Tuesday, December 20, 2011

[CERPEN] : Sempurnakan Tarianku

          
                     Lagu Dance me If you can bergema satu studio muzik. Farisya menari mengikut rentak lagu nyanyian Cheetah girl. Lagu kegemarannya ketika hendak melepaskan geram atau tekanan. Lirik lagu ini seolah-olah mencabar dirinya agar menari dengan lebih baik lagi.
            Tariannya semakin rancak. Lagu berganti kepada lagu Fly to Seoul dari 2 p.m. Farisya tersenyum lebar. Hatinya yang terbakar tadi sudah beransur pulih. Dia sudah boleh tersenyum. Mulutnya menyanyi lagu tersebut manakala badannya menari tarian bebas rekaannya sendiri. Rambut panjang terurai akibat tariannya yang rancak.
            Keadaan studio muzik agak tenang dan sunyi pada waktu malam membuatkan mudah untuk dia menyelinap masuk ke dalam studio. Setiap minggu pasti Farisya akan menyelinap masuk studio yang tersedia buat pelajar teater dan kesenian berlatih.
            Habis satu lagu ke satu lagu dia menari. Terasa puas untuk melepaskan gian di hati. Sekurang-kurangnya tekanan akibat tuduhan meniru dalam ujian tadi terlepas. Nasib baik tidak ada bukti kukuh untuk menyalahkan dia tadi. Kalau tidak sudah tentu secara automatik dia akan gagal dan terpaksa ulang kertas. Entah siapa yang cuba hendak sabotaj dia pun tidak tahu. Padahal dia tidak pernah cari pasal dengan orang lain.
  Lagu Dream high kini mula bergema satu studio. Dia tersenyum suka apabila lagu dari Komputer ribanya sudah memainkan salah satu lagu kegemarannya. Farisya telah menghafal semua langkah tarian  dari lagu tema drama korea tersebut. Lagu yang sudah ubah agar menjadi rentak laju ditari. Dia sengaja mengubah rentak lagu agar lebih laju.
Tarian Dream High ditarikan sebaik mungkin. Dia menari menghadap cermin besar yang memenuhi segenap ruang studio. Di hadapan cermin tersebut dia menari persis seorang penari professional. Tapi sayang hanya cermin tersebut sebagai penonton setianya sejak dia ada masalah fobia pentas.
Titt….
            Lagu tiba-tiba berhenti. Farisya sedikit terkejut. Mustahil komputer ribanya kehabisan eletrik kerana sudah pun dicucuk di plug awal-awal lagi. Kalau dikatakan eletrik pun tidak logik sedangkan lampu masih terpasang. Farisya berpaling ke arah komputernya. Sekujur tubuh yang sedang duduk di sebelah komputernya dipandang sekilas. Danny sedang duduk menyandarkan dinding.
Danial menepuk tangannya. Kagum dengan tarian Farisya yang menakjubkan. Farisya segera menutup rambutnya menggunakan topi dari sweater besar yang tersarung di badan. Rambut yang terurai tadi diikat perlahan lalu disanggul.
Nice moves.” puji Danial yang lebih dikenali sebagai Danny dari kalangan pelajar universiti mereka.
Farisya mencebik. Tanpa mempedulikan Danny, dia mendekati komputer ribanya. Niat untuk menerusakan tariannya terbantut. Tahulah dia salah seorang pelajar yang mempunyai ranking tertinggi sebagai pelajar popular sedang bersama dengannya. Kalau pelajar lain sudah tentu bersorak riang atau gembira kerana kesanggupan Danny dari kejuruteraan elektronik berbual dengan mereka. Bagi Farisya, Danial langsung tidak memberi kesan kepadanya.
