Friday, January 20, 2012

Pabila Encik Mimpi ke alam realiti



Fauzi mendekatkan dirinya kepada gadis yang sedang tertidur lena di pusat pelajar tersebut. Matanya mengeling kepada bungkusan ubat yang diletakkan di atas meja. Hatinya tiba-tiba tergerak hati untuk mendekatkan diri ke arah gadis tersebut. Demam mungkin. Tadi dia terlihat gadis tersebut keluar dari klinik kesihatan yang disediakan oleh pihak universiti.
Dia mengambil tempat di sisi gadis yang sedang menyandarkan kepalanya di dinding. Wajah pucat tersebut ditenung lama. Adakah dia gadis tersebut? Hatinya tiba-tiba tergerak bahawa itulah gadis yang selama ini berada di ingatannya walaupun dia sendiri tidak pernah kenal dengan gadis tersebut.
Fail yang terletak disebelah plastik ubat tadi dibelek.  “Zara Umairah. Budak Ukur Bahan part 2?” ujarnya perlahan melihat nama dan kod course yang di ambil gadis tersebut. Junior Fauzi sebenarnya. Mungkin kerana semester lepas dia sedang praktikal sehingga dia tidak kenal dengan juniornya.
Zara mengerakkan sedikit badannya. Dahinya berkerut-kerut. Mungkin sedang kesejukan. Sesekali gadis tersebut menarik hingusnya. Comel. Wajah putih tersebut kemerah-merahan kerana demam.
Fauzi membuka sweaternya. Perlahan-lahan dia menyelimutkan Zara Umairah menggunakan sweater tersebut. Dia sendiri tidak sedar mengapa dia seolah-olah ingin menjaga gadis yang keseorang tersebut.
Dia menemani Zara Umairah yang sedang tidur disebelah. Fauzi tahu tindakannya duduk berdua-duaan dengan gadis tersebut boleh menimbulkan gosip tapi hatinya ingin menjaga gadis tersebut.
Mujurlah dia tiada kelas sekarang. Semester enam memang jarang ada kelas sebab subjek yang diambil sikit berbanding pelajar semester satu hingga tiga. Dia sempat membelek beberapa keping notanya. Assignment Mdm Hamidah pun sudah siap dia edit mana yang salah. Nyenyak betul Zara Umairah tidur tanpa menyedari dia disebelah.
Gegaran telefon Fauzi menandakan telefon sedang masuk dilihat. Gambar Izzat terpampang di skrin telefon. Dia menekan punat berwarna hijau untuk mengangkat panggilan dari rakan sekelas merangkap teman sebiliknya.



Fauzi menulis sesuatu di nota pelekat berwarna hijau muda tersebut. Dia kemudiannya menyelitkan nota tersebut di dalam poket sweaternya. Satu senyuman terlakar dia pipinya. Dia yakin itulah gadis yang sentiasa berada diingatanya.
Dia meninggalkan Zara Umairah yang sedang tertidur. Izzat ingin meminta pertolongan Fauzi untuk membantunya menguruskan urusan berkenan dengan Dinner fakulti mereka nanti.



