terdekat. Sedangkan Ainul sendiri tidak berani tunjuk muka dengan orang luar.” Itu janji Ainul. mungkin dia akan cuba. Memaafkan seseorang yang menghina kita itu terlalu sukar tapi hati kita akan tenang dari terus memendam dendam.
“Terima kasih sayang… Sudahlah. Kita lupakan dulu perkara ni. Mari turun minum dengan ayah  dan Yayah.” Ajak Puan Noraini. Ainul mengangguk setuju. Sarat kepalanya memikirkan perihal ini. Maafkan? Mampukah dia sedangkan selama ini Ainul tidak pernah diherdik biar sekalipun oleh sesiapa. Siapa yang berani hendak maki hamun cucu orang yang berpengaruh seperti datuknya.



Minum petang mereka terhenti ketika Ikram dengan selambanya masuk ke dapur lalu duduk di sisi Ainul. Semua orang memandang Ikram pelik. Siap mencium pipi Yayah lagi!
Beberapa kali mata Ainul berkelip memandang Ikram selamba menikmati cenkodok panas. Perhatiannya terhenti apabila tersedar dari khayal. Ingatkan marah sampai tidak mahu balik rumah. Tidak sampai satu hari sudah nampak batang hidung balik.
Salam yang diberi oleh Ikram hanya mampu di jawab dalam hati saja. “Ibu, ayah Ainul sudah kenyang. Ainul naik atas dulu. Assalamualaikum.” Katanya sambil berdiri mengangkat pinggan. Nama Ikram langsung tidak terkeluar dari mulutnya.
 “Yayah, habis makan nanti naik atas yaa sayang. Umi naik sediakan air untuk mandi.” Pesannya lagi pada anak kecil itu.
“Apa kamu rasa? Mulut tu lain kali sambung dulu dengan otak baru keluarkan suara. Ini tidak! cakap ikut sedap mulut saja.” Sembur Puan Noraini. Anak bertuah. Mereka laki bini pun tidaklah bercakap main lepas macam Ikram. Entah ikut genetik siapa anak mereka ni. Tak tahulah…
“Ibu ni…” balik saja terus kena sembur. Hari ni telinganya kena cuci sampai tiada road block. Licin dan berkilat lubang telinga Ikram. Semua berkomplot hendak tembak dia. Kalau ada seranga masuk sudah tentu tergelincir sebab licin sangat tanpa tahi telinga!
“Ibu ni… ibu ni… terlajak perahu boleh diundur, terlajak mulut? Ingat mulut tu boleh reverse balik ke?” marah Puan Noraini lagi dengan sikap anaknya.
“Wah! Kelaaassss ibu... reverse gitu! Am tak reverse bu. Am terus break tapi kali ni break tak makan. Hikkkkkk…..” gurau Ikram. Siap dengan gaya orang tarik handbreak lagi!
“Terus accident. Hehe…” Sambungnya perlahan. Tersengih panjang Yayah. Lucu dengan tingkah ayahnya yang comel. Sejak mereka selalu berjumpa untuk urusan anak angkat Ikram sudah mengelarkan dirinya sebagai ayah Yayah. Tidak mahu kalah dengan Aizat.
“Comel anak ayah senyum… umi marah dekat ayah lagi ke?” bisik Ikram ke telinga Yayah. Anak kecil itu mengangkat bahu tidak tahu.
Sudah tentulah sebab Yayah tidak tahu apa-apa. waktu kejadian kelmarin, Zarra telah menyembunyikan kanak-kanak tersebut supaya tidak nampak perkara yang sepatutnya berlaku antara papa, umi dan ayahnya.
“Tapi semalam umi nangis.” Lapor Yayah.
Ikram terus terdiam. Mulutnya ditutup rapat lalu dikembang kempis beberapa kali. Cuba untuk memerah otak buat sesuatu.
“Itulah yang kamu dapat. Bagi menangiskan bini kamu…” Puan Noraini kembali berleter.
“Aini sudahlah tu.” tegur Encik Ahmadi. Isterinya ni kalau terus berleter bukan saja telinga Ikram yang bocor tapi dengan telinga-telinganya sekali.
“Tapi bang…”
“Biarlah mereka selesaikan hal rumah tangga mereka. Budak dua ni dah besar panjang.” Lembut Encik Ahmadi memujuk isterinya. Dia tahu ibu bapa mana yang tidak risaukan tentang anak sendiri. Tambahan lagi anak mereka ni tidak tahu erti matang.
Yes! Nasib baik ada ayah backup…” Gembira Ikram. Sekurang-kurangnya ada juga yang menyebelahi dia. Seharian kena bom atom dari semua orang. Biarpun seorang yang menyebelahi Ikram pun sudah memadai.
“Bila masa ayah backup kamu? Kamu kena selesaikan masalah ni secepat yang mungkin. Kemudian selesaikan SEMUA teman wanita kamu. Faham! Ini arahan bukan permintaan.” Tegas nada Encik Ahmadi mengingatkan Ikram. Perkataan ‘Semua’ sengaja ditekankan supaya tiada satupun tertinggal.
Roger and out! Okay la. Am nak out dulu. Assalamualaikum.” Kerusi ditolak. Ikram keluar dari dapur menuju ke tingkat atas.
“Nak ke mana pulak tu?” soal Puan Noraini. Kita penat-penat berleter tapi dia buat macam masuk kiri keluar kanan saja.
“Am nak settle semuanya la! Nak masuk bilik dulu. Tak payah panggil Am makan malam. Am dah kenyang makan di rumah Iqbal tadi. Lagipun esok tak kerja. Malas!” jerit Ikram yang sudah berada di ruang tamu.
Semua urusan pejabat yang memerlukannya sudah siap dikerjakan oleh Ikram sampai kerja yang sepatutnya dibuat oleh orang bawahannya pun dia buat. Rajin tiba-tiba sebab tidak mahu layan perasaan.




Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Tuesday, April 24, 2012

Cerpen : Cinta Luh Mahfuz (PROLOG Novel Bukan Orang Ketiga)



Annur tekun menulis cerpen terbarunya.  Selaku penulis bebas sepertinya memang sentiasa melekat dengan sebiji pen dan kertas. Tapi oleh kerana takut serabut akhirnya dia sanggup compile kertas A4 menjadi buku.
Buku Contengan Tangan tertera dengan tulisan tangan Annur di muka hadapan buku tersebut. Kalikatur serta lukisan grafik hasil tangannya menjadi hiasan. Dari cerpen, sisipan babak novel, lukisan kalikatur dan portrait gambar-gambar bercampur aduk dalam nota buatan sendiri ciptaannya.
Macam diari pun ada, bezanya buku ni makin lama makin tebal. Habis kertas, akan ditebuk lagi kertas A4 kosong sebagai muka surat baru.
Butang suara pemain MP3 dikuatkan lagi. Biar pekak telingan. Duduk seorang diri di lapangan terbang yang besar tahap gaban ni membosankan. Hendak bercakap pun entah dengan siapa.
“Nasib badanlah…” siap suruh berkeras juga nak balik awal. Kawannya yang lain semua balik esok. Annur pula semangat. Habis saja kertas terakhir kelmarin, besoknya sudah balik. Yang lain masih lagi tinggal sehari dua. Lepas tekanan, nak bersuka ria dan tidak mahu kelam kabut balik konon. Lagipun semester akhir sudah! Maknanya mereka susah untuk bertemu lagi.
Sebuah beg bagasi yang bersaiz kecil terjatuh di kaki Annur. Bagasi orang yang duduk di sebelahnya terjatuh. Secara spontan Annur membantu untuk mendirikan semula.
Annur memangang orang disebelahnya. Satu senyuman manis yang diberi tiba-tiba mati. Tindakan reflect setelah memandang wajah si dia.
Mata mereka bertembung seketika.
“Terima kasih.” Ujar lelaki itu. Lantas Annur mengalihkan pandangannya. Baru tersedar dari angan.
“Sama-sama.” Jawabnya pendek. Dadanya berombak kencang. Boleh jadi ribut taufan, puting beliung, angin monsun semua ada!
Tangan Annur kembali menyambung cerpen yang terhenti tadi. Tapi fikirannya sudah jauh melayang. Tidak jauh pun tapi pasal lelaki yang duduk disebelahnya. Tentang projek Berani Mati yang dibuat bulan lepas. Peristiwa sebulan yang lalu kembali di kotak fikiran Annur.