“Awak nak menari dengan saya tak?” soal Danial. Tidak sia-sia dia datang ke studio pada malam ini untuk berlatih. Sekurang-kurangnya dia dapat melihat seorang yang menari dari hati dan bukan seperti gadis lain yang menari hanya kerana untuk mendapat populariti dari kalangan pelajar sedangkan tarian mereka betul-betul rosak.
Farisya yang duduk dihadapannya komputer riba memandang wajah Danny yang memandangkannya untuk mendapatkan persetujuan. Farisya tersenyum sinis. Menari duet? Keajaibannya yang tidak mungkin akan berlaku. Selama ini dia hanya menari solo. Itupun kali terakhir dia menari atas pentas sehingga tangannya patah akibat terseliuh. Sejak itu dia tidak pernah lagi menari di atas pentas.
“Saya suka tarian awak dari mula lagi.” puji Danny. Farisya memandangnya tajam.
“Sejak bila awak berada di sini?” soalnya.
“Agak-agaknya sejam yang lalu. Ermm… tidak la lama sangat. Saya sempat usha beberapa buah tarian awak je.” katanya.
Farisya mengeluh. Sudah lama rupanya Danny berada di situ sedangkan dia langsung tidak tahu.
“Kenapa awak tak nak ikut pertandingan tu. Kalau tak sudah tentu awak sendiri dapat kalahkan saya.”
Pertandingan Breaking the Floor memang pertandingan wajib setiap semester untuk mencungkil bakat dalam bidang tarian tanpa mengira jenis tarian yang dipersembahkan oleh pelajar. Pemenang tempat pertama selama dua semester berturut-turut pula ialah Akhil Danial. Sejak mereka dari semester satu dan dua Danial sudah mampu mengalahkan peserta solo yang mengikuti pertandingan tersebut.
“Saya menari untuk diri sendiri sahaja. Tiada gunanya nak ikut pertandingan.” jawab Farisya. Alasan yang mampu diberikan kepada Danial. Dia sudah bersiap untuk keluar dari studio melalui pintu ‘Rahsia’ yang dia guna untuk menyelinap masuk.
“Awak tak perlulah ikut ‘pintu’ tu sebab saya ada kunci studio ni.” ujar Danial. Bukan Farisya seorang sahaja yang tahu pintu tersebut. Dia dulu pun menggunakan pintu tersebut. Tidak tahu pula ada geng selama ini. Danial tersenyum memandang wajah Farisya yang mencebik. Dia bertuah sebab dapat meminjam kunci pintu studio dari pensyarah untuk latihan tariannya.
 Dia akan mengikut pertandingan Breaking the floor untuk siri yang ketiga lagi. Dia berharap pertandingan kali ini lebih mencabar. Satu-satunya peserta pertandingan yang mencabarnya tidak suka menari solo iaitu Ziqriy. Ziqriy berbakat tapi lelaki itu lebih suka mengikuti pertandingan menari dalam ketegori berkumpulan berbanding solo.
“Awak!” panggil Danial. Farisya yang hendak melangkah keluar memandang ke arahnya.
“Saya akan buat awak ikut pertandingan BTF semester ini. Saya nak duet dengan awak untuk persembahan khas nanti.” sambung Danny. BTF ialah singkatan yang digunakan dikalangan mahasiswi untuk pertandingan Breaking the Floor.
Dance in your dream.” balas Farisya sebelum keluar. Mimpilah dia ikut pertandingan menari tersebut.
Danial tersenyum. Dia suka dengan sikap keras kepala Farisya yang seolah-olah mencabar dirinya.


