Monday, March 5, 2012

Secantik Ainul Mardhiah part 19



Matanya tetutup bagi menghayati keenakan makan sajian kampung malam ini. Sedap tidak terkata. Mungkin juga sebab lapar semuanya jadi sedap. Melangkah sahaja ke dalam pintu utama hidung Ikram sudah dihidangkan dengan aroma bau ikan patin panggang kegemarannya. Apa lagi!! Tanpa menanti orang lain yang mungkin sedang mandi atau solat dia terus layan diri sendiri.
Ala-ala buffet gitu semuanya main ambil sendiri. Ringan pula tulangnya pergi ambil pinggan dan gelas sendiri di dapur. Selalunya tunggu semua terhidang baru menonjol ke dapur.
Gulp! Ini yang tidak layan spesis makanan lain ni. Semua lauk kegemaran sudah terhidang di depan mata. Orang lain pun langsung tidak di ajak makan. Nasib Ikramlah tidak makan tengah hari tadi. Biarpun balik lewat sikit tapi berbaloi dapat melantak makanan kegemarannya.
Apabila membuka periuk nasi sekali lagi dia tergamam. Nasi kuning. “Hari ni hari apa erk?” dia berkira-kira dalam hati.
Birthday aku kot? Eh! hari ni berapa hari bulan.” Ikram memang ada masalah dengan nombor. Tengok nombor pun boleh macam makan ubat tidur.
Kalau menghadap dokumen pejabat yang berlambak pada waktu luar pejabat sudah tentu setengah jam misi Ikram buat ‘Peta Minda’. Kalau orang punya tidur siap peta dunia. Ikram kan versi Hot Stuff jadi peta liur dia kena cantik sikit macam peta minda.