Nama itu menjadi pilihan Annur lagi. Setiap kali melayari laman sesawang Facebook dia mesti melihat profile lelaki itu. Mereka tidak pernah bersua. Apatah lagi mutual friends di facebook langsung tiada.
Setahun yang lalu, Annur kerap berblog sehingga terjumpa blog lelaki ini. Segala intipati blog menarik perhatian Annur. Entah bila Annur menerima lelaki itu sebagai kawannya di Facebook pun dia tidak tahu. Lagipun bila kali Annur masuk blog lelaki itu telah pun dikosongkan. Segala entrinya dipadam.
Siapa percaya kalau Annur tidak pernah berchat dan komen status dengan lelaki itu. Tapi itulah realitinya. Hanya butang LiKE saja yang berani ditekan. Nak komen? Haraplah…
Bukan saja entri blognya menjadi kegemaran Annur tapi status Facebook lelaki itu yang selalu berkongsi kata-kata motivasi dan hadis menarik perhatian Annur yang suka mengumpul kata-kata motivasi.
Apa lagi! Mulalah system kau like status aku dan aku like status kau. Membalas komen tidak pernah langsung. Annur pun memang suka menghambur di New Feed dengan kata-kata dan hadis yang dijumpanya.
Itulah yang dia yakin. Mungkin minat mereka sama dalam mengumpul kata-kata motivasi?
Huzaimy! Pemilik nama yang dirasa cukup unik itu di pandang kosong. Hari ini mungkin hari terakhir Annur mamandang wajah yang telah mencuri hatinya dalam diam. Lelaki yang jauh di sana tapi terlalu dekat di hati.
Memang Annur sudah memecah tradisi. Orang yang tidak pernah bercinta sudah menjadi stalker tegar bagi jejaka itu. Tidak ada seorang pun mutual friends mereka.
“Hanya kau dan aku!” cewah! Mulalah dia berkata-kata lagi.
Hari ini dalam sejarah. Hatinya sebulat suara hendak menghantar private message kepada jejaka itu. Selama ini private message itu tidak berguna langsung. Statusnya pun sentiasa offline macam mana hendak berchat dengan orang lain. Padahal hampir setiap jam dia online.
Kalau hendak bercerita pun dengan kawan yang dia kenal saja. Itupun lagi suka komen saja di dinding muka buku. Perigi mencari timba! Itulah kritikan yang diberi untuk diri sendiri. Sedar diri juga Annur sebenarnya.
Once and for all… lepas hantar pesanan dia akan terus unfriend dan block lelaki ini. Takut orang ni balak orang beb. Itu satu hal! Kalau tunangan orang lagi da. Nasib baik yang Annur yakin lelaki ini bukan suami orang dengan sebab dia selalu diusik di wallnya. Pervert la katakan… semua dia tahu…
Annur tahu memang kerja gila yang dia buat sekarang ni. Tapi atas nasihat pembaca blognya setelah membaca puisi luahan hatinya. Annur bertambah yakin. 
Mulalah tangan Annur menaip…
Assalamualakum awak,
Maaf mungkin saya menganggu! (memang menganggu pun.) Saya ni orang gila yang sukakan awak. Entah kenapa…perasaan tu tiba-tiba saja hadir dalam hati ni hah! mungkin awak akan terkejut.!! Tentu terkejut kan? Saya lagi la tidak sangka… selama ni saya mengelak dari bercinta… apa lagi buat kerja gila begini.
 Saya mengaku mungkin saya ni seperti perigi mencari timba. Saya sukakan awak biarpun kita tak pernah bersua, bercerita ataupun sekadar berchat. Saya cuba elak perasaan tu tapi dia degil sangat. Pelikkan? Saya rasa cinta ni pelik! Pelik sangat…
Tahu tak? Sampai saya sanggup berdoa dan buat solat hajat supaya saya lupakan awak! Betul! Awak mungkin tidak percaya…tapi itulah realitinya. Tapi saya nak juga mengaku yang saya ada doa andai nama awak dan nama saya tertulis di Luh Mahfuz, InsyaAllah ada jodoh buat kita. Tapi sekiranya tiada, saya memohon agar hati ini suci buat suami saya. Pemilik nama yang tertulis di Luf Mahfuz. J
Panjang lebar saya tulis, harap awak tidak salah sangka yang saya salah hantar pesanan ni. Memang benar luahan perasaan ini buat awak Encik Huzaimy. Jangan risau! Lepas ni saya tidak akan lagi tengok FB awak.  L
Usai saja saya hantar pesanan ini saya akan terus unfriend dan block awak. Apapun tanggapan awak pada saya, Saya nak juga kata cinta saya untuk awak hadir tanpa dipinta. Sekian terima kasih dari hati ini…
(p/s : Saya sebenarnya ingatkan nak jadi macam Saiditina Khadijah, berani meluahkan perasaannya. Tapi saya tiada ‘Maisarah’ untuk menyampaikan hasrat saya…)
Dari hati yang mencintai,
Annur.
Seperti yang dikatakan. Annur kotakan juga janjinya untuk unfriend dan block lelaki itu. Dia malu, sangatlah malu dengan tindakannya. Tapi sekali semuanya terluah hati Annur terasa lapang sekali.