Perpustakaan yang sunyi sepi tatkala kebanyakan pelajar sedang tekun menelaah antara satu sama lain. Terdapat juga beberapa orang pasangan yang sedang menyalahgunakan perpustakaan sebagai tempat untuk berdating. Di suatu sudut terpencil Farisya sedang tekun melihat komputer ribanya. Headphone disambungkan dari komputer untuk mendengar lagu dengan nada yang tinggi. Dia bukanlah sedang tekun belajar atau membuat assignment mahupun sedang sibuk melayari internet.
 Farisya bukanlah tergolong sebagai pelajar yang nerd dan sentiasa belajar 24 jam. Dia hanya belajar mengikut mood dan masa tertentu sahaja. Mujurlah tiga semester berturut-turut pointernya tidak pernah turun. Dia tetap juga mendapat anugerah dekan setiap semester walaupun tidak belajar 24 jam.
Muzik video yang baru sahaja dimuat turun dari Youtube direnung. Dia ingin  membuat langkah terbaru. Beberapa buah langkah untuk tarian barunya sudah melekat di kepala. Dia berharap malam ini Danial tidak akan berada lagi di studio seperti dua minggu lalu. Dia memang cukup terkejut dengan kemunculan Danial di studio pada waktu tu. Selama ini Farisya tidak pernah pun kantoi menggunakan studio tersebut. Entah apa pula silapnya Danial boleh berada di studio tersebut.
Matanya tidak berkelip meneliti setiap tarian dari muzik video di hadapan. Tekun tanpa memperdulikan keadaan sekeliling. High volume dari headphonenya membuatkan Farisya langsung tidak dengar bunyi lain selain lagu yang sedang dimainkan. Dia cuba mengingat tarian dari muzik video yang sedang terpasang dari laptopnya.
Headphone tiba-tiba di tarik perlahan dari belakang. Farisya sedikit tersentak apabila headphonenya sudah ditarik dari kepala. Dia mengalihkan pandangan ke belakang. Farisya sekali lagi terkejut.
“Patutlah susah sangat nak cari awak selama ni.” ujar Danial. Farisya cuba merebut headphone ditangan Danial.
“Bagi balik headphone aku!” marah Farisya separuh bisik. Takut pula dia akan menarik perhatian pelajar yang sedang berada di dalam perpustakaan.
Tanpa dipelawa, Danial mengambil tempat di sebelah Farisya. “Ayunya awak hari ni. Patutlah susah sangat nak cari awak. Rupa-rupanya awak ni jenis Dr. Jekyll and Mr.Hyde. Malam lain siang lain.” ujar Danial. Dia masih lagi memandang Farisya yang bertudung litup dan berbaju kurung polos berwarna biru laut. Ayu dan langsung tidak serupa dengan pernampilannya pada malam itu. Patutlah Farisya cepat-cepat memakai topi ketika dia menegur gadis itu di studio.
“Awak tengah fikir moves baru ke?” soal Danial ramah. Headphone Farisya disarung di kepalanya. Farisya menahan geram. Dia menyandar di kerusi sambil memandang Danial.
Next to you by Chris Brown… ermm. Saya ada remix lagu ni kalau awak nak. For dance version.” ujar Danial. Dia menarik komputer riba Farisya ke hadapannya. Gambar Farisya yang telah di edit menjadi wallpaper komputer tersebut dipandang.
“Syura Farisya… cantik nama awak.” puji Danial selepas membaca nama pada gambar Farisya yang telah diedit.
Leave me alone.” Halau Farisya. Dia menarik komputer riba ke hadapannya semula. Headphone pink miliknya ditarik kasar dari kepala Danial.
Danial hanya tersenyum. Tidak padan dengan nama dan penampilan yang ayu. Garang boleh tahan!
“Awak ambil khursus apa? Awak budak semester satu  erk?” soal Danial. Dia menjadi penasaran pula untuk mengetahui identiti Farisya yang terlalu misteri.
Farisya hanya berdiam diri. Dia memakai balik Headphonenya. Kini volume suara laptop dibesarkan ke tahap maksima. Tiada hati hendak melayan Danial yang langsung tiada kaitan dengannya.
Danial tersenyum. Tahulah Farisya sedang menghalaunya secara ‘halus’ dari situ. Dia mencapai telefon Farisya di atas meja sebelum sempat gadis itu merebut darinya. Senyuman terukir dibibirnya kerana telefon gadis itu tidak langsung menggunakan password. Dia menekan nombor telefonnya. Danial mendail nombor telefonya sendiri menggunakan telefon Farisya. 
Farisya merengus geram. Tidak suka dengan perangai terlebih ‘ramah’ dari Danial.
“Apa jugak masalah kau ni!” marah Farisya. Benci betul dia dengan perangai Danial. Beberapa mata tajam memandang ke arah mereka. Berangkali terganggu dengan suara Farisya yang agak kuat.



