Bab 10
Habis bercuti
maka bermulalah tugas baru Fiera sebagai Personal
Assistant Adam. Hari-hari menghadap muka Adam buatkan Fiera bosan dengan
perangai lelaki tersebut. Satu-persatu dia kena terangkan. Kalau bukan
mengenangkan Adam tidak ada pengalaman langsung dalam bidang perniagaan sudah
tentu dia tinggalkan saja lelaki tersebut terkulat-kulat.
Fiera menanti
Taufiq yang sudah lama tidak bertemu dengannya. Masing-masing sibuk dengan
tanggungjawab yang dipikul. Berbakul-bakul juga ceramah yang dia dapat dari
Taufiq sebab tidak mengendahkan lelaki itu kini.
“Sepuluh
minit lagi kau lambat. Hancur kau dilunyai oleh aku Taufiq.” Fiera mengomel
sambil menanti rakannya. Lambat betul. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi
tapi mengenangkan Taufiq yang pulang dulu ke rumahnya untuk tukar pakaian dari
kerja sudah tentu lelaki itu lapar juga. Tahan perut… tahan…! Lepas ni kau
minta doktor tu belanja kau makan…hik..hik..
“Sorry
lambat!” ujar Taufiq sambil duduk di sebelah Fiera tanpa segan silu.
“Hah! panjang
umur baru je aku umpat kau. Apasal lambat? Kau ni balik tukar baju ke atau
balik rumah buat baju?” sindir Fiera.
“Alahh…
sabarlah… aku dah ada depan mata ni. Nah!” Taufiq menyerahkan satu plastik
kepada Fiera.
Fiera
memandang Taufiq terkebil-kebil. Tangannya menyambut huluran dari Taufiq. Mata
Fiera menyorot pada isi kandungan beg plastik berwarna hitam tersebut. Beg yang
berjenama Swarovski tersebut memang menarik perhatiannya. Laman web Swarovski
adalah salah satu laman web yang mereka berdua layari untuk mencari hadiah Anis
dahulu.
Sampai
bergaduh Fiera dan Taufiq semata-mata hendak mencari hadiah kahwin Anis. Akhirnya
pilihan Habib Jewels Taufiq juga yang menjadi pilihan hadiah Anis.
“Bukalah…yang
kau tenung lagi tu kenapa?” Taufiq sudah pun terduduk dihadapannya.
“Kejaplah…aku
bukalah ni…”
“Kotak apa ni
Fiq?” soal Fiera sambil memgeluarkan sebuah kotak kecil. Sekali lagi kotak
tersebut dari jenama Kristal antarabangsa Swarovski.
“Kris Bear?
Betulkah mata aku ni?” Terkejut Fiera melihat sepasang beruang polar yang
dibuat dari kristal di hadapannya. Buntang matanya menilik sepasang beruang
tersebut. Comel!
“Betullah…”
“Tapi hari tu
aku main-main je pun. Yang kau beli betul-betul ni kenapa?” soal Fiera.
ingatnya lagi waktu mereka melihat beruang tersebut di laman web Swarovski. Dia
meminta Taufiq belikan untuknya sepasang beruang tersebut.
“Ambil
sajalah. Kan dah ada depan mata kau sekarang. Takkan lah aku nak pulangkan
balik.”
“Tapi benda
ni mahal. Dah tu kecik je patung Kristal ni. 134 Europe duit kau terbang.”
Rungut Fiera.
“Banyak
songehlah pulak. Ambil sajalah. Jom pesan makanan. Kau dah makan?” Taufiq
mengangkat tangan untuk memanggil pelayan.
“Belum.
Kebulur aku tunggu kau tau. Aku sarapan je pagi tadi tau. Makan tengah hari tak
sempat sebab aku kena tolong Adam buat kerja…”
“Sampai tak
makan tengah hari. Bos apa si Adam tu. Itu namanya menyeksa pekerja. Kalau kau
sakit lagi macam mana?” marah Taufiq. Kerja tetap kerja tapi kesihatan penting.
