Pekan lama bandar dipandang jauh.
Ramai remaja yang melepak. Maklumlah hujung minggu. Semua budak memang akan
keluar hujung minggu. Nurul Insyirah mengeluh berat. Berapa bulan lagi SPM nak
mula. Dia baru sahaja balik dari tuition akaun. Syirah memang penat. Hari
jumaat 3 jam berturut-turut matematik tambahan, Sabtu dan Ahad pula jumpa
Prinsip Perakaunan.
Rambut hadapan yang terjatuh dibetulkan. Rimas
kerana asyik terkena mata. Syirah menyandar di bangku bas mini. Dari
tadi dia duduk dalam bas sementara menanti penumpang penuh. Begitulah lumrah
penumpang bas. Tunggu penuh baru jalan. Telefonnya berdering minta diangkat.
Segera Syirah membuka beg galas. Orang ramai yang agak terganggu dengan bunyi
bising telefon Syirah membuatkan Syirah bertambah kalut.
“Irah…” ujar Abah sebaik sahaja
Syirah menekan butang hijau.
‘Amboi
abah! Tak sempat menyempat beri salam…’ balas Syirah dalam hati. Dalam hati
saja. Luar tidak berani. Nanti tidak pasal-pasal kena Bom.
“Ada
apa bah?”soalnya perlahan.
“Uncle
Lee minta tolong ambilkan anak saudara dia di airport sekarang. Kamu ikut saja
pemandu Uncle Lee pergi airport. Nanti dia ambil kamu di stesen bas sekarang.
Kamu tolong tunjukkan jalan saja. Suruh budak tu yang pandu kereta. Uncle Lee
dan pemandunya nak cepat. Mereka ada urusan.” Arah abah. Syirah menggaru kepala
yang tidak gatal.
“Bila
bah?” soal Syirah lagi. Macam tahu-tahu sahaja Abah ni anak dia ada dekat
stesen bas sekarang.
“Sekarang.
Nanti driver tu datang ambil kamu.”
“Okay..okay..”
Cuaca
panas di tahan sahaja. Syirah berdiri di tepi kereta yang ditinggalkan
bersamanya. Senang-senang pemandu tadi suruh dia duduk dalam kereta berhawa
dingin tapi dia mahu juga tunggu diluar. Sengaja saja konon padahal dia fobia
dengan kereta. Takut sejarah berulang semula. Kereta tiba-tiba berjalan sendiri
tanpa pemandu ketika kereta dihidupkan. Pada waktu itu Syirah masih lagi kecil
dan berada di kereta seorang-seorang. Haru mereka semua mengejar kereta
tersebut untuk menyelamatkan Syirah.
Kesannya
sampai ke besar Syirah takut hendak berada seorang di kereta. Bunyi kapal
terbang yang tiba dari tadi betul-betul membingitkan telinga Syirah. Sabar
sahajalah hati. Entah siapa yang disuruh jemput ni pun dia tidak tahu.
Mula-mula disuruh tunjuk jalan ke chalet milik
uncle kemudian balik dari Chalet kena
bawa lagi manusia ini ke rumahnya. Memang kerja-kerja yang menyusahkan.
Syirah menyandar di kereta Mercedes hitam
tersebut. Buku tuition sudah makin remuk dikerjakan olehnya. Habis di buat
kipas segera.
“Awak Syirah ke?” soal seorang lelaki muda.
Mungkin sebaya dengannya.
“Ya
aku. Kenapa?” soal Syirah balik.
“Amboi
sejak bila uncle pilih setiausaha tidak bertauliah untuk aku nih. Tengok
pakaian hancur. Bahasa lagilah tidak boleh pakai.” Kritik Iskandar.
“Sory
sikit ya. Sejak bila aku jadi setiausaha kau? Psikik betul mamat sorang ni.
Sudahlah tiba-tiba tanya nama aku. Lepas tu bukan main sedap lagi mulut nak
kritik aku.”
“Huh!
Buang karan betul cakap dengan awak ni. Nah masukkan ke dalam boot kereta.”
Ujarnya. Iskandar membuka pintu belakang lalu masuk duduk di dalamnya. Dia
membiarkan sahaja Insyirah dengan dua bagasinya untuk perempuan tersebut
masukkan ke dalam kereta.
Setelah
berapa minit, Insyirah tetap tidak berganjak dari tempat dia berdiri tadi.