Malam separuh akhir pertandingan akhirnya tiba.  Danial menanti kemunculan Farisya dalam debar. Dia sempat lagi memandang ke arah Ziqriy yang sedang berbual dengan ahli kumpulannya. Dia berharap sangat kemunculan Farisya pada malam ini. Dia telah mendaftarkan Farisya sebagai peserta solo pada malam ini. Itupun atas ugutannya melalui telefon semalam. Beberapa kali dia menelefon gadis itu. Danial mengugut akan memberitahu pensyarah yang Farisya sentiasa menyelinap masuk ke dalam studio muzik tanpa kebenaran.
Beberapa orang peserta sudah mempersembahkan tarian masing-masing. Danial mengeluh. Beberapa minit lagi namanya akan dipanggil untuk mempersembahankan tariannya.
Laungan namanya tidak diendah. Apa yang Danial inginkan sekarang ialah keajaiban. Keajaiban Farisya muncul di situ.
“Mempersembahkan pemenang Breaking the floor dua kali berturut-turut. Akhil Danial!” panggil pengacara majlis. Danial cuba paksa berjalan ke pentas yang disediakan.



Ziqriy berjalan ke kafe. Dia sudah kelaparan minta diisi. Usai sahaja mempersembahan tarian mereka dia terus memberitahu rakannya bahawa dia ingin ke kafe untuk mengisi perut yang lapar.
Ziqriy terpandang seorang gadis yang sedang mengurut kepalanya. Gadis itu seolah-olah hendak termuntah di longkang. Dia mendekatkan diri ke arah gadis itu.
“Awak tak apa-apa?” soal Ziqriy. Dia memandang Farisya yang sedang memegang tiang. Dia melambaikan tangankan kepada Ziqriy tanda tidak apa-apa. Ziqriy hanya mengangguk walaupun tidak sedap hati. Gadis yang bersweater besar itu masih lagi membongkok ke longkang. Langsung tidak ingin memandang kearahnya.
“Awak betul-betul tak apa-apa?” soalnya lagi.
Farisya sekadar mengangguk.
Ziqriy menjongket bahu. Dia cuba melintasi dari belakang gadis itu untuk ke kafe. Tiba-tiba badan Farisya terasa berat. Dia hampir lagi terjatuh ke dalam longkang namun Ziqriy sempat menarik lengan Farisya. Ziqriy memandang ke wajah Farisya yang sudah tidak sedarkan diri. Wajah itu berpeluh-peluh. Mungkin menahan sakit dari tadi. Dia mendukung Farisya ke pusat pelajar. Gadis itu perlukan rawatan segera.
Semua penonton yang sedang bersorak menonton setelah habis persembahan dari Danial terdiam tatkala memandang Ziqriy mendukung Farisya ke tempat juri yang dihadiri oleh beberapa orang pensyarah muzik dan seni.
“Miss Ferra. Saya jumpa gadis ni pengsan.” ujar Ziqriy. Beberapa pelajar sedang mengerumuni Ziqriy yang sedang mendukung Farisya.
“Isya!” ujar Danial yang turut mengerumi Ziqriy.
“Danny. Budak ni kawan awak ka?” soal Miss Ferra. Pensyarah muzik.
Danial mengangguk laju.
“Dia salah seorang peserta malam ni.” beritahunya.
“Beginilah. Ziqriy dan Danial ikut saya hantar budak ni ke hospital sekarang. Yang lain teruskan acara ni.” arah Miss Ferra. Beberaapa juri pertandingan lain mengangguk setuju.
Ziqriy dan Danial mengikut Miss Ferra menuju ke kereta pensyarah tersebut.


