Saturday, December 24, 2011

Tembok Cinta part 7

 
Bab 7

Matanya merenung Adam yang mengeluh. Muka dari tadi kelat semacam saja. Ni mesti ada kena mengena antara Fiera dan Taufiq yang baru sahaja terserempak denganya mereka tadi. Haris berdehem. “Haih…mengelamun pulak manusia seorang ni.” Rungutnya.
Adam masih lagi dalam dunianya sendiri. Langsung tidak terkutik dengan kata-kata Haris. “Adam!” jeritnya. Tangannya ditepuk kuat di hadapan muka Adam.
“Kau panggil aku ke Ris?” soalnya.
“Tak. Aku tengah memasak.”
Adam hanya mengangguk perlahan. Tiada niat hendak membalas kata-kata Haris. Keluhan berat dihembus perlahan. Berat kepala memikirkan gelagat Fiera melayan Taufiq dengan spontan tadi. Siap pegang tangan Taufiq lagi bila babak cerita sedih dan mengerikan. Kalaulah dia tidak luahkan perasaannya dahulu secara mendesak agar gadis itu menerimanya.
“Hoi Adam! kau ni apasal?” soal Haris kegeraman. Tidak tahan langsung dengan sikap Adam yang menganggapnya langsung tidak wujud di depannya.
“Apa?” Dia menjawab lemah.
“Cuba kau cerita sikit masalah kau ni. Aku tengok kau ni macam mayat hidup secara tiba-tiba. Awek tu tarik roh kau balik ke tadi? Jangan Adam. Awek tu dah ada balak. Nanti tidak pasal-pasal mata kau lebam sebab usha awek dia.”
“Fiera bukan awek dia la. Mereka kawan baik je.”
“Sudah rapat macam tu kau kata kawan baik. Aku rasa sesiapa pun perasan yang mereka berdua tu sedang hangat bercinta. Ermm… hangatlah sangat.” Ujar Haris. Melalui pandangan dia,  Fiera dan Taufiq ialah pasangan kekasih.
“Adik aku kenal mereka berdua sebab adik aku dan Fiera kawan baik. Taufiq tu pula kawan Fiera dari sekolah rendah dan menengah. Tapi aku tak rapatlah mamat tu waktu sekolah menengah. Anis kata mereka terserempak dengan Taufiq waktu degree dekat UM dulu lepas tu Taufiq dan Anis kawan sekerja.” Jelas Taufiq.
Haris terangguk faham.
“Jadi apa juga masalah kau ni sekarang…?” soal Haris. Badannya ditegakkan. Mulai rasa mengantuk dengan keadaan malam yang semakin jauh.
“Aku cinta Fiera dari dari dulu sampai sekarang.”
“Wah. Bro! jiwang karat juga kawan aku ni. Mat Romeo rupanya. Haha…” gelak Haris. Hampir tersembur air yang hendak diteguk. Terkejut dengan kenyataan Adam yang selama ini tidak pernah melayan perempuan yang mengodanya.
Adam merenung tajam wajah Haris. Tadi buka main lagi memaksanya beritahu. Kawan konon. Sudah di beritahu boleh pula dia ketawa.
“Kau kenapa?”
 “Hahaha… aku terkejut je bila kau terus terang macam tu. Direct to the point! Tapi aku salute dengan kau Dam. Boleh pula kau setia dengan dia. Habis tu kau dah beritahu isi hati kau dengan awek tu?”
Adam mengangguk. “Aku sayangkan dia Ris tapi Fiera bukan jenis perempuan yang macam kita kenal. Dia senang sangat rapat dengan orang tapi tembok cinta dia teguh. Susah sangat nak robohkan. Tiap-tiap hari aku tanya dia Ris. Tiap-tiap hari aku kata aku sanggup tunggu dia tapi jawapan dia tetap sama.” Keluh Adam.
“Kalau kau dah macam stalker cakap macam tu aku tak hairanlah dia mengelak Adam. Orang perempuan ni kena buat cara halus. Kita tidak boleh mendesak. Makin kau paksa makin dia lari.”
“Aku rindukan dia. Aku pun tidak tahu macam mana lagi. Tapi adik aku kata Fiera masih lagi single but still not available. Hati dia masih tertutup.”
“Kau pikatlah. Jangan putus harapan Adam. Manalah tahu suatu hari nanti hatinya terbuka untuk kau.”
Adam hanya tersenyum. Walaupun Haris tidak cakap dia memang nekad untuk memiliki hati Fiera sekali lagi.





