Layan kanak-kanak yang kusyuk bermain membuatkan
Fiera terleka sebentar. Entah macam mana dia boleh tersesat dalam wad
kanak-kanak pun dia sendiri tidak tahu. Jalan punya jalan sampailah ke sini.
Fiera mengambil tempat di sebuah kerusi kanak-kanak
yang tersedia. Beberapa orang ibu bapa turut berada di bilik permainan yang
tersedia untuk pesakit kanak-kanak itu. Gelagat kanak-kanak yang bermain
mengusik hati wanitanya. Zaman kanak-kanak antara zaman terbaik setiap insan.
Tiada benda yang perlu di risaukan. Tiada bil-bil tertunggak yang perlu
diselesaikan, tidak perlu memikirkan isu keluarga ataupun pekerjaan kendiri.
Semuanya kosong, suci dan bersih lagi.
Sedang leka memerhati kanak-kanak yang sedang
bermain. Fiera terpandang seorang kanak-kanak leleki lingkungan 10-12 tahun
yang termenung jauh. Budak lelaki itu seakan ingin mengikut serta kanak-kanak
yang sedang leka bermain permainan yang sedia ada. Pucat! Itulah yang dapat
digambarkan olehnya kini.
“Leukemia.” Satu suara menganggu Fiera dari terus
melihat kanak-kanak itu.
Fiera terus memandang lelaki yang mengambil tempat
disebelahnya. “Sudah berapa hari budak tu kat sini. Disyaki menghidapi penyakit
Leukemia.” Terang lelaki itu. Seakan mengerti bahawa Fiera ingin mengetahui
lebih lanjut.
“Kesiannya. Kecil-kecil lagi kena berlawan dengan
penyakit.”
“Sebab itulah kita kena hargai tubuh badan kita yang
sihat walafiat ni. Bukan macam kau. Tak pandai nak jaga diri sendiri! Ni kenapa
gatal kaki sangat nak berjalan. Puas aku pusing satu hospital cari kau. Telefon
pun tak bawak!” omelan dari doktor Taufiq membuatkan Fiera jengkel. Baru nak feeling, feeling!
Satu jelingan maut dihadiahkan untuk lelaki itu.
“Aku sakit kepala la Fiq. Nak dukung belakang!”
Fiera menekan-nekan dahi. Sakitlah tu. Konon-kononnya la! Padahal saja nak test si doktor.
Tok! Fiera mengosok kepala yang diketuk. Sakit! huhuhu…
“Otak kau yang sakit. Jom ikut aku. Aku bawakan sup
panas. Baik kau makan sementara masih panas-panas.”
“Kau masak ke?” tanya Fiera ketika mereka berjalan
seiringan.
“Sup tu? Eh! Tiada maknanya aku nak masakkan. Aku
minta tolong mak angkat aku masakkan.”
“Umi ke?’ tanya Fiera lagi. Sangkanya umi Adam.
“Tak. Mak angkat yang aku jumpa waktu naik umrah
dulu waktu aku mula-mula masuk islam.”
Terangguk-angguk kepala Fiera. Taufiq pernah cerita
tapi dia yang terlupa pasal keluarga yang banyak bantu lelaki itu semasa di
Makkah dulu.
“Huwaa…
tak sabar nak rasa. Mesti sedapkan? Minum sup panas petang-petang macam ni
memang best. Kat hospital ni sejuk nak mampus. Semalam pakai jaket dan dua
lapis selimut pun aku masih lagi bergegar kesejukan.” Komen Fiera.
“Alah kau tu aje yang buang tabiat. Sejuk sikit pun
tak tahan. Fiera…!!” panggil Taufiq mengejut. Langkahnya terhenti secara
mendadak. Satu idea jahat timbul secara tiba-tiba.
Fiera yang sudah beberapa langkah ke hadapan menoleh
belakang. Senyuman manis Taufiq itu membawa seribu satu maksud tersirat dan
tersurat. Boleh buat orang cuak!
“Apa hal?” tanya Fiera kasar. Dup… dap… dup… dap… jantungnya memandang wajah kacak Taufiq yang
dihiasi dengan senyuman manis itu. Tidak dapat disangkalkan lagi. Taufiq memang
kacak! Tidak hairanlah kalau ramai perempuan yang melekat tangkap cintan macam stick note dengannya.
“Sejuk tak? Hrmm…
kalau macam tu how about something nice
and warm? Like a big warm hug for you… ” kata Taufiq sambil mendepakan
tangan dan berlari mendekati Fiera.
