Akal
cuba untuk membuang ‘pengalaman’ kisah hidup ngeri itu. Bukan kisah tragik tapi
cukup buruk dan jelek pada pandangan mata dan fikiran Fara.Kenangan ketika
sekolah dulu berlayar diingatan.Dari mula satu pergaduhan kecil hinggalah perang
besar antara dia dengan lelaki sekelasnya iaitu Aqil Hussain.
Kisah
terakhir perbalahan mereka di mana Fara ditipu ketika dalam tandas semasa tukar
baju sukan.Tudungnya kena curi semasa dalam tandas itu.Dia tidak pula perasan
seorang pun tiada dalam tandas itu.Jerit punya jerit seorang pun tiada dalam
tandas itu.
Tanpa
berfikir panjang, Fara yang sudah siap berbaju sukan itu pun menarik sedikit
pintu tandas untuk memanggil pelajar lain. Tapi tidak sangka satu hal pula
terjadi.Sebuah baldi yang disangkut pada atas pintu terjatuh.Mencurah-curah
cecair hijau yang pekat pada badannya.
Fara
yang terkaku akhirnya tersedar apabila terdengar ketawa dan sorakan
pelajar-pelajar lain dari luar tandas.Orang pertama yang dia nampak ialah Sain
yang sedang ketawa jahat.Gembira kerana berjaya mengenakannya dengan mengupah
pelajar perempuan sekelasnya mencuri tudung Fiera dalam tandas ketika gadis itu
pergi tukar baju.
Cecair hijau yang
melekit pada mukanya dikesat dengan gaya yang kasar sekali. Mata Fara cukup
menunjukkan bahang kemarahan.Tudung yang tersadai atas lantai di ambil.Dengan
lagak tenang dia memerah tudung yang sudah lencun dengan cecair hijau yang
busuk itu.
Sekali kepalanya
diangkat.Mata Fara bertembung dengan lelaki yang berdiri dihadapannya.Turun
naik nafas Fara menahan mara.Lelaki itu tersenyum kemenangan. Beberapa pelajar
lain turut ketawa meraikan kemenangan mereka. “Cukup!!!” jeritan Fara bergema.
Diam. Semua pelajar
terdiam mendengar jeritan Fara itu.
“Kau dengar sini
baik-baik Sain… korek telinga kau dalam-dalam.Sejahat-jahat aku, seburuk-buruk
aku kenakan kau.Aku tidak sesekali pun rosakkan maruah orang Sain.Kau dengan
sini baik-baik…” ujar Fara.Dia berhenti seketika.Mengumpul segala sisa-sisa
kekuatan yang masih ada untuk melawan lelaki bernama Aqil Hussain ini.
“Ya!!Tahniah buat kau
Sain.Tahniah sebab buat aku mengaku kalah.Tapi tahniah juga buat kau. Sebab
selama-lamanya aku tidak akan maafkan kau sebab dedahkan mahkota rambut aku!
Aku nak kau ingat hari ni selama-lamanya. Kau menang! Tapi selamanya aku tidak
akan maafkan kau!”
Seingat Fara itulah
kali terakhir dia dan Sain bertembung.Lepas kejadian itu, merengek-rengek dia
minta tukar sekolah tapi nasib baik bapanya kena tukar kerja ke Perak.Secara
tidak langsung hajatnya untuk pindah sekolah tercapai.Kalau tidak memang
bapanya bangkang habis-habis tentangh usulnya untuk tukar sekolah itu.
Fara yang sedang gosok
gigi itu tersedak.Terminum air liur sendiri.Inilah padahnya mengelamun ketika
gosok gigi.Segera paip air dibuka. Air yang mencurah-curah itu ditadah mengunakan gelas kemudian dia berkumur beberapa kali.
Hampeh betul!
Langkah diatur keluar
dari tandas.Fara masih lagi dengan batuknya akibat tersedak tadi. “Awat kau ni
Fara. Teruk betul mengelamun dari tadi aku tengok.Ada masalah ka?” Tanya Ain.
Salah seorang teman serumah Fara yang bekerja sebagai guru tadika kemas.
“A’ah. Aku pun
perasan.Sejak mamat handsome datang
kedai tadi.Air muka kau terus berubah. Macam lempeng basi je aku tengok!”tanya
Lina pula. Minah seorang ni pula satu kerja dengan Fara. Kerja sementara saja
selagi belum jumpa kerja yang sesuai dengan ijazah mereka.
