Monday, December 24, 2012

Tembok Cinta bab 29



Orang kata bahagia cuti ni memang hanya untuk seketika. Buka kerja hah! Ambil kau. Bercuti pula dengan kerja-kerja tertangguh. Fiera rasa macam hendak keluar air mata Nur Kasih pun tidak sanggup. Banyak sangat. Inilah padahnya cuti seminggu. Balik pejabat terpaksa berbulan madu semula dengan kerja.
Nafas ditarik dalam-dalam. Kemudiannya dihembus semula. Sakit kepalanya menghadap kerja yang tidak pernah sampai titik noktah. Mata yang semakin kuyu mulai terlelap. Kepalanya pun sudah jatuh atas meja. “Aagghh tidak!!! Petang ni ada mesyuarat lagi!” jerit Fiera yang baru teringatkan agenda itu. Bergema satu pejabat dengan suara nyaringnya. Malas sungguh dia menghadiri mesyuarat tersebut. Kepalanya dihantuk atas meja beberapa kali.
Pintu pejabat kemudian terbuka luas.
“Fiera, are you alright?” tanya Lydia tercunggap-cunggap. Takut sesuatu yang teruk lagi berlaku pada kawannya.
“Hah?” Fiera buat muka pelik. Terkejut dengan Lydia yang tercungap-cungap macam baru habis ikut larian 100 meter sahaja.
“Hesy… you ni Fiera! Lain kali janganlah jerit macam tu lagi. Takut I tahu tak. Ingatkan you sakit lagi… bla…bla…bla…” panjang lebar leteran Lydia. Geram dengan Lydia yang buat dia kalut.
“Lyd, Lyd, Lyd…Hoi Lydia!!  tenang, tenang. Have a seat. Aku tengok muka kau ni macam The Hulk versi kurus kering pulak.” Arah Fiera. Lydia ni kalau membebel. Mak nenek pun bagi tabik spring!
Lydia akur. Matanya mencerlung pada wajah Fiera. “You ni Fiera. Serabai betul I tengok. Ke mana sudah fesyen-fesyen you sebelum ni?Aku tengok, hari-hari you pakai tudung ekspress ni. Dah tu macam tudung ni aje yang ada. Waktu belajar dulu serabut macam mana pun you mesti pentingkan penampilan. Sekarang ni… aduhai! Hancur!” Lydia sudah mula membuka intro untuk ‘kuliahnya’ lagi.
Segera Fiera membuka laci, sebuah cermin ajaib dikeluarkan. Ajaiblah sangat! Sebenarnya Taufiq yang beri nama cermin ajaib itu, lelaki itu juga yang menghadiahkan cermin tersebut kepadanya. Cermin comel hadiah hari jadinya dua tahun lalu... Ah! Rindu dengan tuan doktor.
Tanpa sedar, Fiera melakar senyuman di pipi. Teringat tujuan Taufiq menghadiahkan cermin tersebut. “Cermin ni bukan cermin biasa tau. Nama cermin ni cermin ajaib. Dia boleh reflect diri kita sendiri. Maksud aku, muhasabah diri.”
“Haih susah juga kawan yang tengah angau ni…” keluhan Lydia meleraikan lamunan Fiera. Tersengih-sengih dia tengok muka si kawan.
Sorry Lyd. Teringat si pemberi cermin la pula...”
“You nikan… Tahulah first time bercinta tapi cover sikitlah. Takkan hilang Encik doktor kesayangan you tu.”
Fiera tersengih. Sekali lagi dia membelek wajah yang serabut di cermin.
“Teruk betul ke muka aku ni? Sudahlah petang ni ada mesyuarat. Kalau aku tak ikut serta mesyurat petang ni boleh tak?” tanya Fiera.
“Ingat I ke bos kat sini. Pergilah tanya Encik Adam. Eh! Baru I perasan. Encik Adam mana?”
Fiera menjongket bahu. Masih lagi sibuk membelek wajahnya pada cermin. Pelembab bibir dan bedak compact dikeluarkan. Kemudian ditempek sedikit pada mukanya agar tidak terlalu pucat. Tudung yang sedikit serabat dibetulkan. “Tadi dia kata nak pergi jumpa klien. Tapi pelik juga aku sebab selalunya setiap kali jumpa klien mesti aku ikut. Lagipun aku tak tahu pulak hari ni ada meeting dengan klien.”
“Habis tu? You tak tanya dia lebih-lebih?” tanya Lydia.
“Tiada juga. Lagipun dia suruh aku siapkan kerja ni hari ni. Dan bantu periksa kertas kerja untuk mesyuarat dengan staff petang ni.”
