Sunday, February 26, 2012

Secantik Ainul Mardhiah bab 18


Kelihatan Puan Noraini bersama Encik Ahmidi menanti Ainul dan Ikram di tepi pintu setelah mendengar kereta Ikram yang masuk ke perkarangan rumah.
“Itu yang Ainul nak sangatkan? Ibu menangis bagai nak rak sebab risaukan Ainul. suka sangat! Lain kali buat lagi!!” marah Ikram setelah sampai ke rumah.
Terjongket sedikit bahu Ainul akibat terkejut dengan kata-kata Ikram yang perlahan tapi tegas. Ikram yang senyap sahaja dari tadi akhirnya mengeluarkan kata-kata pedas. Ainul perasan air muka Ikram yang menahan marah sejak dia masuk sahaja ke dalam kereta semasa di Teratak An-Nur.
Pintu kereta dihempas. Sekali lagi bahu Ainul terjongket. Dia memandang Ikram yang masuk ke dalam rumah tanpa berpaling ke arahnya. Perlahan-lahan Ainul keluar dari perut kereta dengan perasaan sebal.
Sabar sahajalah. Kalau masuk ‘Mahkamah’ pun sudah terang benderang dia kalah.
Puan Noraini datang menerpa anak menantunya seorang ni. Tadi Ikram terus sahaja masuk selepas bersalaman dengan dia dan suaminya. Hatinya dapat mengagak Ikram sedang menahan marah agar tidak meletus dan menyembur Ainul.
“Ainul tak apa-apa?” Puan Noraini memegang kedua pipi Ainul dengan lembut. Air mana Ainul gugur tanpa dipinta.
Tubuh Puan Noraini dipeluk erat. Dia betul-betul rasa bersalah.
“Maafkan Ainul… Ainul bersalah… maafkan Ainul.” kata Ainul teresak-esak.
Kepala menantunya dibelai lembut. “Sudahlah. janji Ainul selamat. Pasal Am tu marahnya kejap saja tu. Ainul masuk bilik bersihkan diri dan solat. Ainul dah makan?”
Ainul mengangguk perlahan.
“Macam-macam betul budak-budak ni. Sekarang seorang dah naik angin, seorang pula lemah semacam macam tiada oksigen. Takut saja abang si Ikram tu marah Ainul tadi. Muka pun sudah merah padam.” Omel Encik Ahmadi sambil menutup pintu rumah mereka.
“Biasalah tu bang. Darah muda. Angin pun cepat naik. Lagipun sekurang-kurangnya kita tahu yang budah tu masih ada perasaan risaunya tentang Ainul tu hah! tak payahlah dirisaukan sangat. Nanti baiklah dia tu.”
Encik Ahmadi mengelengkan kepalanya. Doanya agar rumah tangga Ikram baik dan seperti dia dan isterinya. Biarlah sampai ke akhir hayat.



Ikram duduk di birai katil. Dia mengurut dadanya yang berombak kencang. Banyak betul perkara yang memenatkan. Sudahlah seharian sibuk di pejabat. Kemudian Ainul pula yang kononnya hilang. Yang paling mengejutkan dia ialah Zarra Najwa.
Ikram pasti Itu Zarra walaupun pernampilannya berbeza kini. Muka itu masih lagi jelas diingatannya sebab Zarralah yang membuatkan dia serba salah dari dulu sampai kini. Selama ini Zarra terlalu gilakan dia sampai sanggup buat apa saja.
Namun sejak Ikram memalukan Zarra dikhalayak ramai gadis itu hilang tanpa sebarang kesan. Takut juga bunuh diri ka apa… nauzubillah!
Ikram sedar keterlanjuran mulutnya memaki Zarra sedemikian membuatkan Zarra malu untuk tunjuk muka dengan orang ramai. Pada waktu itu dia pun tengah marahkan mengenangkan kata-kata Firus secara terang benderang di hadapannya dan Zarra.
Kononnya Firus sudah menyentuh Zarra dari dulu lagi. Ikram hanya tahu mengambil sisanya saja.
Memang Ikram sakit hati pada ketika itu. Dia hendak memulakan hubungan serius dengan Zarra terpaksa membatalkan niatnya. Malah Zarra juga mengaku dengan keterangan Firus cuma menidakkan keinginannya saja.
 Siapa yang tidak inginkan anak Dato’. Mustahil Zarra menolak keinginan Firus yang jauh lebih kaya dari dia.



