“Tak senonohlah abang ni. Habis kotor.” omel
Ainul. Muncung mulutnya ke depan.
“Ainul tu buat lawak antarabangsa lagi!
Mestilah abang terkejut.”
Ainul mencebik. Dia hendak berdiri untuk
mengambil kain lap. Habis kotor satu meja. Bertaburan bubur nasi.
“Takpa abang Am pergi ambil sendiri.”
Halang Ikram. Dia sudah mendahului Ainul untuk pergi mengambil kain lap. Ainul
hanya duduk kembali apabila Ikram sudah menuju ke rak untuk ambil kain.
Ikram yang mengelap meja dipandang.
Ikram lap meja?
“Tahulah abang Am ni kacak. Janganlah
pandang macam tu…” ujar Ikram sambil mengelap meja.
“Perasaan!”
Ikram tersenyum. Cepat sangat bini dia
ni tersentap kalau dibawa bergurau. Biasalah cucu manja. Dia kembali duduk
untuk sambung makan setelah menyuci kain tersebut.
Ainul hanya memandang sahaja tingkah
pelik Ikram. Selalunya payah sangat nak membantu di dalam dapur. Kalau tolong
kacau orang, usik orang adalah.
“Abang Am ni pelik semacam je Ainul
nampak. Abang tak nak Ainul pergi ke esok?” soal Ainul.
Kalau tak nak boleh tak? Soalan tersebut
hanya berterbangan difikirannya. Nak cakap nanti Ainul anggap dia mengongkong
pula. Lagipun bukannya Ainul keluar berdua pun. Adik apek tu join sekali.
Sunyi tanpa suara dari Ikram membuatkan
hati Ainul tertanya-tanya. Kalau tidak izinkan pun berilah dia jawapan. Lelaki
itu hanya sambung makan buburnya sampai licin.
Terkilan? Tipulah kalau Ainul tidak
terkilan dengan tingkah Ikram. Dia juga ada perasaan jika diperlakukan
sedemikian.
“Apasal tak keluar-keluar lagi?” soal
Ikram. Terhenti langkah Ainul yang sedang menyapu butter di atas roti bakarnya.
Dia memandang Ikram yang sudah siap dengan berpakaian kerja. Kerja sendiri jam
berapa masuk pun tidak kisah. Lagipun Ikram tiada apa-apa penting yang hendak
dipercepatkan pun.
Tadi selepas solat subuh yang sekali
lagi hampir terlajak perahu Ikram terus sambung tidur. Sedar tidak sedar jam
sudah pun pukul 9.40 pagi baru bangun. Bersiap hampir sejam. Tup… tup sudah
pukul 10 lebih. Perut pula minta di isi tapi sempat lagi Ikram usha facebook
yang sudah bersawang.
“Semalam kata nak keluar? Pukul berapa
nak keluar. Dah dekat pukul sebelah ni.” ujar Ikram lagi.
Roti yang sudah siap diambil. Dia makan
roti tersebut. Roti kosong pun boleh jadi sedap apabila perut sudah kebulur.
Habis satu dia ambil lagi satu keping roti yang belum dibakar. Dulang di atas
meja di buka. Kosong? Mak ai perut tengah lapar minta diisi.
“Semalam Ainul minta izin abang tapi
abang Am senyap je. Bukan sekali tau Ainul tanya tapi abang tetap senyap.”
“Iya ke?
Maaflah. Lain kali kalau nak keluar tak payah minta izin keluar aje.
Abang tak kisah.” Balas Ikram.
“Takpalah. Ainul dah telefon Xiao Wei
yang Ainul tak jadi join sekali.”
Ujar Ainul perlahan. Rotinya digigit perlahan.
“Nanti apa pulak mereka cakap.”
“Takpa. Ainul dah kata yang Ainul nak
ikut ibu dan mak bibah nanti.”
“Pergi mana? Kesian pulak Ainul tak
dapat jumpa kawan-kawan Ainul.”
“It’s
alright. Ibu kata nak buat makan malam dengan mereka nanti. Err... ibu kata nak pergi beli bunga so
ajak Ainul, Mak Bibah dan mama Aleesa.”
“Mama Leesa pun join sekali. Abang Am nak ikutlah jugak. Jam berapa nak gerak?”