“You ke yang handle meeting petang ni?”
“Taklah. Adam kata biar dia yang handle mesyuarat petang ni. Aku rasa dia macam tak setuju saja tentang Family Day tu. Pelik aku… padahal itukan agenda wajib setiap tahun bagi meraihkan semua pekerja. Lagipun Tan Sri Fuad yang cadangkan benda ni dari dulu lagi. ”
“Kenapa pula?” Tanya Lydia dengan nada tidak puas hati.
“Janganlah kau marah aku pula. Manalah aku tahu. Dia cakap budgetlah, itulah, inilah… Tapi kalau pasal budget. Aku tak rasa ada masalah. Lagipun memang ada peruntukan khas setiap tahun untuk agenda nikan. Tak payahlah nak buat grand sangat. Asalkan semua orang gembira pun sudah cukup. Kan?”
Lydia mengangguk. “Entah-entah sebab you kot. Alah… mood Encik Adam kan depands dengan you.”
Tangan yang laju membelek muka terhenti. Fiera memandang Lydia sekilas. Berkerut-kerut dahinya. Segera dia mencantas. “Hish! Jangan merepeklah. Nanti awek dia dengar. Mampus aku!” Dia kembali membelek muka.
“Sudahlah tu Fiera. Cantik bak rembulan dah I tengok. Tidak lama pecah cermin tu you kerjakan. Cermin tu pun muak tengok muka you. Siapa awek Encik Adam? Selama ni I ingatkan dia syok kat you.”
Fiera menjeling manja. Boleh tahan kutuk juga Lydia ni. “Cantik jugalah… comel je aku tengok. Manis! Alah lelaki Lyd. Spare partlah tu… Lagipun hati orang, mana kita tahu. Mulut cakap sayang, cinta semua tu tapi hati? Susah nak jangka…”
“Betul tu Fiera. Susah nak jangka…” Lydia juga setuju dengan kata-kata Fiera. Kalau tidak, tidaklah dia solo sekarang. Lelaki yang diingatkan cinta separuh mati rupanya buaya darat! Tiga hari dia termenung, menangis dan termenung kembali. Rupa-rupanya kekasihnya sudah pun berkahwin tapi masih lagi mengatal. Habis Lydia diserang oleh isteri bekas teman lelakinya. Itu kisah setahun yang lalu! Memang betul-betul pengajaran buatnya.
Lydia teringatkan kata-kata nasihat dari Fiera ketika itu. ‘Sometimes the best things about the past is that it taught you to be more careful in the future. Well as we all know. The past is a good teacher for us. Just take it as your learning process to be more matured and careful.’
Mereka terdiam seketika. Berfikir seketika dengan isu yang dating tiba-tiba. Hati seseorang. Susah nak ramal. Umpama duduk di tepi pantai sampai melihat lautan luas. Kadang-kadang ombak membelah pantai, kadang-kadang tenang dilihat. Tapi siapa tahu apa yang terjadi jauh di dalamnya? Mungkin saja sedang berlaku pertempuran antara makhluk air. Mungkin juga beberapa anak ikan sedang bersembunyi ketakutan di dalam kerang. Sukar untuk diramal!
Sebagai manusia biasa apalah kuasa dan tenaga yang kita ada untuk terjun ke dalam lautan luas itu. Mungkin ya dengan menggunakan oksigen dan bantuan penafasan tapi mampukah kita menyelaminya sedalam yang mungkin? Mampukah bekalan oksigen bertahan? Tertalu banyak untuk diselami… itulah lumrah… jauh pemikiran Fiera memikirkan isu hati.
Hanya insan yang tercipta saja dapat memahami dan mengetahui apa yang terjadi di sebaliknya. Makhluk yang tinggal di air berenang dengan tenang di dalamnya, makhluk dibumi dapat merasa berpijak di tanah Allah, dan kelebihan pada ciptaan yang boleh terbang dapat merasai keindahan bumi dari atas langit. Itu  semua tercipta untuk sesuatu itu. Merasai. Dan sekeping hati itu dapat diselami oleh insan itu sendiri serta seseorang yang tercipta untuknya…
Hatinya terusik. Dapatkah dia memahami dan menyelami hati Taufiq untuk selamanya? Adakah dia makhluk yang tercipta untuk sekeping hati itu?



