Tuesday, March 13, 2012

[CERPEN] : Wanita Melayu Terakhir

“Achik, angah… tolonglah Id…” Aku sudah ketandusan idea.Aku duduk di atas lantai bersebelahan dengan Achik.Kedua-duaabangku pula duduk di atas sofa dua. Memang merayu habis-habisan sudahni.
“Chik…” Angah meminta bantuan adiknya. Kesian juga dengan adik bongsunya seorang ni. Tapi apa boleh buat. Arahan mendatori tu wajib dipatuhi. Lagipun semua ni demi adik kesayangan mereka ni jugak.Salah mereka juga sebab didik adik mereka jadi ganas sejak ketiadaan ibu bapa mereka yang pulang ke rahmatullah.
“Id… Achik tak berani. Bukannya lama pun… sebulan dua je.. Lepas tu Id baliklah sini.” Pujuk Acik. Antara semua abang-abang Achik sajalah yang tidak tegas. Bukan tidak tapi memang lansung tidak! Cakapnya lembut je tapi bukan itu yang aku mahukan sekarang.
Apa yang aku harapkan ialah bantuan sokongan untuk membangkang arahan along. Susah betul mahu lawan cakap peguam seorang tu. Hish!
“Tak nak… Tak nak… Tak nak!!! Id tak nak jugak…” aku sudah meraung. Depan Angah dan Achik memang aku berani buat begitu. Depan Along jangan harap. Nanti ada kena tarik telinga. Sejak bilala alongnya ni berubah 360 darjah?Mentang-mentang sudah jadi bapak orang.
“Id tahu tak.. Along dah bagi arahan.Dia kata kalau Id tak nak berubah jugak.Acik dan Angah tak boleh kahwin jugak tau.Nanti tidak pasal-pasal kami jadi bujang terlajak.”Angah mula berkompromi dengan along nampak. Yiee!! Ketara sungguh muka gatal nak bernikah dengan kak Peah tu.
“Ada Id kesah. Alah Angah!!! Tolonglah…”
“Tak boleh Id. Faham-faham sajalah dengan perangai along tu.”
“Hish! Serabut otak.”Aku beralih tempat ke atas sofa lain.
“Id…” panggil Achik. Ini yang dia lemah ni. Tengok adik manjanya merajuk.
“Tak nak layan korang.” Aku memaling.Buang muka.Tak nak hadap muka diorang lagi.
“Alah Id. Relekslah… Along buat semua ni pun untuk Id jugak. Tak kan nak Id jadi andartu pulak.” Amboi mulut Angah.Kalau Along tegas, Achik romantis dan lemah lembut. Abang keduanya ni pulak sempoi tahap gaban. Mulut tu main lepas saja.
“Angah ni. Ada ke cakap Id macam tu. Id… achik tolong masakkan kek coklat untuk Id. Id janganlah merajuk dengan kami.” Aduhai… abangku seorang ni. Mulut manis macam makanan-makanannya jugak. Achik ni chef. Nasib baik dia ni abang aku. Kalau tidak!boleh tangkap cintan jugak dengan abangku yang romantis ni.
“Tak nak….”Aku tekankan lagi. Berapa kali mahu cakap baru mereka faham ni.
Telefonku tiba-tiba berdering. Hish! Kacau mood cuti betullah telefon ni.
“Assalamualaikum.” Ujarku sebaik saja Angah menghulurkan telefonku yang terabai di sofa sebelahnya.
“Waalaikumsalam Ayu.” Eh! Macamku kenal suara tu. Aku memandang pada skrin telefon. Wah! Bos aku telefon.Nasib baik tidak tersembur kata-kata kurang enak.
Apa pulak mak Datin ni mahu.
“Iya saya Datin. Err… ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soalku penuh sopan. Sopanlah sangat.Angah dan Achik sudah senyum meleret. Siap bagi signal lampu isyarat antara satu sama lain lagi tu. Ini yang aku curiga nak mampus ni. Kalau ikutkan hati mahu saja aku bagi hadiah pelempang dengan mereka berdua ni.
“Begini Ayu… boleh tak Ayu datang ke butik mama sekarang?Ada masalah sikit. Mama serba salah nak cakap dekat telefon ni.”
Yiee bos aku ni. Entah berapa ratus kali aku cakap panggil aku Id.
Tapi adillah berapa ratus kali jugak dia suruh aku panggil dia mama.Semua pekerja panggil dia lagu tu kecuali aku.Sudah namanya bos. Kenalah panggil macam tu. Tanda hormatlah katakan. Tapi pekerja gedik-gedik yang lain pulak lain. Harap mereka panggil mama sebab nak bodek. Konon-kononya kalau sebut balik-balik jadi doa. Dapat mertua Datin.Banyaklah mertua mereka.
“Ada hal kecemasan ke Datin?” Risau juga aku dengan ayat power bos aku ni.
“Tidaklah juga. Tapi mama harap kalau boleh Ayu datang butik hari ni.” Tu dia… ayat bos aku.Cakap tidak juga tapi ketara sangat dia nak aku datang sekarang.
Er… okay. Lima belas minit yaa..kejap lagi Id datang.”
“Baiklah… mama tunggu di butik ni. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Aku mematikan talian.Angahku pandang sekilas.
“Angah! Hantar Id pergi butik…” Sedapnya aku bagi arahan…hahaha!!!Biasalah beb.Abang dan adik 2x5.
“Malas nak keluar time cuti ni. Kereta Id dengan megahnya tersadai di luar tak nak bawak sendiri.”
Yiee… Angah ni! Kereta tersadai tapi kunci dengan along tau tak.”
“Ye la..ye la…” Angah berdiri malas.Kunci di atas menyangkut di capai.Achik tidak lagi mempedulikan Id dan Angah.Asalkan Id berhenti merajuk sudahlah.



