Bunyi bising plastik menganggu lena Fiera yang
sedang enak diulit mimpi. Dahinya berkerut. Enggan membuka mata yang terasa
berat. Tapi bunyi bising orang memang menganggu tidurnya. Tengah sedap-sedap diulit
mimpi sang pencinta wanita, tatkala jari manisnya bakal disarung dengan sebuat
cincin emas bertahtakan berlian. Ketika itu dia bersiap untuk mengangkat muka
bagi melihat si jejaka yang telah pun menjadi imamnya.
Kruk… kruk.. bunyi plastik dibuka sekali lagi mengeluarkan bunyi
yang kurang enak dan menganggu tidurnya. Dan akhirnya mata Fiera terbuka luas. Cis… kacau mimpi aku aje!
Sekujur tubuh yang sedang sibuk ‘menyibukkan’ diri
sendiri di satu sudut bilik itu dipandang. Tekun lelaki itu menuang makanan ke
dalam bekas kontena.
“Apa kau buat tu Fiq?” tanya Fiera akhirnya. Mata
yang berat digosok. Kemudian dia duduk bersandarkan kepala katil. Pandangannya
tertacap pada Taufiq yang berada di meja berdekatan katilnya.
Taufiq tidak mnejawab soalan Fiera. Sibuk
berangkali. Usai meletakkan bubur ke dalam bekas makanan itu. Dia menuju ke arah
Fiera dengan milo yang telah telah siap dibancuh. Tempat disisi katil menjadi
sasaran. Bukan tiada bangku disediakan tapi sengaja supaya senang untuk menyuap
orang tengah sakit ni. Mug milo diletak atas meja sisi katil.
“Makan.” Kata Taufiq sepatah.
Mata Fiera terus memandang bubur dalam bekas makanan
itu. Bubur! Haish… ini yang lemah
skru lutut ni.
“Jangan risaulah. Ini bubur McD bukan bubur dari
hospital. Baca doa makan.” Arah Taufiq. Usai menadah tangan membaca doa makan,
Fiera ingin mencapai bekas makanan berisi bubur kegemarannya tapi Taufiq lebih
pantas menjauhkan tangannya.
Fiera muncungkan mulut. “Nak makan…” rayunya. Perut
digosok beberapa kali.
“Tak sedar tangan tu mengigil kesejukan. Nak juga pegang
kontena ni. Kalau jatuh macam mana? Aku tak nak pergi beli lagi. Jauh
tau!”
“Habis tu macam mana nak makan?” tanya Fiera lurus.
“Aku suap. Sekarang selimutkan dulu badan kau tu.
Aku ada pesan kat jururawat lain bawakan ekstra selimut untuk kau.”
“Sejuklah Fiq… tak suka aku. Bila aku boleh keluar
ni?” rungut Fiera. Mulut pucat itu kemudiannya dibuka apabila Taufiq
menghalakan sudu ke mulutnya. Hrmm… nyum… nyum… sedap!
“Nanti. Nantilah. Buka mulut tu besar sikit. Aaaa...”
arah Taufiq. Mulutnya turut ternganga. Ngap!
Sekali lagi bubur selamat dimasukkan ke dalam mulut Fiera.
“Ingat orang budak kecil ke? Minta air tu.
Sejuknya…”
“Sejuk eh?” Satu senyuman jahat terlakar dibibir
Taufiq. Dengan mulut yang merah bersama dengan muka yang putih melepak. Taufiq
ada bakat untuk memainkan watak The Joker
dalam siri animasi kartun Batman berbanding dengan Ammar.
“Nak aku tolong panaskan?” sambung Taufiq lagi.
Ah! Sudah kepala otak kuning Taufiq mulai dijangkiti
virus gatal. Laju tangan Fiera menutup badannya hingga ke leher.
Tergelak besar Taufiq memandang wajah kalut Fiera.
Mug yang diletak pada meja sisi katil diambil lalu didekatkan pada pipi kanan Fiera.
Kemudian bertukar ke kiri pula untuk memberi haba panas. “Panas? Boleh tak kau
fikir yang elok-elok pasal aku yang baik hati ni.”
Fiera mencebik. Mug milo diambil. Suka bila Taufiq
dekatkan mug pada pipinya. Terasa diri dimanjakan. Yang pasti, pipinya merona
kemerahan bukan disebabkan haba panas dari mug tapi atas sikap Taufiq padanya.
Kedua tangannya memegang mug tersebut. Sesekali Fiera
menghirup milo sambil membuka mulutnya untuk disuap oleh sang jejaka. Haiyaa hati… izinkan aku terbuai
seketika. Buat sekian kalinya Fiera terlupa akan status Taufiq yang sudah
berpunya.
“Done.