Hampir sejam masa berlalu. Berpuluh-puluh pangilan diberi kepada Adam. Pesanan ringkas entah yang keberapa kalinya dihantar ke nombor telefonnya. Satu pun tidak berbalas.
Keadaan bilik mesyuarat pula semakin riuh. Ramai pekerja mengesa agar Fiera sahaja yang mengambil alih mesyurat kali ini. Bukan dia tidak biasa. Malah setiap tahun Fiera sendiri yang mengurus hal ini. Tapi dia tidak mahu dipanggil gila kuasa sedangkan Adam menegaskan kepadanya berkali-kali agar biar dia yang ambil alih mesyuarat petang ni.
Mana pula Adam menghilang tanpa khabar berita? Sekali lagi Fiera menilik jam di tangan.
“Cik Fiera, mana Encik Adam? Kami pun banyak kerja lagi tak siap.” Tanya pekerja yang sudah tidak sabar. Hish! Sabarlah. Sabarkan separuh dari iman. Ingat kau orang aje ka yang banyak kerja. Kerja aku? Sikit? Mahu saja Fiera menembak memberi serangan balas.
“Maaf. Saya pun tak tahu. Sabar ye. Lagipun hari ni saja kita ada masa untuk buat mesyuarat. Kejap lagi datanglah Encik Adam korang tu…” pujuk Fiera.
“Fiera! Kau ni kalau jadi PA. buatlah cara PA. Makan gaji buta saja! Bos ke mana pun tak tahu.” Lancar saja mulut Shira mengebom Fiera. Sekali ada peluang keemasan memang dia tidak akan teragak-agak. Dengki sangat dengan Fiera.
Beberapa mata tajam memandang Shira. Tidak senang dengan kelancangan mulut Shira. Semua pekarja di situ tahu Fiera seorang yang berdedikasi. Ada juga yang memandang meluat dengannya tapi dia sengaja saja buat tidak tahu.
Sabar. Sabar… Fiera terus menerus sahaja memujuk hatinya. Tidak guna bertikam lidah dengan mulut longkang Shira itu. Membazir air liurnya saja!
“Apa kata cik Fiera saja yang incharge mesyuarat ni macam biasa. Kalau tunggu Encik Adam tak tahu bila lagi dia datang.” Kedengaran seseorang memberi cadangan. Fiera tidak pasti siapa. Tapi dia tidak seberapa setuju dengan cadangan itu walaupun entah bila lagi mereka akan buat mesyuarat jika mesyurat kali ini ditangguh lagi.
“Betul tu.” Beberapa suara sudah mempersetujui cadangan tersebut. Aduh! Parah…
“Fiera, Try call Encik Adam sekali lagi. Kalau betul-betul tak dapat kita batalkan mesyurat atau teruskan tanpa dia. Kita tak boleh tunggu saja macam ni.” Cadang Lydia. Fiera mengangguk. Satu idea terlintas dikepalanya mendengar cadangan Lydia. Nombor Adam segera di dail. Masih tiada jawapan. Kemudian dia pun menaip sesuatu pada pesanan ringkas lalu dihantar ke nombor Adam.
“Saya ada satu cadangan…” Fiera meletak telefonnya atas meja. Dua keping kertas kosong di angkat lalu di tunjukkan kepada pekerja-pekerja di situ. Sempat lagi dia menulis sesuatu pada kertas sebelum mengagihkannya.
“Sini ada dua keping kertas. Satu keping setuju mesyuarat dibatalkan dan tunggu mesyurat seterusnya untuk tunggu encik Adam. Dan satu lagi setuju mesyuarat diteruskan tanpa encik Adam. Sila tulis nama kau korang pada kertas yang kamu setuju. Jumlah mana yang paling banyak kita ikut persetujuan itu.”
Dengan penuh sabar Fiera menanti pekerja di situ menulis nama masing-masing. Harapannya besar agar majoriti atau pun dua per tiga setuju mesyuarat dibatalkan. Setidaknya biarlah Adam sahaja yang mengendalinya. Tiadalah isu peperangan dunia lagi antara dia dan Adam.