Setiap hari Fiera tidak sempat untuk bersenang lenang. Kerjanya bertimbun. Bukannya makin sikit tapi makin berlambak. Kadang-kadang dia terpaksa balik lewat dan makan tidak menentu. Dia terpaksa berkerja keras menghabiskan kerja-kerja sebelum cuti untuk perkahwinan Anis nanti. Segala dokumen turut disusun semula sebelum dia menyerahkan kepada pengantinya nanti. Habis sahaja cuti dia akan menjadi PA Adam.
Satu keluhan berat menginggatkan perkerjaan tersebut. Bukan kerja menjadi keluhan tapi kepada orang yang akan bakal dihadap setiao hari membuatkan dia tidak tenang setiap hari. Walaupun kata-kata Taufiq sedikit sebanyak melegakan dirinya akan tetapi dia masih lagi serabut memikirkan Adam. Beberapa hari sudah dia tidak terserempak dengan Adam walaupun mereka di bawah satu bumbung sejak perjumpaan yang tidak dijangka di panggung wayang tempoh hari.
Dua minggu lagi dia dan Taufiq akan keluar bersama lagi. Itupun atas paksaan Taufiq. hendak menonton Ombak Rindu katanya. Bukannya dia tidak tahu Taufiq tidak seberapa suka layan cerita jiwang melainkan dia yang paksa layan. Taufiq tahu Fiera memang kaki wayang. Asal ada sahaja cerita baru mereka mesti tercongok di panggung wayang.
Usai menonton Ombak Rindu, mereka akan marathon menonton Aku Bukan Tomboy pula. Fiera sudah tidak sabar nak tengok cerita tersebut. mesti kelakar gila.
Pintu bilik yang terkuak diketuk. Hilang segala lamunan Fiera. Mukanya berkerut memandang manusia di hadapannya. Masih ada di pejabat rupanya. Dia memperlahan lagu dari komputernya tatkala Adam melangkah masuk.
“Kenapa belum balik?” soal Adam.
“Tengah siapkan kerja sebelum mula cuti.” Jawab Fiera. Kekok pula berdua-duaan dengan Adam di pejabat yang sunyi. Nanti tidak pasal-pasal kena tangkap.
“Tutup fail… jom Adam bawa makan malam. Fiera belum makan kan?” terkejut Nurul Zaffiera dengan ajakan Adam Danial. Sudahlah Adam tiba-tiba menggunakan ayat sopan seperti dahulu untuk membahasakan dirinya. Tiada lagi ‘I’ dan ‘you’
“Err…”
“Jangan risau. Adam tak makan orang. Tadi Anis sudah bagi warning. Dia takut Fiera belum makan. Nanti sakit siapa susah. Sendiri juga yang rasa sakit.” Ujar Adam. Tadi Anis telefon dia bertanyakan sekiranya Fiera masih di pejabat. Takut pula kerana gadis itu tidak menjawab panggilan darinya. Akhirnya Anis menelefon abangnya untuk bertanyakan kedudukan Fiera.
“Anis?”
“Iya. Tadi Anis ada try call Fiera tapi tiada angkat. Dia takut Fiera belum makan malam.”
Fiera mengangguk. Dia mencari telefon di atas meja yang berselerak dengan fail-fail yang hendak disiapkan. Pening pula dengan mejanya yang berhanbur. Telefonnya berselindung disebalik fail-fail.
‘12 panggilan tidak berjawab? Amboi licinlah telinga aku lepas ni kena ceramah dari Anis.’ Ujar Fiera dalam hati. Dia terpandang Adam yang mengemas failnya di atas meja. Satu persatu fail di susun rapi.
“Eh takpa…takpa… biarkan saja. Takut tercampur aduk pula nanti.”
“Okay. Jom keluar makan.” Ajak Adam sekali lagi.
“Err… takpa. Fiera sudah mahu balik pun. Makan dekat rumah saja. Lagipun takut Anis risau pula sebab tak balik-balik lagi.”
“Anis yang suruh Adam bawa makan malam. No objection. Jom.” Ujar Adam tegas.
“Tapi…”
“Kalau tak sudi makan dengan Adam sekali pun janganlah sampai sakitkan diri sendiri. Sekurang-kurangnya isi perut tu walaupun sakit mata tengok muka Adam. ”
“Mana ada!” tukas Fiera. Dia tidaklah begitu bencikan Adam sehingga sakit mata.
So? Tunggu apa lagi cik Zaffiera?” soal Adam. Keningnya terangkat.
“Fiera bawa kereta sendiri. Habis makan terus balik. Senang sikit.”
Adam sekadar mengangguk. Asalkan Fiera sanggup keluar dengannya pun sudah memadai.




