Thursday, December 6, 2012

Tembok Cinta bab 27



Fiera yang sudah selamat duduk atas katil memandang Taufiq yang sedang merengangkan badanya. Lagaknya seperti mengangkat seratus ton guni saja. Takkan la aku berat sangat kot? Getus hatinya. Balik rumah nanti kena check penimbang berat. Jarang makan pun boleh naik berat badan juga ka?
Auta saja yang lebih. Itulah gaya Taufiq sekarang ni. Setakat berat badan Fiera yang kurus kering tu apa saja la. Tapi saja nak pancing perhatian Fiera.
Fiera buat derk. Ingat aku kisah. Lepas ucap terima kasih dia pura-pura saja tidak tahu. Kaki yang terseliuh pun masih lagi sakit. Malu dipandang oleh orang lain semasa perjalanan masuk ke dalam wadnya pun belum lagi hilang. Bukan dia tidak perasan banyak mata-mata yang memandang dia didukung oleh Taufiq.
Mengalah juga akhirnya. Haih! Susah betul nak ambil perhatian budak hati batu ni. Getus hati Taufiq. Dia mengambil termos yang berisi sup panas. Lalu dituang ke dalam penutup termos tersebut. Dia memberi sup tersebut pada Fiera.
Apa lagi tersenyum lebarlah Nurul Zaffiera. Senyuman kemenangan! Sup yang masih panas dihirup. Dia biarkan saja Taufiq membelek kakinya yang terseliuh.
“Argh!!! Sakit… sakit… sakit… Perlahanlah sikit.” Fiera mengerang kesakitan apabila Taufiq menekan-nekan bahagian yang terseliuh.
“Sabarlah. Tahan sikit. Teruk juga ni… nanti aku suruh nurse balut. Tak tahan aku hidu bau kaki kau ni. Busuk!”
“Amboi! Tak sedar mulut longkang kau tu busuk tahap gaban. Nak kutuk kaki aku pulak!”
“Sensitif! Kutuk sikit pun nak terasa. Apalah!” Kaki Fiera diletak atas ribanya. Kemudian Taufiq mengurut perlahan-lahan.
Fiera menjuih bibir. “Malas nak bertekaklah Fiq. Tiada mood. Takkan kau tak perasan. Dari dulu sampai sekarang kita selalu bertikam lidah. Aku pun reti penat jugak.”
“Bukannya bergaduh serius pun. Main-main je kan.”
“Memanglah tak serius. Tapi… entahlah.” Sebenarnya Fiera hendak sambung lagi. Taufiq… Bukankah orang ada cakap. Jangan selalu bertikam lidah, nanti boleh jatuh cinta! Dan sekarang aku sudahpun jatuh cinta dengan kau. Kata-kata yang ingin disambung. Tapi Fiera tidak mampu meluahkannya.
“Tapi apa?” duga Taufiq. Rasa macam digeletek pula hatinya bila Fiera cakap sekerat-kerat.
“Entahlah. Aku pun tak tahu. Kadang-kadang aku rasa kita over limit. Maksud aku sebagai kawan. Aku selalu bingung dengan status kita. Kawan ataupun kekasih. Kau jangan pula cakap aku ni perasan! But seriously, aku selalu rasa bersalah. Kau tu ada couple but then… entahlah.  Aku selalu rasa bersalah dengan kekasih kau tu.” Luah Fiera. Sesekali dia mengeluh berat. Entah kenapa dia berani meluahkannya. Mungkin sebab Taufiq kawan baiknya.
Kaki Fiera yang berada di riba Taufiq diletak perlahan atas katil semula. Taufiq bertukar tempat ke sisi Fiera. Wajah Fiera direnung seketika. “Kau jangan risaulah. Dia okay. Dia tak kisah punya.”
“Dia tak kisah Fiq. Tapi aku kisah. Perkara ni bukan boleh buat main-main.” Fiera membalas renungan tajam itu. Tapi hatinya tidak kuat. Dia mengalihkan pandangannya. Cukup sekali hatinya terbuai. Tidak untuk kali ini.
Tell me. Kalau kau anggap aku kawan kau. Bagitahu aku perasaan kau Fiera?”
