Wednesday, January 25, 2012

Sambungan Cinta Kita bab 3



 
Bab 3
“Insyirah…!” Panggilan tersebut tidak diendahkan. Apa ke jaddahnya awal pagi sudah terjumpa dengan mamat sengal ni. Tadi baru sahaja elak dari Yusri! Jangan ingat aku lupa perang dingin yang aku lancarkan!!
Langkahnya di percepatkan. Kamil mengejar dari belakang.
“Hai abang Mil.” Tegur seorang junior tingkatan dua. Mengedik dah awal pagi. Sakit mata aku tengok…
Lengan baju Kamil ditarik. Alahai malanglah kau Kamil… ‘adik angkat’ dah panggil. Biasalah aktiviti adik angkat, abang angkat ni kalau budak sekolah…aku sahaja yang tidak adik, abang, kakak angkat ni. Sekali aku angkat patah tulang aku…mana larat beb!
Ya la. Aku tahu aku loyar buruk lagi…ahaks! Aku lemaslah segala jenis angkat ni. Sorry gua tak layan beb…
Insyirah berpaling kepada Kamil yang terhenti akibat halangan dari junior tersebut. Lidahnya dijelir. Padan muka!
“Adik…! Abang Kamil nak beri hadiah tu…Dia cakap dia rindu kat kamu. Bye Mil…! Hahaha…” bukan Insyirah tidak tahu. Beg kertas yang warna coklat ditangan Kamil tu berisi coklat. Siapa lagi yang jadi wartawan tidak berbayar kalau bukan Irfan. Kata Irfan di kereta tadi sebelum ke sekolah Kamil hendak beri coklat untuk minta maaf. Boleh layanlah beb…gila coklat pun tidak mungkin aku makan coklat hadiah dari lelaki.
Selalunya Insyirah buat amal jariah dengan hadiah coklat yang diberi untuk dia… habis satu kelas dia beri.
“Betul ke bang?” soal junior tersebut. Blink…blink mata gadis tersebut. Sukalah tu abang Kamil beri hadiah! Haha….
Insyirah melambai tangannya kepada Kamil yang terkumat kamit menahan geram.
‘Kurang asam kau Irah!’ sempat Insyirah menangkap gerak mulut Kamil. Padan muka! Rosakkan lagi nota aku…
Insyirah hendak pusing semula untuk menuju ke bilik guru. Kamil sudah stuck dengan budak junior tersebut. Biasalah diakan terkenal diantara budak-budak junior… pemain bola sepak sekolah la katakan…
Gedebukkk…!!
Insyirah mengosok dahinya yang pedih. Aku terhantuk orangkah atau tiang…leper saja rasa…ini barulah dikatakan tulang besi urat dawai. Bukan besi lagi…! Konkrik mak oi.!
“Sakit tak? Tengok sini. Apalah kau ni Insyirah. Berjalan pun tak guna mata. Agak-agaknya mata tu letak dekat lutut kau yang kering tu.”
Langkah Insyirah terhenti mendengar suara longkang didepannya. Dalam prihatin lelaki itu ada juga pedasnya. Kalau tidak menyindir memang bukan Iskandarlah namanya.
“Iskandar! Kau tak mamai lagi ke? Pukul berapa bangun pagi tadi? Aku rasakan la kau ni baru bangun dari tidur tau. Kau tahu tak kenapa?” Bebel Insyirah.
“Apasal pula. Aku bangun awal apa tadi. Rambut aku kusut ke?” Itu pula yang dirisau si Iskandar.
“Rambut kau banyak punya cantik dah. Aku bagi 10 over 100 tau dengan stail rambut baru bangun tidur ni. Tapi aku rasa kau lupa somethinglah Iskandar?”
“Lupa apa pulak?” berkerut dari Iskandar memikirkan apa yang dilupanya.
“Aku rasa kau ni lupa berus gigi! Apasal aku rasa aku terhidu mulut longkang awal pagi ni. Hish! Busuk betul. Kalau tak menyindir aku memang bukan mulut tu la.”
