Saturday, February 4, 2012

[CERPEN] : Abah aku kahwin baru!

 
**COVER BARU
“Diyan!” jeritan Abah tak payah guna pembesar suara. Rock kapak pun kalah dengan suara abah aku walaupun pitching lari. Tiap-tiap hari menjerit sejak aku jadi penganggur terhormat ni.
Aku menerkup telinga menggunakan bantal busukku. Selimut ditarik hingga menutupi muka.
Tok! Tok! Tok!
“Abah! Orang nak tidur lagilah.” Rungutku. Pintu diketuk kuat macam nak pecah dikerjakan oleh abah!
“Hoi! Bangunlah… anak dara apa bangun lambat ni! Matahari pun menangis tengok kau yang tak bangun-bangun lagi. Matahari dah tegak di atas kepala kau dah tu Diyana!!” Satu jeritan lagi kedengaran ditelingaku. Aduh! Bingit telinga…
Tapi suara yang agak garau itu bukan suara abah. Aku cam sangat suara abah yang memang mengalahkan suara Jaclyn Victor tu. Cuma suara abah agak terlebih pitching… Biasalah tiap-tiap hari berlatih berteriak jadi jam lonceng aku.
Aku cuba mengamati suara yang sedang membebel disebalik pintu. Kemudiaan satu senyuman tergaris di pipi comelku.
Aku kenal suara tu!
Aku terduduk lalu bersedia untuk melompat dari atas katil yang serba hijau tapi apa punya jenis malang kakiku tersangkut di selimut.
Gedebuk!
 Aku tergolek dari atas katilku.  Kepala yang malang menjadi sasaran terkena lantai terlebih dahulu disapu perlahan. Sakit!
“Aduh…” rengekku sambil bersila.
“Apahal macam bunyi nangka busuk terjatuh tu Diyana? Aku tahulah engkau tu busuk! Jangalah memperbusukkan diri engkau yang sedia busuk tu.” Terpekik terlolong mamat disebalik pintu bilikku.
Ceh! Mulut tu yang busuk sangat. Nasib baik aku ni baik! Kalau tak aku dah tenyeh-tenyeh mulut tu. Kemudian lempar dekat longkang! Omelku dalam hati.
Aku bangun lalu berjalan terjongket menuju ke pintu bilik. Danish yang sedang bercekak pinggang sambil membebel walaupun aku tidak tahu sangat apa yang dibebelnya dari tadi. Badan Danish terkujur kebelakang sedikit apabila aku memeluknya erat.
Betapa rindunya aku terhadap lelaki ini. Sudah hampir empat tahun aku tidak bertemu dengan satu-satunya abang kesayanganku. Kami hanya berhubung melalui Skype sahaja setiap kali aku merengek untuk menatap wajahnya.
“Sayang Along…” Kepalaku dikusap perlahan seperti dahulu. Aku masih lagi dalam keadaan yang sama. Badan along masih lagi ku peluk erat. Air mataku mengalir laju. Aku benar-benar tidak mempercayai kewujudannya kini. Ia seolah-olah mimpi menjadi kenyataan.
“Apa mimpi Along balik ni? Dah bertahun dekat sana tetiba sahaja muncul depan mata. Tiada sound langsung dia nak balik.” ujarku sambil meleraikan pelukan.
Air mata yang mengalir dari tubir mata dikesat lembut oleh Danish. Empat tahun lalu Danish membawa diri ke Qatar setelah kematian Kak Sue akibat barah otak.
Bak tajuk lagu cinta itu membunuhku. Begitulah juga cinta Along dengan tunang kesayangannya. Cinta Along mati ketika Kak Suraya menghembuskan nafas terakhirnya di sisi along. Hatinya mati bersama sang kekasih. Ceh! Berjiwanglah pulak… sejak bila aku tukar profesion ni?
“Diyana ni busuklah! Malulah sikit dekat kawan along…”
“Bila Along tersangkut dengan minah Arab ni?” sindirku. Mataku mencari gerangan manusia yang didakwa sebagai kawan si Danish ni. Tubuh sasa Danish ditolak ke tepi. Namun bayang-bayang kawan along ni pun langsung tidak kelihatan.
“Mana awek kau along?” Iyalah! aku teruja nak tengok bakal ipar sebenarnya.
“Pergi mandi dulu. Kemudian… Diyana masakkan makan tengah hari untuk kita orang. Along dah rindu masakan Chef Dayana ni. Masih sedap macam dulu ke atau makin teruk. Ya la… orang kena dah tukar kerjaya menjadi tauke kebun anggur…”
“Kawan along ada dalam bilik tetamu berehat. Along pun nak masuk rehatkan badan kejap. Lepas habis masak jangan lupa panggil kami ye. Abah ada dalam bilik bacaan.” Sambungnya lagi sebelum masuk ke dalam biliknya.



