Bab 9
“Kawan baik dah
kahwin. Alahai bilalah kita dapat kahwin macam tu.” Tanpa dipinta Ammar
mengambil tempat disisi Fierra. Tidak disuruh pun!
“Kau kan lelaki
Ammar! Sekali kau petik. Aku jamin satu Malaya beratur… macam buat temuduga
masuk AF tu… berderet-deret.” Fiera melawak. Namun langsung tidak menarik
perhatian Ammar.
“Ermm… ya la…
satu Malaya beratur. Kalau perempuan takpa juga. Kalau mak nyah yang beratur.
Minta simpang 44 aku Fiera. Rela aku jadi bujang terlajak. Haha! ” Hai yaa
hati.. kalau sudah suka, benda tak kena dihatinya pun tetap juga Ammar layan.
Ya la… ini saja cara untuk berinteraksi dengan makhluk di sebelahnya.
“Amin… Straight
juga kawan aku seorang ni rupanya..hehe…” Fiera menjawab. Kedua tapak tangan diterkup ke pipi.
“Kau ni. Aku straight okay! Tak sayang mulut betul.”
Mata Ammar memandang sekeliling. Malu pula kalau orang dengar. Biasa mulut
Fiera ni. Main hambur saja… nanti tidak pasal-pasal dia kena soal siasat oleh
wartawan hiburan pula.
“Bila kau free Ammar? Aku nak minta tolong kau
uruskan urusan jual beli rumah. kalau kau sibuk pun tolong aku carikan
mana-mana kawan peguam kau tu. aku nak beli rumah Anis. Kitaorang dah plan...”
“Aku on je nak tolong kau… free of charge. Tapi minggu depan tak boleh
la. Nanti kalau aku sudah selesai kes sekarang ni aku tolong kau urus kau punya
hal. Setakat benda ni kecil saja pun.” Ammar memberi jaminan.
“Okey. Aku tak
kisah juga. Bukan nak cepat sangat pun. Kau dah makan…?”
“Aku datang sini
nak ajak kau makanlah ni. Terlupa…” ujar Ammar.
Fiera mencebik.
Lupalah sangat!
“Jom. Aku pun
belum makan lagi ni. Dari tadi aku sibuk tolong itu ini.” Ajak Fiera.
“Kau ni…
kerja-kerja jugak. Makan tu penting tau. Kalau sakit lagi. Siapa susah!” Ammar
menegur. Cakap pasal makan dengan Fiera ni dua kali lima saja cakap dengan
tunggul. Kalau sudah bekerja memang tak ingat pasal makanan.
“Kau tunggu sini
aje. Aku tengok kau ni dari tadi buat kerja itu ini. Kau rehat saja sini. Biar
aku saja yang pergi ambil.” Ammar menyambung lagi. Dia berdiri untuk pergi
mengambil makanan.
“Apalah… aku
masih larat lagi. Jomlah…” Fiera pun berdiri sekali. Namun bahunya ditekan oleh
Ammar sehingga dia terduduk sekali lagi. Pandangan tidak puas hati dihadiahkan
kepada Ammar. Sesedap mi kari saja dia hendak menghalang jalannya.!
“Tunggu sini.
Itupun payah nak dengar.”
“Ye la! Aku
tunggulah…” bengang dengan sikap Ammar akhirnya mengalah juga dia. Tidak ingin
buat wayang free di sini.
Penuh pingan
Taufiq berisi pelbagai jenis makanan. Semuanya makanan kegemaran Fiera.
Tersenyum lebar dia memikirkan Fiera yang kuat makan itu. Sudah tentu melahap
macam seribu tahun tidak jumpa nasi! Apabila terlihat Fiera yang terduduk
keseorangan sambil melelapkan matanya Taufiq sudah dapat mengagak yang gadis
itu belum makan.
Terlihatkan Adam
yang turut menuju ke tempat Fiera dari arah bertentangan membuatkan senyuman
Taufiq mati. Apa pulak mamat sengal tu nak menyampuk! Kurang angin betullah…
Mata Adam berlaga
dengan Taufiq yang merenungnya tajam. Tersenyum sinis lelaki tersebut.
Tangannya juga terdapat sepinggan nasi dengan pelbagai jenis lauk. Sebelah
tangannya pula terdapat sepotong kek cheese yang disediakan sebagai pencuci
mulut.
Ceh! Berani kau
bagi kek keju dengan Fiera. mamat tu nak sangat tengok Fiera muntah hijau depan
dia kot…hak…hak..hak… Taufiq tergelak jahat tapi dalam hati sahajalah takut
juga kalau orang fikirkan dia sewel.
