Saturday, January 7, 2012

Sambungan Cinta Kita part 1


          

          Pekan lama bandar dipandang jauh. Ramai remaja yang melepak. Maklumlah hujung minggu. Semua budak memang akan keluar hujung minggu. Nurul Insyirah mengeluh berat. Berapa bulan lagi SPM nak mula. Dia baru sahaja balik dari tuition akaun. Syirah memang penat. Hari jumaat 3 jam berturut-turut matematik tambahan, Sabtu dan Ahad pula jumpa Prinsip Perakaunan.
  Rambut hadapan yang terjatuh dibetulkan. Rimas kerana asyik terkena mata. Syirah menyandar di bangku bas mini. Dari tadi dia duduk dalam bas sementara menanti penumpang penuh. Begitulah lumrah penumpang bas. Tunggu penuh baru jalan. Telefonnya berdering minta diangkat. Segera Syirah membuka beg galas. Orang ramai yang agak terganggu dengan bunyi bising telefon Syirah membuatkan Syirah bertambah kalut.
            “Irah…” ujar Abah sebaik sahaja Syirah menekan butang hijau.
‘Amboi abah! Tak sempat menyempat beri salam…’ balas Syirah dalam hati. Dalam hati saja. Luar tidak berani. Nanti tidak pasal-pasal kena Bom.
“Ada apa bah?”soalnya perlahan.
“Uncle Lee minta tolong ambilkan anak saudara dia di airport sekarang. Kamu ikut saja pemandu Uncle Lee pergi airport. Nanti dia ambil kamu di stesen bas sekarang. Kamu tolong tunjukkan jalan saja. Suruh budak tu yang pandu kereta. Uncle Lee dan pemandunya nak cepat. Mereka ada urusan.” Arah abah. Syirah menggaru kepala yang tidak gatal.
“Bila bah?” soal Syirah lagi. Macam tahu-tahu sahaja Abah ni anak dia ada dekat stesen bas sekarang.
“Sekarang. Nanti driver tu datang ambil kamu.”
“Okay..okay..”


Cuaca panas di tahan sahaja. Syirah berdiri di tepi kereta yang ditinggalkan bersamanya. Senang-senang pemandu tadi suruh dia duduk dalam kereta berhawa dingin tapi dia mahu juga tunggu diluar. Sengaja saja konon padahal dia fobia dengan kereta. Takut sejarah berulang semula. Kereta tiba-tiba berjalan sendiri tanpa pemandu ketika kereta dihidupkan. Pada waktu itu Syirah masih lagi kecil dan berada di kereta seorang-seorang. Haru mereka semua mengejar kereta tersebut untuk menyelamatkan Syirah.
Kesannya sampai ke besar Syirah takut hendak berada seorang di kereta. Bunyi kapal terbang yang tiba dari tadi betul-betul membingitkan telinga Syirah. Sabar sahajalah hati. Entah siapa yang disuruh jemput ni pun dia tidak tahu. Mula-mula disuruh tunjuk jalan ke chalet milik uncle kemudian balik dari Chalet kena bawa lagi manusia ini ke rumahnya. Memang kerja-kerja yang menyusahkan.
 Syirah menyandar di kereta Mercedes hitam tersebut. Buku tuition sudah makin remuk dikerjakan olehnya. Habis di buat kipas segera.
 “Awak Syirah ke?” soal seorang lelaki muda. Mungkin sebaya dengannya.
“Ya aku. Kenapa?” soal Syirah balik.
“Amboi sejak bila uncle pilih setiausaha tidak bertauliah untuk aku nih. Tengok pakaian hancur. Bahasa lagilah tidak boleh pakai.” Kritik Iskandar.
“Sory sikit ya. Sejak bila aku jadi setiausaha kau? Psikik betul mamat sorang ni. Sudahlah tiba-tiba tanya nama aku. Lepas tu bukan main sedap lagi mulut nak kritik aku.”
“Huh! Buang karan betul cakap dengan awak ni. Nah masukkan ke dalam boot kereta.” Ujarnya. Iskandar membuka pintu belakang lalu masuk duduk di dalamnya. Dia membiarkan sahaja Insyirah dengan dua bagasinya untuk perempuan tersebut masukkan ke dalam kereta.
Setelah berapa minit, Insyirah tetap tidak berganjak dari tempat dia berdiri tadi. Iskandar yang berada di dalam kereta sudah kepanasan sebab tiada penghawa dingin manakala tingkap pula semua tertutup rapat.
Pintu kereta dibuka kasar.
“Cepatlah naik. Aku kepanasan sudah ni.” Jerit Iskandar dari dalam kereta.
“Tahu panas! Woi pak cik tak tahu siapa nama. Sebelum aku tinggalkan kau dekat sini baik kau keluar dari kereta cepat.! Kau jangan lupa kereta ni tak berkunci tapi kunci ada di tangan aku. Aku balik bawa kunci ni baru kau tahu. Biar kau tidur dalam kereta ni sampai berkulat.” Marah Insyirah.
“Hish! Menyusahkan betul. Kau nak apa? Cakaplah cepat.”
“Aku nak cakap dekat engkau ni. Pasang telinga elok-elok. Pertama, nama aku Insyirah. Kedua, aku bukan setiausaha ataupun driver dan seangkatan dengannya. Yang ketiga, aku datang Cuma tukang tunjuk jalan untuk kau sahaja. Kalau bukan sebab terpaksa aku takkan buat benda yang buang masa ni. Dan yang terakhir, barang kau ni masukkan sendiri. Seperti yang aku kata tadi aku ke sini cuma nak tolong tunjuk jalan sahaja.” Bebel Insyirah. Kini giliran dia pula masuk ke dalam kereta di sebelah tempat duduk pemandu.
Iskandar terpinga-pinga seketika. Dia terdengar bunyi boot kereta di buka dari dalam. Sudah tentu Insyirah memberi signal suruh cepat. Kalau tidak masakan gadis itu mahu bantu dia bukakan boot kereta.