“Mamat mana pula ni?”
tanya Ain. Kepoh juga minah ni!
“Entah.Aku pun tak
kenal sangat.Mamat tu datang beli donat. Lepas tu entah apa cerita dia
rupa-rupanya kenalan Fara. Eh Fara! Selama ni kau tak pernah pula kenalkan kami
dengan mamat tu.” Balas Lina.
“Tiada masa kepala otak
aku nak ingat pasal lelaki tu. Buat sesak otak!Dia tu satu sekolah dengan aku
dulu waktu sekolah menengah.Satu kelas!”
“Lepas tu?” tanya Lina
lagi. Tidak cukup dengan kenyataan yang diberi oleh si kawan.
“Itu sajalah”
“Itu je? Haih, aku
tengok kemain lagi mamat tu excited sebut nama kau tadi. Bergema
satu kedai! Takkan tu aje.Manalah tahu ada kisah cintan cintun ke…” kata Lina
sambil senyum meleret pada Ain. Ain pula apa lagi On Bluetooth!
“Tiada.Aku dengan mamat
tu pun bukan rapat sangat.Nama dia pun aku dah tak seberapa ingat.Sian, San,
Sen… hah macam tulah bunyinya.”
“Mamat tu handsomeapa. Dengan dressing dia yang fulamak
kemas, bergaya dan berkarisma dengan kot hitam dia tu. Ada gaya macam CEO atau
pengarah muda. Alah! Macam dalam wayang tu.”
Ain sudar mulai
tertarik dengan cerita Lina.Berkobar-kobar pula untuk mengetahui jejaka
tersebut.Mana tahu andai lelaki itu cinta pertama Fara?Puas dia dan Lina jadi
telangkai untuk Fara.Tapi satu kumbang pun tidak melekat. Kena lagi dengan
bunga ni yang suka sangat reject
orang.
“Dia tu handsome.?Muntah hijau aku dengarstatement kau tu Lina... Kau dah siap resume tu ke? Aku tinggal gambar saja.
Aku tengok iklan kerja kosong tu temuduga dia minggu depan.” Fara cuba tukar
topik. Tidak suka betul bila dia jadi topik utama malam ini.
“Dah siap. Harap-harap
dapatlah kerja tu kali ni. Aku harap kita satu tempat kerja.Manalah tahu
dua-dua dapat kerja tu sekali.”
Fara dan Ain
mengaminkan doa Lina. Berharap agar mereka dapat tempat kerja yang sama. Mudah
hendak ke tempat kerja!
“Sain!”Itu perkataan
pertama terkeluar dari mulut Fara sebaik sahaja terlihat kelibat lelaki itu
masuk ke dalam kedai.Dia membuat pandangan ke tepi.Tidak sudi menatap wajah
itu. Pagi-pagi sudah buat dia lemau!
“Masam muka cik penjaga
kaunter kita pagi ni.” Ujar Sain dengan senyuman sinis.Hujung bibirnya disenget
seperti biasa. Cara Sain senyum! Memang dari dulu lagi cara senyuman itu tidak
pernah berubah. Betul-betul senget nanti baru tahu!
Fara menyilang kedua
belah tangan.Kenapalah dia yang bertugas sebagai penjaga kaunter.Rela hati lagi
dia cuci lubang tandas dari hadap muka Sain.
“Amboi!Tajamnya
jelingan.Jaga-jaga Fara.Nanti juling kurang duit hantaran awak nanti.”
Yuks! Mahu saja Fara
mengeluarkan muntah hijau. Dari dulu dia paling benci cara Sain membahasakan
diri. Saya awak? Tidak sesuai langsung untuk taiko macam dia!
“Kalau kau tiada benda
lain nak buat di sini. Baik kau berambus… macam langau!” kata Fara kasar.Wajah
Sain langsung tidak dihadap.
“Siapa kata saya tiada
benda nak buat di sini?Apalah guna kedai roti kalau orang datang sini tidak
beli roti.Gitu?”
Fara menjeling lagi.
Benci betul tengok langau ni! Tidak tahu erti berambus.Lelaki itu meninggalkan
Fara.Pergi mengambil talam dan penyepit.Beberapa biji donat diletak atas talam
itu. Pelbagai jenis! Dah macam ‘donat’ juga aku tengok… kutuk Fara dalam hati.
“Kira!” arah Sain.Talam
berisi donat diletak atas meja cashier.Satu
biji donat yang belum sempat dikira oleh Fara diambil.Dengan selamba Sain
mengunyah donat tersebut di hadapan Fara.