“Abang Am nak ikut juga? Serius? Kami
nak pergi beli bunga bukannya shopping
pun.” Pelik sunguh Ainul dengan perangai Ikram ni. Pergi beli bunga pun nak
ikut.
“Alah! Bukannya tak pernah pun. Pukul
berapa gerak?” soal Ikram lagi. Takut tidak sempat tukar pakaian. Mana dia nak
pakai pakaian kerja ke nursery. Tidak
ikut temalah namanya.
“Tak lama lagi kot. Ibu tengah bersiap
sekarang. Mak Bibah pula tunggu dekat rumah je. Nanti kami pergi ambil.”
Sekeping lagi roti diambil kemudian
Ikram berdiri untuk balik ke bilik.
“Tunggu abang jap… nak tukar baju!”
jeritnya. Kalau hendak jalan dengan ibu kena punctual sikit. Agak-agaknya bukan sikit tapi kena banyak-banyak
kalau tidak alamatnya kena tinggal oleh ibu. Ibu paling benci menunggu. Kalau
nak jalan dengan ibu kena siap cepat.
“Kenapa tak pergi kerja Ikram?” Terkejut
Mak Bibah yang baru masuk ke dalam kereta. Ikram yang sedang memandu kereta
Toyota Alphard tersebut hanya tersengih. Sempat dia mengerling Ainul yang duduk
di tepi. Ibunya dan mama Leesa duduk di kerusi penumpang.
“Ikram kak Bibah. Macam tak faham
perangai budak seorang ni. Liat sangat nak masuk ofis kalau tiada penting.
Tunggu emergency call, ada meeting
atau ada tender baru dekat pejabat baru nampak batang hidungnya.” Sindir Puan
Noraini.
Puan Aleesa hanya tersenyum mendengar
Puan Noraini membebel pasal Ikram. Dia sendiri masak dengan perangai Ikram yang
bersahabat baik dengan anaknya.
“Mana ada! Ikram sebenarnya tukar syif
dengan Pak Mad je. Hari ni Pak Mad cuti khas. Hehe….”
“Loyar buruk.” tegur Puan Noraini.
“Ainul suka bunga apa?” soal Ikram.
Mereka berjalan seiringan melihat pelbagai jenis bunga yang terdapat di nursery
tersebut. Ibunya, Mak Bibah dan mama Leesa sudah hilang sejak tadi meninggalkan
mereka. Suka benar wanita-wanita tersebut dengan bunga.
“Ainul suka Tulip. Lembut.”
“Tulip. Kena sangat dengan Ainul. Lembut
aje.”
Ainul tersenyum mendengar pujian dari
Ikram. Mereka meneruskan perjalanan dari satu jenis ke satu untuk melihat
bunga-bunga yang terdapat di nursery
itu.
“Ainul tahu tak. Sebenarnya secara
umumnya Tulip hanya ada tiga dan enam kelopak. kemudian Tulip semua warna ada…
tapi satu warna saja tiada…”
“Warna?” soal Ainul.
“Biru… ada pun biru muda…tapi lebih
kepada warna violet. Tulip ada banyak jenis tau.” terang Ikram.
“Banyaknya yang abang tahu pasal tulip.”
Buntang mata Ainul melihat Ikram yang berjalan beriringan dengannya.
“Hehe… banyak…banyak sangat…honestly banyak dekat sini.” Ikram
menunjukkan blackberrynya kepada Ainul. Ainul merapatkan mukanya ke skrin
telefon. Cess! Dari Wikipedia rupa-rupanya… patutlah banyak yang dia tahu!
“Abang Am ni suka buli Ainul. Mati-mati
Ainul ingatkan abang expert pasal
tulip ni. Rupa-rupa sempat lagi search
dalam internet!” rajuk Ainul. Dia mempercepatkan langkah ke hadapan. Sehari
tidak kena ‘goreng’ dari Ikram memang tidak sah!
Ikram gelak kuat. Suka tengok muka Ainul
yang merah padam.
“Tunggulah sayang abang oi..!!” Dia
mengejar langkah Ainul. Tangan kanannya
hingap di bahu Ainul.
“Mengada-gada!” Ainul menurukan tangan
Ikram dari bahunya. Langkahnya semakin dipercepatkan. Sudah boleh masuk Olimpik
dah!