Zupp… dengan langkah panas Fiera duduk mencangkung.
Tengok! kan dah cakap… otak Taufiq kuning dan senyuman miang macam kucing
beranak empat tu memang tidak boleh harap! Gatal nak mampus…
Taufiq terpeluk diri sendiri. Dia kemudiannya
mencari Fiera yang hilang tiba-tiba. Sekali tunduk ke bawah. Gadis itu
tersenyum meleret. Fiera menjelir lidah. “Bluerrkkk!!
Doktor gatal…!!!” jerit Fiera kuat. Kemudian apa lagi? Buka langkahlah… cabut!!
Tergelak besar Taufiq memandang Fiera yang berlari.
Baru acah sikit saja pun. Orang ramai yang memandang mereka hanya mampu geleng
kepala saja. Pandang Taufiq yang gelak tidak ingat dunia.
Bukk!! Bagai nangka busuk Fiera terjatuh. Pinggan
yang sakit dipegang. Mak oi tidak perasan pula dia papan tanda lantai licin yang sedang tegak berdiri di tepi.
Rasa macam nak tendang kasi patah-patah saja papan tersebut. Buat aksi karate. Hehehe... macamlah aku reti berkareta bagai. Komennya dalam hati.
Taufiq yang tadi ketawa besar terhenti. Dia
memandang Fiera yang sudah terduduk. Kemudian sambung gelak lagi. Langsung
tidak peduli muka cemberut Fiera menahan sakit.
“Taufiq tolonglah…” panggil Fiera. Dia cuba untuk
berdiri. Tapi tidak pasal-pasal kakinya terseliuhlah pulak.
Perlahan kaki Taufiq melangkah mendekatinya sambil
menghabiskan sisa tawanya.
“Kau dah kenapa?” tanyanya. Dia duduk menghadap
Fiera.
“Kaki aku terseliuh. Kau punya pasal la. Gatal tak
kena tempat!”
“Habis tu tempat mana yang best untuk mengatal?” Taufiq tayang senyuman miang itu lagi.
“Eee... kau ni. Rasa macam nak ketuk saja kepala tu
dengan tukul. Biar betul sikit otak kau tu. Sengal!”
Setakat omelan basi Fiera tu langsung tidak berbekas
di hati Taufiq. Makin dia gelak adalah. Taufiq pusing membelakangi Fiera. Macam
itik pula gayanya duduk sambil berpusing begitu. Sempat lagi Fiera kutuk.
“Naiklah cepat.” Arah Taufiq.
“Belakang kau?”
“Iyalah cik Fiera oi…”
“Hish tak naklah aku. Buat malu aje. Carikan la aku
kerusi roda.” Yang dalam wad kanak-kanak tadi tu saja nak testing Taufiq. Bukannya betul-betul nak naik belakang Taufiq pun.
“Ek elleh. Demand
pulak. Kalau aku pergi cari. Terkial-kial la kau duduk sorang-sorang kat lantai
ni.”
“Nak ke tak nak ni?” gesa Taufiq.
Fiera berkira-kira dalam hati. Ada benar juga
kenyataan Taufiq. Takkan la dia nak duduk atas lantai itu sementara Taufiq
pergi ambil kerusi roda. Dia merengus.
Akhirnya mengalah juga. Perlahan-lahan tangannya memaut leher Taufiq.
“Huagh! Berat juga cekeding ni.” Komen Taufiq sambil berdiri. Dia berdiri seketika
untuk mengawal keseimbangan badannya.
Fiera menumbuk bahu Taufiq. Berani tegur berat badan
aku. Sensitif tau bagi seorang perempuan jika berat badannya ditegur.
Terutamanya jika lelaki yang tegur.
“Sakitlah.” Rungut Taufiq.
“Jalanlah cepat..!!” wah! Lagak Fiera mengalahkan
mem besar. Huahaha! Tergelak dia jahat dalam hati.
comel..perilaku mereka berdua..
ReplyDeletefiera mmg comel n cute ngan perangai ngalah kn kanak2 riang... taufik pun dua x lima jer ngan fiera...sweet couple lh depa berdua ne...... nk g lh dek ciput lh...tk puas tau!!!muge taufik n fiera akn jd pasangan... hingga ade rase bibit2 cinta di hati masing2...
ReplyDeletebest .... cepatlah sambung
ReplyDelete