Tuesday, February 7, 2012

Secantik Ainul Mardhiah bab 17


“Betul Ainul nak Pak Mad tinggalkan Ainul dekat sini?” soal orang tua itu lagi. Dia tidak yakin dengan keputusan Ainul yang memintanya meninggalkan Ainul di pusat membeli belah itu sendirian.
“Betul Pak Mad. Nanti kalau Ainul nak balik. Ainul telefon Pak Mad balik ya. Ainul nak cari barang dekat sini.” Pujuk Ainul. Dari rumah lagi Pak Mad menyoalnya berkali-kali tentang tindakannya. Dia sudah pun memberitahu ibu mertuanya yang dia hendak keluar sekejap. Ainul sebenarnya bosan duduk di rumah setiap hari. Dia teringin juga berjalan-jalan dari terperuk di rumah tanpa berbuat apa-apa.
Apabila dia hendak membantu mengemas rumah pasti Mak Bibah atau mertuanya menegah. Akhirnya kerjanya hanya duduk termenung dari pagi sampai petang atau menghabiskan masanya membaca buku.
“Baiklah. Tapi kalau Ainul dah selesai jangan lupa telefon Pak Mad. Bahaya Ainul jalan sorang-sorang ni tau. Risau Pak Mad. Kalau ada Am takpa juga.” Dia menerangkan kegusarannya.
“Tadi Ainul dah telefon abang Am tapi telefonnya off jadi Ainul tinggalkan pesanan dekat abang Am. Lagipun kebelakangan ni Abang Am sibuk. Ainul tak nak kacau dia.”
Errm.. kalau itu yang Ainul dah kata Pak Mad tak nak cakap apa-apa lagi. Tapi ingat! Jangan pedulikan sesiapa yagn tegur Ainul. Bandar ni besar, orang pun banyak ragam. Satu lagi kalau ada orang suruh tengok matanya jangan tengok. Takut benda-benda pukau semua tu. Ramai dah perempuan-perempuan kena tipu, culik dan rompak gara-gara masalah ni.” Pak Mad meninggalkan pesanannya kepada Ainul.
Gadis itu bertegas juga untuk keluar ke bandar sendirian. Dia risau kerana ini pertama kali Ainul keluar tanpa ditemani oleh sesiapa.
“Insyaallah Pak Mad. Doakan saja saya baik-baik. Lagipun saya dah ingat sikit-sikit jalan dekat sini waktu keluar dengan umi dan abang Am dulu. Ainul pergi dulu yaa… Assalamualaikum.” Dia keluar dari perut kereta untuk masuk ke pusat membeli belah. Suria Sabah! Salah satu tempat bekas kunjungan dia dan Ikram dulu ketika beli telefon bimbit.
Dia menanti Pak Mad pergi dahulu barulah dia masuk ke dalam pusat membeli belah tersebut. Setelah kereta yang dipandu oleh Pak Mad sudah tidak kelihatan barulah dia masuk ke dalam. Dia ingin mencari benda yang sudah lama dia tidak sentuh. Jikalau dahulu setiap kali dia ke luar negara sudah pasti dia akan membawa kamera nikonnya. Kamera itulah kesayangannya.
Mengambil gambar sama ada kandid atau tidak memang sudah menjadi minat Ainul dari kecil. Itu sahajalah satu-satunya hobi yang mendapat kebenaran oleh neneknya.
Satu persatu kedai diselusuri untuk mencari kedai kamera. Dari sony ke jenama lain di cuba. Dia tidak suka memilih barang sembarangan. Kalau hendak beli biarlah yang berkualiti dan tahan lama.
Habis putar ke satu tempat dia meneruskan lagi ke satu pusat membeli belah. Kedai-kedai kecil juga tidak ketinggalan dilawat. Dia mengambil gambar-gambar kandid menggunakan telefonnya.



