Thursday, March 8, 2012

Tembok Cinta bab 11



bab 11
"Fiera sudahlah menangis tu…” pujuk Taufiq tidak henti-henti. Tiba-tiba Fiera telefon dia tapi langsung tidak bersuara. Tangisan Fiera ni saja yang tidak henti-henti malah makin kuat.
“Huarghh…!!” makin galak pula Fiera menangis. Kes parah sudah ni. Jarang betul Fiera menangis macam ni.
“Fiera… macam mana aku nak tahu kau punya masalah ni? Cuba kau berhenti menangis dulu. Cakap dulu baru sambung menangis. Karang aku off handphone ni baru tau. Nasib baik aku off hari ni.”
“Fiq… huhu….Fiq bibir aku….huaghhh!!!”
Telefonnya di alihkan sedikit. Lama sikit lagi Taufiq yakin bocor telinganya dengan suara nyaring si Fiera ni.
“Kenapa dengan bibir kau?”
“Bibir aku bengkak. Entah kenapa aku pun tak tahu. Awal bangun saja tadi terus SEKSI semacam…. Tolong aku Fiq…huhuhu….”
“Seksi? Hahahaha…. Cantik ayat kau! Metafora sungguh.” Taufiq sudah bantai gelak berabis.
“Huaghh….jahat…”
“Okay… okay chill doh….” Pujuk Taufiq.
“Macam mana aku nak chill… aku terpaksa nak ambil EL hari ni semata-mata kerana bibir ni. Ya Allah. Bengkak bibir aku. Kalah JayLo.”
“Pigidah… kena sengat tebuan ke? Hahahaha….”
“I’m off!” Fiera menekan punat off. Kurang asam punya kawan. Bukan nak tolong aku. Gelaknya lagi banyak dari menolong.
Bibir yang bengkak di pegang. Telefon Fiera terlantun sedikit apabila dilempar ke atas katil.
“Sadis sungguh bibir aku ni… huhu…” gumamnya sendirian.
Sudahlah dia bersendirian sahaja. Hendak minta tolong Anis pula dia off telefon. Tahu sajalah sibuk jadi bini orang. Tambahan lagi dengan kerjanya sebagai doktor. Tidak hairanlah semakin sibuk tuan puteri seorang tu.
Adam atau Ammar? Baik Tak payah! Buat sesat fikiran saja dengan tahap kerisauan mereka yang over nak mampus tu. Kesimpulannya jangan bagitahu mereka dua. Nanti tidak pasal-pasal kaya syarikat telekomunikasi gara-gara mereka berdua. Tidak sampai seminit sudah telefon balik.
Kalau Adam tu boleh dikurangkan sedikit kepada 15 atau setengah jam tapi kalau Ammar memang tidak makan saman. Tidak faham bahasa sungguh. Risaunya melebih-lebih macamlah dia sakit tenat. Fiera sendiri yang rimas dengan mereka berdua.
Telefon Fiera berdering sekali lagi. Mesti Taufiq telefon balik tu.
“Apa?”
“Rileks la Fiera.”  pujuk Taufiq.
“Engkau tu la. Aku nak minta tolong tapi gelakkan orang pula.”
“Okay… okay Aku tolong.” Suara Taufiq sudah mula serius.
“Nak tolong apa?” sambungnya lagi.
“Subhanallah Taufiq. Manalah aku tahu. Kau kan doktor. Yiee beruk sorang ni sakit hati aku.” geram Fiera. Boleh pula dia tanya balik dengan aku padahal dia yang doktor.
Sorry sayang… terblurr tadi…. Hehe… beginilah. Aku datang rumah kau. Kita sama-sama pergi hospital. Sekali mohon MC dan minta ubat. Aku tolong tengokkan masalah kau ni.” Taufiq memberi cadangan.
Fiera tersentap. Kalau tidak salah dengar Taufiq panggil dia sayang tadi. Sudahlah sengaja dilembutkan. Aduhai Taufiq. Selalunya selamba badak Taufiq panggil dia sayang tapi bukanlah dengan nada sedemikian.
“Fiera…oh Fiera… mulut kau bengkak sampai tidak dapat keluarkan suara sudah ke? Hehehe….” Taufiq tersenyum puas.
Mesti Fiera tengah generate balik otaknya sekarang sama ada salah dengar atau tidak. Dia pun kenalah ambil tindakan sedikit demi sedikit secara halus. Tidak payahlah guna cara Adam dan Ammar yang suka menunjuk-nunjuk macamlah si Fiera ni bini mereka.
“Mana ada! Aku boleh la… sekarang aku tengah periksa ruang tamu ni sebab tu lambat balas.” Fiera tipu. Saja tidak mahu kantoi oleh Taufiq.
Boleh jadi keajaiban dia datang rajin awal pagi buta macam ni. Masih pukul 7.45 lagi. Boleh tahan lama juga dia bergayut dengan Taufiq ni. Hampir dua jam!
Tadi waktu dia telefon Taufiq selepas solat keadaan luar pun masih gelap gelita. Orang lain pun masih lagi membuta.  Nasib baik si Taufiq ni tidak sambung membuta lepas solat subuh tadi. Selalunya itu hobi Taufiq. Sorong saja bantal memang Fiera gerenti si Taufiq terus terlelap.
“Ceh! Macamlah aku percaya. Boleh jadi hujan ribut petir berlaku kalau kau ringan tulang awal pagi buta ni. Paling-paling sekarang ni tengah guling-guling atas katil.” Sindir Taufiq sarkastik.
Fiera ni bukannya boleh dipercayai sangat. Kalau isi biodata macam budak sekolah menengah yang tanya hobi, makanan kegemaran atau motto semua tu. Baik Taufiq tolong isikan.
 Hobi : mengoreng orang. Bukannya nak makan orang tapi suka sangat kelentong tak habis-habis.
Whatever.  Bila nak gerak ni?” tanya Fiera. Daripada layan cakap si Taufiq ni baik layan perasaan. Bibir aku!
“Fiera cuba kau tengok sekarang pukul berapa? Nak awal subuh begini aku datang rumah kau? Kerja gila. Nanti apa pula orang fikir.”
“Habis tu? lagi pun dah dekat pukul 8 ni pun adoi.” monyok Fiera. Bukannya si Taufiq ni datang masuk rumah pun. Cuma tunggu di luar pagar saja.
“Sabarlah… nanti jam 9.30 ka atau 10 baru aku datang. Aku nak rehat dulu. Mengantok ni.” Kan dah cakap. Taufiq ni pantang ada waktu cuti membuta saja kerjanya 24 jam.  Kalau cergas pula merayap sajalah kerja dia. Pergi taman itulah.  Pantai inilah.
“Lamanya…”
“Sabarlah sayang oi… tak lari hospital tu.”
Kali kedua! Yang ni jelas sejelasnya. Fiera pandang telefonnya balik. Gambar Taufiq sebagai gambar paparan di tenung. Macamlah gambar tu boleh bergerak-gerak macam cerita Harry Potter. Orang dalam surat khabar bergerak.
“Taufiq… aku rasa baik kau sambung tidur sekarang. Ni kes otak masih mamai lagi ni.” Nasihat Fiera. Dengan nada seriusnya lagi.
Taufiq apa lagi. Sudah senyum meleret. Kalau ikutkan hati terburai ketawanya waktu tu juga. Boleh pulak dia dicakap mamai sedangkan mereka sudah berbual berjam-jam. Fiera…Fiera… lawak sungguh.
“Ermm… aku tidur dulu…” sengaja Taufiq melembutkan suaranya yang serak-serak basah. Persis orang sedang mamai dari tidur.



