Tuesday, January 3, 2012

secantik Ainul Mardhiah part 14


“Itu pun nak merungut. Cepat tua baru tahu. Tak baik merungut tau!” ujar Ainul. Mereka beriringan ke ruang tamu untuk melihat siapakah gerangan manusia yang  ingin bertemu Ainul.
Walaupun merungut kaki Ikram masih juga mahu ikut ke ruang tamu. Menyampuk dulu sekejap. Manalah tahu yang datang tu awek cantik. Ada juga habuan yang boleh dia usha.
“Itu bukan merungut tapi luahan perasaan.”
Kaki Ainul berhenti melangkah. Dia memandang Ikram seketika.
“Merungutlah cik Abang oi!”
Ikram tarik muka empat belas. “Whatever..! Abang Am kata luahan tetap luahan.”
“Hesy! Ego. Tak nak mengaku kalah betul.” cebik Ainul.
“Assalamualaikum Ainul.” tegur satu suara. Waktu itu barulah Ainul dan Ikram tersedar mereka sebenarnya sudah pun berada di ruang tamu. Jelas riak terkejut Ainul memandang lelaki yang hadir ke rumah mereka.
He Rui Zhe? Betul ka matanya kali ini. Dia mengosok matanya beberapa kali untuk menyedarkan diri. Memang nyata rupa itu ialah Rui Zhe. Rui Zhe yang memakai baju melayu dan memberi salam kepadanya?!
“Waalaikumsalam.” jawabnya perlahan.
Muka Ikram sudah berkerut. Bukan cemburu tapi cuba mengingat semula siapakah gerangan lelaki itu. Macam kenal tapi dia langsung tidak ingat. Ramai sungguh manusia yang dia pernah jumpa kadang-kadang Ikram sendiri boleh tersalah orang.
“Ah Zhe?” soalnya lagi.
Terbeliak mata Ikram memandang Ainul. Biar betul? Apek dari Taiwan itukah? Getus Ikram dalam hati. Hatinya tiba-tiba tersentap.
Rui Zhe tersenyum mengangguk. Itu namanya dahulu. Kini dia sudah mempunyai nama lain sebagai seorang insan yang baru.
“Adam Mikael.” sambungnya.
Dia tersenyum lagi. Puan Noraini yang duduk di sofa juga senyum memandang Rui Zhe. Tidak sangka anak jirannya sudah pun menjadi saudara baru dalam Islam. Tadi sempat dia bercerita seketika bagaimana lelaki itu boleh tergerak hati untuk masuk islam. Jawapannya cukup mudah dan tersirat. ‘Saya masuk islam kerana hidayah dari Allah.’
“Hah?” ujar Ainul dan Ikram serentak.
“Saya Adam Mikael dan juga Rui Zhe.” jawab Rui Zhe dalam bahasa melayu. Dia sanggup untuk mengambil tutorial dalam bahasa melayu sebelum mengambil keputusan untuk datang bertemu dengan Ainul.
“Abang Am. Ainul rasa Ainul sedang bermimpilah. Bila Ainul nak sedar ni? Pelik betul mimpi Ainul sekarang ni.”
 “Ainul tak mimpi. Saya Rui Zhe dan juga Adam Mikael. Boleh kita bercerita seketika?” ajak Rui Zhe.
Raut wajah Ikram membenarkan Ainul untuk bercerita dengan Rui Zhe. Dia mengangguk tanda setuju walaupun isterinya hanya memandang wajah Ikram. Dia hanya memandang Ainul berjalan seiringan dengan Rui Zhe atau kini dia patut panggil lelaki itu dengan nama barunya?
Ikram hanya menghembus nafas perlahan. Masih lagi berdiri di situ walaupun kelibat pasangan tadi sudah hilang. Bahunya ditepuk. Tersedar Ikram dari lamunannya. Dia memandang Puan Noraini yang kini berdiri di hadapan.
“Kenapa?”
“Jangan pandang je. Nanti melepas. Putih mata Am.”  Berkias jawapan Puan Noraini membuatkan dahi Ikram berkerut.
“Am dan Ainul tak ubah macam adik beradik bu.”
“Am akan tahu juga nanti yang mana kaca dan yang mana permata. Percayalah kata ibu.” Puan Noraini meninggalkan anaknya bersendirian.
Sekali lagi ibunya berkata-kata. Ikram cuba untuk meneliti maksud ibunya. Tergaru-garu kepalanya berfikir. Mengalah juga dia akhirnya. Malas hendak fikir panjang.
“Baik lagi aku naik bilik. Best lagi guling-guling atas katil sekarang ni.” getusnya sambil menguap besar. Mengantuk datang menerpa pula.