Beg palstik yang berisi kamera baruya dipegang. Lenguh kakinya kerana seharian berjalan. Ainul duduk di bangku perhentian bas yang berdekatan. Peluh sudah mulai memercik. Mujurlah petang sebegini ada angin sedikit.
Tangannya menceluk ka dalam tas tangannya untuk menambil telefon Samsungnya. Puas menyelongkar barulah dia perasan dia terlupa yang semalam telefon tersebut tertinggal di dalam bilik bacaan semasa membaca buku.
“Astaghfirullah. Nak buat macam mana ni?”
Keadaan semakin gelap mengusarkan Ainul. Dia berjalan-jalan untuk mencari teksi tanpi hampa. Satu pun langsung tidak kelihatan.
Ainul kembali duduk di kerusi tadi. Dia mengurut tengkuknya yang sudah kekejangan. Jam sudah menunjukkan pukul 4 lebih.




“65 missed call dari ibu?” Terkejut Ikram dengan angka yang banyak. Jarang betul umi telefonnya sampai begitu banyak.
Punat telefon ditekan untuk mendail nombor Puan Noraini. Beberapa saat kemudian suara ibunya menjerit nama penuhnya.
“Hafiz Ikram..!!” suara nyaring Puan Noraini betul-betul masuk ke dalam lubang telinga Ikram. Kalau ada lubang biar sekecil zarah ke telinga sebelah mungkin suara ibunya boleh tembus ke sebelah.
“Apa ni bu? Salam tiada terus tembak orang. Apa kes?” Ikram berkata perlahan. Sudahlah dia penat seharian bekerja. Belum apa-apa sudah kena jerit. Dia menyandar di kerusi empuknya. Tangannya sebelah mengurut dahi yang terasa sakit.
“Apasal kamu tak angkat telefon ni Am? Ibu dah naik risau tahu tak. Ibu telefon ayah kamu tak berangkat. Telefon kamu dua-dua off. Ibu telefon pejabat si Rina pun tak angkat-angkat.” Bebel Puan Noraini.
“Am sibuk sangat ni bu. Padi tadi habis saja meeting terus keluar pergi tengok tapak projek. Ayah pun lepas meeting tadi jumpa klien dekat luar. Apa yang urgent sangat sampai ibu tak boleh tunggu Am balik rumah baru cakap?” Ikram betul-betul penat. Hendak angkat badan pun dia tidak larat.
Kalau bukan mengenangkan ada fail tertinggal dipejabat sudah tentu dia terus balik rumah lagipun dia kena hantar Afrina ke pejabat memandangkan mereka hanya mengguna satu kereta untuk ke tapak projek.
 “Itulah kamu dua. Ayah dan anak dua kali lima saja! Sibuk memanjang. Kamu tahu tak bini kamu tu hilang. Ibu nak buat laporan polis pun tak boleh sebab kena tunggu selepas 24 jam baru boleh buat laporan kehilangan.” Bebel Puan Noraini.
“Apa ibu cakap?? Bini Am hilang? Bini yang mana?” soal Am terkejut. Tegak badannya mendengar kata-kata ibunya. Mata yang semakin kuyu tadi terus segar bugar.
“Amboi Am. Berapa banyak bini kamu Am? Setahu ibu bini kamu Ainul seorang tu saja.” Sempat lagi Puan Noraini memerli anaknya.
Hehe… tindakan refleks bu… terkeluarlah kata-kata tidak logik dari mulut ni. Kenapa dengan Ainul ? Dia hilang? Macam mana pula boleh hilang?” soal Ikram bertubi-tubi.
“Entahlah. Ibu pun tak tahu bini kamu ni ke mana. Pagi tadi dia kata nak keluar sekejap tapi sampai sekarang tak balik-baik. Ibu telefon nombor dia tak dapat-dapat. Ibu tak sedap hati ni Am. Ainul tiada telefon kamu ka?”
“Rasanya tiada kot. Nanti Am check senarai panggilan dan pesanan…”
“Kamu baliklah Am. Ibu takut sesuatu berlaku dengan Ainul tu. Dia bukannya pernah jalan bersendirian pun. Lagipun hari makin gelap.” Hati tuanya menyatakan Ainul tidak sedang mengalami sesuatu yang tidak baik.
“Baiklah. Am kemas barang and then terus balik. Kalau Ainul ada hubungi ibu jangan lupa bagitahu Am yaa.” Pesan Ikram sebelum menamatkan panggilan. Dia memeriksa senarai pesanan yang ditinggalkan oleh orang. Ainul ada meminta izinnya untuk keluar seketika untuk mencari barang.
“Entah barang apa yang penting sangat tu sampai tak nak tunggu orang!” rungut Ikram. Briefcase diangkat lalu dia bergegas keluar dari pejabat.