“Elleh tu pun nak merajuk. Alololo…marahnya
dia…” Ikram meletakkan lagi tangannya di bahu Ainul. jarinya mengulas-ulas pipi
putih Ainul.
Mata Ainul tertangkap pada cincin
perkahwinan mereka yang tersarung di jari manis Ikram.
“Turunkanlah…” Ainul cuba mejatuhkan
tangan Ikram tapi gagal. Sengaja Ikram mengeraskan tangannya.
“Tak nak!”
“Abang Am tak takut saham abang jatuh
ke? Tengok tu. ramai dah mata-mata tengok kita.” Ainul memuncungkan mulut
kepada beberapa orang gadis yang asyik menjeling kea rah mereka.
Lain pulak reaksi Ikram. Ingatkan dia
terus menjatuhkan tangan tapi sebaliknya dia menarik sedikit mulut Ainul
menggunakan tangan sebelah lagi.
“Alolo… comelnya mulutnya. Macam itik
dah abang tengok mulut muncung Ainul ni.” Ujarnya spontan.
“Apa ni?” Ainul memegang mulutnya yang
ditarik guna dua jari Ikram.
Terkejut Ainul dengan tingkah Ikram.
Seumur hidupnya tidak pernah pun seorang lelaki yang berani berbuat sedemikian
dengan Ikram. Dia meninggalkan Ikram sendirian terkaku.
Ikram menggaru kepalanya yang tidak
gatal. Salahkah dia?
“Hah! kenapa lagi ni? Tadi Ibu nampak
korang macam belangkas. Sekarang sorang ke kutub utara sorang ke selatan. Kamu
buli Ainul lagi tak?” Tegur ibu Ikram. Dari tadi Ikram asyik mengekor sahaja
dia dari belakang. Padahal ketika sampai tadi asyik melekat saja mereka berdua.
Tersenyum simpul Ikram yang memeluk
ibunya. Kalau Ainul tak nak, ibu sentiasa On
sebagai tempat bermanja. Mujurlah mama Leesa dan Mak Bibah tiada. Mereka dan
Ainul sedang menuju ke bahagian bunga orkid.
“Mana ada! Orang takda kacau Ainul la
bu.”
“Macamlah ibu boleh percaya pada kamu
Am. Kamu ni… cubalah pandang Ainul dari perspektif lain selain sebagai adik Am.
Pernah tak Am anggap Ainul tu seperti seorang wanita, seorang isteri? Tak
pernah kan? Cubalah fikir perasaannya…” ujar Puan Noraini sambil mengangkat
sebuah pasu bunga bongsai yang bersaiz sederhana.
“Tengok bunga ni Am… pokok bongsai ni
nampak kosong. Hanya daun sahaja yang lebat tanpa bunga lain. Tapi Am cuba
tengok dari sudut berbeza. Walaupun pokok ni simple tapi pokok ni mempunyai nilai yang lebih tinggi dari
bunga-bunga lain.” Sambung Puan Noraini lagi. Dia menuju ke kaunter pembayaran
untuk membuat pembayaran.
“Tengok dari sudut berbeza? Dari sudut
alien ke atau sudut haiwan?? Atau pun kartun boleh juga bayangkan Ainul macam
kartun Barbie atau gambar-gambar kartun muslimah. Hehe…” Ikram bermonolog sendiri. Cuba buat loyar buruk untuk tutup
kegelisahan dalam hatinya. Ia lebih kepada menyedapkan hati sendiri.
Badan Ikram menyandar ke pintu bilik.
Dia hanya memerhati Ainul yang bermain dengan piano putih miliknya. Lucu juga
tengok Ainul yang monyok sejak balik dari nursery
tadi. Pandang dia pun tak sudi. Sabar sajalah dengan anak manja seorang ni.
Novel Hati Seorang Wanita karya
Norhayati Ibrahim yang diletak di atas piano dipandang. Salah satu koleksi
kesayangan ibunya. Hati Seorang Wanita? Pandang Ainul dari sudut berbeza… sebagai
seorang wanita dan isterinya.
Mampukah Ikram berbuat demikian?