Tegang, risau, dan gusar. Semua ada di muka Datin Humairah ni. Kejap macam nak cakap kejap macam tak terkeluar dari mulut dia. Memang rasa digaru-garu hati aku ni nak tanya apahal jugak ni.
10 minit, 15 minit okay sekarang sudah setengah jam. Tahap kesabaran aku pun sudah memuncak.
“Datin? Datin nak cakap apa?” tengok! Straight terus aku cakap.Terus ikut highway, tiada jalan kampung.Straight habis.Memang aku mengakulah ada sedikit bengang di situ. Aku ni bukannya penyabar.
“Sebenarnyakan Ayu. Tadi abang Ayu ada datang sini jumpa mama…”
Mulut aku sudah ternganga bentuk O. Ini mesti kerja Along ni. Nekad betul abang aku seorang tu. Kalau Angah dan Achik memang bukan sebab dua orang budak tu terperap pujuk aku di rumah dari tadi pagi. Along ni saja yang tinggal rumah lain lepas berkahwin.
Err… mama minta maaf sebab terpaksa berhentikan Ayu. Abang Ayu datang sini bagi amaran siap dengan surat saman lagi kalau mama tak berhentikan Ayu dia akan saman dan kena hadap dia di mahkamah.” Jelas Datin Humairah.
“Tapi Datin… ” sayu mukaku memandang bos di depanku. Aku sayang kerja ni. Seorang pereka baju memang impian aku dari dulu. Aku tidak mahu kena pecat!
“Maafkan mama Ayu. Mama sayangkan Ayu tapi mama tidak boleh buat apa-apa.” Datin Humairah mendekati aku.Terasa pelukan wanita tersebut apabila badan kami bersatu.Air mata aku gugur.Bukan senang aku belajar. Bukan senang aku dapat kerja ni tapi senang-senang saja along buat macam ni.
Butik Kristal ni sudah separuh kehidupan aku. Bukan sebulan dua aku kerja sini tahu! Sudah dekat lima tahun sejak aku pegang ijazah dalam rekaan.