“Amboi anak ibu. Makan tidak ingat dunia nampak.” Sindir Puan Noraini melihat Ikram yang khusyuk makan. Sudah makan macam buat iklan ADABI. Makan sambil tutup mata lagi tu. Kalau tercekik tulang ikan baru padan mukannya.
“Uhuk…uhuk… apa ni bu. Kacau feel betul.” Rajuk Ikram. Gelas dicapai lalu diteguk kasar.
“Makan tak panggil orang. Layan diri sendiri nampak. Tahu ke kami semua tunggu kamu balik baru nak makan? Alih-alih. Dia dah melantak sorang-sorang.” Geram Puan Noraini.
“Siapa bukakan pintu utama tadi? Ainul ke? Mak Bibah dah balik.” Tanya Encik Ahmadi pula.
“Am buka sendiri yah. Ingatkan nak balik lambat malam ni jadi Am ada bawa kunci ekstra tapi lapar dan penat sangat kerja hari ni so Am balik awal.” Rungut Ikram.
Makanan di atas pinggan yang mengunung dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam mulut. Kalau orang mengantuk disorongkan bantal. Ikram pula bagaikan orang kebulur disorongkan pinggan. Khusyuk benar makannnya.
Puan Noraini mengelengkan kepalanya. Ini belum tahu lagi siapa yang masak. Kalau Ikram tahu kes naya jawapannya. Tengok sajalah nanti. Faham sangat dengan perangai Ikram. Dia menuju ke dapur untuk menyediakan pinggan manakala Encik Ahmadi sudah duduk di meja makan.
“Tukang masaknya pula kenapa tak turun-turun lagi?” soal Encik Ahmadi. Dia memang sudah tahu akan rancangan isterinya hendak ‘mengenyangkan’ Ikram.
“Dah balik kot ayah. Dari tadi Am tiada pun nampak Mak Bibah.”
“Mak Bibah memang balik awal hari ni pun. Ayah tau. Ayah tanya tukang masak hari ni mana? Tak nampak batang hidung pun.” Encik Ahmadi berkias lagi.
Dahi Ikram berkerut. Kenapa bapak aku ni?
“Oh! Ibu ke yang masak? Ibu kan pergi dapur tadi.” Jawapnya.
“Bukan ibu yang masak tapi bini kamu.” Sahut Puan Noraini dari dari dapur. kakinya di langkah ke ruang makan.
“Ainul? Astaghfirullah ibu. Please jangan buat lawak tengah malam ni. Ainul masak semua ni. Umpama menanti bulan jatuh ke paha…. Perkara yang langsung tidak akan terjadi. Keberangkalian untuk Ainul TIDAK PANDAI tu ialah 99% bu. Hahaha… ” kutuk Ikram. Perkataan ‘Tidak pandai’ sengaja di tekannya.
“Hish! Mulut kamu ni Am. Tiada insurans langsung. Betul Ainul yang masak semua ni.”
“Ibu tolonglah… Tak tahan Ikram  nak tergelak ni… Sekadar kupas bawang atau potong sayur tu je. Tidak diketegorikan sebagai masak okay. Memasak lain…haha…” Semakin sakan Ikram gelak.
“Ainul masak? Ya Allah… tolonglah bu. Statement tidak boleh pakai.” Sambungnya lagi sambil menyuap nasi.
“Am… ibu cakap…”
“Assalamualaikum… ibu Ainul nak bagitahu yang Ainul kenyang. Err… Ainul masuk bilik dulu. By the way, Ainul rasa bukan bulan jatuh ke paha tapi bulan jatuh ke riba.” Ainul memintas percakapan mertuanya lalu masuk ke dalam bilik.
Sempat lagi dia menyindir peribahasa Ikram yang salah. Geram. Sakit hati dengan Ikram yang memperlekehkan keupayaannya. Walaupun tidak sesedap mak mertuanya tapi sekurang-kurangnya dia cuba untuk buat yang terbaik.
Ikram kaku. Terdiam tiba-tiba. Aku ada salah cakap ke? Ikram memandang ibu dan ayahnya bergilir-gilir. Pergghhh…. Satu pandangan maut dihadiahkan untuk dia.  Kalah puntianak harum sundal malam.
“Jangan makan.!” Puan Noraini menarik pinggan Ikram.
“Tak sedapkan? Tak payah nak makan. Kamu pergi pujuk budak tu sekarang. Kalau tak jangan harap dapat makan semua ni. Tidak tahu bersyukur orang penat-penat masakkan.” Sambung Puan Noraini lagi.
“Am… Am… Ayah pun sudah hilang selera nak makan. Penat saja kami tunggu kamu sampai habis isyak. Balik-balik buat hal pula.” Encik Ahmadi berdiri dari tempat duduknya lalu berlalu keluar dari ruang makan bersama isterinya. Ikram ditinggalkan bersendirian.
Jari yang kotor dengan sedikit nasi dijilat. Lauk yang terhidang di hadapan dipandang sekilas. Lapar…
“Am…!!! Jangan mimpi nak makan.!! Kemas meja..” Jerit Puan Noraini dari dalam.
Ikram mengurut dadanya mengunakan tangan kiri.
“Terkejut beruk aku. Apalah ibu ni. Macam tahu-tahu saja niat di hati nak sambung balik makan.” Gumamnya sendiri.
Makanan dikemas semula. Kalau peribahasa melayu mengata kerana mulut badan binasa. Ikram pula kerana mulut perut binasa. Padan muka terpaksa menahan lapar.