Lepas ni kau mandi. Aku ada bawa beg yang Anis kirim. Dia kata dalam tu dah ada
segala keperluan kau. Berus gigi, ubat gigi dan sabun pun dia dah tolong
sediakan.” Kata Taufiq setelah usai menyuap Fiera.
“Fiq…”
“Apa?” tanya Taufiq. Wajah Fiera dipandang sekilas.
Bekas-bekas makanan diletak atas dulang.
Fiera geleng kepala. Terbantut segala yang hendak
diluahkan.
Senyap. Mereka hilang kata-kata. Taufiq berdiri
bersama bekas makanan dan mug tadi.
Kemudian tisu dibasah dikeluarkan dari dalam tas
tangan Fiera. Tahu sangat stok tisu basah sentiasa update dalam tas tangan itu. Tidak pernah kurang. Begitu juga hand senitizer jenama Dettol mesti ada
dalam tas tangan itu sejak dulu lagi. Dan sejak dulu jugalah Taufiq orang yang
suka menjahanamkan hand senitizer dan
tisu basah Fiera.
Taufiq mendekati Fiera sekali lagi. Mulut gadis itu
yang sedikit comot dilap lembut. “Comot!” komennya.
Tubuh mereka yang dekat membuatkan nafas antara satu
sama lain terasa. Fiera menelan air liur. Matanya yang sedia ada besar makin
dibesarkan. Gugup! Itulah perasaan yang menyelubungi segenap hati mereka
berdua. Tapi Taufiq lebih bijak menyembunyikan perasaannya. Lagak macho dan
selamba masih dipamerkan.
Tok… tok… tok.. pintu bilik diketuk.
“Assalamualaikum.” Salam diberi dari seorang jururawat perempuan.
Taufiq berdehem. Dia menjarakkan diri dari Fiera.
Wajah jururawat yang datang itu dipandang sekilas. Fiera pula memandang ke arah
lain. Malu tertangkap dengan jururawat itu. “Waalaikumsalam Tina. Masuklah.”
“Maafkan saya menganggu doktor.” Kata jururawat
bernama Tina itu sambil tersenyum-senyum. Bukan dia tidak nampak scene mengelap mulut pesakit perempuan
itu. Tina melangkah masuk ke dalam wad. Kedua pasangan itu didekati.
“Saya bawakan selimut yang doktor minta.” Selimut
yang berada ditangan Tina diberikan kepada Taufiq.
“Thanks
Tina.”
Fiera diam. Cukup sekadar menjadi pemerhati. Dia
membalas senyuman tatkala jururawat itu senyum memandangnya.
Beberapa minit selepas jururawat itu keluar. Fiera
memandang wajah Taufiq.
“Apa?” tanya Taufiq. Pelik apabila Fiera
memandangnya tidak berkelip.
Mata Fiera ditutup perlahan. Kemudian dia membuka
mata bundarnya. Dahi sengaja dikerut beberapa lapisan. Dia sekali lagi merenung
Taufiq. “Dalam hospital ni? Ada berapa ramai misi yang minat kat kau selain
Husna?” soal Fiera. Dagu yang tidak gatal sengaja digaru.
Kening Taufiq terangkat. Renungan Fiera dibalas.
Ingat aku takut? Dia mendekatkan wajahnya pada muka Fiera. Jarak mata mereka
dekat lebih kurang seinci. Mata Fiera sekali lagi membesar. Dia pulak tidak
bergerak.
“Kalau aku cakap ramai. Kenapa? Jeles?”
Fiera berdengus. Satu senyuman sinis terlakar
dibibir. Dia memandang ke arah lain sebelum membalas pandangan Taufiq semula.
“Tiada maknanya aku nak cemburu dengan kau.”
Taufiq kemudiannya ketawa berdekah-dekah. Dia
berdiri lalu mengosok kepala Fiera hingga tudung gadis itu kusut masai. “Nampak
sangat cemburu tu Fiera.”
“Orang kata tanda cemburu tu…” sambung Taufiq lagi.
Kata-katanya sengaja dilambatkan.
“Tanda apa?” tanya Fiera kembali. Kura-kura dalam
perahu, pura-pura tidak tahu. Padahal dalam hati Tuhan saja yang tahu! Jantung
Fiera berdebar-debar macam nak tersembul. Jangan sampai terkantoi sudah.
“Tanda orang tu busuk. Dua hari tak mandi-mandi! Aku
keluar dulu. Ada kerja lagi nak buat. Pergi mandi! Bye sayang. Adios!” ujar
Taufiq selamba. Dia terus keluar tanpa sebarang riak bersalah mengenakan Fiera.
Bibirnya tidak pernah kering dengan senyuman.