Pintu bilik tetamu yang dari tadi aku ketuk perlahan semakin kuat. Tapi kuat macam mana pun aku ketuk pintu tetap tak terbuka-buka. Petanda pintu bilik ni nak roboh akibat ketukan kuat dari aku pun langsung tidak kelihatan. Tapi tangan aku pula yang bergeletar kesakitan.  Pekak juga awek abang aku ni.
Aku memulas tombol pintu yang tidak berkunci. Ini yang best ni! boleh spotcheck bakal ipar.
Bunyi air terjtuh di dalam bilik air menandakan si dia sedang mandi. Aku berpusing-pusing di dalam bilik yang disediakan untuk tetamu kami.
Bagasi sederhana besar di atas katil menarik perhatianku.
“Waa! kelas kau Mariaa….” Ajukku seperti tajuk drama lakonan Scha melihat jenama bagasi tersebut.
Aku membuka zip beg tersebut. “Hish? Betul ke aku buat ni? tak boleh. Tak boleh! Aku tutup semula beg tersebut. Bahaya beb!”
Mataku tertacap pada kain di bawah beg tersebut. Perlahan-lahan aku menarik kain tersebut. Erk? Ini kan…
Hey you!” suara seseorang dari belakang mengejutkan aku. Terlempar seluar pendek lelaki yang aku jumpai dari bawah beg tadi.
“Abah! Perogol!” jeritku kuat dan lantang. Nasib baik tak pecah cermin di dalam rumah ni. Seorang lelaki yang hanya memakai tuala sedang memandangku pelik. Siapa ni kalau bukan perogol bersiri. Tetiba je dalam rumah aku dengan keadaan mencurigakan!