Iskandar yang berada di dalam kereta sudah kepanasan sebab tiada penghawa
dingin manakala tingkap pula semua tertutup rapat.
Pintu
kereta dibuka kasar.
“Cepatlah
naik. Aku kepanasan sudah ni.” Jerit Iskandar dari dalam kereta.
“Tahu
panas! Woi pak cik tak tahu siapa nama. Sebelum aku tinggalkan kau dekat sini
baik kau keluar dari kereta cepat.! Kau jangan lupa kereta ni tak berkunci tapi
kunci ada di tangan aku. Aku balik bawa kunci ni baru kau tahu. Biar kau tidur
dalam kereta ni sampai berkulat.” Marah Insyirah.
“Hish!
Menyusahkan betul. Kau nak apa? Cakaplah cepat.”
“Aku
nak cakap dekat engkau ni. Pasang telinga elok-elok. Pertama, nama aku
Insyirah. Kedua, aku bukan setiausaha ataupun driver dan seangkatan dengannya.
Yang ketiga, aku datang Cuma tukang tunjuk jalan untuk kau sahaja. Kalau bukan
sebab terpaksa aku takkan buat benda yang buang masa ni. Dan yang terakhir,
barang kau ni masukkan sendiri. Seperti yang aku kata tadi aku ke sini cuma nak
tolong tunjuk jalan sahaja.” Bebel Insyirah. Kini giliran dia pula masuk ke
dalam kereta di sebelah tempat duduk pemandu.
Iskandar
terpinga-pinga seketika. Dia terdengar bunyi boot kereta di buka dari dalam.
Sudah tentu Insyirah memberi signal suruh cepat. Kalau tidak masakan gadis itu
mahu bantu dia bukakan boot kereta.
“Ikut
jalan ni. Tak…tak…yang depan lagi. Kenapa kau masuk simpang ni. Salahlah.
Sepatutnya yang depan tadi. Itu pun boleh salah. Bebal betul. Tengok sekarang
kita kena pusing jauh lagi untuk berputar.” Marah Insyirah.
“Kau
pun satu. Tunjuk simpang pun awal-awal. Sebab tu salah masuk tadi.” Balas
Iskandar.
“Aku
tak tunjuk jalan nanti baru kau tau! Menyusahkan orang betul.”
“Mulut
tu dari tadi membebel. Kau diam boleh tak. Masuk simpang ni kan.”
“Ermm..
masuk terus sampai ada gate security guard.”
Iskandar
meneruskan perjalanan. Mereka akhirnya senyap juga setelah bergaduh tidak
habis-habis dalam perjalanan tadi.
Setiba
di chalet tepi pantai tersebut, Iskandar memakirkan kereta di tempat parkir
kereta. Keadaan pantai pada waktu ini senyap sahaja. Maklumlah tengah hari buta.
Tiada yang sanggup hendak ke tepi pantai. Itu cari nahas namanya. Berjemur di
tengah hari panas.
“Jom.
Ikut aku!” ajak Insyirah. Dia berjalan berhadapan dari Iskandar.
“Banyak
kau tahu pasal tempat ni. Setahu aku pantai ni private untuk member sahaja. Aku
tengok kau buat tempat ni macam tempat kau sendiri pula. Bukan main ramah lagi
kau tegur security sini tadi. Kata bukan pekerja sini tapi lagak kau macam tuan
punya tempat.”
“Aku
selalu datang sini jalan-jalan. Suka hati akulah nak buat apa. Aku pun ada ada
kad member la. VIP lagi. Terlebih P lagi kalau kau nak. ”
“Hah?
VIPP?”
“Stand
for Very Important Pretty Princess.” Jawab Insyirah.
Iskandar
memandang Insyirah dari atas ke bawah. “VIPP? Huh? Perasannya budak ni.”
“Yang
satu-satunya Chalet besar berhadapan
dengan pulau depan tu ialah rumah merangkap tempat rehat bos yakni uncle
Lee. Chalet yang di atas air sebelah
sana tu barulah untuk member tinggal. Di sana dekat sikit dengan restoran
chalet ni. Semua pendaftaran dan pejabat chalet ni pun ada dekat sana.” Syirah
menunjukkan satu persatu bahagian-bahagian di seluruh kawasan resort tersebut.
Keadaan
resort memang cukup renggang sebab jumlah pengunjung memang kurang pada hari
biasa. Lebih-lebih lagi pantai tertutup yang hanya untuk ahli sahaja yang boleh
masuk. Kata Uncle Lee dia ingin mengekalkan keindahan dan kebersihan pantai.