“Kita duduk dekat sini sajalah.” Adam menunjuk ke arah meja yang berdekatan dengan mereka. Fiera mengangguk. Ketika Adam hendak menolak kerusi untuk Fiera duduk, gadis itu segera mengeleng. Fiera tidak suka dilayan sedemikian. Kalau gadis lain mungkin sudah meloncat-loncat kegembiraan apabila seorang CEO berbuat demikian tapi bukan Nurul Zaffiera.
“Nak makan apa?” soal Adam. Dia mengangkat tangan memanggil seorang pelayan agar mengambil pesanan mereka.
“Err…nasi goreng Seafood.”
“Minum?” Soal Adam lagi.
“Milo Sejuk.”
“Bagi dua milo sejuk dan Nasi goreng Seafood.” Ujar Adam. Pelayan lingkungan awal 20an itu mencatat pesanan mereka.
Fiera senyum ketika mereka bertentang mata. Dia kekeringan idea untuk bercerita dengan Adam. Kalau Taufiq sudah tentu mulutnya bising mengalahkan murai. Senang untuk berkomunikasi dengan Taufiq berbanding Ammar dan Adam. Mulut mereka laju sahaja kalau bab-bab mengutuk antara satu sama lain.
“Umi ada cerita tentang Fiera yang bantu umi dahulu. Thanks. Kalau Fiera tak tolong umi dulu tak tahulah apa yang jadi.”Adam memulakan bicara.
“Kira kebetulan juga sebab waktu tu Fiera ada dekat Airport sebab nak balik Sabah. Tak sangka pula umi ialah ibu Anis dan Adam.”
“Banyak betul kebetulan. Adam masih lagi tidak sangka semua ni. Tak sangka Fiera kawan baik Anis. Malah jadi anak angkat kesayangan umi pula tu.”
“Fiera lagi la tidak sangka yang kembar Anis ialah Adam.”
“Owh… yang tu…”
“Takpa. Umi ada cerita kisah Adam. Fiera tahu semuanya.”
Adam tersenyum kelat.
“Adam tak rapat dengan keluarga…” ujarnya dengan nada perlahan. Dia masih lagi sedikit terkilan jika mengingatkan kisah dia yang diberi kepada mak ciknya yang tinggal jauh di Sabah. Sudah ketiadaan abang sulungnya barulah dia diambil semula sebagai waris harta.
“Sekurang-kurangnya Adam masih ada keluarga dan yang paling penting Adam masih lagi kenal ibu bapa sendiri. Ramai lagi orang yang jauh lebih susah dari Adam” ujar Fiera tegas. Dia rasa lelaki itu lagi bernasib baik sedangkan dia pula masih lagi mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Entah ibu kandung yang dicari selama ini masih hidup lagi atau tidak.
“Adam rindukan Fiera yang begini. Fiera yang peramah macam mula-mula kita rapat dulu. Lama Adam tak dengar suara Fiera. ” kata Adam. Dia merenung wajah Fiera di hadapannya.
Fiera terkejut. Kalau diikutkan hati mahu saja dia menampar mulutnya kuat bercakap. Kalau bercakap memang payah nak berhenti. Brek tidak makan!
Dia hanya mendiamkan diri. Hilang terus mood apabila Adam sudah berkata-kata sedemikian.
“Dulu Fiera kata jodoh tak akan kemana. Kalau ada jodoh kita pasti akan bersama. Tapi Fiera tidak rasa ka setiap kebetulan yang kita lalui adalah jodoh untuk mendekatkan lagi kita.”
“Sudahlah Adam.” Tukas Fiera perlahan. Adam sudah mula mengayat balik dah…sambungnya dalam hati.
“Tapi Adam masih lagi tetap dengan kata-kata Adam dahulu. Adam tetap tunggu Fiera dari dulu sehingga sekarang. Adam tetap setia dengan cinta Adam.”
Fiera mengurut kepalanya. Sakit pula kepala mendengar kata-kata Adam. ‘Kalau aku tahu ini jadinya tidak mahu aku setuju makan dengan dia tadi.’ Getus Fiera dalam hati.
“Maaf Adam. Kalau Adam seperti dahulu. Fiera pun sama. Fiera masih tidak sedia hendak memulakan hubungan istimewa dengan lelaki. Fiera harap Adam faham yang Fiera masih lagi orang yang sama dengan sikap yang sama.”
“Adam kesal sebab Adam la punca Fiera kemalangan dulu. Hati Adam perit sebab tidak sempat menjengguk Fiera di hospital walaupun sekali. Waktu tu jugalah abang meninggal dan secara tidak langsung Adam pulang semula ke pangkuan keluarga Tapi Adam nak Fiera tahu yang Adam nekad untuk ketuk pintu hati Fiera lagi selagi Fiera bukan hak sesiapa.”
Fiera merengus. Hilang kata-kata hendak membalas. Suka hati dialah. Kalau setakat kemalangan tu dia tidaklah kisah sangat lagipun perkara sudah lepas.
Mereka senyap sehingga pelayan  datang membawa pesanan. Masing-masing menjamah makanan. Fiera memaksa sahaja menelan walaupun payah. Hilang sudah rasa lapar.




