Friday, January 27, 2012

Tembok Cinta bab 9



 

Bab 9
“Kawan baik dah kahwin. Alahai bilalah kita dapat kahwin macam tu.” Tanpa dipinta Ammar mengambil tempat disisi Fierra. Tidak disuruh pun!
“Kau kan lelaki Ammar! Sekali kau petik. Aku jamin satu Malaya beratur… macam buat temuduga masuk AF tu… berderet-deret.” Fiera melawak. Namun langsung tidak menarik perhatian Ammar.
“Ermm… ya la… satu Malaya beratur. Kalau perempuan takpa juga. Kalau mak nyah yang beratur. Minta simpang 44 aku Fiera. Rela aku jadi bujang terlajak. Haha! ” Hai yaa hati.. kalau sudah suka, benda tak kena dihatinya pun tetap juga Ammar layan. Ya la… ini saja cara untuk berinteraksi dengan makhluk di sebelahnya.
“Amin… Straight juga kawan aku seorang ni rupanya..hehe…” Fiera menjawab.  Kedua tapak tangan diterkup ke pipi.
“Kau ni. Aku straight okay! Tak sayang mulut betul.” Mata Ammar memandang sekeliling. Malu pula kalau orang dengar. Biasa mulut Fiera ni. Main hambur saja… nanti tidak pasal-pasal dia kena soal siasat oleh wartawan hiburan pula.
“Bila kau free Ammar? Aku nak minta tolong kau uruskan urusan jual beli rumah. kalau kau sibuk pun tolong aku carikan mana-mana kawan peguam kau tu. aku nak beli rumah Anis. Kitaorang dah plan...”
“Aku on je nak tolong kau… free of charge. Tapi minggu depan tak boleh la. Nanti kalau aku sudah selesai kes sekarang ni aku tolong kau urus kau punya hal. Setakat benda ni kecil saja pun.” Ammar memberi jaminan.
“Okey. Aku tak kisah juga. Bukan nak cepat sangat pun. Kau dah makan…?”
“Aku datang sini nak ajak kau makanlah ni. Terlupa…” ujar Ammar.
Fiera mencebik. Lupalah sangat!
“Jom. Aku pun belum makan lagi ni. Dari tadi aku sibuk tolong itu ini.” Ajak Fiera.
“Kau ni… kerja-kerja jugak. Makan tu penting tau. Kalau sakit lagi. Siapa susah!” Ammar menegur. Cakap pasal makan dengan Fiera ni dua kali lima saja cakap dengan tunggul. Kalau sudah bekerja memang tak ingat pasal makanan.
“Kau tunggu sini aje. Aku tengok kau ni dari tadi buat kerja itu ini. Kau rehat saja sini. Biar aku saja yang pergi ambil.” Ammar menyambung lagi. Dia berdiri untuk pergi mengambil makanan.
“Apalah… aku masih larat lagi. Jomlah…” Fiera pun berdiri sekali. Namun bahunya ditekan oleh Ammar sehingga dia terduduk sekali lagi. Pandangan tidak puas hati dihadiahkan kepada Ammar. Sesedap mi kari saja dia hendak menghalang jalannya.!
“Tunggu sini. Itupun payah nak dengar.”
“Ye la! Aku tunggulah…” bengang dengan sikap Ammar akhirnya mengalah juga dia. Tidak ingin buat wayang free di sini.



