“Pernah dengar orang
bergaduh gara-gara matematik?” soal Zana.
Semua senyap. Faham
sangatlah bila senyap tu! Dia sambung semula cerita.
“Cikgu nak cakap pasal
dua orang ni, seorang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki. Mereka ni
selalu bergaduh atau tidak pernah berbaik. Masing-masing buang muka! Sebab
bergaduh hanya satu. Kerana matematik. Pelik? Mungkin semua orang rasa benda ni
agak pelik. Tapi betul! Mereka tidak sekufu kerana matematik. Kenapa matematik?
Satu persoalan muncul dalam minda cikgu. Kenapa matematik pula menjadi punca?” Zana
membuat persoalan dalam ceritanya.
Pelajar masih lagi
senyap.
“Sebab kebijaksanaan
dihiasi dengan rasa ego! Budak dua orang tu sangat pandai dalam matematik. Tidak
pernah dapat kurang dari 90 markah dalam peperiksaan. Sampaikan satu tahap
mereka nak jadi yang terbaik mereka pun cipta formula sendiri. Bila sorang ni
buat formula yang unik, seorang pula akan buat formula yang mudah! Sebab apa?
Sebab tidak mahu kalah… jadi seseorang pun cadangkan pada mereka berdua…”
“Kalau hendak
mengetahui siapa yang paling hebat dalam subjek tu apa kata mereka bertanding. Jadi
satu pertandingan pun dibuat. Setiap mereka akan buat kertas soalan sendiri.
Sediakan soalan paling susah! Bila hari pertandingan tu. Semua orang terkejut
dengan soalan yang disediakan oleh budak perempuan tu. Dia hanya buat satu
soalan saja. Itupun soalan yang dirasakan terlalu mudah bagi semua orang. Sedangkan
pelajar lelaki seorang tu pula susah payah sediakan soalan yang agak susah untuk
diselesaikan.” Zana terdiam lagi. Dilihat pada jarum pada jam tangan. Ada
beberapa minit lagi sebelum kelasnya berakhir. Sempat lagi!
“Korang rasa dalam
pertandingan itu siapa menang? Pelajar perempuan ke atau pelajar lelaki?” soal
Zana.
Majoriti pelajarnya
berbisik sebelum sebulat suara menyuarakan pelajar lelaki yang akan menang.
“Secara kasarnya,
memang lelaki itu yang menang. Tapi yang peliknya tidak pula budak perempuan
itu rasa kekalahannya. Jadi si lelaki ni pun pergi tanya dengan pelajar perempuan
tu secara privasi. Hanya mereka berdua sahaja. Kenapa budak perempuan tu buat
soalan yang terlalu mudah macam tu sedangkan dia tahu budak perempuan tu boleh
buat yang lagi susah dari soalan yang dia buat.”
“Jadi budak perempuan
itu pun tanya balik. ‘Apa yang kau faham dengan soalan yang aku bagi…’ lepas tu
budak lelaki tu pun cakap.‘Faham? Benda mudah macam tu memanglah aku faham’
katanya ringkas. Lepas tu budak perempuan itu pun dengan hanya senyum dan
cakap. ‘Lack of human sense! Secara
kasarnya aku kalah, tapi sebenarnya kau yang kalah.’. The End.”
“Alah cikgu… ending macam tu saja?” soal Fitri. Rasa
tergantung pula cerita yang disampaikan oleh cikgu Zana.
“A’ah. Apa yang jadi
lepas tu.” Soal pelajar lain pula.
Zana mengemas buku-buku
dan bahan mengajarnya.
“Lepas tu budak
perempuan tu lesap dari sekolah tu. Ada yang kata dia bunuh diri sebab kalah.
Ada yang kata dia pindah sekolah sebab malu… itu ajelah.” katanya sambil
mengemas barangnya.
“Sebenarnya, ada benda
disebalik cerita tu. Atas kes Farhan dan Boy, cikgu nak kamu berdua tahu
istilah ‘human sense’. Bijaksana
bukan tangga untuk terus berada di atas. Cuba guna sikit human sense untuk berfikir secara waras. Fikir-fikirkanlah…” pesannya
buat kali terakhir.
Wajah kedua pelajar
lelakinya dipandang. Macam masih bingung pun ada. Dia tersenyum. Harap mereka
berdua ni boleh bermuhasabbah diri. Naik pening juga dia dengar dua pelajar ni
yang sering dikatakan melebih-lebih ketika guru mengajar. Mentang-mentang genius suka sangat ‘bash’ cikgu-cikgu. Terutamanya jika ada cikgu baru. Kadang-kadang
sampai cikgu tu malu sendiri sebab tidak dapat jawab soalan ‘maut’ dari mereka
berdua.