Aku hanya memuncungkan mulut mendengar ketawa abah dan along. Rupa-rupannya kawan along yang ikut dia balik ialah lelaki bukannya perempuan. Aku mengangkat pinggan lauk di hadapan. Gelak sampai tak nak makan baik tak payah aku masak.
“Eh! Nak bawa ke mana lauk tu?” soal abah pelik memandangku yang mengangkat lauk pauk di atas meja. Hampir setengah jam aku menanti mereka habis ketawa. Kawan along tu pulak masih dalam bilik. Entah pakai baju ke atau buat baju! Gerun agaknya tengok aku terjerit tadi.
“Ingatkan dah kenyang dah gelakkan orang!” marahku sambil meletak semula lauk tersebut di atas meja. Bukannya betul-betul nak angkat pun saja nak bagi warning yang aku tengah panas! Kawan along tu pun sudah turun ke bawah dengan t-shirt dan kain pelekat? Aik! omputih ni pun pandai pakai kain pelekat. Along ni bukannya boleh percaya sangat. Entah mat saleh mana lagi dia bawa cekup balik Malaysia.
Abah berdehem. Along membetulkan posisi duduknya manakala kawan along mengambil tempat di sebelahnya. Anak mataku memandang ke arah lelaki tersebut. ErmmmHandsome juga weii. Mata dia biru!
Kakiku sakit apabila ditendang dari bawah. Siapa lagi kalau bukan along yang duduk di hadapanku.
Handsome tak?’ Mataku dapat menangkap mulutnya yang terkumat kamit.
“Tak pun!” Terpacul pula dari mulutku. Aduhai…
“Apa yang tak Diyan?” soal abah. Semua mata memandangku.
“Tak… err… Along kata dia makin handsome bah. Tapi yang Diyan nampak makin boroi adalah.” ujarku gugup. Gelas di atas meja di ambil lalu aku meneguk air dengan kasar.
“Along ke kawan along?” soal Abah lagi.
Tak pasal-pasal aku tersedak dengan soalan cepumas abah. Apalah abah ni. Kalau sporting sangat pun janganlah depan-depan sangat. Malu cheq
“Kamu ni Diyan… kot ya pun janganlah gelabah sangat.”
“Dah… dah! Jom makan. Diyan masak masakan kegemaran along ni.” Aku cuba tukar topik. Along dan abah sudah tersenyum kambing.  Lelaki itu hanya berdiam diri sahaja. Mungkin tidak faham apa kami cakap. Yang aku nampak pipinya sahaja merah semacam.
“Mana Diyan dapat ulam ni? ” soal abah.
“Diyan sempat pergi pasar kejap tadi. Memang plan nak pergi pun. Tak sangka jugak yang along balik hari ni. So sekalilah beli barang dapur.”
“Sempat juga Diyana pergi.” komen Along. Along aku ni memang ada masalah nama. Semua orang panggil nama samaran tapi dia memang suka panggil orang dengan full name. semua orang dia panggil nama penuh. Kalau dapat bini yang nama berjela-jela alamatnya panjang lidah along aku terbelit-belit.
“Apa-apa je la… kawan mat saleh along tu tahu ke makan belacan ni? Diyan cuma masak masakan kampung saja ni ikut makanan kegemaran along. Manalah tahu dia ingatkan belacan ni keju versi Malaya ke…” Lancar mulutku bercakap. Abah dan Along merenungku terkebil-kebil begitu juga kawan along seorang ni.
“Apahal? Bukannya mat saleh ni faham bahasa melayu…” sambungku lagi.
Along dan kawannya saling berpandangan antara satu sama lain.
“Airi kau buat-buat pekak je. Mulut adik aku ni memang busuk macam longkang!” kata along kepada rakannya.
Aku sudah terkaku. Apa ke jaddahnya along ni cakap melayu pulak dengan mat salleh ni?
“Takpe. Aku tak kisah!”
Aku yang meneguk air sekali lagi tersedak. Lancar gila mat saleh ni cakap melayu. Huaggghhhh!!! Mana aku nak letak muka ni… mesti dia faham apa aku cakap tadi. Jatuh saham nak jadi bini mithali.
Mereka bertiga gelakkan aku. Kurang asam gelugor!




“Along tengok bilik hujung tu berterabur dengan kertas-kertas. Macam kena taufan pun ada.” ujar Danish.
Kami bertiga sedang duduk di ruang tamu. Along dan kawannya Huzairi sedang menonton wayang. Cerita apa pun aku tak tahu. Abah sudah pun masuk bilik tidur. Aku yang sedang sibuk melayari internet dalam bilik pun along tarik ke ruang tamu untuk temankan dia tengok wayang konon padahal kawannya pun ada tengok sekali.
“Diyana…” panggil along. Aku masih lagi tumpukan dalam pencarianku di internet. Laptop Toshiba hijau diletakkan di atas riba.
“Diyana dengarlah kata along ni. Aduh adikku ni. Pekak badak!” Laptopku di rampas.
“Airi kau tolong pegangkan laptop ni dulu…” Along menyerahkan laptopku kepada kawannya di sebelah kanannya. Aku cuba merebut laptop tersebut tapi tidak berhasil.
Macam tahu je along ni yang aku memang tak berani nak berebut dengan kawan dia. Malu-malu meow. Biasalah!
“Along nak apa. Kata tadi tiada orang temankan tengok wayang. Dah kita temankan dia pula minta lebih-lebih. Orang sibuklah. Bilik hujung tu adik yang guna untuk buat kajian untuk resepi baru. Puas hati!”
“Apasal tak buat dalam bilik sendiri?” soalnya lagi.
“Along! Rumah ni sebesar istana tau. Abah dan adik je yang duduk rumah ni bukannya ramai orang pun. Adik tak nak hambur dekat bilik adik so adik buat kerja kat bilik tu. Lagipun bilik bacaan tu abah yang monopoli. Katanya bilik tu private and confidential…. Abah dah tukarkan bilik tu untuk bilik rehatnya so abah suruhlah adik guna bilik lain. ”
“Dah… orang dah terangkan bak sini laptop adik!” pintaku. Penat juga nak terangkan dengan along ni. Kecur liur aku bercakap panjang lebar.
“Kau pegang dulu laptop tu Airi. Jangan bagi kat dia. Diyana tolong masakkan something untuk kita orang dulu…” ujar Danish.
“Along nak makan apa lagi? Kita baru je habis makan. Perut tu dah boroi masih lagi ada hati nak makan…”
“Epal atau tembikai tiada ke?”
“Epal! Jap. Diyana ambilkan.”



