Sunday, January 29, 2012

Sambungan Cinta Kita bab 4


 
Bab 4
Insyirah memandang kereta yang lalu lalang. Topi dikepalanya dibetulkan. Kereta yang lalu lalang di pandang satu persatu. Sudah menjadi hobi Insyirah memandang pelbagai jenis kereta yang lalu lalang setiap kali balik dari tuition matematik tambahan. Jalan raya yang sesak dengan kereta yang banyak. Biasalah waktu balik siapa tak suka. Semua pun berebut balik rupa.
Artikel di internet yang dibacanya beberapa hari lalu masih lagi berlegar-legar dikepala. Artikel tentang bertudung. Siapa tidak mahu bertudung. Hatinya pun tergerak untuk bertudung. Bagi Insyirah tiada wanita yang paling cantik selain wanita bertudung. Ahli keluarga perempuannya pun semua bertudung kecuali dia.
Pandangan serong. Iya itu yang Insyirah perasan. Kalau sudah keluarga yang baik-baik tentunya semuanya baik-baik sahaja. Tetapi apabila dia seorang umpama tompok hitam yang mencemari keluarga dengan perangainya yang kasar dan tidak seperti ahli keluarganya yang lain sudah tentu dia terasa.
Kata-kata dan umpatan bukan sekali dua singgah di telinganya. Tahulah sangat dia tidak disukai oleh orang kampung sebab perangainya yang kadang-kadang liar dan bukan seperti anak gadis di kampung tersebut.
Mulutnya sahaja pun kadang-kadang laser semacam biarpun dengan mak cik-mak cik di kampung. Sebab itu dia selalu dibandingkan dengan abang dan kakaknya yang ahli surau. Dapat adik yang terlalu ‘baik’ sudah menjadi buah mulut orang kampung.
Satu keluhan terkeluar dari mulut Insyirah.
Teruk sangatkah aku ni? Ibu dan abah pun sudah puas nasihat aku. Berbuih-buih sudah mulut mereka nasihat. Aku sudah terbiasa sekolah cina dari kecil. Aku tahu akak dan abang dapat tangani lagipun aku sambung sekolah menengah cina sampai tingkatan tiga. Itupun setelah keputusan bahasa cinaku UPSR dulu A. Kak Syahirah dan abang Shamil pula ingin teruskan sekolah menengah biasa sahaja.
“Hah!! serabut otak… ” jeritnya kecil. Kakinya dihentak-hentak. Langsung tidak perasan orang-orang yang lalu di hadapannya memerhatikan tingkah Insyirah pelik. Artikel mengenai dosa pahala tersebut masih lagi berlegar-legar dikepala.
Ponnn…!!
Bunyi hon kereta yang kuat di hadapan Insyirah mengejutkannya.
“Hoi…!” jerit Iskandar dari dalam kereta. Mata Insyirah dikecilkan untuk memastikan Iskandar yang sedang memandangnya.
“Masuklah sini cepat.” Ujar lelaki itu.
“Tak naklah. Buat apa aku ikut kau?” soalnya.
“Tak nampak ke bas tu sudah tinggalkan kau?” jerit Iskandar dari dalam kereta sambil menunjuk ke arah bas yang pergi meninggalkan perhentian bas.
Serta merta mata Insyirah ke arah bas tersebut. Tangannya menangkap beg sandang lalu berlari mengejar bas tersebut. Tercungap-cungap Insyirah berlari mengejar tersebut tapi bas tersebut sudah meluncur jauh. Insyirah terduduk akibat kepenatan berlari tadi.
Tercungap-cungap gadis itu kepenatan. Tangannya memegang dada yang berombak kencang.
Kereta Toyota Camry hitam yang dipandu oleh Iskandar tadi mendekati Insyirah. Tergelak kuat lelaki tersebut di dalam kereta.
“Hoi Insyirah…! Apa yang kau mengelamun sangat tu sampai kena tinggal… ha… ha… ha…!!” gelak Iskandar lagi.
Wajah Insyirah yang sudah kemerahan akibat penat berlari tadi bertambah merah tapi bukan sudah merah comel macam tomato sebaliknya merah menyala macam cili api… marah dan sakit hati dengan Iskandar yang gelakkan dia yang kepenatan.
Otaknya memikirkan cara untuk diamkan Iskandar. Ermmm… hah! ting…! Satu mentol muncul sambil berkelip-kelip apabila ideanya muncul. Gelakkan aku yaa…tunggu kau!
Insyirah cuba berdiri dari duduknya. Malu juga tu duduk di tepi jalan. Orang mesti ingatkan dia ni tiga suku. Seluar yang kotor dibersih. Insyirah memandang Iskandar yang masih lagi galak ketawakannya. Dia berjalan beberapa langkah mendekati kereta Iskandar namun baru beberapa langkah dia terjatuh pengsan.