“Bukan salah
Adamlah. Tapi aku yang nak siapkan awal jadi waktu balik terus cabut. Beberapa
hari ni aku sibuk sampai terpaksa stay pejabat. Aku tak suka buat kerja
bertangguh nanti bertimbun kerja aku. Sekarang ni aku kena bantu Adam dalam
semua hal. Dia tu takda pengalaman kerja.”
Fiera menerangkan situasi Adam.
“Dulu kau
masuk kerja pun tiada pengalaman… yang dia tu terlebih-lebihlah pulak.” Kau nak
pesan apa ni?” Taufiq menghulurkan senarai pesanan kepada Fiera.
“Kau pesan
sajalah apa-apa… aku telan je.” Ujar Fiera sambil bermain dengan patung beruang
kristalnya.
“Aku pesan
keju baru kau tau. Muntah hijau kau dikedai ni. Dik. Beri nasi goreng seafood
dua dan milo panas dua.” Pesan Taufiq kepada pelayan tersebut. Selepas
mengambil pesanan pelayan tersebut meninggalkan Taufiq dan Fiera.
“Sebenarnya
aku faham situasi Adam. Aku dulu mula dari bawah. Tapi dia pula habis sahaja
belajar terus ambil alih syarikat abahnya. Mestilah dia kena hati-hati.” Fiera
masih lagi menyambung topik mereka.
“Ermm…Whateverlah…
malam ni nak plan apa? Takkan tengok wayang lagi kot? Fikirlah something else?” cadang Taufiq.
“Itulah
satu-satunya yang kita boleh buat Fiq. Kau kan selalu saja ada cadangan.
Berilah apa-apa cadangan. Aku on je
ni. Nak release tension.”
“Nak release
kenalah release habis-habisan. Aku ada plan. Kau ikut je tau… tak boleh banyak
songeh. Kau tu bukannya boleh harap sangat pun… lepas aku ajak kau cakap
penatlah. Itulah…inilah…”
“Okay..okay..!
aku tak membebel… cukuplah ceramah kau tu. Sakit telinga aku.”
Taufiq
menjongket bahu… Kepalanya sudah merancang banyak aktiviti. Biar sampai Fiera
kepenatan habis-habisan. Huahaha!
“Mula-mula…kita
hantar dulu kereta kau balik rumah. Biar guna satu kereta saja malam ni.”
Taufiq dan Fiera berada diparking lot. Sudah habis mengisi perut kini giliran
mereka pula bersuka ria. Satu plastik makanan ringan sudah di beli tadi.
Keropok, gula-gula, air coke dan banyak lagi yang Taufiq beli.
“Kita nak ke
mana jugak ni Fiq? kau tu kalau tak pergi tempat pelik-pelik memang tak sah…
takkan la kita nak berkelah tengah malam buta ni. Karang kena tangkap basah kan
susah! Tak ke mengamuk sakan mak bapak aku di kampung tu.” bebel Fiera.
“Iya tak ya
juga kan… ermm… jangan risaulah…tak kena punyalah. Lagipun tempat ni memang aku
jamin ramai orang punya. Ingat aku nak bawa kau tempat sunyi-sunyi ke. Tak hingin
aku kena tangkap basah dengan kau. Baik lagi kena tangkap basah dengan awek
aku.”
“Entah
bilalah kau kenalkan dengan aku awek kau tu. Dia tak marah ke? ” soal Fiera.
risau juga dia kalau awek Taufiq tu serang dia macam awek-awek Ammar.
“Tak. Dia tu sporting. Lagipun kalau couple semua ni
yang penting percaya. Kalau tak percaya pasangan masing-masing baik break je
terus.”
“Fine. Kalau
tu kau cakap aku tak kisah la… aku ni bab-bab dituduh rampas balak orang lain
ada pengalaman. Bukan sekali malah berkali-kali…” kata Fiera sambil masuk ke
dalam perut keretanya.