“Cikgu!” jerit Kamilah
membuat Zana yang berjalan hendak ke bilik PPSMI terhenti dan berpaling pada
anak muridnya.
“Ya saya?”
“Cikgu, sebenarnya saya
nak tahu jawapan sebenarnya pada soalan yang budak perempuan tu bagi…”
Zana terkedu. Namun dia
bijak mengawal emosi. Ingatkan cerita ni sudah berakhir sejurus saja kelas
habis tadi. Rupanya ada kesinambungan pula.
“Maaf Kay. Jawapan
sebenarnya hanya pada pelajar perempuan tu.” jawab Zana.
“Tapi cikgu…”
“Cikgu ada kelas ni
Kay… nak bagi test. Boleh tak nanti
waktu rehat baru awak datang jumpa cikgu…” potong Zana. Dia ada ujian yang
perlu diberikan kepada pelajar tingkatan tiga. Takut tidak cukup masa pula
nanti pelajarnya hendak jawab.
“Oh! Maaf cikgu.” Kamilah
cepat-cepat tunduk sedikit meminta maaf.
“It’s okay… Cikgu pergi dulu.” kata Zana kemudian meneruskan
langkahnya ke bilik PPSMI.
Kamilah sekadar
memandang langkah cikgu sehingga hilang dari pandangan.Dia rasa seperti tahu
tentang cerita cikgunya itu. Cuma tidak seberapa ingat. Dia yakin! Cerita
cikgunya tadi itu kisah benar dan jawapan budak perempuan itu ada ditangan
cikgunya.
Pap! Kamilah mengosok
dahi yang terasa sakit. Muka abangnya dijeling sekilas.
“Amboi! Anak dara
seorang ni menjeling! Jaga-jaga dik. Nanti ada yang tergoda di sekolah tu.”
komen Rizal.
Kamilah tidak ambil
pusing. Jangan dilayan sangat abangnya ni. Dia masih lagi berfikirkan cerita
cikgunya tadi.
“Huk Aloh! Mengelamun
pulak. Ibu! Ibu tengok anak dara ibu seorang ni. Mengelamun! Ni mesti ada angau
fikir pasal pakwe dia.” usik Rizal. Masih enggan berputus asa mengusik adiknya.
“Janganlah dikacau adik
kamu tu along. Nanti panjang pula jadinya.” Amaran ibu Rizal hanya dibalas
dengan sengihan panjang saja olehnya.
“Entahlah along ni bu! Kalau
tak kacau orang memang tak sah. Adik bukan mengelamunlah. Tengah berfikir ni…”
rungut Kamilah.
“Kamu pun satu adik. SPM
dah nak dekat. Pejam celik saja tu… hah! Dah tanya cikgu kamu tu. Nak ke dia
bagi tuisyen?”
Kamilah tepuk dahi.
Lupa!
“Lupa tanya bu…”
jawapnya dengan sengihan panjang.
“Tuisyen apa bu?” tanya
Rizal pula.
“Adik kamu ni hah! Nak
ambil tuisyen di pusat tuisyen tapi ibu tak benarkan. Takut nanti melencong pula
kerjanya. Lagipun tiada nak pergi hantar. Jadi ibu suruh tanya kalau cikgunya
nak bagi tuisyen di rumah kita.”
“Oh…” teranguk-angguk
Rizal mendengar. Anak mak betul adiknya seorang ni.
“Tuisyen apa?” tanya
Rizal lagi.
“Metematik tambahan.”
“Lah! Math je pun!
Kacang tanah, kacang pis!” komen Rizal.
Lantas mata Kamilah
tajam memandang abangnya. “Amboi! Berlagaklah. Mentang-mentangdia terror math.” Sempat lagi dia mendengus
kasar. Memang abangnya pandai matematik. Kira genius jugalah. Setakat matematik
tambahan senang saja bagi Rizal, tapi dia? Jangan cakap matematik tambahan. Matematik
biasa pun selalu cukup-cukup makan saja. Hendak minta tolong abangnya pula
susah hendak faham cara dan formula abangnya. Lagipun abangnya selalu sibuk
dengan kerja.
“Dah realiti.”
“Riak! Bluerk…”
“Alah dengkilah tu,
hahaha…” usik Rizal.
“Along…” tegur
ibunya.Rizal sekadar tersenyum saja. Pipi adiknya dicubit. “Alah itupun nak
merajuk! Manja betullah adik ni!’ usiknya lagi.
“Nak masuk tidurlah…
bu, nanti esok Kay tanya cikgu pasal tuisyen tu.” kata Kamilah.
“Alah… awalnya nak
tidur dah. Bosanlah. Takde orang temankan along tengok movie malam ni”
“Hah! Kalau bosan. Cepat-cepatlah
cari bini. Ibu ni pun sudah naik bosan tunggu along kahwin. Macam tunggu anak
dara saja kahwin. Susah-susah, kau ngorat saja guru kelas si Kamilah tu. Cantik
juga orangnya. Ibu pun pernah jumpa waktu ambil keputusan adik kamu.” tegur ibu
Rizal.