Pintu bilik Ainul diketuk perlahan. Siapa yang marah dengan siapa ni? Aduhai! Sudahlah perut menyanyi lagu dondang sayang guna dengan tarian shuffle. Kepala pula tengah serabut mengalahkan sarang tabuan.
Tombol pintu dipulas perlahan. Ikram mengintai sedikit dari pintu yang terkuak. Hanya kepalanya sahaja yang tersembul keluar. Terlihat sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas katil membelakanginya. ‘Menangis ke? Aduh…’
“Assalamualaikum…” Ikram memberi salam sebelum masuk bilik Ainul buat pertama kalinya. Selalunya main redah saja kalau Ainul tidak kunci pintu. Paling sopan pun dia ketuk pintu saja.
Tiada sahutan.
Ikram menjengkit-jingkit masuk ke dalam bilik. Takut mengejutkan Ainul. Lagaknya pun sudah macam James Bond. Senyap saja.
Ainul yang sudah tertidur dipandang sekilas. Ternyata air muka Ainul kepenatan. Kalau betul Ainul yang masak kesian adik aku. Muka Ainul disapu perlahan. Perlahan-lahan tangan Ikram merayap dari mata Ainul kemudiannya jatuh ke hidung  gadis itu.
“Comelnya hidung…” komennya.
Lena sungguh Ainul sehingga langsung tidak berkutik pun walaupun dikacau. Tangannya kemudian turun ke bibir Ainul. Ikram menelan air liur. Lama bibir itu ditenung. Dia perlahan-lahan mendekati bibir Ainul. semakin lama semakin dekat…
Bunyi isyarat getar telefon Ainul menyedarkan Ikram dari perbuatannya. Automatik badan Ikram tegak macam tiang bendera.
“Astaghfirullah… Apa nak jadi dengan aku ni? Nyaris-nyaris terbabas di bibir budak ni.” Gumamnya.
Telefon yang masih melekat di tangann Ainul di ambil. Tertera nama Adam Mikael. Ikram mencebik. Apa lagi apek ni mahu. Tidak habis-habis kacau bini orang! Tak suka! Tak suka!!
Ikram membuka mesej dari Adam.
Sometimes crying make us feel comfort but your tears are so precious for that. Eventhough I don’t know what is going on but please Ainul.... You make me feel the same thing too. I hope that you’ll be fine and one more thing. Remember Allah always right beside us. Jangan lupa berdoa! It’s make you feel comfortable again.
Ikram mengalihkan pandangan ke wajah Ainul. Benarlah gadis itu menangis. Tapi kenapa dia tidak suka pula bila membaca mesej dari Adam. Walaupun Ainul tidak memberitahu hal tersebut dengan Adam tapi Adam juga yang dicari.
Siap guna BM lagi apek seorang ni. Nampaknya ada yang dah expert dalam bahasa melayu nampak!
 Muka Ikram terus monyok. Apa yang dia tidak puas hati pun dia tidak tahu. Ainul dan Adam rapat dari kecil malah lebih rapat berbanding dia dan Ainul.
Ikram menyapu rambut Ainul. Bibirnya hinggap di dahi Ainul.
“Maafkan abang sebab buat Ainul nangis.” Ikram tersenyum. Dia memegang bibirnya. Ikram sedar dengan tindakannya kali ini. Telefon Ainul diletakkan di atas meja sisi.
 “Selamat malam bidadari.”  Bibir Ikram mendarat di ubun-ubun Ainul. Selimut Ainul dibetulkan sebelum dia keluar dari bilik Ainul. Nasib baik esok hari sabtu. Ada peluang pujuk orang yang merajuk ni.