Beberapa pasang baju kurung dikeluarkan dari almari. Setelah puas memilih baju yang hendak dipakai semasa di rumah kedua ibu bapa Anis nanti Fiera meletakkan baju-baju tersebut di atas katil bersebelahan dengan bagasi yang baru sahaja diturunkan dari atas almari baju.
Satu persatu baju dilipat. Dia tidaklah cerewet dalam pemakaian lagipun baju untuk hari pernikahan Anis sudah disediakan sempena pengapit kawan baiknya. Dia hanya perlu sediakan baju yang disediakan untuk malam resepsi sahaja.
Tiga hari lagi seorang kawannya akan menamatkan zaman bujangnya sedangkan dia masih lagi solo dari dulu sehingga sekarang. Bukan dia menolak sesuka hati jodoh yang datang tapi kalau boleh dia ingin cari dulu ibu kandungnya sampai dapat barulah fikir benda lain. Selagi persoalan difikirannya selama ini tidak terungkai selagi itu dia tiada komitmen terhadap perkara lain.
Fiera tersenyum lucu setiap kali teringatkan kisah mula-mula mengenali Anis dahulu.
“Awak! Awak sesat?” soal seorang gadis yang sebaya dengannya. Gadis itu merenung wajah Fiera yang sudah kemerahan menahan panas. Fiera sekadar mengangguk. Peluhnya merecik. Dia belum lagi daftar bilik. Puas tawaf satu kampus mencari tempat mendaftar. Nasib baiklah beg dia cuma satu. Kalau banyak sudah tentu dia keberatan. Mata sudah kuyu. Mengantuk bukan kepalang. Setiba sahaja dilapangan terbang dia terus mengambil teksi ke Universiti Malaya sendirian.
“Awak pun mendaftar ke? Kesian awak. Muka awak sudah macam tomato dah saya nampak. Merah ada pink pun ada.” Ramah Anis berceloteh.
“Tempat mendaftar mana? Tadi pemandu teksi hanya hantar saya sampai pagar utama sahaja sebab jalan sesak.” Jelas Fiera.
“Apa guna teksilah. Sudah memang kerja dia hantar orang. Cerewetlah pulak.” Bebel Anis.
Fiera sekadar senyum.
“Eh! Lupa pula. Jom saya bawa awak mendaftar. Saya pun sudah mendaftar tadi pagi. Saja ronda-ronda tempat ni. Mari saya bantu awak angkat barang.”
“Takpa-takpa barang saya sikit saja.”
Mereka menuju ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar asrama Fiera. mujurlah Anis sudi membantu dia ketika itu. Kalau tidak sudah tentu dia sesat sampai ke petang. Sudahlah datang dari jauh sendirian. Fiera tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa angkatnya menghantar dia mendaftar. Tambang tiket kapal terbang bukannya murah.
“Wah! Tak sangka saya dan awak sebilik. Awak bukan orang sini kan?” soal Anis ketika mereka sampai ke dalam bilik.
Fiera mengangguk. “Saya orang Sabah.”
“Mak ai! Beraninya awak datang sini seorang. Saya pun ada keluarga dekat Sabah. Okaylah. Saya tak nak ganggu awak rehat. Awak pun tentu penat. Rehatlah dulu.”
Fiera mengangguk. Usai memasang sarung tilam yang baru sahaja dibeli di koperasi tadi dia terus tertidur kepenatan.