Annur mengeluh berat mengenangkan peristiwa sebulan yang lalu.  Biarlah ia berlalu… yang penting kepulangannya beberapa jam lagi.
Kertasnya dipandang semula. Erk? Apa sudah jadi. Portrait lelaki itu pula yang terlakar. Gila! Annur memang gila. Teringatkan peristiwa itu sampai Annur boleh melukis gambar lelaki itu. Angau punya pasal. Sebab itulah kawan-kawannya selalu ingatkan dia…
‘Cinta pertama bahaya! Apatah lagi orang macam kau yang tidak pernah bercinta ni.’ Memang masin betul mulut kawan-kawannya.
Mata Annur melirik ke tepi. Bukan sekali tapi berkali-kali. Lelaki itu hanya senyum sambil menatap Ipadnya. Sama ada anak orang berada ataupun bekerjaya. Memang bekerjaya pun. Budak ni pilot tau.
‘Ah! Tidak boleh jadi ni… tengok lesung pipi di wajahnya pun boleh buat aku pengsan dalam beberapa saat lagi. Tidak pasal-pasal dia kena buat CPR. Haha… kalau pandai. Kalau tak? Alamatnya goal dia di situ.’
Adakah orang mati sebab pengsan tengok lesung pipi orang? Rasa-rasanya Annurlah orang pertama.
‘Kalau pandai boleh jugak…hehe…’ sambungnya lagi.
‘Ya Allah gatal kau Nur!’ marah hatinya. Memang Annur tengah berlawan dengan perasaannya sendiri.
“Tidak boleh jadi!” Annur duduk tegak. Kalut dia kemas barang. Pen dan bukunya di sisip saja dalam poket belakang beg lap top.
Annur hendak pergi dari situ. Bahaya! Makin lama makin tidak betul dengupan jantungnya. Mc Donald kembali menjadi sasaran utama. Apa lagi kalau bukan ais krim coklat kegemarannya. Chocotop la apa lagi. Coklat pengubat hati.
Oleh kerana terlalu kalut. Annur tidak perasaan notanya tercicir di kerusi tadi. Kelam kabut sangat hendak pergi dari situ. Lelaki ni pun satu. Punyalah banyak kerusi situ juga dia duduk. Punyalah banyak lapangan terbang di Malaysia ni, di sini juga dia datang.Mungkin Huzaimy bercuti. Pakaiannya yang biasa saja tidak menandakan dia sedang bekerja.
Lagipun sudah sebulan dia unfriend dan block lelaki ini. Nekad tidak mahu lagi jenguk Facebook Huzaimy punya pasal. Jadi segala aktiviti langsung tidak diketahui.



Semasa menunggu di Lift, Annur bertembung dengan seorang wanita separuh abad. Pada penilaiannya wanita itu cantik sangat dan menarik perhatiannya. Annur berbalas senyuman dengannya.  Wanita itu keluar dari perut lift bersama seorang lelaki yang hampir sebaya dengannya. Mungkin juga suaminya.
‘Bestnya kalau begini… tua-tua pun romantik!’ desis hati Annur sambil memerhati saja mereka pergi sehinggalah lift tertutup rapat.
Usai membeli burger dan ais krim. Annur mengambil tempat di Mc Donald saja. Takut bertembung lagi dengan lelaki itu. Komputer ribanya dibuka. Apa lagi kalau bukan Facebook menjadi sasaran. Annur saling balas membalas komen dengan kawan-kawannya di alam Maya selama menanti beberapa jam lagi sebelum berlepas.