“Tak sangka Ah Zhe datang Malaysia? Xiao Wei mana?” soal Ainul berbahasa Mandarin.
“Xiao wei ada ikut tapi dia tinggal di hotel. Masih lagi pening. Mungkin jetlag.” jelas Rui Zhe dalam bahasa melayu pula. Cukup lancar. Mungkin kalau orang yang tidak tahu asal usul lelaki itu sudah tentu menyangka bahawa Rui zhe orang Malaysia.
Ainul tergelak lucu. Entah kenapa dia terasa lucu. Dia orang melayu tapi cakap cina sedangkan Rui Zhe orang Taiwan cakap bahasa melayu. Sudah macam ayam dengan itik bercakap bahasa terbalik!
“Adam rindu Ainul.” ujarnya sambil memandang wajah Ainul. Terhenti terus Ainul ketawa. Dia membalas pandangan Rui Zhe.
“Ainul pun rindu semua orang dekat Taiwan. Telefon Ainul rosak sebab tu tak dapat nak contact. Ainul ada tinggalkan email tapi Ah Zhe tak pernah balas.” Ainul cuba tukar topik. Dia hanya beranggapan kata-kata Rui Zhe cuma kata-kata dari seorang teman sahaja. Maaf tak boleh lebih feel sudah! Ainul kini isteri orang…
“Panggillah nama Adam.” Muram Rui Zhe mengutarakan kata-katanya. Tersentuh mungkin sebab Ainul tidak memanggil nama islamnya.
“Merajuk ka?” usik Ainul. Lelaki itu hanya berdiam diri. Dia cuma memandang wajah Ainul sahaja.
“Adam…” Panggil Ainul lagi.
“Adam tak marahkan Ainul.”
“Itulah lelaki yang Ainul kenal selama ini. Seorang abang yang tidak akan pernah marahkan adiknya. Cuba cerita dekat Ainul. Banyak betul perkara yang mengejutkan berlaku sekarang ni. Macam mana Adam boleh jadi saudara baru dalam islam dan yang paling mengejutkan Ainul nak tahu macam mana Adam lancar bahasa melayu macam ni.?” Panjang lebar Ainul bercerita. Banyak betul yang dia sedang fikirkan.
“Nak mula dari apa?” Rui Zhe a.k.a Adam Mikael mula menyoal. Suka benar dia melayan karenah Ainul. Dari kecil Ainul dan adiknya telalu rapat sehingga dia terbiasa memanjakan gadis itu.
“Mana-mana saja Ainul tak kisah.”
Adam menceritakan bagaimana dia tiba-tiba tergerak hati apabila terdengar laungan azan di salah sebuah masjid di Taiwan. Sejak hari itu Adam mula rajin menjejaki masjid untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang Islam. Kesibukannya selama ini terus sahaja menjadi mudah.
Seolah-olah dia telah dipermudahkan untuk melakukan semua perkara. Sehinggalah pada hari dia masuk islam. Pada mulanya ibu bapanya membangkang seratus peratus tindakannya tapi setelah puas dia memujuk akhirnya ibu bapanya redha juga tentang pernghijrahannya.
Tentang bahasa melayu pula, Adam memberitahu bahawa dia hendak mengkaji lebih banyak lagi tentang islam. Memandangkan Malaysia ialah salah sebuah negara islam yang maju dia hendak belajar lebih banyak lagi di negara ini.
“Alhamdulillah. Bila Adam kata demikian. Ainul benar-benar tersentuh. Ada masih orang yang sanggup bersungguh-sungguh untuk mendekati islam sampai sanggup mengkaji tentang islam.”
“Sebenarnya Adam ada hasrat lain untuk datang ke sini. Tapi Adam tak dapat nak teruskan sebab benda tersebut sudah menjadi hak orang lain.”
“Benda apa yang penting sangat sehingga Adam sangup datang ke sini?”
Adam hanya tersenyum. Matanya meleret di jari runcing Ainul. Jari itu sudah pun terhias dengan sebuah cincin yang bertakhtakan berlian.
Semasa di ruang tamu tadi dia sudah pun dikejutkan dengan gambar pernikahan Ainul yang dibingkaikan cantik di dinding rumah. Dari situ dia sudah dapat menganggak status Ainul kini sudah bertukar. Adam sudah terlewat tapi apa yang mampu dia lakukan apabila nasi menjadi bubur. Kotak cincin yang dibawa hanya mampu disembunyikan sebelum sempat diberi kepada pemiliknya.
“Ainul…err.. Ainul sudah kahwin. Hampir sebulan sudah usia perkahwinan kami.”
“Patutlah Adam nampak gambar perkahwinan Ainul tadi. Taniah dan selamat pengantin baru walaupun terlewat hari. hehe…” gurau Adam. Tidak sangka dia akan mengucap taniah pada kekasih hatinya selama ini. Mungkin jodoh Ainul bukan untuknya.
Bagai dihiris hatinya melihat situasi Ainul dan Ikram yang bergurau senda tadi. Kedatangannya juga langsung tidak disedari sehinggalah dia memberi salam. Nampak macam mereka berdua ialah pasangan bahagia walaupun dijodohkan.
“Ainul nak jemput Adam sekeluarga tapi Adam langsung tak balas email.” Muram Ainul berkata demikin. Terkilan sebab orang yang rapat dengannya tidak dapat hadir pada hari perkahwinannya.
“Salah Adam sebab selama ini tidak pernah ambil peduli perkara mudah. Mudah itulah yang membuatkan kita terleka.”
“Semoga kita terus berhubung lagi. Ainul harap sangat agar hubungan kita semula macam dulu lagi.” Ujar Ainul ceria.