Aku keluar dari pejabat Datin dengan muka suram dan sedih. Siapa tak sedih kena lepaskan kerja dengan tidak rela hati.Angah menanti aku di sofa butik.Aku mengangkat muka.Aku sengaja tidak mahu Datin menghantarku keluar. Aku tidak sangup! Nanti tidak pasal-pasal keluar air mata.
“Auch!” bahuku terlanggar seorang.Aku sedikit terundur ke belakang.Namun aku biarkan sajalah.Tiada mood hendak mengamuk. Selalunya sudah lama aku hambur orang macam ni.
Sempat mataku memandang Angah yang melulu ke arahku. Aku tahu Angah takut aku sembur orang tu. Topiku terjatuh ke lantai.
“Cik tak apa-apa?” tanyanya.Aku mengangguk perlahan.Aku meneruskan perjalanan tanpa mempedulikannya.
“Angah…!!” raungku. Aku menyambarkan badanku di dada bidangnya.
Angah tidak menolak. Biarpun dia ni mulut boleh tahan celupar tapi semua abang-abangku memang suka manjakan aku dari kecil.
Rambutku dikusap lembut.
“Kenapa Id nangis ni? Cuba terang dekat angah dulu.” Tanyanya.
“Along… Along jahat.”
Pelukan dileraikan.Angah merenung mukaku yang sudah mulai sembab.
“Along ugut bos Id. Kalau Id tak letak jawatan dia akan saman Datin. Kesian Datin. Angah… macam mana ni? Id dah tanam anggur sekarang.” Aku merungut.
“Id dengar sajalah cakap along tu. Tak payah nak membantah ya sayang.Sudah jangan nangis. Malu orang ramai tengok kita sekarang ni.”
Aku mengesat air mataku.
“Cik… Cik punya topi terjatuh tadi.”Lelaki yang melanggar aku tadi memberi topiku semula.
Aku menyambut topi kesayanganku.Rambutku yang terurai digulung lalu di masukkan ke dalam topi.Putus pula getah rambut aku. Kalau ikutkan hati mahu saja aku gunting rambut ni tapi Along, Angah dan Achik sudah bagi amaran kalau aku gunting rambut mereka tidak teragak untuk bagi kepala aku botak licin macam Hagemaru.
 “Thanks.”
Your welcome.”Balasnya.
“Adik kau ke Iqram?” tanyanya kepada abangku.
“A’ah. Adik bongsu aku.” jawab Angah. Eh! Jejak kasih la pulak mereka ni. Kawan Angah ka mamat ni? Aku memandang Angah untuk meminta penjelasannya.
“Kawan Angah waktu dekat U dulu.”
“Apasal? Ada masalah ke?” tanyanya lagi.
“Tiada.” Aku memintas sebelum Angah cakap pasal aku.Tak nak.Buat malu je. Bila aku bagi signal Angah hanya mengangguk mengiyakan jawapanku.
“Angah tunggu Id kejap yaa… Id nak kemas barang dulu.”
Aku meninggalkan Angah bersama kawannya.Lagipun mesti dia faham juga yang aku tidak mahu dia ceritakan apa-apa dengan kawannya.



“Tiada Kompromi Id! Kemas barang malam ni jugak. Along sudah bagi masa dua minggu untuk Id selesaikan semuanya. Along nak Id kemas baju-baju Id sekarang atau Along bakar Sketch book Id nanti.”
Idayu mengeleng kepalanya.Sebab amaran keras tu dia sudah berada di rumah Mak Su.Sketch book tu macam nyawanya.Mak Su ni pun satu. Dua kali lima jugak tegasnya macam Along. Panggilan Id pun tidak boleh wujud di rumah ni kecuali Ayu.
Hari pertama aku sampai dia sudah bagitahu tidak mahu nampak aku pakai seluar track dan t-shirt di rumahnya. Hanya baju Kedah dan kain batik saja ataupun baju kurung dibenarkan.
“Hoi Ayu Oi…!! Apa kau buat dekat atas pokok jambu tu? Ya Allah anak dara seorang ni. Pakai kain batik pun masih lagi dapat memanjat. Pening kepala aku dengan kau ni Ayu…turun cepat.” Hah! dengar tu mak Su aku sudah melalak di bawah pokok jambu ni. Padahal bukannya tinggi sangat pun.
Aku yang tengah berjiwang karat di atas pokok pun tidak boleh. Kacau feel betullah mak Su ni. Tidak akan seksi punya pun sebab aku pakai seluar track di dalam. Mana boleh aku berjalan pakai kain batik saja weii! Kena ada seluar sebab penyelamat.
Satu supaya tidaklah aku payah nak berjalan.Kena berkepit segala waktu berjalan. Kedua ni yang paling aku tidak mahu terjadi. Takut terlucut kain batik ni. Tidak ka haru nanti.Itu barulah dikatakan seksi meksi. Bahaya! Bahaya!!
“Apalah mak Su ni. Bukan senang orang nak ambil feel dekat atas tu tau.” Rungutku.Buah jambu ditangan dikunyah.Sedap. Inilah yang dikatakan sebagai Fresh dari pokok!
“Apa perangai kamu ni Ayu… nama saja Ayu tapi tidak ayu langsung. Macam manalah abang-abang kamu didik kamu ni.”
“Mak Su nak apa?”
“Kamu hantar kuih ni dekat nenek Karmilah. Kamu jangan nak lepak di sana pulak.”Aduhai… ini yang aku lemah lutut.Rumah nenek Karmilah tu boleh tahan jauh.Penat kaki berjalan.
“Jauhlah Mak Su…” keluhku.
“Yang kamu jalan kaki ke rumah nenek Karmilah tu kenapa? Hari tu mak Su pernah bagitahu ada basikal di dalam stor tu. Kamu tu yang rajin sangat nak jalan kaki.”
Eh! Sudah sebulan lebih aku di sini. Seminggu dua tiga kali aku hantar makanan pergi rumah jiran-jiran tapi baru pulak aku tahu ada basikal… sakitnya hati!
“Lain kali bila orang cakap pasang telinga tu besar-besar. Ini tak sumbat sangatlah dengan earphone kamu tu. Mana nak dengar!!”bebel Mak Su.
Aku tersengih.
“Sudah… tersengih-sengih. Pergi hantar ni. Nanti kamu lambat pulak kamu balik.Malam ni kita sambung belajar masak lagi.”
“Ye la…  dengar belajar masak saja aku rasa macam nak demam. Tiap-tiap hari belajar masak.” Sempat lagi aku merungut.Teringat pertama kali kena hadap periuk kuali.Haru hara dapur mak Su.Aku mana pandai masak.Memandangkan Achik suka dan pandai sangat masak.Di rumah tu kerja dia masak sajalah. Buat apa hendak susahkan hati untuk belajar bila ada chef terbaik di rumah. betul tak?
“Sudahlah termenung cik Ayu oi… pergilah hantar kuih ni.” Kejut Mak Su. Fuh! Semangat nasib baik tidak terbang semangat aku.
“Mana ada orang termenung. Mak Su ni…”