Annur masuk ke dalam kapal terbang. Nasibnya baik kerana dapat tempat duduk tepi tingkap. Memang dia suka sangat duduk di tepi tingkap kerana dapat melihat keindahan alam semula jadi dari atas.
Annur menanti orang yang bakal duduk ditepinya. Dua kerusi itu masih lagi kosong. Lebih hebat lagi sebaris ni kosong. Kalau nasib bakal-bakal dia seorang saja duduk situ. Naik MAS memang seat banyak kosong.
“Eh! Mak cik tadi tu la…” gumam Annur sendirian. Belakang makcik itu lelaki tua tadi. Annur memandang lagi orang yang masuk. Dan di belakang pak cik tu pulak lelaki yang langsung dia tidak mahu tunjuk muka! Huzaimy…
Segera Annur menyembunyikan mukannya. Pandanganya hanya terus ke luar tingkap. Annur sempat juga perasan yang mak cik dan suaminya itu mengambil tempat disebelahnya. Dan Huzaimy terus saja berjalan ke belakang.
Nafas lega dihembus. Lega bukan Huzaimy yang duduk di sebelahnya. Annur menoleh ke belakang. Mencari Huzaimy. Sekali pandang! Tepat anak mata mereka bertembung lagi.
‘Mak aih! Jauhnya… belakang aku saja pun adoi!!’ Annur lantas berpaling. Tangannya di dada. Cuba untuk menahan debaran di dada. Ya Allah lindungilah hatiku…
Apabila mak cik disebelahnya senyum manis kepada Annur. Hatinya sedikit tenang.
“Mak cik bercuti?” tanya Annur ramah. Annur memang peramah. Tapi dengan orang tua. Kalau orang muda memang susah sikit nak buka mulut. Yang dia tahu hanya senyum tak perlu kata apa-apa. Pandang mata orang pun selalu saja takut.
“A’ah. Jalan-jalan dengan suami dan anak mak cik. Anak ni pun bercuti?” balas mak cik itu ramah. Annur apa lagi. Kena dengan orang peramah memang dengan ramahnya mereka bercerita. Sedar tidak sedar sampai kapal terbang mendarat pun barulah mereka tahu yang sudah sampai ke destinasi.



“Annur!” panggilan nama Annur membuatkan dia terhenti dari terus melangkah. Nasib baik dia dengar. Kalau tidak memang laju saja kakinya berjalan. Biasalah sudah jejak negeri tercinta! Tinggal jejak rumah saja lagi.
Annur menoleh. Kelihatan mak cik Ain. Mak cik yang rancak bercerita dengannya dalam kapal terbang tadi. Annur senyum sambil menarik bagasikan menuju ke tempat wanita itu berdiri. Hatinya berdebar lagi. Kenapa Huzaimy sedang bercerita dengan suami mak cik Ain?
Kakinya dikuat saja mendekati mereka.
“Mak cik panggil saya?” tanya Annur.
“A’ah… Tadi Annur kata balik ikut teksi kan? Kalau Annur tak terburu-buru. Mak cik nak ajak makan dulu. Kita makan di sini saja.” Usul Mak cik Ain. Annur rasa macam hendak meraung saja menolak pelawaan tersebut. Tapi bila terpandang wajah mak cik itu yang mengharap sangat membuatkan dia serba salah.
Akhirnya mengangguk juga dia tanda setuju.
Sebuah restoran Thai menjadi pilihan Huzaimy. Tahu pula dia kewujudan restoran ni sedangkan Annur yang asal negeri ni pun tidak tahu.
Tengok saja perhiasaan dalaman restoran Annur sudah dapat mengagak bahawa ini restoran first class! Ini nasib orang bawa kalau tidak alamatnya memang restora makan segera saja jadi pilihan Annur. Sedap, cepat dan jimat! Yang penting perut kenyang, duit berbaloi.
Annur duduk bersebelahan Mak cik Ain. Manakala, Huzaimy bersebelahan dengan suami mak cik Ain. Secara tidak langsung menjadikan dia dan Huzaimy duduk berhadapan. Sungguh! Ikutkan hati mahu saja Annur terbang sejauh yang mungkin. Makin dia menjauh dari lelaki ni, makin dekat pula jadinya.
“Annur nak apa? pesan saja.”
“Milo panas..”Annur sendiri tidak tahu hendak pilih apa. Semuanya nampak pedas. Perut Annur ni alah dengan benda pedas. Sos cili pun tidak tahan inikan pula makanan pedas.
“Tak nak makan?” tanya mak cik Ain ramah.
Annur mengeleng. “Tak naklah mak cik. Kenyang!” kenyanglah sangat. Sebelum balik nanti. Annur nak beli burger lagi. Laparnya…huhu… tapi mustahil la dia hendak makan pedas. Nanti mereka tidak dapat bezakan muka Ainul yang sebiji merah macam cili gara-gara kepedasan.
Memang benar jangkaan Annur bahawa Huzaimy sebenarnya anak mak cik Ain. Kecilnya dunia ni… mereka sambung berbual lagi. Kini pak cik Hadi turut mencelah. Huzaimy sekadar mencelah sekali sekali.
Annur sendiri tidak lagi rancak seperti tadi. Takut Huzaimy perasan dirinya. Harap-harap tidaklah. Apabila hari menginjak petang. Annur meminta diri untuk pulang.
Makin lama dia semakin serba salah dan kekok. Lagipun dia tidak sabar untuk berjumpa dengan mak dan abah tersayang! Rindu…
Laju dia meneruskan langkahnya setelah meminta diri. Annur berhenti di satu tempat agak terlindung. Air matanya yang ditahan mengalir deras juga akhirnya. Tidak sangka begitu kuat kesan cintanya pada Huzaimy.
“Ya Allah engkau lindungilah hatiku, lebihkan la cintaku kepadamu dari cintaku pada lelaki itu Ya allah.” Annur cuba bertenang walaupun air matanya tetap gugur.