“Ikut jalan ni. Tak…tak…yang depan lagi. Kenapa kau masuk simpang ni. Salahlah. Sepatutnya yang depan tadi. Itu pun boleh salah. Bebal betul. Tengok sekarang kita kena pusing jauh lagi untuk berputar.” Marah Insyirah.
“Kau pun satu. Tunjuk simpang pun awal-awal. Sebab tu salah masuk tadi.” Balas Iskandar.
“Aku tak tunjuk jalan nanti baru kau tau! Menyusahkan orang betul.”
“Mulut tu dari tadi membebel. Kau diam boleh tak. Masuk simpang ni kan.”
“Ermm.. masuk terus sampai ada gate security guard.”
Iskandar meneruskan perjalanan. Mereka akhirnya senyap juga setelah bergaduh tidak habis-habis dalam perjalanan tadi.


Setiba di chalet tepi pantai tersebut, Iskandar memakirkan kereta di tempat parkir kereta. Keadaan pantai pada waktu ini senyap sahaja. Maklumlah tengah hari buta. Tiada yang sanggup hendak ke tepi pantai. Itu cari nahas namanya. Berjemur di tengah hari panas.
“Jom. Ikut aku!” ajak Insyirah. Dia berjalan berhadapan dari Iskandar.
“Banyak kau tahu pasal tempat ni. Setahu aku pantai ni private untuk member sahaja. Aku tengok kau buat tempat ni macam tempat kau sendiri pula. Bukan main ramah lagi kau tegur security sini tadi. Kata bukan pekerja sini tapi lagak kau macam tuan punya tempat.”
“Aku selalu datang sini jalan-jalan. Suka hati akulah nak buat apa. Aku pun ada ada kad member la. VIP lagi. Terlebih P lagi kalau kau nak. ”
“Hah? VIPP?”
“Stand for Very Important Pretty Princess.” Jawab Insyirah.
Iskandar memandang Insyirah dari atas ke bawah. “VIPP? Huh? Perasannya budak ni.”
“Yang satu-satunya Chalet besar berhadapan dengan pulau depan tu ialah rumah merangkap tempat rehat bos yakni uncle Lee.  Chalet yang di atas air sebelah sana tu barulah untuk member tinggal. Di sana dekat sikit dengan restoran chalet ni. Semua pendaftaran dan pejabat chalet ni pun ada dekat sana.” Syirah menunjukkan satu persatu bahagian-bahagian di seluruh kawasan resort tersebut.
Keadaan resort memang cukup renggang sebab jumlah pengunjung memang kurang pada hari biasa. Lebih-lebih lagi pantai tertutup yang hanya untuk ahli sahaja yang boleh masuk. Kata Uncle Lee dia ingin mengekalkan keindahan dan kebersihan pantai. Oleh itu pantai tersebut sengaja di tetapkan untuk pengunjung yang telah menjadi member sahaja.
Mereka menaiki ke rumah utama yang berhadapan dengan pulau di depan pantai mereka. Rumah utama yang hanya menempatkan keperluan dan tempat rehat pemilik pantai cantik dengan rekaan unik seratus peratus dari kayu jati. Dari tempat duduk berehat yang selalunya diguna besi untuk berjemur hinggalah lantai dan dinding rumahs semuanya diperbuat dari kayu jati.
“Sudah habis round? Aku nak tunjuk rumah kau lagi. Kemudian kau hantar aku balik pula.”