Fiera mengemas fail-fail yang diguna tadi. Beberapa orang pekerja sudah pun menapak keluar dari bilik mesyurat. Hanya tinggal dia dan beberapa orang sahaja lagi yang masih berada di dalam. Semua pun sudah bersiap untuk keluar tidak sabar untuk menanti pukul 5 petang. Balik kerja!
Usai mengemas failnya, dia berjalan seiringan dengan Lydia keluar bersama yang lain. Nampaknya mesyuarat kali ini berjalan dengan lancarnya tanpa Adam. Harapan Fiera agar mesyuarat dibatalkan punah sama sekali. Majoriti menyokong mesyuarat diteruskan sahaja tanpa Adam. Hanya dua tiga orang saja setuju dibatalkan termasuklah Shira. Ah Shira… mana pernah setuju dengannya. Ada saja yang hendak dibangkang. Tidak mengapalah, janji Fiera ada bukti senarai nama berapa orang sokong berapa orang bantah pasal mesyuarat itu diteruskan. Lagipun dia tidak pun memilih mana-mana pihak.
Tangan Fiera yang menjinjing fail tiba-tiba direntap kasar. Bertaburan semua fail jatuh ke lantai. Dia mengangkat kepala memandang gerangan manusia yang terlebih kurang ajar itu. Adam! Hah… tahu pula dia muncul sekarang…
“Kan saya dah cakap biar saya sahaja yang urus mensyuarat ni. Yang awak gila kuasa sangat ni kenapa hah!!” jerkah lelaki itu tiba-tiba.
Fiera memandang kawasan sekeliling. Malunya pada pekerja yang masih lagi di situ. “Encik Adam…”
“Diam!! Tak faham bahasa melayu ke? Nak saya cakap apa? Bahasa Tamil baru awak faham? Awak ni nak sangat ke jawatan saya?” marah Adam terus menerus tanpa membenarkan Fiera membela diri.
“Adam!!!” jerit Fiera sekuat hati. Pantang betul dia dimarah sebegitu.
Pang… satu tamparan hinggap di pipi Fiera. Merah mukanya menahan sakit, malu,geram semuanya bercampur aduk. Dia langsung tidak dapat mentafsir perasaannya sekarang ni. Dan Adam menamparnya? ini sudah lebih!
“Saya bos awak Fiera… no matter how you have to listen to me! Kalau tak lagi baik awak berhenti saja dari terus menyusahkan!” tegas lelaki itu sebelum terus pergi meninggalkannya sendirian.
“Fiera, are you alright?” Tanya Lydia.
“Cik Fiera… tak apa ke?”
“Cik Fiera…”
Cik Fiera itu, cik Fiera ini. Fiera sendiri terdiam seketika. Suara-suara yang bertanya tentang dirinya seolah satu layar yang sibuk tanpa suara. Semakin lama semakin senyap. Langsung tidak kedengaran.
Fiera terus berlari masuk keluar meninggalkan pekerja yang sibuk bertanyakan perihalnya. Entahlah. Kosong! Kepalanya bingung. Perlukah Adam tunjuk perilaku sedemikian? Kenapa lelaki itu berubah sekelip mata? Adakah sebab dia dimarahi oleh Tan Sri Fuad kerana menyebabkan Fiera masuk hospital. Ya Fiera teringat kata-kata Anis mengatakan teruk Adam dimarah. Tapi tidak mungkin hanya kerana itu sahaja.
Hati Fiera terus dihimpit pelbagai persoalan. Atau pun kerana dia memilih Taufiq? Ah! Dia terlalu bingung. Kata-kata terakhir Adam tadi buatnya lagi terkejut. Seolah meminta agar Fiera meletak jawatan pula sebab selalu menyusahkannya.
Fiera mengeluarkan telefon dari poket baju kurungnya. Nombor seseorang didail.  Selepas bebalas salam Fiera memulakan perbualan. Suaranya dikawal sebaik mungkin agar tidak diperasan. “Sibuk ke?” tanyanya.
“Sibuklah juga… dalam perjalanan masuk wad. Nak tengok pesakit. Kenapa? Dah balik kerja?” balas Taufiq disebalik corong telefon.
Nothing. Saja telefon. Nak baliklah ni.”
“Betul ni? You sounds different… kenapa riuh aje aku dengar kat situ?” soal Taufiq. Fiera memandang keadaan pondok bas yang semakin riuh itu. Semakin ramai orang menanti bas datang.
“Oh! Biasalah… semua orang tengah kemas barang balik rumah. Err… Baiklah. Aku off phone ya. Nanti aku call kau balik. Err.. Fiq…” panggil Fiera lembut. Maaf sebab tipu kau. Itu bukan bunyi riuh orang nak keluar dari pejabat. Itu riuh orang ramai di pondok bas!
“Ya?”
I miss you so much…” luahnya lembut.
“Rindu kau juga. Nanti aku telefon kau balik. I know there’s something wrong with you. ” Pesan Taufiq diakhir panggilan. Dalam diam Fiera tersenyum sendiri. Taufiq selalu sahaja mengesan setiap kali berlaku ketidakstabilan emosinya.