Sekejap pusing ke kanan sekejap kiri. Bosan betul Ikram. Pelbagai aksi sudah dia buat atas katil. Dari aksi kakinya melekat di dinding manakala kepala di katil. Dia tergolek-golek sehingga terjatuh dari atas katil pun ada. Habis macam nangka busuk dia terjatuh dari atas katil. Semua serba tak kena. Tadi bukan main lagi menguap macam singa lapar. Masuk bilik tidak pula dia rasa mengantuk.
Ikram baring menelentang. Tangannya sengaja didepakan seluruh katil. Dia mengambil anak patung kucingnya lalu diramas sekuat hati.  Habis lenyek terus anak patungnya.
“Arghh! Bosan!!” jeritnya tapi dengan nada yang masih perlahan. Nanti kantoi pula dengan ibu. Suara Ainul dan Rui Zhe bercerita dan bergelak ketawa di bawah biliknya dipersalahkan. Bising konon.
Bilik Ikram berhadapan dengan taman mini ibunya. Dari atas balkoni dia boleh mengintai Ainul dan Rui Zhe bercerita tapi takut pula dia digelar stalker atau labih teruk lagi cemburu buta oleh lelaki itu.
Cool Hafiz Ikram. Cool! Tak macho kalau cepat tersentap.” Dia memberi kata semangat kepada diri sendiri walaupun dia tidak tahu tahap keberkesanan taktik tersebut.
‘Dia isteri kau. Sepatutnya kau jaga isteri kau dari terus bersama lelaki lain.’ Terdengar satu suara yang seolah-olah sedang membisik di telinganya.
‘Dia adik akulah. Aku mana boleh halang dia macam tu sahaja. Dia pun patut ada kebahagian sendiri.’ Balas sebelah hatinya pula.
‘Kau suka digelar lelaki dayus? Lelaki mana yang sangup membiarkan haknya bersuka ria dengan lelaki lain.’ Bidas suara itu lagi.
‘Aku percaya Ainul. Hati dia baik sebaik nama dia. Kau jangan hendak buat andaian tidak munasabah!’
‘Dia memang baik. Tapi sangupkah engkau dia pulang semula ke Taiwan dan tinggalkan kau sekali lagi seperti kecil dahulu. Menangis dan terus menangis pemergian Ainul seperti dulu.’ Hasut hati itu lagi.
Ikram yang baring terlentang tadi terduduk tegak di atas katilnya.. Makin lama dia fikir dia dapat rasa dirinya sudah semakin gila. Ikram segera mencapai novel di atas meja lampu tidur bersebelahan dengan katil. Helaian yang terakhir dibaca kemudiannya diselak.
Baru beberapa baris sahaja dia terdengar lagi suara Rui Zhe bergelak tawa.
“Aku boleh jadi gila begini. Aku sebenarnya tidak puas hati je sebab mereka boleh gelak sedangkan aku kebosanan sekarang. Huh!” Kuat dengusan Ikram. Dia mengensot badan ke birai katil.
Langkah di halakan ke pintu sliding yang digunakan untuk ke balkoni bilik. Kakinya tidak melangkah keluar sebaliknya hanya terangkat-angkat bandanya cuba mengintai kelibat Ainul dan Ikram yang berada di bangku taman.
Sengaja dia bersembunyi disebalik pintu. Takut jugak kalau TERkantoi.
Ikram cuba melihat dengan lebih lanjut. Apabila tidak jelas di cuba untuk mendekatkan diri lagi. Selangkah demi selangkah dia maju untuk mendapatkan pemandangan yang jelas. Tanpa sedari kakinya terpijak kain lap kaki dilantai.
Gedebukk! Terjatuh lagi. Mahu sahaja dia menjerit kesakitan tapi nanti tidak pasal-pasal dia menarik perhatian orang yang sedang khusyuk bercerita di bawah. Punggungnya digosok perlahan.
Sakit terjatuh atas lantai bukan kepalang. Masuk ni sudah dua kali dia terjatuh. Tadi terjatuh dari atas katil sebab tergolek-golek tak ingat dunia. Kali ni pula gara-gara terpijak kain lap kaki yang berbentuk tapak kaki di atas lantai.
Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia melempar lap kaki tersebut ke bawah. Biar kena muka kacak Adam tu! eh? Kacakkah apek tu? huh! Kacak lagi aku. desis Ikram
Segera Ikram bersembunyi sebaik sahaja dia terlihat Ainul menghalakan matanya ke bilik Ikram. Cepat-cepat dia mengensot ke tepi dinding kembali.
Sakit punya pasal akhirnya dia mengalah juga dari terus mengintai. Earphone di atas meja solek di ambil. Dia meyambungkan wayar earphone ke telefon lalu baring di atas katil sambil mendengar lagu di telinga.
Apa lagi! dia terus memasang dengan nada yang paling kuat sehingga tertidur. Berdengkur-dengkur Ikram tidur dengan lena sambil mendengar lagu dari rentak piano yang dimuatkan ke dalam telefonnya.
Otak Ikram mulai dibasuh… jangan fikir pasal Adam dan Ainul… janganlah fikir pasal mereka!!