Taufiq
menyandar di pintu kereta Fiera yang masih terbuka.
“Pandu
baik-baik tau…! Aku catch up dari
belakang.”
“Baiklah…
Tapi jangan bawa aku tempat jauh sangat esok aku kena kerja. Kau tu esok off.
Senanglah rancang itu ini.”
“Dah…cepatlah
gerak…bye sayang..!” Taufiq menutup pintu kereta Fiera. Dia tersenyum sambil
menanti Fiera meninggalkan tempat letak kereta barulah dia memandu membontoti
kereta Fiera dari belakang.
“Yiee…sunyinya
padang ni Fiq… Apa pulak ramainya…entah-entah hantu je yang ramai sini tengah
intai kita.” Komen Fiera. mereka berdua duduk di hadapan kereta Taufiq.
“Hoi..! mulut
tu jaga sikit. Karang ada yang histeria di sini.” Taufiq memberi amaran. Radio
Kereta Taufiq di buka kuat. Sengaja atap kereta itu dibuka agar suara radio
lebih jelas.
Lampu kereta
yang menghala ke arah mereka menarik perhatian mereka. Mata mereka mengecil
tatkala lampu atas sengaja dihalakan ke arah mereka berdua. Kelihatan empat
buah kereta parking di hadapan mereka.
“Sampai
pun...” kata Taufiq sambil menuju ke salah sebuah kereta Toyota Vios merah.
“Siapa yang
sampai? JAKIM ke? Tengokkan aku dah cakap…. Kau tak pandai dengar cakap?” gugup
Fiera dengan kemunculan kereta yang banyak itu.
Taufiq sudah
tergelak kuat. Dia yang hendak menerukan langkahnya pun terhenti dengan lawak
Fiera. JAKIM…? Ya Allah lawak antarabangsa apa yang Fiera sebut ni?
“Kalau nak
tangkap kita bukan JAKIM tapi JAIS la Fiera. JAKIM tu bahagian halal.” Dia
memperbetulkan kata-kata Fiera.
“Iya ke?
Hehe… kesalahan teknikal… apa-apa pun siapa yang datang tu? engkau ke yang
telefon diorang tu…”
“A’ah…semua
tu member aku dekat hospital. Diorang tu kalau bab-bab macam ni memang sentiasa
on call. Asal bukan time kerja confirm mesti datang punya.” Kata Taufiq
kemudiannya terus ke kereta tadi. Seorang lelaki yang sedang keluar dari tempat
memandu tersenyum sambil mendongak di pintu keretanya.
Mereka
menepuk tangan membuat hi-5. Lelaki itu menumbuk bahu Taufiq perlahan. Beberapa
orang dari kereta lain juga keluar. Ada juga beberapa orang keluar dari kereta
berlainan.
Fiera
menggaru kepalanya. Seorang pun dia tak kenal. Kalaulah Taufiq beritahu
awal-awal bolehlah dia telefon kawan-kawannya. Tapi kalau dia hendak ajak
kawan-kawannya siapa pula yang nak datang. Kawannya bukannya ramai sangat
kecuali Anis, Faizul, Taufiq dan Ammar sahaja yang paling rapat. Anis dan
Faizul tengah berbulan madu. Kalau ajak Ammar pla ada kawan-kawan Taufiq ni
kena histeria sebab terjerit-jerit apabila model terkenal itu di depan mata.
Sekarang ni Ammar pun tengah berjinak-jinak dalam lakonan.
Fiera tidak
kisahlah dengan karier Ammar walaupun semakin besar jurang dia dan Ammar sejak
Ammar berkecimpung dalam bidang ini. Dia tiada hak untuk menghalang. Lagipun
kata-kata cinta yang tidak pernah putus dari Ammar pun dia tidak pasti betul
atau tidak. Ammar tu awek keliling pinggang. Tidak cukup di pinggang. Di leher
pun ada jugak yang cuba menyangkut. Asalkan tersangkut dekat dia.
