Hari keempat tinggal dihospital, majoriti kakitangan
hospital disapa. Taufiq punya pasallah. Dia nak keluar tapi masih dalam
kurantin lelaki itu. Ingat ni hospital dia punya? Kelibat Anis dan beberapa
orang jururawat yang sedang bertenggek menahan kaunter itu dipandang. Tersenyum
lebar Fiera. Nampak cerita ada orang tengah free
sekarang ni.
Terkedek-kedek Fiera berjalan. Kakinya yang terseliuh
dua hari lepas masih lagi berbalut. Masih sakit sebenarnya tapi tahan sajalah
labu. Pada mulanya Fiera pakai kerusi roda. Tapi bosan pula balik-balik kena
sorong. Bila guna tongkat yang diberi nama tongkat sakti Sabrina The Witch itu
pula rimas sebab langkahnya terbatas.
Satu senyuman jahat nenek kebayan terukir. Pinggang
ramping Anis menjadi sasaran. Anis yang membelakanginya sedang kuhsyuk
menganyam ketupat langsung tidak menyedari tentang kemuculannya. Fiera memberi
isyarat senyap pada jururawat lain yang perasan tentang dirinya. Satu… dua…
tiga… chak!! Pinggang Anis terus di sentuh.
“Yo Puan Anis anak pak cik Fuad…”
“Oh mak engkau main yoyo!!” latah Anis.
Fiera tergelak besar. Sensitip betul doktor Anis ni kalau pinggangnya disentuh. “Fiera…!!!”
jeritan suara Anis bergema satu kawasan itu. Bahu Fiera ditampar berkali-kali.
Tidak cukup itu dicubitnya lengan Fiera yang hanya tinggal kulit dan tulang
itu. Fiera masih lagi tergelak kuat.
“Hahaha..
releks la.” Bahu yang mendapat bahana tamparan dan cubitan Anis digosok. Sakit
juga tau!
Anis berpeluk tubuh. Jururawat lain sekadar
tersenyum sesama sendiri saahaja. Beberapa orang antara jururawat itu sudah pun
mengenali Fiera.
“Ni kenapa selama aku terkurung dalam wad tu tak
datang-datang.” Soal Fiera. Matanyanya mencerlung pada Anis yang masih berpeluk
tubuh itu.
Muka yang tadi masam terus bertukar senyuman. “Aku
balik kampung jumpa opah. Faizul kata dia rindu dengan opah. Balik dari jenguk
kau hari tu, kami terus balik kampung.”
Fiera mencebik. Balik kampung tak nak ajak aku!
“Faizul konon. Padahal kau tu yang melebih-lebih. Macam aku tak kenal!” Balas
Fiera.
“Suka hatilah! Janji dapat dating di kampung. Tidak macam kau dan Taufiq tu. Dating pun dalam wad! Tak lama lagi. Kau
yang benci dengan semua bau-bau ubat kat hospital ni terpaksalah jadi minyak
wangimu. Tapi bila hati dah suka, cium kentut Taufiq yang bau ubat pun aku
yakin kau confirm cakap wangi
semerbak.” Kaw-kaw Anis mengutuk Taufiq.
Yang lain sudah tergelak mendengar cerita Anis.
“Bila saat, minit, jam dan hari pulak aku dating dengan Taufiq. Bau mulut dia pun
aku tak tahan. Bau longkang!” Tepis Fiera. Masih lagi marahkan Taufiq sebab
enggan membenarkan dia pulang.
“Amboi,
sakannya korang berdua kutuk akukan? Kaw-kaw mengalahkan kopi kapal api!
Berapi-api juga aku dengar.” Taufiq yang dari tadi menjadi pendengar setia
disebalik dinding muncul.
Jururawat lain sudah terdiam. Takutlah tu. Hanya
Fiera dan Anis tidak berkutik. Tidak gentar langsung.
Tangannya diletak pada bahu Fiera. Bertengek sekejap
macam gaya gangster tidak cukup pengalaman. Mata mereka bersatu seketika
sebelum Fiera memberi signal agar Taufiq menjatuhkan bahunya. Berlapik-lapik
juga, tapi selagi bukan mahram jangan nak ambil kesempatan!
Selamba tangan Taufiq jatuh. Dia berdehem seketika.
Wajah Fiera dipandang sekilas. “Bau longkang ye? Cium kang baru tau rasa bau
longkang tu macam mana. Kau pun satu Anis. Cakap macam ada pengalaman aje. Bau
kentut Faizul bau ubat ke?”
Bang! Sekali Taufiq mengeluarkan kata-katanya.
Peluru berpandu pun kalah. Terbersin-bersin Faizul yang sedang membuat report pasal pesakitnya. Kesian, dia
yang tiada kena mengenakan pun terkena juga!