“Suriram…ram…ram…Suriram…ram…ram…” alahai cik Ayu ni. Berdondang sayang pula di sini.Biasalah.Alongkan nak aku jadi wanita melayu terakhir.Kenalah tahu-tahu lagu rakyat sekali.
Sekali sekala bergurindam ni bila senang hati bawak basikal cabuk ni. Haha! tidaklah cabuk sangat. Sebab aku pasti masih baru lagi bila ada kad di dalam bakul basikal ni.
Untuk my lil sis,
Along belikan basikal ni untuk adik kesayangan along. Mainlah di kampung tu. Have fun okay!
With heart,
Along.
Pin..Pinn…! Hon kereta yang kuat itu mengejutkan aku. Aku cuba mengimbangi basikal tapi malang tidak berbau. Aku sudah terbaring di atas tanah.
Lengan aku berdarah. Nasib badanlah… dekat lagi rumah nenek Karmilah tu. Tinggal beberapa langkah saja lagi. Kalau aku jerit boleh aku nampak kepala nenek Karmilah tersembul dari tinggap rumahnya.
“Cik tak apa-apa?” tanya seorang pemuda. Eh!! Jap…jap… aku rasa aku ingat suara tu. aku memandang muka pemuda tersebut. Siapa ni… tak kenallah weiyh!
“Lah! Awak rupanya..” tegurnya.
Dahi aku berkerut.Aku yang fikir tadi tapi dia pulak yang ingat. Siapa mamat ni… macam pernahku lihat. Tapi di mana erk?
“Awak ni suka sangat kena langgar oleh saya ke?” tanyanya.
“Bila awak langgar saya?” ayulah pulak suara aku ni.Control berabis. Wahai hati bertahanlah. Jangan kau terkeluar dari badan aku… dup… dap…dup… dap… jantung aku sekarang ni. Tangkap cintanlah pulak.
“Sebulan yang lalu… dekat butik hari tu.”
“Owh…” mulut aku ternganga.
“Tak ingat!” sambung aku lagi. Lembab betul otak aku ni. Tak ingat langsung.
“Topi jatuh?Kawan angah awak.Waktu tu awak menangis dan angah awak pujuk.”
“La… yang tu ke? Ingat… ingat…” terangguk-angguk kepala aku. Aku tidak perasan sangat muka mamat ni waktu tu. Tengah frust kena berhenti kerja.
“Tangan awak ni lukalah.” Dia meneliti lengan aku yang luka tu tapi aku pulak meneliti mukanya yang handsometu. ahaks! Gatal sungguh cik Idayu Idris ni.
Lelaki itu yang perasan dia sedang diperhatikan terus memandang muka aku.Mata kami bertentangan. Dari mata turun ke hati beb… nak terjatuh jantung aku ni.
Err… takpa… sikit je ni. Saya pergi dulu.Assalamualaikum.”
“Awak pasti?”
“Pasti. Lagipun saya nak cepat ni. Nanti gelap.” Aku menarik basikal lalu berjalan terus ke rumah nenek Karmilah meninggalkan dia.