“Zam kenalkan
Fiera. Fiera kenalkan ni geng aku.” Taufiq memperkenalkan satu persatu
kawan-kawannya kepada Fiera.
“Cantik awek
engkau Fiq… kalau ada stok lain yang masih kosing jangan lupa bagitahu kami ya
Fiera… kot-kot ada kawan kau yang single lagi ke… kami ni ramai lagi pangeran
ganteng.” Kata seseorang antara mereka dengan loghat Indonesia.
“Ganteng
sangatkah sudah Hazmi..! kalau hansome sangat kenapa masih lagi membujang?”ejek
salah seorang dari mereka lalu disambut dengan gelak tawa semua orang.
“Aku lelaki
harapan malaya beb! Tak mainlah pilih perempuan macam pilih baju. Biar cinta
pertama dan terakhir sahaja dekat bakal bini
aku.” ujar lelaki bernama Hazmi itu.
“Dah… dah
kita datang sini nak bertekak? Korang ada bawa barang-barang yang aku kirim
tadi tak? Jom kita prepare barang…
nanti entah sampai pukul berapa baru kita balik.” soal Taufiq.
Semua
kawan-kawan Taufiq ke arah bonet kereta masing-masing untuk mengambil barang
meninggalkan Taufiq dan Fiera.
“Ramainya
kawan-kawan kau Fiq. Kenapa tak beritahu awal-awal dekat aku… nasib baik mereka
peramah kalau tak mesti aku kekok.” Fiera menarik lengan baju Taufiq.
“Dah
laa…janji kau tak kekok. Jom tolong aku keluarkan makanan… tadi sebelum ambil
kau di rumah aku ada beli makanan tambahan lagi. Kita barbeque dekat sini
sambil buat unggun api.”
“Banyak barang
kau sedia. Aku satu pun takda… bawa tangan kosong je. Kawan-kawan kau pun
banyak barang bawa. Segan betul aku. lain kali beritahulah awal-awal.”
“Kau tolong hentikan kereta aku Fiera… biar
aku keluarkan barang-barang ni.”
Fiera hanya
mengangguk lalu masuk ke dalam kereta.
“Atap ni nak
tutupkah Fiq?”
“A’ah tutup
bagi rapat yaa… nanti masuk asap. Berbau pulak kereta aku nanti.” Kata Taufiq.
Masih juga risaukan kereta kesayangannya.
Fiera buat
muka Double jerk. Mahu sahaja dia
langgar kereta Taufiq ni guna kereta kebal. Biar hancur berkecai. Tak mainlah
kalau setakat calarkan sahaja. Takda kesan berganda-ganda langsung. Kalau
sekali bagi panas baik buat yang terbaik punya. Hik...hik…
Satu unggun
api besar berada di tengah-tengah mereka. Rupa-rupanya yang ramai sangat kerana
ada yang bawa isteri, kawan-kawan lain dan juga teman lelaki dan perempuan bagi
memeriah suasana.
Hazmi dan
salah seorang kawan Taufiq membawa gitar mereka. Barulah Fiera tahu yang Hazmi
ialah housemate Taufiq bersama dua
orang rakan mereka yang lain. Bermacam-macam cerita terkeluar dari mulut
mereka. Semua saling mengusik satu sama lain.
“Taufiq kata
dia dah lama kenal Fiera. Dari sekolah rendah lagi betul ke?” kata Ardi yakni
kawan Taufiq.
“A’ah… kenal
dari sekolah rendah, menengah dan universiti…”
“So korang
sejak bila mula bercinta?” soal seorang kawan perempuan Taufiq yang mengenalkan
dirinya sebagai Husna.
“Hah?”
terkejut Fiera dengan soalan tersebut. Kawan-kawan Taufiq masih lagi tidak jelas
dengan statusnya dengan Taufiq.
