Wednesday, February 1, 2012

Secantik Ainul Mardhiah part 16


“Huagghh…” Sesekali Ikram membetulkan duduknya. Badannya direngangkan. Penat menguruskan urusan hotelnya kini. Hanya sesekali sahaja Ikram datang ke hotelnya untuk membuat pemantauan. Selebihnya diserahkan kepada penolong kanan saja.
Senaman ringan dilakukan. Kerjanya kini mudah. Dengan Ainul dia boleh berbincang sedikit sebanyak pasal hotel yang kini sah menjadi milik mereka berdua. Beberapa projek telah diatur untuk menaiktarafkan hotel masing-masing serta mengembangkan sayap.
Ikram tidak pernah mempertikaikan kredibiliti Ainul sebagai pemegang saham terbesar hotel di Taiwan. Setelah beberapa kali berbincang asal urusan rasmi wanita itu menjadi orang lain. Seorang yang professional dalam mengendalikan hotelnya. Bagi Ainul itu tanggungjawab yang patut diambil serius kerana dibawahnya bukan sahaja pekerja malah ahli keluarga setiap pekerja yang perlu diambil kira.
Lega tanpa sebarang gangguan dari sesiapa! Tidak pada gadis-gadis yang suka mengeletis ataupun apek yang sukakan Ainul. Apek mana lagi kalau bukan Adam Mikael.
 “Huh!” satu dengusan memikirkan pasal Adam. Apek tidak sedar diri! Ada hati nak lamar Ainul. Dengkinya.
Mengenangkan malam jamuan itu membuatkan hati Ikram tidak senang. Sudah terang-benderang Lip… lap… lip… lap macam lampu kelip-kelip hari raya Ainul tu isteri Hafiz Ikram ada hati nak bagi cincin pula! tak suka…tak suka….!!



Ikram turun dari anak tangga. Dia yang baru sahaja habis menunaikan solat maghrib ingin mengisi perutnya. Pulang saja dari kerja dia terus masuk bilik. Ainul pun belum lagi diketemu. Entah mana sudah isterinya sejak tadi langsung tidak kelihatan.
Telinganya dapat mendengar gelak ketawa suara ibu bapanya dan orang lain. Gembira semacam saja yang membuatkan hatinya tidak senang. Matanya menyorot pada Adam dan adik perempuannya. Terus muka Ikram masam mencuka.
“Huh! menyemak saja di sini apek ni.” Ikram mengeluh. Hanya dia sendiri sahaja yang dengar suaranya sendiri.
“Assalamualaikum dan selamat malam semua.” Ucap Ikram setiba di ruang tamu. Matanya berlaga dengan Adam. Satu senyuman plastik diberikan kepada lelaki itu. Mata mereka berlaga antara satu sama lain seolah-olah satu bahasa mata yang hanya mereka sahaja tahu.
Semua orang menyambut salam Ikram dalam hati hanya suara ayahnya sahaja yang kedengaran.
“Ainul mana?” soal Ikram. Dia berpaling memandang ibu yang duduk bersebelahan ayahnya.
“Ada dekat dapur tengah bantu Mak Bibah.”
“Ikram pergi jumpa Ainul dulu.” Kata Ikram meminta diri untuk beredar. Bukan dia tidak perasan pandangan Adam yang tidak lari dari menghadap mukanya.
‘Aku korek biji mata tu karang baru tau.’ Marahnya sambil menuju ke dapur.
“Assalamualaikum Mak bibah! Mak masak apa? Ainul ni pulak tengah bantu apa?” Dia menghampiri Ainul yang tekun menumbuk lada.
“Tumbuk lada tu. Makan ke jugak…?”
“Jangan kacaulah abang Am. Ainul nak bantu Mak ni…”
“Tekunnya dia. Sampai terlupa buat sesuatu yang dia buat tiap-tiap hari. Mentang-mentanglah kawan dia dah ada dekat sini.” Rajuk Ikram.
Terhenti Ainul menumbuk lada. Dia memandang Ikram di sisi.
“Astaghfirullah! Terlupa… maaf…” Ainul menerkup mulut lalu menghulurkan tangannya untuk menyalam Ikram. Memang sudah jadi kewajiban yang diwajibkan oleh ibunya sejak mereka nikah dahulu. Tanda hormat. Bukan sebelum pergi kerja malah waktu balik kerja pun kena salam.
Ikram tidak membalas huluran tangan Ainul sebaliknya mencium dahi Ainul. Ternyata terkejut dia dengan tindakan Ikram yang lansung tidak terlintas dek akal.
Err… tangan Ainul pedas… so Abang Am cium aje la dahi Ainul.” Alasannya. Ikram berpaling membelakangi Ainul seketika. Dahinya diketuk beberapa kali. Apa aku buat ni… aduh…. TERcium la pulak. Mulut ni gatal betul. Bebelnya dalam hati.
“Abang masuk dalam dulu.” ujarnya cepat lalu terus berjalan laju ke ruang tamu.
Ainul mengalihkan pandangannya ke wajah Mak Bibah yang juga memandangnya sambil tersenyum seribu satu makna. Dia perlahan-lahan meneruskan tugasnya.
Malu bukan kepalang lagi dengan wanita itu.