Eikha, Wawa dan Maya mendekati kawan mereka yang sedang tertidur menanti mereka habis kelas. Tadi sempat mereka tengok wayang free. Sengaja mereka tidak mahu kacau daun. Sudah mamat handsome tu pergi baru mereka mendekatkan diri bersama Zara. Eikha sudah ambil gambar mamat tersebut sedang merenung wajah Zara. Bukti!
“Zara…Zara..” Kejut Wawa. Bahu kawannya digerakkan perlahan. Kesian betul dengan Zara. Pucat macam zombie sudah!
“Err??”
“Bangun Zara. Jom pergi kafe. Makan dulu baru balik bilik.” Ujar Maya pula.
“Oh! Okay…” Zara membetulkan duduknya. Sweater kelabu dibadannya ditenung lama.
Sweater siapa ni?” soalnya perlahan. Tiada tenaga untuk bercakap dengan lebih lanjut. Kepalanya yang masih pening.
“Entah! Bukan baju kamu ke?” soal Maya.
“Tak… aku mana ada sweater colour ni.”
“Betul?”
“Betullah!” yakin Zara.
“Mungkin baju mamat tadi tu kot.” Ujar Eikha.
“Mamat mana pula ni?”
“Ada tadi duduk sebelah kau. Handsome siot wei!”
“Siapa erk? Budak kelas kita kah?” soal Zara pelik.
“Entah kami pun tak kenal. Kawan kau mungkin.” Jawab Wawa.
“Semua kawan aku lelaki Korang kenal. Siapa pula yang korang tak kenal?”
“Entahlah Zara. Kami pun tak pernah jumpa mamat tu. Jomlah kita pergi kafe dulu. Makan dulu baru cakap pasal mamat tu.”
Zara mengangguk. Mereka menuju ke Kafeteria untuk makan tengah hari. Dia perlu makan ubat. Di kepalanya masih memikirkan siapa empunya sweater kelabu tersebut. Zara mengeluh lagi. Dia tiba-tiba teringkatkan mimpinya semalam. Setiap kali dia terlupakan manusia dalam mimpinya. Sudah tentu jejaka tersebut muncul kembali. Jejaka yang dia langsung tidak kenal. Lelaki tersebut hadir dalam mimpinya sejak dia sekolah rendah lagi ingatnya. Wajah tersebut dia tidak pernah jumpa pun selama ini. Pelik! Tapi itulah kebenarannya. Malah dia akan ingat setiap jalan cerita mimpi tersebut. Namun wajah lelaki tersebut samar-samar. Mungkin kerana dia langsung tidak mengenali lelaki tersebut.
“Apasal ramai orang tengok ke arah kita ni?” bisik Wawa setiba di cafeteria.
“Firasat kau je kot.” Balas Eikha pula. Zara sekadar mengangguk. Dia berjalan sambil memegang sweater kelabu tersebut.
“Aku pun perasanlah. Banyak betul mata yang menjeling kita dari tadi.”
“Entahlah. Aku dah lapar ni. Lantak merekalah. Mungkin sebab ramai yang nampak mamat tadi tu dating dengan Zara kot. Sebab tu kita jadi perhatian.”
“Apasal pula nama aku terbabit ni?” soal Zara.
“Sudahlah. Jom pesan makanan. Zara cari tempat duduk. Kitaorang order makanan dulu. Makan macam biasakan Zara? Soal Eikha. Dia tahu benar dengan Zara yang gemar makan nasi goreng Seafood. Tapi hanya untuk satu kedai sahaja. Sebab mak cik tu faham benar yang Nasi goreng Zara special sikit. Nasi Goreng tanpa bawang!