Aku terus ke tandas cuci luka setiba sampai ke rumah nenek Karmilah setelah aku menyerahkan kuih tadi. Nasib baik tidak rosak kuih-kuih tu.
 Rumah nenek Karmilah ni rumah kedua aku sejak tinggal di kampung ni. Nenek Karmilah pun tinggal seorang-seorang jadi aku selalulah datang bercerita dengan dia. Kadang-kadang tu aku bantu dia kemas rumah dan bersihkan laman sambil borak kosong.
“Nek… ada gamat tak?” tanyaku sambil memandang luka di lengan. Cantik betul luka aku ni. Darah tidak berhenti-henti.
“Kejap saya tanya dekat nenek.” Ujar seseorang.Automatik tegak kepala aku dengar suara tersebut.
“Eh! Awak buat apa dekat sini?”
“Hai… kita jumpa lagi… tengok luka awak tu makin teruklah. Kejap yaa… saya tanya nenek dulu. Tadi dia kata hendak ke bilik kejap ambil barang.”
“Ayu… Oh Ayu… kalau sudah habis cuci luka tu mari sini nenek tolong sapu ubat…” belum sempat pun pemuda ni pusing 180 darjah jeritan nenek Karmilah sudah memotong niatnya.
Aku tersenyum sambil meninggalkan dia di situ lagi.



“Angau sudah anak saudara aku seorang ni… terkenangkan cik abang ke?” sindir Mak Su.
“Mana adalah mak su. Ayu cuma rindu nak menjahitlah…”
“Bukan terfikirkan Farid ke?” tanya Mak Su lagi. Ah! Sudah ni mesti nenek Karmilah yang ceritakan pasal cucu dia tu. Tidak sangka pula mamat kawan Angah ni cucu nenek Karmilah. Alahai sweetnya dia balik jenguk nenek.
“Tengok tu… baru sebut nama Farid sudah tersenyum-senyum sendiri.” Mak Su sudah menembak.Segera senyumanku mati.
“Toksahlah kamu fikirkan si Farid tu ayu… memandangkan kamu sudah pandai masak. Mak Su nak ajar kamu menjahit pulak.”
“Menjahit mak Su… Aiyoyo Mak Su lupakan anak saudara mak Su niterror menjahit. Ayu kan fesyen designer. Wah… rindu Ayu nak menjahit mak Su.”Hilang kecerian aku tadi.Ingatkan bolehlah bermegah dengan mak Su yang aku sudah menang satu point jadi wanita melayu terakhir. Masak aku sudah failed awal-awal. Kalau menjahit atau menyulam ni makanan aku saja.
 Rindu dengan buku sketch dan mesin jahit aku…huhu…
“Mak Su tahulah… saja nak kenakan kamu. Baru pandai menjahit sudah bermegah tapi masak nasi pun tak pandai.”Menyempat lagi mak su sindir aku. Orang dah pandailah…
“Ni hah!nenek Karmilah nak minta tolong kamu. Dia kata kamu pernah bagitahu dia yang kamu tu designer.Si Farid tu hah.Katanya nak bertunang minggu depan. Dia nak minta tolong kamu jahitkan baju untuk si perempuan tu.” keterangan Mak Su menambahkan lagi suram di wajahku.
Farid bakal jadi tunangan orang rupanya…sedihnya…!
“Tak naklah orang… buang masa aje.” Hish! Macam bunyi budak kecil cemburu saja aku ni. Memang sedang sedih bercampur cemburu ni tau. Kena jahitkan baju… mimpilah wei! Tak nak aku.
“Ayu… kamu tolonglah nenek Karmilah tu. Dia berharap sangat.”
“Ye la…” akhirnya aku mengalah juga sebab aku sayangkan nenek Karmilah.
“Tapikan Mak Su… bakal tunang Farid budak mana?” tanyaku.
“Budak kampung ni juga.Katanya budak tu lemah lembut dan taat agama. Hah! azan tu… pergi ambil air wuduk. Sembayang.” Jawab Mak Su. Dia bangun apabila terdengar bunyi azan berkumandang.
“Iyalah…”
Memang benar kata orang.Lelaki suka wanita yang ayu, lemah lembut serta alim. Jauh panggang dari api betul dengan aku. Tiga-tiga tidak menepati syarat.Huhu… belum bertanding awal-awal lagi aku sudah kena kick!