Duduk keseorangan dalam bilik ini memang
membosankan. Dia membuka tinkap. Kepala didongak memandang langit yang cantik
dihiasi gemerlapan bintang pada waktu malam. Sunyi sungguh hospital ni.
Alangkah indahnya kalau ahli keluarganya bersamanya. Tapi indah mimpi dari
realiti. Itu adalah perkara yang terlalu mustahil untuk berlaku.
Hati Fiera tertanya akan kelibat Ammar dan Adam.
Entah apa yang terjadi petang tadi? Bergaduh tak habis-habis. Sesekali Fiera
tertanya-tanya bagaimana hendak menyatukan mereka bertiga ini. Duduk semeja tak
pernah aman, berjalan bersama tidak pernah berbaik sampaikan bercerita pun ada
kata-kata yang memerli antara satu sama lain.
Sekali lagi kebosanan menyapa. Tadi Taufiq tawar
diri untuk menemaninya tapi ditolak bulat-bulat. Bukannya tidak pernah tapi
Fiera risau juga. Risaukan hatinya terbuai seperti kejadian tadi. Hati seorang
perempuan. Sekeras macam mana pun tetap ada kelembutannya. Selepas menghantar
makan malam untuknya, Taufiq pun balik ke rumah. Lagipun dia tidaklah kejam sangat. Taufiq pun
perlu berehat juga.
Tangannya dimasukkan ke dalam poket jaket Manchester
milik Taufiq. Anis terlupa hendak sediakan baju sejuk. Nasib baik Taufiq
pinjamkan jaketnya yang memang tersedia dalam pejabat lelaki itu.
Bunyi telefon menghentikan lamunan Fiera. Ammar!
Entah apa cerita mamat seorang ni.
“Assalamualaikum Fiera.” Lemah saja nada Ammar
kedengaran disebalik corong telefon.
“Waalaikumsalam.”
“Fiera, aku nak minta maaf. Aku rasa bersalah
sangat.”
Fiera memandang skrin telefon. Masih ingin
memastikan sekiranya itu ialah Ammar. Kenapa lain saja suara? Selalunya Ammar
orang yang paling bersemangat setiap kali bercerita dengannya. “Kalau rasa
bersalah kenapa tak jenguk aku langsung pun.” Gertak Fiera. Niat di hati hanya
ingin bergurau saja tapi lain pula yang dibalas oleh Ammar.
“I’m so sorry
my dear. Aku tunggu kau lama kat luar. Tapi aku masih lagi takut nak jumpa
kau. Lepas tu aku dapat panggilan. Video aku bergaduh dengan Adam tersebar. Ada
budak rakam dan sebarkan kat internet. Aku terpaksa uruskan benda ni. Maaf
Fiera, nama kau pun tersebar gara-gara aku. Tapi aku dah handled benda ni… don’t worry...”
Kata Ammar lemah walaupun dia berjaya cover
beberapa perkara agar nama Fiera tidak berjaya tersebar luas. Cuma ada beberapa
pihak saja yang masih keras kepala.
Fiera mengeluh.
“It’s okay
Am. Kita pun tak nak perkara ni berlaku. Aku pun malas nak marah-marah.”
“Kau tak apa-apa? Aku terkejut bila dapat tahu kau
pengsan. Niat aku nak bawa kau keluar sebab takut sakit gastrik tapi gara-gara
aku pulak penyakit kau tu datang. Aku ni cuma tahu menyusahkan kau aje kan.
Entahlah…” keluhan demi keluhan diluahkan. Rasa bersalahnya pada Fiera
mengunung.
“Aku okay. Jangan risau. Sudahlah. Aku tak salahkan
kau pun. Tapi lain kali jangan bertindak terburu-buru ye. Janji dengan aku.”
Kata Fiera. Dia sendiri pun malas hendak panjangkan cerita.
Cermin tingkap dipegang. Dia melakar sesuatu pada cermin
yang berkabus akibat penghawa dingin yang sejuk. Fiera tersenyum lucu. Teringat
kenangan kanak-kanak dulu ketika melukis beruang ini sambil menyanyi kecil.
‘Bulat kecil, bulat kecil. Bulatlah besar. Sayang
papa, sayang mama, sayang semua. Enam darab enam tiga puluh enam, enam darab
enam jadilah beruang. Macam budak tadika.’
Desis hatinya.
“Baiklah aku janji. Aku datang jenguk kau esok
boleh?”
Tertawa kecil Fiera mendengar soalan Ammar.
“Bolehlah. Macamlah aku ni VIP sangat sampai susah nak jumpa.”
“Masalahnya Taufiq. Aku malas nak bergaduh lagi.
Sakit bergaduh dengan Adam pun masih lagi terasa lagi ni. Esok nak aku bawakan
makan apa-apa tak?” Ammar sendiri pun tahu tentang Fiera yang tidak suka
makanan di hospital.