“Aku tak tahu Fiq… aku sendiri pun keliru.” Keluh Fiera.
“Aku sayang kau Fiera. Tahu! Sekarang bukan masa sesuai nak luahkan. Aku sayang kau lebih dari seorang kawan. Aku cintakan kau Fiera.”
Fiera membalas pandangan Taufiq lama. Bola mata berwarna hazel itu ditenung. Kemudian ketawa besar dilepaskan. Lebih kepada ketawa yang dipaksa. “Hahaha… mengarutlah kau ni Fiq” beberapa titik air mata yang menitis dikesat.
“Mengarutkan? Tapi itu realiti.” Keluh Taufiq perlahan. Sudah agak. Fiera tidak akan percaya punya. Dia langsung tidak gelak. Tidak lucu Fiera oi…
Tawa Fiera terhenti. Dia juga turut menghembuskan keluhannya. “Habis girlfriend kau tu nak campak mana? Gaung?” kening seksi ala-ala Ziana Zain diangkat.
“Campak masuk dalam hati aku la…”
“Serius Fiq. Aku malas nak bergurau.” Fiera buat muka toya. Orang serius dia boleh pula buat aksi lawak ke der di sini.
“Akulah yang serius dari tadi. Kau tu saja ketawa macam kuntilanak. Ingat bagus sangat ke ketawa macam tu?”
“Diamlah! Tadi tu ketawa sedapkan hati je.”
“Elleh… ye la tu. Okay. I need to know what is your feeling towards me. Lepas tu aku curhat (curahan hati) segala-galanya. Aku sebenarnya tahu kau cintakan aku. Tapi saja nak dengar dari mulut kau sendiri. Hehe…” Taufiq menongkat bahu memandang Fiera. Menanti setiap butir kata dari bibir gadis itu.
Confident nampak! Kalau aku cakap aku tak sukakan kau?”
“Aku tak cakap kau sukakan aku. Aku cakap kau cintakan aku. Cepatlah cakap.” Balas Taufiq. Jelas dan ringkas. Sejak bila Taufiq jadi berani luahkan perasaan pada Fiera dia pun tak tahu. Mungkin sebab dia takut jauh dari Fiera lagi. Terutamanya sejak insiden kelmarin. Tambah lagi dengan nasihat Hazmi semalam serta keluhan Fiera tadi.
Dalam nafas ditarik. Cuba mencari kekuatan yang ada. Kalau dia luahkan pun belum tentu Taufiq dapat menerima ‘permintaannya’. Itu yang Fiera takut.  Fiera masih ragu-ragu. Menconggak baik buruk jika dia meluahkan perasaannya.
“Aku pun. Aku cintakan kau jugak…” katanya dengan nada yang terlalu perlahan. Cepat-cepat dia menghirup sup yang masih banyak dalam penutup termos itu. Sekurang-kurangnya dapat tutup separuh mukanya. Malu beb!
“Apa? Tak dengarlah…” Taufiq dekatkan telinganya. Dengar sebenarnya. Jelas menusuk ke telinga Taufiq lagi. Tipulah dengan jarak yang begitu dekat dia tidak dengar. Saja hendak mengusik. Hahaha!
Fiera mendengus. “Huh! Tiada siaran ulangan!” buat malu aku saja. Tengok senyuman nakal Taufiq itu. Tahu sangat nak mengusik.
“Ye la. Sekarang giliran aku pula. Teman wanita yang aku cakap dulu tu sebenarnya tak wujud pun. Mula-mula aku nak uji kau, manalah tahu kot-kot kau cemburu ke? tapi macam tiada effect pun. Jadi aku pun biarkan sajalah. Sebenarnya dalam hati aku ni cuma kau saja girlfriend aku. Lagipun 24 jam melekat dengan kau dari dulu pun kau tak perasan. Slow!”
“Sila betulkan 24 jam tu okay… aku bukan bini kau yang melekat 24 jam saja.”
“Alah… Isteri wanna be jugak kan? Kih… kih… kih… Jangan-jangan lepas tu 24 jam pun tak cukup.” Tersengih-sengih Taufiq. Belum apa-apa lagi sudah fikir benda lain.
“Ek elleh. Perasan! Siapa nak jadi bini kau.”