Setiba di unit kecemasan, pihak hospital sudah mengambil alih tugas mereka untuk memeriksa keadaan Farisya.
“Doktor macam mana keadaan pelajar saya?” soal Miss Ferra.
“Dia tidak apa-apa. Mengikut pemeriksaan saya tadi dia sedang sakit migrain yang kuat sehingga pengsan. ” jelas doktor James.
Mereka akhirnya menghembuskan nafas lega. Mujurlah Farisya tidak apa-apa. Danial dihimpit rasa bersalah. Kalau bukan dia yang memaksa Farisya sudah tentu gadis itu sedang berehat.
“Awak tak apa-apa?” soal Miss Ferra. Danial dan Ziqriy juga mendekatkan diri ke arah Farisya yang terbaring lemah.
Farisya mengangguk. Sebutir pun suara tidak terkeluar dari mulutnya. Buka matapun dia tidak larat. Akhirnya Farisya sambung kembali tidurnya.


“Isya.” Termengah-mengah Danial mengejar Farisya.
“Kau nak apa?” soalnya.
“Saya…saya… errr…
“Jangan risau. Miss Ferra bagi aku peluang untuk buat persembahan khas juga untuk Final nanti sebab saya tak dapat ikut semifinals hari tu.” ujar Farisya sebelum berlalu pergi. Dia meninggalkan Danial yang terpinga-pinga sebelum sempat bercakap dengannya.
“Isya awak duet dengan saya!” jerit Danial. Dia tersenyum puas. Beberapa mata sedang memandang Farisya dan Danial bercerita. Malahan jeritan Danial mengejutkan mereka. Danial sedang mengajak seseorang menari bersama dengannya!



