Tuesday, January 17, 2012

Sambungan Cinta Kita bab 2




Bab 2
“Irah pinjam nota kau dulu.”  Insyirah yang sedang melukis gambar-gambar kartun pada nota sejarahnya mengalihkan pandangan pada Kamil sudah terduduk di hadapannya.
“Nota yang mana?”
“Nota bab perlembagaan tu.”
“Aku nak baca jugaklah. Korang buatlah sendiri.” Pintas Insyirah.
“Pinjamlah kejap je. Nanti ada Q and A time sejarah.” Pujuk Kamil.
“Tak nak!”
“Pinjamlah kejap kau kan terror sejarah jugak.” Kamil ingin menarik tapi segera Insyirah melarikan notanya. Larikan nota dari Kamil tiba-tiba Yusri pula yang merampas notanya. Biasalah kalau datang subjek sejarah tiada orang lain yang mereka cari selain Insyirah. Tukang tulis nota ringkas buat mereka.
“Yusri bagilah balik!!” jerit Insyirah. Keadaan awal pagi sebelum perhimpunan memang riuh walaupun masih ramai yang mamai. Awal pagi masuk kelas. Siapalah yang semangat? Semua masih mood mengantuk.
“Tolonglah. Aku tiada belajar semalam bab ni.” Rayu Insyirah. Dia ingin merampas semula notanya.
“Woi Yus! Aku yang pinjam nota tu dulu!” Kamil berdiri lalu masuk cawangan sesi rebut nota Insyirah. Biasanya kalau Insyirah bagi pinjam notanya nanti sesudah sampai nota tersebut sudah renyuk. Boleh buat kertas bungkus belacan. Parah semacam kerana hampir semua rakan sekelasnya pinjam.
“Tolonglah wei! Aku pun nak guna.” Bentak Irah. Nafasnya turun naik menahan marah. Awal pagi lagi sudah bikin panas! Ini boleh mendatangkan amarah. Larva sudah hendak keluar dari lubang-lubang telinga.
Budak lelaki. Mana makan saman. Kamil dan Yusri berlari berkejaran satu kelas merebut nota Insyirah. Sudah besar masih lagi main kejar-kejar. Insyirah berhenti sambil memerhati. Mukanya monyok.
Praaakkk!!
“Alamak.” Ujar Kamil.
Besar mata Insyirah terdengar bunyi kertas koyak. Habis nota bewarna warni miliknya terkoyak dua. Rebut punya pasal notanya jadi mangsa.
“Nota Aku…!!!!” jerit Insyirah. Penat-penat dia bersengkang mata malam semata-mata buat nota. Senang-senang sahaja mereka rebut sampai koyak.
Bunyi lonceng menandakan perhimpunan harian akan bermula tidak lama lagi membantut niat Insyirah untuk marah Yusri dan  Kamil. Dia terus keluar dari kelas 5 A/B. Merah padam muka Insyirah menahan marah.
“Itulah kau Mil. Rebut lagi. Jatuh saham kita depan Irah. Nampaknya sampai bila-bila takda dapat couple dengan dia. Punyalah payah tackle dia tu.”
Kamil sekadar berjalan meningalkan Yusri yang mengeluh. Alah apa susah! Ada Irfan tolong dia. Irfan dan Insyirahkan rapat. Dia dan Irfan pula kawan baik. Susah apa? Minta tolong Irfan pujuk Insyirah senang cerita.
“Woi Mil… apa punya manusialah seorang ni. ”
“Jomlah masuk perhimpunan. Nanti pengawas-pengawas poyo tu datang panggil kita turun lagi.” Balas Kamil.



“Hai kak Irah. Masam je muka.” Tegur Irfan. Dia menkgambil tempat duduk di sebelah Insyirah. Irfan dan Insyirah sepupu rapat dari kecil. Kena lagi mereka berdua satu kelas dari tingkatan satu. Memang macam bertambah rapatlah mereka berdua.
“Aku nak tidur.”
“Awalnya… tak lama lagi cikgu Firuz masuk.” Tadi semasa perhimpunan Kamil sudah menceritakan kepada mereka tentang nota ringkas Insyirah yang sudah terbelah dua.
Irfan menarik nota sejarah yang sudah di salotep di atas meja Insyirah. Habis nota kakak sepupunya terbelah dua. Siapa tak marah. Bukan senang buat nota ni. Kena faham betul-betul isi baru dapat tulis nota yang sendiri faham serta orang lain pun faham.
Lagipun nota Insyirah tidak akan mengantuk punya sebab warna warni dan ada sahaja gambar kartun supaya senang ingat.