“Hei!Aku belum kira
lagi donat tu la, Donat!” jerit Fara.
Sain berhenti
mengunyah.Dahinya berkerut.Wajah Fara dipandang.“What are you saying just know? You
call me doughnut?” Sain kemudiannya ketawa besar.Langsung tidak
mempedulikan keadaan sekeliling.
“Fara… Fara… Fara yang
tidak pernah berubah dari dulu…” ujar Sain.
“What do expect from me? Berubah?Funny
Sain! But it’s not a joke… Aku
tidak pernah berubah Sain.Selamanya tidak. Dan selamanya TIDAK akan maafkan
kau. Don’t you ever forget about it!”
kata Fara dengan nada rendah.Tapi masih kedengaran tegas ditelinga Sain.
Sain terkelu
seketika.Tapi senyuman sinis itu tetap terlukir dibibirnya.
“Sebelas ringgit lapan
puluh sen.” Sambung Fara.
Satu senyuman terlakar
lagi dibibir Sain.Dompet dikeluar.Dua keping not sepuluh ringgit dikeluarkan
lalu diserah pada Fara.
“Patutlah kakak dengar
suara ketawa yang terlalu familiar.
Rupa-rupanya orang tu datang bertandang.” Kata-kata seseorang menarik perhatian
Fara dan Sain.Kedua-duanya memandang Hanis yang berjalan menuju ke arah mereka.
Sain tersenyum.Fara
buat muka bingung.“Morning kak!”
ucapan selamat pagi versi bahasa inggeris dari Sain sudah menjawab persoalan di
kepala Fara.Sain adik bosnya.Adik pemilik kedai ini? Oh rasa macam hendak
layangkan surat letak jawatan sekarang juga.
“Assalamualaikum.”
Balas Hanis selamba.
Sain tersenyum. Tubuh
Hanis dipeluk sambil membalas salam kakaknya. “I miss you so much sis.”Ucap lelaki itu. Dan entah apa yang merasuk
Fara. Hatinya pula tersentuh melihat adegan itu.Sain yang jahat itu seolahnya
bertukar baik.
Oh
my god! Apa aku fikir
ni? Sain baik.No! it’s not gonna happen!Hati
Fara memarahi dirinya sendiri.
Pelukan
dileraikan.Lengan Sain dipukul perlahan.“Dah tahu rindu kenapa tak balik
rumah?Ni dah berapa hari Sain balik Malaysia?Sain tinggal mana?Kenapa tak cari
kakak?” suara lembut Hanis berubah tegas.Persoalan demi persoalan ditujukan
pada adiknya.
“Huh! Akak ni. Kalau
membebel.Mengalahkan mak.Sain baru balik minggu lepas.Tinggal rumah kawan.Dan sorry sebab lambat cari akak.Semalam
Sain ke sini cari akak tapi akak takde. Lain dicari lain pula dijumpa…”
Fara perasan ayat
terakhir itu seperti dituju untuknya.Lantak kau lah… aku pun tak hingin nak
jumpa!Bebelnya dalam hati.
Hanis mengangkat
kening.Matanya melirik pada Fara yang buat-buat sibuk.Dia tersenyum.“Jangan nak
jual minyak urut di kedai akak pula.Come!
Masuk bilik akak… payah betul nak cari adik akak ni.”
“Just a small reunionlah sis. Tidak hadap pun dengan dia tu.
Bukannya cantik pun.” Suara Sain sengaja dikuatkan agar Fara dengar.Dia
berjalan seiringan dengan kakaknya.
“Hei donat!” panggil
Fara.Sain automatic terpusing.Seolah dia dipanggil.
“Eh? Mengaku donat ke?”
soal Fara sinis.Siap dengan senyuman jahat lagi diberikan pada lelaki itu.
Sain hendak membalas
tapi Fara lebih pantas mencantas.“Nah! Baki duit dan jangan lupa donat kau.”
Duit dan plastik berisi kotak donat Sain diberikan pada lelaki itu.
Sain mengambil kasar.
“Aik? Sentaplah pula.”Kata
Fara tersenyum.
“So tell me… apa cerita dengan Fara tu? Dia yang dah kerja lama
dengan akak pun payah nak dengar suara merdunya.Tetiba pula ‘mesra’ semacam
dengan Sain ni?”
“Dan yang paling
menarik.Akak nampak something dalam
pandangan Sain pada Fara.”Sambung Hanis lagi.