Kamilah yang sudah
berada di tangga tergelak kuat mendengar teguran ibunya pada Rizal. Dia
kemudian tersentak! Teringatkan sesuatu. Segera Kamilah berlari masuk ke dalam
bilik tidur. Dia hendak mencari sesuatu!
“Cikgu bolehlah…” pujuk
Kamilah lagi.
Zana memandang anak
muridnya. Bukan dia tidak boleh tolong. Tapi rasa macam tidak adil pula kalau
hanya mengajar Kamilah seorang saja walaupun dia tetap dibayar sebagai guru
tuisyen. Cadangnya agar buat saja kelas tambahan di sekolah setiap hari sabtu.
Boleh buat untuk pelajar lain juga. “Hari sabtu saya tiada kenderaan cikgu.
Saya naik bas sekolah isnin sampai jumaat aje…”
“Kalau kawan-kawan lain nak datang ke rumah saya
belajar pun takpe. Ibu saya tak kisah… bolehlah cikgu.” pujuk Kamilah lagi.
“Baiklah. Tapi hari
sabtu saja tau. Dan tanya mana-mana kawan-kawan awak yang nak ikut serta kelas
tu. Cikgu bagi free. Tak payahlah
bayar. Dan pastikan ibu awak setuju classmate
awak boleh join sekali.” Akhirnya
Zana mengalah. Demi pelajar… dia tidak minta lebih-lebih. Harapannya agar
Kamilah dan pelajar lain dapat memahami subjek matematik tambahan yang dia akan
ajar.
Sebenarnya tahun ini
Zana hanya diberi tanggungjawab untuk mengajar matematik biasa untuk pelajar
tingkatan 5 Ibnu Sina. Untuk subjek matematik tambahan budak kelas ini pula di
ajar oleh cikgu lain. Tapi Kamilah dan rakan sekelasnya selalu merungut
kononnya tidak faham cara guru matematik tambahan itu mengajar. Memandangkan
Zana guru kelas merangkap guru matematik mereka, Kamilah cadangkan agar Zana
buat tuisyen. Sebab mereka faham cara mengajar dan formulanya berbanding cikgu
lain.
“Terima kasih cikgu!!”
ucap Kamilah kuat. Gembira! Akhirnya cikgunya setuju juga.
“Sama-sama. Dah! Masuk
kelas. Rehat pun dah nak habis ni.” arah Kamilah.
Zana keluar dari perut
keretanya. Kertas alamat rumah yang diberi oleh Kamilah di keluarkan. Kemudian,
nombor rumah dipadankan dengan plat di tepi pagar rumah tersebut. “Sama…”
ujarnya perlahan.
Zana memandang ke arah
rumah tersebut. Besarnya rumah budak ni. Getus hati Zana.
Ponn!!
Bunyi kuat hon kereta
mengejutkannya. Siapalah kurang ajar betul ni. Dia menoleh belakang. Sebuah kereta
mewah warna putih memberi signal hendak masuk ke dalam rumah itu. Baru dia
perasan kereta myvinya menghalang laluan ke pagar rumah. Cepat-cepat Zana masuk
dan mengalihkan keretanya ke tepi sedikit. Dia memakirkan kereta di bahagian
tepi luar pagar saja. Belum sempat dia mencari nombor Kamilah, pelajarnya itu
sudah pun keluar pagar menjemputnya. Macam tahu saja dia sudah datang.
Zana memberi salam.
Sebaik saja masuk ke dalam perkarangan rumah dia terus diserbu dengan pelajar-pelajarnya. Ramai juga! Hampir
sekelas datang. Lepas tu macam dia saja yang tersesat dan lewat datang tadi. Hujung
mata Zana kemudiannya melirik pada seseorang yang keluar dari kereta Mercedes
putih tadi. Seorang lelaki berkot serba putih keluar dari pintu pemandu. Lelaki
itu berpaling pada Zana dan pelajar-pelajarnya. Tidak pasal-pasal matanya
bertembung dengan lelaki itu.
Zana terpana! Macam
kenal saja mamat ni… dia cepat-cepat mengalihkan pandangan pada pelajarnya.
Mengangguk saja pada soalan yang dituju untuknya. Padahal bukan tangkap sangat
pun dengan soalan yang diberikan.
Zana meminta agar
mereka belajar di taman rumah Kamilah saja. Lagipun kawasan taman agak redup
dan terlindung dari panas. Mereka duduk atas rumput yang ditanam. Duduk belajar
di luar saja. Lagi selesa dan nyaman.