“Aku tiada mood ni Irfan.” Insyirah meletakkan mukannya ke atas meja. Tangannya disilangkan. Awal pagi lagi sudah bagi naik angin aku.
Irfan menggaru kepala. Dia berpusing ke belakang memandang Kamil yang duduk di tempat mereka.
‘Perang dunia ke empat sudah bermula!!’ katanya. Tapi hanya mulut sahaja yang bergerak. Suara Irfan langsung tidak kedengaran.
Kamil mengengam tangannya mengharapkan Irfan. Tahu takut! Cari pasal  tak pula takut. Kena reject lagi baru tahu. Getus Irfan. Kadang-kadang geram pula dengan kawan baiknya seorang ni. Sudah kena reject berapa kali oleh Insyirah masih lagi harapkan sepupunya tu nak dekat dia. Padahal awek Kamil keliling pinggang. Junior pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat baru sahaja berdrama samarinda dekat pagar sekolah bergaduh kerana dia.



Keadaan tegang semasa subjek cikgu Firuz sudah bermula. Semua pelajar berdebar-debar. Menanti nama siapalah yang akan di panggil untuk menjawab soalan seterusnya.
Kebanyakan anak mata pelajar sudah naik ke atas. Semua sudah mulai perah otak untuk ingat fakta-fakta sejarah.
“Insyirah!” panggil cikgu Firuz dari belakang. Insyirah yang mendongak dagu menahan dari kantoi dari tidur segera duduk tegak.
“Ya cikgu.”
“Terangkan konsep negara persekutuan dan berikan saya lima fungsi-fungsinya.” Ujar Cikgu Firuz.
Perlahan-lahan Insyirah berdiri. Memandangkan dia duduk dekat dinding, Insyirah mengalihkan pandangannya ke tengah-tengah. Cikgu Firuz berdiri di belakang sekali.
“Lima cikgu?” Mak ai kenapa tak beri sepuluh je terus? Sudahlah ini nota yang malang kena koyak yang aku tidak sempat baca tadi. Sambungnya dalam hati.
“Awak nak saya tambah lagi kah?” sindir cikgu Firuz.
“Heh! Tak… tak… err… konsep negara persekutuan kan? Err…” Sudah! Kepala Insyirah kosong macam tin kosong. Neuron-neuron otaknya tidak bersambung, kena minum Anmun Essential Tom Tom Bak dulu ni. Insyirah mengaru kepala yang tidak gatal.
Dia terpandang Yusri yang tersengih-tersengih kemudian mata Kamil pula yang sedang tersenyum memandangnya.  Insyirah mengetap bibir. Jagalah korang dua! Aku lancar perang Dingin. Biar kalah perang dingin selepas perang dunia kedua dulu antara Amerika Syarikat dan Soviet Union dulu. Tengoklah!
“Insyirah! Apa awak mengkhayal lagi tu?” soal cikgu Firuz.
Hish cikgu ni tak pandai nak sabar.
“Pertama…err…” Insyirah memberi signal Dania yang duduk di barisan hadap. Cepat woi! Belek nota. Tolong aku.
Dania memberi signal dua jari di dekatkan. ‘Apa minah ni maksudkan? Dua jari di dekatkan menjadi satu? Satu. Bersatu… menyatu persatu..hah! dapat sudah. ’
“Errmm.. Errmm…” Insyirah membetulkan suaranya. Kepoyoan sudah menyerlah.
“Malaysia ialah salah sebuah negara persekutuan.  Persekutuan pula bermaksud penyatuan negara yang mempuanyai sebuah kerajaan persekutuan serta beberapa buah kerajaaan negeri. Betul tak cikgu?” segar mata Insyirah menjawab. Dia menanti respon cikgu Firuz. Tolonglah betul…tolonglah…
“Ermm… betul. Lima fungsi pula?”
“Adoi ni yang lemah lutut ni.” Ujar Insyirah perlahan.
“Apa awak cakap Insyirah?”
“Eh! Takda cikgu. Saya cakap cantik baju cikgu hari ni. Biru putih. Macam warna biru laut. Nyaman je rasa.”
Tersenyum pelajar lain dengar loyar buruk Insyirah. Apa tidaklah waktu-waktu begini sempat lagi buat lawak tidak jadi. Berani pula tu buat lawak waktu sesi soal jawab dengan cikgu.
“Jangan nak bodek saya Insyirah. Cepat jawab soalan saya. Awak ni satu soalan sepuluh minit nak jawab.” Bebel cikgu Firuz.
“Hehe… kejap cikgu. Tengah cuba sambung neuron yang terputus suis dekat kepala ni dulu. Terosak fius semalam sebab black out.” Apa Insyirah membebel pun tiada yang faham. Dia sebenarnya cakap sahaja. Bukannya dia faham pun.