“Akak ni. Kita belum
panas bontot duduk lagi dah tanya pasal Fara.Kami ex-classmate aje la.” jelasnya.
“Really?Jangan sombong sangat Sain. Akak tengok sepadan apa kamu
dua. Fara tu pun masih belum ada sesiapa istimewa. Itu yang akak tahu…” Hanis
berterus terang tentang pandangannya.Lagipun dia juga tahu Fara masih single, apa salahnya jika Sain ambil
langkah.
“Dia benci Sain kak.”
Dalih Sain.
“Then, jadikan dia suka dengan kau. Habis cerita…”
“Then, jadikan dia suka dengan kau.Habis cerita…” ayat Hanis bergema
ditelinga Sain lagi. Dia membuka helaian demi helaian resume beberapa orang
yang memohon bekerja sebagai engineering
di syarikat ayahnya. Sebab inilah Sain tidak mahu balik awal selepas habis
belajar dari luar Negara. Hidupnya terkongkong! Asyik disuruh buat itu
ini.Semuanya diatur. Tiada kebebasan langsung!
Setelah mendengar
nasihat Hanis, Sain balik juga ke rumah ibu bapanya.Tapi malangnya dua hari
selepas itu dia sudah diarah bekerja di syarikat ayahnya. Bosan!Sudah enam
orang yang datang untuk temu duga tapi satu pun tidak menepati kelayakan yang
dia sendiri mahu.Bagi Sain setakat segulung ijazah sahaja tidak
mencukupi.Banyak lagi kriteria yang perlu diambil kira.Tapi seorang pun tidak
menepati piawaian dirinya.
“Next!” panggil Ryusdi.Pembantu kanan ayahnya yang turut terlibat
dalam temu duga kali ini.
“Fara Aleeya binti
Hasyim.” Satu nama yang tercalit pada resume itu dipandang. Sain terus melihat
pada gambar berukuran passport. Fara! Katanya dalam hati.
Beberapa butiran
tentang Fara dibaca.Degree in Mechanical Engineering. Not bad! First class
Honour. Wow! Anugerah ANC pula tu.Matanya meleret pada beberapa butiran lagi.
Komander Kesatria. Nasib baik tidak legam si Fara ni. Kritik Sain lagi.
Sain mengankat
kepala.Fara yang baru saja hendak mengambil tempat duduk sudah tercengang.Dia
perlahan-lahan dudu, Sain yang sedang menongkat dagu tidak diendah.Rasa
menyesal pula bertandang di hati untuk menghadiri temu duga hari ini.Kenapalah
muka mamat asyik terjumpa saja sejak kebelakangan ini?Hatinya mendengus kasar.
Sangkaan Fara bahawa
Sain akan tembak habis-habisan selama sesi temu bual itu meleset. Lelaki itu
sekadar senyap. Senyap! Maksudnya tanpa keluar satu biji pun suaranya itu.Memang
satu kepelikan bagi Fara.Lelaki itu sekadar memerhatinya ketika ditemu
bual.Naik rimas juga sebab Sain dalam peluang menilik setiap inci penampilannya
hari itu. Tidak suka!
“Kau nak apa lagi
Sain?” soal Fara bosan.
“Bukan awak dah dapat
ke surat tawaran tu?Kenapa tak datang kerja?” soal Sain sambil berpeluk
tubuh.Wajah Fara terus ditatap.
“Aku tak nak.”
“Reason?”
“Tiada sebab.”
“There’s must be a reason! Sebab saya bos situ ke?” tembaknya.
“Sain!What’s wrong with you? Suka hati akulah
nak kerja ke tak nak di situ?Yang kau sibuk sangat di apasal?Aku nak pergi
sambung kerja.Buang masa saja sini!”Fara berjalan masuk ke dalam kedai roti
semula.Datang-datang terus tarik tangan orang ke belakang kedai kemudian soal
macam-macam.Mentang-mentanglah kedai kakak dia. Suka hati saja tarik aku.Omel
hati Fara.
Lengan Fara ditarik. “Wait. Awak mesti juga kerja kat syarikat
saya.Saya akan suruh kak Hanis pecat awak!”
“Kalau kakak awak
pecat. Saya cari kerja di tempat lain. Senang! Bumi Allah ni luas. Mana-mana pun
boleh cari makan.” Balas Fara.
“Awak jangan lupa saya
siapa Fara. Saya boleh buat awak diberhentikan kerja di mana saja awak kerja
sampailah awak mengalah dan kerja di syarikat saya.” Ugut Sain. Tiada cara lain
lagi agar Fara kerja dengannya.