Iskandar yang tadi sudah berjalan mendahului Insyirah berpaling memandang gadis yang memakai t-shirt besar dan kasut converse berwarna pink itu. Kalau ikut ketinggiannya macam orang dewasa tapi pemakaian Insyirah yang serba merah jambu memang tidak sesesuai. Lagipun matanya sempat melirik buku rujukan SPM prinsip perakuanan. Sudah tentu dia juga pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
“Aku pelik betul dengan kau ni. Mysterious sungguh. Apa yang hebat sangat untuk jadi tourist guide aku pun tak tahu. Banyak pula kau tahu pasal tempat ni.”
“Aku dah kata aku familiar dengan tempat ni. Baik kau diam dan ikut aku ke kereta sekarang.”
“Aku nak tidur dulu. Penat. Kau kata kau familiar dengan tempat ni so kau ronda-rondalah lagipun kalau dah familiar tidak akan sesat punya.”
“Kau ingat kau saja penat? Aku penat fizikal dan mental tau tak. Penat tunggu kau sedangkan aku baru sahaja balik dari tuition tadi.”
Iskandar memandang wajah Insyirah tanpa sebarang perasaan. Matanya yang memang redup betul-betul mengantuk.
“Ada aku kesah?” soalnya. Dia berjalan ke bilik utama untuk tidur. Kunci pendua rumah utama yang ditinggalkan kaunter pendaftaraan di guna untuk membuka rumah tersebut.
“Tuan muda seorang ni memang menyakitkan hati betul!” rungut Insyirah. Dia menyilangkan kedua belah tangan. Cuba berfikir untuk agenda seterusnya. Iskandar sudah pun tutup bilik utama.
Siap letak penanda no disturb lagi di tombol pintu.
“Arrghh…!!” jerit Insyirah kuat dari beranda rumah tersebut ke pantai di hadapannya. Bergema suara Insyirah berpaling balik. Biar Tuan Muda Cerewet tu tekanan dengan suaranya.
“Mak! Irah nak balik…!” ujarnya.
Dia sudah duduk di di bangku yang direka khas untuk orang berjemur di beranda tersebut. Lama-kelamaan Insyirah tertidur dengan berjemurkan matahari yang terik.



Insyirah tersedar dari tidurnya terdengar bunyi ombak laut berbunyi. Matanya dipisat kasar. Masih lagi mengantok sebenarnya. Payung besar yang menghalang dia dari terkena matahari dipandang pelik. Setahu dia matahari tersebut tiada sebelum dia tidur.
“Siapa pula letak payung gerai ni dekat sini. Besar tahap gaban. Satu badan aku tertutup.” Insyirah bermonolog.
“Lantaklah…! Janji kulit aku kekal putih!”
Bilik di dalam dijeling. Masih belum ada tanda-tanda hendak keluar bilik lagi Tuan Muda di dalam bilik tersebut. Lena sangat tidur berhawa dingin. Semula bilik di rumah dan chalet mempunyai penghawa dingin.
Insyirah membuka kasutnya lalu di ambil. Dia ingin berjalan-jalan menyulusuri pantai tersebut. Angin petang yang kuat memang selesa dan menenangkan. Kelihatan beberapa orang pengunjung sedang berkelah. Ada juga yang berenang dari pantai ke pulau hadapan. Jarak pulau tersebut dengan tepi pantai tidaklah jauh sangat. Bagi sesiapa yang hebat dalam berenang mudah sahaja bagi mereka.
Setelah penat berjalan Insyirah mengambil satu batang kayu kecil. Dia ingin melakarkan kata-kata di tepi pantai tersebut. Hobinya untuk berpuisi dan berkata-kata memang sudah menjadi kegilaanya.
Insyirah duduk mencangkung lalu menulis beberapa kerat ayat.