“Cikgu yang ni macam
mana? Tak fahamlah…” tanya Auni. Salah seorang pelajarnya.
“Soalan yang tu. Senang
ajelah.” balas Farhan.
Zana menjeling pada
Farhan. Budak seorang ni! Mentang-mentanglah pandai… “Hah Farhan. Cuba ajar
Auni kalau senang sangat.” arah Zana.
“Yiee… apa pulak saya cikgu. Dah la kena paksa datang hari ni…”
rungut Farhan.
“Eleh! Berlagak kena
paksa konon! Padahal bila aku tanya siapa nak join cikgu Zana ajar. Dia la orang pernah nak ikut serta.” terang
Kamilah pula. Pelajar lain terus tergelak kuat. Muka Farhan terus berubah
merah. Malu! Satu kelas tahu dia syok dengan cikgu Zana. Bukannya dia tidak
pandai dalam subjek matematik tambahan. Kacang pis saja! Tapi memandangkan
cikgu Zana yang ajar. Semangatlah nak belajar!
“Diamlah!” marah
Farhan.
“Sudah. Sudah. Farhan. Cuba
ajar Auni. Kalau tak tahu, baru tanya cikgu.”
Zana cuba menyediakan
soalan baru untuk kelas tambahan di rumah Kamilah besok. Mata yang mulai kuyu
ditahan. Fikirannya melayang pada abang Kamilah. Sudah tiga kali dia ke rumah
Kamilah. Hanya pertama kali itu saja dia terserempak dengan lelaki itu. Lepas
tu hampeh! Sekali pun tidak muncul-muncul. Yang dia tahu, lelaki berkot serba
putih itu abang Kamilah. Itupun dari frame
gambar dan perbualan pelajar-pelajar perempuannya dengan Kamilah.
Zana mengeleng
kepalanya. Menghilangkan rasa dan ingatan pada lelaki itu. Rizal! Ah… dia kenal
musuh ketatnya itu. Musuh dalam matematik! Cerita yang diberitahu dalam kelas
tentang seorang pelajar perempuan dan lelaki yang tidak sekufu kerana matematik
itu sebenarnya dia dan Rizal.
Satu nafas dalam
ditarik. Kemudian Zana menghembuskan. “Lupakan sajalah dia…”
Sapu tangan
dikeluarkan. Dilap muka yang sudah mulai dibasahi dengan peluh. Panasnya!! Zana
baru saja memasukkan telefon bimbitnya ke dalam tas tangan. Baru saja tadi dia
telefon Kamilah untuk memberitahu tentang kelewatannya. Kereta meragam pula
tiba-tiba mati tengah jalan. Zana membuka bahagian enjin depan. Sebaik sahaja
dibuka. Berkepul-kepul asap keluar.
“Enjin panas ke?” Dia
menyoal diri sendiri. Manalah dia tahu pasal kereta semua ni. Dia memandang ke
arah jalan raya. Macam mana ni? Ketika soalan itu muncul dikepalanya sebuah
motor besar berhenti tepat di hadapannya. Penunggang motorsikal itu membuka
helmetnya sambil memandang Zana. Rizal! Okey… komen sekilas ialah mamat ni
nampak tersangatlah macho!!
“Kereta rosak ke?” Tanpa
salam lelaki itu terus turun dan menyoal Zana.
Zana hanya mengangguk.
Tidak tahu hendak cakap apa sebenarnya. Rizal dengan machonya berjalan dan
melihat keadaan enjin Zana.
“Enjin panas ni.” komennya.Rizal
kemudiannya menekan punat ditelefonnya. Selepas bercakap dengan kawannya di
telefon Rizal pun berkata dengan selambanya.
“Saya dah telefon
makanik. Kawan saya. Nanti dia datang bawa kereta awak ke bengkel.”
“Hah?” Zana terjerit
kecil. Habis tu aku nak pakai apa balik ni? Aduh! Sambungnya dalam hati.
“So, awak balik ikut apa? Nak tumpang saya ke?” tanya Rizal.
“Err… takpe. Saya tunggu teksi je.Thanks.”
Rizal menjongket bahu.
“Oh. Suka hatilah. Bye…” katanya
sambil naik dan menyarung semula helmet ke atas kepala.
Uwaa… tidak romantik betul mamat ni! Tiada sense of humor langsung!! jerit Zana
dalam hati. Sekurang-kurangnya pujuk ke… ini tak! Main blah saja macam tu.
“Along, ajar adik dulu…
esok nak kena hantarlah.” Kamilah turun anak tangga lalu duduk sebelah Rizal
yang sedang menonton bola.
“Aik? Dah ada cikgu
tuisyen pun masih tak pandai-pandai.” ejek Rizal. Adiknya dipandang dengan
hujung mata.