Tergeleng kepala Cikgu Firuz dengan perangai anak muridnya seorang ni. Pandai betul lengahkan masa. Pelajar lain pula kesukaan sebab kalau soal Insyirah yang memakan masa beberapa minit untuk menjawab maknanya mereka terlepas dari kena soal.
“Err…” Syirah rasa macam hendak menangis sahaja. Tidak dapat jawab langsung.
Satu minit… dua minit….lima minit… tetap sunyi kelas oleh Syirah. Tidak dapat jawablah tu.
Keadaan kelas terus tegang semula. Luar kelas yang riuh sedikit menarik perhatian segelintir pelajar yang berada di dalam kelas mereka. Mata cikgu Firuz juga mengalih keluar namun seketika sahaja.
Alangkah baiknya kalau ada knight in shining Armor selamatkan aku sekarang. Dengan Unicorn datang sekali. Kalau tiada Unicorn, kuda putih pun jadilah. Sempat lagi Insyirah mengelamun waktu di soal. Memang betul-betul contoh pelajar ‘cemerlang’. Jangan tiru aksi ini di kelas. Tidak baik untuk masa depan anda. Ahaks!
Bunyi ketukan di pintu kelas mengejutkan Insyirah. Semua orang mengalihkan pandangan memandang manusia yang mengetuk pintu tersebut. Dahi Insyirah berkerut. Memandang manusia tersebut. Macam ku kenal sahaja mamat ni? Dia mencapai cermin matanya lantas dipakai. Itu kan…
“Assalamualaikum and good morning sir. Boleh saya jumpa Nur Insyirah binti Fauzi?” katanya.
Muka pelajar lain terlopong memandang wajah Iskandar. Terutama kawan-kawan akulah. Siapa lagi. Kalau geng manusia kecoh di sekolah ni siapa lagi kalau bukan Insyirah dan rakan-rakan. Aku rasa macam nak sumbat sahaja mulut mereka dengan kertas-kertas. Kalau masuk lalat dalam mulut mereka boleh sesat lalat sampat ke dalam perut. Tidak senonoh betul.
“Okay…  Wani sambung jawab soalan Insyirah tadi. Berikan saya lima fungsi tersebut.”
Hah! itulah cikgu Firus. Sentiasa Efficient and Effective. Manusia yang Punctual la katakan. Tengok sahajalah aku keluar si Wani pula jadi mangsa kena jawab soalah aku. Haha!
“Hah! Nasi kandar nak apa?” soalku. Aku memandang penampilannya dari hujung rambut hingga kasutnya. Kalau hingga hujung kaki memang tidak nampaklah sebab terang tang-tang dia pakai kasut. Sudah macam model sudah aku tengok manusia seorang ni. Patutlah ada bunyi kecoh tadi. Ini mesti tidak lain tidak bukan minah-minah gedik yang sedang terjatuh hati dengan Iskandar.
“Nasi kandar…? Whateverlah. Awak! Tolong saya.”
“Tolong apa? Tolong jual nasi sini?” pintas Insyirah.
“Hish! Budak kalau sudah bercakap macam bertih jagung! Tidak pandai berhenti.” Iskandar menutup mulut Insyirah mengunakan tapak tangannya.
Nasib baik kelas mereka agak terpinggir. Memang terpinggir pun. Kelas paling hujung dan paling atas. Memang malang dapat kelas ni. Sudahlah gelap. Siang-siang pun kena pakai lampu.
“Dengar dulu aku cakap boleh tak?”
Insyirah mengangguk. Tidak dapat hendak mengeluarkan suara. Kuat betul tapak tangan Iskandar melekat di mulutnya.
“Aku nak pergi mendaftar. Bawa aku jumpa administrative dulu. Aku sudah cari tapi tak jumpa-jumpa. Boleh tak?”
“Boleh tak?”soalnya lagi.
Insyirah memegang tangan Iskandar yang menutup mulutnya. Dia menarik tangan Iskandar sekuat hati. Kuat juga tangan si Zaril Iskandar ni.
“Kau nak bunuh aku ka?” Insyirah menyapu pipinya yang pedih di tutup rapat.
“Sorry… boleh tak?”
“Tak boleh! Kau nampak tak aku ada kelas sekarang. Lagipun kau nak daftar apa? Daftar jadi pak guard ka?” soal Insyirah.
“Zhe ge nui ren de zui… (mulut perempuan ni…)” geram Iskandar. Asal buka mulut sahaja macam peluru berpandu mulut si Insyirah ni.