Seorang ke kanan, seorang ke kiri. Kalau Ainul masuk ke ruang tamu. Ikram pula berdiri masuk ke dapur. Kalau Ainul hendak makan bersama, Ikram terus angkat pinggan makan di ruang tamu. Saja nak merajuk dengan bini!
“Biarlah Ikram tu Ainul. Marah tak sudah. Macam budak-budak. Ibu pula yang sakit hati tengok. Duduklah.” Ujar Puan Noraini.
“Tapi…” Mata Ainul menyorot pada Ikram yang masuk ke ruang tamu dengan pinggannya serta segelas besar air. Sudah hampir seminggu perkara ini berlaku. Alamatnya jadi orang bisulah mereka di rumah tu.
“Beginilah…Orang kata kalau nak buat suami kita tambah sayangkan kita...kenalah 'ikat' perut dia?” cadang Puan Noraini.
“Maksud ibu?” soal Ainul. Dia tidak dapat menangkap maksud kata-kata mertuanya.
“Ikram tu hah! marahnya bukannya lama sangat tu. Sabar sajalah. Tapi dalam sabar kita kena juga buat sesuatu."
“Maksud ibu kena 'ikat' perut Abang Am dengan cara? Guna tali ke rantai?” sekali lagi dia menyoal mertuanya. Langsung tidak dapat tangkap maksud kata-kata itu.
Puan Noraini menepuk dahinya. Lurus bendul juga budak Ainul ni.
“Maksud ibu Ainul belajar masak masakan kegemaran Am.” Terangnya.
“Masak makanan kegemaran abang Am?” Ajuk Ainul sekali lagi.
Ainul memandang ibu mertuanya yang mengangguk. Masalah Ikram cerewet dalam pemakanan. Itu terlebih masinlah. Terlalu manislah. Sedangkan Mak Bibah dan ibunya masak pun dia boleh komen terang-terang. Padahal dua wanita tu yang pakar sangat pasal makanannya.
“Tapi Ainul nak masak apa?”
“Nanti Ibu ajar. Tapi sekarang ni. Buat-buat tak tahu saja perangai Ikram sekarang ni. Kamu tak payah buat apa-apa. Sampai masanya surutlah marahnya tu.” Puan Noraini faham sangat dengan perangai Ikram. Sekarang budak tu bukannya marah lagi tapi tengah buang tabiat. Tahulah sangat yang Ikram mahu minta pujuk.



Ikram menoleh belakang. Ainul langsung tidak datang pujuk.
“Apalah! bukannya nak datang pujuk aku. Sibuk pula bercerita dengan ibu.” Lehernya dipanjangkan untuk melihat Ainul dan ibunya yang sedang membaca. Makin lama makin rancak pula bercerita.
Kacau daun pula ibu ni. Tadi seingatnya air muka Ainul macam nak datang pujuk atau minta maaf tapi tidak pula muncul-muncul.
“Hah! buat apa tu Am.” Sergah Encik Ahmadi.
Ikram segera memaling sambil memandang ayahnya yang duduk di kerusi bertentangan.
“Bila masa pula ayah duduk situ? Aduh! Kantoi pula.” Getusnya dalam hati.
“Tiada ayah. Am terhidu something di sofa ni. Macam ada bau yang pelik. Tu yang nak tengok ni. Nak minta tolong Mak Bibah spray Febreze.” Katanya sambil cuba menghidu belakang sofa tersebut.
“A’ah! Dari tadi lagi abah terhidu sebenarnya.”
“Eh! Ya ka?” Ikram memandang ayahnya. Betul-betul berbau ke sofa ni. Tiada pun apa-apa bau. Aku acah je tadi tu. nanti tidak pasal-pasal hidung aku gatal. Sambungnya dalam hati.
“Adalah ayah terhidu bau orang nak minta dipujuk.” Ikram terkedu memdengar perlian ayahnya. Aiyoyo… ayah perasanlah pulak.
“Pelik betul hidung ayah ni. Nak makanlah. Lapar.” Ikram mengambil pinggan yang di letak atas sofa tadi. Lalu berpura-pura makan persis orang kebulur seratus tahun tak makan.
“Ikram… Ikram… bilalah kamu ni nak matang-matang. Cubalah berfikiran ikut umur kamu tu.” Encik Ahmadi mengeluh. Inilah masalah anak tunggalnya yang terlalu dimanjakan. Sudah besar pun perangai macam budak-budak.
Dia meninggalkan Ikram keseorangan di ruang tamu. Biarlah Ikram fikir sendiri sampai bila dia nak berperangai seperti budak kecil. Benar kata orang, pengalaman mematangkan usia. Pengalaman Ainul tinggal di perantauan membuatkan Ainul lebih matang dalam sesuatu situasi berbanding Ikram yang lebih tua dari dia.