“Tak payahlah susah-susah. Aku tiada selera nak
makan sangatlah. Muka kau lebam teruk ke? Jangan lupa tuam guna ais supaya
surut sikit bengkak tu.”
“Aku okay lagi. Okaylah Fiera. Aku dah nak tidur.
Penat betul hari ni. Assalamualaikum.”
“Baiklah. Waalaikumsalam.”
“Kau pun janganlah tidur lewat sangat. Ambil masa
sekarang ni rehat.” Sempat lagi Ammar menghadiahkan ‘pesanan penaja’ sebelum
mematikan talian.
Fiera merayau-rayau kawasan hospital. Bosan asyik
terperuk dalam bilik saja. Walaupun perasan dirinya seolah diperhati tapi dia
tetap dengan lagak selambanya. Banyak yang Fiera perhati dari tadi. Dari ragam
pesakit yang banyak keranah hinggalah aksi tangis menangis di kawasan wad
berdekatan.
Bosan betul terperuk dalam wad sahaja. Walaupun
Ammar ada datang melawat tapi untuk seketika sahaja. Sebab lelaki itu perlu
pulang semula ke Johor. Ada masalah pejabat yang memerlukan dia. Sempat lagi
Ammar merungut kerana terpaksa pulang walaupun cutinya masih berbaki dua hari.
Adam pula masih tidak kelihatan, khabar berita pun
langsung tiada. Menurut Anis, teruk Adam dimarahi oleh Tan Sri Fuad semalam.
Sempat juga mereka buka gosip liar ketika Anis dan ibu bapanya datang tadi.
Tapi bergosip secara cover line
jugak. Waktu umi dan abah hendak balik. Dia sengaja buat alasan ada kerja
sekejap nak buat dan menyuruh umi dan abahnya balik dahulu ikut pemandu mereka.
Padahal nak buka kedai kopi dengan Fiera. Mengumpat abang kembar sendiri. Ish… ish… ish…
“Fiera…!!!” lamunan Fiera lesap sebaik sahaja
namanya dipanggil. Huish! Merona kemerahan pipinya apabila namanya dijerit
sedemikian. Apa tidaknya! Nada suara dengan pitching
yang agak tinggi itu memang mampu menarik perhatian orang sekeliling. Ikutkan
hati, mahu saja dia pakai topi pada jaket Manchester Taufiq yang elok tersarung
dibadannya.
Fiera memandang lelaki yang sedang berlari anak ke
arahnya. Macam ku kenal? Tapi di mana ya?
“Lupa pasal saya ke? Hazmi… housemate Taufiq.” Kata lelaki itu seolah mengetahui apa yang
sedang bersarang difikiran Fiera.
“Hazmi… ya, ya ingat. Eh! Taufiq tak cakap pun awak
ni doktor juga.” Kata Fiera terangguk-angguk. Teruk betul dia ni. Berapa tahun
kenal dengan Taufiq tapi teman serumah lelaki itu pun tak ingat. Itupun baru
saja kenal ketika mereka berbeku dahulu.
“Oh! Saya memang kerja kat sini. Ardi dan Bad yang
kerja lain. Awak dah okay? Semalam Taufiq ada cerita yang awak dimasukkan ke
hospital.” Kata Hazmi.
“Alhamdulillah sihat. Tapi Taufiq tu je yang
melebih-lebih. Rasanya tunggu saya menetap sini baru dia senang hati kot.”
“Kalau terus menetap dihatinya lagi dia suka.” Gumam
Hazmi sendirian.
“Apa awak cakap tadi? Tak jelas…”
Hazmi tersenym.
“Nothing. Awak tunggu Fiq ke?
Rasanya belum sampai lagi kot. Dia masuk kerja petang hari ni. Syif malam.”
Terangguk-angguk kepala Fiera. Patutlah belum nampak
batang hidung Taufiq lagi. “No wonder la
tak nampak batang hidung dia lagi...” Bercakap dengan Hazmi tidaklah kekok
sangat. Lagipun Fiera tahu yang Hazmi sudah sedia maklum tentang lakonannya dan
Taufiq sebagai pesangan kekasih. Taufiq yang beritahu.
“Baiklah Fiera, saya nak pergi dulu. Nice chat with you… kalau Fiq tahu saya
dok bercerita dengan awak. Mahunya dia cemburu tujuh hari tujuh malam.” Gurau
Hazmi sambil tergelak kecil.
Fiera menjuihkan bibir. “Tiada maknanya dia nak
cemburu…”
rindu mau update en3..
sape lh jejaka yg bakal berthata dihati fiera?!!!tq dek ilang dah rindu kat fiera dah lama tk dating ngan nyer...
ReplyDeletewahh.. la dah tertgl cerita nie
ReplyDelete