Iskandar sudah tayang muka bengang! Minah ni… agak-agaknya emak dia mengidamkan bertih jagung tika mengandung. Mulut. Ya Allah! Tuhan saja tahu.
“Aku gurau sajalah Iskandar. Hehe… itupun nak marah. Tak lama muka kau lagi berkedut dari Ning Baizura dalam watak Puteri Gunung Ledang di cerita Magika tu. baru kau tahu. Tengok aku ni… kalau orang tak tahu umur aku. Mesti orang ingat aku ni macam kanak-kanak Ribena… comel gitu.”
Pipi Iskandar diramas menggunakan tangannya. Bengang tahap gaban. Ini mulut ke atau mesin taip. Pot… pet…pot… pet dari tadi.
“Tahu tak Insyirah. Kalau bukan sebab kau saja aku kenal sini. Tak hingin aku nak hadap muka kau ni. Poyo semacam saja. Mulut toksah cakap. Macam bertih jagung… pot… pet…pot… pet saja dari tadi.”
“Kau tak penat ke bercakap. Aku yang tengok ni pun sudah penat tau tak.” Sambung Iskandar lagi.
“Tak hingin erk? Takpa… tak nak aku layan kau. Huh!” Insyirah melewati Iskandar untuk terus kebilik guru. Sudahlah dia terlewat…  Saliva a.k.a air liurnya pun sudah hendak kering. Boleh hang juga mulutnya sebab terlampau kuat bercakap. Stuck sebab processor lembab! Sebenarnya saja nak bagi benggang si Zaril Iskandar awal pagi.
“Itu pun nak merajuk. Tunggulah aku.” Kejarnya dari belakang.
“Kau masuk kelas bila Iskandar? Hari ni ka?”
Satu anggukan dari Iskandar membuatkan Insyirah faham. Mereka menuju ke bilik guru. Insyirah sengaja berlama di dalam bilik guru. Naik bosan juga Iskdandar dibuatnya.
Namun setelah Insyirah beritahunya bahawa kalau tak nak masuk perhimpunan diam saja. Apa lagi Iskandar terus mengangguk. Dia pun paling benci perhimpunan harian. Errmm… budak sekolah. Ko-kurikulum dan perhimpunan antara yang paling tidak disuka. Bila cuti hujung tahun pula siap buat planning dan jamuan lagi…!
Nasib baik Insyirah ni cepat kamceng dengan orang. Cakap pun main redah saja. Kalau tengok rupa ayu semacam saja. Nama jangan cakaplah. Pertama kali dia dengar nama Insyirah dulu pun dia sudah tahan gelak. Nama sesuai jadi ustazah. Penuh bermakna dan islamik. Tapi perangai. Mak aih! Brutal nak mampus.
“Kau dengar tak cakap aku tadi Iskandar?” soal Insyirah.
“Apasal kau suka panggil nama panjang aku? Balik-balik aku suruh panggil Is saja. Ini tak! Kalau bukan Zaril Iskandar mesti kau panggil aku Iskandar.”
“Suka hati akulah…! Habis kau tu! cakap orang tapi dua kali lima saja… aku sumbat mulut kau pakai buku akaun ni baru tahu! Bising aje.”
“Aku lainlah…”
“Sengal! Ingat tak apa aku cakap tadi? Kalau kau tak nak kena goreng oleh kawan-kawan aku baik kau dengar cakap aku. Faham!” arah Insyirah.
“Kenapa? Kawan-kawan kau spesis kau jugakah? Mulut mengalahkan murai jugakah atau spesis ribut taufan macam kau ni. Di sekolah pakai tudung! Luar sekolah kena ribut taufan. Berterbangan tudung kau.” Takpa sedar Iskandar sudah menaikkan marah Insyirah.
“Suka hati akulah. Aku tahulah aku ni bukan budak baik sangat. Macamlah kau tu baik sangat. Kalau muka sahaja handsome tapi mulut macam longkang basi apa guna!” Insyirah menjerkah. Dia tahu dia salah sebut mana ada longkang basi cik Insyirah oi! Tapi marah punya pasal redah sahajalah.