p/s : bab ni macam huru hara sikit. time otak x betul cuz lappy rosak hari tu. tapi lepas ni aksi kecomelan akan terserlah semula. scene 1st time Taufiq n Fiera dating!! apa2pun jangan lupa tinggalkan ur precious comment ya budak2 comel sekalian!



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

8 comments:

  1. Aduh kesian dekat Fiera tetibe pula kena lempang dengan Adam....
    Patutnya Adam yang kena lempang.tak habis2 nak susahkan Fiera....
    Benci betul dengan Adam!!!!!

    ReplyDelete
  2. berhentilah fiera.....tak guna ko di sana. usahamu tdk dihargai jg.

    ReplyDelete
  3. cian nyer kat fiera..mmg melampau tau adam neh!!!

    ReplyDelete
  4. Apelah Adam ni tak professional betul... dia yg salah Fiera
    pula yg kena.. kesian dgn Fiera kan... lebih elok lagi kalau Fiera berhenti saja, bumi Allah ni luas, rezki ada dimana-mana kalau rajin berusaha. Jgn maruah kita dipijak-pijak kerja bukan kesilapan yg kita lakukan. nk lagi cpt sambung ye...

    ReplyDelete
  5. sambung please!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. kesian dekat Fiera... huhuhu. Rasa nak tampar aje Adam bagi pihak Fiera. Baru padan muka! huh... anyway, thanks Faz. lama tak jengah sini. :)

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)