Oleh itu pantai tersebut sengaja di tetapkan untuk pengunjung yang telah
menjadi member sahaja.
Mereka
menaiki ke rumah utama yang berhadapan dengan pulau di depan pantai mereka.
Rumah utama yang hanya menempatkan keperluan dan tempat rehat pemilik pantai
cantik dengan rekaan unik seratus peratus dari kayu jati. Dari tempat duduk
berehat yang selalunya diguna besi untuk berjemur hinggalah lantai dan dinding
rumahs semuanya diperbuat dari kayu jati.
“Sudah
habis round? Aku nak tunjuk rumah kau
lagi. Kemudian kau hantar aku balik pula.”
Iskandar
yang tadi sudah berjalan mendahului Insyirah berpaling memandang gadis yang
memakai t-shirt besar dan kasut converse berwarna pink itu. Kalau ikut
ketinggiannya macam orang dewasa tapi pemakaian Insyirah yang serba merah jambu
memang tidak sesesuai. Lagipun matanya sempat melirik buku rujukan SPM prinsip
perakuanan. Sudah tentu dia juga pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
“Aku
pelik betul dengan kau ni. Mysterious
sungguh. Apa yang hebat sangat untuk jadi tourist guide aku pun tak tahu.
Banyak pula kau tahu pasal tempat ni.”
“Aku
dah kata aku familiar dengan tempat
ni. Baik kau diam dan ikut aku ke kereta sekarang.”
“Aku
nak tidur dulu. Penat. Kau kata kau familiar
dengan tempat ni so kau ronda-rondalah lagipun kalau dah familiar tidak akan sesat punya.”
“Kau
ingat kau saja penat? Aku penat fizikal dan mental tau tak. Penat tunggu kau
sedangkan aku baru sahaja balik dari tuition
tadi.”
Iskandar
memandang wajah Insyirah tanpa sebarang perasaan. Matanya yang memang redup
betul-betul mengantuk.
“Ada
aku kesah?” soalnya. Dia berjalan ke bilik utama untuk tidur. Kunci pendua
rumah utama yang ditinggalkan kaunter pendaftaraan di guna untuk membuka rumah
tersebut.
“Tuan
muda seorang ni memang menyakitkan hati betul!” rungut Insyirah. Dia
menyilangkan kedua belah tangan. Cuba berfikir untuk agenda seterusnya.
Iskandar sudah pun tutup bilik utama.
Siap
letak penanda no disturb lagi di
tombol pintu.
“Arrghh…!!”
jerit Insyirah kuat dari beranda rumah tersebut ke pantai di hadapannya.
Bergema suara Insyirah berpaling balik. Biar Tuan Muda Cerewet tu tekanan
dengan suaranya.
“Mak!
Irah nak balik…!” ujarnya.
Dia
sudah duduk di di bangku yang direka khas untuk orang berjemur di beranda
tersebut. Lama-kelamaan Insyirah tertidur dengan berjemurkan matahari yang
terik.
Insyirah
tersedar dari tidurnya terdengar bunyi ombak laut berbunyi. Matanya dipisat
kasar. Masih lagi mengantok sebenarnya. Payung besar yang menghalang dia dari
terkena matahari dipandang pelik. Setahu dia matahari tersebut tiada sebelum
dia tidur.
“Siapa
pula letak payung gerai ni dekat sini. Besar tahap gaban. Satu badan aku
tertutup.” Insyirah bermonolog.
“Lantaklah…!
Janji kulit aku kekal putih!”
Bilik
di dalam dijeling. Masih belum ada tanda-tanda hendak keluar bilik lagi Tuan
Muda di dalam bilik tersebut. Lena sangat tidur berhawa dingin. Semula bilik di
rumah dan chalet mempunyai penghawa dingin.
Insyirah
membuka kasutnya lalu di ambil. Dia ingin berjalan-jalan menyulusuri pantai
tersebut. Angin petang yang kuat memang selesa dan menenangkan. Kelihatan
beberapa orang pengunjung sedang berkelah. Ada juga yang berenang dari pantai
ke pulau hadapan. Jarak pulau tersebut dengan tepi pantai tidaklah jauh sangat.
Bagi sesiapa yang hebat dalam berenang mudah sahaja bagi mereka.