Pantai biru indah di mata,
Menenangkan hati yang gundah gulana.
Sukar untuk melafazkan perasaan hamba,
Tentang keindahan tercipta dari -Nya
Sungguh sempurna tercipta,
Tanpa cacat cela.


“Amboi romantiknya.” Tegur seseorang. Insyirah buat tidak tahu dengan suara yang menegurnya. Bukan sombong tapi sekali dengar dia sudah tahu siapakah gerangan manusia tersebut. Siapa lagi kalau bukan Tuan Muda Zaril Iskandar.
“Suka hati akulah nak romantik.”
“Kau jalan kenapa tak bagitahu aku. Kalau hilang siapa yang susah? Aku juga yang kena jawab.”
“Ada aku kesah?” balas Insyirah balik sambil mendonggak memandang Iskandar yang berdiri di sebelahnya. Cahaya matahari yang silau membuatkan dia terpaksa mengecilkan matanya.
“Menjawab! Penat aku cari kau dari tadi.”
“Kau juga kata yang aku tidak akan sesat punya.” Insyirah menjawab lagi.
“Kalau ada lanun padan muka kau. Biar kena culik. Menjawab je kerja.”
“Ingat ni tempat apa? Caribbean? Ada lanun datang?”
“Budak seorang ni. Berbakat betul jadi lawyer. Loyar buruk! Jom balik. Tadi membebel nak balik awal.”
“Balik? Yeah! Jom aku tunjuk jalan.” Semangat Insyirah berdiri.
Mereka meronda-ronda dulu seluruh bandar. Kemudian Insyirah menyuruh Iskandar menghantarnya ke stesen bas. Lagipun dia sudah menunjukkan jalan ke rumah Iskandar sebab haluan rumah mereka berbeza. Iskandar kena memandu jauh untuk masuk ke kawasan kampung lagi untuk menghantar Insyirah ke rumah oleh itu Insyirah menolak ketika lelaki itu menawarkan diri menghantarnya pulang.
Bye Tuan Muda Zaril Iskandar bin Zaril Iman. Hasta La Vista! ” jerit Insyirah. Dia tidak mempedulikan orang ramai yang memandangnya pelik.



“Nur Insyirah binti Fauzi. Maksud nama aku cahaya kegembiraan. Kalau orang tengok muka aku. Aku yakin pasti mereka seceria Astro Ceria. Tapi kau panggil aku Irah je sebab nama aku panjang sangat.” Ujar Insyirah
Tersenyum Iskandar mengingatkan sesi pendamaian antara dia dengan Insyirah sebelum gadis itu turun dari kereta. Sekurang-kurangnya tekanannya pasal wasiat dapat dilupakan seketika. Esok dia terpaksa berjumpa untuk peguam tersebut yang sudah pun tiba sehari lebih awal dari dia di sini untuk mendengar kandungan syarat ke dua.
Setelah balik-balik bergaduh dalam kereta pasal dia lambat memandu, Insyirah kelaparan dan juga salah jalan membuatkan kereta mereka kecoh tanpa suara dari radio. Tapi sampai sahaja di stesen bas mereka, Insyirah sudah mengesahkan perang damai antara mereka.
“Tak payah nak gaduh lama-lama. Tak baik untuk kesihatan. Memandangkan ini last sekali aku tengok muka kau yang bajet Sam buncface ni so aku nak damai dah.” Ujar Insyirah sambil menghulurkan tangan..
Iskandar menyambut huluran tersebut.
 “Damai.” Kata mereka serentak.

pesanan penaja: sila tinggalkan jejak di komen..=)

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

5 comments:

  1. saya perlukan sambungannya... :)
    best la!! sangat... :D

    ReplyDelete
  2. bestnye cite nie...nak smbgannya ag...hehehe

    ReplyDelete
  3. Akak Citer Niee Mmg Best !! Nanak Sambungannya Yerr !!
    Chaiyok !!

    ~Fae~

    ReplyDelete
  4. haha..suke pot pet irah tu..

    ReplyDelete
  5. best best best! cpt smbg! please1000xx

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)