“Along. Kenapa along balik sini tiba-tiba?” soalku ketika kami lepak di taman rekreasi. Sebenarnya along dan Huzairi nak bersenam tapi mereka heret jugak aku ikut. Entah bateri apa yang mereka berdua guna ni? Baru sahaja balik semalam petang ni dah nak bersenam. Sudah biasa bersukan setiap petang konon.
Aku pun ada juga soal along pasal kawan dia si Huzairi ni. Rupa-rupanya lelaki itu Pan asia. Mak dia orang Australia manakala bapa dia orang Malaysia. Maka jadilah mat saleh celup. Yang aku peliknya kenapa dia tidak balik rumah sendiri tapi melekat dekat rumah aku ni. Nak tanya along pula takut. Bukan takut apa! Mulut along aku tu lancang sikit. Tak pasal-pasal dia cakap aku gatal nak berkahwin.
“Along balik sebab abah kata nak kahwi…”
“Apa? abah nak kahwin?? Biar betul? Amin… sekurang-kurangnya besarlah juga keluarga kita. Adik bosan sangat dekat rumah. Kena lagi time jadi penganggur ni 24 jam duduk rumah sendiri. Abah pula yang tiap-tiap hari keluar main golf la, jumpa kawanlah…”
“Adik ni..” keluh along.
“Apasal? Wah! Kepala otak adik dah macam-macam dah ni tau! Nak buat tema apa ya? Bakal mak kita nanti…. Budak ke atau mak budak? Kalau mak budak okey juga… dapat adik ekspress…” Jauh imaginasiku melayang. Tak sabar nak buat keramaian lagi dekat rumah yang sudah sunyi sejak bertahun lamanya.
Along dan Huzairi hanya memandangku pelik. Mereka saling berpandangan kemudian pandang aku sekali lagi. Tiba-tiba terhambur ketawa along. Telefon bimbitnya berbunyi memaksa membuatkan dia untuk menjawab. Along berlalu ke tempat lain untuk mendapatkan privacy sikit.
Alamak! Along ni tinggalkan aku dekat mamat Pan Asia ni. Huhu… gugup satu badan duduk di rumput ni dengan dia. Aku suka duduk atas rumput hijau ni berbanding atas meja kalau lepak di tempat reakreasi ni. Seolah-olah kita dekat dengan alam semula jadi.
Err... Dani kata awak chef? Betul ke?” soal Huzairi.
“Oh! Ya.. maksud saya sebelum ni iya. Chefsebelum letak jawatanlah...”
“Kenapa awak letak jawatan? Dia kata awak minat pada masakan.” Soalnya lagi. Aduh! Peramah pula kawan along ni. Aku ni bab-bab bercakap dengan orang lain payah sikit selain keluarga dan kawan baik aku.
“Awak mesti rapat sangat dekat alongkan? Saya minat masak untuk diri sendiri bukan untuk bos yang cerewet nak mampus tu… ”
“Hah?” Terkejut Huzairi dengan kata-kataku.
Aku menampar mulut yang tiada brek ni. Tengok! Sekarang dah terbabas dah…
Huzairi ketawa kecil melihat gelagatku.
“Awak ni comel tau... gaya awak semuanya ikhlas dan spontan. I mean tak berpura-pura dengan orang lain.” pujinya.
Wah! Kembang kempis hidung aku kena puji. Satu senyuman aku hadiahkan untuk dia.
“Kenapa dengan kes awak dengan bos awak tu. Saya dengar Dani kata awak bergaduh sampai berani lempar kek dekat muka dia. Rock juga awak ni ye…”
Alamak! Apa punya abanglah. Boleh pula dia cerita pasal kes bergaduh tu dekat kawan dia ni. Jatuh lagi saham aku!
“Tak… sebenarnya waktu tu bos tengah bengang entah pasal apa. Masuk dapur tetiba marah dekat saya. Sebelum ni adalah juga dia omel itu ini pasal makanan yang saya buat. Dah la kena buat ikut selera dia bukannya ikut senarai makanan yang disediakan. Mentang-mentang dia punya hotel. Senang-senang je ikut hati dia…”
“Maksud awak… awak marah tuan punya hotel?”
Aku mengangguk. Teringat lagi waktu tu. Waktu aku tengah sibuk sediakan kek untuk pelangan dia masuk dapur terus marahkan aku. Apa lagi aku terus naik angin bergaduh sampai kecoh satu dapur dikerjakan. Serta merta aku kena pecat.
Memandangkan sudah terlajak sampai kena pecat apa lagi. Biar tinggalkan kenangan dekat bos tu.
Huzairi tergelak lucu. Mungkin dia tidak sangka yang aku berani berbuat demikian. Aku memandang mukanya yang tergelak. Mataku tertumpu pada mata birunya.
“Boleh saya korek mata awak?” Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulutku. Opss! I did it again… matilah! Mulut aku ni memang takda brek langsung!
Huzairi terdiam lalu memandang mukaku. Dia tergelak lagi.
Aduh! Along ni pun satu. Entah mana dia menghilang. Bertelefon atau buat telefon aku pun tak tahu.