Penuh pingan Taufiq berisi pelbagai jenis makanan. Semuanya makanan kegemaran Fiera. Tersenyum lebar dia memikirkan Fiera yang kuat makan itu. Sudah tentu melahap macam seribu tahun tidak jumpa nasi! Apabila terlihat Fiera yang terduduk keseorangan sambil melelapkan matanya Taufiq sudah dapat mengagak yang gadis itu belum makan.
Terlihatkan Adam yang turut menuju ke tempat Fiera dari arah bertentangan membuatkan senyuman Taufiq mati. Apa pulak mamat sengal tu nak menyampuk! Kurang angin betullah…
Mata Adam berlaga dengan Taufiq yang merenungnya tajam. Tersenyum sinis lelaki tersebut. Tangannya juga terdapat sepinggan nasi dengan pelbagai jenis lauk. Sebelah tangannya pula terdapat sepotong kek cheese yang disediakan sebagai pencuci mulut.
Ceh! Berani kau bagi kek keju dengan Fiera. mamat tu nak sangat tengok Fiera muntah hijau depan dia kot…hak…hak..hak… Taufiq tergelak jahat tapi dalam hati sahajalah takut juga kalau orang fikirkan dia sewel.
Mereka berdua mempercepatkan langkah mendekati Fiera. Tapi Ammar yang muncul dari arah lain membuatkan mata mereka bertiga berlaga. Masing-masing menayang muka tidak puas hati…!!
Ammar pula pada mulanya yang tidak dapat generate otak dengan lebih lancar agak blurr dengan pandangan tajam dari Taufiq dan Adam. Matanya menyorot pada tangan kedua-dua lelaki tersebut. Tst… Ada hati nak lawan aku… aku yang dari tadi dengan Fiera ada hati nak ambil port
Mereka bertiga berjalan laju ke arah Fiera yang sedang melelapkan matanya. Penat barangkali.
“Fiera… nah untuk awak…” ujar Adam dan Ammar serentak.
“Nah mak cik!  untuk kau…” Taufiq juga berkata serentak dengan Adam dan Ammar tapi bahasanya sahaja yang TERLEBIH sopan.
Fiera yang melelapkan matanya terkejut dengan tiga orang lelaki yang sedang menghulur pingan ke arahnya.
 “Apahal kamu ni? Dah macam waiter dah aku tengok!” soalnya.
“Ambil aje la… nah… banyak songeh pulak dia ni.” Taufiq membalas. Ekelleh! Sengal pula Taufiq ni…orang tak mintaklah..
Fiera menggaru kepala yang tidak gatal. Nak ambil semua ka atau pilih satu saja. Gila aku makan sampai tiga pingan ni? Perut aku jammed nanti kalau makan tiga-tiga sekali. Perut aku ni bukannya plastik atau getah. Tak nak aku ambil semua tapi kalau aku pilih salah satu nanti ada pulak yang terasa…Ah! Benda ni lagi susah dari study subjek dulu…
“Ambillah Fiera.” gesa Ammar.
Fiera memandang wajah Ammar… alahai kesian pula si Ammar ni. Tadi aku yang ajak dia makan tapi dia yang sangup pergi ambilkan.
Hanya senyuman saja yang membalas kata-kata Ammar tadi. Fiera kembali mengalihkan pandangannya ke arah mekanan yang terisi di pinggan yang dihulurkan oleh beruk tiga ekor di hadapannya sekarang.
‘Amboi Taufiq… apasal kau ambil makan kegemaran aku semua ni…huhu…Adam punya lauk pun nampak sedap. Ada udang goreng..yummy! tapi kek keju tu jangan sesekali dekatkan dengan aku… tak hingin perut aku digest.’ Fiera komen dalam hati.
 Lauk Ammar pula dipandang.
‘Macam gunung Everest sudah tingginya. Mak aih! Banyaknya… nak jadi aku buntal kea pa mamat seorang ni. Tau la dia pergi gym tiap-tiap minggu.’ komen Fiera satu persatu makanan di hadapanya.
“err.. aku ambil yang ni… aje la…” Fiera hendak mengangkat tangannya untuk memilih antara satu.
“Fiera…!!” pangilan Puan Fatimah mengejutkan mereka berempat. Bukan main nyaring lagi suara opah si Adam ni. Boleh masuk pertandingan menyanyi sudah!
“Ada apa Opah?” Fiera menyoal. Tangannya yang baru sahaja hendak menunjuk makanan diturunkan segera.
Adam, Taufiq dan Ammar memberi jarak sedikit untuk memberi ruang Puan Fatimah mendekati Fiera.
“Kamu dah makan…? Opah tengok kamu dari tadi sibuk memanjang aje. Tengok gaya kamu ni macam belum makan saja. Jom ikut opah makan. Opah pun belum makan lagi ni.” Ajak orang tua itu.
“Hah? ah… ya…” Fiera menganguk juga walaupun terkejut. Sekurang-kurangnya tidaklah dia perlu memilih mana yang hendak dimakan.
“Jom… hah! kamu bertiga tunggu apa lagi? Makanlah… berselera opah nampak kamu punya makanan Ammar. Dah tak sayang perut ke makan begitu banyak?” sempat lagi dia menyoal Ammar yang nyata terpinga-pinga dengan soalannya.
“Hah! err… lapar opah. Jarang dapat makan makanan macam ni.” Peguam! Biasalah. Kena sentiasa bersedia untuk hujahnya walaupun hujah Ammar tidak logik langsung. Apalah!
“Ermm… mana-mana kamu aje la. Fiera jom temankan opah. Kamu bertiga sebelum  melantak jangan lupa baca doa makan.” Pesan Puan Fatimah.
Fiera mengekori Puan Fatimah dari belakang. Tersenyum lega dia kerana terlepas dari beban yang difikir. “Terima kasih opah! Opah memang terbaik…!!” Fiera memeluk bahu wanita tersebut.
“Kamu perasan ke? Opah ingatkan lakonan opah sudah tahap serius dah tadi. Tercengan-cengang budak tiga orang tadi tu.” jelas wanita tersebut. Dia sebenarnya ingin membantu Fiera yang dilihatnya dari jauh tadi sukar untuk membuat pilihan dari tiga orang anak muda tadi.
“Hehe… biasalah. Kita kan geng opah…! Kita tahu lah.. ada telepati gitu..”
“bak kata omputih… ada chemistry gitu… haha!” balas Puan Fatimah… haha! boleh tahan kamceng juga nenek Adam ni.