“Amboi jauhnya mengelamun.” Ujar Anis. Serta merta lamunan Fiera tentang pertemuan dia dan Anis dahulu hilang. Dia memandang Anis yang bertenggek di pintu biliknya.
“Kata dah nak jalan pergi rumah umi tadi.” Balas Fiera.
Anis berjalan mendekati Fiera di dalam bilik.
“Aku lupa ada barang tertinggal tadi. Jadi aku putarlah balik ambil. Kau tengah termenung pasal apa? Tersenyum-senyum muka kau mengelamun. Fikir pasal dating dengan abang aku malam tu ke?” usik Anis. Dia duduk di atas katil membantu Fiera melipat baju yang hendak dimasukkan ke dalam beg. Sibuk benar kawannya kebelakangan ini mengurus hal syarikat sehingga tidak sempat kemas baju untuk dibawa ke rumah umi dan abah.
“Aku bukan dating okay! ” tukas Fiera.
“Bilalah aku dapat nampak kau kahwin ni Fiera. langsung tiada bayang nak hidup berdua.” Runggut Anis. Teringin betul dia agar Fiera sudi membuka pintu hatinya untuk insan bergelar lelaki.
“Aku tak sedia untuk semua tu Nis.”
“Abang aku tu angau kau satu badan. Biarpun dia tak cakap tapi telepati sebagai kembarnya aku dapat rasa juga apa yang dia rasa. Aku nampak cara dia pandang kau.”
“Banyaklah telepati kau.”
“Kalau tidak abang aku. Si Taufiq yang dok selalu berkepit dengan kau pun okay jugak jadi laki kau. Pergi mana-mana mesti bersama. Hah! jangan lupa pula peguam kasanova yang gilakan kau tu.”
“Hish! Mulut kau ni.”
“Terus teran. aku rasa kau ni bertuah Fiera. Cukup pakej. Cantik, pandai, ada kerjaya malah alim pula tu. solat tidak pernah tinggal. Tapi aku tidak tahulah apa masalah kau ni. Ramai yang gilakan kau dari kita U lagi. Hansome ada, yang kaya pun ada tapi seorang pun kau tidak pandang. Pelik betul aku.”
Fiera sekadar menjongket bahu. Tangannya masih lagi melipat baju.
“Nanti kalau ada jodoh adalah. Aku terus tunang dan nikah sekali. Tak nak tunang lama-lama.” Ujarnya. Dia tersenyum lucu. Entah bila baru dia akan melangsungkan perkahwinan pun dia tidak tahu.
“Ermm… iya lah tu. Jodoh tidak datang bergolek cik adik oi.” Anis mencebik. Ada saja alasan Fiera kalau bab jodoh. Dia meletakkan baju terakhir yang dilipat ke dalam beg. Fiera menarik zip bagasi untuk menutup beg tersebut.
“Aku tunggu jodoh dari Allah. Tidak perlu ucap kata sayang. Melalui pandangan saja kita tahu itu jodoh kita.” Kata Fiera.
“Sampai jadi tua la alamatnya kalau begitu. Kau tak pernah suka sesiapakah selama ni?” soal Anis pelik. Fiera ketawa kecil.
“Siapa kata aku tak pernah jatuh cinta. Aku selalu jatuh cinta. Selalu sangat…” ujar Fiera serius.
Anis membulatkan matanya. Tertarik untuk mengetahui siapa yang berjaya mengetuk pintu hati kawannya.
“Kejap dekat Dun Jun leader kumpulan Beast. Kejap dekat Lee min ho yang comel tu. semalam aku tengok video klip kumpulan 2 p.m…jatuh cinta dengan Woo yung la pulak. hahaha…” gelak Fiera.