Fara melepaskan
pegangan dilengannya. Kasar! Dia mendekati Sain. Terlalu dekat! Mata lelaki
dipandang.“Yang kau sibuk sangat nak suruh aku kerja dengan kau ni kenapa?Buang
tabiat?Atau otak kau dah tak betul sangat!”
“Huh! Manusia pelik!”
katanya sambil berlalu pergi meninggalkan Sain.
Fara membuka apron di
badannya. Rehat sebentar di bilik pekerja yang disediakan untuk mereka. Dia
bersandar pada kerusi.Matanya ditutup rapat.
“Fara…” suara Lina
membuatkan Fara membuka matanya seketika.Kemudian ditutup semula.
“Fara… kenapa kau tak
cakap dengan kami yang kau dapat kerja tu?Sebab aku ke?” soal Lina.Dia tidak
sengaja terdengar perbualan antara Sain dan Fara dibelakang kedai tadi ketika
buang sampah.
“Bukan sebab kau la.”
“Then, sebab aku la tu. Sebab aku tak dapat kerja tu kan? Patutlah
aku hairan kenapa aku sorang aje dapat surat maklum balas. Kau pula kata tiada.
Rupanya kau diterima…”
“Bukan sebab kau Lina.
Sebab lain…”
“Sebab Encik Donat tu?”
“Sain.”Fara
membetulkan. Tengok! Lina sendiri gelar Sain Encik Donat. Memang donatlah si
donat tu.
“Kau tak nak kerja situ
sebab Encik Donat tu?Sebab bias?”
“Tiada maknanya nak
ambil kerja sebab dia kenal aku.Aku dan manusia tu tidak seteru… Tidak hingin
aku kerja bawah syarikat dia.”
“Aku tak percaya
Fara.Setakat tu bukan menjadi masalah dengan kau.Aku yakin bukan itu saja
alasannya. Ataupun…” Lina terdiam.Wajah Fara dipandang. Lama!
“Kau suka dia kan?
Maksud aku. Kau cintakan dia…
“Apa yang kau merepek
ni Fara? Aku dan Sain?” aku nak pergi buat kerjalah.Nanti dicakap curi tulang
pula.
Fara cepat-cepat keluar
dari bilik itu. Bahaya betul Lina ni! Dia menarik nafas dalam disebalik
pintu.Dia sempat menoleh pintu yang tertutup. Sebaik saja berpaling ke hadapan
semula…
“Astaghfirullalzaim.Hantu
betul!” marah Fara pada Sain yang bersandar pada dinding. Terkejut punya pasal!
Belum balik-balik lagi mamat ni!
“Jadi itulah sebabnya
kan?” soal Sain sambil tersenyum. Cuma senyuman kali ini bukan senyuman biasa
bagi Fara.Senyuman jahat itu tiada. Nampak manis sahaja di situ.
“Kau curi dengar
perbualan aku dan Lina?”
“Ter...”
“Terdengar otak
kau!Tepi.Aku nak lalu!”Fara hendak pergi.Tapi kali ini Sain lebih pantas
menghalang laluan Fara.Lengan gadis itu dipegang kuat.
“Do you love me?” soal Sain terus terang.
“Gila!”
“Do you love me?” soalnya lagi.
“Yes I do! aku cintakan kau! Tapi apa yang aku dapat? Dapat malu
macam dulu lagi ke? Kau…”
“Awak dapat cinta saya
Fara…” cantas Sain.Serta merta Fara memandang mata lelaki itu.Dia terdiam
seketika. Kemudian tersenyum sinis!
“Cukuplah Sain… tidak
lawak langsung!”
“Saya cintakan awak
Fara.I’m so sorry about the past. Saya
minta maaf sangat! Waktu tu saya tekanan dengan kehidupan saya.Saya cemburukan awak
sebab awak dapat hidup bebas.Tiada tekanan. Keluarga sayalain Fara. Semua
diatur itu ini.It’s complicated! ”
“Bila saya tengok awak
dengan ayah awaksetiap pagi di depan pagar sekolah. Ayah awak akan peluk dan
cium selepas awak salam tangan dia, saya cemburu! Sebab tu saya lepaskan geram
pada awak setiap hari.Bila awak pindah sekolah.Barulah saya sedar.Sebenarnya
saya hanya inginkan perhatian pada awak. Saya cintakan awak Fara…”
Fara memandang mata
Sain.Cuba mencari kebenaran di situ.