“Adik tak apa-apa?” soal seorang wanita yang hampir sebaya dengannya. Dia mendekati Ainul yang sedang duduk di perhentian bas sendirian.
Err… Saya…”
“Jangan risau. Akak tiada niat jahat. Dari tadi akak tengok adik macam hilang haja tuju. Adik bukan orang sini?” soal wanita itu lagi. Wajahnya lembut dan tenang membuatkan segala kegusaran Ainul tentang nasihat Pak Mad tadi hilang serta merta.
“Saya sesat kak tapi telefon saya kehabisan bateri.” Jelas Ainul.
 Ingatnya dia membawa kedua-dua telefonnya jadi bila satu dia guna untuk tangkap gambar lagi satu boleh diguna untuk membuat pangilan. Rupa-rupanya satu sahaja yang Ainul bawa manakala satu lagi tertinggal di rumah.
“Adik nak guna telefon akak?” Wanita itu memberi telefonnya kepada Ainul.
“Tapi saya tak ingat number telefon rumah saya kak.” Kata Ainul perlahan.
“Erm.. beginilah. Apa kata Ainul ikut akak balik. Akak ada satu telefon yang sama model dengan telefon adik ni. Tapi akak tak bawa sebab akak cuma ke pasar saja jadi akak bawa telefon biasa.”
“Tapi…”
“Jangan risau. Akak tak akan apa-apakan adik. Lagi lama adik duduk sini lagi bahaya. Lagipun hari dah semakin gelap ni. Takut adik diapa-apakan.” Kata wanita itu lagi.
Ainul berfikir sejenak. Ada betul juga kata-kata wanita tersebut. Dia sudah cuba pelbagai cara untuk menghubungi rumah tapi gagal. Untuk sewa kereta orang pula dia tidak berani. Takut-takut lain tempat yang dibawanya nanti.
“Baiklah kak…” Ainul berdiri untuk mengikut wanita itu keretanya yang terpakir di kawasan berdekatan.



“Nama akak Zarra Najwa. Adik?” soal wanita itu ramah. Dia tersenyum lagi melihat seraut wajah gadis yang ditemuinya tadi. Wajah itu masih lagi melakarkan kegusaran yang dialaminya.
“Adik jangan risau. Lagipun akak tiada rumah. Akak tinggal di rumah anak yatim.” Pujuknya.
“Maafkan saya kak. Sebenarnya saya tak biasa dengan tempat dan keadaan sini. Saya Nur Ainul Mardhiah.” Ujar Ainul. Dia memandang Zarra Najwa yang sedang memandu. Wajahnya sentiasa tenang.
“Cantik nama adik. Secantik orangnya. Ainul Mardhiah… Kalau tak silap akak itu nama bidadari syurgakan.” Tekanya. Hati Zarra tertarik dengan sinar mata Ainul yang cantik. Mahkota wanitanya tertutup dengan selendang yang berwarna lembut. Kalaulah dia begitu sejak dahulu alangkah indahnya.
Dia belajar berubah sedikit demi sedikitpun kerana perkara yang menimpa dirinya. Walaupun tidak secara drastik tapi dia cuba untuk berubah.
“A’ah…  err… Kak..”
“Panggil je Kak Zarra…” katanya seolah-olah dapat membaca fikiran Ainul.
“Tadi Kak Zara kata akak tinggal di rumah anak yatim… akak ni penjaga dekat sana ke?” soal Ainul.
“Lebih kurang macam tu. Akak nak tunaikan permintaan arwah suami akak.” Jelasnya serba sedikit.
“Sucinya cinta kak…” luah Ainul. Kagum dengan hasrat seorang wanita yang sanggup berkorban untuk si suami yang sudah meninggal dunia.
“Apa yang akak buat ni tidak setanding dengan pengorbanan yang dia taburkan untuk akak. Ainul dah kahwin? Akak tengok Ainul ni macam bukan orang sini saja…”
“Yaa… baru je. Ainul sebenarnya baru pindah sini selepas kahwin. Sebelum ni bukan tinggal sini pun.”
“Oh! Ikut ceritanya ni. Ainul pindah lepas kahwinlah ni…hehe… Akak bawa Ainul ke rumah tu, nanti lepas Ainul charge telefon jangan lupa telefon suami Ainul tau. Nanti risau pula dia isteri dia hilang entah ke mana.” Ujar Zarra Najwa sambil tertawa kecil.
Wajahnya ceria sahaja walaupun Ainul dapat membaca disebalik kecerian itu terselit satu penderitaan yang dalam.