“Arghh…!” Ikram mengeliat geli apabila telefonnya yang setkan getaran bergetar apabila ada panggilan masuk.
“Hoi! Terkejut aku… apahal?” jerkah Ikram melihat nama Iqbal di skrin telefon.
“Hei budak! Pekak aku tau. Penting ni!! Kau kenapa tak datang kerja lagi?” soal Iqbal.
“Malas. Biasalah. Macam kau tak kenal aku.”
“Ainul macam mana? Dah jumpa? Aku dengar dia hilang.” Ikram memandang telefon bimbitnya. Lambat betul berita terkini sampai ke telinga Iqbal ni.
Dah seminggu yang lalu Iqbal oi. Buat lawak ke apa mamat ni?
“A’ah. Minggu lepas.” Jawabnya ringkas.
“Minggu lepas. Yang kau releks nak mampus ni apasal? Eh! Bini kau hilang tu. kenapa tak buat laporan polis. Kalau budak tu kena apa-apa kau nak jawab apa?” marah Iqbal.
“Aku jawab la dia hilang. MIA. Missing in Action.” Ikram sudah tahan gelak.
“Astaghfirullah Am. Kau bawa mengucap sekarang. Kau sedar tak yang hilang tu siapa? Bini kau! Adik kau tahu tak? Tiada… tiada… Sekarang juga aku datang rumah kau. Kita buat laporan polis.”
Ketawa Ikram sudah tersembur. Tidak tahan betul dengan gabra Iqbal ni. Macamlah dia sendiri tidak tahu buat semua benda tu. Kalau ikutkan hati mahu saja dia terus buat laporan kehilangan ketika itu.
“Kau ni dah gila ke Hafiz Ikram? Ketawa tiba-tiba. Macam putus wayar otak saja aku rasa.”
“Relekslah Iqbal. Aku maksudnya Ainul hilang minggu lepas bukannya sejak minggu lepas pun. Maksudnya dia ada sekarang ni.” Terang Ikram setelah ketawanya reda.
“Betul ni?”
“Iyalah betullah. Kalau kau tak percaya kau datang sendiri sini. Tengok dengan biji mata kau sendiri. Malam tu juga aku datang ambil dia.”
“Siapa yang tolong dia. Apa-apa pun alhamdulillah selamat budak tu. Terkejut aku tadi bila Rina kata Ainul hilang minggu lepas. Apa punya kawanlah kau ni. Bukannya nak bagitahu aku.”
“Apasal kau tak tanya Rina saja. Kau pun satu.”
“Itulah pasal. Rina ingatkan aku dah tau pasal tu sebab tu dia diam je. Lagipun kau tahulah Rina tu kalau bagi simpan rahsia gerenti tidak terbongkar-bongkar punya.” rungut Iqbal.
“Tapi perkara tu dah okay dah. Mengamuk betul aku. Kau tahu tak dia keluar sendirian. Lepas tu tak balik-balik. Sudahlah time tu aku penat gila. Risau betul aku. Cakap pasal jumpa dia. Kau tahu tak siapa yang tolong dia?” soal Ikram.
“Manalah aku tahu. Ya Allah bebalnya kawan aku ni…. Kau tak cakap mana aku tahu.”
“Zarra…” bisik Ikram perlahan.
“Apa!! Zarra Najwa budak psycho tu?” jerit Iqbal terkejut.
“Aku pun tak pasti jugak. Sebab time tu tak terang sangat. Tapi aku rasa dia. Cuma penampilan dia saja pelik. Dah bertudung.”
“Jadi dia macam mana? Dia nampak kau tak? ”
“Nampak kot. Aku tengok dia pun macam terkejut juga. Aku takut saja dia ada bodek-bodek si Ainul tu. Budak tu lurus. Jumpa pula dengan perempuan tu.” gusar Ikram semalaman hanya memikirkan perkara itu sahaja.
“Harap tiada apa-apalah. Lama betul budak Zarra tu aku tak nampak Am. Kau punya peminat psyko. Seram aku ingatkan dia tu. Ainul tiada cerita apa-apa?” soal Iqbal lagi.
“Tiada. Aku sekarang tengah mogok dengan dia sebab keluar tak tunggu aku. Aku marah sebab dia buat kami risau.”
“Mogok marah ke atau mogok minta perhatian… apalah kau ni Am. Cakap sajalah kalau nak bermanja dengan si Ainul tu…hehe…
“Mana ada! Sembarang je. Sudahlah. Aku nak makan ni. Assalamulaikum!!” Ikram mematikan panggilan Iqbal. Makin dilayan makin menjadi-jadi si Iqbal ni.