“Cincin ni hadiah perkahwinan untuk Ainul dan Ikram.” Serah Adam kepada Ainul yang duduk di hadapannya. Sengaja dia meminta ruang dengan Xiao Wei yang sedang bercerita dengan Ainul tadi.
“Maafkan Ainul tapi cincin ni terlalu berharga… Xiao Wei sudah ceritakan segalanya tadi tentang niat Adam ke sini. Maafkan Ainul yaa..”
“Ainul tak bersalah. Sebaliknya Adam yang terlambat…” sayup wajah Adam yang semakin suram. Namun wajah tersebut terlindung disebalik cahaya malam tepi kolam tersebut.
“Suatu hari nanti pasti ada seorang wanita yang akan menjadi pemilik cincin ni. Pada waktu itu, Adam jangan teragak-agak untuk serahkan cincin ni kepada gadis yang tercipta untuk Adam. Ainul redha jodoh Ainul dengan Abang Am. Ainul harap Adam akan terus doakan kebahagiaan Ainul yaa…” jelasnya. Cincin tersebut diserahkan semula kepada Adam.
Ikram yang memandang babak tersebut dari balkoni biliknya terus masuk menyembamkan badan ke atas katil. Dia tidak dengar suara mereka berdua dengan jelas namun Ikram dapat mengagak yang Adam ada simpan perasaan buat Ainul.
“Aagghh! Tension aku…” marahnya. Namun tidak lama kemudian Ikram tersenyum kembali. Bibir yang mencium dahi Ainul tadi di pegang lembut. Aku cium Ainul la…hihi… tersenyum sendiri dia sambil tergolek-golek di atas katil.



Satu keluhan terpacul dari mulutnya lagi mengenangkan malam yang terasa terlalu panjang buatnya selama ini. Sudah sediakah dia untuk berpisah sekali lagi dengan Ainul? Nasib baik Adam sudah balik. Satu hal sudah berkurang.
Bukan sahaja Adam malah ramai aweknya yang kacau dan mengugut Ainul juga sudah di bagi warning. Entah berapa banyak mesej layang yang dihantar untuk Ainul di Facebook gadis itu. Kalau bukan Ikram sedang buat spotcheck alamatnya sampai ke tua pun dia tidak akan tahu.
Ainul pun satu! Diam sahaja. Malas hendak ambil peduli katanya. Apalah! Kalau kena ugut lagi teruk sudah jadi kes penderaan mental. Punca? Awek yang fanatik gilakan dia sampai mengugut Ainul.
Ikram mencebik melihat Iqbal yang datang tanpa dijemput sedang bercerita  dengan setiausahanya. Masalah budak angau seorang ni. Dia berdiri lalu ke luar pejabat. Isyarat senyap diberikan kepada Afrina yang perasaan kewujudannya.
“Yang… Yang… bila kite nak nikah ni yang… abang dah angaukan ayang ni.” Bisik Ikram di telinga Iqbal persis seorang mak nyah. Suaranya dilembutkan.
Terlompat Iqbal ke hadapan akibat terkejut.
“Hoi! Kau nak aku mati katak ke apa?” marahnya. Afrina dan Ikram sudah tergelak.
“Hahaha… yang kau melekat dekat ofis aku tiap-tiap hari ni apasal? Dah la mengulat di sini. Alamatnya tidak siap-siap kerja si Afrina ni. Jom masuk bilik aku.” Ajak Ikram.
 Iqbal sudah buat teknik silat tidak jadinya. Bukannya pandai pun bersilat. Acah saja.
“Am… seumur hidup aku cuma nak berpasangan dengan kaum hawa je. Tak hingin aku masuk bilik dengan lelaki. Mana aku nak letak si Rina kalau kau pun nak.” Ujar Iqbal. Masih lagi dengan stail silatnya.
“Hoi…! Mulut nak juga aku tenyeh ni. Pejabat aku la… hish! Rina… kau jangan nak dekat sangat dengan Iqbal ni. Otak dia dah tak betul sikit. Jom la...!! Rina coffee please. Make it two.” Dia mendahuli Iqbal masuk ke pejabatnya.
 Kurang asam punya kawan. Dengar budak pejabat ni nanti satu gosip pula pasal bos mereka yang kacak ni.
“Tak payah buatkan mamat ni sayang. Nanti rosak kulit tu karang. Lepas ni suruh dia buat sendiri kopi kalau dia nak minum. Bukannya tiada tangan dan kaki pun.” Bebel Iqbal.
“Hoi!! Aku dengar tu…!!! ” jerit Ikram yang sudah berada di dalam bilik.
                                                                                                  