Anis mencubit lengan Fiera. geram dipermainkan sedemikian. Punyalah dia percaya tadi. Ingatkan betul-betul rupanya Fiera mempermainkan dia. Kalau pasal K-pop Fiera tu dia tidaklah hairan sangat. Memang gila korea betul kawanya seorang ni. Kalau betul dapat kawin mamat korea baru tau.
Tergelak sakan Fiera mengetawakan kawannya. Suka betul dia memandang wajah Anis yang menahan kegeraman.
“Janganlah marah beb! Aku gurau je. Haha…”
“Yiee…sakit hati betul layan budak seorang ni. Asyik-asyik dengan K-pop dia.”
“Okay…okay jangan marah la beb. Nanti tak manis duduk atas pelamin nanti.”
“Anis. Aku nak bagi hadiah ni. Kejap yaa…” sambung Fiera. Dia berdiri menuju ke meja solek. Laci dibuka. Sebuah kotak yang berbalut kemas di ambil. Fiera kembali duduk berhadapan dengan kawan baiknya.
“Aku punya hadiah ni special sikit. Aku tak nak campur dengan hadiah orang lain.” Fiera menyerahkan kotak tersebut kepada kawanya.
“Terima kasih Fiera.” tersentuh Anis dengan kata-kata kawannya. Mereka berpelukan seketika.
“Bukalah.”
“Sekarang?” soal Anis.
Fiera mengangguk. Dia memandang Anis yang membuka balutan kotak tersebut dengan perlahan.
Ternyata Anis benar-benar terkejut dengan isi hadiah tersebut. Sepasang barang kemas diberikan kepadanya. Dia memandang kea rah Fiera.
“Mahal ni Fiera.”
“Kasih sayang kau dan keluarga kau jauh lebih bernilai dari set barang kemas ni. Aku harap kau tidak tolak.”
“Tapi…”
“Aku nak tengok kawan baik aku sarung rantai ni dilehernya, gelang ni di tangannya dan dan anting-anting ini di telinganya waktu dia kahwin nanti. Faham?” ujar Fiera sambil menunjuk satu persatu barang kemas tersebut.
Air mata Anis gugur. Terharu dengan kata-kata Fiera. dia menarik Fiera. mereka berpelukan seketika. Anis berharap Fiera akan bertemu jodohnya. Kawannya itu sungguh baik dan jujur dalam persahabatan mereka.
“Sudah…sudah…jangan nangis. Nanti naik pelamin tak cantik.” Pujuk Fiera.
Anis mengganguk sambil meleraikan pelukan mereka. Air matanya dikesat perlahan.

Anime yang saya lukis tadi tengah hari..hohoe.. lukisan-lukisan ni rekaan sendiri…tiada kena mengena dengan gambar atau lukisan sesiapa…  (>,<)v





Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

2 comments:

  1. satu citer yg amat menarik..sape sebenar Fiera ni ek..adakah ibunya meninggalkan dirinya semasa kecil besama keluarga angkatnya..dan dimanakah dia mahu mencari ibu kandung nya sedang kan dia tidak tahu di mana nak mulakan..kesian dia..

    ReplyDelete
  2. @idA thanks ida...(>,<)v teruskan membaca untuk mengetahui kisah Fiera yaa...

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)