Huzaimy berlari keluar. Alasan saja meminta diri ke tandas. Selebihnya dia ingin mencari Annur. Dia sudah cuba untuk memulakan perbualan dari tadi tapi gagal. Sebenarnya Huzaimy turut mempunyai perasaan yang sama terhadap gadis itu.
Alasan membawa ibu bapanya pergi bercuti ke negeri dibawah bayu ini mempunyai agenda tersendiri. Sengaja dia bawa ibu bapanya singgah ke kuching dulu dua malam sebelum meneruskan pernerbangan mereka.
Huzaimy telah merancang sebaik yang mungkin agar ibunya dan Annur bertembung. Tapi tidak sangka pula ibunya boleh tertarik dengan perwatakan gadis itu. Dia turut ingin meluahkan segala perasaannya pada Annur tentang perasaannya. Bukan senang dia buat semua ini.
“Annur…” Kepala Annur mendongak apabila terdengar suara memanggil namanya. Dia cepat mengesat air mata apabila terpandang susuk tubuh Huzaimy.
“Iya encik? Ada apa?” tanya Annur. Cuba untuk mengelak rasa gugupnya.
“Sebenarnya saya nak cakap dengan awak pasal mesej awak tu…” Perlahan Huzaimy memulakan topic mereka.
“Oh! Encik ingat rupanya… err.. bab yang tu saya minta maaf. Harap encik lupakan sajalah.”
“Tapi saya tidak boleh lupakan!” tukas Huzaimy.
“Annur saya pun hendak balas mesej awak tu… Awak dengar apa yang saya cakap ni. InsyaAllah saya cintakan awak juga Annur. Perasaan saya pada awak sama. Tapi saya belum cukup keberanian untuk menegur awak sebagai mana awak. Saya kagum dengan awak Annur…” jelas Huzaimy.
Syukur Alhamdulillah. Perasaannya pada gadis ini sama. Huzaimy panjatkan doa pada yang Maha Esa. Mungkin orang tidak fahami mereka. tapi itu yang terjadi. Letaklah Annur di kutub utara dan dia di kutub selatan. Jika ada jodoh buat mereka, mereka tetap akan bersama jua.
“Tapi encik. Saya rasa encik hanya rasa kagum saya dengan keberanian saya. Saya tidak rasa… semua ni tidak logik tahu tak? Mustahil encik pun rasa apa yang saya rasa!” ujar Annur tersedu-sedan.
Kalau diguna akal fikiran logik memang perkara ini tidak logik! Mustahil lelaki yang langsung tidak pernah bersua dengannya juga secara kebetulan mempunyai perasaan yang sama.
“Hahaha… Saya pun rasa macam tidak logik je… tapi perkara yang saya buat sekarang ni lagilah tidak logik.” Tergelak Huzaimy memikirkan kata-kata Annur.
“Perkara apa yang tidak logik selain kerja gila yang saya buat hari tu?” berkerut dahi Annur memikirkan perkara yang disebut oleh Huzaimy.
“Saya tak tahu nak mula dari mana. Hahaha…” Huzaimy gelak lagi. Malu untuk menceritakan kepada Annur. Belakang rambutnya dikusap.
“Jadi awak terima saya?” tanya Huzaimy lagi.
“Maksud awak bercinta?” soal Annur balik. Kalau bercinta tu perkara sensitive buat dia. Macam alah sudah! Annur mana mahu bercinta…
“Tak!” jawab Huzaimy pendek.
Lagilah muka Annur kemerahan. Malu beb! Perasan betul dia ni.
“Saya tahu awak tidak mahu bercinta. Seperti yang awak kata cinta awak untuk suami awak saja… Sebab tu saya nak…” Huzaimy berhenti seketika. Teringat dengan mesej Annur yang sekali lagi membuatkan dia kagum dengan gadis itu.
“Saya nak kahwin dengan awak!”
What? Boleh ulang balik tak? Saya rasa saya kurang jelas kot.” Kahwin! Gila… bercakap pun tidak sampai sejam.
“Saya kata saya nak kahwin dengan awak. Mungkin terlalu awal tapi saya tidak mahu tunang lama-lama sebab saya tahu awak tak suka. Saya tahu awak cuma hendakkan hubungan yang sah saja. Saya tahu awak hanya ingin bercinta selepas kahwin. Jadi tolonglah terima saya…” pinta Huzaimy.
“Astaghfirullah… awak tahu tak awak tengah buat apa? kita bercakap pun tak sampai sejam. Berjumpa face to face pun tak sampai 24 jam tau! lagipun awak bukannya tahu saya nak bercinta lepas atau sebelum kahwin pun. Mana ada saya bagitahu awak!”
“Awak tak perlu cakap sebab hati awak sudah beritahu awak. Hati awak ada dengan saya Annur. Ada dekat sini… Awak tak perlu cakap tapi saya tahu apa yang ada dalam hati awak.” Huzaimy meletakkan tangannya di dada.
“Tapi saya ni gila-gila encik! Saya tak matang… apa mak bapak saya cakap nanti. Baru saja habis belajar dah nak kahwin! Sijil ijazah tu saya belum ambil lagi tau…”
“Err… yang tu…” tidak pula Huzaimy terfikir pasal tu.
“Hah! baru awak terfikirkan? Awak tak tahu saya ni nak gembirakan mak dan abah saya dulu tau. Saya sanggup hendak menolak cinta awak untuk mak dan abah saya. Lagipun awak tak terfikirkan ke apa yang mak dan abah saya fikir bila perkara ni berlaku secara tiba-tiba.” lebar penjelasan Annur menerangkan pada Huzaimy. Berharap agar lelaki itu memahaminya.
“Mak dan abah saya tahu tau yang saya tak pernah bercinta. Mereka faham sangat dengan perangai saya yang tidak semua ni.”
“Kalau pasal mak dan abah Annur biar kami saja yang urus.” Kedengaran suara ayah Huzaimy bersuara.
“Betul tu Annur… biar kami saja jelaskan dengan mereka!” ujar mak cik Ain sambil tersenyum. Mereka mendekati Annur dan Huzaimy.
“Huzaimy ni hah! ingat dia saja pandai. Kami pun sudah patut berhenti berlakon.” Sambung mak cik Ain lagi.
Annur dan Huzaimy pandang satu sama lain. Tidak faham apa yang sedang berlaku.
“Sebenarnya ibu dan ayah dah tahu pasal ni. Hanis yang cerita dekat ibu. Abang dia selalu guna facebook dia untuk stalk seorang awek. Ibu pun dah pernah tengok gambar Annur yang dimuat turun oleh Hanis.” Terangnya sekali lagi.
“Yang tu nanti saya cerita dekat awak…” tersengih-sengih Huzaimy bercakap pada Annur. Malu dengan rancangannya sendiri.
“Ibu pun tak nak cerita lebih-lebih. Yang selebihnya biar Huzaimy yang cerita dengan Annur nanti. Biar kami saja terangkan pada mak dan abah Annur.”