Farisya mengikat tali kasut sneakers miliknya seketat yang boleh. Earphone dipasang di kepala.  Dia ingin memulakan latihan di atas pentas. Bagi tidak menarik perhatian orang lain. Dia hanya memakai earphone yang dimasukkan ke telinga sahaja untuk mendengar lagu. Tangannya memainkan peranan dalam tariannya.
Nafas ditarik perlahan lalu dihembus. Dia ingin memulakan tariannya di atas pentas. Setelah sekian lama Farisya tidak menjejakkan ke atas pentas. Farisya menari mengikut rentak lagu yang rancak. Dia memilih lagu beautiful dari Beast untuk menari. Separuh tarian dari muzik tersebut diguna serta gabungan beberapa jenis tarian yang dicipta sendiri.agar sesuai untuk tarian solo.
Satu tepukan diberikan kepada Farisya. Dia suka melihat gadis itu menari penuh semangat. Farisya yang usai menari menoleh ke belakang mendengar tepukan kuat.
Dia memandang Ziqriy yang menuju ke arahnya tanpa berkelip.
“Tarian ni untuk tiga orang. Saya rasa awak kekurangan ahli.” Seorang lagi yang terlebih ramah menegur Farisya. Getusnya dari dalam hati. Farisya memakai topi sweater.
“Awak suka pakai sweater dan snow cape?” soal Ziqriy. Dia memandang  Farisya yang memakai sweater besar sepeti pada malam semifinal Breaking the Floor.
“Terima kasih sebab tolong aku malam tu. Kalau kau nak guna pentas ni gunalah.” ujar Farisya.  Akhirnya Farisya berkesempatan berterima kasih untuk mengucapkam terima kasih kepada Ziqriy yang telah membantunya.
“Sama-sama. Saya dengar Miss Ferra beri awak peluang untuk memberi persembahan di akhir pertandingan nanti? Awak menari solo?” soal Ziqriy.
Farisya hanya mengangguk mengiyakan sahaja. “Awak menari dengan saya waktu tu.” ujar Ziqriy. Dia ingin menari bersama gadis dihadapannya.
“Maaf aku hanya menari solo.” ujar Farisya.
Telefon bimbitnya berbunyi. Farisya mencari telefonnya di dalam beg galas. Setelah puas selongkar akhirnya dia berjaya menjumpai telefonnya namun bunyi menandakan panggilan masuk berhenti. Dia memandang nama yang tertera. Farisya mengeluh melihat nama tersebut. Telefonnya berbunyi sekali lagi. Antara mahu atau tidak dia menjawab telefon tersebut.
“Kau nak apa?” soalnya kasar.
“Isya dekat mana? Kita berlatih menari nak tak? Saya dalam studio sekarang.” Ujar Danial.
“Aku dah cakap aku cuma menari solo. Maaf.” ujar Farisya. Dia mematikan panggilan Danial.
“Danny?” soal  Ziqriy. Dia dapat mengagak siapa yang mendail Farisya. Pada malam Farisya terlantar di hospital. Ziqriy terdengar yang Danial meminta maaf dengan Farisya sebab memaksa gadis itu mengikut pertandingan tempoh hari. Dia menyatakan hasrat untuk menari duet bersama Farisya.
Farisya menoleh memandang Ziqriy seketika sebelum beralih semula. “Saya tidak hairan kalau Danny ingin menari dengan awak. Tarian awak menakjubkan.” puji Ziqriy.
Dance with us. Tarian awak memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang. Apa kata saya dan Danny tolong awak sempurnakan tarian awak.” cadang Ziqriy.
“Maaf aku menari solo. ” ujar Farisya perlahan dengan nada tegas. Dia meninggalkan Ziqriy lalu keluar dari pintu belakang dewan. Perangai Ziqriy dan Danial dua kali lima sahaja. Suka memberi cadangan yang lebih kepada menyuruhnya menari bersama.
Ziqriy mencapai telefon bimbit di dalam poket. Dia mendail nombor Danial untuk mendapatkan kepastian. Setelah habis berbual dia terus mengejar Farisya. Lengan gadis itu dipegang. Farisya sedikit tersentak. Hampir dia terjatuh apabila ditarik kuat dari belakang. Mujur dia sempat mengimbangi badan sebelum terjatuh.
“Kau apahal?”
“Menari dengan kami malam tu...”
Farisya menarik lengannya kasar. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang memandang babak mereka dengan pandangan tajam. Maklumlah Ziqriy juga popular dikalangan pelajar-pelajar perempuan.
“Aku menari solo! Kau tak faham bahasakah?” jerkah Farisya.
“Isya!” jerit Danial. Dia terlihat Farisya yang menjerkah Ziqriy. Danial sudah menjalankan aktiviti Detektif Conan bagi mengetahui siapa Farisya sebenarnya. Budak Medik yang pendiam. Suka menyindiri. Selalu hilang dan muncul secara tiba-tiba seperti Chipsmore.
Danial faham. Sudah tentu Farisya pergi berlatih menari. Perkara yang mengejutkan Danial Farisya pernah bertanding hingga peringkat antarabangsa dalam pertandingan menari di Filipine. Tapi tangan Farisya tercedera semasa bertanding oleh rakan sekumpulannya sehingga dia berhenti menari. Farisya menjadi fobia apabila semua orang penonton mengetawakan dia ketika itu
 “Isya. Biar kami teman awak menari nanti.” cadang Danial dalam nada perlahan.
“Merepek!” ujar Farisya meninggalkan dua jejaka di hadapannya.