Dapatkah dia pandang Ainul selain sebagai seorang adik. Mungkin boleh dalam
lima minit saja, lebih tidak boleh! Takut otak mengalami kekejangan melampau! Pergghh!! Ayat Ikram banyak punya kerek!
Jari jemari Ainul bermain dengan punat
berwarna hitam dan putih. Satu persatu ditekan. Langsung tidak menyedari Ikram
yang sedang leka memerhati gayanya dari tadi.
Tok…tok…tok..
Ketukan di pintu menarik perhatian
Ainul. Ikram yang tersengih dipandang sekilas. Dia menyambung kembali
aktivitinya. Automatik senyuman Ikram jatuh dengan tingkah Ainul. Hadap mukanya
pun tak sudi. Apalah! Dia duduk di sebelah Ainul seperti biasa.
Pasu bunga sederhana kecil masih lagi
dalam gengaman Ikram.
“Ainul…” panggil Ikram.
“Ainul…” Panggilnya lagi apabila tiada
sahutan dari Ainul.
Sunyi lagi! Ainul lancarkan perang
dingin nampak.
“Perhatian…perhatian... kepada Cik Nur
Ainul Mardhiah yang bernombor 1234. Sila menghadap jejaka kacak yang setia
menanti di sebelah anda kini. Perhatian! Perhatian…” ujar Ikram. Badannya
ditegakkan. Intonasi Ikram tidak ubah seperti seorang pramugara yang sedang
memberi arahan dalam kapal terbang.
Satu jelingan dihadiahkan buat Ikram.
Buat lawak pulak!
“Ah! Tertusuk hatiku dengan jelingan
maut itu! Adakah aku masih bernafas…” Ikram meletakkan tangan kirinya di dada
manakala sebelah lagi masih memegang pasu bunganya. Mata ditutup sedikit. Saja nak
buat dramatik sedikit! Baru ada feel…
Belakang tapak tangan kiri beralih ke
dahi pulak…
“Sadisnya hati ini, Apabila tidak
dipeduli, Oleh sang bidadari. Hanya satu jelingan diberi…Wahai hati, sungguh
aku mengerti.. Bahawa dia tidak ada hati… Untuk memandang wajah hamba ini…”
Ikram berkata-kata. Siap penuh ekpresi lagi.
Amboi Ikram! Mengayat nombor satu. Getus
Ikram dalam hati. Ahaks!
“Manisnya mulut dia…” Akhirnya Ainul
membalas. Atau lebih sedap didengar Ainul sebenarnya menyindir.
“Tahu pun bercakap. Ingatkan dah bisu.
Ainul patut bersyukur tau yang Ainul diberi suara. Sepatutnya Ainul bersyukur
dengan kesempurnaan untuk berkata-kata!” Ikram berlagak seperti seorang ahli
diplomat yang sedang memberi ceramah. Terangkat-angkat tangannya seperti orang
berdebat. Macam-macam gaya sungguh!
“Banyaklah…”
“Alolo…janganlah merajuk okay? Peace no wars…” Ikram mengangkat dua
jarinya ke atas sambil tersengeh.
“Sesungguhnya seorang isteri tidak baik
memalingkan wajahnya kepada si suami…” Ikram berlagak seperti seorang ustaz
pula. Mata dikerdip beberapa kali. Buat muka innocent beb!
“Abang Am ni nak masuk berlakon ke?
Kejap macam William Shakespeare, kejap macam pendebat kemudian berlagak macam
ustaz dah… buang tabiat ke apa.”
“Kalau abang ni William Shakespeare
abang tak berpuitis macam tu. Abang Am baca ni…ehemm..ehem…dengar tau..!” Ikram
membetulkan duduknya.
“Pegang ni dulu…” Pasu bunga tersebut
diberikan kepada Ainul.
“SHALL I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate.
Rough winds do shake the darling buds of
May,
And summer's lease hath all too short a
date.
Sometime too hot the eye of heaven
shines,
And often is his gold complexion dimmed;
And every fair from fair sometime
declines,
By chance, or nature's changing course,
untrimmed:
But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou
ow'st,
Nor shall Death brag thou wand'rest in
his shade
When in eternal lines to time thou
grow'st.
So long as men can breathe or eyes can
see,
So long lives this, and this gives life
to thee.”