“Yiiee! Poyo! Macamlah aku tidak faham dia cakap apa? Aku pun pandai bahasa mandarinlah.” Tegur Insyirah.
“Hah! baguslah tu. jom temankan aku jumpa administrative.
“Tak nak. Carilah sendiri.” Insyirah ingin masuk ke dalam kelas semula. Dia perasan anak mata kawan-kawannya yang memandangnya minta penjelasan. Habislah aku kena soal oleh detektif-detektif tidak berpegalaman di dalam kelas ni nanti.
Iskandar mendahului Insyirah mendekati pintu kelas. Dia memegang hujung pintu menghalang Insyirah masuk.
“Maaf sir. Boleh saya pinjam Insyirah kejap.” Ujar Iskandar. Suka hati dia saja bercakap tangan kerelaan tuan punya badan.
“Awak abang dia ka?” soal cikgu Fauzi.
Tersenyum kawan sekelas yang lain. Maksud cikgu Fauzi tu abang kandung kah atau abang yang tuttt….teman lelaki sebab cikgu Fauzi tahu Insyirah hanya ada kakak sahaja yang dia pernah ajar dulu.
“Tak saya kawan dia. Saya hendak mendaftar dekat sini tapi tak tahu dekat mana?” jawab Iskandar.
Terkejut semua pelajar di kelas mereka. Boy Friend Insyirahkah? Mereka memandang Irfan untuk meminta jawapan dari sepupu merangkap kembar tidak jadi Insyirah.
“Kawan… oh! Okay. Pergilah.” Cikgu Fauzi memberi kebenaran.
“Tengok senangkan.” Bangga pula si Iskandar ni. Dia menarik lengan baju Insyirah.
“Ya Allah poyonya kau Tuan Muda Zaril Iskandar.” Balas Insyirah. Terdorong Insyirah ke hadapan apabila Iskandar menarik tangannya.



Mereka berjalan beriringan ke pejabat pentadbiran yang tidak pandai sampai-sampai. Iskandar mengelap peluh yang menitik. Pusing-pusing hampir satu sekolah sudah mereka tawaf tapi entah bilik pentadbiran pun dia tidak tahu.
Insyirah tersenyum. Makan kau! Habis satu sekolah mereka tawaf kecuali bahagian pentadbiran. Kita buat senaman sikit wahai tuan muda bajet handsome.
Ramai pelajar perempuan yang menjenguk mereka berdua yang sedang berjalan.
“Is kau nak daftar apa? Tengok dokumen tu.”
“Tak payah nak tengok dokumen aku. It’s private and confidential.”
“Yiee…tak pernah aku jumpa mamat sepoyo kau tau tak.”
“Aku pula tidak pernah jumpa jumpa minah macam kau ni. Selalunya perempuan bajet ayu kau pula… Masyaallah! Mulut mengalahkan Joyah.”
“Sedapnya kau kutuk aku depan mata. Sekurang-kurangnya aku tidaklah hipokrit.” Tukas Insyirah. Dia paling benci manusia hipokrit. Bajet ayu, baik, lemah lembut depan lelaki padahal di belakang parangai entah apa-apa.
“Ermm.. mana pejabat ni Insyirah? Aku nak daftar ni.”
“Dari tadi aku dengar kau cakap nak daftar. Nak daftar apa jugak ni?”
“Daftar masuk tingkatan lima la? Aku tukar sekolah.” Jawab Iskandar sambil mengesat peluh.
“Serius tingkatan lima? Bukan nak daftar enam atas kah?”
“Tingkatan limalah. Jauh lagi ke Insyirah?” Soal Iskandar. Dia sudah kepenatan.
“Tak. Dekat depan ni aje. Jomlah masuk. Hehe..”
“Kau kenakan aku? Punyalah dekat. Tengah-tengah saja.” Iskandar mengetap bibir. Perempuan ni bikin sakit hati betul.
“Jomlah masuk. Dalam pejabat ada air cond. Hehe…” Insyirah mendahului Iskadar. Dia sudah pun masuk ke dalam pejabat pentadbiran. Kalau bukan dia juga kepenatan sudah tentu Insyirah bawa Iskandar pusing sampai padang sekolah. Biar dia kepenatan. Hahaha…gelak jahat.




Sebaik sahaja Iskandar selesai urusan pendaftaran di pejabat pentadbiran. Insyirah terus masuk ke dalam kelas. Iskandar pun sudah balik. Ada pemandunya sedang menanti dari tadi. Anak orang kaya. Tidak hairanlah ada pemandu sendiri walaupun dia ada lessen sendiri sudah.
