Monday, January 30, 2012

Teaser Secantik Ainul Mardhiah (Konflik)




“Sorry Ijat… aku minta maaf. Sakit tak?” Ikram memegang pipi Ijat yang malang menjadi habuan buku limanya tadi.
“Taklah Am. Aku rasa macam makan spegeti je. Perrggghhh…! Sedap.” Sindir Aizat. Dia menolak tangan Ikram yang hendak memegang pipinya yang sudah lebam.
Badan Ikram kembali ditegakkan. Dia memandang Aizat yang terbaring di atas tilam bujangnya.  Sudah macam panda kawannya seorang ni. Lebam sebelah mata.
Satu minggu pensyarah tersebut cuti sakit! Siapa suruh. Orang tumbuk tak nak balas. Rela sahaja kena tumbuk.
‘Haha… kesian juga aku tengok kawanku seorang ni.’ bisik hati Ikram.
“Hehe…. Sorry la… kau pun satu! Yang kacau bini orang apasal?” Dia menolak bahu lelaki tersebut.
“Kalau aku tak buat macam tu. Sampai bila-bila pun kau tu tak sedar yang kau suka bini sendiri. Buat kenalah betul-betul. Hehe…” tersengih-tersengih Aizat. Dia mengerang kesakitan sedikit.
“Assalamualaikum…” Satu suara yang memberi salam menarik perhatian mereka. Mereka mengalihkan perhatian ke arah Iqbal yang sedang  berdiri di pintu bilik Aizat.
“Ni lagi satu belum kena habuan. Batu api konon! Aku rasa macam nak cekik saja leher kau.” Ikram  berdiri lalu mendekati Iqbal.
“Apa ke jaddahnya pulak dengan aku… aku ni cuma watak kecil saja tau… hehe… ni baru kawan! Tiada lagi bermasam muka macam dulu.” Ketawa Iqbal. Dia berlari ke arah bertentangan dari Ikram. Cukuplah muka Aizat yang sudah lebam-lebam dikerjakan. Dia tidak sudi!!
“Kawan konon! Aku tak suka dengan rancangan kamu ni. Tengok apa jadi dengan Aizat. Tak pasal-pasal kena belasah oleh aku. Bini kau mana Iqbal?”
“Afrina?” soal Iqbal. Dia duduk bersila di tepi Aizat di atas katil kawannya. Pipi Aizat menjadi permainannya. Disentuh pipi Aizat yang lebam. Sesekali Aizat menolak tapi dia tetap bermain juga. Suka kacau kawannya yang menjadi mastermind selama ini.
‘Ambik kau kena belasah oleh Ikram… aku sudah warning awal-awal tak nak…haha…’ gelaknya dalam hati.
“Iyalah… berapa banyak bini kau ada. Yang kau kacau pipi Aizat tu apasal?”
“Hish! Dengar dek bini aku perang dunia ke empat terus. Cukuplah kau dengan Aizat perang dunia ke tiga… dia ada dekat bawah bercerita dengan mak Ijat bercerita. Ainul?” soal Iqbal balik.
“Pasal korang punya plan la ni! Tegur aku pun dia tak nak.” Geram Ikram. Sekarang Ainul pula yang marahkan dia.
“Siapa suruh kau cakap macam tu dengan dia. Mestilah dia marah. Kalau aku pun marah juga. Tak pasal-pasal kena maki depan rumah. Mana dia nak letak muka Am. Ramai jiran kita tengok wayang free yang kau tuduh isteri kau dengan aku.” Nasihat Aizat. Mereka tidak sangka tindakan Ikram sampai sedemikian.
“Time tukan aku tengah marah. Mana aku tau apa-apa. Nasib ibu aku ceritakan rancangan korang ni. Aku dan Ainul je tak tahu. Baik punya kawan dengan mak bapak aku korang bersubahat…!” geramnya.
Tergelak Iqbal dan Aizat. Sakit-sakit pun ada hati gelakkan orang.
“Habis tu kau nak buat macam mana dengan Ainul? Am… Am… kasanova konon. Cubalah kau goda bini kau tu. Gunakan segala kebolehan kau la pikat bini kau.”
“Betul tu. Cuba pikat hati bini kau. Dengar tak apa dia cakap hari tu. Dia hanya setia pada yang satu. Maknanya tu. kau sahajalah. Bebal juga kawan kau ni Iqbal.” Sambung Aizat. Mereka menepuk tangan satu sama lain. Tanda hi-5.
“Gelaklah. Aku belasah korang lagi baru tau.” Ugutnya.


## saya nak siapkan dah sampai tahap ni...tapi bahagian tengah-tengah ni susah sikit nak edit. Tu yang pasal saya selalu lambat post... 

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

2 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)