“Yiee… along ni kedekut ilmu betullah.Cikgu Zana tu ajar adik
matematik je. Ni adik nak minta tolong soalan add math. Baru saja masuk bab ni hari isnin tu. Tak dapat nak tanya
cikgu Zana. Dia cuti sakit. Kalau nak tunggu sabtu ni baru dia ajar lambatlah.
Esok kena hantar dah. Please…”
“Hurm… Bak sini soalan tu.” Rizal menilik soalan pada buku latihan
Kamilah.
“Cikgu tu sakit apa?”
soal Rizal sekadar berbasa basi.
“Entah.Demam kot. Tapi
ada dengar-dengar ada orang nak masuk meminang cikgu kat kampung. Sebab tu
cikgu tiba-tiba ambil emergency leave.”
terang Kamilah.
Isi pencil kayu Kamilah
terus patah. Spontan! Rizal yang menjawab soalan untuk adiknya terus berpaling
memandang Kamilah. “Ada orang meminang Zana? Eh! maksud abang ada orang datang meminang Cikgu Zana?”
“Apa along kalut sangat
ni. Biasalah cikgu Zana tu kan cantik. Sedangkan kat sekolah ramai pelajar
lelaki syok kat cikgu. Belum masuk cikgu-cikgu bujang lagi tau. Lagipun gosip
aje. Entah-entah betul Cikgu Zana tu cuti sakit aje. Kami manalah tahu.”
Rizal menghembus nafas
lega. Adiknya ni buat saspen je.
“Nah! Dah siap…” Buku
latihan Kamilah dipulangkan semula. Dia tercengang!
“Eh! Kita minta ajar. Dia
buatkan pula…” rungut Kamilah.
“Alah… nanti tuisyen.
Adik minta ajar je dengan cikgu tuisyen tu. Apa guna bayar upah dia kalau dia
tak mengajarkan.”
“Entahlah. Tadi cikgu
ada telefon. Mungkin sabtu ni dia tak datang… lagipun cikgu Zana tu ajar free tau. Tak minta bayaran pun. Dia
kata asalkan kami semua faham add math.
Tu je. Jadi consider Cikgu Zana tu
bukan cikgu tuisyenlah.”
“Habis tu dia
tak datanglah minggu ni?” soal Rizal. Rasa terkilan pula. Sudahlah sabtu ni aje
dia tidak sibuk dengan kerja. Si Zana tu cuti pula.
“Rasanyalah…”
“Oh okay! Whatever… Along pinjam telefon adik
kejap. Boleh tak? Nak ambil lagu baru. Adik ada download lagu baru kan minggu lepas? Along tiada masa nak downloadlah.” tanya Rizal. Adiknya ni
kaki muat turun lagu dari internet.
“Erm... along ambil kat atas speaker tu je. Adik nak sambung belajar
kat atas. Hadap tv dan telefon. Nanti terbantut lagi waktu belajar adik.” Kamilah
bangun lalu naik tingkat atas.
“Helo…” Zana
mengangkat lagi telefonnya.
Titt!!
Talian terus dimatikan. Manusia pelik! Sempat hatinya mengomel.
“Siapa cikgu? Boyfriend eh…” soal Kamilah. Sempat lagi
mengusik.
“Entahlah Kay.
Cikgu pun tak tahu. Dah dua minggu lebih nombor ni kacau cikgu. Tension juga
dikerjakan. Kita sambut talian, dia terus matikan.”
“Alah block aje terus orang tu cikgu.” Cadang
Farhan.
“Nombor private. Tak pandai cikgu nak block. Bukannya keluar nombor dia pun.”
“Peminat ke
cikgu?” soal Rita. Pelajar yang lain ketawa mengekek. Hanya mulut Farhan saja
monyok dengar soalan Rita.
“Cikgu manalah
ada peminat. Merepek aje kamu ni.” canggah Zana.
“Eleh cikgu! Tu
dia abang Kay pun boleh tahan. Dari tadi tengok sini… tengah usha cikgulah tu.”
ujar Amani. Mulutnya dimuncungkan pada Rizal yang sedang duduk di buaian
berdekatan dengan mereka dalam taman mini itu.
“Abang kau tak
kerja ke Kay?” tanya Boy.
Kay sekadar
mengeleng. “Hari ni kan sabtu. Dia mana kerja.” Dia memandang abangnya sekilas.
“Alah! Selalunya
setiap hari sabtu tiada pun dia di rumah…” bantah Fitri pula.
“Abang aku
selalu outstationlah. Sebab tu jarang
ada di rumah. Dia sibuk urus syarikat arwah ayah aku. Lagipun hari ni ibu aku tiada
kat rumah. Balik kampung. Tiada temankan aku kat rumah. Yang korang sibuk
sangat ni kenapa juga? Jeles eh tengok abang aku usha cikgu Zana? Dia kan lagi handsome dari korang.” cebik Kamilah.