Tempat penumpang disisi pemandu diduduk. Tanpa berlengah lagi Fiera terus berjalan lurus sahaja tanpa memaling kiri dan kanan. Persis orang yang yang bersalah pun ada. Bukan apa takut mak cik jiran sebelah terkejut dengan penampilannya yang terlalu berbeza dari biasa. Nanti tidak pasal-pasal masuk hospital orang tua tu terkejut dengan penampilannya.
“Alhamdulillah syukur…” Taufiq menadah tangan lalu meraup mukanya melihat penampilan Fiera yang tidak semena-mena jadi alim.
Satu pandangan tajam dihadiahkan buat teman disebelah. Nak mampus ke apa mamat ni?
“Jangan cari bala dengan aku awal-awal pagi ni!”  Amaran keras terpacul dari bibir Fiera yang ditutup dengan selendang nipis.
“Apa pulak? Aku bersyukur sangat-sangat tengok pernampilan kau macam ni. Kalah model kurma Yusuf Taiyoob tu.” puji Taufiq. Dalam hati sudah ketawa terbahak-bahak.
Kalau orang lain tengok pun boleh terkejut. Drastik sungguh penampilan Fiera. Kalau selalunya dengan penampilan santai dan bersahaja ketika mereka keluar bersama kali ni macam nak ikut pertandingan hijab pula. Nasib baik dia pakai baju kurung seperti hendak ke pejabat bukannya jeans dan T-shirt.
Siap berpurdah lagi untuk tutup bibirnya.  Pandai pula dia mengenakan selendang nipisnya sebagai penutup dan Pashmina besar tersarung di kepala.
“Tolong jangan buat lawak dengan mood aku sekarang ni tau tak.”
“Baiklah…  Dah jom gerak. Aku nak suntik bibir kau sampai kejang… tidaklah aku dengar kau membebel tiap-tiap hari. Auch!”
Taufiq mengosok lengannya yang pedih kena cubitan Fiera.
“Yelah… aku berhenti sudah ni. Hish! Gurau sikit pun tidak boleh.” Taufiq memegang stereng kereta untuk memulakan pemanduan.





