Sunday, January 1, 2012

Prolog Sambungan Cinta Kita




           
         
            Siapa kata cinta di usia muda tidak kesampaian…

            Bak kata pepatah…
Cinta itu buta,
Bagai kisah cinta,
 Aku dan dia,

Buat suami tercinta,
Betapa uniknya cinta kita,
Dari usia yang terlalu muda,
Kita telah mencapai bahagia…

Ingatanku tidak pernah berubah..
Betapa indahnya kisah kita.
Dari dua insan yang sering bertelagah,
Maka di situlah cinta bermula.

Tatkala badai melanda,
Kita terpisah buat seketika,
Dikala malam menyapa,
Aku kesepian tanpa suami tercinta.

Dimanakah haluan kita.
Akan terpisah di haluan berbeza,
Atau akan bersambungkah ia pabila...
Cahaya mata kita hadir menyapa dunia?

Setelah puas mencoret, Insyirah menutup diari merah jambu lembut miliknya. Pink itu romantik. Nama diari yang diberikan oleh Iskandar. Minat Syirah dalam berpuisi membuatkan suaminya menghadiahkan sebuah diari hanya untuk luahan hati Insyirah.
Kata Iskandar lagi. Diari itu bermakna. Hanya puisi sahaja yang boleh dimuatkan didalam diari tersebut. Kalau hendak menulis coretan harian Insyirah perlu tulis di buku lain.
Sebutir senyuman terlakar di wajah mulus Insyirah. Dia rindukan Iskandar. Bila hilang rajuk suaminya itu dia sendiri pun tidak tahu. Bukannya Iskandar tidak kenal perangainya yang peramah. Semua orang dia tegur dan dianggap.
Usia perkahwinan mereka dari umur 18 tahun. Terlalu lama dan banyak liku yang telah mereka lalui. Perkahwinan ketika hendak menghadapi peperiksaan terbesar mereka. Mujurlah dua-dua lahir di awal tahun. Kalau tidak sudah tentu tidak cukup umur 18 lagi. Sejak wasiat ‘berantai’ dari datuk Iskandar dikeluarkan di situlah dia mula mengenali suaminya. Iskandar yang poyo, perasan pandai dan perasan pandai. Semua gelaran diberi buat Iskandar.
Wasiat berantai. Satu lagi nama dari Iskandar yang tentang wasiat pelik datuknya. Memang tidak diakuti lagi tentang datuknya yang tegas dengan pendirianya. Insyirah pada mulanya turut pelik dengan syarat kandungan tersebut. Hanya setelah permintaan pertama siap ditunaikan baru boleh mengeluarkan permintaan kedua. Bermakna setelah satu telah mereka tunaikan barulah mereka boleh tahu isi kandungan seterusnya. Oleh kerana itulah nama wasiat tersebut digelar wasiat berantai oleh Iskandar.
Dalam menanti rajuk Iskandar yang tidak hilang akhirnya terpaksalah Insyirah pergi membawa diri. Kebetulan pula dia sudah dapat tawaran bertugas sebagai guru di sekolah lamanya. Antara mahu atau tidak terpaksa dia tinggalkan suaminya dengan rajuk tidak berhenti.
“Papa masih marahkan mamalah sayang.” Ujar Insyirah sambil mengusap perut yang semakin membesar. Sudah dua bulan lebih dia berpisah dengan suaminya. Kehadiran insan ketiga di rahimnya pun langsung tidak diketahui oleh Iskandar. Dia tidak mahu Iskandar menerimanya semata-mata kerana bayi mereka, dia ingin Iskandar menyambung tali yang bergantung dengan cinta mereka.
Insyirah tidak marahkan Iskandar. Tidak sekelumit pun rasa marah terdetik dihatinya walaupun Iskandar masih enggan menyambut telefonnya. Hanya mertuanya saja yang akan menyambut telefon tersebut untuk bertanya khabar.
Lampu meja ditutup. Hanya alunan zikir sahaja yang menyelubungi segenap kamar tidurnya. Mujurlah mereka ada rumah sendiri di sini. Tidak perlulah Insyirah tinggal bersama keluarganya. Ibu bapanya pun masih lagi tidak tahu tentang keadaan mereka suami isteri. Hanya mama dan papa Iskandar sahaja yang mengetahui perkara tersebut. Jenuh juga mulut Insyirah menjawab setiap kali bertandang  ke rumah ibu bapanya apabila mereka menyoalkan perihal Iskandar.
“Bilalah papa nak datang jumpa mama ni sayang? Rajuk betul papa kali ni.” Dia bermonolog. Akhirnya Insyirah tertidur juga dengan mimpi indah. Berharapkan kedatangan Iskandar bersamanya. Sejak dia hamil, sering saja dia letih dan muntah terutamanya ketika waktu pagi. Esok dia akan bertugas lagi sebagai seorang guru sekolah menengah. Penat betul melayan karenah budak sekolah menengah tapi kalau dikenangkan dia dahulu jauh lebih dasyat tahap kenakalan mereka dikelas walaupun dikenali sebagai budak kelas hadapan.

P/s : cerita nih dah lama terperap dalam lappy baru nak letak...
tajuk sebenarnya nak letak 'Wasiat berantai' tapi macam cerita horror la...hahaks..!
ENtri pertama di hari pertama pada bulan pertama 2012...!
Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

11 comments:

  1. menarik , x sabar nak baca bab seterusnya :D -mimi-

    ReplyDelete
  2. cpt2 smbung ea... :)
    menarik nie

    ReplyDelete
  3. baik smbung cepat2...da trtarik da ni

    ReplyDelete
  4. okey, x sabar nak tunggu next entry..
    menarik..

    thank writer..
    sye suka cerita ini..

    ReplyDelete
  5. sambung ek...menanti next en3 :D

    ReplyDelete
  6. CKUP MENARIK...XSABAR LAK TGGU NEXT N3 :) SAMBUNG2 HIHIHIHI

    ReplyDelete
  7. suke cite ni...sambung lagi....

    ReplyDelete
  8. x sbar tggu sambungannya.. hehe.. nice..

    ReplyDelete
  9. yeay.. ada cite baru. nasib jenguk. kalau tak, tak tau lah ada ke tak cite baru. cite ni cam best je. tertanya2 jugak sebab apa suami dia merajuk tu. tak sabar nak baca next bab. cepat cepat ye update!

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)