“Eh!
Sudah-sudah… jangan nak bergaduh pula. Sambung kerja. Dah! Tutup cerita…” arah
Zana.
‘Budak-budak ni…
tidak sedar yang jadi topik diorang ni aku, cikgu mereka.’ getus hati Zana. Dia
menjeling pada Rizal sekilas. Kebetulan lelaki itu turut memandangnya. Automatik
mata mereka bertembung. Zana terus mengalihkan pandangannya.
Lelaki ni pun
satu! Menganggu konsentrasi budak-budak ni belajar pula. Aku yang mengajar pun
boleh terganggu jiwa dan raga!
Zana memandang
sekilas lagi pada buaian Rizal. Lesap! Hilang pula lelaki itu entah ke mana. Dia
menjongket bahu. Lantaklah!
“Faham tak
formula cikgu bagi tu?” soal Zana pada anak muridnya. Tekun saja belajar,
senyap saja! Mereka faham ke tidak, dia pun tak pasti. Yang penting dia sudah
sedaya upaya membantu.
“Siap!” jerit
Kamilah. Setelah tiga jam lebih belajar barulah dia faham tentang topik ni.
Senang saja rupanya! Asalkan faham formula.
Pelajar yang
lain turut mengeliat. Merenggangkan segala otot dan tulang yang ada. Semuanya
siap dan faham dengan apa yang di ajar oleh Zana.
“Pizza time!!” Tiba-tiba Rizal datang
dengan enam kotak pizza hut bersaiz besar.
“Yeah!” Semua pelajar-pelajar Zana
bersorak kegirangan.Makanan sedap dan free
datang.Siapa tak sukakan?
“Wah! Sedapnya… thanks along!” ujar Kamilah girang.
“You worth for it… penat-penat belajar
kena relekskan otak juga. Kay pergi tolong ambil pinggang dan gelas. Along ada
beli air Pepsi tadi. Ada atas meja dapur. Ambil sekali.” Arah Rizal.
Kamilah dan
rakan-rakannya terus berdiri bantu ambil apa yang disuruh oleh Rizal. Zana yang
hendak pergi membantu dihalang pula oleh anak pelajarnya. Biar mereka saja yang
pergi ambil konon. Akhirnya Zana sekadar kemas buku-buku yang bertaburan atas
rumput.
Pembelajaran
mereka pun berakhir dengan minum petang merangkap berkelah di taman rumah
Kamilah. Pelik juga bila Rizal tiba-tiba menghulurkan pinggan berisi pizza
untuknya. Tidak semena mereka mendapat tepukan percuma oleh pelajar-pelajarnya.
Zana sendiri naik malu dengan usikan pelajarnya.
Tambah lagi
Rizal mengambil tempat dengannya. Walaupun Rizal hanya melayan dan berbual
dengan pelajarnya, Zana sendiri rasa kekok.
“Nak saya
bantu?” soal Rizal tiba-tiba. Pili air dibuka. Pinggan dan gelas yang sudah
bersabun dibilas.
“Eh! Tak apa.
Tinggal sikit saja ni.” elak Zana. Tapi Rizal tidak ambil peduli. Dia yang siap
pakai apron terus membilas pinggan dan gelas yang diguna tadi.
Zana mengalah. Kalau
dilarang pun bukannya Rizal nak berhenti. “Tak sangka boleh jumpa awak lagi.” kata
Rizal berbasa basi.
“Hah?”
“I miss you Zana. Awak lupa saya ke? The Math Guy? Ke mana awak menghilang
selama ni? Banyak cerita saya dengar pasal awak.” sambung Rizal.
“Apa awak
merepek ni?” tanya Zana balik. Sebenarnya terkejut dengan empat perkataan awal
itu.
“Takkan awak dah
lupakan saya since you never forget on
your math. Saya tahu awak cintakan saya sebagai mana awak cintakan subjek
ni”
Zana mengeluh.
“Sebenarnya dua hari lepas pertandingan tu. Satu keluarga saya meninggal dunia.
Kemalangan jalan raya. Hanya saya seorang saja yang terselamat. Itupun tersedar
selepas koma seminggu. Lepas tu saya balik kampung. Tinggal dengan nenek.” jelas
Zana.
“Oh sorry for that…”
“Takpe… ”
Keadaan kembali
senyap. Masing-masing melayan perasan sendiri sambil cuci pinggan.
“Err… sebenarnya…” kata mereka serentak.
“Awaklah dulu.”
kata Zana.
“Err… sebenarnya saya sukakan awak!” kata
Rizal berani mati.
Zana tercengang.
Biar betul?
“Hah?”
“Saya cintakan
awak Zana. Saya tahu mungkin pelik. Tapi entahlah sejak jumpa awak buat kali
kedua saya rasa saya tidak boleh lepaskan peluang yang ada. Saya cintakan
awak.”