“Kitaorang
couple cara cool! Tak payah bersayang-sayang macam kau tu Husna. Kami versi
sempoi.” Taufiq yang duduk di sebelah Fiera menjawab bagi pihak Fiera. Dia
tersengih di sebelah Fiera.
“Kereknya
jawapan kau Fiq… aku rasakan macam nak cilikan je mulut kau tu.” spontan
kata-kata tersebut terkeluar dari mulut Taufiq. Serta merta Fiera menyiku
lengan Taufiq.
“Tengok! Kan
aku dah cakap…” kata Taufiq sambil tertawa kuat.
“Ceritalah
macam mana korang start bercinta…” gesa Husna lagi.
‘Hish! Minah ni pun satu… tak habis-habis menyoal,
jangan-jangan ada hati juga dengan si Taufiq ni…huhu…’ kutuk Fiera dalam hati.
“Kami tak…”
“Kami tak
payah nak confess selalu… I love you. You love me. Janji dua-dua
tahu cukuplah.” Tukas Taufiq sebelum menghabiskan ayat Fiera.
“A’ah…
asalkan kitaorang tahu hati masing-masing. Percayakan satu sama lain sudah
cukup.” Sambung Fiera lagi setelah melihat anak mata Taufiq yang memberi signal
seolah-olah meminta bantuan darinya.
“Sweetnya…” kata salah seorang gadis.
“Thanks.” Jawab Fiera dan Taufiq
serentak.
“Tengok tu…
janji ada chemistry macam diorang ni
kan… cakap pun serentak. Dah tu dua-dua pun boleh jadi kawan baik dan kawan
sehati sejiwa.” Kata Hazmi.
“Fiq…
nyanyilah sikit dengan Fiera… ” cadang Ardi.
“Duet…duet…duet…”
kata kawan-kawan Taufiq sambil bertepuk tangan serentak. Apabila Taufiq
mengambil gitar dari Hazmi. Semua orang bertepuk tangan. Gemuruh!
“Nak nyanyi
lagu apa?” tanya Taufiq kepada Fiera. Fiera sudah buat muka sepuluh sen. Dia
tak nak nyanyi.
“Tanpamu…?”
tanya Taufiq lagi.
Hati Fiera
kata tidak tapi hakikatnya kepalanya mengangguk juga. Nasib baik lagu tu dia
hafal jugak tapi…
‘Lagu Tanpamu
nyanyian Helena dan Sabhi Sabdi?? Ya Allah… lagu jiwang ni jugak si Taufiq
nyanyi!!!’ jerit Fiera dalam hati.
Taufiq mula
memetik gitar.
“Tanpamu
hidup jadi sunyi… tanpamu ku seakan mati... Tanpamu bagai malam tanpa bintang…”
Taufiq memulakan nyanyian.
“Tanpamu aku
akan tersesat… tanpamu tiada lagi hasrat… tanpamu seakan jantungku berhenti.”
Sambung Fiera.
“Kau yang
terindah dalam hidup ini… dan tidak akan pernah berubah selamanya… aku terlahir
hanya untuk kamu… jadi perlindung dirimu…” nyanyi Taufiq dan Fiera serentak.
“Tanpamu nafasku
terhenti… kernamu aku ada di sisi… tetap bersamaku… selalui disampingku….untuk selamanya….”
Fiera memandang
mata Taufiq yang menyanyi bait-bait lagu tersebut. Mata mereka bertentang antara
satu sama lain.
“Kasih yakinlah
kepada diriku… sayang dan cintaku pun hanya untukmu… dan takkan berubah untuk selamanya…
cintaku padamu…” Fiera mengakhiri nyanyian mereka lalu disambut dengan tepukan gemuruh
dari rakan-rakan Taufiq.
Satu senyuman
ikhlas dihadiahkan buat Taufiq. Hati Fiera benar-benar tersentuh dengan akustik
nyanyian mereka. Hazmi yang merakam bait-bait memori tersebut tersenyum gembira.