“Eh! Benda aku suruh bawa tu mana?” soal Fiera.
Taufiq tiba-tiba menarik brek mujurlah mereka berdua pakai tali pinggang keledar. Kalau tidak memang akan gerenti masuk hospital. Bezanya terus direct masuk emergency room. Paling ‘selamat’ pun terus masuk bilik mayat.
“Hoi Taufiq! nak mampus ke?” jerkah Fiera. Dia memandang belakang. Nasib baik tiada kereta. Kalau tidak kiamatlah jawapannya kereta si Taufiq ni. Dengan mereka sekali kiamat terus.
“Maaf! Tak sengaja. Tindakan drastik.” Dia memulakan pemanduan semula. Kuat sangat berkhayal. Sekali kena sergah terus Taufiq tekan brek. Kes parah betul. Baru terlihat Fiera dengan gaya ala-ala model islamik sudah angau.
“Kau kenapa?” soal Fiera.
“Demam?” tanyanya lagi.
“Eh! Aku sihatlah.” Jawab Taufiq.
“Sihat tak sihat. Kau tu tak sihat tetap juga cakap sihat.” Tangan Fiera diletakkan di atas dahi Taufiq. Lelaki itu hanya membiarkan saja.
“Sihat je… kau apasal?” tanya Fiera lagi.
“Tiadalah… banyak soal pulak.” Dengus Taufiq.
“Barang aku suruh kau bawak tu mana?” soal Fiera sekali. Mamat sebelahnya ni memang cabar keimanan sungguh.
“Barang apa?” Taufiq sudah buat muka toya. Ini yang buat Fiera tidak sedap hati ni. Tak kanlah dia nak bertutup macam ni sampai pergi hospital. Nanti tidak pasal-pasal ada yang terkejut beruk dengan penampilan ‘awek’ si Taufiq ni. Haha!!
“Yiee… mask tu la.. kau jangan pura-pura lupa pulak eh! Lebih dari 5 kali dah aku sms kau…”
“Mask apa? The Mask? Masked Rider?” gurau Taufiq. Sanggup betul Fiera sms dia berkali-kali semata-mata ingatkan bawa mask. Nasib baik ada stok di rumah. Kalau tiada padan mukanya.
Fiera mendengus.
“Adalah…kau ni PMS erk? Apa istilah kurang matang kau dulu tu? ABC? Hah betullah ABC… kau ABC erk? Tidak habis-habis aje dari tadi.” Sindir Taufiq.
“Mulut tu nak saja aku cili-cilikan… biar kau tahu. Mana?”
“Ada dalam dashboard. Dalam plastik hitam tu.”
Fiera cuba membuka dashboard Taufiq tapi berkunci. Memang nak kena si Taufiq ni. Buat lawak dengan aku pulak…
“Kuncilah pun adoi…huhu…” rungutnya.
“Eh! Kunci ke? Maaf. Kau pakailah dulu tu. Kunci tengah tergantung ni. Nanti sampai baru tukar. Lagipun bukannya ada orang lain yang nampak pun. Aku sorang je…”
“Yelah…”