“Awak biar betul
Rizal… awak tahukan kita tak pernah sekufu selama ni.” kata Zana tegas.
“It’s true Zana. Saya rindukan awak sejak
awak hilang. Saya risau bila dengar cerita kononnya awak bunuh diri sebab
kalah. I do miss you Zana. I love you more than a nerd love his math.”
“Saya tak tahu
nak cakap Rizal…”
“Saya beri awak
masa untuk fikir walaupun saya dapat rasakan perasan awak pada saya. I need an answer. Hujung minggu depan
ibu saya buat kenduri. Saya harap dapat dengar jawapan dari awak. Kalau awak
setuju. Saya akan terus hantar rombongan meminang.” kata Rizal. Dia kemudiannya
membuka apron lalu pergi meninggalkan Zana yang masih lagi berdiri tercenggang.
“Kay dah
beritahu cikgu Zana tentang kenduri nanti?” soal ibu Rizal.
“Dah. Tapi cikgu
tengah sibuk. Tak pastilah kalau dia sempat… Kita orang baru dapat tahu hari ni
rupa-rupanya cikgu Zana nak berhenti mengajar…”
“What??” tanya Rizal terkejut. Zana
hendak berhenti? Itukah jawapan Zana?
“Hesy Along ni!
Terjerit-jerit. Macamlah cikgu Zana tu bini dia. Kami sekelas tengah bersedih
tau. Cikgu dah tak datang esok. Dia kata kalau sempat dia datanglah kenduri
nanti.” Muncung mulut Kamilah meluahkan. Sedih! Guru kelas merangkap cikgu
kesayangan mereka berhenti senyap-senyap.
Rizal pula diam.
Matanya memandang kaca tv tapi fikirannya terus melayang. Tidak sangka Zana
sampai bertindak sedemikian.
“Ini mesti kerja
Along!” kata Kamilah tiba-tiba.
“Kay, kenapa
salahkan along pula?” tegur ibu mereka.
“Hari tu adik
nampak along sembang dengan cikgu kat dapur. Kami saja tinggalkan along dan
cikgu cuci pinggan. Bagi chance kat
along. Tapi Along bukannya tahu ambil peluang! Adik tahu Along cintakan cikgu
Zana” ujar Kamilah sebak. Dia pernah terbaca diari abangnya ketika mereka
berpindah ke rumah baru. Tentang peristiwa pertandingan antara abangnya dan
Zana. Termasuklah perasaan abannya tentang kehilangan Zana selepas pertandingan
itu serta jawapan sebenar pada soalan yang hanya diketahui oleh Zana.
“Apa Kay merepek
ni? Along betul ke adik tanya ni?” tanya ibu mereka.
“Entahlah bu.
Along mengantuk… along naik tidur dulu…” kata Rizal lemah sambil melangkah
masuk ke dalam biliknya.
Soalan yang
diberi oleh Zana dahulu masih lagi dipandang. Terimbau masa lalu mereka. Kali terakhir
dia dan Zana berjumpa. Rizal ingat lagi kata Zana, yang sebenarnya kalah ialah
dia dan bukan Zana. Iya. Betul! Rizal mengaku kalah. Sebenarnya dia masih lagi
tidak faham maksud apa disebalik soalan Zana ni. Kenapa dia rasa kalah
sedangkan hakikatnya dia menang pertandingan tu.
Rizal rindukan
Zana. Kenangan mereka terlalu sikit. Tidak sangka Zana mengambil keputusan
untuk berhenti mengajar. Mungkin sebab kata-katanya tempoh hari? “Takkan awak
dah lupakan saya since you never forget
on your math. Saya tahu awak cintakan saya sebagai mana awak cintakan
subjek ni.” Ingat lagi Rizal pada kata-katanya. Jika Zana mengambil keputusan
untuk berhenti mengajar matematik, maksudnya Zana memang tidak cintakannya.
Rizal
menghelakan nafas lagi. Terkilan. Dia berjalan keluar balkoni bilik. Moodnya
tiada untuk melayan tetamu yang hadir malam ini. Selepas bacaan doa, Rizal
mengambil keputusan untuk naik ke atas dengan alasan sakit kepala. Tiba-tiba
saja keadaan riuh di taman menarik perhatiannya dari atas balkoni biliknya.
Zana! Matanya jelas memandang gadis itu.
Tanpa
melengahkan masa, Rizal berlari keluar dari bilik menuju ke taman. Dia
perlahan-lahan melangkah mendekati Zana. Adiknya dan pelajar lain seolah faham
lalu mengundur diri meninggalkan mereka berdua.
“Err… awak.” kata Zana kekok dengan
pandangan Rizal yang tajam.