“Oh! Cabar aku eh. Kejap. Aku keluar cari mana-mana jururawat yang nak jadi bini aku. Ada je tu…” Belum sempat Taufiq berdiri. Lengannya sudah ditarik oleh Fiera.
“Jangan nak mengada-ngada! Duduk sini diam-diam.”
“Tahu pun cemburu.” Ejek Taufiq.
“Diamlah!”
“Jadi? Official la ni?”
Official apa pula?”
Taufiq tepuk dahi. Apa punya bengaplah Fiera ni. “My official girlfriends la! Slow jugak perempuan ni. Hish!”
Bulat mata Fiera. Dia cakap aku slow. Huhuhu… “Tapi ada term and conditions!”
“Kalau tak payah syarat-syarat tu?” Taufiq juih bibir. Entah apa lagi syarat yang dia dapat pula. Nak bercinta pun payah.
“Jangan harap nak jadi boyfriend aku!” tegas kata-kata Fiera.
“Apa punya kejamlah kau ni. Apa syaratnya?”
“Mula-mula, aku nak kau tahu yang aku sekarang ni tengah cari ibu bapa aku. Selagi tak jumpa selagi tu aku tak nak kahwin dulu...”
“Eh! Kalau tu senanglah. Esok pun boleh kalau nak jumpa ibu bapa kau kat kampung tu.” Celah Taufiq.
“Hish! Kau ni. Tunggu aku habis cakap baru mencelah boleh tak? Potong jalan betullah!” marah Fiera.
Taufiq mencebik. “Iya la. Ya la. Hah! Teruskan wahai penglipurlaraku.”
“Sebenarnya yang di kampung tu bukan ibu bapa kandung aku…” Fiera mula membuka cerita lama. Di mana bermulanya sebuah rahsia tentang dirinya terbongkar. Cerita tentang pergaduhan kecil antara ibu bapanya tentang Fiera yang hanya anak pungut.
“Jadi ikutkan cerita kau ni. Kau tak nak bercinta sebab tak tahu status kau anak apa la ya?”
Fiera mengangguk. “Yang aku ingat, aku ada terdengar ayah aku kata aku ni anak kakaknya. Tapi tak tahulah kenapa bininya tu benci sangat kat aku ni.”
Giliran Taufiq pulak terangguk-angguk. “Jadi maksud kau. Kau tak nak ada apa-apa hubungan sah selagi kau tak jumpa keluarga kandung kau?”
“Tidaklah macam tu juga. Aku pun ada otak. Kalau sampai ke tua tiada khabar berita pasal keluarga kandung aku. Tak kahwin-kahwinlah alamatnya. Aku nak sikit waktu lagi. Sekurang-kurangnya dua tahun ke?”
“Hrmm… baiklah. Dua puluh tahun pun aku sanggup! ”
“Ceh! Kalau sampai dua puluh tahun. Tak nak la aku. Muka kau pun sudah kerepot! Hahaha…”
“Gelak! Lelaki ni makin berusia makin laku. Makin ramai awek cun nak dekat…”
Telinga Taufiq menjadi sasaran. Pulas jangan tak pulas! “Aw… aw... sakitlah…!”
“Siapa suruh gatal tak ingat dunia. Huh! Benci.”
“Ehem…” Deheman seseorang menarik perhatian mereka. Kantoi lagi dengan jururawat semalam. Cepat tangan Fiera jatuh. Kantoi pulas telinga Taufiq.
“Eh Tina. Masuklah…” Taufiq meraba telinga yang sakit. Boleh tahan nak putus juga telinganya dikerjakan oleh Fiera.
“Saya ada bawakan pesanan doktor tadi.” Satu bungkusan plastik diberikan kepada Taufiq. Ada dua polistrina di dalam plastik itu.
Thanks. Nanti saya bayar balik ye. Nak temankan tuan puteri ni makan dulu. Nanti merajuk pula. Susah saya nanti. ”
Fiera besarkan anak mata. Dia mencebik.
“Tengok tu. Ni mesti cemburu sebab awak belikan makanan untuk saya. Sebab itu la tayang mulut itik. Sudah sudahlah nak cemburu Fiera. Tina ni dah usung dua orang anak. Kita ni saja tunggu tarikh keramat. Hahahaha!!”
“Mana adalah! Yiee.. Perasan!”
“Doktor, doktor. Sudahlah menyakat tu…” Tina hanya geleng kepala.
“Dia ni memang! Mulut tidak boleh pakai. Auta lebih dari fakta!” sokong Fiera. Dia menjelir lidah pada Taufiq.