Zara duduk termenung di pusat pelajar. Menanti manalah tahu ada lelaki tersebut lalu. Gambar yang dari telefon Eikha di tenung. Hanya gambar sisi wajah  lelaki tersebut sahaja kelihatan sebab dia menyiring. Susah betul! Di mana dia nak cari lelaki tersebut.
Gambar tersebut direnung sekali lagi. Ingatannya teringat pada nota lekat yang dijumpa di dalam poket sweater tersebut.
Selamat Beradu Puteri Mimpi…semoga awak juga sentiasa mimpikan saya…’
            Adakah lelaki tersebut yang sentiasa menyapa mimpinya? Satu keluhan dihembus… kalau benar itulah lelaki itu… apa langkahnya seterusnya? Macam manalah dia tidak boleh sedar ada lelaki yang duduk bersebelahan dengan mereka.
            Sudah dua minggu dia mencari lelaki tersebut. Tapi tidak juga muncul-muncul. Mungkin yang beri tu bukan manusia kot? Ataupu orang yang kaya sangat mendermakan sweaternya… Ah! Ini hari terakhir dia menunggu di sini. Kalau tiada juga dia bagi simpan sahaja sweater tersebut. Zara Umairah sudah Fed up!
            Dia ingin mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut. Tapi macam mana kalau sudah tak muncul-muncul. Nanti tidak pasal-pasal dia jadi patung cendana sebab menanti lelakit tersebut. Penantian Satu Penyeksaan!!
Zara mengeluh lagi. Kali ni entah ke berapa sudah dia mengeluh.
Air mineral yang sudah botol ke dua dibuka. Haus benar dia menanti dari jam 10 tadi. Sekarang sudah pukul 1 tengah hari. Nasib baik tiada kelas. Sampai siap nota ringkas di buat tak juga muncul-muncul.
“Awak minum ada baca bismillah ke?” soal seseorang dari tepi. Zara yang masih meneguk air berpaling ke sisi. Tersedak air mineral Zara memandang lelaki yang menegur tersebut. Mamat handsome yang dia dan Yana selalu tengok dari jauh sedang menegurnya…!
Terbatuk-batuk Zara menahan sakit. Rasa hendak tersembur sahaja air tersebut. Dia menepuk dadanya kuat. Sesak nafas sebab tersedak air.
“Awak tak pa?” Soal Fauzi. Berubah riak wajahnya yang tadi ceria menjadi gusar.
Kalau mamat ni Eikha, Maya dan Wawa memang tidak kenal sebab waktu tu Zara dan Yana sahaja yang pergi tengok pertandingan menari tersebut. Mamat ni bukannnya handsome tapi cute! Zara suka melihat lelaki tersebut menari waktu pertandingan tersebut.
“Err… awak?” soal Zara setelah beransur pulih.
“Emm… sebenarnya tu sweater saya…” ujarnya perlahan sambil menunjuk sweater yang berada di atas beg sandang Zara.
“Oh! Terima kasih ya…” Zara mengambil sweater tersebut lalu menyerahkan kepada lelaki itu. Kalut benar gayanya.
Satu senyuman di hadiahkan kepada Zara. Tertutup sedikit mata lelaki yang agak sepet tersebut. Janganlah senyum macam tu dekat aku! Cair nanti..huhu…ujar Zara dalam hati.
“Awak dah lunch?” soalnya.
“Dah…eh! Tak! Sudah kot..” Kalut Zara menjawab. Dia menunjukkan bungkusan keropok dia atas meja. Itulah Lunch dia.
“Err.. kalau awak takda kelas saya nak ajak makan sekarang. Boleh?”
Zara menggaru kepalanya memikir jalan untuk mengelak… minat dekat mamat ni minat juga tapi satu perkara yang dia tidak suka ialah duduk berdua-duan dengan lelaki. Tambahan pula lelaki popular macam dia ni sejak menang pertandingan menari hari tu.
Please…” ujarnya sambil buat muka comel! Gila ka apa mamat ni seorang. Dia memegang tali begnya. Tolonglah jangan buat muka macam tu….pengsan aku nanti. Getus Zara dalam hati.
Perlahan-lahan kepala Zara mengangguk. Tidak sampai hati pula hendak menolak. Tersenyum lebar Fauzi dengan anggukan Zara.Dia membantu Zara mengangkat beg sandang Zara. Fauzi memeluk beg tersebut sambil berjalan beriringan dengan Zara. Comei!
“Awak dah sihat?” soalnya sambil berjalan.
“Sihat Alhamdulillah. Err… nama awak siapa? Saya Zara” soal Zara pula. Iyalah! Dari tadi dok bercakap tapi tak pula dia cakap namanya.
“Saya? Ehehe.. sorry lupa nak cakap. Nama saya Fauzi…”
Zara sedar dia dan Fauzi menjadi wayang free. Biasalah duduk makan berdua dengan Fauzi. Rupa-rupanya Fauzi tersebut senior mereka. Patutlah tak pernah jumpa sebab Fauzi ada praktikal semester lepas. Banyak yang mereka bercerita. Dari satu cerita ke satu hingga pengalaman Fauzi semasa praktikal.  