Kanak-kanak yang sedang bermain menarik perhatian Ainul. Hatinya terhibur dengan tingkah laku kanak-kanak yang dari tadi ditegah oleh Zarra Najwa agar pergi mandi tapi masih lagi sibuk bermain kejar-kejar.
Setiba sahaja dia dan Zarra Najwa ke Teratak An-Nur mereka disambut dengan ketawa riang oleh penghuni rumah itu. Dia diperkenalkan kepada semua pekerja dan penghuni Teratak An-Nur. Kanak-kanak dan sukarelawan di situ peramah dan cepat mesra dengannya.
Ainul duduk sambil memerhati telatah kanak-kanak di situ sementelah menanti kedatangan Ikram. Matanya tertacap pada seorang kanak-kanak yang senyap sahaja dari tadi.
“Kak Ainul,  Kakak Zarra suruh beri akak minuman ni. Jemputlah minum.” Kata seorang kanak-kanak belasan tahun. Salah seorang kanak-kanak yang masih paling tua tinggal di Teratak An-Nur.
“Terima kasih Farah. Kalau Farah tak kisah… boleh akak bercerita dengan Farah?” Ainul mengensot sedikit ke tepi untuk memberi ruang kepada Farah.
“Boleh apa salahnya… Lagipun adik-adik Farah pun sudah siap berkemas.” Farah mengambil tempat di sebelah Ainul. Menurut Zarra Najwa, Farah tidak sanggup masuk ke sekolah berasrama penuh walaupun mendapat keputusan cemerlang semata-mata untuk bersama dengan adik-adiknya di Teratak An-Nur. Baginya di mana sahaja pun sama sahaja asalkan dia tidak terpisah dengan adik beradiknya.
“Farah… boleh akak tahu budak tu kenapa? Dari tadi Akak tengok dia senyap saja. Tiada seorang pun kanak-kanak yang bermain dengan dia.” Kata Ainul sambil menunjuk seorang kanak-kanak lingkungan 3 atau 4 tahun yang sedang duduk berteleku.
“Maksud Kak Ainul kanak-kanak tu? Dia baru saja dihantar ke sini tiga hari lalu. Kak Zarra yang bawa dia ke sini. Kata kak Zarra kanak-kanak tu trauma sebab ibu bapanya mati dalam kebakaran. Hanya dia saja dapat diselamatnya. Satu keluarga meninggal dalam kejadian tu.”
“Kuasa tuhan kak… dia saja yang terselamat. Menurut jiran rumah mereka. Waktu kebakaran tu ibu Yayah menyelamatkan Yayah dari tingkap rumah mereka. Jiran yang sambut Yayah dari bawah. Nasib rumah mereka tidak tinggi sangat.” Sambung Farah lagi.
“Nama dia apa? kesian budak tu Farah. Akak faham sangat dengan perasaannya… bukan senang nak lupakan kenangan apabila ibu bapa kita meninggal semata-mata selamatkan kita.” Luah Ainul. Walaupun kisah dia dengan budak itu berbeza namun ibu bapa mereka meninggal demi menyelamatkan mereka.
“Dhia Adawiyah… kitorang panggil dia Yayah…”
“Dhia Adawiyah…maksudnya sinaran penawar…” ajuk Ainul sambil memberitahu maksud nama kanak-kanak itu.
Hatinya tertarik pada wajah Yayah. Dia ingin memulihkan kecerian pada wajah itu. Kalau dahulu Ikram yang membantunya untuk pulih dari trauma kematian ibu bapanya. Kini seolah-olah perkara itu ditayangkan semula bagaimana dia pada ketika itu. Seolah-olah refleksi dirinya pada versi Yayah.



