Monday, January 23, 2012

Secantik Ainul Mardhiah part 15


“Tak senonohlah abang ni. Habis kotor.” omel Ainul. Muncung mulutnya ke depan.
“Ainul tu buat lawak antarabangsa lagi! Mestilah abang terkejut.”
Ainul mencebik. Dia hendak berdiri untuk mengambil kain lap. Habis kotor satu meja. Bertaburan bubur nasi.
“Takpa abang Am pergi ambil sendiri.” Halang Ikram. Dia sudah mendahului Ainul untuk pergi mengambil kain lap. Ainul hanya duduk kembali apabila Ikram sudah menuju ke rak untuk ambil kain.
Ikram yang mengelap meja dipandang. Ikram lap meja?
“Tahulah abang Am ni kacak. Janganlah pandang macam tu…” ujar Ikram sambil mengelap meja.
“Perasaan!”
Ikram tersenyum. Cepat sangat bini dia ni tersentap kalau dibawa bergurau. Biasalah cucu manja. Dia kembali duduk untuk sambung makan setelah menyuci kain tersebut.
Ainul hanya memandang sahaja tingkah pelik Ikram. Selalunya payah sangat nak membantu di dalam dapur. Kalau tolong kacau orang, usik orang adalah.
“Abang Am ni pelik semacam je Ainul nampak. Abang tak nak Ainul pergi ke esok?” soal Ainul.
Kalau tak nak boleh tak? Soalan tersebut hanya berterbangan difikirannya. Nak cakap nanti Ainul anggap dia mengongkong pula. Lagipun bukannya Ainul keluar berdua pun. Adik apek tu join sekali.
Sunyi tanpa suara dari Ikram membuatkan hati Ainul tertanya-tanya. Kalau tidak izinkan pun berilah dia jawapan. Lelaki itu hanya sambung makan buburnya sampai licin.
Terkilan? Tipulah kalau Ainul tidak terkilan dengan tingkah Ikram. Dia juga ada perasaan jika diperlakukan sedemikian.



“Apasal tak keluar-keluar lagi?” soal Ikram. Terhenti langkah Ainul yang sedang menyapu butter di atas roti bakarnya. Dia memandang Ikram yang sudah siap dengan berpakaian kerja. Kerja sendiri jam berapa masuk pun tidak kisah. Lagipun Ikram tiada apa-apa penting yang hendak dipercepatkan pun.
Tadi selepas solat subuh yang sekali lagi hampir terlajak perahu Ikram terus sambung tidur. Sedar tidak sedar jam sudah pun pukul 9.40 pagi baru bangun. Bersiap hampir sejam. Tup… tup sudah pukul 10 lebih. Perut pula minta di isi tapi sempat lagi Ikram usha facebook yang sudah bersawang.
“Semalam kata nak keluar? Pukul berapa nak keluar. Dah dekat pukul sebelah ni.” ujar Ikram lagi.
Roti yang sudah siap diambil. Dia makan roti tersebut. Roti kosong pun boleh jadi sedap apabila perut sudah kebulur. Habis satu dia ambil lagi satu keping roti yang belum dibakar. Dulang di atas meja di buka. Kosong? Mak ai perut tengah lapar minta diisi.
“Semalam Ainul minta izin abang tapi abang Am senyap je. Bukan sekali tau Ainul tanya tapi abang tetap senyap.”
“Iya ke?  Maaflah. Lain kali kalau nak keluar tak payah minta izin keluar aje. Abang tak kisah.”  Balas Ikram.
“Takpalah. Ainul dah telefon Xiao Wei yang Ainul tak jadi join sekali.” Ujar Ainul perlahan. Rotinya digigit perlahan.
“Nanti apa pulak mereka cakap.”
“Takpa. Ainul dah kata yang Ainul nak ikut ibu dan mak bibah nanti.”
“Pergi mana? Kesian pulak Ainul tak dapat jumpa kawan-kawan Ainul.”
It’s alright. Ibu kata nak buat makan malam dengan mereka nanti. Err... ibu kata nak pergi beli bunga so ajak Ainul, Mak Bibah dan mama Aleesa.”
“Mama Leesa pun join sekali. Abang Am nak ikutlah jugak. Jam berapa nak gerak?”
“Abang Am nak ikut juga? Serius? Kami nak pergi beli bunga bukannya shopping pun.” Pelik sunguh Ainul dengan perangai Ikram ni. Pergi beli bunga pun nak ikut.
“Alah! Bukannya tak pernah pun. Pukul berapa gerak?” soal Ikram lagi. Takut tidak sempat tukar pakaian. Mana dia nak pakai pakaian kerja ke nursery. Tidak ikut temalah namanya.
“Tak lama lagi kot. Ibu tengah bersiap sekarang. Mak Bibah pula tunggu dekat rumah je. Nanti kami pergi ambil.”
Sekeping lagi roti diambil kemudian Ikram berdiri untuk balik ke bilik.
“Tunggu abang jap… nak tukar baju!” jeritnya. Kalau hendak jalan dengan ibu kena punctual sikit. Agak-agaknya bukan sikit tapi kena banyak-banyak kalau tidak alamatnya kena tinggal oleh ibu. Ibu paling benci menunggu. Kalau nak jalan dengan ibu kena siap cepat.