Mengeliat Ikram sebaik sahaja tersedar dari tidur. Earphonenya dicabut. Sempat anak mata Ikram melirik ke jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Lama dia tidur sampai terlajak waktu zohor. Ikram memang tidur mati. Kalau ada ribut yang melanda pun belum tentu dia boleh tersedar cuma masalahnya ialah sebelum tidur payah sungguh hendak lelap.
Tombol pintu dipulas. Bangun sahaja dia sudah kelaparan. Itu sahajalah jam lonceng percuma yang sering mengejutkan dia dari tidur. Kalau bukan lapar kena tunggu dia bangun sendiri baru bangun.
Kalau harapkan orang kejutkan memang orang itu kena banyak bersabar dengan kerenahnya. Dikejutkan kena memakan masa sepuluh hingga lima belas minit. Belum lagi termasuk menunggu dia duduk dan betul-betul bangun dari katil.
 Perkara yang pelik pula ialah kalau setiap pagi boleh pula dia sedar kalau hendak sembayang tapi selepas sembayang subuh dia pasti sambung melelapkan mata. Oleh kerana itulah Ikram seorang sahaja yang tidak solat berjemaah di rumah pada waktu subuh.
Tatkala pintu dikuak, dahinya diketuk kuat. Habis sedar seratus peratus Ikram yang tadi masih lagi mamai. Dia mengosok dahi yang diketuk kuat tadi. Nasib apalah dia hari ni. Mungkin sebab tadi Ainul suruh rehat sebab sakit tapi Ikram kata sihat walafiat. Tengok sekarang asyik-asyik sakit sahaja yang dia dapat.
Tajam matanya memandang muka Ainul yang terkejut. Ainul sebenarnya hendak ketuk bilik tapi Ikram yang tiba-tiba sahaja buka pintu maka kepala Ikram yang jadi mangsa kena ketuk.
“Sakitkah? Maaf. Ainul tak sengaja. Tengok.” Ainul mendekatkan dirinya kepada Ikram. Dia membelek dahi suaminya. Sempat Ikram memandang wajah Ainul yang ralit memerhati dahinya. Ikram cuba untuk menilik kata hatinya. Pelik betul dia kerana langsung tiada kata hati yang menyatakan dia tertarik atau sudah jatuh cinta dengan Ainul. Hatinya kosong. Kosong bak tajuk lagu Najwa Latif.
Ainul yang perasan dirinya diperhati membalas pandangan Ikram.
“Abang Am kenapa?” soalnya.
“Tiada. Tiada.” Gugup dia menjawab soal tiba-tiba dari Ainul.
“Abang Am masih demam?”
“Tak. Tapi Abang Am lapar. Kenapa tak kejutkan makan tengah hari.” Muncung mulutnya berpura-pura merajuk.
“Abang Am rasa Ainul datang tak kejutkan abang tadi?” Ainul menyilangkan tangannya. Dia cuba bertarik tali. Tadi hampir nak roboh pintu bilik dia ketuk untuk makan tengah hari tapi langsung tidak dibuka. Hendak masuk pula pintu berkunci.
“Kejutkan kot? Hehe…
“Rasanya kalau pintu ni pintu kaca sudah pecah Ainul ketuk tadi tau.”
“Maafkan Abang. Rui Zhe mana? Dah balik?”
“Adam sudah balik selepas makan tengah hari tadi.” Jawab Ainul.