Taufiq merenung Fiera yang dari tadi cuba membuka selendang yang menutup mukanya. Satu idea terlintas di kepalanya…hehe…
Telefon bimbitnya diambil. Pura-pura sedang bersms dengan tekunnya sampai terangkat sedikit telefon dikerjakan. Tekunlah sangat. Padahal Taufiq mahu mengambil gambar Fiera yang masih berpurdah.
Fiera jeling Taufiq dengan anak matanya. Perasan Taufiq mahu mengambil gambarnya. Mana ada orang cuba taip sms dengan gaya mahu tangkap gambar. Kalau nak sorok-sorok ambil kandid pun agak-agaklah.
Klik! Tepat satu renungan ditangkap.
“Apasal kau tangkap gambar aku?” soalnya.
“Mana ada!” Taufiq mendolak.
“Jangan buang tabiat. Kau ingat aku tak tahu password telefon mu? Baik kau mengaku.” Terus terang Fiera cakap depan-depan. Iyalah. Bukan saja password telefon malah password komputer dan kad bank Taufiq pun dia tahu. Bukan dia sendiri korek tapi Taufiq yang bagitahu. Kalau pasal telefon dan komputer tu normal sebab mereka selalu main gajet masing-masing.
Cerita pasal password kad bank pula si Taufiq ni dulu waktu di UM memang malas beratur depan mesin ATM. Mangsanya Fiera. Tukang korekkan duit.
“Alahai itu pun nak marah. Simpan buat kenangan Fiera. Bukannya selalu kau pakai macam ni. Terlalu jarang.” Pengakuan Taufiq tidak diendah oleh Fiera.
Fiera hanya teruskan kerjanya buka selendang tersebut. Payah betul. Entah macam manalah dia pakai tadi. Nak nampak kemas konon. Sekarang sendiri yang susah. Nak buka di tandas susah. Kena masuk juga ke hospital. Mahu atau tidak selendang yang tutup bibir ‘seksi’ ni kena di tukar juga dengan mask hospital ni.
“Boleh  ka buka benda tu? aku tengok dari tadi macam kepayahan je kau ni. Sudah tahu sakit mahu lagi berbelit-belit.” Komen Taufiq.
“Diamlah.”
“Mari aku tolong kau.” Fiera kaku tatkala wajah Taufiq dekat dengannya. Sempat dia melirik ke muka Taufiq.
‘Kalaulah lelaki ini... Ah!! Tidak. Mahu kena hentam dia nanti kacau balak orang. Tidak! Tidak! Tidak!!...’ jerit Fiera dalam hati. Matanya dipejam sekuat yang boleh. Tidak mahu pandang lebih-lebih. Bahaya tau.
Setelah sekian lama barulah Fiera buka mata. Matanya bertembung dengan Taufiq yang merenung mukanya. Sikit maju ke hadapan memang sudah tercium mereka berdua.
“Kau apasal?” soalnya kasar.
“Fiera…” panggil Taufiq lembut. Anak matanya lembut merenung Fiera.
“Ak…aku…. aku sebenarnya….”
“Sebenarnya apa?” Hish! Tergagap pula si Taufiq ni. Buat babak suspen betul. Kutuk Fiera dalam hati.
“Aku… aku sebenarnya nak tergelak tak henti tengok bibir kau…. Ya Allah macam belon!!! Hahahahaha….” Taufiq sudah tergelak berabis. Memang tidak boleh pakai punya kawan. Boleh pulak dia gelak habis-habisan.
Fiera menyarung mukanya menggunakan mask yang diberi oleh Taufiq. Dia membuka pintu kereta lalu terus masuk ke dalam hospital.






 “Fiera tunggulah… Fiera…” Terkocoh-kocoh Taufiq mengejar Fiera dari belakang.
Fiera menghentikan langkahny tapi masih lagi enggan berpaling.
“Nah pakai jaket ni. Dalam tu sejuk. Kau bukannya tahan sejuk pun.” Taufiq menyarung jaket hitamnya ke badan Fiera. lagaknya macam tiada apa-apa saja yang berlaku.
Wajah Taufiq direnung seketika. Terlihat muka Taufiq yang tahan gelak membuatkan dia geram tapi boleh pula terikut senyum kambing sekali.
“Janganlah gelak…” pintanya.
“Mana ada.  Aku tidak gelaklah… senyum je. Kita senyumkan sedekah.”  Ujar Taufiq tersengeh.
Fiera mencebik.
“Astaghfirullahalazim… sebiji macam JayLo…hahaha….”
“Taufiq nikan….yiee.. menyakitkan hati betul.” Marah Fiera.
“Okay… jom masuk. Nanti tidak surut-surut lagi bengkak tu.”


Kepalanya dilentok di atas meja pejabat Taufiq. Bosan. Entah kemana pula si Taufiq ni merayap. Tadi kata nak jumpa kawan sekejap. Tapi kejapnya tu sampai sejam dia tinggalkan Fiera di dalam pejabat ni.
Jaket Taufiq yang tersarung di badannya di tarik. Gila sejuk hospital ni. Tahulah hospital memang sejuk tapi ini sudah tahap sejuk kutub utara. Tidak lama lagi jadi arca Fiera di dalam ni.
“Assalamualaikum…” kedengaran suara seseorang sedang memberi salam. Fiera mengalihkan pandanganya ke pintu. Peminat setia Taufiq rupanya.
“Waalaikumsalam Husna.. masuklah. Taufiq tiada. Dia kata dia jumpa kawan tadi sebab ada hal.” Terang Fiera.
“Takpa. Saya nak jumpa awak.”
“Saya?” ajuk Fiera kembali.
Husna mengangguk menjawab persoalan tersebut. Dia mengambil tempat disebelah Fiera.


pesanan penaja : 
 
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat tengah hari semua...!!!
Selamat hari wanita untuk semua wanita...
kepada semua ibu, kakak, makcik nenek, teman wanita, kawan wanita, jelitawan, karyawan, hartawan, dermawan, jutawan usahawan.......
#okay yang last2 tuh mengarut dah... xD ♥ ♥ ♥



Apa2 pun sudah habis baca TC bab 11... Lama tak update cerita ni...sorry la...selalunya seminggu tiga atau dua kali update blog... sekarang seminggu sekali... tengah final exam...habis final saya pulun update banyak2 lagi erk... tadaa~~~

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

4 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)