Mereka berdua
mempercepatkan langkah mendekati Fiera. Tapi Ammar yang muncul dari arah lain
membuatkan mata mereka bertiga berlaga. Masing-masing menayang muka tidak puas
hati…!!
Ammar pula pada
mulanya yang tidak dapat generate
otak dengan lebih lancar agak blurr
dengan pandangan tajam dari Taufiq dan Adam. Matanya menyorot pada tangan
kedua-dua lelaki tersebut. Tst… Ada hati nak lawan aku… aku yang dari tadi
dengan Fiera ada hati nak ambil port…
Mereka
bertiga berjalan laju ke arah Fiera yang sedang melelapkan matanya. Penat
barangkali.
“Fiera… nah
untuk awak…” ujar Adam dan Ammar serentak.
“Nah mak
cik! untuk kau…” Taufiq juga berkata serentak
dengan Adam dan Ammar tapi bahasanya sahaja yang TERLEBIH sopan.
Fiera yang
melelapkan matanya terkejut dengan tiga orang lelaki yang sedang menghulur
pingan ke arahnya.
“Apahal kamu ni? Dah macam waiter dah aku tengok!” soalnya.
“Ambil aje
la… nah… banyak songeh pulak dia ni.” Taufiq membalas. Ekelleh! Sengal pula Taufiq ni…orang tak mintaklah..
Fiera
menggaru kepala yang tidak gatal. Nak ambil semua ka atau pilih satu saja. Gila
aku makan sampai tiga pingan ni? Perut aku jammed nanti kalau makan tiga-tiga
sekali. Perut aku ni bukannya plastik atau getah. Tak nak aku ambil semua tapi
kalau aku pilih salah satu nanti ada pulak yang terasa…Ah! Benda ni lagi susah
dari study subjek dulu…
“Ambillah
Fiera.” gesa Ammar.
Fiera
memandang wajah Ammar… alahai kesian pula si Ammar ni. Tadi aku yang ajak dia
makan tapi dia yang sangup pergi ambilkan.
Hanya
senyuman saja yang membalas kata-kata Ammar tadi. Fiera kembali mengalihkan
pandangannya ke arah mekanan yang terisi di pinggan yang dihulurkan oleh beruk
tiga ekor di hadapannya sekarang.
‘Amboi
Taufiq… apasal kau ambil makan kegemaran aku semua ni…huhu…Adam punya lauk pun
nampak sedap. Ada udang goreng..yummy! tapi kek keju tu jangan sesekali
dekatkan dengan aku… tak hingin perut aku digest.’
Fiera komen dalam hati.
Lauk Ammar pula dipandang.
‘Macam gunung
Everest sudah tingginya. Mak aih! Banyaknya… nak jadi aku buntal kea pa mamat
seorang ni. Tau la dia pergi gym
tiap-tiap minggu.’ komen Fiera satu persatu makanan di hadapanya.
“err.. aku
ambil yang ni… aje la…” Fiera hendak mengangkat tangannya untuk memilih antara
satu.
“Fiera…!!”
pangilan Puan Fatimah mengejutkan mereka berempat. Bukan main nyaring lagi
suara opah si Adam ni. Boleh masuk pertandingan menyanyi sudah!
“Ada apa
Opah?” Fiera menyoal. Tangannya yang baru sahaja hendak menunjuk makanan
diturunkan segera.
Adam, Taufiq
dan Ammar memberi jarak sedikit untuk memberi ruang Puan Fatimah mendekati
Fiera.
“Kamu dah
makan…? Opah tengok kamu dari tadi sibuk memanjang aje. Tengok gaya kamu ni
macam belum makan saja. Jom ikut opah makan. Opah pun belum makan lagi ni.”
Ajak orang tua itu.
“Hah? ah…
ya…” Fiera menganguk juga walaupun terkejut. Sekurang-kurangnya tidaklah dia
perlu memilih mana yang hendak dimakan.
“Jom… hah!
kamu bertiga tunggu apa lagi? Makanlah… berselera opah nampak kamu punya
makanan Ammar. Dah tak sayang perut ke makan begitu banyak?” sempat lagi dia
menyoal Ammar yang nyata terpinga-pinga dengan soalannya.
“Hah! err…
lapar opah. Jarang dapat makan makanan macam ni.” Peguam! Biasalah. Kena
sentiasa bersedia untuk hujahnya walaupun hujah Ammar tidak logik langsung.
Apalah!