Semua kawan-kawannya datang merempuh Insyirah ketika dia masuk ke dalam kelas. Tepat jangkaannya. Kawan-kawannya ni kalau bab-bab begini memang kepoh banyak bukan sedikit.
“Kalau iyapun bagilah aku duduk dulu boleh tak?” Insyirah duduk di meja guru. Selamat dia dari subjek sejarah. Walaupun tiada knight atau barbarian yang datang dengan shining armor naik kuda putih pun dia tetap selamat oleh tuan muda poyo si Zaril Iskandar tu.
“Huargghhh!!” Insyirah menguap. Sebenarnya semasa di pejabat pentadbiran tadi Insyirah hanya tidur sambil menanti Iskandar usai urusannya. Lena betul dia tidur sampai meleleh liur. Nasib baik tiada yang perasan kecuali si Iskandar.
“Hish! Tak senonoh betul. Tutuplah mulut tu konon kalau menguap.” Fuza menampar lengan Irah.
“errmm… Okay siapa nak tanya soalan sila ambil giliran masing-masing. Beta Tuan Puteri Inderaputra Nur Insyirah binti Fauzi bersedia menjawab soalan tuan hamba sekalian.”
Satu ketukan melekat di kepala Insyirah.
“Apa ni Dania? Sakitlah…!”
“Cubalah jangan loyar buruk.”
“Iyalah. Aku nak ceritalah ni…” Insyirah senyap sambil memandang satu persatu wajah kawannya yang sedang menantinya. Haiyaa… kawan-kawan aku ni…
“Al kisah…Taib… di mulakan kisah… Taib…” ujar Insyirah. Loyar buruk dah mai dah. Tergelak dia memandang wajah keruh kawan-kawannya.
Tok! Satu lagi ketukan hinggap di kepalanya. Tidak lama kemik otak aku balik-balik kena ketuk. Getus Insyirah dalam hati. Dia membetulkan tudung sekolah yang senget.
“Korang tanyalah Irfan. Ni tak! Nak jugak tunggu aku cerita satu persatu.” Geram Insyirah.
“Kalau Irfan sendiri tidak kenal siapa mamat tu” jawab salah seoran dari mereka.
“Oh! Iyakah? Sorry…sorry… Salah patik sebab terlalai.”
“Irfan! Itulah Is yang aku cerita dekat kau hari tu.” sambung Insyirah lagi. Dia menjerit ke belakang di mana sekumpulan pelajar lelaki kelasnya sedang bercerita. Yusri dan Kamil yang memandang Insyirah di jeling. Ingat aku sudah lupa! Aku masih mahu lancarkan perang dingin dengan korang berdua.
“Cepatlah cerita Irah.” Gesa Fuza.
“Aku nak ceritalah ni sebenarnya nama budak tu Zaril Iskandar. Dia tu kawan aku. Kawankah? Errm.. kira consider kawanlah jugak sebab aku selalu lawan mulut dengan dia.” Jelas Insyirah. Yang selebihnya tidak payahlah mereka tahu. Biar menjadi teka teki. Haha! aku tahu apa yang di kepala mereka. Biasa Insyirah kan heartbreaker. Siapa nak jadi teman lelaki dia confirm kena fikir sepuluh kali dahulu. Sebab Insyirah rejact orang tersebut terang-terang.
Pabila orang tersebut luahkan perasaannya tanpa berfikir panjang Insyirah terus tolak. Sehingga kini hanya tidak dia yang masih berstatus single. Kawan-kawannya pun faham benar dengan sikap Insyirah yang tiada hati nak bercinta. Senang ‘cuci mata’ katanya. Kalau hendak bercinta susah nak cuci mata usha mamat handsome.
“Habis dia datang sini apahal?” soal Fuza.
“Dia nak tukar sekolah. Dia masuk kelas korang nanti.”
“Kelas science? Bila?” Cepat betul si Yana ni menyoal. Kelas Sains dan kelas Akaun bergabung kerana jumpa pelajar yang tidak ramai minat dua subjek ni. Kelas pun menjadi sedikit. Pihak sekolah memberi kebenaran pelajar memilih subjek yang mereka minat sebab tu ramai yang pilih ekonomi atau sastera. Sudahnya kelas Sains dan akaun terpaksa digabungkan kecuali subjek elektif sahaja mereka berpisah kelas. Budak sains pergi makmal setiap kali masa bio, kimia dan fizik manakala budak akaun guna kelas.
“Esok kot. Aku lupa tanya dia.” Macam mana si Zaril Iskandar ni tahu aku sekolah sini pun aku lupa tanya. Ah! Lantaklah dia. Esok kalau dia muncul lagi baru tanya.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

1 comment:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)