“Kak Zarra… Ainul nak ucap terima kasih dekat akak sebab sudi tolong Ainul. Ainul pun tak tahu apa yang jadi dengan Ainul kalau Kak Zarra tak bantu Ainul.” Muka Ainul kemerahan menahan tangis. Dia bersyukur sangat dengan bantuan Zarra Najwa.
Ainul berfikir sejenak. Kata-kata Ikram tadi keras sahaja menyapa telinganya. Suara Ikram keras seolah-olah sedang menahan marah ketika dia beritahu kedudukannya tadi. Tak sangka pula Ikram yang menyambut telefon rumah ketika dia mendail tadi.
“Ainul tak apa-apa? kak Zarra tengok muka Ainul pucat semacam saja.” Ujar Zarra Najwa. Dia menemani Ainul untuk menanti suaminya di pondok sambil mengambil angin. Mereka baru sahaja menunaikan solat magrib berjemaah bersama-sama penghuni Teratak An-Nur.
“Tak. Ainul baik aje. Kak… Ainul harap akak sudi terima Ainul kalau Ainul nak berkunjung ke sini lagi. Sebenarnya hati Ainul dah terpaut dengan tempat ni. Tenang dan damai. Ainul rasa tenang dekat sini.”
“Pintu rumah sentiasa terbuka luas untuk Ainul. Datanglah bila-bila masa. Akak alu-alukan kedatangan Ainul.” Zarra mendepakan tangannya kepada Ainul.
Dia senang dengan sikap Ainul yang mudah rapat dengan penghuni rumah anak yatim ini. Zarra perasan yang Ainul seolah-olah cuba merapatkan diri dengan Yayah. Dan dia dapat merasakan Ainul ingin bersama Yayah.
Apa-apapun dia berserah sahaja sekiranya Ainul rela untuk mengambil Yayah sebagai anak angkat.
Sebuah kereta masuk ke dalam perkarangan Teratak An-Nur menarik perhatian mereka. Mereka kemudiannya berdiri untuk mengetahui orang yang sedang memandu itu. Bahu Zarra Najwa dipegang lembut oleh Ainul.
“Kak Zarra. Ainul minta diri dulu. Suami Ainul dah datang.” Ainul menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Zarra Najwa.
Usai bersalam dengan Zarra Najwa. Ainul meminta diri untuk mendekati Ikram. Dia sudah memberitahu Zarra bahawa mereka hendak cepat kerana Ikram ada perkara yang perlu disegerakan.
Lelaki yang keluar dari perut kereta menarik perhatian Zarra Najwa. Walaupun dalam keadaan yang samar-samar dia masih lagi dapat mengecam wajah lelaki itu. Lelaki itu membuka pintu penumpang hadapan untuk Ainul.
Setelah menutup pintu kereta. Dia menoleh seketika ke arah Zarra Najwa. Dahinya berkerut tatkala matanya bertentang dengan Zarra Najwa.
Zarra Najwa kaget. Terkejut dengan kemunculan seseorang yang pernah menjadi sejarahnya. Adakah kebetulan atau takdir yang menemukan mereka kembali?
“Hafiz Ikram…” satu nama terpacul dari mulutnya.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

10 comments:

  1. zarra najwa. hafiz ikram. Ada apa2 ke???????? curious curious curious!!!

    ReplyDelete
  2. Bekas kekasih ke???

    ReplyDelete
  3. Uit... uit... kenal ke? Janganlah... tak nak jadi apa-apa pada hubungan Ainur dan Ikram...

    ReplyDelete
  4. Sapa plak Si Zarra Njwa ni.Jgn la menggggu gugat rmhtgga Ainul plak.Dh la Ikram x anggap Ainul wife dia lagi.
    -Ana-

    ReplyDelete
  5. WAtak Zarra ada dekat FAn Page erk....faz dah terangkan watak dia dekat sana...makasih.. Arigato..!!

    ReplyDelete
  6. zarra ini mesti tunang iqbal...sajew2 teka...

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)