Penuh Intonasi dan ekspresi Ikram
menghabiskan puisi Sonnet 18 yang masih diingat. Memanglah ingat sebab ini
sahajalah satu-satunya puisi yang menarik perhatianya ketika tingkatan empat.
Bukan dia seorang sahaja. Semua kawan-kawannya pun sama.
“Amboi! Hafal nampak…” Sindir Ainul.
“Dengan Humble nak mampus abang Am nak cakap…. Bukan hafal… ingat je…” ujar
Ikram persis budak baik. Ermm…baiklah
sangat!
“Astaghfirullah. Poyonya Abang Am ni.”
“Hehe…tak marah kan? Penatlah abang Am.
Ainul sikit-sikit merajuk. Tahulah anak manja.”
“Ainul tak marah pun. Penat? Habis sakat
Ainul kenapa tak penat-penat pula. Nah ambil balik pasu bunga ni.” Ainul
menyerahkan semula pasu tersebut kepada Ikram.
“Eh! Nyaris-nyaris hilang
ingatan..sebenarnya bunga ni Abang Am nak bagi dengan Ainul.”
“Bunga?” Ainul mendekatkan wajahnya
dengan pokok tersebut. Tiada pun bunga hanya daun sahaja yang masih ada.
“Yup! Bunga… abang nak pujuk Ainul tadi.
Nak beri bunga tapi Abang fikir kalau beri bunga plastik buat apa.. beri bunga
yang sudah dipetik nanti layu pulak so
abang Am berilah pokok bunga ni. Siap dengan pasu-pasunya lagi abang Am beri. Free!… kalau Ainul jaga baik-baik
keluarlah bunganya nanti. Lagi best
tau. Setiap kali pokok bunga ni berbunga maksudnya setiap tu jugalah abang beri
bunga untuk Ainul. Hebatkan…”
“Alah… cakap ajelah Abang malas nak beri
bunga balik-balik… ni bunga apa?”
“Rose!
Bunga ni susah nak jaga tau. Tak boleh kena panas sangat… jaga baik-baik tau.
Lepas ni Ainul sediakan satu buku nota kecil and then tulis tarikh-tarikh bila pokok ni berbunga.”
“Kena juga ke? Tak naklah… banyak lagi
perkara berfaedah yang Ainul boleh buat.”
“Alah bukannya susah sangat pun. Yaa… Nanti Abang minta tolong belikan
buku tu untuk Ainul.”
“Ye la… Abang Am mainkan Ainul satu
lagu… Ainul tak pandailah main piano.” pinta Ainul.
“Nak lagu apa? Ermmm…. kita main lagu
Lettre Elise dari Beethoven.”
“Aduh! Klasiknya…” komen Ainul.
“Habis tu nak lagu apa? Kira untunglah
lagu ni Ainul tahu.”
“Mana-mana aje la…”
Tangan Ikram memegang tapak tangan
Ainul. “Jari yang ni bahagian sini…yang ni sini…” arahnya.
Bunga Tulip lambang kelembutan Ainul.
Bunga rose? Mungkin nampak pun okey
jugak! Sebab bukan mawar a.k.a cik rose kita ni under protection macam Ainul. tahu kenapa? Sebab mawar berduri.
Macam jugak Ainul. Sentiasa dijaga dengan penampilan, tatatertib dan tingkah
laku menjadikan gadis muslimah melayu terakhir!
Itulah simbol bunga mawar pemberian
Ikram. Salah satunya Ainul yang sentiasa dilindungi by her hijab!
ingatkan am bagi izin.. hahahaha best best! hehe
ReplyDeletethank you for the entry
ReplyDelete@m haha...nak tak nak izin... 50/50 kot...
ReplyDelete@Anonymous most welcome... <3
ReplyDeletelagi lagi lagi! hehehe bilalah ikram ni pandang ainul sbagai isteri? hehehe... btw faz, baru baca epilog cite ni, ikram buat same mistakes thrice ke? sampai ainul pi taiwan tu? ni yg nak request n3 everyday ni! hehehe
ReplyDelete*prolog
Delete@m wah...en3 tiap2 hari...blink..blink...terkezutzz cheq... hehe...pasal mistakes c ikram tu adeiii..buat malu keturunan aje..hihi...rahsia! tunggu ye..
ReplyDelete