Malam pertandingan cukup meriah. Semua peserta akhir cukup berbakat. Farisya menarik nafas perlahan. Sebentar lagi dia akan memberi persembahan khas sementara menanti keputusan juri.
Farisya memakai topi sweater besar berwarna putih. Rambutnya disanggul agar tidak menganggu tariannya. Earphone yang tersembunyi dari dalam sweater diperbetulkan. Dia melangkah ke pentas setelah namanya dipanggil. Lampu yang terang berderang kearahnya membuatkan Farisya sukar untuk membuka matanya. Dia menghalang cahaya dari terkena matanya.
Keadaan yang bising membuatkan fobia Farisya kembali lagi. Dia tiba-tiba menjadi kaku di atas pentas. Lagu sudah pun mula terpasang sejak beberapa saat kemudian. Danial yang memerhati Farisya dari belakang tergeleng.
“Degil betul!” ujarnya. Dia memanggil Ziqriy untuk ke masuk ke pentas. Ziqriy telah memberitahu Danial segala jenis tarian Farisya yang sempat diingat ketika memerhati Farisya di dalam dewan tempoh hari.
Tepukan gemuruh apabila penonton melihat kelibat penari kegemaran mereka berada di pentas. Lagu diberhentikan. Danial meminta mikrofon dari pengacara majlis di tepi pentas. “Maaf kami dua terlewat kerana mengambil sesuatu tadi. Sepatutnya saya dan Ziqriy akan menari bersama Farisya malam ni. Maafkan kami.,” ujar Danial.
Farisya memandang Ziqriy yang berdiri disebelahnya. Lelaki itu hanya tersenyum. Danial bisik di telinga pengacara majlis. Pengacara majlis mengangguk lalu turun ke bawah pentas. Dia menghidupkan semula lampu putih manakala lampu yang berwarna warni tadi pula dipadamkan.
“Biar kami bantu awak. Awak Cuma perlu menari mengikut tarian asal awak.” arah Ziqriy. Danish mengambil tempat di sebelah kanan Farisya manakala Ziqriy di sebelah kiri. Lagu Beautiful dari Beast dipasang semula.  Farisya senyum kepada mereka berdua.
Mereka menari dengan tarian yang menakjubkan. Semua penonton bertepuk tangan. Suka dengan tarian dari mereka bertiga.  Farisya akhirnya dapat menghilangkan fobia pentasnya. Mereka bertiga menari dengan serentak. Ketiga-tiga mereka puas dengan tarian masing-masing.
Tepukan gemuruh di segenap dewan setelah mereka habis mempersembahkan tarian mereka. Sorakan dari penonton bergema. Farisya, Danial dan Ziqriy tunduk hormat setelah usai menari.
“Danial, Ziqriy.” panggil Farisya setelah berada di belakang dewan.
Thanks sebab sempurnakan tarian aku.” ujarnya.
No biggy. Kami sendiri pun rasa puas.” balas Ziqriy. Danial mengangguk setuju.
Pertandingan akhirnya berakhir. Walaupun Farisya tidak dapat mengikut pertandingan akhir tapi walaupun hanya persembahan dia tetap berasa puas. Dia memandang Danial dan Ziqriy dari belakang pentas. Danial memenangi tempat pertandingan dari kategori solo manakala Ziqriy dan ahli kumpulannya memenangi tempat pertama dari kategori berkumpulan.
Farisya tersenyum puas. “Congratulation to both of you guys.” ucapnya perlahan lalu meninggalkan kawasan pertandingan. Hoodie pada sweater ditarik menutup wajahnya seperti biasa.
TAMAT.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

4 comments:

  1. cerita yang menarik! tak semestinya berkisahkan cerita cinta.. cerita ni best je walaupun takde bibit cinta.. garapan dan gaya penulisan yg baik membuatkan cerita ini menarik.. keeps writing ya..

    ReplyDelete
  2. best3.... law de smbungannye ag lagi best... hehe... camde bnde xterurai jer.. pe pom..tq.. (^_^)v

    ReplyDelete
  3. yeayy ! habis jugak ! yes ! tak smestinye each crpen WAJIB ade ceritera cinta ... okaiyo !

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)