Setiap hari aku sibuk dengan perkahwinan abah. Aku tempahkan baju kahwin satu set untuk kami satu keluarga. Bila aku tanya abah pasal bakal pengantin. Abah aku hanya tersenyum-senyum. Dia dan along sama sahaja. Dua-dua hanya senyum kambing. Along ni pandai betul simpan rahsia. Tapi aku bersyukur sangat kerana along telah terima hakikat tentang kematian Kak Sue. Dia akan terus tinggal di sini semula. Along kata dia sebenarnya dalam proses pindah ke cawangan di Malaysia.
Bercakap pasal along membuatkan aku teringkatkan Huzairi. Seminggu dua menghabiskan masanya di rumah kami dia akhirnya pulang ke rumah keluarganya. Aku dan dia semakin rapat ketika dia masih tinggal di rumah ni dulu.
Setiap hari dia akan buat permintaan untuk sediakan kek untuknya. Kek Tiramisu kegemaran Huzairi. Dia dan along menyuruh aku untuk mengelarkan Huzairi sebagai Abang Airi. Tapi seumur hidupku sekali pun aku tak pernah panggil orang abang. Abang aku pun aku panggil along inikan pula dia.
Waktu mula-mula panggil Abang Airi tu. Seram sejuk aku rasa satu badanku. Geli semacam pun ada. Aku rasa macam seribu ekor ulat bulu sedang merayap-rayap di badanku. Euww!! Geli semacam panggil orang lain ‘abang’.
“Nurul Diyana Ahmad!” jerit along di telingaku.
Aku apa lagi. Memang terkejut beruk.
“Diyana ni apasal? Mengelamun je along tengok sehari dua ni? Cerita sikit dekat along kau ni.”
“Tiada apa-apalah Long.”
“Takda apa-apa tu yang ada sebenarnya. Ni mesti rindukan si dia.” ujar Along perlahan.
“Mana ada! Adik tak rindukan Abang Airi la…” marahku.
Along ketawa kuat. “Ada along cakap yang adik rindukan Abang Airi?”
“Dah…dah… pergilah! Malas nak cakap dekat along. Adik tengah sibuk ni.” Aku sedang menyediakan hantaran untuk bakal  pengantin. Semuanya serba hijau. Warna kegemaran aku. Sebenarnya aku tanya dekat abah nak tema warna apa tapi abah kata ikut suka hati aku je nak warna apa.
Sebenarnya aku pelik juga ni. Hantaran untuk perempuan tapi barang lelaki. Bakal mak pun tak jumpa-jumpa lagi. Abah kata tunang terus nikah.
Aku pun tidaklah bantah-bantah sebab bukan aku juga yang nak kahwin. Nak mereka kata aku ni Over la pulak.
“Adik rindukan Airikan… jauhnya dia termenung!”
“Ya Allah! Belum berambus lagi abang aku seorang ni? Pergilah. Kacau aje. Kita tak rindukan Abang Airi la.”
“Abang aku seorang ni?” ajuk Along.
“Berapa banyak abang Diyana ni? Ops! Terlupa pulak. Diyanakan ada Abang Airi.” usiknya lagi.
“Along nak pelempang ke atau diam?” marahku. Tak habis-habis betul abang aku seorang ni.
Erm… Abang Airi pun rindukan Diyana juga tau.” Sakatnya lagi.
“Yiee! Sakit hati betullah dengan along ni. Pergilah.” Aku melempar span tepat mengena kepala along. Padan muka. Puas mengusik akhirnya cabut juga along aku dari sini. Hendak membantu orang menyediakan khemah katanya.
Kalau kami berdua sahaja di sini tidak mengapalah tapi dengan Mak Su dan Mak ngah pun ada sekali. Jiran-jiran pun ada juga yang datang membantu. Aku hanya membalas senyuman mereka sambil membantu menyiapkan hantaran kahwin ni. Aku tolong buat aje sebenarnya walaupun aku tidak tahu langsung berapa banyak yang perlu disediakan.
“Assalamualaikum Diyana.” bisik seseorang ditelingaku.
“Abang Airi!” Kemunculan lelaki tersebut di sini setelah beberapa minggu tak datang betul-betul mengejutkan aku. Aku menerkup mulut apabila tersedar dengan ketinggian nada suaraku.
“Waalaikumsalam. Abang Airi buat apa dekat sini?”
“Saja nak bantu abah Diyana. Manalah tau ada yang hendak disiapkan lagi. Diyana sihat? Lama tak jumpa dengan Diyana.” Abang Airi aku ni pun sudah terjangkit dengan perangai Along memanggil namaku.
“Sihat. Ingatkan Abang Airi tak ingatkan kami kat sini.”
“Abang tiap-tiap hari ingatkan Diyana.” pujuknya.
“Ingatlah sangat! Jangan-jangan kalau bukan sebab abah nak kahwin belum tentu Abang Airi nak datang sini.”
Tersengih-sengih Airi memandangku. Aku hanya teruskan kerjaku. Dia yang kata nak datang membantu akhirnya menemani aku bercerita di sini. Semua mak cik yang turut bersama pun dilayannya sahaja.