Terbaring Insyirah di bahu jalan. Iskandar yang tergelak-gelak tadi terkejut apabila terlihat Insyirah yang rebah secara tiba-tiba. Teringat dia kata-kata ibu Insyirah yang menyatakan bahawa anaknya seorang ni seorang yang lemah. Selalu sangat sakit. Di sekolah pula Insyirah mendapat gelaran Puteri Lilin sebab tidak dibenarkan bersukan. Asal sukan sikit sudah asma. Lagipun Insyirah ada masalah jantung lemah. Tidak boleh terlalu penat.
Berlari Iskandar keluar dari keretanya untuk menujukan ke arah Insyirah. Insyirah yang terbaring didekati. Dia meletakkan kepala Insyirah di pahanya.
“Insyirah.. Insyirah… bangun. Kau ni apahal? Hoi! Bangunlah…” pipi Insyirah ditepuk perlahan. Menyesal pula ketawakan Insyirah tadi.
“Eh! Insyirah… bangunlah. Jangan takutkan aku.” Ujarnya lagi gugup. Iskandar meraba poket seluar untuk mencari telefon bimbitnya.
“Mana pula ni… orang pun tiada pula yang berjalan lalu sini dah… tadi punyalah ramai orang dekat perhentian bas tu.” omelnya sambil memandang perhentian bas yang sudah kosong. Seorang pun tidak kelihatan. Hanya kereta sahaja yang lalu lalang.  Itupun tidak perasan Insyirah yang pengsan kereta terlindung dari keretanya.
Cuaca yang mendung tadi tiba-tiba bertukar menjadi hujan renyai-renyai. Beberapa titis hujan jatuh ke pipi Insyirah yang terbaring.
‘Alamak… hujanlah pulak…’ desis hati Insyirah. Punyalah cantik rancangannya tadi. Sakit juga kepalanya yang terhantuk sedikit di atas tanah yang bersimen. Kalau main rebah terus memang boleh berderai kepalanya. Dia terbaring pun dengan perlahan agar tidak terhantuk. Cukuplah pernah merasa tangannya patah ketika jadi pasukan sorak dulu. Sampai taubat dia lansung tidak mahu jadi pasukan sorak. Dia ikut pun sebab cikgu suruh kalau tidak haraplah kalau dia nak.
Pipi Insyirah ditepuk perlahan lagi. “Hoi mak cik. Kau bangunlah… kot yaa pun janganlah pengsan sini.” Omel Iskandar. Dia sudah mula melalut. Takut pula Insyirah yang tidak sedar-sedar diri. Telefon yang hendak dicari tidak pula dijumpa-jumpa.
‘Apalah… tak gentlemen langsung! Adakah orang pengsan dipanggil mak cik… tidak berperikemanusian langsung si Iskandar ni.’ Bebel Insyirah dalam hati.
Kepala Insyirah diletakkan di atas lantai semula. Iskandar berdiri untuk mencari telefon di dalam kereta. Akibat terlalu gugup dia tidak sedar yang dia terlangkah Insyirah untuk menuju ke keretanya. Jalan pintas.
‘Kurang asam punya Iskandar…! Berani kau langkah aku…pendeklah aku nanti…huhu…’ komen Insyirah.
Terbongkok-bongkok Iskandar mencari telefonnya di dalam kereta dari pintu penumpang hadapan.
Hujan renyai-renyai semakin lebat.
“Yes…! Jumpa pun.” Ujarnya setelah menjumpai telefonnya. Iskandar hendak berpaling semula ke arah Insyirah.
Gedebuk…!!
Terhantuk kepalanya di atap kereta. Dia mengosok kepala yang sakit akibat terhantuk. Gugup punya pasal…
‘Aduh sakitnya….’ Iskandar mengaduh kesakitan. Rasa macam nak pecah kepalanya akibat terhantuk.
“Ha…ha… ha…!!!!” Insyirah tergelak-gelak apabila terlihat Iskandar mengadu kesakitan.
Mencerlung mata Iskandar memandang Insyirah yang gelakkan dirinya. Gadis yang terduduk di atas simen sambil mengunjurkan kakinya itu sudah kebasahan terkena hujan.
“Kurang asam jawa Sumatera Timur Barat…! Berani kau tipu aku. Bla…bla..bla.. kau ni suka buat orang sakit hati…. Bla…bla…bla.. kalau aku tahu aku tinggalkan aje kau di sini… bla…bla…bla…” Geram Iskandar. Entah apa sudah yang dibebelnya Insyirah langsung tidak ambil pusing. Malah makin galak gadis itu ketawakannya.