Ikram pelik dengan jawapan Ainul. lain orang yang ditanya lain nama pula yang terpacul. Terlupa dia seketika bahawa Rui Zhe ada menyatakan namanya Adam semasa di ruang tamu tadi.
“Adam?”
“Nama Rui Zhe sekarang Adam Mikael.”
“Islam?” soalnya lagi.
Ainul mengangguk. Ikram tidak lagi banyak soal. Tidak mahu digelar polis yang menyoal banduan yang dikehendaki pula.
“Masakkan Abang Am bubur macam semalam. Abang nak makan.”
“Tapi Mak Bibah kata abang Am tak makan bubur?”
“Sejak semalam abang makan. Masakkan yaa… Abang lapar.” Rengeknya.
“Ermm. Iyalah.”
Ainul berjalan meninggalkan Ikram untuk ke dapur. Kesian pula dengan Ikram yang sudah buat muka sposen.
“Nak ikut!” ujar lelaki itu. Dia berlari anak mengejar Ainul ke dapur. Tapi sesampai di dapur seperti biasa hanya mulutnya sahaja membantu. Dia bising jadi deejay radio menemani Ainul memasak di dapur. Bukannya dia hendak bantu pun. Sekadar melepaskan kebosanan sahaja.
Bising mulut Ikram tak habis-habis bercerita. Ada sahaja topik mereka berdua sehingga topik makanan kesukaan masing-masing, hobi dan tidak tertinggal juga sesi sakat menyakat. Tanpa usikan dan menyakat Ainul memang tidak sah. Sudah menjadi kewajipan. Mak Bibah dan ibunya seperti pandai cari Channel. Macam tahu-tahu sahaja untuk memberi ruang untuk mereka berdua.
Ainul memandang Ikram yang sedang meniup bubur panas di hadapannya. Mereka duduk bertentangan. Dari tadi lagi dia hendak menyoal Ikram tapi langsung tidak berkesempatan. Niat dia mengetuk pintu tadi untuk menyoal Ikram atau lebih lagi meminta kebenaran tergantung apabila Ikram minta masakkan bubur buatnya.
“Abang Am…” panggilnya perlahan.
“Ermm…”
“Abang…”
“Ermm…” Ikram menjawab lagi. Dia menekankan nadanya menjadi keras.
“Abang Am…”
“Ermm….! Apa Ainul nak cakap? ” Hilang kesabarannya. Sudahlah dia tengah khusyuk meniup bubur di sudu.
“Ainul nak…err… Ainul nak minat kebenaran keluar dengan Adam dan Xiao wei esok. Boleh tak?” Akhirnya terkeluar juga soalan dari mulut Ainul. Adam mengajak Ainul untuk berjalan-jalan esok bersama kawan baiknya Xiao wei.
Tersembur bubur yang baru sahaja masuk mulut Ikram. Kalut sebentar dia apabila habis meja makan kotor dengan bubur yang tersembur keluar. Ini barulah dikatakan terkejut beruk. Nasib baik tidak kena muka Ainul yang duduk bertentangan dengan Ikram. Kalau tidak terpaksalah Ainul bermandikan bubur.



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

1 comment:

  1. bestnyer...
    sbnr ikram ada hati x ngan ainul ni...huhu..
    cpt smbung...
    thanks

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)