Hari ini abang-abang aku akan datang. Kata mereka aku sudah cukup pass… aku betul-betul rindukan abang-abang kesayangan aku. Tapi sebelum tu aku ada perkara nak bagi cantik punya kejutan untuk mereka.Pasal Farid nak tunang tu nanti baru fikir.Nasib baik abang-abang aku datang waktu Farid nak bertunang besok.Dapat juga buatkan aku lupakan sebentar pasal Farid.
“Assalamualaikum Mak Su. Mana adik angah?”
“Walaikumsalam. Tak menyempat betul kamu ni. Ada tu hah di dapur.”Mak Su mengeleng saja melihat abang-abang aku sudah meninggalkannya setelah bersalaman dengan wanita tersebut.Kak Suraya yang mendukung anaknya pun mengelengkan kepala tengok suami nya turut teruja hendak melihat adiknya. Kak Suraya ni isteri along aku.
“Assalamualaikum Ayu.” Wah! Ada penambahbaikan abang-abang aku ni. Sudah panggil aku Ayu instead of Id!
“Waalaikumsalam…” jawabku.
Muka Angah sudah berubah berkerut-kerut.
“Eh! Mak Su… mana ada adik ni?” tanyanya. Aku sudah menahan gelak. Boleh dia tidak perasaan aku yang cantik ni. Tahulah aku berpurdah… haha!
“Hish angah ni. Itu bukan suara Ayu ke?”tanya Achik. Kredit untuk Achik.Apa punya abanglah Angah ni. Siap buat trademark gosok-gosok mata lagi.Mesti tidak percaya punya.
“Mak Su!! Apa dah jadi dengan Ayu? Ini bukan wanita melayu terakhir lagi tapi Ustazah pilihan tau.”
“Ada ke patut Angah cakap mcam tu.” tegur Mak Su. Mak Su sudah geleng kepala. Nasib baik Mak Su mahu bekerjasama dengan aku pasal kenakan abang-abang kesayangan aku ni.
“Ayu… Ayu… kalau nak tipu kami pun agak-agaklah jugak.Tu hah kaki tu mana stoking?Kalau sudah tutup atas bawah tak pakai stoking bukan berpurdah namanya.” Along ni memang kacaulah. Rupa-rupanya dia yang senyap dari tadi sedang meneliti aku. Tajam betul mata dia ni.
Aku membuka purdah di muka.Aku sebenarnya sudah bertudung.Bezanya aku tidak berpurdah.Hehe…
“Along ni kacau betullah… kalau sudah perasan tu diam-diamlah.”Aku merungut.
“Apa? berani Ayu tipu kitaorang..!!” jerit Angah. Alah!! Nampak sangat dia saja yang kena tipu.Achik pun aku pasti sudah tahu awal-awal.Dia saja yang lembab macam aku.lembab-lembab pun akauntan juga tau. Tapi tidak boleh di buat suami sebab dia ni tunang Kak Peah kesayangan dia tu. Sama-sama pun akauntan.
Kami sudah tergelak kuat. Lucu betullah Angah aku ni.



“Ayu… kamu pakai dulu baju yang kamu jahit untuk tunang si Farid tu. Mama dia dan nenek Karmilah nak datang tengok kejap lagi.”
“Tak naklah Mak Su. Buat apa nak tengok saiz lagi. Ayu dah tolong gosokkan sekali baju tu.” Dolakku.Hari tu aku sudah jumpa bakal isteri Farid.Cantik dan lemah lembut orangnya.Padanlah dengan si Farid.
“Pakai sajalah… Diorang nak tengok lagi tu.”
“Iyalah. Ayu pergi cuba pakai.” Sebelum bebelan Mak Su jadi ceramah.Baik aku menyerah kalah awal-awal.