“Kenapa tak pergi kerja Ikram?” Terkejut Mak Bibah yang baru masuk ke dalam kereta. Ikram yang sedang memandu kereta Toyota Alphard tersebut hanya tersengih. Sempat dia mengerling Ainul yang duduk di tepi. Ibunya dan mama Leesa duduk di kerusi penumpang.
“Ikram kak Bibah. Macam tak faham perangai budak seorang ni. Liat sangat nak masuk ofis kalau tiada penting. Tunggu emergency call, ada meeting atau ada tender baru dekat pejabat baru nampak batang hidungnya.” Sindir Puan Noraini.
Puan Aleesa hanya tersenyum mendengar Puan Noraini membebel pasal Ikram. Dia sendiri masak dengan perangai Ikram yang bersahabat baik dengan anaknya.
“Mana ada! Ikram sebenarnya tukar syif dengan Pak Mad je. Hari ni Pak Mad cuti khas. Hehe….”
“Loyar buruk.” tegur Puan Noraini.




“Ainul suka bunga apa?” soal Ikram. Mereka berjalan seiringan melihat pelbagai jenis bunga yang terdapat di nursery tersebut. Ibunya, Mak Bibah dan mama Leesa sudah hilang sejak tadi meninggalkan mereka. Suka benar wanita-wanita tersebut dengan bunga.
“Ainul suka Tulip. Lembut.”
“Tulip. Kena sangat dengan Ainul. Lembut aje.”
Ainul tersenyum mendengar pujian dari Ikram. Mereka meneruskan perjalanan dari satu jenis ke satu untuk melihat bunga-bunga yang terdapat di nursery itu.
“Ainul tahu tak. Sebenarnya secara umumnya Tulip hanya ada tiga dan enam kelopak. kemudian Tulip semua warna ada… tapi satu warna saja tiada…”
“Warna?” soal Ainul.
“Biru… ada pun biru muda…tapi lebih kepada warna violet. Tulip ada banyak jenis tau.” terang Ikram.
“Banyaknya yang abang tahu pasal tulip.” Buntang mata Ainul melihat Ikram yang berjalan beriringan dengannya.
“Hehe… banyak…banyak sangat…honestly banyak dekat sini.” Ikram menunjukkan blackberrynya kepada Ainul. Ainul merapatkan mukanya ke skrin telefon. Cess! Dari Wikipedia rupa-rupanya… patutlah banyak yang dia tahu!
“Abang Am ni suka buli Ainul. Mati-mati Ainul ingatkan abang expert pasal tulip ni. Rupa-rupa sempat lagi search dalam internet!” rajuk Ainul. Dia mempercepatkan langkah ke hadapan. Sehari tidak kena ‘goreng’ dari Ikram memang tidak sah!
Ikram gelak kuat. Suka tengok muka Ainul yang merah padam.
“Tunggulah sayang abang oi..!!” Dia mengejar langkah Ainul.  Tangan kanannya hingap di bahu Ainul.
“Mengada-gada!” Ainul menurukan tangan Ikram dari bahunya. Langkahnya semakin dipercepatkan. Sudah boleh masuk Olimpik dah!
“Elleh tu pun nak merajuk. Alololo…marahnya dia…” Ikram meletakkan lagi tangannya di bahu Ainul. jarinya mengulas-ulas pipi putih Ainul.
Mata Ainul tertangkap pada cincin perkahwinan mereka yang tersarung di jari manis Ikram.
“Turunkanlah…” Ainul cuba mejatuhkan tangan Ikram tapi gagal. Sengaja Ikram mengeraskan tangannya.
“Tak nak!”
“Abang Am tak takut saham abang jatuh ke? Tengok tu. ramai dah mata-mata tengok kita.” Ainul memuncungkan mulut kepada beberapa orang gadis yang asyik menjeling kea rah mereka.
Lain pulak reaksi Ikram. Ingatkan dia terus menjatuhkan tangan tapi sebaliknya dia menarik sedikit mulut Ainul menggunakan  tangan sebelah lagi.
“Alolo… comelnya mulutnya. Macam itik dah abang tengok mulut muncung Ainul ni.” Ujarnya spontan.
“Apa ni?” Ainul memegang mulutnya yang ditarik guna dua jari Ikram.
Terkejut Ainul dengan tingkah Ikram. Seumur hidupnya tidak pernah pun seorang lelaki yang berani berbuat sedemikian dengan Ikram. Dia meninggalkan Ikram sendirian terkaku.
Ikram menggaru kepalanya yang tidak gatal. Salahkah dia?