“Ermm…
mana-mana kamu aje la. Fiera jom temankan opah. Kamu bertiga sebelum melantak jangan lupa baca doa makan.” Pesan
Puan Fatimah.
Fiera
mengekori Puan Fatimah dari belakang. Tersenyum lega dia kerana terlepas dari
beban yang difikir. “Terima kasih opah! Opah memang terbaik…!!” Fiera memeluk
bahu wanita tersebut.
“Kamu perasan
ke? Opah ingatkan lakonan opah sudah tahap serius dah tadi. Tercengan-cengang
budak tiga orang tadi tu.” jelas wanita tersebut. Dia sebenarnya ingin membantu
Fiera yang dilihatnya dari jauh tadi sukar untuk membuat pilihan dari tiga
orang anak muda tadi.
“Hehe…
biasalah. Kita kan geng opah…! Kita tahu lah.. ada telepati gitu..”
“bak kata
omputih… ada chemistry gitu… haha!” balas Puan Fatimah… haha! boleh tahan
kamceng juga nenek Adam ni.
“Adam… Apasal
aku rasa nenek kau tu ada iras-iras kembar kau si Anis tu.” ujar Ammar yang
masih terkejut.
“Hah?”
“Nenek kau
punya membebel macam Anis pula aku tengok. Aku rasalah kau ni yang kekurang
genetic dari keturunan nenek kau kot.”
“Apalah… Eh!
Taufiq mana?” soal Adam tika perasan Taufiq yang sudah hilang dari sebelahnya.
“Aku
sinilah…” Taufiq menjawab.
Adam dan
Ammar memaling ke arah suara tersebut. Releks sahaja Taufiq makan makanan yang
dihulurkan untuk Fiera tadi.
“Korang
makanlah… baik isi perut dari membatu di situ...” sambungnya.
Adam dan
Ammar memandang satu sama lain. Mereka menjongket bahu. Adam mengambil tempat
di sebelah Taufiq manakala Ammar duduk berhadapan di antara mereka bertiga.
“Sayang
maafkan ibu sayang… ibu bersalah… maafkan Ibu..” wanita tersebut merayu-rayu
dikaki Fiera. Dia melutut sambil memeluk kaki Fiera. Mengalir-galir air mata
wanita tersebut memohon maaf dari Fiera.
“Percayalah
sayang… ibu sentiasa rindukan anak ibu… tolonglah… ampunkan ibu sayang…” rayu
wanita tersebut lagi.
Fiera hanya
membuang pandangannya ke arah wanita tersebut tanpa sebarang perasaan.
Seolah-olah tubuhnya kaku seperti arca sahaja. Langsung tidak boleh bergerak.
Tangisan
wanita tersebut masih lagi dalam nada yang sama. Masih lagi memeluk erat kaki
Fiera dan meminta maaf. Fiera memandang wajah sugul itu. Siapa wanita ini…?
Datangnya secara tiba-tiba langsung tidak terlintas dikepala.
Ibu? Kenapa dia membahasakan dirinya ibu…
adakah dia ibuku?? Pelbagai persoalan muncul di fikirannya kini.
Fiera masih
dalam keadaan yang sama. Kaku memandang wanita tersebut tanpa sebarang respon.
Wanita yang sedang memeluk kakinya hanya dipandang tanpa sebarang perasaan.
Tiba-tiba
muncul dua lembaga yang hitam dari jauh. Semakin lama lembaga tersebut
mendekati mereka. Jelas wajah kedua lembaga tersebut ialah seorang wanita dan
seorang lelaki. Dua insan yang lansung tidak dikenali. Siapa mereka ni…?
Kepala wanita
yang masih memeluk kaki Fiera digeleng cepat. Tangisannya semakin kuat malah
pelukan wanita tersebut semakin erat. Fiera tidak mampu berbuat apa-apa selain
berdiri kaku sahaja.
Dua pasangan
yang berumur lingkungan 50an itu menarik wanita yang memeluk kaki Fiera tadi.
Meraung wanita tersebut enggan ikut mereka pergi. Apa yang sedang berlaku ni?
Soal hati Fiera.
Wanita
tersebut menguatkan pelukannya. “Fiera…! tolong ibu Fiera. Ibu tak nak jauh
dari Fiera lagi… ampunkan ibu sayang… ampunkan ibu…” kuat wanita tersebut meraung
enggan melepaskan diri.