“Cantiknya baju ni…” pujiku sendiri melihat baju yang tersarung di badanku. Tapi sayang… aku bukan pemilik baju ni. Aku cuma perekanya sahaja.
“Ayu? Sudah siap ke sayang… Nenek Karmilah nak tengok ni.” Panggil Mak Su dari luar.
“Ye.orang dah siap.” Aku menghembus nafas sebelum membuka pintu.
Lampu kerdipan dari lensa kamera mengejutkan aku. Aku cuba mengelak. Silau.
“Apa ni?”
“Ayu…” Eh! Itu suara bos akulah…
“Datin?” buat apa pulak bos aku ni di sini sebelah Mak Su dan nenek Karmilah. Bakal tunang Farid pun ada dengan abang-abang aku.
“Ayu… mama datang nak merisik dan ambil Ayu sebaagai Farid.”Ujar Datin.Farid tu anak dia rupanya.Kejap-kejap aku tak salah dengar ke yang dia nak ambil aku jadi tunang Farid?
Habis tu bakal tunang Farid ni nak buat apa?



“Auch!” jauh betul aku termenung sampai jari pun tercucuk jarum.Huhu…Kalau diingatkan peristiwa pertunanganku dulu memang lucu.Boleh pulak aku terpengsan sebab terkejut bila aku dilamar sedemikian. Belum pun sempat soalan-soalan yang berlegar-legar dikepalaku waktu tu.
Rupa-rupanya si Farid ni sudah tangkap cintan dengan aku waktu kami terlanggar di butik mama dia tu. Dia pun tanyalah itu ini dengan mama dia. Lagipun mama dia memang tahu sebab musabab aku kena balik kampung dan berhenti kerja.Kebetulan pula kemalangan di kampung tu buat kami terjumpa lagi.
Apa lagi nenek dan Mak Su sudah merancang pasal pertunangan kami. Bakal tunang tu sebenarnya adik si Farid saja. Buat malu aku je soal lebih-lebih dengan adiknya waktu ukur saiz badan untuk jahit baju tunang tu.
“Ayu ni… hati-hatilah bila menjahit tu. Tengok! Kan dah berdarah.” tegur Farid yang kini jadi suami aku.
“Tak sengajalah bang.”
“Sudah… jom keluar makan. Baby tak lapar ke?” tanyanya sambil mengusap perutku.
“Sayang baby dan mama baby ni….” Sambungnya lagi.

Aku tersenyum bahagia. Iya… aku memang cukup bahagia. Kehidupan aku sempurna sejak aku sah menjadi isteri Farid beberapa bulan yang lalu. Kami sekarang tengah menanti kelahiran bayi sulung kami.Semoga cinta kami kekal selamanya.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

15 comments:

  1. alahai ~ sweetnya abang2 Ayu ni . suka dengan cerpen ni :D

    ReplyDelete
  2. Sweet tp bab AYu dah jadi wanita melayu terakhir tu kurang,jdi takdak feel sgt.Anyway best!

    ReplyDelete
  3. best.. :) santai je cter nie.. gya penulisan sis pon best je.. len kali bt lg ye sis.. hehe.. ;)

    ReplyDelete
  4. HAHA..CERPEN YG BEST..

    ReplyDelete
  5. not bad,tp stuju dgan nurul erlysa anyway like ur writing style

    ReplyDelete
  6. jalan cerita best. serius best. enjoy the whole reading moment tadi.

    tapi..ada salah ejaan sikit2, ada salah guna perkataan sikit2,

    contohnya, masa angah nak ambil kunci tu, 'kunci di atas menyangkut di capai.' perkataan betulnya penyangkut.

    ejaan benggang tu sepatutnya bengang.

    kadang ada jugak salah sikit macam ayat kurang lengkap, "ayu,mama datang nak merisik dan ambil ayu sebagai farid." errr..apa maksudnya tu? confuse sebentar.

    minta maaf lah bagi komen untuk benda2 remeh temeh macam ni. huhu.

    ReplyDelete
  7. terima kasih semua sebab tinggalkan komen..>,< saya akan cuba memperbaiki salah saya...thanks...

    n anonymous saya tak marah...
    lagi la sayg suka bila ada orang komen salah saya... at least saya tau apa salah.. selalunya perkara remeh temeh ni la menjadi kesilapan.. thanks again...>,<!

    ReplyDelete
  8. suka id x jadi 'ayu-ayu' sgt.sbb nampak sgt cerita ni direka2.saja nak kenakan jln crta dgn tjuk.

    tq

    >>i<<

    ReplyDelete
  9. Thanks sudi tinggalkan komen....>,<!

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)