“Hah! kenapa lagi ni? Tadi Ibu nampak korang macam belangkas. Sekarang sorang ke kutub utara sorang ke selatan. Kamu buli Ainul lagi tak?” Tegur ibu Ikram. Dari tadi Ikram asyik mengekor sahaja dia dari belakang. Padahal ketika sampai tadi asyik melekat saja mereka berdua.
Tersenyum simpul Ikram yang memeluk ibunya. Kalau Ainul tak nak, ibu sentiasa On sebagai tempat bermanja. Mujurlah mama Leesa dan Mak Bibah tiada. Mereka dan Ainul sedang menuju ke bahagian bunga orkid.
“Mana ada! Orang takda kacau Ainul la bu.”
“Macamlah ibu boleh percaya pada kamu Am. Kamu ni… cubalah pandang Ainul dari perspektif lain selain sebagai adik Am. Pernah tak Am anggap Ainul tu seperti seorang wanita, seorang isteri? Tak pernah kan? Cubalah fikir perasaannya…” ujar Puan Noraini sambil mengangkat sebuah pasu bunga bongsai yang bersaiz sederhana.
“Tengok bunga ni Am… pokok bongsai ni nampak kosong. Hanya daun sahaja yang lebat tanpa bunga lain. Tapi Am cuba tengok dari sudut berbeza. Walaupun pokok ni simple tapi pokok ni mempunyai nilai yang lebih tinggi dari bunga-bunga lain.” Sambung Puan Noraini lagi. Dia menuju ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran.
“Tengok dari sudut berbeza? Dari sudut alien ke atau sudut haiwan?? Atau pun kartun boleh juga bayangkan Ainul macam kartun Barbie atau gambar-gambar kartun muslimah. Hehe…” Ikram bermonolog sendiri. Cuba buat loyar buruk untuk tutup kegelisahan dalam hatinya. Ia lebih kepada menyedapkan hati sendiri.