Sedar tidak sedar sudah lebih sebulan Zara rapat dengan Fauzi. Fauzi juga banyak membantunya dalam pelajaran. Mana tidaknya lelaki tersebut dekan setiap semester. Targetnya ialah Anugerah Naib Chancellor semasa graduation nanti.
Fauzi pernah kata padanya. Kata Fauzi dia sering mimpikan seorang gadis sejak kecil. Tapi dia tidak kenal langsung gadis tersebut tapi lelaki tersebut pernah kata yang pertama kali dia terlihat Zara hatinya terus menyatakan Zaralah orangnya. Waktu itu juga Zara terkejut. Situasi mereka sama bezanya Zara tidak ingat Encik Mimpi yang selama ini menyapa mimpinya. Adakah lelaki tersebut ialah Fauzi? Dia sendiri binggung.
“Aku tengok dari hari-hari si abang Fauzi tu melekat dekat kau. Tak takut ka Zara?” soal Wawa.
“Takut apanya?”
“Takut terjatuh cintalah! Apa lagi… abang Fauzi tu Cute. Pandai pula tu. kau tak suka kat dia ka?”
“Tak… aku minat je dekat dia. Biasalah. Muka dia kan Pan Asia. Babyface pula tu.” bantal peluknya dipeluk erat. Zara tidak pernah ada rasa cinta terhadap Fauzi. Minat tu biasalah. Bukan Fauzi seorang sahaja mereka minat. Ramai lagi yang jadi mangsa pencuci mata mereka. Mungkin orang akan kata mereka perigi cari timba. Tapi sebenarnya mereka  Cuma tengok dari jauh sahaja. Itupun untuk suka-suka sahaja. Kalau terjumpa sahaja. Bukannya sampai skodeng atau pergi mengintip pun.
“Iya ke? Anda yakin? Jangan lupa. Kau juga cakap. Manusia comel, handsome… semuanya playboy…apa tu? International Crocodile Land…”
Zara tersenyum. Iyalah..hobi mereka bukan saja puji mamat handsome… siap bagi kritikan dan buat statistik lagi… haha…hobi! Yang handsome tapi merokok pula terus kena reject seratus peratus.
Ikut stastistik secara rawak. 99% mamat handsome dan cute semuanya playboy…tukar perempuan macam tukar baju. Ermm… biasala kehidupan university! Yang awek sementara pun tumpang glamor jugalah.
 “Aku ingatlah Wawa… ” ujar Zara sambil tersenyum. Siapa tak ingat kalau dia sendiri cakap macam tu.