“Tunjuk lidah tu. Gunting kang baru tau!” Taufiq halakan jarinya yang dibentukkan seperti gunting pada lidah Fiera. Tapi Fiera lebih pantas masukkan semula. Ingat takut? Ini Nurul Zaffiera la! Lebih pantas dari cheetah, lebih garang dari singa dan pastinya lebih comel dari panda! Haih! Ini sudah lebih. Hahaha
“Saya minta diri dulu doktor. Kalau ada apa-apa. Panggil je. Nasi tu tak payahlah bayar. Saya belanja. Enjoy your meals.” Kata jururawat itu sambil tersenyum pada Fiera dan Taufiq.
“Baiklah.” Anggukan Fiera dan Taufiq serentak.
“Wanginya… Rajin jururawat tu tolong kau. Baru ke? Husna mana?” komen Fiera ketika melihat isi kandungan polistrena itu.  
“Tidaklah baru sangat. Husna yang minta tukar. Katanya malu nak hadap aku lagi. Tina yang ganti.” Jelas Taufiq. Kesian juga pada Husna. Tapi apakan daya… hatinya memang sudah melekat pada Fiera. Doanya agar Husna dapat jumpa jodoh yang lebih baik darinya.
“Lepas ni aku nak panggil kau apa? I mean as my girlfriends.” Taufiq bertanya.
“Cadangan?” tanya Fiera sambil meratah kulit udang goreng kegemarannya. Satu ekor udang disumbat pada mulut Taufiq.
“Apa kata saya dan awak?” ulas Taufiq. Udang dimulut masih lagi dikunyah.
“Tak nak! Formal sangat. Macam nak masuk mesyuarat aje aku dengar. Next!” komen Fiera.
“Ayang dan abang? Romantica de amour! Hehe…”
“Geli aku dengar. Kahwin pun belum. Ada hati nak berayang abang. Next!”
“Okay, yang tu aku simpan bila kau selamat jadi bini aku. Ingat tu! Nanti aku tagih. Hrmm… dinda dan kanda?”
“2x5 saja! Tak nak aku. Geli!”
Honey and bee?”
“Kau dah selamat diciptakan sebagai manusia. Jangan nak berangan jadi lebah pulak. Mengada! Tak hinggin aku dipanggil madu. Nanti betul-betul bermadu. Putih mata!” komen Fiera.
Baby boo dan anjee?” usik Taufiq. Nak tahu apa pula komen dari Fiera. Haih! Cerewet betul.
“Sudah tua bangka pun masih nak perasan baby. Ingat comel sangat macam bayi ke apa? Next! ”
Senyap. Fiera yang sedang kusyuk makan sambil menanti cadangan seterusnya terhenti makan. Taufiq yang tersenyum besar dipandang. “Cis! Kau kenakan aku rupanya…” kulit udang dilempar pada muka Taufiq.
Ketawa besar Taufiq. Padan muka! Siapa suruh cerewet sangat.
“Semua tak nak. Habis tu, nak panggil apa?” tanya Taufiq bila tawanya reda.
“Kau dan aku sajalah. Kan senang! Tak payah nak terbelit lidah tergedik-gedik nak buat panggilan manja.”
“Pulak? Hrmm… ya la. Suapkan aku udang tu lagi.” Taufiq mengaku kalah. Faham sangat perangai Fiera. Bila cakap macam tu. Maksudnya tiada pilihan lain!

 #rajin x update? hehehe... mood dalam kadar skala yang agak baik walaupun di luar tingkap tengah hujan lebat. =) selamat 'menurunkan' komen anda! rajin komen bertambah semangatlah update cerita ni. arigato!


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

5 comments:

  1. akhirnya taufik jua pilihan...mg tiada masalah besar mendatang...masalah memanja x pe...hehehe (Nz)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni ringan2 sja. konflik x berat sangat. =)

      Delete
  2. alahai comei nyer terserlah banget!!ala...fiera tk nk kau aku,Kite n Awak manis cikit bunyi nyer......

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)