Dia tahu kisah hati Taufiq yang setia pada Fiera sahaja tapi masih belum bersedia
untuk meluahkan.
Taufiq ada cara
tersendiri untuk memikat hati Fiera sejurus memecah tembok hati yang kukuh itu.
Walaupun cara itu tidak terang-benderang tapi Hazmi berharap sangat yang pada suatu
hari Fiera akan sedar akan cinta yang selama ini ditabur oleh Taufiq.
“Fiq..
beruang yang ni kau ambil. Simpan baik-baik tau.” Fiera menyerahkan patung
Kristal beruang betina kepada Taufiq manakala yang satu lagi dia simpan.
“Kenapa
pulak. Kan buruk siku aku kalau aku ambil balik.”
“Ambil je
la.. aku ambil yang lelaki. Kau ambil yang perempuan. Kita buat exchange. So
kalau aku nampak yang lelaki ni aku anggap kau. Kalau kau nampak yang lelaki kau
mesti ingat aku tau.” Cadang Fiera.
Teragak-agak
Taufiq mengambil patung Kristal tersebut.
“Ambil sajalah…”
Fiera menarik tangan Taufiq lalu meletakkan patung Kristal tersebut di atas
tangan Taufiq.
“Jaga patung
ni macam kau jaga aku selama ni tau…”
“Baiklah… by
the way, thanks tadi sebab tolong aku.” balas Taufiq.
“Pasal tu no problemlah. Lagipun kau selalu tolong
backup aku dari Ammar. Tapi kenapa kau tak nak si Husna tu? aku nampak dia okay
je…” Fiera akhirnya faham yang Husna sebenarnya menyimpan perasaan dengan
Taufiq selama ini. Terang Taufiq tadi Husna sering membawa bekal, beri hadiah
atau meninggalkan kata-kata untuk menarik perhatian Taufiq di hospital.
Jururawat itu merimaskan Taufiq sehingga dia terpaksa bertindak. Kebetulan pula
dia dapat fikir ikhtiar tadi untuk mengelak dari Husna.
“Habis awek
aku kau nak letak mana? Dalam music box?” bangkang Taufiq.
“Aku pun
peliklah dengan kekasih gelap engkau tu. Kenapa tak terang benderang saja kau
tunjuk. Ni aku pula yang kena ganti. Nasib baik kau selalu tolong aku. aku
takut nanti awek kau marah.” Fiera berasa sedikit serba salah dengan kekasih
Taufiq yang masih lagi tidak bersedia untuk menonjolkan dirinya.
“Nantilah aku
bincang pasal hal ni. Apa-apapun aku berterima kasih sangat dekat engkau. Dahlah…
lama-lama dekat kereta aku ni orang sangsi pula. Baik kau masuk dalam cepat
sebelum fitnah.” Arah Taufiq. Dia enggan jiran tetanga Fiera berfikiran tidak
baik. Takut mereka menimbulkan isu sebab Fiera kini seorang sahaja tinggal di
rumah itu.
“Baiklah… Assalamualaikum
Fiq. Pandu kereta tu baik-baik. Jangan bawa laju sangat.” Fiera meninggalkan
‘Pesanan Mesra’ kepada Taufiq.
“Waalaikumsalam…kunci
pintu semua. Kau tu duduk sendiri.”
Taufiq
meninggalkan perumahan tersebut setelah memastikan Fiera masuk ke dalam
rumahnya.
cantik bear tu..
ReplyDeletehuhuhu... Taufiq cintakan Fiera kan? tak sabar nak tahu siapa last heronya ni... thanks Faz untuk entry ni... :)
ReplyDelete@ihaaz tenkiu... =)
ReplyDelete@Afifah Yusof a'ah dia cintakan Fiera....tunggu ending saja erk..maybe crita ni habis dalam blog je..
ReplyDelete