Siapa sangka! Kepulangan Annur membawa keluarga Huzaimy telah disambut baik dengan mak dan abahnya. Jenuh juga ibu dan ayah Huzaimy menerangkan kepada mak dan abah Annur. Mujurlah mereka memahami.
Kedatangan mereka justeru meminang Annur. Sebuah cincin yang dibawa oleh mak cik Noraini sebagai tanda Annur telah dipinang orang. Dua minggu tempoh diberi untuk menguruskan pertunangan mereka. maklumlah Huzaimy orang Johor malah Annur pula tinggal di Sabah.
Mereka tidak ingin tergesa-gesa. Kena juga ikut adat. Usia pertunangan mereka juga tidak lama. Hanya sebulan saja diberi. Hanya ikut adat, seperti yang mereka faham Annur tidak suka berhubung tanpa dengan lelaki yang bukan halal buatnya.
Tangan Annur dipegang lembut oleh Huzaimy. Mereka membalas senyuman. “Abang… boleh tak cerita dengan Annur pasal rancangan abang dengan Hanis tu?” Tanya Annur. Selama ni mereka tidak pun pernah berkesempatan untuk bercerita lama.
 Hanya berkomunikasi seperti biasa. Awak like status saya dan saya like status awak. Berbalas mesej pun jarang. Sebab Annur memang malas hendak menaip mesej. Masanya banyak terluang kepada menaip cerita atau mengurus perihal perkahwinan mereka.
“Hehe… pasal tu erk? Abang ingatkan Annur dah lupa. Sebenarnya lepas Annur block abang. Abang cuba buat satu facebook baru. Tapi memandangkan jantina lelaki dan tiada mutual friends. Berpuluh abang buat Annur langsung tidak mahu terima.” Memang Annur tidak menerima kawan lelaki baru di FB selain kawan yang dia kenal. Huzaimy tu kira nasib terlepas sebab kawan blogger.
“Bila abang terfikir mungkin Annur terima perempuan saja. Abang curi-curilah guna facebook Hanis. Tak sangka pula boleh di terima terus. Sebab tu la abang tahu Annur balik bila dan flight jam berapa bila abang terbaca komen Annur dengan kawan-kawan Annur...”
“Terbaca?”  kening Annur terangkat sedikit.
“Hehe… lebih kepada membacalah dan sengaja nak cari. Lepas tu abang terus rancang kononnya nak bawa ibu dan ayah jalan-jalan. Tak sangka pula Hanis tahu abang curi-curi guna Facebook dia. Lagipun adik abang tu pemalas nak logout. Kalau dia habis online. Dia biar saja Komputer riba dia hidup. FB tu on saja 24 jam. Apa lagi abang gunalah…”
“Ibu kata ibu perasaan waktu penerbangan kita sama sebab tu ibu tahu. Lagipun pandai Hanis curi-curi ambil gambar Annur dan report dekat ibu..” sambung Huzaimy lagi.
Annur mengangguk setuju sambil tersenyum.
“Annur sebenarnya nak tunjuk dekat abang sesuatu tau. Tapi buku tu dah hilang. Dalam tu Annur ada lukis gambar abang. Puas Annur cari bukunya tapi tidak juga jumpa-jumpa.” Annur teringkat gambar Huzaimy dan puisi-pusinya yang diluahkan untuk lelaki itu.
Huzaimy berdiri lalu mengambil buku Annur yang tersimpan rapi dalam begnya. Kemudian kembali duduk di birai katil bersama isterinya.
“Ni! Annur tercicir semasa di airport hari tu. Abang lupa nak bagi balik. Lagipun abang suka baca puisi-puisi dan cerita dalam ni. Dan yang paling abang suka ada lukisan potret gambar kita yang Annur lukiskan ni. Tak sangka Annur pandai lukis. Cantik!”
Huzaimy kemudiannya membuka satu halaman yang menarik perhatiannya walaupun berkali-kali membacanya.