Zara Umairah membelek notanya. Dia berkira-kira untuk memberitahu Fauzi tentang Encik Mimpinya. Fauzi ada ciri-ciri lelaki tersebut. Semalam dia terlihat Fauzi memakai baju T-shirt berkolar berwarna merah. Wajah lelaki tersebut yang putih sama seperti dalam mimpi sebelum ini.
Buku notanya ditutup. Sejuk betul di perpustakaan ni. Boleh beku orang. Nasib baik Zara memang minat duduk perpustakaan kalau tidak sudah tentu dia tidak mahu jejak perpustakaan yang seperti musim salji sahaja.
Usai mengemas barang Zara menyusun buku untuk di masukkan ke dalam rak buku semula. Dia memakai beg sandangnya sambil mengangkat buku-buku tersebut. Habis letak semula ke dalam rak tinggal terus keluar.
Zara menuju ke rak belakang sekali. Di situlah buku tersebut dia ambil tadi. Dia menyusun satu persatu buku ke dalam rak. Tiba-tiba dia terdengar satu suara yang dia kenal. Zara mempercepatkan langkahnya. Sudah siap menyusun buku, dia mencari suara tersebut.
Setiba di satu sudut yang agak terpencil dia terlihat Fauzi dan seorang perempuan sedang bercerita. Gadis tersebut tunduk. Zara sempat memandang gadis tersebut mengesat air mata. Bahunya di pegang oleh Fauzi seolah-olah Fauzi sedang memujuk gadis yang sedang menangis tersebut.
Zara memegang dadanya yang tiba-tiba terasa sakit. Tubir matanya terasa hangat. Di saat Fauzi menarik gadis tersebut ke dalam perlukannya air mata Zara tumpah. Lupakah Fauzi dengan dosa dan pahala. Pujuk pun sudah memadai. Kenapa perlu sampai menarik dia ke dalam pelukan.
Selama mereka kenal Fauzi tidak penah mengambil kesempatan terhadapnya. Mungkin pernampian Zara yang bertudung menyebabkan Fauzi tidak berani hendak dekat. Berbeza dengan gadis tersebut tidak bertudung dan pandai bergaya.
Zara tidak sangup memandang lagi. Cukuplah ‘hidangan’ telah tersedia di depan mata. Dia hendak pergi dari sini.  Nasib tidak meyebelahi Zara apabila dia terlanggar seorang lelaki yang sedang memegang buku yang agak banyak. Habis bertaburan buku-buku tersebut.
Bunyi bising yang jatuh menarik perhatian Fauzi dan gadis tersebut. Zara bertentang mata dengan Fauzi yang turut memandangnya. Dia kemudianya berpura-pura sibuk membantu lelaki yang dilanggar tadi.
“Maaf…maafkan saya…” ujar Zara. Dia mambantu untuk mengemas buku-buku yang bertaburan tadi.
“Takpa…” katanya.
“Maafkan saya… err saya pergi dulu…” Zara menyerahkan buku terakhir kemudian terus berlalu pergi. Air matanya tumpah lagi. Sedih melihat drama Fauzi tadi.
Jikalau begini dia tidak akan buat spekulasi lagi pasal Encik Mimpi… tidak mungkin Encik Mimpinya ialah Fauzi. Jika dari semalam dia tidak seberapa yakin tentang Fauzi ialah Encik Mimpi sekarang dia yakin seratus peratus Fauzi BUKAN Encik Mimpi.
Dalam mimpi tersebut Encik Mimpi sanggup mengeluarkan air mata untuknya. Sanggup mencarinya yang sesat dalam hutan bambu. Biarlah Encik Mimpi terus berada di alam mimpi…tidak perlu hadir dan muncul ke alam realiti.
Sekadar menyapanya dalam dunia mimpi saja sudah memadai. Cukuplah mimpi-mimpi indah bersama encik mimpi walaupun dia tidak mengenali siapa encik mimpi tersebut.
Zara terduduk di atas tangga. Dia tidak mampu menahan air matanya. Teresak-esak dia menangis di tangga. Kenapa Fauzi kata dialah Puteri Mimpi yang selama ini Fauzi alami. Kenapa situasi mereka sama atau kata-kata Fauzi tersebut hanya sekadar kata manis yang kebetulan sama dengan situasinya.
Air matanya di kesat. Tiada guna untuk menangis. Dia cuma termakan kata-kata sendiri. Tidak akan jatuh cinta dengan buaya darat konon. Handsome tapi buaya darat apa guna!



Bunyi lagu Lonely nyanyian 2ne1 mengejutkan Zara dari tidur. Tangannya meramas di tepi bantal lalu mencari bunyi dari jam penggera yang disetkan di telefon. Dia memandang jam di telefon.
“Astaghfirullah! Mimpi sahaja rupanya…nasib baik….” Ujar Zara sambil mengesat air mat yang mengalir. Biasalah kalau mimpi ni boleh terbawa-bawa sampai menangis dalam tidur. Nasib baik hanya mimpi.
Zara mematikan bunyi jam penggera tersebut. Sudah 5.40 pagi. Dia ingin mengambil air wuduk untuk solat subuh. Encik mimpi tidak perlu datang kea lam realiti. Cukup sekadar menyapa di alam mimpi…

#maaf kalau ending macam tu saja..hihi..

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

6 comments:

  1. aiseh..ingatke si Fauzi 2 betul2 wujud..

    ReplyDelete
  2. xkene ngan tjuk la..cam t'gntung je...tp dh best,klau ad smbgn lg best....hope sgt ad smbgn..thniah writer...

    ReplyDelete
  3. smbg la lg writer.buat dia terjumpa dgn org yg dlm mimipi dia ke..pastu dia mcm x percaya...just sedikit idea..huhu

    -peace-

    ReplyDelete
  4. pelikla ending ni

    tajuk tak kne

    maybe kene sambung skit

    y encik mimpi bebetol msuk ke alm realiti

    #sekadar pendapat

    ReplyDelete
  5. Sori kalau tak kena dengan selera korang cerita ni...nanti saya try sambung baru... peace...

    ReplyDelete
  6. Best tu best tapi mcm tergantung . Kan lagi best kalau Fauzi memang wujud . Hee~

    [syaza]

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)