Fiera dan Anis masih buat muka selamba. Tidak
berbekas langsung kata-kata Taufiq itu sebab mereka pun sama juga.
“Elleh… sejak bila korang berkasih sayang ni tidak report duty dengan aku? Waktu aku dan
Faizul punya la korang berdua busybody
jadi telangkai kan? Tang korang berdua pandai je simpan rahsiakan.” Kata Anis.
Pasangan yang sedang berdiri berhadapan dengannya dipandang.
Fiera tersengih. Taufiq pula sekadar menjongket
bahu. Macam tiada mood saja orang sebelah ni. Getus hati Fiera.
“Nak masuk pejabatlah. Penat! Korang sambunglah
anyam ketupatnya.” Putus Taufiq.
“Fiq…” panggil Fiera.
“Belum boleh balik Fiera. Tunggulah esok-esok!”
jawab lelaki itu. Tahu sangat apa yang nak disoal oleh Fiera. Dia mengangkat
tangan sebelum pergi.
“Benci betul aku dengan mamat tu. Orang nak balik ditahan-tahannya.
Macamlah aku ni bandunan. Ni apa kes pula bad
mood semacam.”
“Minta teman wanita dia pujuklah tu… nak bermanja.”
usik Anis dengan sengihan memanjang.
Fiera menjongket bahu. “Nak bermanja apanya Anis.
Baru kekasih saja pun bukannya suami isteri.”
“Amboi. Buatnya ramai jururawat datang pergi pujuk
dia. Kau juga yang merana. Kau nak ke mana pula tu?” tanya Anis pada Fiera yang
sudah pun berjalan meninggalkan mereka.
“Pujuk Taufiq.”
“Eleh! Takut juga buah hati dia kena kebas.” Usik
Anis pada kawannya yang sudah pun bergerak ke pejabat Taufiq.
“Diamlah.” Balas Fiera yang terdengar usikan Anis.
Gelak tawa dan usikan dibelakang tidak lagi
dipeduli. Dia menaruskan langkah ke bilik Taufiq. Hatinya tertanya-tanya kenapa
dengan sikap Taufiq tadi. Muram semacam saja.
Jambangan bunga tulip itu dipandang. Dipaksa juga
diri untuk menatap bunga yang tidak sempat diberikan kepada pemiliknya.
Benarlah mereka kini sudah bertukar status kepada pasangan kekasih. Pahit untuk
diterima tapi realiti tidak boleh disangkal.
Adam yang dari tadi menjadi penonton drama sebabak
itu tidak sempat meneruskan langkahnya mendekati Fiera serta Anis dan jururawat
yang berada di situ. Terdengar usikan Anis pada Fiera yang ingin pergi memujuk
buah hatinya.
“Sudah jodoh mereka…” Dia cuba mengukir senyuman
walaupun terpaksa. Cuba untuk menerima hakikat walaupun perit. Telefon Adam
berdering. Tertera nama Shofea pada skrin telefon. Lantas butang hijau
ditekan.
Adam sempat menjawab salam dari Shofea sebelum
jambangan bunga itu ditinggalkan atas bangku. Dia sempat memandang sekilas
jambangan bunga yang tidak sempat bertemu dengan pemiliknya. Biarlah…
“Assalamualaikum doktor. Boleh saya masuk?” tanya
seseorang yang sedang mengetuk pintu bilik.
Taufiq menjawab salam dalam hati. “Masuklah.” Dia
memandang sekilas kelibat insan yang melangkah masuk.
“Ada apa?” tanya Taufiq.
“Alah… tuan doktor ni. Orang baru saja masuk. Duduk
pun tak sempat lagi terus tanya soalan.”
“Come on
Fiera. I’m not in a good mood.” Taufiq mengusap rambut yang memang pun
sudah kusut masai itu.
Fiera mundar mandir dalam bilik Taufiq. Baju kot
putih yang tergantung diambil. Selamba saja dia menyarungkan pada badanya.
Perasan jadi doktor sekejap. Mak ai! Besarnya kot ni. Stetoskop yang berada
dalam poket kot tersebut dikeluarkan lalu digantung pada lehernya. Memang
perasan!
Kerusi dihadapan Taufiq ditarik. Kepalanya saja
direbah atas meja lelaki itu. Tepat anak mata Taufiq dipandang. “Tahulah tengah
angin. Share?” Berkedip-kedip mata
Fiera memujuk.
Taufiq tersenyum. Sejuk hatinya memandang Fiera.
“Ingat comel sangatlah buat mata macam tu. Kalau juling padan muka.”
Fiera julingkan kedua matanya ketengah. Tergelak
Taufiq melihat rupa Fiera itu. Buruk! “Selepas mendapat terapi gelak dari lawak
Fiera. Encik Taufiq dikehendaki untuk kongsi masalah anda sekarang juga.” Ujar
Fiera serius.