Insyirah dan Iskandar sudah basah lencun terkena hujan yang semakin kuat. Tiba-tiba guruh dan kilat sambung-menyambung.
“Ibu….!!” Jerit Insyirah sambil menerkup telinganya. Dia takut dengan kilat yang sambung menyambung secara tiba-tiba. Bergegar satu badan Insyirah ketakutan.
Iskandar terus berhenti membebel. Dia pun terkejut juga tadi dengan guruh dan kilat yang kuat tadi. Tambah lagi Insyirah yang menjerit ketakutan.
“Jom…” Iskandar membawa Insyirah ke dalam keretanya semula.
Setiba di dalam kereta dia hanya memandang Insyirah yang bergegar ketakutan.
“Dah la… takda apa-apa pun.”
“Hish… kee..ja.. ap… arr…. Biii…aaar… aaaku tee..nang duuulu..” ujar Insyirah yang masih mengigil.
Iskandar mengelengkan kepalanya. Dia berpaling untuk membuka beg di tempat duduk belakang. Dia baru sahaja pulang dari bermain futsal dengan Kamil dan lain-lain. Mujurlah kawan-kawan sekelasnya mudah rapat walaupun baru sebulan lebih berkenalan.
Tuala untuk lap peluhnya dihulurkan kepada Insyirah.
“Busuknya… tak naklah aku…” kata Insyirah setelah kembali pulih sedikit.
“Letak saja di badan kau. Kau tu pakai T-shirt putih. Faham-faham aje la..” omel Iskandar sambil melempat tuala tersebut ke muka Insyirah.
Berkerut muka Insyirah menahan busuk. Tapi teringkatkan baju T-shirtnya yang basah terkena baju. Di guna juga tuala tersebut untuk menutup badannya.
“Biar aku hantar kau balik.” Iskandar memulakan pemanduan ke rumah Insyirah. Sudah dua kali dia ke rumah tersebut mengikut pak ciknya. Iskandar juga tahu yang abah Insyirah merupakan anak angkat datuknya.
“Kau apasal diam saja dalam kelas dua tiga hari ni?” soal Iskandar. Matanya masih lagi menghala ke jalan raya.
“Mana ada…! Aku okey saja pun.”
“Elleh… macamlah aku tak perasan. Kau tidur setiap subjek tau. Aku tahulah kau tu kuat tidur. Tapi sampaikan subjek fevret pun kau boleh tidur maknanya ada somethinglah tu.”
“Mana ada…”
Whatever… owh yaa… malam ni aku balik KL. Ada hal… isnin baru aku balik sini….” Balas Iskandar.
Rancangnya untuk sms sahaja Insyirah malam ni untuk memberitahu pasal hal tidak hadir hari isnin nanti tapi memandangkan sudah depan mata baik cakap terus sahaja. Lagipun Insyirah ni kalau dihantar mesej tunggulah esok baru dibalas. Paling cepat pun selepas beberapa jam mesej dihantar. Itupun balasnya hanya huruf ‘k’ sebagai Okey. Malas betul bersms.
Kata kawan sekelasnya memang perangai Insyirah macam tu. Mimpilah dia balas panjang-panjang. Bercerita atau bergosip guna sms lagilah dalam mimpi!! Handphone pun selalu tercicir… tanda tiada langsung kepentingan telefon bagi gadis itu.
“Okey… jangan lupa bawa ole-ole untuk aku yaa.. tapi aku tak nak kau bagi coklat… sebab aku tak makan coklat yang orang bagi hadiah. Bagilah teddy bear ke… boleh aku peluk bawa tidur…” sempat lagi Insyirah minta hadiah. Bukannya tanya pun pasal apa Iskandar balik.
“Tengoklah dulu. Aku balik ni pun sebab ada hal penting.” Ujar Iskandar perlahan. Urusan untuk membaca isi kandungan wasiat tersebut. Sudah beberapa kali dia mendapat pangilan untuk membuat wasiat seterusnya tapi dia asyik mengelak saja. Tidak sangup untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Entah apa lagi yang dia bakal hadapi.
Dia memberhentikan keretanya di hadapan rumah Insyirah. Hujan pun sudah semakin perlahan.
“Kirim salam aku dengan ibu dan abah kau yaa..” Iskandar berpesan.
Roger and Out sir…! Hati-hati balik tu. pasal kepala kau yang terhantuk tadi sorry yaa… bye!! Jangan lupa ole-ole aku..” balas Insyirah sambil berlari keluar dari perut kereta. Tuala Iskandar yang didakwanya busuk mengalahkan telur busuk masih lagi dipakainya. Terlupa bagi balik!!

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

6 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)