Air mata
Fiera gugur setitik demi setitik. Hatinya kuat untuk menguatkan pelukan
tersebut dari terlerai. Hatinya ingin memanggil wanita tersebut tapi badannya
kaku. Mulutnya pula seolah-olah terkunci rapat. Hanya air mata sahaja yang
menitis sedikit demi sedikit.
Wanita dan
lelaki tadi menarik kuat wanita yang mengelarkan dirinya sebagai ibu Fiera.
erat sehingga wanita yang meraung itu tidak dapat melepaskan diri.
“Ibu…”
panggil Fiera namun suaranya tidak terkeluar. Kakinya sebelah melangkah sedikit
ke hadapan.
Fiera
memandang kakinya yang sudah boleh bergerak. Fikirannya bercelaru.
“Ibu…”
suaranya sudah pun terpacul keluar.
“Ibu… ibu…”
panggil Fiera lagi. Namun ketiga-tiga insan tadi sudah semakin jauh.
Fiera berlari
untuk mengejar wanita tersebut. Terdengar tangisan wanita tersebut yang kuat
memohon maaf darinya. Air mata Fiera mengalir laju.
Dia melilau
keadaan sekeliling mencari suara tersebut. “Ibu…! Ibu…!!” jerit Fiera. dia
sudah kepenatan. Air matanya semakin deras.
Ibu…!
Tangisnya keseorangan. Fiera menangis dan terus menangis tanpa henti sebaliknya
semakin kuat.
“Ibu…!!”
jeritnya sekali lagi.
Mata Fiera
terbuka luas. Dia memandang keadaan bilik tidurnya yang gelap gelita. Dia
bermimpi sahaja rupanya. Ke dua belah tangannya meraup muka yang sudah dibasahi
dengan air mata. Dia menangis dalam mimpi sehingga air matanya mengalir
walaupun sedang tidur.
“Astaghfirullahalazim.”
Ucapnya beberapa kali. Fiera memeluk
kakinya. Dia menangis lagi. Tanganya ditadah untuk memanjatkan doa. Ya Allah!
Betapa rindunya hatiku untuk berjumpa dengan ibuku. Mudahkanlah pencarianku Ya
Allah. Amin. Sekali lagi dia meraup wajahnya.
Fiera menarik
selimutnya ke dada. Matanya sudah segar. Dia melirik ke arah jam dinding yang
menunjuk pukul 3.45 pagi. Kisah beberapa tahun lalu berlegar-legar di
ingatannya. Kisah bermulanya dia mengetahui bahawa bapanya hanya pak cik
saudaranya sahaja. Kalau bukan kerana pertengkaran mak cik dan pak ciknya sudah
tentu dia rahsia yang selama ini disimpan rapi tidak diketahuinya.
“Abang nak
simpan duit untuk budak tu apasal? Baik abang letak duit tu ke akaun Haziq atau
Rina lagi bagus. Buat apa abang susah-susah simpan duit untuk budak tu.” marah
Jamilah dengan suaminya setelah mengetahui bahawa suaminya selama ini membuka
buku akaun simpanan untuk anak saudaranya.
“Sudahlah tu.
Dengar dek budak tu nanti apa saya nak jawab? Budak tu anak saudara saya juga.
Anak kakak saya…” jawab Encik Abdullah perlahan.
Fiera yang baru
sahaja balik dari sekolah menerkup mulutnya apabila terdengar penjelasan tersebut.
Patutlah selama ini mak dia memang melebihkan abang dan kakaknya darinya. Sangkaannya
sebab kakak dan abangnya anak kesayangan rupa-rupanya ada rahsia yang tersembunyi
tentang siapa dirinya.
Bebelan mak terhadap
bapanya tidak lagi diendah. Air mata Fiera semakin laju mengalir. Dia berlari masuk
ke dalam bilik. Takut kewujudannya di situ dikesan oleh mak dan bapanya. Sejak itu
Fiera tidak lagi berani minta apa-apa dari mak dan bapanya. Dia mula hidup berdikari.
Nekadnya untuk mencari ibu bapa kandungnya. Sebelum itu Fiera nekad untuk mendapatkan
keputusan cemerlang dalam peperiksaannya nanti.
Air mata Fiera
diseka perlahan. Mengenangkan kisahnya dahulu yang tidak diendah oleh makciknya
sungguh membuatkan hatinya sedih. Dia tidak pernah ambil hati dengan wanita tersebut.
Apa-apa pun wanita tersebut telah menjaganya dari kecil. Pak ciknya pula tidak pernah
melebihnya sesiapa dari anaknya. Manakala kak Rina dan abang Haziq sentiasa sayangkan
dirinya seperti adik mereka sendiri.
Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!