“Entah kenapa adik pula yang rasa berdebar!” ujarku. Tanganku memegang erat tangan abah yang duduk di sebelahku. Aku duduk bersebelahan dengan Abah di tempat duduk belakang manakala along duduk di tempat duduk hadapan bersebelahan dengan pemandu.
“Tenang. Tak lama sampailah kita tu.” pujuk abah. Kami dalam perjalanan menuju ke masjid An-Nur untuk majlis akad nikah.
“Tak tahulah abah. Mungkin sebab tak pernah jumpa dengan bakal mak sebab tu berdebar kot.”
Setiba di masjid kami disambut dengan rakan-rakan dan sanak saudara kami di masjid. Yang peliknya kenapa aku pula yang dipayungkan sedangkan abah yang nak kahwin.
Aku ditempatkan di kusyen berwarna putih hijau. Ialah tema kahwin ni warna putih hijau. Semua tetamu pun turut berpakaian sama.
Bulat mataku merenung Abang Airi yang sedang duduk ditengah-tengah dan bukan abah. Erk! Baru aku perasan! Siapa yang nak kahwin sebenarnya ni? Bos aku yang cerewet tu pun ada. Apa kes ni??
“Taniah Diyan. Kacak bakal suami kau. Pandai kau simpan rahsia dari aku! Dah lah dia tu Abang Encik Qushairi.” ujar Rania. Abang Encik Qushairi? Mak Aih! Banyak punya kebetulanlah. Encik Qushairi tu bos aku yang cerewet nak mampus tu. Jangan-jangan mereka semua ni pakat kenakan aku kot.
“Sah?” tanya tok kadi.
“Sah…”
Apa yang sah? Sah apa ke jaddahnya pula ni. Aku memandang Abang Airi yang berjalan ke arahku. Sah aku jadi bini dialah pun adoi! Apakah bebalnya otak aku sekarang ni. Aku sekarang isteri sah Abang Airi. Aku hanya buat seperti yang disuruh. Jariku disarung oleh seorang wanita. Mungkin mak Abang Airi atau lebih tepat hubungan wanita tersebut dengan aku ialah Mak Mertua.