Setelah
penat berjalan Insyirah mengambil satu batang kayu kecil. Dia ingin melakarkan
kata-kata di tepi pantai tersebut. Hobinya untuk berpuisi dan berkata-kata
memang sudah menjadi kegilaanya.
Insyirah
duduk mencangkung lalu menulis beberapa kerat ayat.
Pantai biru indah di mata,
Menenangkan hati yang gundah gulana.
Sukar untuk melafazkan perasaan hamba,
Tentang keindahan tercipta dari -Nya
Sungguh sempurna tercipta,
Tanpa cacat cela.
“Amboi
romantiknya.” Tegur seseorang. Insyirah buat tidak tahu dengan suara yang
menegurnya. Bukan sombong tapi sekali dengar dia sudah tahu siapakah gerangan
manusia tersebut. Siapa lagi kalau bukan Tuan Muda Zaril Iskandar.
“Suka
hati akulah nak romantik.”
“Kau
jalan kenapa tak bagitahu aku. Kalau hilang siapa yang susah? Aku juga yang
kena jawab.”
“Ada
aku kesah?” balas Insyirah balik sambil mendonggak memandang Iskandar yang
berdiri di sebelahnya. Cahaya matahari yang silau membuatkan dia terpaksa
mengecilkan matanya.
“Menjawab!
Penat aku cari kau dari tadi.”
“Kau
juga kata yang aku tidak akan sesat punya.” Insyirah menjawab lagi.
“Kalau
ada lanun padan muka kau. Biar kena culik. Menjawab je kerja.”
“Ingat
ni tempat apa? Caribbean? Ada lanun datang?”
“Budak
seorang ni. Berbakat betul jadi lawyer. Loyar buruk! Jom balik. Tadi membebel
nak balik awal.”
“Balik?
Yeah! Jom aku tunjuk jalan.” Semangat Insyirah berdiri.
Mereka
meronda-ronda dulu seluruh bandar. Kemudian Insyirah menyuruh Iskandar
menghantarnya ke stesen bas. Lagipun dia sudah menunjukkan jalan ke rumah
Iskandar sebab haluan rumah mereka berbeza. Iskandar kena memandu jauh untuk
masuk ke kawasan kampung lagi untuk menghantar Insyirah ke rumah oleh itu
Insyirah menolak ketika lelaki itu menawarkan diri menghantarnya pulang.
“Bye Tuan Muda Zaril Iskandar bin Zaril
Iman. Hasta La Vista! ” jerit Insyirah. Dia tidak mempedulikan orang ramai yang
memandangnya pelik.
“Nur
Insyirah binti Fauzi. Maksud nama aku cahaya kegembiraan. Kalau orang tengok
muka aku. Aku yakin pasti mereka seceria Astro Ceria. Tapi kau panggil aku Irah
je sebab nama aku panjang sangat.” Ujar Insyirah
Tersenyum
Iskandar mengingatkan sesi pendamaian antara dia dengan Insyirah sebelum gadis itu
turun dari kereta. Sekurang-kurangnya tekanannya pasal wasiat dapat dilupakan seketika.
Esok dia terpaksa berjumpa untuk peguam tersebut yang sudah pun tiba sehari lebih
awal dari dia di sini untuk mendengar kandungan syarat ke dua.
Setelah
balik-balik bergaduh dalam kereta pasal dia lambat memandu, Insyirah kelaparan dan
juga salah jalan membuatkan kereta mereka kecoh tanpa suara dari radio. Tapi sampai
sahaja di stesen bas mereka, Insyirah sudah mengesahkan perang damai antara mereka.
“Tak
payah nak gaduh lama-lama. Tak baik untuk kesihatan. Memandangkan ini last sekali
aku tengok muka kau yang bajet Sam buncface ni so aku nak damai dah.” Ujar Insyirah
sambil menghulurkan tangan..
Iskandar
menyambut huluran tersebut.
“Damai.” Kata mereka serentak.
pesanan penaja: sila tinggalkan jejak di komen..=)
saya perlukan sambungannya... :)
ReplyDeletebest la!! sangat... :D
bestnye cite nie...nak smbgannya ag...hehehe
ReplyDeleteAkak Citer Niee Mmg Best !! Nanak Sambungannya Yerr !!
ReplyDeleteChaiyok !!
~Fae~
haha..suke pot pet irah tu..
ReplyDeletebest best best! cpt smbg! please1000xx
ReplyDelete