Segala keperluan yang perlu di masak diperhatiankan. Ainul, Mak Bibah dan Paun Noraini sudah siap memakai Apron. Ketiga-tiga wanita itu sudah bersedia untuk memulakan misi mengajar Ainul masak masakan kegemaran Ikram.
Awal pagi lagi Puan Noraini sudah membebel suruh Ikram turun kerja. Tidak mahu Ikram tahu yang dia hendak mengajar Ainul masak. Nasib baik juga suaminya turut memainkan peranan konon-kononnya suaminya hendak buat mesyuarat hari ni.
“Ibu kita nak buat apa ni?” soal Ainul.
“Kita? Correction my dear… Ibu dan Mak Bibah hanya bantu dan ajar. Yang buatnya kamu seorang saja...”
“Tapi Ainul masak yang senang-senang saja bolehlah. Yang berempah-rempah ni tak pandai.” Dolak Ainul.
“Tidak mengapa. Tak tahu boleh ajar. Hari ni kami sudah rancang nak ajar Ainul masak makanan kegemaran Ikram saja. Biar budak tu terliur-liur makan. Kita tengok ego dia jatuh ka atau tidak nak tolak semua makanan kegemarannya.” Sambung Mak Bibah pula.
“Betul tu kak Bibah. Sakit hati saya dengan budak tu. Merajuk tak habis-habis.”  Sokong Puan Noraini.
“Err… Apa menu kita ibu?” Ainul cuba tukar topik. Gerun pula dengan kedua wanita ni. Dua-dua sudah kegeraman dengan perangai abangnya.
“Kita akan buat masakan kampung saja. Ikram tu nampak saja macam budak bandar tapi suka makan makanan kampung. Hari ni kita buat semua masakan kampung kesukaan Am.”
“Hari ni kita masak asam pedas, kari ayam, sambal ikan tongkol, ulam, pucuk manis masak lemak, ikan patin panggang, rendang dan yang paling penting masak nasi kuning.” Mak Bibah menerangkan satu persatu masakan kampung yang menjadi kegilaan Ikram. Lagipun bukannya selalu mereka masak begini banyak kecuali ada kenduri atau hari raya sahaja.
“Banyaknya mak. Nanti kalau tak habis membazir pula.”
“Tiada istilah tidak habisnya Ainul. Kalau Am dah kenyang mana pun nampak semua makan ni mesti hadap sampai habis punya. Ini nasib baik baru nak mula musim durian. Kalau tidak terpaksalah tadah hidung hari-hari dengan bau tempoyak.” Mak Bibah cuba menyakinkan Ainul.
“Sudah…sudah… jom kita mula buat sekarang…. Kita mula buat kari dan asam pedas. Nasi kuning tu dan sambal ikan tongkol tu biar lambat-lambat sikit. Jadi waktu kita nak makan nasi tu masih panas lagi.”
“Nasi kuning? Nasi tu warna kuning ke ibu?” tanya Ainul.
“A’ah. Macam Ainul macam nasi lemak tu. Cuma bezanya nasi kuning ni ada kunyit yang buat dia warna kuning. Wanginya pula dari daun pandan. Tapi tetap berlemak sebab kita letak santan sekali.”
Ainul mengangguk.
First time Ainul dengar nasi kuning ni bu. Selalunya nasi lemak je.” Terang Ainul.
“Nasi kuning ni ada dengan sini saja. Orang suka makan dengan sambal ikan tongkol, timun dan telur rebus. Tapi kalau tiada  makan dengan lauk apa pun boleh juga.”
“Jom kita mulakan. Ainul tolong ibu potong ayam tu. kita nak masak kari ayam dulu.” Arah Mak bibah.
Bertungkus lumus Ainul menyediakan semua makanan kegemaran Ikram dengan pertolongan Puan Noraini dan Mak Bibah. Sekali sakala dia ditegur kerana salah bahan atau terlupa buat itu ini.
Paling Ainul tidak tahan ialah membersihkan ikan patin dan terpaksa menahan panas untuk panggang ikan tersebut mengunakan arang batu. Demi menanti masaknya sempurna api tidak boleh kuat sangat. Kalau boleh biarlah hanya bara sahaja. Terpaksa juga menanti agar dia masak dengan sempurna. Takut tidak masak isi ikan itu.