“Korang bila nak nikah? Asyik berkepit 24 jam saja aku tengok.” soal Ikram.
“Kami kahwin hujung bulan depan. Aizat pun dah balik sini time tu.”
“Hah?? apasal tak bagitahu aku. Boleh jugak aku tolong sikit-sikit. Kawan apalah kau ni.”
“Kami buat majlis kahwin simple je. Rancang nak buat nikah terus bersanding di rumah Rina. Mama pun tak kisah. Iyalah. Mama pun trauma dah kot sebab anak dia tak jadi kahwin dulu. Rancang aje lebih-lebih tapi akhirnya pengantin perempuan lari dengan balak lain.” Suara Iqbal semakin kendur mengingatkan kisah silamnya.
Entah dia mana dia hendak letak muka apabila perkahwinan terpaksa dibatalkan dan kad undangan pun sudah diagihkan kepada tetamu.
“Tak payahlah kau ingat pasal perempuan tu Iq. Lagipun kau ada yang jauh lebih beribu baiknya dari perempuan tu.”
“Tak jugalah. Aku bersyukur sangat Afrina seorang yang lemah lembut dan baik hati. Cuma terkilan sikit ingatkan hal tu. Ya la… aku kenal dia dari study dulu lagi. Tak sangka pula dia boleh berubah macam tu sekali. Lagipun dia first love aku… konon-kononnya la!” gurau Iqbal.
“Tapi biarkan pun ia cinta pertama tidak semestinya akan jadi cinta terakhir kita. Cinta aku buat Afrina. Aku harap dialah cinta terakhirku.” Sambung Iqbal lagi.
Ikram menghentak kepalanya di atas meja beberapa kali mendengar kata-kata Iqbal. “Ya Allah… !! jiwang karat mat romeo depan aku ni. Patutlah cair jugak PA aku tu dengan kau yang gila game ni.”
“Mengata orang padahal sendiri pun dua kali lima jugak…!! Ambil ni… rasakan.” Iqbal menghentak lagi kepala Ikram ke atas meja beberapa kali.
“Adoi…! Sakitlah… sudahlah hoi!” Ikram mengerang apabila dibuat sedemikian. Bukannya sakit betul-betul pun. Sengaja nak bermain.
“Astaghfirullahalazim.” Terkejut Afrina dengan gaya wresling Iqbal dan Ikram. Iqbal yang masih lagi menghentak kepala Ikram tersengih-sengih memandang tunangnya. Cepat-cepat dia duduk semula dikerusi. Jatuh saham depan bakal bini!
“Hah! Rina nampak tu. Itulah CALON suami yang tidak baik! Reject…reject…” bangkang Ikram kuat. Sengaja ditekankan perkataan calon agar memanaskan lagi kawannya yang tengah angau ni.
“Betul tu encik…” Afrina bersetuju dengan kata-kata Ikram. Kopi yang diminta tadi diletak di atas meja bosnya.
“Hah?? mana ada…. Percayalah wahai Rina ku. Ianya hanya dusta semata-mata. Janganlah engkau mempercayai segala fitnah yang ditabur buat kekanda…” Iqbal buat muka sposen sambil berkata-kata.
“Arggghhh!!! Wahai PA ku…. Dengarlah kata-kata bos mu ini. Tiada maaf buat si dia yang berkelakuan sedemikian. Berperasan The Rock! Sedangkan hakikatnya lembik persis taugeh! Hahaha!!” Tergelak Ikram dengan kata-katanya sendiri.
“Dua-dua pun drama king…!!” Afrina mengeleng kepalanya dengan perangai dua lelaki dihadapannya.
“Alah!! Biasalah… no jokes no fun la…”
“Iyalah tu bos… by the way cik Ryssa ada call tadi. Dia minta bos telefon balik. Saya minta diri dulu bos. ”
“Ingatkan sudah berubah. Tak hilang-hilang juga perangai playboy kau ni… makan hatilah budak Ainul tu.” rungut Iqbal.
“Biasalah Iqbal. Tapi operasi agak berkurang sudah ketika ni sebab aku makin sibuk. Adalah seorang dua yang masih melekat dengan aku. Lagipun Ainul tahu juga pasal ni. Bukannya dia membebel macam bini-bini lain pun kalau laki layan perempuan lain.”
“Diam tidak bermakna dia suka Am. Mungkin dia tu bersabar saja dengan perangai kau tu. Cuba-cubalah terima kenyataan yang Ainul tu bini kau.”
Tersenyum sumbing dia dengan omelan Iqbal. Dia yakin perasaannya hanya sayang bukan cinta. Jatuh cinta dengan Ainul adalah sesuatu yang mustahil.



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

5 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)