“Saya tak sangka
awak ambil keputusan sampai sanggup letak jawatan dari terus mengajar.” Kata
Rizal perlahan.
“Err…” kelu lidah Zana hendak
meluahkannya.
“Saya sayangkan
awak Zana.Walaupun awak buat keputusan sedemikian. Saya tetap cintakan awak…” kata
Rizal lagi.
“Rizal… Bagi
peluang saya katakan suatu?” pintas Zana.
Rizal hanya
mengangguk. Dia bersedia dengan apa saja jawapan dari Zana.
“Saya pun
cintakan awak Rizal. Saya ambil keputusan untuk berhenti sebab saya nak jadi
isteri sepenuh masa untuk awak. Awak ada kata yang awak cintakan saya lebih
dari seorang nerd cintakan matematik.
Awak lupa ke panggilan awak pada saya? Zana Nerdy kan?” tanya Zana. Dia ingat
lagi dulu dia panggil Rizal The Math Guy, manakala Rizal pula mengelarkannya
Zana Nerdy.
Rizal
mengangguk. Akhirnya satu senyuman terlukir di wajahnya.Gembira dengan jawapan
positif Zana. Tapi apa pula kaitannya dengan panggilan Zana dulu?
“Awak ada cakap
tempoh hari yang awak cintakan saya more
than a nerd love his math. Rizal… I
love you more than anything. Not even a math only. Saya cintakan awak. Saya
sanggup berhenti mengajar dan menjadi isteri awak.” jelas Zana.
“Terima kasih
Zana… terima kasih banyak-banyak.I love
you so much…”
Dua bulan
kemudian…
“Abang pun ada poem ni?” tanya Zana. Dia membaca sajak
The Square Root of Three karya David Feinburg.
Rizal yang tengah buat kerja terhenti. Dia berdiri mendekati Zana yang
sedang membaca sajak itu.
“Zana pun ada
simpan ke?” soal Rizal kembali.
Zana mengangguk
dan tersenyum. Tidak sangka mereka menyimpan sajak yang sama.
“Oh ya. Abang
masih lagi tak tahu jawapan sebenar soalan yang Zana beri dulu.” jelas Rizal.
Mata Zana
terbeliak. “Ya Allah. Dah kahwin pun masih tak jumpa jawapannya.” katanya. Sekeping
kertas dikeluarkan. Kemudian dia menulis soalan beserta jalan dan jawapan pada
soalannya. Zana kemudiannya membulatkan jawapan itu menggunakan pen warna lain.
“Nampak tak i
<3 u sebenarnya maksudnya I love you. Huruf i ni maksudnya I, <3 pula sebenarnya simbol love manakala huruf u ni pula untuk you. Jadi jawapan sebenarnya ialah I love you.” jelas Zana.
“You such a nerd my dear. Tak terfikir
langsung!” hidung Zana disentuh lembut. Sampai tertutup mata isterinya.
“Alah! Rasanya
dah ramai orang tahu tentang soalan ni. Google je! Confirm ada punya. Abang tu aje yang tiada sense of humor.” Ejek Zana.
“Thanks Zana. Sebab cintakan abang selama
ni.”
“Sama-sama. Zana
buat soalan tu sebab 143…”
Dahi Rizal
berkerut.Sebab 143?
“Erm… 1432.” Balas Rizal sambil
tersenyum. Alah! Sebenarnya dia pun tahu kalau setakat simbol nombor 143 tu.
Dia pernah terdengar perbualan Farhan dan adiknya. 143 maksudnya I (1) love (4) you (3).
Kini giliran
Zana pula berkerut.Setahunya 143 saja.Dari mana pula datangnya nombor 2.
“1432. I love you too… tookan kalau dibaca macam two.”
Kata Rizal sambil tersenyum riang.Jarinya diangkat tanda peace.
“Zana nak tunjuk
keajaiban nombor dan cinta lagi. Tengok ni.” Zana menulis sesuatu pada kertas
lagi. Kemudian dia mengambil dua batang pen lalu ditutup sedikit nombor
tersebut. Nombor dan bahagi tadi tidak kelihatan seperti matematik tapi suda
bertukar seperti I love you.
TAMAT.
waa..best-best..keep it up writer
ReplyDeletecomel nyaa cerita ni. suka-suka. ^^
ReplyDeleteteruskan taip cerita comel macam ni ye. ;)
best..tpi cpt sgt, x de scene romantik time dorang luahkan cinta tu..x sampai ke jiwa
ReplyDelete>>k<<
wah, best punyalah. saya pun minat math dan dulu memng ada pesaing tp tak adlah smpai gaduh2 hihi
ReplyDeletesweet ceritanya...hehe...thumbs up..=)
ReplyDeleteChumell!!! ;)
ReplyDeletebest... thumbs up..
ReplyDelete