“Selamat pagi Ainul.” Ikram mengambil tempat di sebelah Ainul yang sedang menikmati minuman kegemaran wanita tersebut. Gemar sungguh wanita itu minum susu panas setiap pagi.
“Pagi bang.” Ainul memandang pakaian suaminya yang santai. Ikram hanya berseluar slack, baju t-shirt polos hitam.
Adakah dia tersilap hari atau sedang bermimpi. Tangannya mencapai telefon bimbit di atas meja, matanya melirik tarikh dari kalendar di telefon tersebut. Segera dia mengosok matanya. Terasa pedih pula apabila terlampau melirik ke arah telefon tersebut hendak tembus telefon tersebut di pandangnya.
“Kenapa dengan Ainul? Sakit ke?” soal Ikram. Pelik pula melihat kelakuan Ainul yang sekejap melirik ke telefon sekejap ke arahnya.
“Ainul yang sakit atau abang Am.” Belakang tapak tangan wanita tersebut dilekatkan di dahi Ikram. Perlahan Ikram melarik tangan tersebut. Terasa goyah pula imannya sebagai seorang lelaki apabila tubuhnya dan Ainul terlalu dekat. Cukuplah semalam terbabas bibirnya di wajah Ainul dua kali.
Waktu dia sakit tempoh hari tidak pula sampai begini berdebar-debar ketika berdekatan dengan Ainul. Mungkin terkena panahan ciuman semalam.
Pelik bin ajaib! Sudah bepuluh wanita yang dikelilingnya dalam pelbagai pakej ada yang cantik, ayu, seksi sampai menjolok mata pun ada. Tapi tidak pula dia pernah rasa getaran jiwanya seperti dia rasa ketika bersama dengan gadis kacukan cina di  hadapannya ini. Memang kick betul panahan merenung wajah Ainul semalam.
Hari tu cium waktu di dapur pun tidaklah sampai angau macam ni.
“Aaa…bang..abang tak sakitlah.. sihat wallafiat ni.” Ikram menyeka peluh yang merembes keluar.
“Betul ni? Muka dah merah samacam saja Ainul nampak.”
“Betul abang A tak demam.”
“Owh ya. Lupa!”.
“Abang Am tak kerja ke hari ni?”soalnya.
“Tak. Malas nak keluar. Terasa nak rehat pula hari ni. Penat.” Ikram mencuri pandang Ainul yang sedang meneguk susu panas tersebut.
“Maksud Ainul kerja keluar dengan awek-awek abang?” soal Ainul lagi. Mimpi apa semalam abang dia ni.
Ikram terdiam. Ini sindiran ke atau soalan.
“Tak… ” jawapnya perlahan.
“Dengan abang Iqbal?” soal Ainul lagi. Dia betul-betul tidak puas hati. Selalunya kaki Ikram rajin merayap ke bandar atau lepak.
“Abang Am nak minum tak? Ainul pergi buatkan air untuk abang.”  Rasa bersalah pula dia kerana banyak soal bila Ikram menjawab antara mahu atau tidak.
“Tak apa. Abang tak haus.” Padahal hati ingin sahaja dia kata.
Tak payah! jangan bergerak! Abang nak tengok rupa Ainul puas-puas. Astaghfirullah! Apa aku fikir ini? Sempat lagi Ikram berkata pada hatinya.
 Ikram terpandang telefon Ainul. Ingatannya teringat mesej dari Adam semalam. Itulah yang buat dia tidak lena semalaman. Cemburu atau risau. Dua perkara yang dia tidak tahu macam mana hendak dijelaskan.
“Sekejap saja. Ainul buatkan abang Am air dulu ya?” wanita itu hanya meneruskan langkahnya. Sebenarnya dia perasan yang Ikram merenungnya. Mungkin juga Ikram hendak minum air kerana memandangnya menghirup minuman tersebut.
Ikram mengangguk lantas matanya hanya memandang jauh ke taman bunga ibunya. Sekiranya dijadikan Taman Negara boleh bertambah kaya hidup mereka sekeluarga hanya dengan menjual tiket untuk melihat pelbagai jenis tumbuhan di halaman tersebut.
“Ibu…ibu...” sempat mulutnya membebel. Kepalanya digeleng beberapa kali mengingatkan ibunya yang sanggup menghabiskan duit sehingga beratus-ratus demi membeli benih, baja dan pelbagai jenis bunga untuk koleksi semata-mata.
Belum termasuk kos membeli pasu bunga sebesar gedabak demi menempatkan bunga itu. Kini dia bersyukur kerana kewujudan Ainul dapat membantu sekali sekala wanita separuh abad tersebut dalam memotong dahan-dahan yang rosak.
“Jauh abang Am mengelamun?” Kedatangan Ainul mengejutkan Ikram dari lamunannya. Gelas berisi Nescafe tersebut diletakkan ke atas meja.
“Mana ada abang fikir something saja tadi. Ainul… err… abang Am nak minta maaf pasal semalam… Abang Am tak tahu yang…”
“Takpa. Nak buat macam mana. Mungkin memang realiti kot. Semua orang fikir  anak orang senang ni tidak pandai masak.” 