Merah mukanya menahan marah. Selama ini orang yang minta dia bertudung akan bercaka bertapis atau berkias. Zaril Iskandar? Cakap main redah saja. Ingat dia kebal sangat cakap main redah. Kalau pakai kereta kebal tidak apa juga ini sekarang pakai kereta sorong apa kes!
Kepala yang tidak gatal digaru. Beberapa kali Iskandar menampar mulutnya yang celopar. Tidak boleh kawal langsung. Kan betih jagung tu mengamuk sudah!
“Awak…!” Kejar Insyirah. Kalau tidak mahu sesat di sekolah ni baik dia ikut saja Insyirah ke mana-mana. Mujurlah setiba saja di sekolah tadi dia sudah terserempak dengan Insyirah yang terhantuk di dadanya. Kalau tidak sesat lagi dia.
“Tunggulah saya…” Kejarnya lagi.
Keadaan sekolah agak bising setelah habis perhimpunan. Beberapa pelajar yang melakukan kesalahan terpaksa memunggut sampah sebagai hukuman. Padan muka.! Yang pakai skirt sekolah di angkat macam mangsa banjir. Kasut sekolah warna putih pula sudah bertukar ungu. Agak-agaknya satu botol nila dituang dikasut mereka.
Keadaan sesak sebab ramai pelajar yang keluar dari perhimpunan menyukarkan Iskandar mengejar Insyirah.
Dia mencari Insyirah di antara pelajar yang ramai di ruang legar kelas. Tiba-tiba dia terpandang Insyirah yang sudah terduduk di sebua bangku sambil merenungnya tajam. Tangannya disilangkan.
Marah-marah pun tetap juga tunggu aku… alalala…sweet saja muka merah dia macam tomato tu… hehe…getus Iskandar.
“Sorry….”
Senyap. Insyirah hanya memandangnya saja. Tali beg sandang yang hanya di sangkut di sebelah bahu ditarik ke atas apabila terjatuh. Iskandar buat muka babyface... cuba pujuk satu-satunya kawannya disitu.
“Ya la… Nur Insyirah jangan marah yee… tak cute sudah muka awak. Tak leh masuk rancangan Astro Ceria dah saya tengok. Takut kanak-kanak tengok muka awak. Lagi hodoh dari mak tiri Cinderella yang menyamar jadi nenek kebayan tu.” pujuk Iskandar lagi.
Makin tajam renungan Insyirah. Inikah nak pujuk? Hampeh betullah. Tiada bajet lain ke mamat ni.
“Yelah…dengan ini saya berikrar saya tak buat lagi sedemikian dengan Nur Insyirah binti Fauzi…” Iskandar mengangkat tanganya persis orang sedang mengangkat ikrar. Tiga jadinya ditegakkan. Dia menegakkan badannya sambil memandang kehadapan. Macam hendak angkat ikrar untuk pergi berperang pun ada.
Tawa yang cuba ditahan tadi akhirnya dihambur juga. Tidak tahan Insyirah melihat muka poyo Iskandar. Buat pun selamba badak saja. Entah dia sedar atau tidak suara angkat ikrarnya yang kuat mengalahkan speaker telah menarik perhatian pelajar yang lalu lalang.
Mengecil mata Insyirah ketawa terbahak-bahak. Air mata yang sedikit mengalir diseka. Ketawa benar Insyirah dengan lagak selamba Iskandar berikrar. Bukannya aku yang malu pun. Dia juga… haha! gelak Insyirah lagi.
“Hah! kan bagus macam tu. baru comel dari Mat Kacau dekat Astro tu.” ujar Iskandar. Siapa cakap dia tidak layan Astro Ceria? Kartun Backhom menjadi pilihan teratasnya! Tapi sekarang dia layan One Piece dirancangan tersebut walaupun sudah berkali-kali tengok di You-tube.