Lelaki itu kembali muram. Sesekali keluhan
dikeluarkan.
“Apa ni Fiq? Kau buat aku risau tau.”
“Aku rasa macam gagal je Fiera. Pak cik tu meninggal
pagi tadi. Kalaulah aku berjaya pujuk dia buat penbedahan tu.” Taufiq meraup
mukanya. Jelas terpancar riak bersalah pada wajah lelaki itu.
“Innalillahiwainnailaihirojiun.”
“Pak
cik tu salah seorang pesakit aku. Barah otak macam mendiang daddy aku dulu.”
Fiera
sekadar mengangguk. Dia tahu mendiang daddy
Taufiq meninggalkan disebabkan penyakit itu. Tapi mendiang tidak dapat
menjalani pembedahan kerana kehidupan mereka yang susah. Sebab itulah Taufiq
beriya-iya menjadi doktor. Ingin membantu orang yang senasib dengannya dulu.
“Kisah
pak cik tu dan daddy aku berbeza.
Dulu daddy aku tak nak lakukan
pembedahan sebab faktor kewangan. Tapi pak cik ni pula dilimpahi kemewahan, cuma
dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah orang-orang tua. Dia
inginkan ketenangan dan kebahagiaan di sana sebab tiada seorang pun anaknya
yang pedulikan dirinya.
Kesian
pak cik tu Fiera… selama dia sakit tiada seorang pun anaknya datang
menjenguknya di hospital. Lepas dia keluar dari hospital. Pak cik tu terus
tinggal di rumah orang-orang tua. Dia kata dia tenang di sana. Ramai kawan yang
senasib dengannya.”
“Isteri
dia?”
“Setahu
aku isteri dia sudah lama meninggal. Tadi aku ada terdengar ada anaknya datang
mencari dia. Tapi bukan sebab bapa mereka yang meninggal. Tapi kerana harta
bapa mereka yang berlambak.” Jelas Taufiq.
“Astaghfirullah.
Kenapa la ada anak sanggup buat bapa mereka macam tu.” Luah pendapat Fiera.
“Aku
teringatkan mendiang daddy aku. Aku
rindukan daddy Fiera,”
“Kau
doakan saja mendiang daddy kau ya. Insyallah…. Aku ni tak reti nak pujuk orang…
kalau kau nak nangis pun nangis sajalah. Kau pura-pura aje tak nampak aku di
sini.”
Taufiq
tersenyum kecil dengan gelagat Fiera. Memang tiada bakat memujuk langsung. Lama dia merenung wajah yang itu. Kemudian
Taufiq mengeluh lagi. “Kemaslah barang kau. Petang nanti aku hantar balik.”
Katanya.
“Hish.
Takkan nak halau aku keluar dari sini kot?”
“Eh…
dah jatuh cinta dengan hospital ka sampai nak menetap kat sini?” tanya Taufiq.
Selalunya beriya-iya hendak pulang.
“Owh…
maksud kau check out ke? Hesy… cakap
tu biarlah jelas sikit. Tapi kau dah habis kerja?”
“Check out. Ingat sini hotel ke? Main check in, check out. Kejap lagi habis.
Sempat lagi. Kau pergi kemas barang ya. Aku tolong uruskan bil dulu.”
Dengan
senang hati Fiera mengangguk. “I’m coming
home, I’m coming home. Tell the world I’m coming home.” Riang ria dia
menyanyi-nyanyi kecil.
“Tak
sabar nampak nak balik.” Usik Taufiq.
“Eh!
Mestilah. Naik bosan aku kat hospital ni. Semua boring!”
“Habis
kau hadap aku pun boring ke?” uji lelaki itu pula.
Kening
Fiera diangkat. Dagunya diusap beberapa kali.
“Kau eh? Kejap aku fikir dulu…”
“Boringlah
jugak! Hahaha…” tawanya sambil lari keluar dari bilik Taufiq. Sempat juga dia
menjelir lidah.
“Fiera
jangan lari…!! Nanti jatuh lagi.” Jeritan Taufiq langsung tidak diendah. Dia geleng
kepala saja sambil tersenyum lebar dengan gelagat Fiera. Macam budak-budak!
fiera comel...best...
ReplyDeleteAlahai macam budak-budak kecil.
ReplyDeleteso comey.....
ReplyDeleteSalam. Hero citer nie sape? Taufik ke? Adam ke? Ke Ammar?
ReplyDeletehehe...redha nyer adam...n comei nyer lh perangai fiera cam kekanak riang jer lagah nyer...
ReplyDeleteAntara Taufik dan Adam..kedua dua jejaka ini mempunyai kelebihan masing masing..
ReplyDeletebest nak lagi...
ReplyDelete