Err… Ainul janganlah cakap macam tu lagi. Please… abang Am betul-betul rasa bersalah..” rayu Ikram. Tidak sanggup lagi dia dengar keluhan Ainul tersebut.
Ainul Mardhiah senyum lalu memandang Ikram.
“Insyaallah Ainul tak marah. Kita tidak boleh marah lebih dari tiga hari. Lagipun nenek pernah cakap when you angry at someone, remember Allah mercy on you when you  disobey  him.” Ujar Ainul sambil senyum. Ah! Sekali lagi Ikram terpukul dengan kata-kata Ainul. Dia marah dan merajuk dengan Ainul sudah hampir dua minggu.
“Ainul pukullah abang Am. Tengkinglah… marahlah… abang Am tak kisah tapi jangan buat macam ni. Please… sekurang-kurangnya luahkan marah, geram, tidak puas hati Ainul dekat abang. Abang Am tak kisah...”
“Ainul tak marah. Sedih dan sakit hati tu adalah juga sikit-sikit sebab Ainul cuba buat dari tengah hari lagi. Apa-apa pun kita kosong-kosong okay? Ainul pun nak minta maaf sebab buat Abang Am dan yang lain risaukan Ainul.”
“Yang part tu abang Am mohon sangat jangan ulang lagi. Boleh?”
“Maaf…”
“Takpa. Asal Ainul janji kalau ke mana-mana tolong bagitahu abang Am dulu. Rasa macam nak jatuh jantung abang bila dengar Ainul hilang.”
Ainul mengangguk.  Mata mereka berdua menghala ke taman bunga di hadapan. Tenang dan nyaman. Patutlah Ainul suka duduk di sini.
“Mana Ainul letak pokok bunga rose tu?” Ikram cuba memecah kesunyian. Ganjil pula dia rasa apabila senyap saja. Sudahlah matanya tidak berhenti menyorot ke tepi.
Asyik-asyik zoom bibir Ainul. Mahu saja dia ulang babak semalam.
“Dalam mangkuk.”
“Hah?” Terkejut Ikram dengan jawapan Ainul. Bunga tu di letakkan di dalam mangkuk? Biar betul. Cepat kepalanya memandang ke arah Ainul. Jahanam bunga tu nanti. Terbantut tumbesaran!
Ainul sudah tergelak kecil melihat reaksi spontan Ikram.
“Dalam pasulah Abang Am oi. Takkanlah Ainul tanam bunga tu dalam mangkuk kot.” Gelaknya.
Ikram mencebik. Apalah…
“Alololo…. Merajuk ye. Mari Ainul pujuk… buchuk sayang jangan merajuk..” pujuk Ainul sambil tersenyum lucu.
Ikram sudah telan air liur dengar suara manja Ainul memujuknya. Ah! Sudah… karang pengsan pula dia di sini.
“Mana ada. Orang tak merajuk pun.”
“Boleh dipercayai ke ni?” teka Ainul. Muka Ikram sudah merah semacam. Makin kelat betul.
“Mana ada. Tak macholah kalau merajuk.”  Poyo sungguh jawapan Ikram. Ainul mengetap bibir menahan ketawa. Macamlah Ikram tidak sedar diri yang dia tu anak manja. Sikit-sikit ibu.
“Adalah. Ainul letak pasu bunga tulip dekat beranda bilik. Sana lebih teduh sikit. Lagipun senang Ainul nak jaga.”
Ikram memandang sahaja muka Ainul. Mustahil sungguh dia jatuh cinta dengan Ainul hanya kerana merenung Ainul semalam. Atau Ainul ada letak minyak dagu dalam makanannya semalam?
 Astaghfirullah… minyak dagu pun Ainul tidak tahu apa. Mustahil Ainul buat perkara-perkara tersebut. Lagipun budak ni spesis ustazah.
“Abang Am betul tak demam? Ainul tengok muka Abang Am lain semacam saja hari ni.” Soal Ainul. Pelik sungguh perlakuan Ikram. Mengkhayal dan termenung saja kerjanya dari tadi. Mata tu sudahlah kuyu semacam.
“Tiadalah. Abang mengantuk saja sikit. Abang masuk bilik dulu. Nak sambung tidur. Err… mungkin sebab semalam tidak dapat tidur lena kot. Assalamualaikum…” Ikram berdiri lalu berjalan laju masuk ke dalam bilik tanpa mengendahkan Ainul yang memandangnya dengan seribu satu soalan. Dia hendak sambung tidur.
Semalaman Ikram tidak tidur lena mengenangkan tindakannya mencium dahi dan ubun-ubun Ainul. Satu malam dia fikirkan perihal itu sahaja.
Ikram memegang bibirnya.
“Ya Allah… angau ke aku? Eh! ini tidak boleh jadi…”
Terbaring di atas katil. Ikram terus pejam mata kuat-kuat. Patung kucing kesayanganya dipeluk erat. Dia perlu tidur untuk lupakan segalanya. Dia tidak boleh berfikiran sedemikian. Ikram tidak boleh ada perasaan dengan Ainul. Muktamad.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

3 comments:

  1. Ikram dah jatuh cinta ngan Ainul lah...hehehe

    ReplyDelete
  2. hihihi... Ikram dah fall in love nampaknya... ^___^

    ReplyDelete
  3. bestnyer....Ikram dah jatuh cinta dkat Ainul...cepat2 lar sambung...

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)