“He really loves you Fara… Kalau Fara tidak percayakan Sain.Please trust me… akak kenal hati adik
akak ni.”Hanis yang berada disitu bersuara.Fara dan Sain turut memandang Hanis
dan seorang lelaki yang agak berusia.Sempat Fara menjeling pada Sain.Muka
lelaki itu bertukar buruk melihat lelaki tua itu.
“Ayah…” ujar Sain
dengan nada perlahan.
“Ayah minta maaf dengan
Sain… ayah tidak tahu selama ni Sain tekanan dengan kehidupan Sain. Ayah tidak
sedar… selama ini ayah hanya inginkan yang terbaik untuk anak ayah…” ujar
lelaki tua itu sambil mendekati Sain. Kedengaran nada menyesal pada suara
lelaki itu.Dia mendepakan tangannya.
“Sain rindukan ayah…”
luah Sain cepat sambil membalas pelukan ayahnya.Beberapa titik air mata menitis
dari mata Sain.
“Maafkan Sain, ayah…”
kata Sain lagi.
“Syukur Alhamdulillah.
Doa Hanis agar keluarga kita bersatu akhirnya termakbul juga. Ayah… ni Fara.
Bakal menantu ayah.”Hanis mengubah corak sayu tadi menjadi sesuatu yang
mengejutkan buat Fara. Pandai-pandai saja bosnya ni!
“Comelkan ayah?” tanya
Hanis.
“Comel bakal menantu
ayah.”
“Err… terima kasih pak cik.”
“Eh apa pula pak cik.
Panggil ayah je… tak lama lagikan Fara akan panggil juga. Tak salah belajar
panggil awal-awal.”Kata Ayah Sain.
Fara tertunduk malu.
Malu tapi mahu.. Aisehh…
“Sayang jom ikut
pertandingan tu… baju dia ada donatlah…”
“Hah? Eh… takkan nak
ikut pertandingan tu semata-mata nak baju? Tak naklah…”
“Alah jom la…” lengan
baju Fara ditarik lembut. Mulut Encik Donat kesayangannya ini sudah muncung
sedepa! Ini yang lemah usus perut dengar ni…
Dia mengangguk
setuju.Sain tersenyum lebar. Suka!
Tekun betul Sain dalam
bertanding semata-mata hendakkan baju couple itu. Susah juga jika ada suami
yang fanatic dengan donat ni. Nasib baik sahaja suaminya bukan sepsis Donat!
“Abang… kenapa abang
suka donat?” soal Fara.
“Sebab sayanglah…”
Kening Fara
terangkat.Dipandang Sain yang sedang tekun makan donat untuk mendapat
kepastian.
“Dulu, abang pernah
terdengar Fara cakap dengan kawan Fara yang Fara suka sangat makan donat. Bila
Fara dah pindah sekolah.Abang rindukan Fara. Tapi setiap kali nampak donat
seolah-olah Abang nampak Fara. Lama-lama abang pun sukalah makan donat.”
“Abang… abang! Bila
masa pula Fara suka makan donat… Eh!
Hah! Baru teringat! La… waktu tu Fara saja cakap macam tu supaya dibelanja makan! Saja mintak paw…
haha… boleh pula dia percaya bulat-bulat. Abang… abang…
nasib baik tak jadi donat.”
Sain terhenti makan
donat.“Berani tipu orang eh…” pipi tembam Fara dicubit. Nakal!
TAMAT
hahah sweet! sentiasa tertunggu cerpen dri cik fazila ;D
ReplyDeletecute!! nak lagikk...
ReplyDelete~acu~
best2. terbaik!
ReplyDeletemanisnya~~ nak gula2.. hehe..
ReplyDelete^^ tiba2 jd rindu pd dy..:)
lalu kupandang awan di langit..
berdebar jantung dengan rentak berbeza..
kenangan lalu bermain di mata..
benar aku rindu..
hampir 10 tahun berlalu..
doa ku satu..
mg kau bahagia..
dalam bimbingan kasih dan rahmat Ilahi..
:)suka dgn cite ni.. kenangan lalu kembali.. kenangan zaman sekolah rendahku..persahabatan yg cukup indah.. ^___^
sy suka this story tp terkejut bila ada ckp pasal komander kesatria.. cik penulis ni komander ke?
ReplyDeletedok eh.. saya bukan komander. =)
Deleteoooo ingat komander.. ade kenangan pahit ke ngan komander??? just want to know only.. hihi..
Delete