“Adam… Apasal aku rasa nenek kau tu ada iras-iras kembar kau si Anis tu.” ujar Ammar yang masih terkejut.
“Hah?”
“Nenek kau punya membebel macam Anis pula aku tengok. Aku rasalah kau ni yang kekurang genetic dari keturunan nenek kau kot.”
“Apalah… Eh! Taufiq mana?” soal Adam tika perasan Taufiq yang sudah hilang dari sebelahnya.
“Aku sinilah…” Taufiq menjawab.
Adam dan Ammar memaling ke arah suara tersebut. Releks sahaja Taufiq makan makanan yang dihulurkan untuk Fiera tadi.
“Korang makanlah… baik isi perut dari membatu di situ...” sambungnya.
Adam dan Ammar memandang satu sama lain. Mereka menjongket bahu. Adam mengambil tempat di sebelah Taufiq manakala Ammar duduk berhadapan di antara mereka bertiga.


“Sayang maafkan ibu sayang… ibu bersalah… maafkan Ibu..” wanita tersebut merayu-rayu dikaki Fiera. Dia melutut sambil memeluk kaki Fiera. Mengalir-galir air mata wanita tersebut memohon maaf dari Fiera.
“Percayalah sayang… ibu sentiasa rindukan anak ibu… tolonglah… ampunkan ibu sayang…” rayu wanita tersebut lagi.
Fiera hanya membuang pandangannya ke arah wanita tersebut tanpa sebarang perasaan. Seolah-olah tubuhnya kaku seperti arca sahaja. Langsung tidak boleh bergerak.
Tangisan wanita tersebut masih lagi dalam nada yang sama. Masih lagi memeluk erat kaki Fiera dan meminta maaf. Fiera memandang wajah sugul itu. Siapa wanita ini…? Datangnya secara tiba-tiba langsung tidak terlintas dikepala.
 Ibu? Kenapa dia membahasakan dirinya ibu… adakah dia ibuku?? Pelbagai persoalan muncul di fikirannya kini.
Fiera masih dalam keadaan yang sama. Kaku memandang wanita tersebut tanpa sebarang respon. Wanita yang sedang memeluk kakinya hanya dipandang tanpa sebarang perasaan.
Tiba-tiba muncul dua lembaga yang hitam dari jauh. Semakin lama lembaga tersebut mendekati mereka. Jelas wajah kedua lembaga tersebut ialah seorang wanita dan seorang lelaki. Dua insan yang lansung tidak dikenali. Siapa mereka ni…?
Kepala wanita yang masih memeluk kaki Fiera digeleng cepat. Tangisannya semakin kuat malah pelukan wanita tersebut semakin erat. Fiera tidak mampu berbuat apa-apa selain berdiri kaku sahaja.
Dua pasangan yang berumur lingkungan 50an itu menarik wanita yang memeluk kaki Fiera tadi. Meraung wanita tersebut enggan ikut mereka pergi. Apa yang sedang berlaku ni? Soal hati Fiera.
Wanita tersebut menguatkan pelukannya. “Fiera…! tolong ibu Fiera. Ibu tak nak jauh dari Fiera lagi… ampunkan ibu sayang… ampunkan ibu…” kuat wanita tersebut meraung enggan melepaskan diri.
Air mata Fiera gugur setitik demi setitik. Hatinya kuat untuk menguatkan pelukan tersebut dari terlerai. Hatinya ingin memanggil wanita tersebut tapi badannya kaku. Mulutnya pula seolah-olah terkunci rapat. Hanya air mata sahaja yang menitis sedikit demi sedikit.
Wanita dan lelaki tadi menarik kuat wanita yang mengelarkan dirinya sebagai ibu Fiera. erat sehingga wanita yang meraung itu tidak dapat melepaskan diri.
“Ibu…” panggil Fiera namun suaranya tidak terkeluar. Kakinya sebelah melangkah sedikit ke hadapan.
Fiera memandang kakinya yang sudah boleh bergerak. Fikirannya bercelaru.