Satu jelingan maut dihadiahkan kepada Iskandar. Berani dia samakan aku yang cantik bak kartun Barbie dengan Mat kacau tu. huh! Tiada citarasa langsung mamat sengal ni.
“Saya tak marah pun tapi awak jangan ulang lagi tau… Ingat saya suka ke? Saya senyum tak semestinya saya suka. Saya ketawa tak semestinya saya tak marah tapi saya fikir tiada gunanya saya nak lawan balik.”
“Awak patut tahu… tak semestinya pakai tudung tu baik. Dan tak semestinya saya yang tidak bertudung ni tidak solat. Kalau pakai tudung pun tapi pakaian sendat macam nak bungkus nangka apa guna? Don’t judge a book by its cover!” sambung Insyirah lagi.
“Maafkan saya yaa…” mata Iskandar dikerdip. Suka betul buat muka babyface dia macam kuching Puss In Boots.
“Saya tak marah pun… sudahlah jom masuk kelas.”
Insyirah berdiri sambil mengangkat bukunya prinsip akaunnya.
“Awak ambil prinsip perakaunan? Mesti awak terror math kan?” teka Iskandar. Mereka berjalan seiring.
Terror? Eh aku memang paling terror math dekat kelas. Otai math ni tau tak!” ujar Insyirah bangga. Tapi otai dapat telur busuklah…! Matematiklah subjek yang paling dia tidak suka. Hari-hari hadap matematik memang boleh buat otak jammed.
“Poyonya awak ni Insyirah! Adoi!!”
“Tak percaya sudah. Setakat Vector, Solution of Triangle atau Statistic tu makan hazelnuts je tau… kacang aje tu.” ujarnya.
“Yang tu Matematik Tambahanlah mak cik! Bukan Matematik. Apa ke jaddahnya benda alah tu masuk dalam matematik biasa. Pandai konon! Tapi bezakan matematik biasa dan matematik tambahan pun salah.” Boleh bebal Iskandar dengan perangai Insyirah ni kalau tiap hari.
“Aku acah aje tu. manalah tahu kau tu bengong sangat jadi pak turut aku je mengangguk. Itupun nak sentap. Releks la beb!” ujar Insyirah. Saja nak cover malu…! Memang pun dia salah cakap pun.
'Alahai! Baru topik dalam subjek sahaja pun boleh salah. Belum lagi belajarnya… silap-silap hari bulan dia boleh terguna teknik Matriks dalam Substitution matematik tambahan pula… kan haru jadinya..kalau jumpa jawapan takpa juga. Ini binggung di tengah jalan.' desisnya.. 
Padahal lagi satu hal salah bukan Substisution tapi Simultaneous Equations.. salah lagi cik Nur Insyirah. Memang kena study smart la nampaknya.!
“Macamlah aku percaya…hahaha…! Insyirah…Insyirah… cakap tak serupa bikin!”
“Ah! Diamlah kau… bising aje.” Insyirah mempercepatkan langkahnya masuk ke dalam kelas. 
Makin galak Iskandar gelakkan Insyirah. Siapa suruh bajet pandai. Sekali salah sendiri malu… hahaha… Insyirah… Insyirah…

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

3 comments:

  1. citer bdk skolah ka?
    bla diorg nk abeh skolah nie?

    ReplyDelete
  2. @Anonymous hohoe...sabar erk... tak lama abis ar tuh... <3

    ReplyDelete
  3. ye la, tak semestinya pakai tudung tu baik, baik awak bogel je, tapi hati baik..

    bukan tentang pakai tudung yg Islam tekankan, tapi MENUTUP AURAT! kenapa nak tengok contoh yg buruk pakai tudung tapi pakaian sendat? itu ke rujukan kamu utk menutup kelemahan sendiri dgn mengingkari perintah menutup aurat? sengal betul watak Insyirah

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)