Lauk yang tersedia tersusun di atas meja dipandang. Satu senyuman meleret di bibir Ainul. Puas hati kerana dia berjaya menyediakan semua lauk tersebut. Tinggal tunggu tuan punya badan rasa sahaja lagi.
“Ibu… Ainul naik mandi dan solat dulu yaa…”
“A’ah. Naiklah dulu. Ibu pun nak solat dulu ni. Lepas sembayang tu kamu terus turun yaa… Ikram telefon tadi kata dah on the way balik sudah. Ayah kamu pun sudah balik tadi. Tinggal tunggu Ikram saja.” Ujar Puan Noraini sambil masuk ke ruang tamu.



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

12 comments:

  1. x sabar nak tunggu riaksi Ikram dengan masakkan Ainul...

    ReplyDelete
  2. cpt2 smbung...nk apa y terjadi..hehhe
    pnjg2 skit yer..heheh

    ReplyDelete
  3. cpt la ikram balik...hehehe...rasa masakan ainul tuh...bess citer nie..huhuhu

    ReplyDelete
  4. faz.........tak puas baca :/ tapi BEST!!! dlm marah2 pun minta di pujuk ikram ni. hehe

    ReplyDelete
  5. <----x reti masak ikan . sobsob...

    ReplyDelete
  6. @NurAtiZa wahh...saya pun belum tulis reaksi am macam mana...tak pasti nak terima ke tak..hihi..

    ReplyDelete
  7. @m anak manja memang macam tu..buang tabiat..haha..

    ReplyDelete
  8. @RinsyaRyc faz tak reti masak...magie, air nasi putih pandai ar..haha..

    ReplyDelete
  9. @0nion_ring insyaallah saya panjangkan sikit entri seterusnya yaa...=)

    ReplyDelete
  10. cepatlah Ikram balik... nak tengok macam mana reaksi dia... dengar nama lauk-lauk tu buat saya terliur... hahahaha... ^^

    ReplyDelete
  11. wah....fifah...saya yang buat pun menahan liur . . . hihi....

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)