“Ibu…” suaranya sudah pun terpacul keluar.
“Ibu… ibu…” panggil Fiera lagi. Namun ketiga-tiga insan tadi sudah semakin jauh.
Fiera berlari untuk mengejar wanita tersebut. Terdengar tangisan wanita tersebut yang kuat memohon maaf darinya. Air mata Fiera mengalir laju.
Dia melilau keadaan sekeliling mencari suara tersebut. “Ibu…! Ibu…!!” jerit Fiera. dia sudah kepenatan. Air matanya semakin deras.
Ibu…! Tangisnya keseorangan. Fiera menangis dan terus menangis tanpa henti sebaliknya semakin kuat.
“Ibu…!!” jeritnya sekali lagi.
Mata Fiera terbuka luas. Dia memandang keadaan bilik tidurnya yang gelap gelita. Dia bermimpi sahaja rupanya. Ke dua belah tangannya meraup muka yang sudah dibasahi dengan air mata. Dia menangis dalam mimpi sehingga air matanya mengalir walaupun sedang tidur.
“Astaghfirullahalazim.” Ucapnya beberapa kali.  Fiera memeluk kakinya. Dia menangis lagi. Tanganya ditadah untuk memanjatkan doa. Ya Allah! Betapa rindunya hatiku untuk berjumpa dengan ibuku. Mudahkanlah pencarianku Ya Allah. Amin. Sekali lagi dia meraup wajahnya.
Fiera menarik selimutnya ke dada. Matanya sudah segar. Dia melirik ke arah jam dinding yang menunjuk pukul 3.45 pagi. Kisah beberapa tahun lalu berlegar-legar di ingatannya. Kisah bermulanya dia mengetahui bahawa bapanya hanya pak cik saudaranya sahaja. Kalau bukan kerana pertengkaran mak cik dan pak ciknya sudah tentu dia rahsia yang selama ini disimpan rapi tidak diketahuinya.
“Abang nak simpan duit untuk budak tu apasal? Baik abang letak duit tu ke akaun Haziq atau Rina lagi bagus. Buat apa abang susah-susah simpan duit untuk budak tu.” marah Jamilah dengan suaminya setelah mengetahui bahawa suaminya selama ini membuka buku akaun simpanan untuk anak saudaranya.
“Sudahlah tu. Dengar dek budak tu nanti apa saya nak jawab? Budak tu anak saudara saya juga. Anak kakak saya…” jawab Encik Abdullah perlahan.
Fiera yang baru sahaja balik dari sekolah menerkup mulutnya apabila terdengar penjelasan tersebut. Patutlah selama ini mak dia memang melebihkan abang dan kakaknya darinya. Sangkaannya sebab kakak dan abangnya anak kesayangan rupa-rupanya ada rahsia yang tersembunyi tentang siapa dirinya.
Bebelan mak terhadap bapanya tidak lagi diendah. Air mata Fiera semakin laju mengalir. Dia berlari masuk ke dalam bilik. Takut kewujudannya di situ dikesan oleh mak dan bapanya. Sejak itu Fiera tidak lagi berani minta apa-apa dari mak dan bapanya. Dia mula hidup berdikari. Nekadnya untuk mencari ibu bapa kandungnya. Sebelum itu Fiera nekad untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaannya nanti.
Air mata Fiera diseka perlahan. Mengenangkan kisahnya dahulu yang tidak diendah oleh makciknya sungguh membuatkan hatinya sedih. Dia tidak pernah ambil hati dengan wanita tersebut. Apa-apa pun wanita tersebut telah menjaganya dari kecil. Pak ciknya pula tidak pernah melebihnya sesiapa dari anaknya. Manakala kak Rina dan abang Haziq sentiasa sayangkan dirinya seperti adik mereka sendiri.


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

1 comment:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)