Badan Ikram menyandar ke pintu bilik. Dia hanya memerhati Ainul yang bermain dengan piano putih miliknya. Lucu juga tengok Ainul yang monyok sejak balik dari nursery tadi. Pandang dia pun tak sudi. Sabar sajalah dengan anak manja seorang ni.
Novel Hati Seorang Wanita karya Norhayati Ibrahim yang diletak di atas piano dipandang. Salah satu koleksi kesayangan ibunya. Hati Seorang Wanita? Pandang Ainul dari sudut berbeza… sebagai seorang wanita dan isterinya.
Mampukah Ikram berbuat demikian? Dapatkah dia pandang Ainul selain sebagai seorang adik. Mungkin boleh dalam lima minit saja, lebih tidak boleh! Takut otak mengalami kekejangan melampau! Pergghh!! Ayat Ikram banyak punya kerek!
Jari jemari Ainul bermain dengan punat berwarna hitam dan putih. Satu persatu ditekan. Langsung tidak menyedari Ikram yang sedang leka memerhati gayanya dari tadi.
Tok…tok…tok..
Ketukan di pintu menarik perhatian Ainul. Ikram yang tersengih dipandang sekilas. Dia menyambung kembali aktivitinya. Automatik senyuman Ikram jatuh dengan tingkah Ainul. Hadap mukanya pun tak sudi. Apalah! Dia duduk di sebelah Ainul seperti biasa.
Pasu bunga sederhana kecil masih lagi dalam gengaman Ikram.
“Ainul…” panggil Ikram.
“Ainul…” Panggilnya lagi apabila tiada sahutan dari Ainul.
Sunyi lagi! Ainul lancarkan perang dingin nampak.
“Perhatian…perhatian... kepada Cik Nur Ainul Mardhiah yang bernombor 1234. Sila menghadap jejaka kacak yang setia menanti di sebelah anda kini. Perhatian! Perhatian…” ujar Ikram. Badannya ditegakkan. Intonasi Ikram tidak ubah seperti seorang pramugara yang sedang memberi arahan dalam kapal terbang.
Satu jelingan dihadiahkan buat Ikram. Buat lawak pulak!
“Ah! Tertusuk hatiku dengan jelingan maut itu! Adakah aku masih bernafas…” Ikram meletakkan tangan kirinya di dada manakala sebelah lagi masih memegang pasu bunganya. Mata ditutup sedikit. Saja nak buat dramatik sedikit! Baru ada feel…
Belakang tapak tangan kiri beralih ke dahi pulak…
“Sadisnya hati ini, Apabila tidak dipeduli, Oleh sang bidadari. Hanya satu jelingan diberi…Wahai hati, sungguh aku mengerti.. Bahawa dia tidak ada hati… Untuk memandang wajah hamba ini…” Ikram berkata-kata. Siap penuh ekpresi lagi.
 Amboi Ikram! Mengayat nombor satu. Getus Ikram dalam hati. Ahaks!
“Manisnya mulut dia…” Akhirnya Ainul membalas. Atau lebih sedap didengar Ainul sebenarnya menyindir.
“Tahu pun bercakap. Ingatkan dah bisu. Ainul patut bersyukur tau yang Ainul diberi suara. Sepatutnya Ainul bersyukur dengan kesempurnaan untuk berkata-kata!” Ikram berlagak seperti seorang ahli diplomat yang sedang memberi ceramah. Terangkat-angkat tangannya seperti orang berdebat. Macam-macam gaya sungguh!
“Banyaklah…”
“Alolo…janganlah merajuk okay? Peace no wars…” Ikram mengangkat dua jarinya ke atas sambil tersengeh.
“Sesungguhnya seorang isteri tidak baik memalingkan wajahnya kepada si suami…” Ikram berlagak seperti seorang ustaz pula. Mata dikerdip beberapa kali. Buat muka innocent beb!
“Abang Am ni nak masuk berlakon ke? Kejap macam William Shakespeare, kejap macam pendebat kemudian berlagak macam ustaz dah… buang tabiat ke apa.”
“Kalau abang ni William Shakespeare abang tak berpuitis macam tu. Abang Am baca ni…ehemm..ehem…dengar tau..!” Ikram membetulkan duduknya.
“Pegang ni dulu…” Pasu bunga tersebut diberikan kepada Ainul.
“SHALL I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate.
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date.
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimmed;
And every fair from fair sometime declines,