Aku duduk berhadapan dengan Abang Airi di atas katil. Kami duduk bersila sambil memandang satu sama lain. Sekarang sesi James Bond 007 atau Johnny English Reborn versi aku. Sesi soal jawab! Berani mereka tipu aku bulat-bulat.
Err... Abang sebenarnya…” Huzairi ingin memulakan penjelasan.
“Sebenarnya…” sambungku.
Err… Abang sebenarnya cintakan sayang. Abang sukakan sayang sejak abang dekat oversea dengan Dani lagi. Sebenarnya kadang-kadang yang chat dengan sayang ialah abang dan bukannya Dani. Kemudian bila abang terpandang gambar sayang dekat gambar FB hotel Qushairi. Abang minta tolong dia buatkan sayang tak nak kerja lagi. Jadi sayang ada di rumah waktu abang dan Dani pulang.”
Amboi laki aku ni. Belum apa-apa sudah bersayang-sayang. Kena luku baru tau. Nasib baik aku tangkap cintan juga dengan dia sejak kes perogol dalam bilik tetamu tu.
“Sampai hati korang tipu Diyan. Mati-mati Diyan ingatkan abah yang nak kahwin…”
“Sebenarnya kami dah cuba nak jelaskan dekat sayang. Ingat tak waktu dekat taman rekreasi dulu? Dani nak bagitahu sebab kami balik Malaysia tapi Diyan dah potong cakap Dani. Waktu tu dia bukannya sambut telefon pun. Itu cuma bunyi alarm telefonnya je.”
“Kalau ikutkan rancangan. Waktu kami bawa Diyan ke taman tu keluarga abang datang merisik. Kemudian lepas Dani terangkan dekat Diyan. Dia pura-pura sambut telefon untuk tinggalkan kita dua untuk berbincang.” jelas Airi lagi.
“Dah…dah! Cukup. Makin abang cakap makin bingung kepala Diyan.” potongku.
“Sayang maafkan abang tak?” soal Huzairi.
“Mestilah aku sayang. Kalau aku tak sayang dari tadi waktu sebelum nikah lagi aku dah minta henti.” ujarku. Terlepas lagi dari mulutku. Memang kena bawa pergi servis mulutku ni. Ada masalah brek betul.
Airi memelukku erat…
“Apa peluk-peluk ni? Tau tak! kalau ikutkan hati. Pointer abang dah kena tolak tau sebab tipu Diyan!” aku berpura-pura marah. Pelukan dileraikan.
“Takpa lepas ni abang naikkan pointer abang lagi yaa…” ujarnya romantik.
I love you honey…” sambung Huzairi.
Ucapan keramat tu buat pointer dia naik mencanak-canak! “Diyan pun cintakan abang.” balasku.
TAMAT.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

10 comments:

  1. wahaha.. suweet gile! ^__^ thanks writer , buat saya trsenyum ^___^

    ReplyDelete
  2. hehe..sweet... penipuan yg best..haha..

    ReplyDelete
  3. thanks semua kerana sudi tinggalkan komen.. <3

    ReplyDelete
  4. Ni jujur eh . Mula2 tak nak baca tau cite ni sebab tengok tajuk tu . Hihi . Lepas tu pikir balek , maybe lawak kot . Tu yg try baca jugak . Rupa2nya cita ni sangat2 sweet mcm gula2 . Sepanjang masa asyik tersengih je dengan gelagat si Diyana tu . Best sangat2 . Thumbs up !

    [syaza]

    ReplyDelete
  5. @Anonymous hihi....lar tajuk peliks patut ar..hihi.tak tau nak letak tajuk apa...btw...thanks... <3

    ReplyDelete
  6. "Boleh saya korek mata awak?" LOL :D

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)