Cinta dalam diam,
luahan katanya tidak pernah diluah.
Sakitnya hati tidak terkata,
menguris jiwa hamba,
hanya mampu meluahkan dalam tinta.
Coretan cerita sebagai pengantar suara,
yang sentiasa bisu tanpa berita.
hendak diluah takut merana,
akhirnya sentiasa senyap tanpa sebarang madah…
Lantas contengan pena memainkan peranannya,
melakar seribu satu makna,
tentang ceritera cinta si penglipurlara,
meluahkan segala yang terbuku di dada.
Mengharapkan kasih pada si dia,
tapi takut untuk meluah.
Nanti di kata perigi mencari timba,
nanti haru sekampunglah jawabnya.

Kekadang ingin menjadi seperti Khadijah,
di mana nabi disunting menjadi suaminya,
sebagaimana Maisarah menjadi wakilnya.
Tapi dengan cara berbeza.
contengan pena jadi hantaran hamba,
contengan yang meluahkan isi tersirat kepadanya.
Tidak mengharap si dia membaca,
kerna yakin itu bukan hobinya.
Dia terlalu jauh di mata,
walaupun sentiasa dekat di hati hamba...

Hanya doa untuk jauhi si dia,
takut jodoh bukan milik kita...
hati ingin melupakannya,
jiwa ingin menghilangkannya.
Jika jodoh ada pada kita.
aku berdoa, bersyukur ke hadratNya...
hanya mampu ku pohon pada yang Esa,
kerna jodoh itu rahsia-Nya.
Andai nama kita tertulis di Luh Mahfuz,
Insya Allah ada Jodoh buat kita…
khlas dari hati…
Annur kepada Huzaimy…

Air mata Annur mengalir. Luahan hati ini ditulis pada hari dia meluahkan perasaannya. Bila hatinya merindui Huzaimy.
“Terima kasih kerana mencintai abang…”

                                                           ~Tamat~

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!