By chance, or nature's changing course, untrimmed:
But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou ow'st,
Nor shall Death brag thou wand'rest in his shade
When in eternal lines to time thou grow'st.
So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this, and this gives life to thee.”
Penuh Intonasi dan ekspresi Ikram menghabiskan puisi Sonnet 18 yang masih diingat. Memanglah ingat sebab ini sahajalah satu-satunya puisi yang menarik perhatianya ketika tingkatan empat. Bukan dia seorang sahaja. Semua kawan-kawannya pun sama.
“Amboi! Hafal nampak…” Sindir Ainul.
“Dengan Humble nak mampus abang Am nak cakap…. Bukan hafal… ingat je…” ujar Ikram persis budak baik. Ermm…baiklah sangat!
“Astaghfirullah. Poyonya Abang Am ni.”
“Hehe…tak marah kan? Penatlah abang Am. Ainul sikit-sikit merajuk. Tahulah anak manja.”
“Ainul tak marah pun. Penat? Habis sakat Ainul kenapa tak penat-penat pula. Nah ambil balik pasu bunga ni.” Ainul menyerahkan semula pasu tersebut kepada Ikram.
“Eh! Nyaris-nyaris hilang ingatan..sebenarnya bunga ni Abang Am nak bagi dengan Ainul.”
“Bunga?” Ainul mendekatkan wajahnya dengan pokok tersebut. Tiada pun bunga hanya daun sahaja yang masih ada.
“Yup! Bunga… abang nak pujuk Ainul tadi. Nak beri bunga tapi Abang fikir kalau beri bunga plastik buat apa.. beri bunga yang sudah dipetik nanti layu pulak so abang Am berilah pokok bunga ni. Siap dengan pasu-pasunya lagi abang Am beri. Free!… kalau Ainul jaga baik-baik keluarlah bunganya nanti. Lagi best tau. Setiap kali pokok bunga ni berbunga maksudnya setiap tu jugalah abang beri bunga untuk Ainul. Hebatkan…”
“Alah… cakap ajelah Abang malas nak beri bunga balik-balik… ni bunga apa?”
Rose! Bunga ni susah nak jaga tau. Tak boleh kena panas sangat… jaga baik-baik tau. Lepas ni Ainul sediakan satu buku nota kecil and then tulis tarikh-tarikh bila pokok ni berbunga.”
“Kena juga ke? Tak naklah… banyak lagi perkara berfaedah yang Ainul boleh buat.”
“Alah bukannya susah sangat pun. Yaa… Nanti Abang minta tolong belikan buku tu untuk Ainul.”
“Ye la… Abang Am mainkan Ainul satu lagu… Ainul tak pandailah main piano.” pinta Ainul.
“Nak lagu apa? Ermmm…. kita main lagu Lettre  Elise dari Beethoven.”
“Aduh! Klasiknya…” komen Ainul.
“Habis tu nak lagu apa? Kira untunglah lagu ni Ainul tahu.”
“Mana-mana aje la…”
Tangan Ikram memegang tapak tangan Ainul. “Jari yang ni bahagian sini…yang ni sini…” arahnya.
Bunga Tulip lambang kelembutan Ainul. Bunga rose? Mungkin nampak pun okey jugak! Sebab bukan mawar a.k.a cik rose kita ni under protection macam Ainul. tahu kenapa? Sebab mawar berduri. Macam jugak Ainul. Sentiasa dijaga dengan penampilan, tatatertib dan tingkah laku menjadikan gadis muslimah melayu terakhir!
Itulah simbol bunga mawar pemberian Ikram. Salah satunya Ainul yang sentiasa dilindungi by her hijab!



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

7 comments:

  1. ingatkan am bagi izin.. hahahaha best best! hehe

    ReplyDelete
  2. thank you for the entry

    ReplyDelete
  3. @m haha...nak tak nak izin... 50/50 kot...

    ReplyDelete
  4. lagi lagi lagi! hehehe bilalah ikram ni pandang ainul sbagai isteri? hehehe... btw faz, baru baca epilog cite ni, ikram buat same mistakes thrice ke? sampai ainul pi taiwan tu? ni yg nak request n3 everyday ni! hehehe

    ReplyDelete
  5. @m wah...en3 tiap2 hari...blink..blink...terkezutzz cheq... hehe...pasal mistakes c ikram tu adeiii..buat malu keturunan aje..hihi...rahsia! tunggu ye..

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)